|
Dengan Nama Allah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
intro HakCipta Penulis
noirkudus@hotmail.com
why noirkudus
masa itu emas
October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 September 2006 May 2007 Posting Terbaru
pelawat
![]() View My Guestbook Sign My Guestbook blogs ::Akhifaizul:: ::Bahtiar:: ::Boybelantik:: ::Hakim:: ::Hilmimadani:: ::Ibnuhazam:: ::Jiwarasa:: ::Kelambu:: ::Loper:: ::Mazli Bidu:: ::Mba:: ::Muhtarsuhaili:: ::Nasa Natrah:: ::Nordin:: ::Pakdi:: ::Paklang:: ::SahalFikri:: ::Sang Awana:: ::Sis aflah:: ::Syarief:: ::Syarifah Salwa:: ::TajamFikir:: ::tokjanggut:: ::tokrimau:: ::umminida:: ::Zaiman Mansor:: Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE:: links ::Yahoo mail:: ::Google:: ::Berita Harian:: ::Harian Metro:: ::The Star:: ::TheSun:: ::NSTP:: ::harakah:: ::Sinchew:: ::BERNAMA:: ::free anwar:: ::malaysiakini:: ::Malaysia Today:: ::Jawa Post:: ::Kompas:: ::Hariansib:: ::Achehnese:: ::Achehkita:: ::Detik:: ::EraMuslim:: ::Endonesia:: ::Republika:: ::Modus:: ::Gatra:: ::Hidayatullah:: ::Sabili:: ::Economist:: ::Arab News:: ::Worldnews:: ::Far Eastern:: ::Muslim Media:: ::KavkazCenter:: ::alJazeera.com:: ::Time Magazine:: ::New York Times:: ::Arab World News:: ::The Times of India:: ::The Jerusalem Post:: ::alJazeera.net (english):: ::alJazeera.net (Arabic):: ::Albuquerque Journal:: ::Guardian Unlimited:: ::The Courier-Mail:: ::Herald Tribune:: ::Al-Quds Daily:: ::Japan Times:: ::Daily Mirror:: ::China Daily:: ::Startribune:: ::BBC News:: ::Asia Daily:: ::Reuters:: ::MSNBC:: ::CNN:: ::AFP:: ::AP:: ::Islam The Modern Religion:: ::Islamic Awareness:: ::Islamic Awakening:: ::The True Religion:: ::Islamic Academy:: ::Answering Islam:: ::Light of Life:: ::Qur'anic Studies:: ::Islam Online:: ::al-ahkam.net:: ::Load-Islam:: ::Islamway:: ::Raudhah:: ::MyQuran:: ::artislamic:: ::alajeeb.com:: ::Ummah.com:: ::ISNET:: ::JIHAD:: ::MISG-ABIM:: ::PKPIM:: ::PUM:: ::JIM:: ::JUST:: ::SISMA:: ::Wikipedia Encyclopedia:: ::GengJurnal:: ::Shitokai:: solat time search in the holy qur'an search in the hadith
Tell me about... Mencari di Google Mencari di Laman ini
hit counter tell a friend Copyrights
| Saturday, May 05, 2007 ![]() Minggu ini sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC dan saya sempat berkunjung ke sana untuk melihat dan meninjau keadaan. Hari ini adalah hari Sabtu dan seperti biasa pengunjung pada hari ini lebih ramai daripada hari-hari biasa. Pelbagai lapisan masyarakat terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar universiti, dan juga lain-lain termasuk ibu bapa yang hadir membawa sekali anak-anak mereka semuanya mengambil peluang keemasan ini untuk meninjau sendiri keadaan di sana di mana banyak sekali penerbit-penerbit buku berkumpul untuk menjual buku-buku keluaran mereka di samping potongan harga menarik yang ditawarkan, di mana sukar untuk kita dapati peluang ini pada waktu yang lain. Ada sebahagian yang memborong begitu banyak buku, maka kedengaran suara: "Banyaknya beli buku, kau baca ke semua tu?" dan berbagai-bagai lagi, dengan ada juga yang sengaja mengambil peluang ini untuk berjalan-jalan untuk mengambil peluang ini mencari buku-buku yang perlu sahaja mengikut bajet masing-masing. Membaca itu satu kunci untuk kita memperoleh ilmu, dengan membaca minda kita akan menjadi lebih terbuka, pemikiran akan menjadi lebih kritikal, kefahaman kita akan menjadi lebih mendalam, Sikap kita akan menjadi lebih positif, dan seterusnya kita akan menjadi insan yang berilmu pengetahuan, dan jika setiap daripada kita menyemai budaya ini dalam diri masing-masing, maka kita akan membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai daya intelektual yang tinggi. Islam menganjurkan umatnya supaya menjadi umat yang berilmu pengetahuan, oleh sebab itu ayat pertama diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad ialah Ayat 1-5 Surah Al-Alaq menyebutkan : Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ayat ini yang merupakan wahyu pertama diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad menjadi titik tolak kepada perubahan yang berlaku kepada ketamadunan manusia yang diterajui oleh orang Islam ketika itu. Al-Quran itu sendiri yang di dalamnya terkandung ilmu, maklumat dan fakta menjadi sumber utama kepada kemajuan umat Islam dan seterusnya memacu kepada perkembangan ilmu-ilmu yang lain. Bagi orang-orang yang menyedari hakikat ini, maka mereka akan faham bahawa itu adalah sebahagian daripada tanda kasih sayang Allah. Disebabkan kasih sayang Allah inilah maka kehidupan manusia terus berubah, daripada zaman jahiliah kepada zaman yang gilang gemilang, daripada kegelapan kepada cahaya yang menyinari alam. Justeru itu, konsep iqra perlu bersemadi dalam jiwa setiap orang. Orang yang biasa membaca selalunya akan terus menerus merasa dahaga untuk membaca. Anak-anak kecil pun jika diajar membaca maka mereka juga akan membesar dalam keadaan yang positif mentalnya dan tersemai sikap suka membaca. Kerana itu, jika ada peluang berjumpa dengan jualan buku seperti ini, maka saya antara yang mengambil peluang tersebut untuk memborong buku (bergantung kepada keadaan ekonomi semasa), kerana budaya memborong buku tidak rugi sedikitpun sepertimana budaya masyarakat sekarang yang lebih banyak menghabiskan duit kepada perkara yang tidak diperlukan dan sia-sia yang menjurus kepada pembaziran. Sedangkan lebih baik duit tersebut kita salurkan kepada perkara-perkara yang mempunyai manfaat, seperti menjadikan buku-buku sebagai perhiasan di dinding rumah kita. Alangkah baik jika di setiap rumah orang Islam itu terdapatnya kutubkhanah yang tersusunnya buku-buku yang berguna untuk dijadikan santapan minda untuk anak-anak kita dan seluruh isi rumah. Kita seharusnya menginsafi bahawa hanya dengan ilmu pengetahuan kita dapat maju ke depan dan seterusnya menjadi umat yang gemilang. | Friday, September 08, 2006 Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani yang telah menciptakan sekalian alam, dan keranaNya juga kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumi ini untuk menikmati dua nikmat terbesar iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman. Setelah lama menyepi tanpa meng"update" blog disebabkan kesibukan duniawi dan komitmen-komitmen lain, maka di kesempatan ini diambil untuk menulis sedikit sebanyak apa yang telah lama hendak dicoretkan. Rupa-rupanya pengunjung di blog ini masih tidak putus-putus dan masih ada pembaca setia, ruangan guestbook ataupun buku tetamu masih lagi terisi walaupun setahun blog ini tidak aktif , dan emel masih lagi terisi dengan ada antara pembaca yang bertanya soalan, memberi harapan, cadangan dan sebagainya, dan ada juga yang ingin berkenalan, terharu hati ini kerana hal ini sedangkan tuan punya blog tidak datang menjenguk rumahnya yang kemungkinan sudahpun ditumbuhi lalang. ![]() Akhir-akhir ini banyak perkara yang berlaku yang amat menyedihkan, terutama sekali melibatkan umat Islam. Orang Islam di serata pelusuk dunia terus ditindas tanpa ada sedikit tanda yang menunjukkan penindasan Barat dan Yahudi akan reda. Benar firman Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah yang mengatakan bahawa Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha sehingga kamu mengikuti agama mereka. Justeru apa yang berlaku di dunia Islam hari ini bukanlah perkara yang menghairankan kerana sifat orang Yahudi dan Nasrani memang membenci Islam sejak zaman Nabi Muhammad lagi. Itu hal yang sudah jelas dan pasti yang telah dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran. Akan tetapi apa yang masih belum jelas dan membingungkan kita ialah perangai umat Islam sendiri yang bukan sahaja tidak mengambil iktibar dan teladan daripada peistiwa yang berlaku tersebut, malah kita tetap melalui hari-hari mendatang seperti tiada apa-apa yang berlaku, tidak sensitif terhadap penderitaan saudara-saudara kita, malah ada antara kita yang berpesta-pesta, bersuka ria dan sebagainya. Usah berfikir jauh, lihat ajalah sambutan hari kemerdekaan Negara kita yang ke 49 baru-baru ini. Bagi yang tidak pergi menyambutnya sama ada di Dataran Merdeka, KLCC mahupun di Jalan Bukit Bintang, tentu amat terkejut apabila melihat pendedahan yang dilakukan oleh skuad Edisi Siasat NTV7 seminggu selepas itu. Apa tidaknya, kebanyakan mereka ialah para remaja dan orang-orang muda yang tidak tahu apa itu erti kemerdekaan. Bukan setakat itu, mereka juga menonjolkan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika bangsa dan agama. Cuba bayangkan bagaimanakan masa depan Islam jika inilah produk yang terhasil? Sepatutnya pada malam seperti itu diadakan pengisian-pengisian yang bermanfaat yang tidak menjurus kepada perkara-perkara yang boleh menyebabkan semakin runtuh akhlak umat ini. Cuba bayangkan di saat saudara seagama kita tidak dapat tidur lena kerana bedilan-bedilan peluru berpandu menembusi ruang udara mereka, kita di sini bersuka ria melupakan dunia ini buat sementara malah ada yang melampaui batas seperti orang yang tiada agama. Ingat, rasulullah pernah berkata "Man La Yahtam bi amril Muslimin fa laisa minhum" bermaksud "Barangsiapa yang tidak mengmbil berat dengan urusan kaum muslimin maka kamu bukanlah daripada kalangan mereka" Jadi, fikir-fikirkanlah di mana status kita? Apakah kita masih tergolong dalam golongan orang-orang Islam? Jika Ya, maka setiap urusan orang-orang Islam adalah urusan kita juga, bagaimana caranya? Jika tidak mampu berjihad dengan senjata sekalipun kita tetap punyai senjata lain yang lebih ampuh iaitu doa, bukan berpesta-pesta tak tentu hala. Masih ingat tentang peristiwa yang pernah menggegar media di seluruh dunia? Iaitu peristiwa di mana George W Bush, presiden Amerika Syarikat tercekik dengan hanya sekeping biskut. Mungkin anda tergelak mendengar peristiwa ini dan tak kurang juga menganggapnya sebagai bahan lawak jenaka, tapi siapa tahu mungkin itu juga sebenarnya adalah sebahagian daripada doa orang-orang Islam yang Ikhlas hati mereka. Lihat juga bagaimana tentera Israel pernah menzahirkan rasa takut mereka ketika bertempur dengan tentera Hizbullah, di mana kata mereka menentang Hizbullah persis menentang hantu. Lawak bukan? Namun siapa tahu itu juga sebenarnya adalah berkat doa orang-orang Islam seluruh dunia, di mana Allah menghantar para Malaikatnya untuk bertempur dengan tentera Yahudi, di mana Allah pernah melakukannya ketika perang Badar seperti yang diceritakan oleh Al-Quran di dalam surah ali-Imran. Wallahu A'lam. Moga ada manfaatnya | Monday, December 05, 2005 Pengetahuan manusia terbatas hanya soal lahiriah, kerana apa yang dilihat oleh mata itulah yang mampu diterjemahkan oleh hati. Soal batiniah, ataupun soal yang tidak mampu dilihat, disentuh mahupun dirasa itu diluar kemampuan manusia, kerana kita tidak mungkin dapat mentafsir dengan tepat, walau dengan mata hati. Itulah sebabnya kita dilarang menuduh manusia dengan tuduhan-tuduhan yang kita sendiri tidak tahu apakah ia benar ataupun tidak. Contohnya, jika seseorang itu Islam atas ucapan La ilaha illallah Muhammad Rasulullah, tiada tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah, maka dengan deklarasi tersebut islamlah dia, dan selagi mana seseorang itu masih berpegang dengan kalimah ini, maka teruslah dia dalam Islam. Itulah sebabnya Abdullah bin Ubayy dulu sewaktu zaman Rasulullah, walaupun Rasulullah tahu tentang kemunafikannya, namun Rasulullah tidak mengishtiharkannya sehinggalah Allah sendiri yang ishtiharkan di dalam al-Quran. ![]() Michelle Leslie (gambar di atas), seorang model pakaian dalam warga Australia, ditangkap kerana memiliki dua pil ekstasi ketika memasuki pusat peranginan Bali Indonesia, dipenjara tiga bulan, dan memeluk Islam ketika dalam tahanan. Gaya penampilan yang berbeza ketika perbicaraan dan selepas dibebaskan, maka seluruh umat Islam merasa terhina, lalu Leslie dituduh menghina agama : Islam hanya dijadikan pakaian untuk meringankan hukuman. Tapi, kita hanya suka membuat tuduhan melulu, sedangkan beberapa kali Leslie menafikan beliau berpura-pura memeluk Islam bagi tujuan untuk meringankan hukuman yang dikenakan ke atasnya. kita pun tidak tahu, Islamkah dia? ataupun hanya berpura-pura Islam? hanya Allah sahaja yang tahu, kerana pengetahuan kita terbatas kepada soal lahiriah. Jadi, jalan terbaik untuk kita tidak terus berdosa ialah menerima kenyataan bahawa ketika saat ini Michelle Leslie ialah seorang Islam. Manakala orang Islam di sekelilingnya, sepatutnya lebih untuk mendampingi beliau, memberi tunjuk ajar, nasihat dan sebagainya. ![]() Dr Azahari Husin, seorang ahli akademik, bekas pensyarah di UTM, diiktiraf sebagai seorang pakar bom rakyat Malaysia. Di penghujung hayat beliau lebih banyak tertumpu kepada usaha membantu gerakan Jemaah Islamiah (JI) yang dikatakan mempunyai kaitan dengan gerakan al-Qaeda. Kita kata Dr Azahari pengganas, penjenayah dan sebagainya, tapi di sisi Allah mungkin juga beliau seorang yang benar yang memperjuangkan haq dan menentang kebatilan. siapa tahu? jawapannya hanya Allah yang lebih mengetahui. Dr Yusuf al-Qardhawi, seorang ulama tersohor, apabila ditanya tentang hukum berani mati dengan meletupkan diri sendiri, maka beliau mengeluarkan fatwa dibolehkan tindakan sedemikian tetapi khusus kepada rakyat palestin, kerana mereka lebih mengetahui situasi negara mereka. Jadi, mungkin kita tidak mengetahui situasi sebenar yang berlaku di Indonesia. Mereka mendakwa bahawa mereka hanya menyerang tempat-tempat yang ada kepentingan barat, maka mereka menganggap perbuatan ini sebagai jihad fi sabilillah. Kita tidak tahu situasi di sana bagaimana? mungkin dakwaan mereka benar, mungkin tindakan mereka benar? mungkin juga tidak. suatu ketika dahulu di Libya sebagai contoh, ketika Itali memasuki Libya, Umar Mukhtar mengetuai gerakan menentang penjajahan, beliau dianggap sebagai pemberontak, pengganas dan sebagainya. Namun, hakikatnya pada pandangan umat Islam beliau ialah seorang pejuang. Begitu juga dengan Usamah bin Laden. Seluruh dunia mengetahui nama ini. Namun, siapa dia sebenarnya, kita pun tidak tahu. apakah benar beliau ialah agen CIA? atau benar seorang pejuang Islam yang menentang Barat? Wallahu A'lam, hanya Allah yang lebih mengetahui, kerana pengetahuan manusia terbatas. Jadi, formula ini yang juga merupakan hadis Nabi harus dipegang : Nahnu Nahkum Bizzawahir, Wallahu yatawalla as-saraa'ir. Kami umat yang menghukum kepada perkara-perkara zahir, dan bagi Allah perkara yang tersembunyi. Allah sebagai hakim terakhir yang akan menghukum manusia apakah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang benar ataupun tidak. Apakah kita layak untuk menduduki syurga Allah ataupun tidak. Moga semua kita berusaha untuk menempatkan diri dalam golongan orang-orang terbaik di sisi Allah. | Thursday, November 24, 2005 ![]() an unusual appearance of an "X" being flashed on Cheney's face while he was speaking live Bakal calon President Amerika Syarikat tahun 2008 awal-awal lagi dipangkah... cuma 1/15 saat... tetapi ia tetap luar biasa... dan... misteri... maybe there is something to say?? Wallahu A'alam | Monday, October 31, 2005 ![]() ::Islamic card center:: SELAMAT HARI BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG NOIRKUDUS. SEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI SEMUA AMALAN KITA EID MUBARAK KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIR MAAF ZAHIR DAN BATIN | Thursday, September 22, 2005 ![]() Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha mengasihani... 21 hb September lepas, rupa-rupanya adalah hari ulangtahun pertama kewujudan blog noirkudus.blogspot ini. Namun ianya akan diteruskan lagi kerana penulisan di blog merupakan salah satu medium untuk kita menyampaikan sesuatu. banyak medium untuk menulis seperti di surat khabar, majalah, buku dan sebagainya, dan medium internet adalah salah satu di antaranya. Kalau orang dulu-dulu menulis hanya di atas kayu, daun, batu dan sebagainya dengan berbagai tujuan, namun, dengan perkembangan dunia teknologi yang tanpa sempadan ini penulisan sudah tidak perlu menggunakan bahan-bahan seperti itu, hanya menggunakan hujung jari menyentuh butang-butang keyboard maka tertera segala apa yang terlintas di kepala otak. Why Noirkudus, adalah soalan pertama diutarakan ketika memulakan bicara, namun buat kali ini sekali lagi dipaparkan buat tatapan pengunjung sekalian yang tidak berkesempatan bersama sejak awal lagi... WHY NOIRKUDUS??? noirkudus? Kenapa Noir+kudus? + NOIR (bahasa perancis) = Hitam + KUDUS (bahasa arab) = suci + NOIRKUDUS = hitam suci Begitulah secara ringkas nama add blogku..... . + Sahaja aku mengingatkan diri sendiri + Titik hitam yang semakin wujud didalam diri + Kerana dosa & maksiat ==> bertambah besar titik + Untuk aku dan manusia membasminya + menjadikan diri ini suci + sesuci hati orang-orang Mukmin + seperti anNur (cahaya) + insyaAllah semoga titik2 hitam akan dapat dihapuskan drpd hatiku... + dan dilimpahkanhati aku ini dengan cahaya (an-Nur) Dan satu lagi sebagai tambahan... + NOIR (bahasa perancis) sebutannya ialah NUA + KUDUS (bahasa arab) sebutannya tentulah KUDUS Jadi, jika diikutkan sebutan ia akan berbunyi NUA KUDUS Jadi, itulah dia sebenarnya panggilan bagi diriku: NUA KUDUS Begitulah ringkasnya jua permulaan blogku... Mujahid Dakwah akan terus menulis......... | |