Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Saturday, October 23, 2004

Semangat dan Kegigihan Seorang Peguam Buta

SEMANGAT DAN KEGIGIHAN SEORANG PEGUAM BUTA

pagi sabtu ini tiada apa yang noirkudus kerjakan.
al-maklumlah orang tengah cuti sekarang.
cuma noirkudus sempat menyantuni adik menonton cerita kartoon puteri doll lica dengan looney tunes. walaupun mengarut nak mampus tapi tengok ajelah. ye lah, mana tak mengarutnya, kita boleh memanggil ruh anak patung untuk menyelamatkan kita, boleh berjuang menentang penjahat. alah...cerita budak-budak jer...noirkudus melayan ajer.

di dalam keseronokan menonton cartoon tersebut, tiba-tiba ayah noirkudus bertanya: dah baca surat khabar hari ini? noirkudus menjawab: belum lagi, pasal apa ayah? ada berita menarik ker? ayah noirkudus sambung lagi: cuba baca surat khabar ni, ruangan mayang (masyarakat penyanyang), sebagai pelajar undang-undang wajib baca ini, motivasi diri. noirkudus pun hairan lalu mengambil dan membacanya.

apakah berita tersebut?
ianya berkaitan dengan seseorang...
Mah Hassan namanya...
itulah dia orang yang menarik perhatian ayah noirkudus untuk menyuruh noirkudus membaca kisahnya.

adakah anda mengenali Mah Hassan?
adakah anda mengetahui beliau adalah peguam buta pertama Asia?
beliau juga berjaya menubuhkan firma guaman sendiri: Mah Hassan & Associates. apakah anda mengetahuinya?
apakah anda mengetahui beliau juga pernah mencatatkan namanya dalam buku Malaysia Book of Records?
Apakah anda juga mengetahui beliau bukan sahaja memperoleh ijazah sarjana muda undang-undang, malah lebih jauh dari itu beliau juga memperoleh ijazah sarjana (masters) undang-undang maritime di University Southampton, United Kingdom?

banyak persoalan-persoalan yang sangat mengkagumkan.
noirkudus sebagai seorang pelajar undang-undang juga sangat kagum dengan pencapaian beliau sehingga sejauh ini.

mungkin tulisan noirkudus kali ini lebih kepada menyeru pelajar undang-undang di seluruh Malaysia secara amnya, dan juga kepada pelajar undang-undang di Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Law (AIKOL) khasnya. wahai pelajar-pelajar AIKOL, semoga anda terkesan dengan tulisan ini.

pernah masa tahun lepas jika tak silap noirkudus atau masa yang lebih kurang begitulah, UIAM pernah dikejutkan dengan kehadiran seorang insan gigih yang bernama Nik Nor Ermiza. masih ingat lagikah? seorang yang mempunyai penyakit kerapuhan tulang. kegigihannya sungguh mengkagumkan dan memberi semangat kepada sesiapa yang mengenalinya.

beliau diterima masuk di UIA dengan sambutan yang sangat istimewa. siapa yang menyambut beliau? beliau disambut sendiri oleh Rektor Prof Kamal Hassan. prof Kamal sendiri yang turun menyambut beliau. sungguh istimewa. daripada pintu gerbang UIA sehinggalah ke kolej penginapannya di kolej Aminah ketika itu. itulah dia, sambutan yang diadakan untuk menyambut seorang insan bernama Nik Nor Ermiza.

mengapa sampai begitu istimewa sekali? mungkin kerana seorang insan gigih seperti beliau sangat sukar ditemui. begitulah seorang insan bernama NIk Nor Ermiza. noirkudus dulu masuk UIA pun rektor tak sambut, presiden UIA pun tak sambut. sahabat-sahabat yang lain ada ker nak masuk UIA jer Rektor Prof Kamal Hassan turun sambut? rasanya tidak ada. semuanya masuk sendiri. daftar sendiri, cari bilik sendiri. bukankah begitu?

kali ini seorang lagi insan dalam dunia guaman yang menarik minat noirkudus. beliau ialah MAh Hassan. seorang buta yang cukup gigih sejak kecil untuk menuntut ilmu sehinggalah sekarang ini beliau menjadi peguam.

perjalanannya bermula dengan mengembara seorang diri daripada kampungnya di Besut Terengganu menuju ke Johor Bahru untuk mendaftar masuk ke Sekolah Rendah Princess Elizabeth School for Blind (PES)

memang betul ayahnya berfikiran jauh, sayangkan anak dicampak-campakkan jauh-jauh, sehinggakan ditohmah dan difitnah oleh penduduk kampung yang menuduh ayahnya membuang anak jauh-jauh sebab ayahnya malu anak itu cacat, dan menghantar ke sekolah orang putih takut nanti anak cacat itu tidak diajarkan solat.

begitulah rintangan awal yang dihadapinya. segala fitnah dan tohmahan.

selepas bersekolah beliau belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mah Hassan pernah berkata:

Saya tidak mengalami masalah bersama murid biasa. walaupun tidak boleh melihat, Allah memberikan kelebihan akal kepada orang seperti kami


memang betul, Allah itu maha adil. diberi kekurangan pada satu bahagian dan diberi pula kelebihan pada bahagian yang lain yang mungkin kadang-kadang kita tidak menyedarinya.

dan satu cerita daripada beliau yang menyedihkan:

BAgaimanapun ada satu peristiwa yang tidak boleh saya lupakan sehingga kini. suatu hari ketika kelas sains di makmal, saya meminta rakan di sebelah meletakkan tangan di penunu bunsen kerana saya ingin tahu bagaimana bentuknya. Guru sains memarahi rakan saya kerana perlakuan itu mendatangkan bahaya


memang tak patut cikgu sains tersebut. apa yang noirkudus terfikir, nampak hikmah di sebaliknya, kerana peristiwa tersebutlah beliau menjadi seorang peguam yang hebat. jika tidak beliau tentu menjadi seorang ahli sains yang hebat. wallahu A'lam

Langkahnya menjadi peguam bermula di UM. segala tugasan disiapkan menggunakan mesin Braille. tidak dapat mencatit menggunakan pen, tetapi beliau boleh menggunakan mesin perakan. orang biasa memerlukan 8 jam untuk belajar, beliau belajar 16 jam.

begitulah, pelbagai kaedah boleh digunakan jika kejayaan ingin dicapai.
jika satu pintu tertutup kita boleh menggunakan pintu yang lain.
bukankah Allah itu maha adil.

noirkudus sangat terkesan membaca artikel tersebut.
ye lah kan, kita ni yang sempurna sifatnya, apabila diterima masuk ke Universiti, belajar main-main.
rasanya bukan noirkudus aje kot yang belajar main-main, pelajar-pelajar yang lain juga sama agaknya. lebih-lebih lagi di AIKOL. kuang...kuang...kuang... jangan marah yer... :)

dan yang menariknya lagi...
mah hassan gagal untuk mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam.
tetapi kerana kecemerlangannya dan kegigihan beliau dapat membuat chambering (kursus dalam kamar) di sebuah syarikat swasta.

apa peguam itu kata :

saya ambil awak bekerja bukan kerana kasihan tetapi yakin awak boleh jadi peguam. di luar negara sudah ada bukti peguam cacat penglihatan berjaya.


begitulah...
kerana kegigihan yang ditunjukkan beliau berjaya.

tapi banyak antara kita yang belajar untuk lulus sahaja sebagai syarat untuk mendapatkan sijil. kepada pelajar AIKOL khususnya dan pelajar undang-undang yang lain di seluruh dunia amnya, cukuplah 2 orang tokoh ini untuk kita jadikan sebagai idola untuk kita meneladani semangat mereka dan juga kegigihan mereka untuk berjaya.

bukan seorang dua pensyarah noirkudus di AIKOL yang meluahkan rasa ketidak kepuasan hati mereka terhadap kualiti pelajar-pelajar AIKOL. malah ramai di kalangan mereka.

noirkudus teringat seorang daripada pensyarah pernah kata waktu dulu sebelum UIA ada kuliah undang-undang, kebanyakan peguam adalah hasil keluaran daripada pengajian undang-undang di UM. waktu dulu tak banyak pun peguam-peguam yang dihasilkan. tetapi kualiti peguam pada masa itu sangat tinggi.

pensyarah noirkudus terus berkata: waktu dulu waktu UIA memohon untuk menubuhkan kuliah undang-undang sendiri di bawah pentadbiran UIA, pernah permohonan tersebut ditolak, disebabkan takut nanti ada lambakan graduan undang-undang. waktu itu permohonan tersebut diketuai oleh Prof Ahmad Ibrahim. tetapi akhirnya permohonan tersebut diterima. akan tetapi pada awalnya UIA berjanji akan mengambil 200 pelajar undang-undang setiap tahun dan berjanji akan melahirkan graduan yang berkualiti.

tapi sekarang bukan setakat itu, AIKOL sendiri telah menjadi pusat pengajian undang-undang yang melahirkan graduan undang-undang paling ramai di Malaysia. bukan setakat 200 tetapi AIKOL melahirkan 400 graduan undang-undang setiap semester.

kesemua graduan tersebut membawa nama AIKOL UIAM apabila chambering (latihan dalam kamar) nanti. chambering itulah cabaran yang sebenar untuk sesiapa sahaja yang mahu menjadi seorang peguam. waktu chambering itu juga kita akan mempraktikkan segala teori yang dipelajari sewaktu di kuliah selain daripada belajar perkara baru.

tapi syabas jugalah AIKOL kerana ramai juga graduan yang berkualiti dan hebat-hebat belaka. malah tersangat sangat (10x) hebat. AIKOL juga tak putus-putus melahirkan pemidato-pemidato yang hebat. siapa yang tidak kenal Emma, awal tahun ini beliau terpilih sebagai pemidato terbaik di dunia. AIKOL tuh...

kalau semua pelajar AIKOL berkualiti dan ada semangat macam MAh HAssan yang buta tersebut, tentunya Prof Ahmad Ibrahim akan tersenyum girang jika beliau masih hidup.

di sini menarik juga noirkudus nak mengambil pesanan ayah Mah Hassan sebagai iktibar kita bersama :

Harta sangat sedikit, tanah ada pun jika ditinggalkan kepada kamu mungkin kamu tidak dapat uruskan. apa yang boleh bapa bekalkan kepada kamu ialah ilmu. belajarlah bersungguh-sungguh


begitulah pesanan yang cukup bermakna.
boleh juga ditujukan kepada sesiapa.

memang benar. saidina Ali juga pernah berpesan:

Harta jika menggunakannya akan habis, akan tetapi Ilmu selagi kita menggunakan ianya tidak akan habis malah bertambah


cukuplah apa yang noirkudus dapat pada hari ini. sekadar untuk dikongsi bersama. I LOVE AIKOL.

Comments: Post a Comment
| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 10:13 PM