Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Thursday, September 30, 2004

Ibadah Di Bulan Sya'ban

IBADAH DI BULAN SYA'BAN

Dari Usamah bin Zaid berkata: Saya bertanya:
Wahai Rasulullah saw, saya tidak melihat engkau puasa disuatu bulan lebih banyak melebihi bulan Sya'ban
Rasul saw bersabda:
Bulan tersebut banyak dilalaikan manusia, antara Rajab dan Ramadhan, yaitu bulan diangkat amal-amal kepada Rabb alam semesta, maka saya suka amal saya diangkat sedang saya dalam kondisi puasa
(Ahmad, Abu Dawud, An-Nasa'i dan Ibnu Huzaimah)


'Aisyah ra. Berkata:
Saya tidak melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya'ban
(HR Muslim)


hadis di atas menggalakkan kita melakukan banyak ibadat dalam bulan sya'ban terutama sekali ibadah puasa.

wahai sahabat-sahabat... marilah kita memperbanyakkan amalan kita terutama sekali hari-hari yang sangat hampir dengan Ramadhan. semoga bulan ini (sya'ban) dapat menjadi medan persediaan bersempena datangnya bulan Ramadhan nanti.

:::pesanan daripada noirkudus: sesiapa yang ingin mempertikaikan tentang hadis di atas, hantar mesej kepada noir kudus segera, kerana banyak daripada hadis tentang kelebihan bulan-bulan ialah hadis Dha'if...tetapi hadi dha'if boleh dijadikan sebagai Fadha'il Amal:::

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 5:17 PM

Nisfu Sya'ban

NISFU SYA'BAN???

hari ni sudah 30 hb September 2004 dan pertengahan sya'aban rupanya...
kalau macam tu apa tandanya??
rupa-rupanya lagi 15 hari kita akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak...
bulan yang sangat mulia...penghulu segala bulan...
bulan untuk umat Muhammad ini beribadat untuk mendapat segala kebaikan yang telah disediakan oleh Allah...

orang kita ni kalau hari-hari yang penting macam ni mesti selalu ingat.
buat amal ibadat juga ikut hari-hari tertentu sahaja.
semalam di masjid juga ade majlis baca Yaasin tapi noirkudus tak pergi kerana ada exam..
tapi sahabat-sahabat kena ingat... setiap hari ialah hari untuk kita beribadah kepada Allah... siang dan malam...
tiada dihadkan pada waktu tertentu sahaja...
para sahabat Rasulullah juga tidak pernah menyambut Nisfu Sya'aban seperti mana yang disambut oleh orang melayu kita pada hari ini...
tetapi ibadat mereka sentiasa dipertingkatkan setiap masa...takut-takut kalau iman mereka akan jatuh...

dalam konteks malaysia noirkudus pun meraikan kalau ada majlis yang macam ni,
yelah kan, dalam konteks malaysia ni kalau kita tak buat majlis orang tak ingat.
kalau tak buat majlis orang tak buat ibadah.
kat malaysia ianya sudah menjadi adat.
noirkudus sangat memahami memandangkan kita mempunyai sejarah tersendiri.

dan sekali lagi...selamat menyambut Nisfu Sya'ban...
ade yang nak puasa selamat berpuasa...
seronok juga noirkudus dengar ramai yang nak berpuasa hari ini...
malam ni boleh buat iftar jama'ie...
alhamdulillah...
tapi pesanan noirkudus kepada semua...
setiap hari ialah untuk beribadah...
setiap hari kena tambahkan ibadah...
kita ni manusia bukannya malaikat...
iman manusia ini Yazid Wa Yankuz (turun dan naik)
selamat meneruskan ibadah juga...

15 Sya'aban...menandakan hampirnya Ramadhan.
entah sempat atau tidak kita akan bertemu Ramadhan? siapa tahu?
noirkudus sangat merindukan Ramadhan...
ingin bertemu Ramadhan...
Ingin bersama Ramadhan...
hanya setahun sekali ianya menjelang...

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 10:42 AM

Wednesday, September 29, 2004

PLKN Ke Sekolah

PLKN KE SEKOLAH???

wahh...sungguh menarik berita semalam. modul PLKN akan dibawa ke sekolah?
noirkudus sangat mengalu-alukan jika ianya banyak membawa manfaat..
dan ianya terlebih dialu-alukan lagi jika bermanfaat kepada ISLAM.

kalau ikut pengalaman yang lepas ianya tidak membawa faedah pun kepada peserta.
cuma duit kerajaan sahaja yang habis berjuta-juta.

Najib juga menegaskan latihan akidah seperti solat berjemaah dan kuliah Subuh turut diberikan kepada pelatih.

Ini saya percaya dapat menambah lagi penghayatan mereka terhadap agama, katanya.


petikan di atas, jika betul ianya sangat baik jika dilaksanakan.
tetapi apakah ianya dilaksanakan?

cuba kita fikirkan tentang keberkesanannya?
kalau diikutkan rasional atau logik akal..
setiap peserta yang pernah menyertai PLKN tentunya mereka ini lebih berdisiplin selepas tamat tempoh kursus. cuba bayangkan mereka ini dilatih dengan aktiviti ketenteraan di dalam hutan, sepatutnya disiplin sudah menjadi teras diri. dilatih bukannya sehari dua tapi berapa bulan??

kemudian diteruskan lagi dengan modul di kampus-kampus seluruh negara...
banyak modul yang baik dilaksanakan, seperti modul jatidiri, modul kenegaraan dan sebagainya.. tetapi lihatlah hasilnya...

berapa ramai yang graduate daripada PLKN ini menjadi...
kerana apa??
kerana tiada pakej agama yang diselitkan...
sembahyang jemaah tidak diwajibkan...
kuliah-kuliah tidak diwajibkan (mungkin ada, tapi berapa orang jer)
inilah kesilapan kita...
apabila noirkudus bertanyakan hal ini...apa jawapannya?? jawapan yang diberikan kepada noirkudus ialah kerana kita tidak boleh mewajibkan semua itu kerana pesertanya bukan semua yang beragama Islam, ada chinese, India dan sebagainya

Justeru, program PLKN ini adalah untuk memupuk integrasi nasional. Kita tak pernah pandang ringan kepada proses pembinaan negara, katanya.


noirkudus juga bersetuju jika dibina semangat nasionalisme? untuk memupuk integrasi nasional... ini sangat penting sebagai persediaan mereka untuk menghadapi dunia luar yang lebih luas lagi... noirkudus sendiri merasainya... cuba kita ambil contoh di UIA sendiri... bukan setakat integrasi nasional diperlukan tetapi integrasi international yang diperlukan...

tetapi apakah berjaya modul kenegaraan yang diterapkan bertujuan untuk memupuk integrasi nasional... jika di UIA kita nak bina integrasi internasional, nak guna modul apa? modul kenegaraan? modul arab??

semuanya mestilah berbalik kepada Islam...
semuanya akan dapat dicapai jika kita mencampurkannya dengan ACUAN ISLAM. walaupun modul yang disediakan adalah yang terbaik sekali di dunia, jika tidak ada ACUAN ISLAM di dalamnya pastilah hasil yang diuli dengan modul tersebut tidak akan menjadi seperti apa yang dikehendaki Islam.

memang noirkudus tak nafikan modul PLKN ini adalah yang terbaik...
noirkudus ulangi sekali lagi, modul PLKN ini adalah yang terbaik...
kerana apa ianya adalah yang terbaik??
kerana ianya ada hasil idea dan pemikiran daripada gabungan trainer yang paling hebat yang kita import daripada Amerika, Kanada, dan banyak lagi dan juga hasil gabungan trainer di negara kita.

noirkudus juga dah meneliti modul PLKN yang dulu... respect juga...
tapi kena ingat ACUAN ISLAM tidak boleh ditinggalkan...

::Baca Artikel Berita harian 28/09/04::



| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 6:28 PM

Sunday, September 26, 2004

Akhlak Manifestasi Kekuatan Umat

AKHLAK MANIFESTASI KEKUATAN UMAT

Ummat-ummat itu, tidak lain adalah budinya; jikalau budinya telah hilang ummat-ummat itupun hilang


sajak di atas telah dilukiskan oleh penyair Islam Mesir yang terkenal
Ahmad Syauqiyy


mengapa sesuatu ummat itu digambarkan melalui akhlaqnya??

Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumiddin mengatakan bahawa akhlak itu memanifestasikan apa yang terkandung dalam hati manusia.

maknanya di sini, akhlak merupakan cerminan diri seseorang.
ini kerana akhlak ialah apa yang terzahir daripada diri seseorang.
kalau dalam budaya melayu kita akan memanggil dia dengan sopan, santun, budi, pekerti dan sebagainya.

dan satu lagi pantun melayu yang menggambarkan tentang budi:

Tegak rumah kerana sendi,
runtuh sendi rumah binasa,
Tegak bangsa kerana budi,
hilang budi hilanglah bangsa.


mengapa sampai dikaitkan dengan bangsa atau ummat??
apakah keadaan sesuatu umat itu betul2 digambarkan melalui akhlaknya??

akhlak ini sebenarnya yang menggambarkan sama ada sesuatu bangsa itu bertamadun atau tidak. cuba kita pandang ke barat? apakah mereka ini kita boleh kata bertamadun? mereka ini sebenarnya ialah umat yang tidak bertamadun. kemajuan dan pembangunan semata tidak menggambarkan tamadun sedangkan masyarakat nilainya berada di tahap yang sangat rendah.

contoh yang sangat mudah kita lihat di barat. apa yang haram dikatakan halal. zina sudah dihalalkan. persatuan gay disokong penubuhannya. persatuan lesbian juga begitu. orang lelaki boleh kawin dengan lelaki, perempuan juga begitu.

inikah dikatakan bertamadun??
barat sekarang ini lah contoh umat yang paling tidak bertamadun.
mereka jugalah umat yang moralnya berada di peringkat yang paling rendah.

wahyu yang pertama yang diturunkan kepada Rasulullah, mewajibkan kepada umat tentang kewajipan menuntut ilmu (Aqliah)

wahyu yang kedua 7 ayat surah muddathir, tentang kewajipan menyampaikan dakwah, kebersihan, mentauhidkan Allah.

wahyu yang ketiga surah al-muzzammil, menurunkan tentang kewajipan qiyamullail(ibadah/ruhiyyah).

ketiga2 wahyu ini merupakan satu pakej untuk ummat Islam,
pertamanya aqliah, kedua jasmaniyyah, dan yang ketiga ruhiyyah,
ketiga2 gabungan inilah merupakan satu pakej yang tak boleh dipisahkan untuk umat Islam.

ketiga2 gabungan ini yang telah ditransformkan ke dalam hati para sahabat Rasulullah sehingga mereka benar2 menjadi orang yang hebat, sehingga digeruni lawan dan akhirnya dapat menegakkan Islam menjadi sebuah tamadun yang hebat.

sesuatu masyarakat itu pasti akan runtuh jika akhlah mereka di peringkat yang paling hina, malah lebih dahsyat daripada binatang..

contoh yang terbaik yang boleh dijadikan iktibar ialah contoh2 daripada al-Qur'an. memang benar al-Qura'an itu dijadikan supaya ianya boleh menjadi iktibar kepada manusia.

siapa yang tidak tahu tentang sejarah kauh Ad, Thamud mahupun kaum Lut...kesemuanya merupakan kaum yang dikatakan telah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi. tetapi sejarah juga telah mencatatkan bagaimana berakhirnya kewujudan kaum2 ini... kesemuanya adalah kerana jatuhnya nilai moral mereka.

kaum Lut misalnya, kerana masalah moral yang terlalu meruncing, hubungan seks sejenis tidak dapat dibendung lagi. maka Allah menurunkan bala dan Allah menenggelamkan kota2 yang mereka bina di atas wilayah sodom itu.

kaud Ad dan Thamud juga dihancurkan bersama dengan ketamadunan mereka disebabkan keingkaran mereka kepada nabi mereka.

sekarang ini pun kita sudah nampak ada bangsa2 yang biadap yang mendakwa mereka sudah bertamadun seperti Amerika dan kuncu2nya. kononnya umat Islam yang tidak bertamadun.

mengapa kita mengatakan mereka tidak bertamadun??
kerana kekuatan akal diletakkan di tingkat yang paling bawah sekali.
kerana bayangan akhlak mereka sangat buruk sekali.
mereka inilah bangsa yang tidak akan bertahan lama.
mereka inilah bangsa yang akan jatuh dalam keadaan penuh kehinaan.
lebih hina daripada binatang. tapi ingat, umat islam sendiri tidak akan terlepas.

Janji Allah itu benar.
Ajaran Rasulullah itu benar.
Al-Qur'an dan Sunnah itu panduan yang benar.

kembalilah kepada pakej yang telah dibawa oleh RAsulullah.
pakej di mana telah mentransformkan sahabat-sahabat Rasulullah daripada zaman jahiliah, zaman yang penuh kegelapan kepada zaman kegemilangan, kepada zaman yang mana Islam itu berada dalam kedudukan yang sangat tinggi.

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 7:40 AM

Friday, September 24, 2004

Keberkatan Rezeki

KEBERKATAN REZEKI

Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah limpah berkatnya dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan Rasul Kami, lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah usahakan.
(Al-A'raf : 96)

Dan Allah memberikan satu misalan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap2 tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat2 Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan
(An-Nahl : 112)

rakan2 sekalian...hari ini noirkudus sudah terlepas daripada satu penindasan. mujurlah yang melakukan penindasan kepada noirkudus itu bukannya orang Islam, tetapi org bukan Islam...semoga dia akan mendapat hidayah Allah suatu hari nanti...

rezeki semuanya daripada Allah. manusia dicipta untuk mencari rezeki yang telah diturunkan Allah ke muka bumi ini.jadi, semuanya layak untuk mendapatkan rezeki yang telah Allah turunkan. selagi kita bernama manusia selagi itulah kita layak untuk mendapatkan rezeki Allah. itulah dia Allah, pencipta sekalian hidupan yang memiliki sifat Ar-Rahman dan al-Rahim.

akan tetapi kehidupan kita diukur pada keberkatan rezeki yang telah kita cari. cuba kita lihat kisah seorang Peniaga A yang mana perniagaannya tidaklah begitu maju, tetapi dia berniaga dengan penuh jujur dan ikhlas, ikatan dengan Allah dijaga seperti solat pada waktunya dan sebagainya. walaupun perniagaan tidaklah berjaya mana tetapi Allah telah menurunkan ketenangan dalam hatinya. itulah kayu ukur keberkatan yang telah Allah turunkan padanya iaitu dengan memberikan ketenangan.

dan kita bandingkan dengan peniaga B yang mana perniagaannya sangat maju, tetapi penuh dengan penipuan, solat tidak dijaga dan sebagainya. walaupun pada zahirnya kita lihat kemewahan mengelilingi hidupnya tetapi tiada ketenangan dalam hatinya. itulah dia kuasa Allah. Allah berhak untuk memberikan ketenangan kepada hambanya. itulah dia nilai keberkatan.

Dalam surah al-A'araf ayat 96 di atas, ada 2 perkara yang menjadi asas kepada keberkatan iaitu 1)Iman 2)Taqwa. jika tiada 2 asas ini allah akan mencabut segala keberkatan dan kenikmatan.

Di dalam tafsir al-azhar, Pak Hamka ada menyebutkan bahawa keberkatan itu pula terbahagi kepada 2 iaitu 1)keberkatan hakiki dan 2)keberkatan maknawi. keberkatan hakiki ini ialah kerberkatan pada zahir seperti dapat kita lihat dengan turunnya hujan yang dapat menyuburkan tanaman, kekayaan yang melimpah ruah, peningkatan ekonomi dan sebagainya. manakala keberkatan maknawi berupa ilham atau petunjuk yang baik yang diturunkan Allah kepada hambanya yang soleh dan ikhlas.

kisah yang paling mudah untuk kita menjadikan iktibar ialah kisah kaum saba' yang mana negerinya dilimpahi dengan kemakmuran, kemewahan, kesenangan, kesuburan dan sebagainya. ini semua adalah kerana penduduknya pada waktu itu beriman dan beramal soleh. akan tetapi apabila iman dan taqwa sudah hilang dalam hati mereka maka bala bencana pula yang akan Allah turunkan kepada mereka.

cuba kita lihat pada masa sekarang ini. dengan kuasa Allah yang memiliki dunia ini, Allah telah mengurniakan kekayaan yang melimpah ruah di atas bumi umat Islam. Tanah Arab sungguh kaya dengan minyak, tetapi kenapa negara Amerika ataupun Britain memiliki hasil bumi yang banyak seperti yang telah Allah kurniakan kepada tanah umat Islam. kita memiliki minyak yang banyak tetapi lihatlah siapa yang kaya sekarang jika tidak Amerika dan sekutu2nya.

alangkah malangnya umat Islam sekarang ini, apakah Allah telah cabut segala2nya daripada umat ISlam ini lantaran hilangnya keimanan dan ketaqwaan??

mungkin inilah yang Allah maksudkan di dalam Quran. umat Islam sepatutnya menjadi umat yang paling kaya di dunia bukannya amerika, tetapi Amerika menang bukannya disebabkan mereka orang yang beriman tetapi mereka menang kerana kelemahan umat ISlam.

itulah dia sedikit muhasabah. noirkudus juga walaupun bukanlah peniaga dan juga belum bekerja tetapi sangat yakin dengan rezeki Allah. jika hidup ini berkat tentunya hati kita akan tenang dan tenteram dan allah akan turunkan rezekinya pada kita dengan izinNya tetapi kita tidak nampak semua itu.

sebenarnya noirkudus telah ditipu oleh workshop cina. kereta noirkudus accident sebulan lepas, tetapi disebabkan ade masalah dengan workshop jadilah sebulan lebih dok kat workshop. dah laa kaki jadi tempang, duit pulak banyak habis, kena tipu lagi tu... sedih betul. nasib baik kereta noirkudus tu tak bersalah sebab kena hentam dengan kereta belakang, jadi, dapat lah claim insuran kereta belakang untuk repair kereta noirkudus. cumanya noirkudus jadi sedih kerana berlaku banyak penipuan dan juga rasuah dalam urusan jual beli ini. harapnya dah takde lagi laa urusan penipuan yang macam ini.

noirkudus rasa kalau selalu berlaku perkara begini pun pada umat islam lebih2 lagi di malaysia, mungkin mereka ini jahil agaknya. semoga Allah memberikan petunjuk kepada mereka semua. berilah hidayah kepada mereka. aminn

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 11:01 AM

Thursday, September 23, 2004

Change To Islamic Insurance or Takaful

CHANGE TO ISLAMIC INSURANCE OR TAKAFUL

hari in noirkudus sgt sibuk dari pagi sampai ke petang...masa terluang ini diambil untuk menghadap komputer seketika. tengah hari tadi noirkudus telah mengadakan appointment dengan Datuk Ahmad Tajuddin bertempat di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail. appointment ini adalah untuk menyempurnakan tugasan dalam subjek islamic banking and takafful dengan mengadakan sedikit interview. Beliau merupakan orang yang sangat berpengalaman dalam industri perbankan di malaysia. sekarang memegang jawatan sebagai salah seorang Lembaga Pengarah bank Islam Malaysia Berhad, dan juga merupakan lembaga pengarah di beberapa bank di negara luar. beliau juga merupakan bekas naib presiden persekutuan Bank islam antarabangsa.

banyak yang noirkudus dapat manfaat daripada pertemuan ini. ye lah dalam situasi kita sekarang sebagai pelajar siapalah kalau hendak dibandingkan dengan orang yang telah lama berkecimpung. mungkin itulah pengajaran yang diperoleh hari ini, iaitu banyak perkara yang tidak kita perolehi di dalam bilik kuliah tetapi kita dapat perolehi daripada luar bilik kuliah deperti dengan mengadakan research, temuramah dan sebagainya.

topicnya adalah berkaitan dengan general takaful product di malaysia. untuk pengetahuan terdapat 2 jenis takaful iaitu 1)Family takaful business 2)General Takaful business. panjang pula kalau hendak diterangkan di sini.

noirkudus ini pun bukannya orang yang pakar dalam bidang ini. jika tidak kerana semester ini mengambil subjek islamic banking and takaful, tentunya noirkudus juga jahil dalam bidang takaful.

di malaysia, takaful masih tidak popular kalau hendak dibandingkan dengan insurance konvensional yang lain. terdapat 4 takaful operator yang beroperasi di malaysia (mestilah registered takaful operator)

1) Takaful Malaysia
2) Takaful Nasional
3) Takaful Ikhlas
4) Maybank takaful

di malaysia cuma ada 4 takaful ini sahaja yang dikatakan HALAL. noirkudus pun dulu sebelum mengambil subjek islamic banking and takaful, tidak pernah tahu tentang kewujudan takaful ini, dan tentunya dulu noirkudus tidak tahu adanya insuran yang HALAL dan HARAM.

dulu noirkudus cuma biasa dengar tentang KURNIA insurans, ING Insurans, P&O Insurans, AmInsurans dan banyak lagi. untuk pengetahuan semua ape yang noirkudus tahu di malaysia ini sahaja terdapat 200 syarikat insurans konvensional.

tapi betul ker ade insurans yang halal dan haram ni??
selepas belajar islamic banking and takaful. baru noirkudus tahu rupanya.

di malaysia, pada tahun 1972, Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengishtiharkan bahawa sistem insuran konvensional yang terdapat di malaysia adalah HARAM terutama life insuran kerana ada unsur2 riba(interest), gharar (uncertainty), and maisir (gambling).

tahun 1976, persidangan Antarabangsa yang pertama dalam Islamic ekonomi yang diadakan di Makkah, Saudi Arabia juga mengatakan : commercial insurance yang diamalkan sekaranag tidak bersesuaian dengan peraturan Islam dan ia tidak diterima"

tahun 1985, Islamic Fiqh Academi Jeddah juga mengeluarkan fatwa yang sama- not conform to Islamic principle.

sekarang ni noirkudus sudah menukar insurans kereta kepada Takaful Malaysia. dan juga sahabat2 yang lain juga boleh mencontohi.

pertemuan hari ini dengan Datuk Ahmad Tajuddin sangat bermakna. banyak perkara baru yang diperolehi.

banyak lagi yang noirkudus nak cerita pasal takaful terutama sekalai apa yang dapat pada hari ini, tapi mungkin pada edisi khas nanti yer... tunggulah... jengjengjeng.

petang tadi pulak gi rumah Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya. seronok juga petang ni. banyak juga bertukar2 ilmu. ye lah kan, kita ni bila tengok muka ulamak jadi sejuk ajer hati ni. noirkudus juga bercita-cita nak jadi ulamak suatu hari nanti, juga bercita2 nak jadi pakar ekonomi dan juga nak jadi pakar perundangan negara. mana satu yer agaknya nak jadi ni, sumenya noirkudus nak jadi. tapi takpe kan, yang penting noirkudus nak belajar ilmu tinggi2 sehinggalah samapai ke liang lahad. takkan pecah punye kepala otak ni.

Datuk Hashim Yahya sekarang ni merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah di Bank Rakyat. memang hari ini noirkudus sangat bertuah. dalam masa satu hari sahaja noirkudus dah jumpa 2 orang yang hebat di negara kita ini. noirkudus memang bercita2 nak jadi seorang yang hebat. menjadi lebih hebat daripada mereka. apa yang noirkudus belajar daripada kecik, kalau kita nak jadi seorang yang hebat, kita juga mestilah selalu berjumpa dengan orang2 yang hebat. betul kan??

cukuplah setakat ini. hari ni macam nama hari bank pulak. satu jumpa CEO bank Islam Malaysia Berhad, satu lagi jumpa Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Rakyat pulak.

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 10:10 PM

Langkah Dakwahku

MEDAN DAKWAHKU...

Alhamdulillah, kini aku dapat meluaskan medan dakwah di dalam webblog pula... langkahku maju setapak demi setapak dan akan kuteruskan langkahku ini sehinggalah ke penghujung usia, langkah seorang hamba Allah yang sungguh hina di sisiNya, sungguh luas sekali dunia yang Allah ciptakan ini untuk hamba-hambanya, tidak cukup dengan bumi yang terbentang luas, manusia cuba pula untuk meneroka angkasaraya, akhir2 ini juga Nasa begitu ghairah meneruskan penyelidikannya yang mana mereka mendakwa telah menjumpai 2 lagi planet selepas pluto, subhanallah, maha suci Allah yang telah menciptakan cakerawala ini, tidak cukup dengan alam dunia dan cakarewala, sekarang ini alam maya pula yang diterokai.

memang Allah ciptakan dunia ini untuk umat manusia, untuk kita bertebaran di atas muka bumi ini untuk mencari rezeki yang telah allah turunkan utk hambanya, tapi mesti beringat di antara tujuan utama penciptaan manusia itu adalah utk beribadat kepada Allah, apakah kita rasa penciptaan di dunia ini hanya main-main, oh tidak, itu hanya akan timbul dalam pemikiran orang-orang yang tidak beriman sahaja.

Wahai sahabat2 sekalian, alangkah indahnya hidup ini kerana masih dapat menghirup udara segar yang dikurniakan Allah, pagi ini saya rasa sangat bersyukur kerana masih lagi bernafas menghirup oksigen yang dipinjamkan oleh Allah.., nikmat hidup ini rupa2nya masih lagi diberikan Allah, celik sahaja mata ini terasa begitu bersyukur kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan.

tetapi kehidupan ini bukannya terhad setakat hanya pejam dan celik mata sahaja, aku teringat tentang wahyu kedua yang diturunkan Allah kepada nabi Muhammad saw iaitu 7 ayat surah al-Muddathir
Wahai orang yang berselimut
Ayat ini sebenarnya bukanlah untuk menceritakan yang nabi ini diselimuti tetapi untuk menjelaskan dengan lebih mendalam lagi bahawa sebenarnya kita ini dibebani dengan beban, diselimuti dengan beban, ditanggungi dengan beban, beban apakah itu??? Itulah dia beban dakwah…dakwah yang dibebankan ke atas bahu setiap mukmin, untuk meneruskan risalah nubuwwah, seperti mana yang telah diteruskan oleh para sahabat dan orang2 sebelum kita.

Ya Allah...berat rupanya kehidupan ini, tentu engkau lebih mengetahui, jikalau tidak masakan kau boleh menciptakan syurga dan neraka, aku teringat pula ayat yang kedua
Kum FaAnzir
maka berilah peringatan, aku kerap terfikir, apakah ayat ini yang betul2 memberi kesan kepada sahabat nabi terutama sekali kepada generasi awal islam yang bersama-sama dengan nabi, tentunya benar kerana jika tidak dihayati ayat ini tentulah sahabat2 akan terus berdiam diri tidak merasa tanggungjawab utk menyebarkan Islam, di atas kefahaman inilah mereka terus menerus menyebarkan Islam tanpa penat lelah sehinggalah Islam pernah menguasai 2/3 dunia di atas satu kalimah Lailahaillah.

Kepada sahabat2 sekalian, semoga kita juga dapat bersama2 meneruskan risalah nubuwwah ini walau dengan apa cara sekalipun, terbentang di depan kita pelbagai method utk digunakan, Cuma nak atau tak nak shj, semoga alam cyber ini juga dapat menjadi medan aku untuk meneruskan agenda ini, dan juga sebagai medan untuk aku meluahkan segalanya.

Cukuplah utk coretan yang pertama ini. semoga dapat bertemu lagi dlm coretan yang berikutnya.


| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 8:05 AM

Wednesday, September 22, 2004

Why Noirkudus

WHY NOIRKUDUS???

noirkudus?
Kenapa Noir+kudus?
+ NOIR (bahasa perancis) = Hitam
+ KUDUS (bahasa arab) = suci
+ NOIRKUDUS = hitam suci

Begitulah secara ringkas nama add blogku......

+ Sahaja aku mengingatkan diri sendiri
+ Titik hitam yang semakin wujud didalam diri
+ Kerana dosa & maksiat ==> bertambah besar titik
+ Untuk aku dan manusia membasminya
+ menjadikan diri ini suci
+ sesuci hati orang-orang Mukmin
+ seperti anNur (cahaya)
+ insyaAllah semoga titik2 hitam akan dapat dihapuskan drpd hatiaku...
+ dan dilimpahkanhati aku ini dengan cahaya (an-Nur)

Dan satu lagi sebagai tambahan...
+ NOIR (bahasa perancis) sebutannya ialah NUA
+ KUDUS (bahasa arab) sebutannya tentulah KUDUS

Jadi, jika diikutkan sebutan ia akan berbunyi NUA KUDUS
Jadi, itulah dia sebenarnya panggilan bagi diriku: NUA KUDUS

Begitulah ringkasnya jua permulaan blogku...
Mujahid Dakwah akan menulis...........

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 1:14 PM