Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Monday, October 25, 2004

8 Rakaat atau 20 Rakaat

8 RAKAAT ATAU 20 RAKAAT





Abdul Rahman bin Auf menerangkan bahawa Nabi Muhammad saw bersabda:

Bahawasanya Allah telah memfardhukan puasa Ramadhan, dan aku telah mensunnahkan qiyam pada malamnya (tarawih). maka barangsiapa berpuasa pada siangnya, dan bersolat pada malamnya kerana mengharapkan Akan Allah, nescaya keluarlah ia dari dosa seperti di hari lahirnya oleh ibunya
(Hadis Riwayat Ahmad)


Abu Hurairah r.a berkata :

Sesungguhnya RAsulullah saw selalu menyuruh kami para sahabat mengerjakan solat malam di bulan Ramadhan dengan tidak memberatkan. dan beliau bersabda: barangsiapa yang mengerjakan solat malam kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah, nescaya Allah akan mengampuni dosanya yang telah lalu.


nampaknya...
Ramadhan sudah masuk hari ke 10...
ada lagi kedengaran tentang tarawih...
kau nak buat berapa rakaat??
Aku nak buat 8 jer...ikut sunnah nabi:)


betul ke soalan dan jawapan tersebut?
lebih baik bertanya mengapa nabi buat 8 umar pula buat 20.

pernah dalam sejarah, terjadi perselisihan tentang berapa rakaat tarawih.
Akhirnya...satu kampung tidak sembahyang tarawih kerana sedikit perselisihan yang mana puncanya cuma masalah rakaat.
pernah juga dalam sejarah, terjadi perselisihan tentang doa qunut dalam sembahyang.
akhirnya...satu kampung tidak sembahyang subuh kerana sedikit perselisihan yang mana puncanya cuma tentang masalah doa qunut.

di Malaysia juga tidak ketinggalan isu ini.
aku nak buat 8 jer sebab ikut sunnah Nabi Muhammad.

Masyarakat kita ni pandai aje kalau bab sunah.
kalau bab sunnah...tarawih nak buat 8 rakaat
kalau bab sunnah juga orang lelaki nak kahwin 4

kalau bab lain tak nak ikut sunnah...
tapi kalau dua bab ini ramai ajer nak ikut sunnah...
Hairan...hairan...hairan...

sebenarnya...
buat 8 pun sunnah...
buat 20 pun sunnah juga...

memang asal sejarahnya tarawih ini pada zaman Rasulullah dengan 8 rakaat.
tetapi tentunya tidak sama seperti kita punya tarawih yang 8 rakaat.
dan tidak semestinya Umar memperkenalkan tarawih 20 rakaat, maka pahalanya akan berkurangan dibandingkan 8 rakaat zaman nabi.

semuanya bersebab..
20 rakaat zaman umar sama sahaja seperti 8 rakaat zaman nabi.
cuma kita sahaja yang tidak tahu.

kita ambil contoh zaman nabi...
zaman nabi dulu 8 rakaat tarawihnya daripada pukul 9 malam selepas isya' tetapi tarawihnya sampai sahur katakan pukul 5. cuba kira berapa jam?
kita ambil contoh zaman umar pula...
tarawihnya juga bermula pada waktu yang sama contohnya 20 rakaat tarawihnya daripada pukul 9 malam dan juga akhirnya sama sampai waktu sahur. cuba kira berapa jam??

apa bezanya?
bezanya cuma 8 rakaat zaman nabi 4 kali salam, 20 rakaat zaman umar 10 kali salam.
bezanya lagi 8 rakaat zaman nabi panjang bacaannya, 20 rakaat zaman umar lebih pendek bacaannya setiap rakaat.

Imam Asy-Syafie pernah berkata:

membanyakkan atau menyedikitkan rakaat itu sama sahaja. hanya hendaklah pada ketika disedikitkan rakaat, dipanjangkan dan diberatkan (dipanjangkan qiraat zikir dan doa)


begitulah kata Imam Syafie. tidak ada bezanya 8 atau 20 rakaat jika kualiti yang kita kerjakan adalah sama.

sejarahnya bermula kerana para sahabat begitu letih sekali apabila mengerjakan tarawih jika rakaatnya sedikit kerana kurang berehat dan panjang bacaannya. cuba bayangkan jika tarawih 8 rakaat cuma 4 kali salam sahaja, jadi rehatnya cuma 4 kali. akan tetapi jika tarawih 20 rakaat, salamnya 10 kali maka rehatnya 10 kali.

noirkudus ada merujuk budu PEDOMAN SOLAT karangan Prof T.M Hasbi Ash-Shiddieqy bawah tajuk bacaan dalam solat qiyam ramadhan (qiam ramadhan di sini bermakna solat tarawih)

dikatakan bahawa, diperoleh daripada keterangan para salaf, mereka membaca 200 ayat, sehinggakan mereka bertongkat lantaran lamanya berdiri.

oleh itu para sahabat zaman umar mengadu tidak mahu bertarawih disebabkan keletihan dan memberatkan.

lantaran itu umar memperkenalkan solat tarawih 20 rakaat yang mana memberi rehat yang lebih dengan 10 salam dan dipendekkan bacaan. ini lebih mudah dikerjakan dan tidak pula memberatkan. itulah sebabnya nama solat ini ialah solat tarawih, yang mana jika diterjemahkan ke dalam bahasa melayu maknanya SOLAT REHAT-REHAT.

jika kita kerjakan 2 rakaat, kemudian rehat sekejap, kemudian kerjakan lagi 2 rakaat selepas itu tidur sekejap, kemudian kita kerjakan lagi 2 rakaat, selepas salam kita sambung dengan membaca al-Qur'an pula, kemudian kita kerjakan lagi 2 rakaat selepas itu kita menyusukan anak pula (contoh bagi ibu di rumah). seperti ini juga dibenarkan. kerana itu dinamakan SOLAT REHAT-REHAT

terdapat satu riwayat yang mana riwayat ini tidak begitu kuat. diriwayatkan dari al-Baihaqi dari Aisyah r.a:

Adalah RAsulullah saw mengerjakan solat 4 rakaat di malam hari kemudian bersenang-senang (berehat-rehat) lama sekali, sehingga aku rasa sayang padanya.


begitulah asalnya dinamakan tarawih. apalah sangat kalau kita mengerjakan 20 rakaat. kalau di malaysia satu jam setengah sahaja. sampai pukul 10 malam sahaja. Imam baca pendek-pendek bukan panjang pun kalau nak dibezakan zaman nabi dan umar. zaman nabi dulu ada yang sampai bertongkat. kita ni belum lagi bertongkat. zaman nabi dulu ada yang sampai retak tumit kaki. kita ni belum lagi sampai tahap begitu.

mentality masyarakat, tarawih ini sangat menyusahkan, memberatkan, meletihkan, membebankan. ini tidak betul. noirkudus juga manusia biasa. kalau mampu noirkudus akan kerjakan 20, kalau letih buat 8 dulu sambung kemudian. kalau mengantuk tidur dulu. kalau tidak dikerjakan bila lagi untuk kita kerjakan selain Ramadhan.

RAsulullah pernah bersabda:

Ikutlah sunnahku dan sunnah para khulafa' ar-Rasyidin


apa yang nabi buat sunnah...
apa yang umar buat juga sunnah...
20 rakaat umar ini juga sunnah...
8 rakaat juga sunnah...

Jumhur fuqaha daripada Hanafi Syafi'e dan hanbali menetapkan 20 rakaat manakala Imam Malik pula berpendapat 36 rakaat.

dan akhir sekali tidak ada nas yang dapat dijadikan hujjah tentang bilangan rakaat yang perlu dikerjakan untuk tarawih. cuma ada nas pun tentang disunatkan qiam ramadhan (solat tarawih). oleh itu, buatlah dengan kadar berapa pun mengikut kesanggupan dan kemampuan. kalau boleh 20 rakaat.

kalau rasa nak buat 8 silakan...
jika rasa nak buat 20 pun silakan...
kedua-duanya sunnah...
cuma jangan menghina sahabat...
cuba ingat...kita siapa Umar pula siapa??
siapa kita jika hendak dibandingkan dengan umar?
tentu perbezaannya bagai langit dengan bumi.
Umar antara 10 sahabat nabi yang dijamin masuk syurga.
seorang sahabat yang hebat pada masa zaman jahiliahnya dan juga seorang yang sangat hebat pada masa Islamnya.


Comments: Post a Comment
| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 11:11 PM