Dengan Nama Allah ![]() intro HakCipta Penulis
![]() ![]() why noirkudus ![]() masa itu emas ![]() October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 September 2006 May 2007 Posting Terbaru
pelawat ![]() ![]() View My Guestbook Sign My Guestbook blogs ::Akhifaizul:: ::Bahtiar:: ::Boybelantik:: ::Hakim:: ::Hilmimadani:: ::Ibnuhazam:: ::Jiwarasa:: ::Kelambu:: ::Loper:: ::Mazli Bidu:: ::Mba:: ::Muhtarsuhaili:: ::Nasa Natrah:: ::Nordin:: ::Pakdi:: ::Paklang:: ::SahalFikri:: ::Sang Awana:: ::Sis aflah:: ::Syarief:: ::Syarifah Salwa:: ::TajamFikir:: ::tokjanggut:: ::tokrimau:: ::umminida:: ::Zaiman Mansor:: Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE:: links ::Yahoo mail:: ::Google:: ::Berita Harian:: ::Harian Metro:: ::The Star:: ::TheSun:: ::NSTP:: ::harakah:: ::Sinchew:: ::BERNAMA:: ::free anwar:: ::malaysiakini:: ::Malaysia Today:: ::Jawa Post:: ::Kompas:: ::Hariansib:: ::Achehnese:: ::Achehkita:: ::Detik:: ::EraMuslim:: ::Endonesia:: ::Republika:: ::Modus:: ::Gatra:: ::Hidayatullah:: ::Sabili:: ::Economist:: ::Arab News:: ::Worldnews:: ::Far Eastern:: ::Muslim Media:: ::KavkazCenter:: ::alJazeera.com:: ::Time Magazine:: ::New York Times:: ::Arab World News:: ::The Times of India:: ::The Jerusalem Post:: ::alJazeera.net (english):: ::alJazeera.net (Arabic):: ::Albuquerque Journal:: ::Guardian Unlimited:: ::The Courier-Mail:: ::Herald Tribune:: ::Al-Quds Daily:: ::Japan Times:: ::Daily Mirror:: ::China Daily:: ::Startribune:: ::BBC News:: ::Asia Daily:: ::Reuters:: ::MSNBC:: ::CNN:: ::AFP:: ::AP:: ::Islam The Modern Religion:: ::Islamic Awareness:: ::Islamic Awakening:: ::The True Religion:: ::Islamic Academy:: ::Answering Islam:: ::Light of Life:: ::Qur'anic Studies:: ::Islam Online:: ::al-ahkam.net:: ::Load-Islam:: ::Islamway:: ::Raudhah:: ::MyQuran:: ::artislamic:: ::alajeeb.com:: ::Ummah.com:: ::ISNET:: ::JIHAD:: ::MISG-ABIM:: ::PKPIM:: ::PUM:: ::JIM:: ::JUST:: ::SISMA:: ::Wikipedia Encyclopedia:: ::GengJurnal:: ::Shitokai:: solat time search in the holy qur'an search in the hadith
Tell me about... Mencari di Google Mencari di Laman ini
hit counter tell a friend Copyrights
| Tuesday, November 23, 2004 ![]() GAMBAR 3 ORANG PELAJAR YANG DIBUANG SEKOLAH KERANA MEMAKAI SERBAN GAMBAR INI DIAMBIL DARIPADA MUKA DEPAN AKHBAR KOSMO! Kalau di PERANCIS isu tudung memang tidak berkesudahan. ini kerana memang jelas seperti yang termaktub di dalam undang-undang sekolah perancis yang mana mengharamkan memakai apa sahaja lambang keagamaan di sekolah-sekolah awam seluruh perancis. Itu apa yang berlaku di Perancis yang mana kita semua maklum bahawa perancis bukanlah sebuah negara Islam malah penduduk islamnya merupakan umat minoriti di sana. sekarang situasi di MALAYSIA pula. Dr Mahathir dulu pernah menggelarkan malaysia sebuah negara islam sehinggakan timbulnya kontroversi malaysia ni betul ke negara islam, ke malaysia ni bukan negara islam, ke separuh-separuh jer islam?? mulalah diadakan forum negara islam, perdebatan sana sini, penerangan dari umno, penerangan dari PAS, DAP juga nak join sekali... akhir sekali boleh buat forum yang menjadi panelnya wakil umno sorang, wakil pas sorang, wakil DAP sorang... akhirnya Lim Kit Siang (wakil DAP) tersenyum sorang-sorang kat atas pentas tu... orang Islam sama-sama bergaduh... zaman paklah pulak malaysia ini melaksanakan Islam Hadhari, maka orang pun berkata lagi ada ker islam yang tidak hadhari?? ker islam yang terbatas kerana had-hari, di hadkan harinya, tak syumul ker?? syumul ker?? nabi buat dulu islam apa? umar al-khattab pula islam bagaimana?? mahathir pula?? dan sebagainya... kalau di PERANCIS, sudah jelas tiada kelebihan bagi umat Islam. di MALAYSIA pula bagaimana... apakah status undang-undang yang berkaitan dengan Islam??? mari kita lihat apa yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. pelajar undang-undang atau semua rakyat perlu tahu malah menghafal perlembagaan negara kita ini. PERKARA 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN : Undang-undang persekutuan : Islam adalah agama rasmi persekutuan akan tetapi agama lain selain agama islam boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di dalam mana-mana persekutuan. PERKARA 11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN : Kebebasan beragama : setiap orang berhak untuk mengakui dan mengamalkan agama masing-masing ini adalah undang-undang yang jelas menunjukkan Islam ialah agama persekutuan. malah dalam konteks yang lebih luas lagi makna islam itu sendiri mencakup pelbagai konteks dalam kehidupan seharian. atau mudah bahasanya Islam is the way of life @ islam ialah cara hidup baca tajuk berita hari ini. Berita Harian : Mahkamah tidak campur masalah disiplin sekolah NST : Serban issue : Court allows appeal KOSMO! : Serban tak boleh Mahkamah Rayuan telah mengetepikan dengan kos keputusan Mahkamah tinggi seremban yang mengisytiharkan sebagai tidak sah dan batal pembuangan tiga murid sekolah rendah yang memakai serban ke sekolah. Berita utama di Muka hadapan Kosmo! Mahkamah Rayuan di sini, memutuskan ia tidak perlu campur tangan dalam hal disiplin sekolah, sebaliknya menyerahkan kepada guru besar, sekolah dan pihak yang berkaitan (Berita Harian) ini kes lama...kes tahun 1997 ketika mereka dibuang...pernah hangat suatu ketika dulu..nampak gaya kembali hangat sekarang... noirkudus pernah membentangkan kes ini di dalam kuliah tahun lepas : kalau pelajar undang-undang rujuk kepada kes Meor Atiqulrahman & Ors vs Fatimah Sihi Abdullah & ors. teringin sekali lagi merespon terhadap kes ini. pelantar bagi kes ini sudah jelas : 1) mereka dibuang sekolah bertentangan dengan kebebasan beragamaperuntukan pakaian seragam sekolah (sekolah tempat mereka belajar, Serting) : pelajar lelaki : peruntukan memakai seluar pendek dan diberi pilihan memakai seluar panjang pelajar perempuan : peruntukan memakai pinafore tunic dan blouse tetapi diberi pilihan memakai baju kurung dan kain sarung atau tudung@mini telekung ini bercanggah dengan Artikel 3 Perlembagaan persekutuan kerana membelakangkan agama Islam di mana yang dahulu dikemudiankan manakala yang kemudian didahulukan kerana sepatutnya berbunyi begini : pelajar lelaki : seluar panjang dengan memberi pilihan memakai seluar pendek pelajar perempuan : baju kurung, kain sarung dan tudung@mini telekung dengan memberi pilihan memakai pinafore tunic dan blouse bukan sahaja bercanggah dengan perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, tetapi bercanggah juga dengan perkara 5 dan perkara 8 perlembagaan persekutuan jika mengikut logiknya...apakah salah bagi sesiapa yang mahu mengamalkan ajaran agama yang dianutinya?? perlembagaan persekutuan juga membenarkan bagi sesiapa yang mahu mengamalkan ajaran agama masing-masing selagi mana tidak mengganggu ketenteraman negara. begitu juga bagi orang sikh...mereka bebas memakai turban di kepala tetapi mengapa orang islam tidak boleh memakai serban. kedua-duanya berkaitan dengan ajaran agama. jika begitu, pemakain turban bagi orang sikh juga tidak boleh dibenarkan. jika masalahnya sekarang ini ialah masalah disiplin sekolah MAKA, disebabkan itu mahkamah tidak boleh campurtangan kerana hal ini perlu diserahkan kepada pihak sekolah... tentunya banyak perkara lagi yang mahkamah tidak boleh campur tangan. Kes Muhammad Farid yang dipukul sampai mati oleh 15 pelajar itu juga boleh disabitkan di bawah disiplin sekolah jika mahu. kes guru merotan murid juga boleh diserahkan kepada pihak sekolah atas alasan ianya di bawah hal disiplin sekolah. Nik Adli anak kepada Nik Aziz juga sampai dimasukkan dalam ISA. jika ianya hanya perlu diserahkan kepada pihak sekolah kerana melibatkan disiplin sekolah seolah-olah perkara yang berkaitan dengan agama islam yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan merupakan perkara remeh dan kecil sahaja ini bukannya perancis, german, australia, amerika syarikat ataupun mana-mana negara lain yang bukan islam...tetapi ini malaysia sebuah negara Islam. tapi sayang... umat islam sendiri yang berada di sebuah negara islam tidak dapat mempraktikkan apa yang dibenarkan dalam agama sedangkan ianya tidak mengganggu keselamatan negara. undang-undang buatan manusia sering memberi ketidakadilan kepada manusia...contohnya ada manusia yang memperjuangkan nasib orang yang dirogol tetapi disumbatkan ke dalam penjara, akan tetapi perogol itu sendiri bebas dan boleh pergi ke mana jua. akan tetapi undang-undang islam selalu memberi keadilan kepada sesiapa jua dan undang-undang buatan manusia mungkin boleh berubah-ubah...mungkin hari ini lain keputusannya tetapi esok hari berubah pula keputusannya... hari ini boleh memakai serban di sekolah tapi mungkin esok lusa diharamkan terus. begitulah seperti kes meor atiqurrahman ini...jika dulu keputusan seolah-olah memihak kepadanya tetapi mahkamah rayuan yang lebih tinggi daripada mahkamah tinggi boleh pula membatalkan keputusan terdahulu. apa boleh buat?? isu ini dari dulu sehingga sekarang tiada penghujungnya di Malaysia. status undang-undang Islam di Malaysia dari dulu hingga sekarang masih juga tidak jelas. sejak kedatangan Inggeris lagi hinggalah ke hari ini. jika dahulu Prof Ahmad Ibrahim selalu memperjuangkan undang-undang Islam, sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir masih belum juga selesai isu ini, tidak sempat beliau hendak melihat perubahan dalam sistem perundangan negara yang diperjuangkannya. dan akhir sekali...Ingatlah Islam itu mencakup segala keperluan manusia, islam itu meliputi segala aktiviti harian manusia, itulah dia islam - ISLAM IS THE WAY OF LIFE, baik dalam bidang ekonomi, pengurusan, politik, perundangan dan sebagainya. dan Ingat.... AL ISLAM YA'LU WA LA YU'LA ALAIHI Islam itu tinggi tiada yang lebih tinggi daripada Islam. II) OPS SIKAP ![]() STATISTIK OPS SIKAP VII 2004 ![]() STATISTIK OPS SIKAP V 2003 Ops sikap sudah berakhir semalam...bagaimana dengan sikap-sikap pemandu Malaysia?? Apakah sikap mereka sudah berubah dengan memandu mengikut peraturan yang ditetapkan, memandu dengan sopan santun, berbudi bahasa??? berbagai-bagai langkah diambil untuk mengurangkan kemalangan... terbaru cadangan perbaharui lesen memandu setiap tahun... ops sikap dah sampai VII... tapi sikap pemandu tak berubah-ubah juga yer... buatlah macam mana pun..ops akhlak ker, ops sopan santun ker, tapi begitulah manusia... kemalangan maut tahun ni menurun- mungkin sebab ramai tak balik kampung kot... yelaa ramai ibu bapa anak mereka ambil SPM...sian calon SPM, orang lain beraya sakan, tapi mereka beraya sambil memegang buku...raya tak tenang hati sebab lepas raya kena sambung balik peksa... mungkin untuk mengubah sikap kena bina mereka dengan akhlaq al-Quran. Aisyah pernah mengatakan bahawa akhlak nabi ialah akhlak al-qur'an (kaana khuluquhu khuluquhu al-qur'an) qur'an kata wa la tulqu bi aidikum ila at-tahlukah (jangan campakkan diri kamu ke arah kebinasaan) tapi kita cari pasal di atas jalan raya untuk mencampakkan diri dalam kebinasaan. dan banyak lagi... wallahu a'lam
Comments:
Post a Comment
|
![]() |