Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Sunday, October 31, 2004

Al-Qur'an Ya Al-Qur'an

AL-QUR'AN YA AL-QUR'AN




Allah berfirman di dalam Surah al-Maidah ayat 15-16 yang bermaksud:

sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Muhammad) dari Allah, dan sebuah kitab (Al-Qur'an) yang jelas keterangannya. dengan al-Qur'an itu Allah menunjukkan jalan-jalan selamat kepada sesiapa yang mengikut keredhaannya dan (dengannya) mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinnya, dan dengannya juga Allah menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.


jika sebelum ini, noirkudus ada menyebut tentang ayat 185 surah al-Baqarah, yang mana jelas mengatakan al-Qur'an turun bulan Ramadhan, sebagai HUDA(petunjuk), dan sebagai BAYYINAT MIN AL-HUDA (keterangan kepada petunjuk) tetapi dalam ayat di atas pula menerangkan al-Qur'an sebagai NUR(cahaya kebenaran) dan KITAB MUBIN (kitab yang jelas keterangannya)

dan seterusnya...dikatakan al-Qur'an itulah yang mengeluarkan manusia daripada ZULUMAT (maksudnya di sini ialah kegelapan) kepada AN-NUR (cahaya)

apa buktinya??
sangat mudah...
waktu nabi diturunkan...pada zaman jahiliah...
siapa yang telah mengubah mereka...jawapannya ialah al-Qur'an

noirkudus selalu teringat akan satu lagu yang dinyanyikan sejak kecil lagi... selalu benar terngiang-ngiang di telinga ini kerana lama sudah tidak menyanyikannya...

inilah lagu tema Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hassan al-Banna

Allahu Rabbuna
Allahu Ghayatuna
Al-Rasul Za'imuna
Ar-Rasul Sayyiduna
Al-Qur'anu Imamuna Wa Dusturuna
Ijtihad Bijama'atil Muslimin huwa 'Amaluna

apa maknanya di sini??

Allah Tuhan kami
Allah matlamat kami
Rasul Penghulu kami
Al-Qur'an itu Imam kami,
dan dustur kami.

bila teringat balik, dan dinyanyikan balik... semangat perjuangan yang telah pudar kembali semula...berkobar-kobar

kerana apa generasi sahabat nabi dan juga generasi sebelum kita ini kuat... kerana mereka menjadikan al-Qur'an itu sebagai pegangan hidup... sebagai imam... sebagai dustur...

Dalam lagu Ikhwanul Muslimin itu, al-Qur'an itu sendiri diletakkan di tempat nombor 3, selepas Allah dan Rasul.

Ini juga sesuai dengan rukun Iman yang mana percaya kepada kitab di tangga ketiga selepas Allah dan Rasul.

Al-qur'an pada masa itu betul-betul dijadikan pegangan dan diamalkan isi-isinya.

Dalam artikel noirkudus sebelum ini, ada dinyatakan bahawa cukuplah jika kita hanya mempunyai al-Qur'an sebagai pegangan hidup kerana padanya terdapat kebenaran yang hakiki.



THE HOLY QUR'AN.

Di dalam buku Akidah Islam Sayid Sabiq, dinyatakan beberapa perkara mengapa al-Qur'an itu suatu yang amat sempurna.

PERTAMA : al-Qur'an mengandungi segala mabda' (prinsip) yang tertinggi, jalan yang paling lurus dan wajib ditempuh serta nizham (peraturan) yang terbaik untuk dilaksanakan.

KEDUA : al-Qur'an mengandungi semua perkara yang amat diperlukan oleh manusia, sama ada mengenai persoalan ibadat, akhlak, muamalat dan sebagainya.

KETIGA : al-Qur'an satu-satunya ajaran yang dapat menjamin pembentukan peribadi manusia yang luhur, keluarga yang bahagia, masyarakat yang harmoni, pemerintahan yang adil, kekuatan yang dapat menegakkan kebenaran dan keadilan, menghapuskan kezaliman, melenyapkan permusuhan dan sebagainya

Dan berbagai lagi jika kita kita berpegang teguh dengan al-qur'an dan menghayati al-Qur'an.

Sebagai contoh :
Umar al-Khattab...seorang yang sangat bengis dan paling ditakuti sejak zaman jahiliah...seorang yang handal berperang...zaman jahiliahnya pernah membunuh anak perempuan, mabuk dalam dunia arak dan sebagainya... akan tetapi beliau akhirnya memeluk Islam...dan terus menjadi hebat bersama Islam…kerana apa?? kerana al-Qur'an.

kerana kehebatan Umar inilah, Rasulullah pernah berdoa kepada Allah

Allahumma A'izzal Islam bi Ahadi Umaraini.

Ya Allah..muliakanlah Islam dengan salah seorang Umar


2 umar yang dimaksudkan di sini ialah Umar dan Abu Jahal, Umar akhirnya menerima Islam manakala Abu Jahal tidak menerima Islam dan akhirnya mati kufur.

Akhirnya doa ini diterima Allah dengan memberi cahaya Islam kepada Umar.
Umar yang sebelum ini begitu keras hatinya, menjadi lembut apabila mendengar ayat al-Qur'an yang dibaca adiknya iaitu ayat 1-5 surah Taha.

Dengan kehebatan al-Qur'an itu juga, Umar terus menjadi seorang yang hebat.

Begitu juga sahabat-sahabat nabi yang lain yang mana al-Qur'an telah mengangkat martabat mereka. Daripada ZULUMAT (kufur) kepada NUR (Islam, daripada JAHILIAH kepada KEGEMILANGAN, daripada PERHAMBAAN SESAMA MANUSIA kepada PERHAMBAAN KEPADA ALLAH dan sehinggalah al-Qur'an itu terus mengangkat martabat mereka sehinggalah Islam itu Tersebar ke serata Alam.

Pernah terjadi peristiwa yang mana sahabat ingin merujuk di dalam Taurat, akan tetapi apa kata Rasulullah :

Seandainya Musa masih hidup di tengah-tengah kamu, pasti tiada pilihan baginya melainkan dia akan mengikutiku.


Begitulah kata Rasulullah, nabi musa akan mengikuti syariat yang dibawa Rasulullah jika nabi musa hidup di zaman sekarang.

Nabi Isa, jika akan turun nanti pun pasti akan mengikut syariat yang dibawakan oleh Rasulullah.

Oleh itu, kita ni yang sudah sedia menjadi umat Rasulullah, siapa yang kita mahu ikut???

Kita ini yang sudah sedia menjadi umat Rasulullah, apa pegangan kita??
apakah kita ini lebih baik dari nabi Musa??

Jika kita masih membaca al-Qur'an tetapi tidak mengambil manfaat daripadanya, samalah kita seperti orang Yahudi dan nasrani. Seperti apa yang telah diperkatakan oleh Rasulullah :

Aku memang memandang kamu antara orang-orang yang paling faham (alim) di madinah, bukankah orang-orang Yahudi dan Nasrani ada di tangan mereka Taurat dan Injil, tetapi mereka tidak mengambil manfaat sedikit pun daripada isi kandungan yang ada di dalamnya.


Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Ziyad berkata Nabi Muhammad saw telah menyebutkan suatu perkara, lalu baginda bersabda: Dan demikian adalah ketika hilangnya ilmu. Maka kami bertanya : Ya Rasulullah, bagaimana hilangnya ilmu itu padahal kami membaca al-Qur'an dan kami bacakan pula kepada anak-anak kami dan anak-anak kami membacakan pula kepada anak-anak mereka. Kemudian berkata Rasulullah seperti hadis di atas.(tidak mengambil manfaat daripadanya)


Begitulah maksudnya hadis di atas.

Dalam al-Qur'an sendiri Allah berfirman :

Afala yatadabbaruna al-Qur'an Am 'Ala qulubin Aqfaluha

Bermaksud : maka mereka tidak memerhatikan al-Qur'an ataukah hati mereka terkunci. (surah Muhammad : 24)


Dan ayat yang lain :

Kitabun Anzalnahu ilaika mubaarakun liyaddabbaru Ayatihi waliyazzakkaru ulul Albab

Bermaksud : Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (surah sad : 29)


Begitulah pentingnya peranan yang dimainkan al-Qur'an di dalam pembentukan seseorang muslim itu. Bukan setakat untuk dibaca tetapi menghayati maknanya.

Yang menariknya al-Qur'an ini berkekalan sejak ianya diturunkan kepada Rasulullah sehinggalah ke hari Qiamat.

Inna Nahnu Nazzalnazzikra wa inna lahu lahafizun

Maksudnya : sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Qur'an dan sesungguhnya kamilah yang menjaganya. (al-Hijr : 9)


HAKIKAT AL-QUR'AN PADA MASA SEKARANG

PERTAMA : Al-Qur'an lebih dijadikan sebagai satu pertandingan. Sana sini musabaqah al-Qur'an diadakan. Baik kecil besar tua muda.



BACAAN AL-QUR'AN DIPERDENGARKAN SEMASA MUSABAQAH AL-QUR'AN. APAKAH TUJUAN PENGHAYATAN AL-QUR'AN ITU TERCAPAI??



SELEPAS MEMPERDENGARKAN BACAAN, JUARA ATAU JOHAN AKAN MENERIMA TROFI. APAKAH INI MATLAMAT UTAMA DIPERDENGARKAN AL-QUR'AN?

Mungkin ada banyak juga kebaikan diadakan musabaqah sebegini. Antaranya menimbulkan kesedaran tentang penghayatan al-Qur'an. Akan tetapi ianya nampak lebih kepada persaingan merebut kejuaraan (merangkul trofi), walaupun objektif utamanya ialah penghayatan al-Qur'an itu sendiri.

KEDUA : peningkatan Teknologi berkaitan al-Qur'an. Al-Qur'an sendiri semakin cantik dan sekarang sudah muncul dalam pelbagai bentuk seperti cd, mp3, digital al-Qur'an dan juga al-Qur'an audio dan sebagainya.


CONTOH DIGITAL AL-QUR'AN. MUDAH JUGA UNTUK DIDENGAR DAN DIBAWA KE MANA-MANA



DIGITAL AUDIO. CANGGIH TAK??

Kalau nak lihat dari seimbas pandang, ianya membawa banyak kebaikan kepada umat. Mana tidaknya, ruang untuk membaca al-qur'an, mendengar, mempelajari, memahami, dan menghayati lebih terbuka. Dan ianya membuka lebih banyak ruang kepada pelbagai golongan.



INI ADALAH ALMUNEER QUR'AN. DI ANTARA TEKNOLOGI PEMBACAAN TERBARU



SEORANG KANAK-KANAK SEDANG MEMBACA ALMUNEER QUR'AN

gambar di atas ialah satu alat yang bernama AL-MUNEER. satu teknologi yang membolehkan kita membaca al-Qur'an melalui skrin alat tersebut. boleh juga dilakukan pemilihan surah yang hendak dibaca dengan meneka button

canggih...canggih...canggih
diharapkan segala kecanggihan ini dapat dimanfaatkan oleh umat Islam di dalam mencapai objektif penghayatan al-Qur'an itu.

dan yang KETIGA: walau canggih mana al-Qur'an sekalipun, hakikatnya zaman sekarang ini al-Qur'an sekadar menjadi PERHIASAN, atau dengan kata lain, al-Qur'an itu sekadar menjadi syarat kita ini sebagai muslim sahaja. Ada al-Qur'an maka bolehlah kata 'aku Islam'

mungkin kerana inilah, pernah terjadi kes yang mana al-Qur'an dibeli semata perhiasan, akan tetapi orang yang membeli itu tidak mengetahui bahawa al-Qur'an itu ialah Bible. Kemudian baru tersedar. Kerana Bible juga boleh dibuat bentuk seperti al-Qur'an.

Al-qur'an itu bukan setakat dijadikan sebagai syarat, akan tetapi diturunkan adalah untuk difahami isinya.

jika kita tidak memahami isi al-Qur'an mudah kita akan ditipu, seperti mana kita pernah ditipu oleh ASTORA JABAT yang mengatakan memakai tudung itu tidak wajib, malah haram memakainya. apakah anda pernah terasa seperti ditipu?? sedangkan Surah an-Nur ayat 31 secara jelas sejelas-jelasnya dan terang lagi nyata mengatakan bahawa tudung itu wajib bagi orang perempuan, cuma yang berbezanya di sini cuma bentuk tudungnya sahaja. itu SEKADAR CONTOH, malah banyak lagi contoh seperti itu. maka jawapannya ialah : BACA AL-QUR'AN DAN FAHAMILAH ISINYA

Dan akhir sekali daripada noirkudus, SELAMAT MENYAMBUT HARI NUZUL QUR'AN... SEMOGA AL-QUR'AN ITU AKAN DIJADIKAN SUMBER RUJUKAN DAN DIHAYATI ISI KANDUNGANNYA.

Dan akhir sekali juga, fikir dan renung kata-kata ini:

Alam ini penuh dengan kurniaan, dan orang-orang yang diberi kurniaan. manakala sebesar-besar nikmat Allah Ta'ala ialah : Apabila seseorang itu tunduk kepada dasar-dasar tuhan dengan penuh yakin dan benar

Diambil daripada kata-kata MUHAMMAD MUTAWALLI SYA'RAWI di dalam bukunya Mukjizat al-Qur'an

Sekian daripada noirkudus..
Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 3:18 PM

Campurtangan Masalah Umat

CAMPURTANGAN MASALAH UMAT

ini adalah masalah umat Islam...
atas dasar persaudaraan sesama Islam...
jika seorang umat islam ditindas wajib saudaranya yang lain untuk menolongnya...

dulu kita selalu memandang nun jauh di sana...di asia barat..
akan tetapi sekarang ini, tidak perlu memandang sehingga menyeberang beberapa negara...tidak perlu untuk menyeberang beberapa lautan...
kejadian kali ini sungguh dekat dengan kita...
malah satu rumpun bangsa dengan kita BANGSA MELAYU, dan seagama iaitu ISLAM.

hati ini yang mendengar sungguh sakit...
sungguh pilu, sungguh menyanyat hati, sungguh derita...
Ya Allah...bagaimanalah agaknya kalau kita sendiri yang merasainya??
apakah lebih sakit lagi, apakah lebih menyanyat hati??
Ya Allah...bagaimanalah agaknya jika orang yang mati itu ialah ibu kita, ayah kita, anak kita, saudara kita?
tentu lebih perit lagi penderitaan yang ditanggung...



DEMONSTRASI SECARA AMAN YANG DILAKUKAN SELEPAS SEMBAHYANG JUMAAT SEMALAM (29/10/2004) DI HADAPAN KEDUTAAN THAILAND, MALAYSIA. DEMONSTRASI INI MENUNTUT SUPAYA DIHENTIKAN PEMBUNUHAN UMAT ISLAM DI SELATAN THAI. TAHNIAH MAJLIS PERMUAFAKATAN NGO MALAYSIA (MAPAN)

semalam di hadapan kedutaan Thailand di malaysia selamat juga diadakan demonstrasi secara aman... apa lagi yang boleh kita buat...demonstrasi itu tanda protest, buat ajelah... peduli apa dengan Thaksin itu. walaupun tidak boleh mengubah hati Thaksin yang celaka tu, tapi boleh mencerminkan ketidak kepuasan hati.

dulu bagi sesiapa yang masih ingat, pernah diadakan pertemuan bersejarah antara bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor bersama dengan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad, atas usaha ABIM (angkatan Belia Islam Malaysia) sebagai orang tengah dan juga DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka).

pada pertemuan ini, yang disiarkan secara langsung di television Malaysia, diadakan dialog atau forum antara kedua pemimpin itu berkaitan isu palestin, yang mana akhirnya telah dipersetujui bahawa isu palestin akan dijadikan isu bersama. walaupun ada perbezaan fikrah antara dua parti politik akan tetapi, mana-mana isu yang melibatkan umat Islam akan dijadikan isu bersama.

itu sebenarnya satu petanda baik berkaitan isu umat.
perbezaan politik tidak dijadikan alasan ataupun halangan...

begitu juga dengan isu selatan Thai ini, nampaknya PAS dan UMNO telah pun mengambil tindakan yang pantas dengan pelbagai usahan yang dilakukan. cuma jika isu yang berkaitan masalah umat ini, jika semua pihak bergabung tentunya ia menjadi stand yang lebih kuat.

ingat...MASALAH UMAT adalah MASALAH BERSAMA

CAMPURTANGAN NGO MALAYSIA MENANGANI ISU UMAT



TABUNG MANGSA KRISIS TAK BAI YANG DILANCARKAN ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)... AYUH ABIM...TERUSKAN USAHA...ABIM AKAN SENTIASA RELEVAN UNTUK UMAT...DI TENGAH ITU IALAH AHMAD AZAM ABDUL RAHMAN (PRESIDEN ABIM)... AYUH AHMAD AZAM...KALAU BOLEH PERGI JER JUMPA THAKSIN TU, PATAHKAN TENGKUK DIA:) ACAH JER...JANGAN PATAHKAN YER:) AYUH ABIM...TERUSKAN USAHA...

NGO juga tidak terlepas. nampaknya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di antara NGO di malaysia ini yang begitu konsisten di dalam mendepani masalah seperti ini.

sehubungan dengan itu, Tabung Mangsa Krisis Tak bai telah ditubuhkan. perlu jugalah jika mana-mana NGO lain yang turut serta.

jika dahulu, kita begitu pantas membantu saudara kita di Bosnia, Chechnya, palestin, Iraq, Afghanistan, Ambon dan sebagainya. sekarang ini ianya betul-betul di sebelah kita.

PAK LAH BOLEH JADI PENYELAMAT??????

sebenarnya jika di peringkat pemimpin negara, tentunya kita boleh melakukan yang lebih baik lagi. ini kerana ia melibatkan hubungan antara negara jiran. Pak LAh boleh jer kalau nak berpakat dengan Susilo untuk berjumpa secara terus dengan Thaksin celaka tu.



GAMBAR PAKLAH MERASMIKAN JAMBATAN DI SUNGAI GOLOK. AMBOI...MESRANYA PAK LAH BERSALAM DENGAN THAKSIN...AGAKNYA APALAH YANG THAKSIN TENGAH MEMPERKATAKAN DI DALAM HATINYA YANG KEJI ITU



EH...JALAN SEBELAH PULAK...HATI-HATI PAK LAH



AMBOI...SIAP MAIN GOLF SEKALI...NAK JOIN JUGA...ALAHAI THAKSIN OI...DENGAN PAK LAH SENYUM AJER EK...ENTAH-ENTAH HIPOKRIT KOT...AYUH PAK LAH...SELAMATKAN UMAT...



INGAT PAK LAH...MASALAH UMAT MENJANGKAUI DAN MERENTASI PARTI POLITIK

nampaknya wakil umat Islam selatan Thai juga mengharapkan Pak Lah masuk campuk tangan. cepat Pak Lah, jadilah hero untuk umat. mereka memerlukan seseorang untuk berjumpa Thaksin. takkan noirkudus ni sebagai orang biasa yang pergi jumpa kot.

KESIHATAN YASSER ARAFAT...BERITA BAIK ATAU BURUK??

Di Asia Barat nampaknya kesihatan Presiden palestin Yassir Arafat semakin serius.
Israel memang mengharapkan Yasser arafat mati... dan sudah menyediakan kubur untuk beliau di luar baitulmaqdis... nampaknya berita gembira bagi Israel...
bagi umat islam pula bagaimana?? walaupun ada yang tidak menyukainya... tetapi beliau masih Islam...di bawah kalimah Lailaha illallah



KRITIKAL...TIDAK MAMPU BERJALAN...TERPAKSA DIPAPAH



MASIH MAMPU TERSENYUM


sebagai tambahan :
BACA SURAT PEMBACA: Hammad bin Mohamad Dahalan, Exco Sekretariat Perhubungan dan Koresponden Antarabangsa (SPEKTRA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
::PELURU HIDUP BUKAN CARA SELESAI ISU SELATAN THAI (b.barian sabtu 30/10/04)::


| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 1:30 PM

Saturday, October 30, 2004

Ramadhan Bulan Diturunkan Al-Qur'an

RAMADHAN BULAN DITURUNKAN AL-QUR'AN






ayat di atas dipetik daripada ayat ke 185 surah al-Baqarah.

maksudnya: Bulan Ramadhan ini yang diturunkan padanya al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk....

Daripada ayat di atas, jelaslah bahawa :

1) al-Qur'an itu diturunkan dalam bulan Ramadhan
2) 'HUDAN LINNAS' iaitu sebagai petunjuk (HUDA) kepada sekalian manusia
3) BAYYINATIN MIN AL-HUDA iaitu sebagai keterangan (BAYYINAT) yang menjelaskan petunjuk (HUDA)

begitulah al-Qur'an......
kalau nak diikutkan cukup sempurna seseorang jika berpegang kepada al-Qur'an. siapa lagi yang mahu menafikan tentang kehebatan al-Qur'an?? kekal 1400 tahun sudah...

berkenaan dengan ayat di atas, walaupun ada khilaf tentang tarikh turunnya al-qur'an tetapi ayat al-Qur'an di atas secara terang dan jelas menyatakan bahawa al-Qur'an itu turun dalam bulan Ramadhan.

kemudian selepas persoalan tentang tarikh itu, noirkudus juga pernah ditanya bagaimana al-Qur'an itu ditunkan dalam bulan Ramadhan? apakah ianya dirunkan kesemuanya sekaligus dalam bulan Ramadhan. noirkudus menjawab, yang pastinya al-Qur'an itu diturunkan secara beransur-ansur, tetapi apa yang jelasnya ialah, dimaksudkan di sini ialah permulaan turunnya wahyu itu dalam bulan Ramadhan.

memang benar Ramadhan ialah bulan al-Qur'an..
tetapi setakat mana penghayatan kita terhadap al-Qur'an?
sejauh mana kita membaca dan mentadabbur isi-isinya??

seperti yang telah noirkudus sentuh di awal tadi, cukuplah jika kita tiada apa harta sekalipun, jika di tangan kita masih ada al-Qur'an, yang sentiasa dibaca ianya akan menjadi petunjuk kepada manusia.

renungilah apa yang telah Nabi Muhammad berpesan:

Taraktu Fi kum Amraini, Lan tadillu abadan, iza tamassaktum bihima, Al-Qur'an wa sunnati

aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya jika kamu berpegang kepada keduanya iaitu al-Qur'an dan Sunnahku.


daripada pesan Rasulullah ini kita dapati 2 perkara inilah merupakan 2 aset atau harta yang sangat berharga bagi umat Islam.

hari ini 15 Ramadhan, lagi 2 hari tibalah hari nuzul qur'an. al-Qur'an hanya diingati pada bulan Ramadhan, dan ianya lebih bersifat ceremony

orientalis barat selalu menulis mengenai al-Qur'an. banyak buku-buku tentang The amazing of al-Qur'an, dan ada antara mereka menjadi Islam kerana al-Qur'an, kerana mereka menyedari tentang keistimewaan al-Qur'an yang memang tiada tolok bandingnya lagi.

Para sahabat Nabi mereka juga dididik dengan asas al-Qur'an, kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu semuanya beasaskan al-Qur'an.

apakah kita umat Islam sekarang mempunyai aset lebih bernilai daripada itu??

Ya...memang benar. al-Qur'an pada masa sekarang sekadar menjadi perhiasan di rak buku.

Wallahu A'lam...
renung-renungkan...

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 1:24 PM

Friday, October 29, 2004

Drama Anti Keganasan

DRAMA PEPERANGAN ANTI KEGANASAN

Memang Benar...
ALLAH ITU MAHA ADIL...

Allah menciptakan lelaki Allah menciptakan pula wanita...
Allah menciptakan langit Allah juga menciptakan bumi...
Allah menciptakan syurga Allah telah menciptakan neraka...

begitu juga...
Allah menciptakan iblis Allah menciptakan malaikat...
Allah menciptakan firaun dan menghantarkan Musa kepadanya...
Allah menciptakan Abu Jahal supaya dapat dihantar Muhammad kepadanya...

di mana-mana sahaja ada watak syaitan...
dunia ini ini seperti filem yang dipertontonkan di skrin television.
manakala manusia sendiri yang memegang watak-watak tertentu dan membina jalan cerita bagi filem yang ingin dipertontonkan tersebut.

dulu kita pernah dipertontonkan drama anti-keganasan ciptaan George W Bush.
siapa pengarah bagi filem anti-keganasan ini...?????
George W Bush sendiri yang menjadi pengarah drama ini yang dipertontonkan kepada seluruh dunia...George W Bush sendiri yang menjadi watak utama di dalam drama hasil ciptaannya... George W Bush yang memegang watak Ketua Penentang Keganasan... manakala puluhan ribu tentera amerika merupakan watak baik yang mendokong perjuangan Bush.




'ALAHAI PENINGNYA KEPALA AKU...PENING...PENING' (AGAKNYA INILAH YANG SEDANG DIDERITAI BUSH KOT) THE DIRECTOR OF ANTI TERRORISM CAMPAIGN THE MOVIE. JUGA PELAKON UTAMA





KUNCU-KUNCU BUSH. JUGA PELAKON UTAMA.


kemudian dalam satu-satu filem atau drama juga mestilah ada pula watak penjahat... siapakah watak jahat dalam drama hasil ciptaan Bush itu??? Watak jahat mengikut drama ciptaan Bush itu ialah OSAMA BIN LADEN... siapa yang tidak kenal dengan OSAMA BIN LADEN. beliau mesti diburu walau ke lubang cacing sekalipun. dan juga SADDAM HUSSEIN, yang akhirnya dapat ditewaskan.




WATAK PENGGANAS DALAM DRAMA CIPTAAN BUSH...THE MOST WANTED...WANTED...WANTED...WANTED





JUGA WATAK PENGGANAS DALAM DRAMA CIPTAAN BUSH. SUDAH DAPAT DITAWAN TETAPI MISI BELUM BERAKHIR LAGI, BURU OSAMA...DEMI KEAMANAN DUNIA


bukan setakat itu...Bush juga memerlukan banyak pelakon tambahan...
pelakon tambahan Bush terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang kononnya menyokongnya dalam usaha memerangi pengganas. pelakon tambahannya untuk dramanya seperti Tony Blair(britain), John Howard(Australia), jacques Chiras(perancis) dan ramai lagi.




WATAKNYA SANGAT PENTING SEBAGAI PELAKON TAMBAHAN BAGI DRAMA CIPTAAN BUSH. BANYAK MEMBANTU MENGALIRKAN DARAH DI BUMI IRAQ.


Watak-watak yang tidak penting diwujudkan Bush ialah...
orang awam terdiri daripada anak-anak, wanita, orang tua...mereka ini boleh dibunuh dengan sewenang-wenangnya.




WATAK YANG PALING TIDAK PENTING. WATAK YANG SANGAT HINA. SESIAPA JUMPA HALAL JUGA DIBUNUH. DONT WORRY BECAUSE I AM THE NUMBER ONE IN THE WORLD, SESIAPA MENENTANG DIALAH PENGGANAS.


Sekarang kita dipertontonkan pula dengan drama yang baru...
ianya tidaklah baru sebenarnya...
malah ia sebenarnya telah dicipta sudah berpuluh tahun juga...
akan tetapi sejak dua menjak ini ialah ianya meletup pula sehingga berjaya mencapai tahap BOX-OFFICE

siapakah pengarah yang berjaya ini...
orangnya ialah THAKSIN SHINAWATRA...ini kerana, beliau mempunyai para pelakon yang cukup hebat...tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan bush




TIDAK MAHU MENGALAH DENGAN BUSH. TAKKANLAH AKU NAK JADI JAGUH DI ASIA TENGGARA AJE KOT. APA CLASS GITU. AKU MAHU JADI JAGUH DI DUNIA...JAGUH DI DUNIA...ADA FAHAM???. DARAH UMAT ISLAM BUKAN ADA MAKNA PUN BAGI AKU.





WATAK UTAMA YANG MENGIKUT ARAHAN THAKSIN. LAKUKAN APA SAHAJA. UMAT ISLAM MATI PUN TIDAK MENGAPA.


drama ciptaannya sama hebat dengan drama ciptaan GEORGE W BUSH.
dulu kita pernah dikejutkan dengan kisah tahanan ABU GHARIB...
mereka diseksa dan diperlakukan seperti binatang...

akan tetapi THAKSIN juga mampu melakukannya.




WATAK YANG PALING HINA. SANGAT-SANGAT TIDAK PENTING BAGI DRAMA CIPTAAN THAKSIN SHINAWATRA. LEBIH HINA DARIPADA BINATANG...HINA SEHINA-HINANYA...LAYAK UNTUK DIPIJAK-PIJAK DAN DIGANYANG SEDUKUP-CUKUPNYA.


cuba lihat...ada macam diperlakukan ke atas binatang ke tidak???
ini macam ayam dikumpulkan sementara hendak menunggu masa untuk disembelih.
macam lembu yang hendak dijadikan korban.
malah dalam Islam lembu yang hendak disembelih pun kita tidak buat begitu. malah manusia sendiri sudah melampaui sifat-sifat kebinatangan. sifat kemanusian sudah hilang dalam diri manusia.

inilah dia...watak umat islam sebagai watak yang tidak penting... boleh dibunuh begitu sahaja...

kita patut menukar versi drama yang telah diciptakan oleh mereka-mereka ini. versi drama mereka ialah watak-watak songsang mengikut acuan mereka yang sesuka hati dicipta.

anda ingat bagaimana era Adolf Hitler?
ini juga pengganas di zamannya..era yang penuh penderitaan. penderitaan rakyat zamannya diwarnainya dengan drama ciptaannya sendiri.




HITLER...AKHIRNYA JATUH JUGA...MATI KERANA BUNUH DIRI


sekarang sudah ada filem yang diwujudkan untuk mengingati pemerintahan hitler dan kejatuhannya. dilancarkan 16 september 2004 iaitu filem THE DOWNFALL: HITLER AND THE END OF THE THIRD REICH. biar masyarakat melihat drama mana yang betul-betul drama. yang mana satu yang original

mungkin hitler lebih baik sikit daripada Bush dan Thaksin... sekurang-kurangnya kebenciannya yang terlampau ialah kepada orang yahudi...

semalam George W Bush memenangi satu anegerah dalam dunia perfileman.
Bush memenangi Anegerah PENJAHAT NOMBOR SATU LAYAR PERAK.

ini kerana kemunculannya dalam filem arahan Michael Moore bertajuk 'Fahrenheit 9/11'




KEJAYAAN MENGANUGERAHKAN BUSH SEBAGAI PENJAHAT NOMBOR SATU DI DUNIA


ini daripada undian yang dilakukan oleh 10,000 pembaca majalah 'Total Film Magazine' yang mana Bush mengalahkan 3 pencabar lain yang memegang watak penjahat. Bush mengalahkan Alfred Moolina yang melakonkan watak Doktor Octopus dalam filem spiderman 2, mengalahkan Leatherface yang berlakon dalam filem The Texas Chainsaw
(aksi makan orang), dan mengalahkan Andy Serkis (Gollum) dalam filem The Lord Of The Ring.

kebanyakan media di Britain melaporkan 'Bush as a bigger villain than Doc Okt'
manakala the Times of India melaporkan Bush is 'bad man' of the year.




UNDILAH BUSH...MUNGKIN JUGA KITA KENA MEMBERI RUANG UNTUK MENGUNDI THAKSIN PULA SEBAGAI PENJAHAT NOMBOR SATU.


pilihanraya presiden Amerika Syarikat cuma tinggal kurang seminggu, masih sempat lagi Bush merangkul anugerah penjahat nombor satu.

walau apa pun, memang wajar 'kemenangan Bush ini' atas kemunculannya dalam filem arahan Michael Moore (Fahrenheit 9/11). masyarakat perlukan drama versi yang lain supaya dapat menilai siapa benar-benar penjahat.

Di Asia ini juga apa kurangnya.
kita juga ada Thaksin Shinawatra...
Penjenayah nombor satu di asia tenggara merangkap di asia.

patut ada satu filem di peringkat Asia atau Asia Tenggara yang berkaitan dengan pemerintahan di bawah rejimnya.

kemudian wajar juga Thaksin ini dianugerahkan gelaran penjahat nombor satu layar perak di asia tenggara.

dan akhir sekali...
INGATLAH JANJI ALLAH DI DALAM AL-QUR'AN

Wa makaru Wa Makara Allah Wallahu Khairal Makirin

Dan mereka itu (musuh-musuh Allah) membuat tipu-daya, dan Allah juga membuat tipu-daya, dan sesungguhnya Allahlah sebaik-baik pembuat tipu daya.


Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 1:36 PM

Thursday, October 28, 2004

US Presidential Election 2004 (Bhgn 2)

PILIHANRAYA PRESIDENT AMERIKA SYARIKAT 2004 :
GEORGE W BUSH VS JOHN KERRY jika ada yang lain pun ianya RALPH NADER yang bertanding atas tiket bebas... APAKAH KESANNYA KE ATAS DUNIA ISLAM???


HASIL TINJAUAN SETAKAT HARI INI :
JOHN KERRY : 51 %
GEORGE W BUSH : 49 %



Berita baik atau berita buruk...
ianya mungkin berbeza bagi individu tertentu atau kumpulan tertentu...

Tidak kira siapa pun yang memenangi pilihanraya presiden tersebut... ianya tidak memberi banyak makna kepada umat Islam...

dulu...sewaktu 11 september 2001, Menara World Trade Centre di New York dirempuh dengan 2 pesawat sehingga runtuh... seluruh penduduk palestin menyambutnya dengan sorak... sambutan diadakan di sepanjang jalan, di rumah-rumah dan sebagainya...

rakyat Iraq juga begitu...mereka yang memang telah lama memusuhi bush, bersorak gembira apabila mengetahui runtuhnya WTC di New York.

akan tetapi...rupa-rupanya mereka menangis selepas itu...

itu hanyalah GIMIK Presiden George W Bush...
bermulanya peperangan anti-keganasan...

kurang seminggu lagi seluruh dunia akan tertumpu di Amerika Syarikat...
yang mana akan menentukan siapakah bakal Presiden baru Amerika syarikat...

JIKA BUSH KALAH...apakah rakyat palestin akan bersorak gembira lagi...
JIKA BUSH KALAH...apakah rakyat Iraq yang dicabul kehormatan mereka akan bersuka ria?

JIKA KERRY PULA YANG MENANG... apakah berakhirnya era keganasan? apakah umat Islam yang selama ini diganyang akan lebih dilayani dengan baik??

belum tentu lagi...

di sini noirkudus ingin menyatakan beberapa sebab, cukuplah 9 sahaja daripada 1001 sebab yang boleh dijadikan sebab :

PERTAMA sekali... sesiapa yang menang sekalipun... sebenarnya ARIEL SHARON sudah pun memenangi perlawanan itu terlebih dahulu... beliau sudah pun tersenyum simpul kerana siapa pun yang memenangi kerusi itu, pasti akan mengikut telunjuknya bagi meneruskan misinya terhadap rakyat dan tanah palestin.



INILAH 2 WATAK UTAMA YANG MEMPORAK PERANDAKAN ISLAM DI ASIA BARAT
SIAPAPUN JADI PRESIDEN...TIADA MASALAH BUAT ARIEL SHARON
SIAPAPUN MENJADI PRESIDEN AKAN BERJABAT TANGAN DENGAN SHARON SEPERTI GAMBAR DI ATAS BAGI MENYEMPURNAKAN MISI ISRAEL YANG BELUM BERKESUDAHAN DI BUMI PALESTIN


KEDUA...dasar luar amerika mesti akan diteruskan di dalam agendanya memerangi segala bentuk keganasan. kempen anti-keganasan yang dimulai Bush akan diteruskan.



DASAR ANTI-KEGANASANNYA AKAN DITERUSKAN


KETIGA...konflik Arab-Yahudi tidak akan berakhir walau siapa menang sekalipun. selama ini pun pelan perjanjian damai sering menemui kegagalan dan ianya juga dijangka akan terus menemui jalan buntu.




KONFLIK ARAB-YAHUDI TIDAK AKAN BERAKHIR SELAGI HIDUPNYA MAKHLUK BERNAMA ARIEL SHARON INI SERTA KUNCU-KUNCUNYA, BESERTA AMERIKA YANG BERADA DI BELAKANGNYA


KEEMPAT...walau bagaimana sekalipun, baitulmaqdis tidak akan dikembalikan kepada rakyat palestin dan umat Islam, dan tanah-tanah yang telah dirampas dan diduduki oleh orang yahudi daripada rakyat palestin secara haram juga tidak akan dipulangkan, dan rakyat palestin yang tanah mereka telah diramas secara haram tidak mungkin dapat kembali tanah mereka. MEMANG CELAKA YAHUDI......dah laa tiada negara mahu menceroboh negara umat islam pula... SANGAT SANGAT CELAKA.



SUKA HATI AJER NAK MENCEROBOH MANA-MANA YANG SUKA. SETIAP INCI ADALAH HALAL BAGI KAMI YAHUDI ISRAEL. AMERIKA BERSAMA KAMI


KELIMA...Israel akan terus bersenang lenang melakukan kekejaman dan pencerobohan ke atas bumi dan juga rakyat palestin




INILAH HASIL KEKEJAMAN ISRAEL, YANG MENYOKONG DI BELAKANGNYA AMERIKA. SEMAKIN RAMAI RAKYAT TERKORBAN


KEENAM...orang-orang awam terutamanya kanak-kanak, wanita dan orang tua akan terus menjadi mangsa kekejaman Israel.



BAGAIMANA NASIB ANAK INI...TENTERA ISRAEL TIDAK TAHU MEMBEZAKAN ANAK KECIL DAN ORANG TUA,LELAKI ATAU WANITA.





WANITA-WANITA SEPERTI MEREKA MUNGKIN AKAN TERUS MENJADI KORBAN


KETUJUH...Israel akan terus tidak menghiraukan pengharaman yang dikenakan ke atas mereka oleh Mahkamah Antarabangsa di atas pembinaan tembok pemisah yang dibina mereka di tebing barat untuk mengepung dan memisahkan rakyat palestin. tembok ini juga dikenali sebagai TEMBOK APARTEID.




INILAH TEMBOK APARTEID YANG TIDAK DIENDAHKAN PENGHARAMANNYA. MEMANG MEREKA MAHU MEMISAHKAN RAKYAT PALESTIN DENGAN NEGARANYA


KELAPAN...walau siapapun yang memenangi kerusi presiden ini, maruah dan reputasi amerika sebagai kuasa besar dunia pasti akan terus dipelihara. oleh itu, amerika pasti akan terus bermain dengan sandiwara untuk terus membohongi masyarakat dunia demi menjaga kepentingan amerika sebagai kuasa nombor satu di dunia.

contoh terbaik...cuba lihat bagaimana Bush bijak mengorbankan WTC sebagai tiket baginya untuk menghalalkan darah umat islam di afghanistan, iraq dan palestine atas tiket anti-keganasan.




MASIH INGAT LAGI BANGUNAN CANTIK INI??
BUSH SANGGUP MENGORBANKANNYA DEMI MENGHALALKAN KEMPEN PEPERANGANNYA KE ATAS UMAT ISLAM





INI JUGA SEBAHAGIAN SANDIWARA KETIKA BERKEMPEN UNTUK MERAIH UNDI MASYARAKAT ISLAM AMERIKA. KERRY DAN BUSH SAMA SAHAJA JIKA MEMENANGI KERUSI PRESIDEN


KESEMBILAN...menyedari kenaikan harga minyak di pasaran, amerika pasti akan terus menguasai Iraq, afghanistan, iran kerana sumber minyak tersangatlah penting bagi amerika selagi mana mereka merupakan kuasa nombor satu di dunia.



MINYAK PUNYA PASAL, AKHIRNYA TELAGA MINYAK JUGA DIBOM, MINYAK MEMBAZIR, NYAWA JUGA TIDAK DIENDAHKAN


begitulah 9 perkara yang sempat noirkudus perhatikan... sebenarnya boleh direka 1001 dalil mengapa umat Islam harus sepatutnya merasa belum selesa selagi mana amerika menjadi kuasa nombor satu di dunia, dan selagi mana presiden Amerika itu sendiri adalah bangsa YAHUDI.

INGAT APA YANG TELAH ALLAH SEBUTKAN DI DALAM AL-QUR'ANUL KARIM:

walan tardha 'ankal yahudu wa la an-Nasara hatta tattabi'a millatahum

maksudnya : Tidak akan redha orang-orang yahudi dan Nasrani itu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka
(Surah al-Baqarah ayat 120)


Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 6:44 PM

Wednesday, October 27, 2004

Selatan Thailand Bergolak Lagi


TRAGEDI BERDARAH BERULANG LAGI

SELURUH DUNIA MENYAKSIKANNYA








BEGINILAH CARA UMAT ISLAM DITINDAS

DISIKSA...DAN DIPERLAKUKAN SESUKA HATI MEREKA YANG DURJANA

SIAPAKAH ORANG YANG DISEBALIKNYA???







ANDA KENAL SIAPA INI??

INILAH DIA SYAITAN BERNAMA GEORGE W BUSH

BAPA KEPADA KEAMANAN DI SELURUH DUNIA

NAMPAKNYA BELIAU TIDAK KESEORANGAN MEMERANGI KEGANASAN

CUBA LIHAT DI BAWAH...INI JUGA SAHABATNYA YANG KONONNYA MAHU MEMERANGI KEGANASAN







INI DALANG SEBENARNYA DI SEBALIK PEMBUNUHAN UMAT ISLAM DI SELATAN THAILAND

INGAT NAMA INI......THAKSIN SHINAWATRA

JAGUH DI ASIA TENGGARA

JUGA SYAITAN YANG KONONNYA CUBA MEMERANGI KEGANASAN








ORANG-ORANG SEPERTI MEREKA INILAH YANG SELALU MENDOAKAN KEAMANAN

TETAPI ORANG-ORANG SEPERTI MEREKA YANG SELALU DITINDAS

MARI KITA MENYERTAI MEREKA

MENDOAKAN SAHABAT-SAHABAT KITA YANG DITINDAS DI SELURUH DUNIA


| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 4:48 PM

US Presidential Election 2004


COUNTDOWN TO US PRESIDENTIAL ELECTION 2004

2 NOVEMBER 2004

5 DAYS TO GO







GEORGE W BUSH

VS

JOHN KERRY

WHO WILL WIN THE ELECTION...BUSH OR KERRY??







WHITE HOUSE ATAU RUMAH PUTIH



SIAPA YANG BAKAL MENDUDUKI RUMAH PUTIH INI??

GEORGE W BUSH ATAU JOHN KERRY?


| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 12:16 PM

Tuesday, October 26, 2004

Pesta Ibadah vs Pesta Membeli Belah

PESTA IBADAH VS PESTA MEMBELI BELAH

Jika sebelum ini noirkudus ada menulis tentang Pesta Ibadah vs Pesta Makan. kali ini pesta ibadah vs Pesta membeli belah pula.

mungkin inilah yang orang kata...
macam-macam ada di bulan Ramadhan...
mungkin juga inilah yang orang kata Ramadhan bulan umat.

mungkin benar kata orang bulan Ramadhan ini bulan istimewa.
mana tak istimewanya...
ye lah kan...apa yang ada pada bulan lain, ada juga di bulan Ramadhan.
yang tidak ada di bulan lain, juga ada di bulan Ramadhan.
Istimewa bukan??

dulu noirkudus sudah sebut mengapa bulan Ramadhan ini disebut bulan Ibadah sehinggakan orang menggelarkannya sebagai PESTA IBADAH.

kalau di suatu kampung itu diadakan PESTA WAU, kita akan lihat di sanalah akan diadakan pertandingan wau. penyertaan dibuka mengikut pelbagai kategori, ada yang kategori mengikut usia dan ada juga kategori mengikut wau.
sungguh meriah...
dan di sana juga mungkin akan diadakan pameran wau yang mana galeri-galeri akan dibuka untuk mempertontonkan pelbagai jenis wau, terdapat juga di sana pameran tentang bagaimana sejarah wau ini bermula dan sebagainya. begitulah dia kalau kita panggil PESTA WAU

kalau mengadakan PESTA TARI-MENARI pula, di sanalah akan diadakan pertunjukan tari-menari dan sebagainya. begitulah juga kalau kita namakan apa-apa sahaja contohnya lagi PESTA SUKAN, PESTA MAKAN, PESTA AIR dan sebagainya

kita sering juga menyebut mari berpesta. mungkin dari segi makna literalnya ianya betul. seperti yang noirkudus pernah menyebutnya sebelum ini. jika mengikut kamus dewan, berpesta bermakna bersuka ria. waktu sekolah dulu-dulu teringat, bila habis periksa ajer, budak-budak akan sebut, merdeka, merdeka, merdeka, mari kita berpesta. oleh itu party pun akan diadakan, dibuat jamuan, dibuat sambutan hari lahir, cabutan nombor bertuah dan sebagainya.

bulan Ramadhan juga tidak kurang hebatnya dengan pesta membeli belah. walaupun di negara kita terdapat karnival membeli belah yang diadakan 3 tahun sekali, tetapi bulan ramadhan ini karnivalnya lain dari yang lain, mana tidaknya selepas ramadhan terus sahaja syawal, takkan nak tunggu syawal baru nak dibuat persiapan. jadi terpaksalah Ramadhan ini dijadikan medan untuk membuat persiapan.

semalam noirkudus singgah di carrefour wangsa maju. sangat hairan. sudahlah petak parking sudah penuh malah banyak pula kereta yang lain menunggu sambil berharap-harap ada kereta yang keluar. noirkudus terus balik kerana bukan itu niat asal di hati. mungkin esok lusa masih boleh membeli belah.

sungguh hairan, kelmarin juga noirkudus singgah di Kajang, sementara hendak ke masjid kajang menunaikan solat tarawih. masyaAllah, ingatkan takde orang sebab dah nak tarawih. rupa-rupanya sangat sesak dengan manusia. ingatkan banyak ibu-ibu yang nak membeli belah, rupa-rupanya banyak lagi anak muda yang sebaya dengan noirkudus.

nampaknya kerajaan kena buat kempen bulan Ramadhan bulan Ibadah, bulan Sya'ban bulan membeli belah. Ok tak..? Wallahu A'lam

dan yang menariknya lagi, banyak sangat promosi Ramadhan. sana sini promosi ramadhan merangkap juga promosi raya. dan yang lebih menariknya, promosi bukan sahaja kepada baju Raya, kuih raya, kasut raya, dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan raya, malah merebak kepada promosi perabot, alat elektronik, karpet raya, kereta juga ada promosi raya dan sebagainya.

mungkin inilah yang dikatakan PESTA MEMBELI BELAH.

yang baiknya RAmadhan ialah bulan murah rezeki. yang paling terasa ialah peniaga. 9/10 daripada pintu rezeki daripada berniaga. memang benar rezeki di bulan ramadhan ini lebih murah jika hendak dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. orang yang tidak berniaga juga merasainya. inilah yang dikatakan bulan berkat dan rahmat.

tetapi harus diingat. sebaik-baik peniaga ialah peniaga yang menjaga hubungannya sesama manusia dan juga menjaga hubungannya dengan Allah.

Bukan juga peniaga, malah orang lain juga begitu. hubungan sesama manusia dan juga hubungan dengan ALlah bersama-sama kena jaga (Hablum MinaAllah Wa Hablum MinanNas)

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 11:51 PM

Monday, October 25, 2004

8 Rakaat atau 20 Rakaat

8 RAKAAT ATAU 20 RAKAAT





Abdul Rahman bin Auf menerangkan bahawa Nabi Muhammad saw bersabda:

Bahawasanya Allah telah memfardhukan puasa Ramadhan, dan aku telah mensunnahkan qiyam pada malamnya (tarawih). maka barangsiapa berpuasa pada siangnya, dan bersolat pada malamnya kerana mengharapkan Akan Allah, nescaya keluarlah ia dari dosa seperti di hari lahirnya oleh ibunya
(Hadis Riwayat Ahmad)


Abu Hurairah r.a berkata :

Sesungguhnya RAsulullah saw selalu menyuruh kami para sahabat mengerjakan solat malam di bulan Ramadhan dengan tidak memberatkan. dan beliau bersabda: barangsiapa yang mengerjakan solat malam kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah, nescaya Allah akan mengampuni dosanya yang telah lalu.


nampaknya...
Ramadhan sudah masuk hari ke 10...
ada lagi kedengaran tentang tarawih...
kau nak buat berapa rakaat??
Aku nak buat 8 jer...ikut sunnah nabi:)


betul ke soalan dan jawapan tersebut?
lebih baik bertanya mengapa nabi buat 8 umar pula buat 20.

pernah dalam sejarah, terjadi perselisihan tentang berapa rakaat tarawih.
Akhirnya...satu kampung tidak sembahyang tarawih kerana sedikit perselisihan yang mana puncanya cuma masalah rakaat.
pernah juga dalam sejarah, terjadi perselisihan tentang doa qunut dalam sembahyang.
akhirnya...satu kampung tidak sembahyang subuh kerana sedikit perselisihan yang mana puncanya cuma tentang masalah doa qunut.

di Malaysia juga tidak ketinggalan isu ini.
aku nak buat 8 jer sebab ikut sunnah Nabi Muhammad.

Masyarakat kita ni pandai aje kalau bab sunah.
kalau bab sunnah...tarawih nak buat 8 rakaat
kalau bab sunnah juga orang lelaki nak kahwin 4

kalau bab lain tak nak ikut sunnah...
tapi kalau dua bab ini ramai ajer nak ikut sunnah...
Hairan...hairan...hairan...

sebenarnya...
buat 8 pun sunnah...
buat 20 pun sunnah juga...

memang asal sejarahnya tarawih ini pada zaman Rasulullah dengan 8 rakaat.
tetapi tentunya tidak sama seperti kita punya tarawih yang 8 rakaat.
dan tidak semestinya Umar memperkenalkan tarawih 20 rakaat, maka pahalanya akan berkurangan dibandingkan 8 rakaat zaman nabi.

semuanya bersebab..
20 rakaat zaman umar sama sahaja seperti 8 rakaat zaman nabi.
cuma kita sahaja yang tidak tahu.

kita ambil contoh zaman nabi...
zaman nabi dulu 8 rakaat tarawihnya daripada pukul 9 malam selepas isya' tetapi tarawihnya sampai sahur katakan pukul 5. cuba kira berapa jam?
kita ambil contoh zaman umar pula...
tarawihnya juga bermula pada waktu yang sama contohnya 20 rakaat tarawihnya daripada pukul 9 malam dan juga akhirnya sama sampai waktu sahur. cuba kira berapa jam??

apa bezanya?
bezanya cuma 8 rakaat zaman nabi 4 kali salam, 20 rakaat zaman umar 10 kali salam.
bezanya lagi 8 rakaat zaman nabi panjang bacaannya, 20 rakaat zaman umar lebih pendek bacaannya setiap rakaat.

Imam Asy-Syafie pernah berkata:

membanyakkan atau menyedikitkan rakaat itu sama sahaja. hanya hendaklah pada ketika disedikitkan rakaat, dipanjangkan dan diberatkan (dipanjangkan qiraat zikir dan doa)


begitulah kata Imam Syafie. tidak ada bezanya 8 atau 20 rakaat jika kualiti yang kita kerjakan adalah sama.

sejarahnya bermula kerana para sahabat begitu letih sekali apabila mengerjakan tarawih jika rakaatnya sedikit kerana kurang berehat dan panjang bacaannya. cuba bayangkan jika tarawih 8 rakaat cuma 4 kali salam sahaja, jadi rehatnya cuma 4 kali. akan tetapi jika tarawih 20 rakaat, salamnya 10 kali maka rehatnya 10 kali.

noirkudus ada merujuk budu PEDOMAN SOLAT karangan Prof T.M Hasbi Ash-Shiddieqy bawah tajuk bacaan dalam solat qiyam ramadhan (qiam ramadhan di sini bermakna solat tarawih)

dikatakan bahawa, diperoleh daripada keterangan para salaf, mereka membaca 200 ayat, sehinggakan mereka bertongkat lantaran lamanya berdiri.

oleh itu para sahabat zaman umar mengadu tidak mahu bertarawih disebabkan keletihan dan memberatkan.

lantaran itu umar memperkenalkan solat tarawih 20 rakaat yang mana memberi rehat yang lebih dengan 10 salam dan dipendekkan bacaan. ini lebih mudah dikerjakan dan tidak pula memberatkan. itulah sebabnya nama solat ini ialah solat tarawih, yang mana jika diterjemahkan ke dalam bahasa melayu maknanya SOLAT REHAT-REHAT.

jika kita kerjakan 2 rakaat, kemudian rehat sekejap, kemudian kerjakan lagi 2 rakaat selepas itu tidur sekejap, kemudian kita kerjakan lagi 2 rakaat, selepas salam kita sambung dengan membaca al-Qur'an pula, kemudian kita kerjakan lagi 2 rakaat selepas itu kita menyusukan anak pula (contoh bagi ibu di rumah). seperti ini juga dibenarkan. kerana itu dinamakan SOLAT REHAT-REHAT

terdapat satu riwayat yang mana riwayat ini tidak begitu kuat. diriwayatkan dari al-Baihaqi dari Aisyah r.a:

Adalah RAsulullah saw mengerjakan solat 4 rakaat di malam hari kemudian bersenang-senang (berehat-rehat) lama sekali, sehingga aku rasa sayang padanya.


begitulah asalnya dinamakan tarawih. apalah sangat kalau kita mengerjakan 20 rakaat. kalau di malaysia satu jam setengah sahaja. sampai pukul 10 malam sahaja. Imam baca pendek-pendek bukan panjang pun kalau nak dibezakan zaman nabi dan umar. zaman nabi dulu ada yang sampai bertongkat. kita ni belum lagi bertongkat. zaman nabi dulu ada yang sampai retak tumit kaki. kita ni belum lagi sampai tahap begitu.

mentality masyarakat, tarawih ini sangat menyusahkan, memberatkan, meletihkan, membebankan. ini tidak betul. noirkudus juga manusia biasa. kalau mampu noirkudus akan kerjakan 20, kalau letih buat 8 dulu sambung kemudian. kalau mengantuk tidur dulu. kalau tidak dikerjakan bila lagi untuk kita kerjakan selain Ramadhan.

RAsulullah pernah bersabda:

Ikutlah sunnahku dan sunnah para khulafa' ar-Rasyidin


apa yang nabi buat sunnah...
apa yang umar buat juga sunnah...
20 rakaat umar ini juga sunnah...
8 rakaat juga sunnah...

Jumhur fuqaha daripada Hanafi Syafi'e dan hanbali menetapkan 20 rakaat manakala Imam Malik pula berpendapat 36 rakaat.

dan akhir sekali tidak ada nas yang dapat dijadikan hujjah tentang bilangan rakaat yang perlu dikerjakan untuk tarawih. cuma ada nas pun tentang disunatkan qiam ramadhan (solat tarawih). oleh itu, buatlah dengan kadar berapa pun mengikut kesanggupan dan kemampuan. kalau boleh 20 rakaat.

kalau rasa nak buat 8 silakan...
jika rasa nak buat 20 pun silakan...
kedua-duanya sunnah...
cuma jangan menghina sahabat...
cuba ingat...kita siapa Umar pula siapa??
siapa kita jika hendak dibandingkan dengan umar?
tentu perbezaannya bagai langit dengan bumi.
Umar antara 10 sahabat nabi yang dijamin masuk syurga.
seorang sahabat yang hebat pada masa zaman jahiliahnya dan juga seorang yang sangat hebat pada masa Islamnya.


| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 11:11 PM

Sunday, October 24, 2004

Sekadar Celoteh

NYARIS-NYARIS

malam tadi sekali lagi nyaris-nyaris besi penutup longkang belakang rumah noirkudus nak kena curi dengan penagih dadah. dia tak tau agaknya yang kita ni bangun untuk bersahur pagi tu. nasib baik ayah noirkudus sempat buka lampu belakang dan gertak dia. kalau tidak, berlubang lagi laa longkang itu tanpa besi penutup. alahai besi... kau naik narga punya pasal... segala jenis besi pun ada orang berkenan...

SAKIT JIWA

entah mengapa hari ini begitu letih sekali. noirkudus berjalan dari pagi sampai ke petang di atas bumi Allah yang maha luas ini. hari ini berjalan dari Kajang hingga ke Gombak, menuju pula ke wangsa waju kemudian ke Kuala Lumpur. pendek kata sakit jiwa bersempena hari puasa ini, mana tidak sakit jiwanya, siapa yang tak kenal KL, sesak sana sesak sini.

hari ini noirkudus singgah di carrefour wangsa maju. pusing sana pusing sini akhirnya pulang dengan tangan kosong. tahu tak mengapa? daripada pintu masuk berderet ajer kereta. di dalam juga tiada petak letak kereta yang kosong. tidak mengapalah. noirkudus pun bukannya berniat nak shopping sangat pun . kalau ada parking boleh laa shopping, kalau takde balik ajelah. nak buat macam mana.

kemudian menuju ke KL. daripada Jalan Kuching menuju ke Jalan Mahameru sesak pula. sabar ajelah. mungkin ini dugaan sempena bulan Ramadhan. kemudian simpang ke jalan Raja Laut ditutup, banyak pula polis traffic yang mengawal lalulintas. sabar ajelah. nak buat macam mana. kemudian di depan sana pula di depan dataran merdeka juga jalan ditutup. patut pun jadi traffic jam. kemudian sudah tidak tahu nak ikut mana lagi sebab kepala otak dah pening. sekelap timbul depan sogo sekejap dah sampai PWTC. akhir sekali balik ajelah. sana tutup sini tutup. al-maklumlah mungkin banyak sangat buka bazaar Ramadhan agaknya.

KOMPRESSOR AIR-COND TERBAKAR

masalah lagi satu... nampaknya habislah beratus-ratus ringgit. patutpun buka air-cond serupa ajer macam rasa angin. rupa-rupanya kompressor air-cond terbakar. Dugaan... cubaan... tak habis dengan masalah minyak naik harga... ada masalah lain pula... sabar..bulan Ramadhan ni.

SETITIK-SETITIK PUN BERHARGA

berapalah duit minyak untuk hari ini. agaknya dah RM30 kot. setiap kali isi minyak kena pastikan setiap titik minyak masuk dalam tank. kalau setitik membazir pun alahai ruginya. kalau 10 titik...kalau 100 titik...kalau 1 liter... kalau 2 liter... minyak sekarang dah jadi RM 1.42 seliter... sabar ajelah

KETETA MINI VS PROTON WIRA

agak-agaknya kalau kereta mini hentam kereta wira siapa yang akan menang??

noirkudus dah dapat jawapannya. hari ini di jalan mahameru, sebelum sampai di bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) noirkudus menyaksikan kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta mini menghentam bontot kereta wira. tak kuat sangat pun. perlahan ajer. tapi entah mengapa agaknya bahagian depan kereta mini tersebut tiada apa-apa kerosakan, tetapi belakang kereta wira tersebut rosak teruk dengan bumput tercabut dan jatuh, bonet belakang kemek dan lain-lain.

nampaknya memang betul kata orang, kualiti kereta Malaysia ni macam tin milo ajer. tin milo pun lagi keras agaknya. nampaknya noirkudus nak beli sebijik kereta lama-lama. keras sikit body dia.

dulu kancil noirkudus juga pernah dihentam dengan kereta mitsubishi gelen. teruk juga kerosakannya. tapi mitsubishi gelen tu relax ajer. takde rosak pun alahai kereta malaysia ni.

kalau kereta mini lawan Gen 2 siapa menang agaknya?
kereta mini lawan mercedes kompressor pula bagaimana?
entahlah jawapnya......cubalah...

ZAHID AF2 VS SEELAN PAUL

hari ini adik noirkudus beli majalah hiburan HAI. noikudus pun tumpang baca. ada pula kisah zahid AF2. kali ini kisah zahid menentang seelan Paul pula, alah penyampai radio era.fm tu. kali ini bukan menentang popularity tapi pertandingan makan roti canai pulak. alahai zahid, takkanlah badan macam tu pun boleh kalah makan roti canai dengan seelan paul. apa boleh buat...nasib badan. pada firasat noirkudus, kekalahan zahid memang dirancang. kihkihkih.......jangan marah...

MANCHESTER UNITED VS ARSENAL

ni satu lagi penentangan 2 seteru ketat yang sentiasa menjadi muruh tradisi zaman berzaman. noirkudus tak mahu lepaskan. tapi apakan daya tak dapat nak menonton ASTRO. tahun lepas noirkudus sempat menonton ASTRO, berkesudahan seri )-) yang mana Ruud Van Nistelrooy gagal menyempurnakan sepakan penalti, dan juga ada sedikit insiden yang mana Tienry Henry kena buang padang.
Akhirnya MU dapat memecahkan rekod 49 perlawanan Arsenal tanpa kalah. kepada penyokong Arsenal sabar yer...

JALAN-JALAN ZIARAH KL

ini bukan kisah noirkudus jalan KL yer...

tapi kisah ni berlaku Jumaat lepas...
melibatkan seekor buaya...
bukan buaya darat...
bukan buaya yang terlepas dari zoo negara...
bukan juga bujang senang nak datang Kuala Lumpur...
tapi ini buaya yang original.

agaknya cerita berkenanaan Kuala Lumpur ni terkenal dalam dunia buaya agaknya, dan mungkin juga famaous dalam dunia binatang yang lain.
hairan juga yer...buaya boleh sesat kat KL...
kalau ada buaya kat sungai Perak...tak hairan sangat...
kalau ada buaya ada di sungai Pahang...pun tak hairan.
kalau di sungai-sungai sarawak...lagi tak hairan.

sabar ajelah buaya yer...
terlepas dari kandang buaya masuk pula dalam perangkap manusia.
noirkudus tahu buaya ni muncul kat sungai besi, disebabkan hujan lebat yang mana air sungan besi melimpah.
kemudian selepas air sungai ni surut...buaya ni tersangkut di sebuah longkang.
sekarang berada di zoo melaka.
selamat datang melawat zoo melaka... di melaka bandaraya bersejarah.

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 6:26 PM

Saturday, October 23, 2004

Semangat dan Kegigihan Seorang Peguam Buta

SEMANGAT DAN KEGIGIHAN SEORANG PEGUAM BUTA

pagi sabtu ini tiada apa yang noirkudus kerjakan.
al-maklumlah orang tengah cuti sekarang.
cuma noirkudus sempat menyantuni adik menonton cerita kartoon puteri doll lica dengan looney tunes. walaupun mengarut nak mampus tapi tengok ajelah. ye lah, mana tak mengarutnya, kita boleh memanggil ruh anak patung untuk menyelamatkan kita, boleh berjuang menentang penjahat. alah...cerita budak-budak jer...noirkudus melayan ajer.

di dalam keseronokan menonton cartoon tersebut, tiba-tiba ayah noirkudus bertanya: dah baca surat khabar hari ini? noirkudus menjawab: belum lagi, pasal apa ayah? ada berita menarik ker? ayah noirkudus sambung lagi: cuba baca surat khabar ni, ruangan mayang (masyarakat penyanyang), sebagai pelajar undang-undang wajib baca ini, motivasi diri. noirkudus pun hairan lalu mengambil dan membacanya.

apakah berita tersebut?
ianya berkaitan dengan seseorang...
Mah Hassan namanya...
itulah dia orang yang menarik perhatian ayah noirkudus untuk menyuruh noirkudus membaca kisahnya.

adakah anda mengenali Mah Hassan?
adakah anda mengetahui beliau adalah peguam buta pertama Asia?
beliau juga berjaya menubuhkan firma guaman sendiri: Mah Hassan & Associates. apakah anda mengetahuinya?
apakah anda mengetahui beliau juga pernah mencatatkan namanya dalam buku Malaysia Book of Records?
Apakah anda juga mengetahui beliau bukan sahaja memperoleh ijazah sarjana muda undang-undang, malah lebih jauh dari itu beliau juga memperoleh ijazah sarjana (masters) undang-undang maritime di University Southampton, United Kingdom?

banyak persoalan-persoalan yang sangat mengkagumkan.
noirkudus sebagai seorang pelajar undang-undang juga sangat kagum dengan pencapaian beliau sehingga sejauh ini.

mungkin tulisan noirkudus kali ini lebih kepada menyeru pelajar undang-undang di seluruh Malaysia secara amnya, dan juga kepada pelajar undang-undang di Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Law (AIKOL) khasnya. wahai pelajar-pelajar AIKOL, semoga anda terkesan dengan tulisan ini.

pernah masa tahun lepas jika tak silap noirkudus atau masa yang lebih kurang begitulah, UIAM pernah dikejutkan dengan kehadiran seorang insan gigih yang bernama Nik Nor Ermiza. masih ingat lagikah? seorang yang mempunyai penyakit kerapuhan tulang. kegigihannya sungguh mengkagumkan dan memberi semangat kepada sesiapa yang mengenalinya.

beliau diterima masuk di UIA dengan sambutan yang sangat istimewa. siapa yang menyambut beliau? beliau disambut sendiri oleh Rektor Prof Kamal Hassan. prof Kamal sendiri yang turun menyambut beliau. sungguh istimewa. daripada pintu gerbang UIA sehinggalah ke kolej penginapannya di kolej Aminah ketika itu. itulah dia, sambutan yang diadakan untuk menyambut seorang insan bernama Nik Nor Ermiza.

mengapa sampai begitu istimewa sekali? mungkin kerana seorang insan gigih seperti beliau sangat sukar ditemui. begitulah seorang insan bernama NIk Nor Ermiza. noirkudus dulu masuk UIA pun rektor tak sambut, presiden UIA pun tak sambut. sahabat-sahabat yang lain ada ker nak masuk UIA jer Rektor Prof Kamal Hassan turun sambut? rasanya tidak ada. semuanya masuk sendiri. daftar sendiri, cari bilik sendiri. bukankah begitu?

kali ini seorang lagi insan dalam dunia guaman yang menarik minat noirkudus. beliau ialah MAh Hassan. seorang buta yang cukup gigih sejak kecil untuk menuntut ilmu sehinggalah sekarang ini beliau menjadi peguam.

perjalanannya bermula dengan mengembara seorang diri daripada kampungnya di Besut Terengganu menuju ke Johor Bahru untuk mendaftar masuk ke Sekolah Rendah Princess Elizabeth School for Blind (PES)

memang betul ayahnya berfikiran jauh, sayangkan anak dicampak-campakkan jauh-jauh, sehinggakan ditohmah dan difitnah oleh penduduk kampung yang menuduh ayahnya membuang anak jauh-jauh sebab ayahnya malu anak itu cacat, dan menghantar ke sekolah orang putih takut nanti anak cacat itu tidak diajarkan solat.

begitulah rintangan awal yang dihadapinya. segala fitnah dan tohmahan.

selepas bersekolah beliau belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mah Hassan pernah berkata:

Saya tidak mengalami masalah bersama murid biasa. walaupun tidak boleh melihat, Allah memberikan kelebihan akal kepada orang seperti kami


memang betul, Allah itu maha adil. diberi kekurangan pada satu bahagian dan diberi pula kelebihan pada bahagian yang lain yang mungkin kadang-kadang kita tidak menyedarinya.

dan satu cerita daripada beliau yang menyedihkan:

BAgaimanapun ada satu peristiwa yang tidak boleh saya lupakan sehingga kini. suatu hari ketika kelas sains di makmal, saya meminta rakan di sebelah meletakkan tangan di penunu bunsen kerana saya ingin tahu bagaimana bentuknya. Guru sains memarahi rakan saya kerana perlakuan itu mendatangkan bahaya


memang tak patut cikgu sains tersebut. apa yang noirkudus terfikir, nampak hikmah di sebaliknya, kerana peristiwa tersebutlah beliau menjadi seorang peguam yang hebat. jika tidak beliau tentu menjadi seorang ahli sains yang hebat. wallahu A'lam

Langkahnya menjadi peguam bermula di UM. segala tugasan disiapkan menggunakan mesin Braille. tidak dapat mencatit menggunakan pen, tetapi beliau boleh menggunakan mesin perakan. orang biasa memerlukan 8 jam untuk belajar, beliau belajar 16 jam.

begitulah, pelbagai kaedah boleh digunakan jika kejayaan ingin dicapai.
jika satu pintu tertutup kita boleh menggunakan pintu yang lain.
bukankah Allah itu maha adil.

noirkudus sangat terkesan membaca artikel tersebut.
ye lah kan, kita ni yang sempurna sifatnya, apabila diterima masuk ke Universiti, belajar main-main.
rasanya bukan noirkudus aje kot yang belajar main-main, pelajar-pelajar yang lain juga sama agaknya. lebih-lebih lagi di AIKOL. kuang...kuang...kuang... jangan marah yer... :)

dan yang menariknya lagi...
mah hassan gagal untuk mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam.
tetapi kerana kecemerlangannya dan kegigihan beliau dapat membuat chambering (kursus dalam kamar) di sebuah syarikat swasta.

apa peguam itu kata :

saya ambil awak bekerja bukan kerana kasihan tetapi yakin awak boleh jadi peguam. di luar negara sudah ada bukti peguam cacat penglihatan berjaya.


begitulah...
kerana kegigihan yang ditunjukkan beliau berjaya.

tapi banyak antara kita yang belajar untuk lulus sahaja sebagai syarat untuk mendapatkan sijil. kepada pelajar AIKOL khususnya dan pelajar undang-undang yang lain di seluruh dunia amnya, cukuplah 2 orang tokoh ini untuk kita jadikan sebagai idola untuk kita meneladani semangat mereka dan juga kegigihan mereka untuk berjaya.

bukan seorang dua pensyarah noirkudus di AIKOL yang meluahkan rasa ketidak kepuasan hati mereka terhadap kualiti pelajar-pelajar AIKOL. malah ramai di kalangan mereka.

noirkudus teringat seorang daripada pensyarah pernah kata waktu dulu sebelum UIA ada kuliah undang-undang, kebanyakan peguam adalah hasil keluaran daripada pengajian undang-undang di UM. waktu dulu tak banyak pun peguam-peguam yang dihasilkan. tetapi kualiti peguam pada masa itu sangat tinggi.

pensyarah noirkudus terus berkata: waktu dulu waktu UIA memohon untuk menubuhkan kuliah undang-undang sendiri di bawah pentadbiran UIA, pernah permohonan tersebut ditolak, disebabkan takut nanti ada lambakan graduan undang-undang. waktu itu permohonan tersebut diketuai oleh Prof Ahmad Ibrahim. tetapi akhirnya permohonan tersebut diterima. akan tetapi pada awalnya UIA berjanji akan mengambil 200 pelajar undang-undang setiap tahun dan berjanji akan melahirkan graduan yang berkualiti.

tapi sekarang bukan setakat itu, AIKOL sendiri telah menjadi pusat pengajian undang-undang yang melahirkan graduan undang-undang paling ramai di Malaysia. bukan setakat 200 tetapi AIKOL melahirkan 400 graduan undang-undang setiap semester.

kesemua graduan tersebut membawa nama AIKOL UIAM apabila chambering (latihan dalam kamar) nanti. chambering itulah cabaran yang sebenar untuk sesiapa sahaja yang mahu menjadi seorang peguam. waktu chambering itu juga kita akan mempraktikkan segala teori yang dipelajari sewaktu di kuliah selain daripada belajar perkara baru.

tapi syabas jugalah AIKOL kerana ramai juga graduan yang berkualiti dan hebat-hebat belaka. malah tersangat sangat (10x) hebat. AIKOL juga tak putus-putus melahirkan pemidato-pemidato yang hebat. siapa yang tidak kenal Emma, awal tahun ini beliau terpilih sebagai pemidato terbaik di dunia. AIKOL tuh...

kalau semua pelajar AIKOL berkualiti dan ada semangat macam MAh HAssan yang buta tersebut, tentunya Prof Ahmad Ibrahim akan tersenyum girang jika beliau masih hidup.

di sini menarik juga noirkudus nak mengambil pesanan ayah Mah Hassan sebagai iktibar kita bersama :

Harta sangat sedikit, tanah ada pun jika ditinggalkan kepada kamu mungkin kamu tidak dapat uruskan. apa yang boleh bapa bekalkan kepada kamu ialah ilmu. belajarlah bersungguh-sungguh


begitulah pesanan yang cukup bermakna.
boleh juga ditujukan kepada sesiapa.

memang benar. saidina Ali juga pernah berpesan:

Harta jika menggunakannya akan habis, akan tetapi Ilmu selagi kita menggunakan ianya tidak akan habis malah bertambah


cukuplah apa yang noirkudus dapat pada hari ini. sekadar untuk dikongsi bersama. I LOVE AIKOL.

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 10:13 PM

Friday, October 22, 2004

Lagi pelajar memakai tudung dibuang diperancis

LAGI PELAJAR MEMAKAI TUDUNG DIBUANG DI PERANCIS

Isu tudung di Perancis tidak berkesudahan...
perdana menteri perancis pernah membuat kenyataan suatu ketika dahulu, bahawa segala bentuk pakaian yang melambangkan keagamaan tidak dibenarkan di sekolah perancis.

islam ialah agama kedua di perancis selepas kristian katolik...
yang mana kebanyakannya datang daripada algeria...
pemain bola sepak Zinedine Zidane juga asalnya daripada keluarga Islam dari algeria...
tetapi bagaimanakah nasib umat islam di sana??
mungkin inilah agaknya Astora Jabat dulu pernah mengatakan bahawa tudung bukan lagi wajib malah haram memakainya...

memakai tudung ialah hak individu umat islam...
tetapi sampai begitu ditakuti di perancis?
umat islam akan terus menerus ditindas...

Jacques Chirac dalam December 2003 membuat kenyataan undang-undang akan terus menghalang segala bentuk pakaian yang melambangkan segala bentuk keagamaan di sekolah-sekolah perancis. akan tetapi simbol keagamaan masih dibenarkan seperti tanda palang kristian, stars of david dan fatima's hand.

wallahu A'lam. sama-sama kita berdoa

baca berita di bawah ini daripada petikan asal berita harian 22/10/2004

Sekolah Perancis singkir pelajar pakai tudung

PARIS: Sekolah kerajaan di Perancis mula menyingkirkan pelajar perempuan Islam yang memakai tudung sejajar dengan undang-undang baru mengharamkan pemakaian tudung yang menyaksikan enam remaja dibuang sekolah minggu ini.

Kementerian Pendidikan juga menyatakan 70 lagi pelajar Islam masih memakai tudung kepala kerana enggan mendedahkan aurat.

Undang-undang itu dikuat kuasa pada permulaan sesi persekolahan terbaru mulai bulan lalu.

Bagaimanapun, undang-undang itu jelas mencetuskan kontroversi dengan kebanyakan anggota parti pemerintah pimpinan Presiden Jacques Chirac juga tidak bersetuju pengharaman lambang agama di sekolah.

Selain itu, negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang lain seperti Britain dan Jerman tidak mengambil langkah seperti Perancis.

Lima daripada pelajar yang dibuang sekolah bertempat di timur negara itu pada Selasa dan Rabu lalu, kata pengetua sekolah dan laporan dari sana manakala seorang lagi adalah dari sekolah di utara Perancis.

Mengikut undang-undang baru itu, pelajar terbabit boleh merayu dan ia bergantung kepada dialog dan penilaian pihak sekolah.

Tetapi, undang-undang baru itu selain mencetuskan kemarahan lima juta penduduk Islam termasuk 300,000 penganut Sikh.

Bagi 650,000 penduduk Yahudi, mereka tidak memberi reaksi yang sama kerana kaum itu boleh belajar di sekolah persendirian Yahudi yang banyak di seluruh Perancis sedangkan hanya ada satu sekolah persendirian Islam di Perancis iaitu di Lille. AFP



| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 2:35 AM

Ramadhan Bulan Membersihkan jiwa

RAMADHAN BULAN MEMBERSIHKAN JIWA

selain matlamat melahirkan individu berperibadi taqwa...
ramadhan juga bulan untuk umat membersihkan dan menyucikan jiwa.

man shoma ramadana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqaddama min zambihi

sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan Allah segala dosa-dosanya yang telah lalu


hadis ini akan memberi kesan yang mendalam jika kita benar-benar memahaminya.
kerana apa?
kerana kita tidak akan sanggup melepaskan segala peluang yang ada dalam bulan ramadhan ini untuk mencari keampunan Allah.
siapalah manusia ini, hanya hamba yang kerdil di sisi pencipta, kepada siapa lagi kita patut sembah selain pencipta dan kepada siapa lagi kita patut minta pengampunan selain daripada pencipta.

amat rugilah diri kita ini jika segala amalan yang dilakukan sama sahaja seperti hari-hari yang telah berlalu. Rasulullah pernah bersabda ; Celakalah bagi sesiapa yang hari ini lebih teruk daripada semalam

dan mesti diingat...
ibadah puasa ini diwajibkan bukan untuk main-main.
Allah tidak pernah main-main dengan hambanya. tetapi manusia tetap mahun main-main dengan segala suruhan daripada penciptanya.

puasa menyuruh kita menahan diri bukan sahaja menahan lapar dan dahaga...
tetapi juga menahan diri daripada gelora hawa nafsu...
menahan diri daripada melakukan maksiat anggota tubuh...
seperti menahan mata daripada memandang perkara mungkar,
menahan mulut daripada mengumpat, mencaci, mengadu domba dan sebagainya.

tetapi memang benar kata Rasulullah.
Rasulullah sudah menjangjakan bahawa umatnya berpuasa tidak lebih daripada menahan lapar dan dahaga sahaja.

Berapa ramai yang mengerjakan ibadah puasa, tetapi hanya sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja


ini sebenarnya lebih kepada amaran,
kerana apa yang dijangkakan, diberitahu lebih awal... supaya manusia yang memang sudah sedar akan lebih menyedarinya untuk manusia mengelakkannya.

Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumiddin, telah mengklasifikasikan puasa kepada 3 kategori:

PUASA UMUM ATAU AM : iaitu orang yang berpuasa sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga

PUASA KHUSUS : orang yang melakukan ibadah puasa dengan menahan diri daripada lapar dan dahaga dan juga menahan anggota badan yang lain daripada melakukan maksiat seperti menjaga penglihatan, pendengaran, dan percakapan.

PUASA KHUSUSUL KHUSUS : orang yang berpuasa bukan sahaja puasa pada menahan diri daripada lapar dan dahaga dan juga anggota badan tetapi puasa juga hatinya daripada kecenderungan yang boleh merosakkan.

bagaimana kita...
ramai antara kita yang tidak berusaha untuk meningkatkan taraf puasa kita.

dan sekali lagi diingatkan, berpuasalah dengan penuh keimanan dan keikhlasan semoga Allah akan mengampunkan segala dosa kita yang telah lalu.

man shoma ramadana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqaddama min zambihi

sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan Allah segala dosa-dosanya yang telah lalu


| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 2:05 AM

Thursday, October 21, 2004

Tragedi Ramadhan 2004

TRAGEDI RAMADHAN 2004

memang benar hukum alam...
di kala kita sedang bersenang...ada yang sedang bersusah...
di kala kita sedang bergembira...ada yang sedang berduka...
di kala kita sedang bergelak ketawa...ada yang bermuram durja...

setiap hari ialah hari untuk kita mengingati yang susah...
setiap hari ialah hari untuk kita mengingati mereka yang tertindas...

lebih-lebih lagi Ramadhan...
di kala kita sedang leka menyambut bulan ibadah...
ada di kalangan kita yang tidak dapat menyambut seperti kita..

di bulan Ramadhan ini kita membuat persiapan menyambut syawal...
tetapi ada mereka yang tidak sempat menyambut Ramadhan sekalipun...
ada juga yang menyambut dengan ala kadar...
ada juga yang menyambut dengan bermuram durja...
ada yang menyambut dengan kehilangan mereka yang tercinta...

TRAGEDI 1
pembunuhan Tragis 4 beranak

kisah pembunuhan satu keluarga pelajar Malaysia di Mesir, bukan sahaja mendapat liputan meluas di media negara ini bahkan juga mendapat liputan yang sangat meluas di seluruh bumi mesir. pembunuhan empat beranak itu, Mohd Zaki Ayub, 27, pelajar tahun akhir Universiti al-Azhar; isterinya, Nurul Hayati Bohari, 27 dan dua anak mereka, Siti Maryam Hafizah, 3, serta Muhammad Muazz Hafiz, 11 bulan sangat menyanyat hati terutama sekali bagi warga malaysia.

mereka dipercayai dibunuh oleh seorang warga Indonesia, yang kononnya membuat temujanji dengan Mohd Zaki untuk membuat tukaran wang asing yang mana mohd zaki ini dikenali kerana mempunyai banyak urusan perniagaan.

mayat isteri dan anak-anaknya dijumpai rentung manakala mayat mohd zaki dijumpai dengan beberapa kesan tikaman di badan. mereka dipercayai dibakar untuk menghilangkan segala bukti pembunuhan oleh seorang warga indonesia itu

warga indonesia itu, Dharman sudah ditangkap oleh pihak berkuasa dan mengaku bersalah dan akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati mengikut undang-undang mesir.

jenazah 4 beranak itu sudah selamat dikebumikan. semoga ruh mereka sekeluarga berbahagia dan akan ditempatkan bersama orang-orang soleh. aminn

TRAGEDI 2
Rumah Terbakar, keluarga muram sambut Ramadhan

Satu keluarga terpaksa menyambut Ramadan dalam suasana muram berikutan rumah mereka musnah dijilat api dalam satu kebakaran di Lorong 7A, Taman Malehah Kuching Sarawak

suasana muram menyelubungi berikutan banyak kerugian yang dihadapi termasuk kerugian wang ringgit dan harta benda. mujur tiada kemalangan jiwa berlaku.

Syukurlah kerana masih diselamatkan nyawa...semoga Allah akan memberi ketenangan kepada keluarga Abdul Rahman Yusuf untuk melalui Ramadhan tahun ini dan semoga banyak pertolongan daripada Allah juga untuk menyambut hari Raya Aidilfitri nanti... InsyaAllah

TRAGEDI 3
Lagi kebakaran

kali ini di permaisuri, terengganu.
15 keluarga hilang tempat tinggal. alhamdulillah tiada kemalangan jiwa.

TRAGEDI 4
cedera terkena percikan meriam buluh

kes yang pertama untuk Ramadhan tahun ini
Seorang budak perempuan berusia lapan tahun (suliana) cedera di muka dan mata terkena percikan api daripada ledakan meriam buluh di Felcra Sungai Ara

suliana yang tidak pernah melihat meriam buluh, pergi untuk menyaksikan sekumpulan budak lelaki bermain meriam itu ke kawasan Blok 5. Tidak lama selepas meriam meletup, beberapa penduduk melihat Suliana menangis. Apabila diperiksa, suliana cedera di muka, kedua-dua mata dan sedikit rambutnya terbakar.

TRAGEDI DUNIA ISLAM YANG BELUM BERAKHIR

Israel terus mengganas di semenanjung Gaza apabila sebuah helikopter tempur Israel membedil sebuah roket ke arah kem pelarian Rafah yang menyebabkan ramai yang tercedera dan bebrapa orang maut.

selain itu ratusan kereta kebal dan beribu-ribu tentera juga dikerah memasuki Semenanjung GAza dan membunuh 123 penduduk palestin.

Di Iraq juga tentera Amerika terus mengganas dengan beberapa siri letupan yang mengorbankan ramai penduduk iraq

SEKALI LAGI PERINGATAN BAGI MEREKA YANG LUPA

Bagaimana mereka yang tengah bersenang lenang sekarang ini.
bulan Ramadhan ialah bulan untuk kita mengingati orang-orang yang susah dan tertindas.

orang-orang Islam ini digambarkan seperti badan yang satu (kal jasadin Wahidah)
jika satu anggota sakit seluruh badan akan menderita sakit.
inilah konsep ukhuwwah Islamiah yang diajarkan oleh Rasulullah.

di malaysia ini kita hidup dengan aman damai, tenang, bahagia dan tenteram.
jika hendak dibandingkan saudara-saudara kita sesama islam di Palestin, Iraq, afghanistan dan sebagainya. setiap hari mereka terpaksa menentang tentera musuh semata-mata untuk mempertahankan tanah air.
mereka terpaksa berjuang dengan darah dan air mata.

semoga allah akan memberikan kekuatan kepada mereka bersempena dengan Ramadhan al-Mubarak ini. semoga mereka juga akan diberikan ketenangan oleh Allah untuk melalui segala ujian dan cabaran tersebut.

dan peringatan sekali lagi buat mereka yang lupa,
di kala kita bergembira ada yang berduka.
di kala kita sedang bergelak ketawa ada yang sedang bermuram durja.
inilah dia kehidupan. memerlukan kita saling ingat mengingati.

yang senang membantu yang susah.
yang tengah bersedih hati kita bantu memberikan kekuatan pada mereka.

dan akhir sekali marilah kita mendoakan kesejahteraan untuk sekalian umat Islam dan sama-sama kita mendoakan kemenangan umat Islam.



| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 6:45 PM

Wednesday, October 20, 2004

Pening kepala tambah sakit kepala

PENING KEPALA TAMBAH SAKIT KEPALA

Pak Lah kata harga minyak mungkin akan naik lagi...
noirkutus nak kata, berjimat cermatlah sebab harga barang akan terus naik.

setakat berita semalam :

Pada tengah hari semalam, penanda aras kontrak minyak mentah light sweet New York bagi penghantaran November, disebut harga sebanyak AS$53.25 setong, rendah sedikit daripada tahap AS$53.67 kelmarin (berita harian)


ini satu petanda yang tidak berapa baik. kerajaan nampaknya macam dah tak larat nak bagi subsidi.
wahhh...satu malapetaka buat rakyat malaysia...

malapetaka sebab apa?
sebabnya kenaikan harga minyak MENGHALALKAN segala macam kenaikan harga barang yang lain.

apa pak lah kata lagi:

Abdullah berkata, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) akan terus memantau pasaran harga minyak dan jika naik terlalu tinggi, maka langkah menaikkan lagi harga minyak sememangnya tidak dapat dielakkan


kuang...kuang...kuang....
ni bukan noirkudus yang kata...tapi paklah yang kata...
noirkudus cuma sakit kepala..

malaysia ada petroleum tapi harga minyak mahal...
usah dibandingkan dengan singapura...sebab mereka memang tiada telaga minyak...

negara Islam kaya dengan minyak...
tetapi umat islam juga miskin disebabkan minyak.

lepas ni kita kena teroka sumber yang lain pulak yer...
pakai minyak sawit ker...tenaga suria ker...biomass ker...angin ker dan apa-apa ajelah...
kalau boleh pakai air lagi senang... semua kereta tukar tank minyak kepada tank air... kan senang...kueng...kueng...kueng

alahai...
paklah sakit kepala,
noirkudus pun pening,
rakyat semua lagi pening kepala...

::rujuk b.harian 20/10/04::



| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 5:30 PM

Tuesday, October 19, 2004

Zahid AF2 vs Jaclyn Victor

ZAHID AF2 VS JACLYN VICTOR










Zahid 12,111
Jac 8,488




jumlah undi : 20,599
undi rosak : takde (sebab pakai sms)
majority : 3,659



nampaknya pertarungan kedua mereka bagaikan bertemu buku dengan ruas.
zahid sebagai juara Akademi Fantasia 2...
manakala Jaclyn Victor adalah juara Malaysia Idol.
kedua-duanya dekat di hati peminat.
dan kedua-duanya mempunyai status tersendiri.

tetapi siapa yang lebih menjadi pilihan peminat?
undian SMS akhbar Kosmo! yang dibuka seminggu dan berakhir semalam menunjukkan keputusan muktamad zahid Akademi Fantasia 2 atau lebih dikenali sebagai Zahid AF2 menewaskan juara malaysian idol.

kedua-duanya menghiasi industri hiburan tanah air.
noirkudus sengaja tidak mahu ketinggalan di dalam industri ini.
kalau noirkudus juga akan mengundi zahid.

wah...
macam pilihanraya laa pulak...
seronok juga yer jadi famous macam ni...
agak-agak noirkudus pun boleh jadi pelajar Akademi Fantasia kot...
buat-buat menari macam Mahmud Jun cerita P.Ramlee tu pun jadilah...

noirkudus teringat kisah artis mencabar kerusi presiden di Filipina suatu ketika dulu, dan di Amerika Syarikat juga pernah artis masuk pilihanraya menggunakan poularitinya sebagai artis.

kuang...kuang...kuang...
zahid...jangan pergi kempen untuk pemuda UMNO cukuplah yer...


| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 3:35 PM

Aiya Mr Samy Vellu

AIYA MR SAMY VELLU

wahh...
nampaknya berita berkenaan Encik Samy Vellu kita ni tak berkesudahan.
hangat...dan bertambah hangat...

ye lah...selepas satu kes...satu kes lagi menyusul.
noirkudus memuji sangat tindakan beberapa ahli parlimen Barisan Nasional yang dengan berani mengambil tindakan mengkritik dan meminta penjelasan daripada Samy Velly berkenaan dengan beberapa isu.

dan yang terbaru yang menghangatkan suasana ialah kejadian tanah runtuh di Km 302 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung kelmarin. kalau tak silap noirkudus sudah 2 kali kejadian di Gua Tempurung yang mana pernah menyebabkan kematian seorang drover lori suatu ketika dulu. bila noirkudus lalu kawasan tu dah takut dah sebab ada kesan lagi runtuhan yang lama dulu tu. sebelum tu noirkudus terpaksa melepasai Pos Dipang dulu yang juga pernah dilanda kejadian banjir lumpur. seram jadinya bila nak balik perak sana tu.

dan yang menariknya...
Menteri kerjaraya kita ni sampai melenting...
seluruh rakyat Malaysia menyaksikannya...

Banyak orang ingat bila jalan ada masalah, ini masalah berkaitan manusia. Bila tanah runtuh, ini juga salah manusia.


Saya minta semua pengguna lebuh raya bersabar kerana perkara ini berlaku bukan kerana salah mana-mana pihak manusia. Semua sudah ditakdirkan


kuang...kuang...kuang...
pandai juga Samy Vellu ni menjawab...
semuanya sudah ditakdirkan...maknanya ketentuhan Tuhanlah.
lepas ni kalau ada apa-apa berlaku bolehla jawab...Ini adalah Takdir

sebelum itupun banyak juga projek yang bermasalah.
keretakan pada 31 daripada 33 tiang tiga Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),
kejadian kulat di Hospital sultan Ismail di Johor Bahru,
kelewatan projek bangunan Matrade,
struktur di lebuhraya LPT yang tak sama rata,
semuanya mungkin sudah ditakdirkan.
ini semua ketentuan tuhan. mungkin juga tidak boleh dipertikaikan.

noirkudus tertarik dengan satu artikel di berita harian semalam.
tajuknya Menteri Mesti tahu Hak Rakyat.
agak menarik juga kerana ini bukannya keluar daripada mulut pihak-pihak pembangkang, tetapi kritikan ini dibawa oleh wakil rakyat daripada barisan Nasional sendiri.
jarang sekali kalau kita dengar ada di kalangan menteri yang mengecam menteri.
ye lah...dah kroni sendiri...takkan nak kecam kot???
mujurlah masalah ini dikategorikan sebagai masalah Rakyat.
masalah yang sangat dekat dengan hati rakyat.

mungkin rakyat berhak tahu...
dan sekurang-kurangnya diberi penjelasan tentang masalah yang berkaitan dengan projek rakyat.
contohnya seperti keretakan di MRR2...
bukankah ini hasil daripada kecuaian manusia?
rakyat berhak tahu mengapa ini berlaku.
noirkudus sendiri kerap menggunakan MRR2 untuk ke Damansara tetapi sekarang menghadapi masalah kesesakan kerana terpaksa melalui jalan bawah. jalan yang mengambil masa 10 minit terpaksa menjadi 1 jam. kan ini menyusahkan rakyat.

jangan melenting yer Datuk Seri Samy Vellu.
inilah dia kerja menteri...hamba kepada rakyat...

kalau Mr Samy faham tentang inilah dia ketentuan Allah...
Mr Samy juga mesti faham tentang konsep kepimpinan...

bukankah seseorang pemimpin yang diangkat oleh sesuatu kaum itu merupakan khadam bagi kaum tersebut


ini mungkin Mr Samy kena faham.
kalau rakyat sudah angkat menjadi pemimpin, kemudian sudah menjadi menteri kerjaraya, takkan masalah yang berkaitan dengan rakyat juga mahu melenting.

pak LAh juga ada mengulas berkenaan isu ini:

Jika pemimpin, sama ada pada peringkat kerajaan ataupun politik, mengadakan suatu majlis dialog umpamanya, mereka perlu mendengar masalah, teguran, cadangan atau komen yang dikemukan rakyat.

teguran ini penting supaya tindakan segera dapat dilakukan ke arah mewujudkan kerajaan yang mantap dan berwibawa.

mereka perlu sanggup menerima kritikan walaupun pedih kerana ia membantu memperbaiki segala kelemahan yang mungkin diri sendiri tidak sedari

saya sendiri bersedia mendengar teguran, jangan sesekali tutup telingan, sebagai pemimpin kita mesti dengar apa orang lain kata, walaupun pedih untuk didengar

kalau kena kritik sikit, janganlah cepat marah. sebenarnya ada rahmat kalau ada orang tegur kita. selepas dikritik pemimpin mestilah bersedia untuk berbincang dengan golongan yang dipimpin untuk memperbaiki mana-mana kelemahan dengan segera


ini Pak Lah yang kata...bukan Noirkudus yang kata...
tapi noirkudus setuju ajer...
mungkin ini yang Samy Vellu kena belajar lebih sikit kot...
memang betul, sesiapa sahaja yang berada di tempat itu akan mengalami situasi yang sama, terpaksa mendengar luahan atau ketidakpuasan hati.

Sesiapapun yang jadi Menteri Kerjaraya, akan menghadapi kerja ini juga (masalah ini). Saya hairan bagaimana ada orang yang terfikir manusia boleh menghentikan semua masalah atas jalan?


tapi...
ini tak boleh dijadikan alasan untuk melenting...
dan akhirnya takdir yang dipersalahkan...

kepada Mr Samy...
kalau tak nak ikut macam Pak Lah... tenang ajer...
ikutlah Macam Dr Mahathir...tenang juga...tapi melepaskan jawatan untuk diberi kepada Pak Lah yang memang nampak sesuai pada kacamata Mahathir dan mungkin juga rakyat.
Mr Samy ni duduk kat sana dah lama dah...sejak tahun 1976 lagi..
jadi...agaknya bila lagi?? kih...kih...kih
mungkin sebab dah lama kot duduk atas sampai dan tak tahan nak dengar luahan hati rakyat...

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 2:31 PM

Ajal tidak kira walau di mana

AJAL TIDAK KIRA WALAU DI MANA





sebuah ambulan yang membawa pesakit terbabas...
seorang mangsa meninggal dunia...

anak kepada mangsa memberitahu ayahnya tidak mahu ke klinik atau hosital... kerana ayahnya mahu meninggal dunia di rumah... tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila meninggal dalam tragedi.

noirkudus selalu teringat ceramah seorang ustaz, bernama Ustaz Ismail Che Ku:
kisah bagaimana Panglima perang Islam bernama Khalid al-Walid. bagaimana Khalid al-Walid ni berperang habis-habis melawan tentera kuffar. segala peperangan dilalui kerana jihadnya ialah jihad untuk menegakkan kalimah Islam. cita-citanya ialah untuk mati syahid menegakkan agama Allah. itulah cita-citanya iaitu untuk mati syahid, lumrah pejuang-pejuang Islam zaman dahulu, berjuang kerana hendak mati bukannya berundur takut mati. tapi mati ialah mati syahid. tapi apakan daya...ketentuan Allah itu segala-galanya. Allah menetapkan bahawa matinya Khalid al-walid bukan di bawah mata pedang tetapi mati atas katil.

satu lagi kisah bagaimana Abu Jahal, seorang kafir yang terang-terang menentang nabi sejak awal lagi, seorang yang takut untuk mati, terutama takut mati di medan perang, jihadnya bukan jihad untuk menegakkan Islam tetapi jihadnya untuk melawan Nabi. tetapi orang yang takut mati akhirnya mati juga di bawah kilauan pedang, mati di tangan seorang anak muda ketika itu, bernama Ibnu Mas'ud.

itulah dia, bagaimana kita sebagai hamba tidak mampu melawan ketentuanNya.

noirkudus ni takut naik motor.
kawan-kawan selalu juga sebut. alahai...kalau nak mati kat mana-mana pun boleh mati,
naik kereta pun boleh mati, dalam tandas pun boleh mati, turun tangga pun boleh mati,
dalam tidur pun boleh mati.

memang betul, kerana Allah sudah janji apabila sampai ajal seseorang, mati tidak akan lewat satu saat pun dan tidak akan cepat pun walaupun satu saat. ini janji Allah.

begitu perit untuk menerima takdir Allah.
tetapi sebagai orang Islam, mempunyai iman di dada...wajib mempercayainya.


| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 1:11 PM