Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Wednesday, December 29, 2004

Peringatan Daripada Pencipta Buat Yang Memerhati

PERINGATAN DARIPADA PENCIPTA BUAT YANG MEMERHATI :
SUPAYA MANUSIA SEDAR SIAPA BERKUASA...PENCIPTA ATAU YANG DICIPTA??




GAMBAR TSUNAMI YANG MELANDA YANG SEMPAT DIRAKAMKAN OLEH PELANCONG DI PULAU PINANG

siapa makhluk dan siapa khuluq??

makhluk ialah yang dicipta dan khuluq pula yang mencipta.

kedua-duanya daripada istilah arab.

makhluk dan khuluq mempunyai kekuasaan yang berbeza. khuluq mencipta, menentukan design, memberikan rules and regulation (peraturan), boleh menghidupkan dan mematikan, dan boleh memusnahkan dan menghancurkan. manakala makhluq (yang dicipta) mempunyai ruang lingkup yang terbatas seperti yang diaturkan pencipta.

bumi, langit, planet-planet, gunung-ganang, manusia, haiwan semuanya adalah yang dicipta. siapa pencipta? Allah pencipta.

bumi ini besarnya jika dibandingkan seluruh alam ini hanyalah sebesar pasir-pasir di pantai. halus bukan?? jika bumi ibarat pasir di pantai, bagaimana pula ibarat gunung everest, gunung kinabalu dalam cakerawala ini. lautan-lautan yang luas terbentang...jika digabungkan keseluruhan lautan, laut cina selatan, laut hindi, laut mediterranean, lautan pasifik, baru 2/3 bumi.

Maha besar Allah... Allahu Khaliqu Kulli Syai'... Allah pencipta segala sesuatu.

itu ukuran bumi dan cakerawala.

manusia?? besar mana manusia?? jika bumi inilah sebesar pasir, maka manusia ini cuma sebesar sebutir pasir dalam sebutir pasir dalam sebutir pasir. bayangkan? kerdilnya manusia...bagaimana pula pencipta??

itulah sebabnya jika kita dengar kisah-kisah karut orang dulu-dulu, mereka cuma mengatakan bahawa jika tuhan mahu hancurkan dunia ini cukuplah dengan sekali tiup sahaja sudah boleh hancur lebur . jika tuhan jentik apatah lagi. ini cuma dongeng dan tahyul yang tidak boleh dipakai.

ada juga yang mengatakan bahawa setiap satu kejadian alam ini ada satu tuhan, jika tuhan-tuhan ini bergaduh maka dunia ini akan bergegar, bergoyang dan bergoncang. ini mereka panggil gempa bumi.

begitu juga dalam ajaran hindu... terdapat 3 tuhan iaitu tuhan Brahma (tuhan pencipta), tuhan vishnu (tuhan pelindung) dan tuhan siva (tuhan pemusnah)

Dalam Islam hanya satu tuhan = Allah. tiada tuhan yang lain melainkan Allah. Allah yang mencipta, Allah menghancurkan, Allah mematikan, dan Allah menghidupkan...

jadi, besar mana manusia??
mahu berlagak besar? Namrud pernah berlagak menjadi tuhan... Nabi Ibrahim kata Allah itu tuhan yang menghidupkan dan mematikan, Namrud pun berlagak kononnya boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim kata tuhan itu menerbitkan matahari dari sebelah timur dan jika kamu tuhan boleh tak kamu terbitkan matahari di sebelah barat? tidak terkata Namrud, lidah kelu seribu bahasa... siapa tuhan? siapa pencipta? Allah pencipta... siapa besar?? Allah maha besar...

Bagi mereka yang benar-benar memikirkan dan memerhatikan kekuasaan Allah, maka mereka akan menjumpai setiap perkara yang berlaku di dunia ini melambangkan kekuasaan Allah...

dan bencana tsunami ini merupakan sebahagian daripada tanda kekuasaan Allah... mungkin kemusnahan ini kecil bagi tuhan pencipta Alam...

apa sebab berlaku tsunami? tsunami itu apa?

tsunami ialah ombak besar yang berlaku akibat gegaran sama ada gegaran gempa bumi, letupan gunung berapi dan sebagainya. kononya dalam sejarah ombak besar ini boleh mencecah setinggi 40 meter. kelajuan ombaknya pula selaju 800 km/j dan serendah 500 km/j... sama seperti kelajuan kapal terbang... sudah pasti ianya boleh membunuh... jika ianya boleh bergerak selaju 1200 km/j maka ia setaraf pula dengan jet supersonik concorde yang boleh menyamai kelajuan bunyi... itu jika Allah mengkehendaki semuanya boleh dilakukan... Kun Fa Yakun

dan jika tsunami ini melanda maka ianya tidak akan dapat dikawal oleh manusia. manusia sehebat mana pun, dan teknologi secanggih mana pun, tsunami ini tetap memusnahkan. itulah yang dipanggil "tsunami effect"... kesan-kesan tsunami...

itulah di antara salah satu perbezaan kekuasaan pencipta (khuluq) dan yang dicipta (makhluq).

tsunami ini jika melanda, ianya boleh menenggelamkan sebuah pulau atau negara... dan jika Allah izinkan Amerika Syarikat tenggelam, maka amerika juga boleh tenggelam. tidak perlu pandang jauh... lihat sahaja malaysia, siapa menyangka ianya boleh melanda malaysia? sedangkan malaysia berada di luar zon bencana alam dunia? inilah kekuasaan Allah... untuk manusia berfikir...

itulah jika manusia yang selalu berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah, hatinya selalu berpaut kepada Allah, cintanya hanya pada Allah, hidup dan matinya hanya kerana Allah.

Allah berfirman :

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana dia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung, bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi, bagaimana ia dihamparkan? Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan." (QS. Al Ghasiyah: 17-21)

cukuplah bagi mereka yang mentadabburkan ayat ini untuk melihat tentang kebesaran dan kekuasaan Allah... segala yang Allah jadikan hanya sebagai peringatan.

peristiwa tsunami ini, mungkin sengaja ditujukan kepada majoriti muslim sebagai peringatan... supaya manusia ini kenal siapa khuluq dan siapa makhluk? siapa yang menghidupkan dan siapa yang mematikan? siapa yang mencipta dan siapa yang menghancurkan?...ini semua adalah peringatan sebelum datangnya kemusnahan hakiki apabila sangkakala ditiupkan... mungkin ini adalah kiamat kecil yang berlaku sebelum berlakunya kiamat besar nanti...

Wallahu 'Alam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 1:56 AM

Monday, December 27, 2004

Takziah Kepada Keluarga Mangsa Tsunami

TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA TSUNAMI


Ilustrasi Mega Tsunami (sumber : nationalgeographic.com)

Allah itu maha berkuasa. Allah itulah pencipta alam semesta dan Allah juga pencipta manusia seluruhnya. Jika ada manusia yang menyangka boleh menyaingi kekuasaan tuhan maka carilah dunia lain bagi dirinya

selama ini kita sebagai rakyat malaysia memikirkan bahawa kita sememangnya berada dalam zon yang selesa kerana malaysia berada di luar daripada zon bencana alam dunia seperti gempa bumi, gunung berapi dan sebagainya. tetapi kekuasaan Allah segala-galanya, mungkin ini sebagai ujian buat umat, kerana walaupun bukan dalam zon bencana kita tetap boleh menerima tempiasnya, dengan izin Allah.

PERISTIWA INI SEMEMANGNYA AKAN MENGUATKAN LAGI KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN KITA KEPADA KEBESARAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT

FAKTA TSUNAMI


TSUNAMI yang merujuk kepada ombak besar akibat kejadian gempa bumi berasal daripada dua perkataan Jepun iaitu tsu yang bermaksud pelabuhan dan nami pula ombak.
Istilahnya diselaraskan untuk penggunaan umum di seluruh dunia oleh Persidangan Saintifik Antarabangsa pada 1963.

Sebelum itu, ombak besar itu dikenali sebagai ombak pasang surut (tidal wave) tetapi didapati tidak sesuai kerana ia bukan disebabkan gempa bumi tetapi ribut. Di Hawaii, tsunami juga dikenali sebagai Kai e'e.

Gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi hasil gempa bumi dasar laut.

Tsunami berlaku pada zon terbenam (subduction zones) apabila kepingan kerak bumi (lithosphere) atau dikenali sebagai plak tetonik bertembung sesama sendiri menyebabkan satu daripadanya terbenam di bawah yang satu lagi.

Terdapat zon terbenam di pinggir Chile, Nicaragua, Mexico, dan Indonesia yang mencetuskan tsunami dalam tempoh 100 tahun lalu. Di Lautan Pasifik, direkodkan 17 tsunami dari 1992 hingga 1996 yang mengakibatkan 1,700 terkorban.

Indonesia paling terdedah kepada bencana alam itu disebabkan kedudukannya pada pertembungan tiga plat tetonik, iaitu kepingan Euro-Asia, Indo-Australia dan Pasifik. Selain itu, Indonesia menjadi pertemuan plak tetonik berskala kecil seperti kepingan Filipina.

Apabila kepingan kerak bumi terbenam ke dasar, pergerakannya tersekat dan melekat sekejap sebelum tergelincir. Tekanan akan terhasil, apabila ia terlekat pada tebing benua dan ketika kawasan yang terlekat itu terbebas, sebahagian daripada dasar laut mungkin melantun seperti papan anjal, menyebabkan air yang tertolak membentuk gelombang dan tsunami pun terhasil.

Zon terbenam terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi yang paling dikenali di sepanjang Lingkaran Cincin Api Pasifik. Ia sempadan pertembungan antara dua plak tetonik dan terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand ke lautan Atlantik.

Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik contoh gunung berapi dasar laut.

Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, ia mampu menghasilkan gelombang tsunami.

Dalam lautan lepas, gelombang tsunami mencecah kelajuan 500 batu sejam tetapi ia tidak dapat dibezakan dengan ombak biasa.

Di lautan dalam, ombak tersebar dan merunduk dengan jarak beratus batu antara puncak ombak yang hanya kelihatan beberapa kaki tinggi.

Tetapi sebenarnya, puncak gelombang tsunami hanyalah hujung jisim air menggunung yang bergerak. Berbeza dengan ombak disebabkan angin yang berkesan pada lapisan atas air, gelombang tsunami terbenam sehingga beribu kaki di dalam laut.

Disebabkan pergerakan ombak begitu kuat dan sifat pedam air, gelombang tsunami mampu bergerak beribu batu dan kehilangan hanya sedikit tenaga.

Apabila gelombang tsunami sampai ke pantai, ia menjadi perlahan disebabkan dasar laut menjadi cetek, dan kehilangan laju ini diiringi peningkatan dalam ketinggian ombak.

Ombak itu terhimpit antara satu sama lain dan meningkat naik. Bergantung kepada jenis dan puncanya, gelombang tsunami boleh menyebabkan air laut surut dan ikan tertinggal di dasar lautan.

Ini menarik orang ramai untuk berkumpul melihat keadaan itu sebelum gelombang tsunami menghentam menyebabkan kematian mereka.

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 7:20 PM

Thursday, December 23, 2004

'Lap Pillow' For Lonely Men

LAP PILLOW FOR LONELY MEN / SINGLE MEN



MMMPH...SEDAPNYA......
MAKATO IGARASHI...PENGARAH URUSAN TRANE COMPANY


DUA PILIHAN 'LAP PILLOW'... BOLEH MEMILIH SKIRT HITAM ATAU MERAH....

READ : "LAP PILLOW" OFFERS SOLACE TO LONELY MEN


TOKYO (Reuters) - Single or lonely Japanese men may get lucky this Christmas.

One popular item for holiday shoppers is the "lap pillow," with skin-colored polyurethene calves folded under soft thighs -- a comfy cushion for napping, reading or watching television.


Japanese toy maker Trane Co's managing director Makoto Igarashi rests his head atop his creation called the 'lap pillow,' a polyurethane pillow shaped like a kneeling woman from the waist-down in Tokyo December 15, 2004. The pillows, targeted at single men in their 20s and 30s, are available for $90 with a choice of red or black skirt. (Yuriko Nakao/Reuters)
satu lagi alat imaginasi seks...
bagus untuk kaum lelaki yang tidak mahu berkahwin ataupun belum lagi mahu berkahwin..

Allah berfirman dalam surah ali-imran ayat 4

“Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)”

Allah menciptakan wanita-wanita sebagai perhiasan akan tetapi bukanlah wanita itu tarafnya boleh diperlakukan apa saja oleh kaum bernama lelaki dan boleh dipakaikan pada setiap lelaki.

Allah memberikan 'guideline' atau garis panduan supaya wanita itu dimuliakan darjatnya...

Oleh itu...allah telah mensyariatkan perkahwinan supaya manusia dapat menjalinkan hubungan secara sah dan diredhai Allah.

kerana wanita itu bukanlah milik semua lelaki di dunia ini, akan tetapi ia hanyalah milik suami yang diikat melalui perkahwinan yang sah.


"LAP PILLOW"......satu lagi ciptaan yang menggunakan "wanita" sebagai alat

"eksploitasi wanita" bukan sahaja untuk tujuan 'business' malah untuk tujuan seks lelaki yang tidak mahu berkahwin......

"The pillows, targeted at single men in their 20s and 30s, are available for $90 with a choice of red or black skirt."
bukankah eksploitasi wanita juga bermakna merendahkan kedudukan atau taraf wanita? tidak cukup 'wanita' digunakan untuk tujuan pengiklanan...malah lebih dari itu...lihat saja 'lap pillow'...wanita boleh dijadikan bantal...untuk ditiduri oleh lelaki...

jika zaman jahiliah dulu...wanita ini dianggap sebagai 'chattel' iaitu barang dagangan yang boleh dipindah milik... tentunya kita tidak mahu melihat ini berlaku...

setiap satu anggota tubuh badan wanita Allah ciptakan keistimewaan yang tersendiri, daripada rambut, sehinggalah ke hujung kaki... akan tetapi keistimewaan ini hanyalah untuk suaminya... mungkin ada hikmahnya Allah mewajibkan wanita menutup aurat mereka.

haram bagi seorang wanita mendedahkan auratnya......ini jelas seperti yang telah difirmankan Allah dalam ayat 21 surah an-Nur...di antara hikmahnya kerana ingin memelihara kehormatan wanita dan mengangkat martabat wanita....masyarakat zaman jahiliah bebas melakukan seks sesama wanita yang mereka suka akan tetapi wanita dimuliakan selepas kedatangan Islam.

lelaki juga mempunyai imaginasi seks yang tinggi... itu juga sebab mengapa diwajibkan wanita menutup aurat...lelaki boleh berimaginasi hanya dengan melihat gambar (internet, vcd lucah, majalah lucah etc), dengan melihat anggota tertentu wanita dan sebagainya yang boleh menaikkan syahwat lelaki... kerana inilah terjadinya kes rogol, sumbang mahram, kes meraba dan sebagainya.

apakah anda fikir kes rogol bukan berasal daripada imaginasi lelaki yang inginkan hubungan seks?? jika tiada imaginasi, masakan seseorang itu boleh terbayang sehinggakan mampu melakukan perkara tersebut. jadi, jawapannya...seseorang itu mempunyai imaginasi tentang wanita, bentuk wanita, cara perbuatan tersebut dan sebagainya. sebab itu terjadinya rogol, untuk melepaskan gelora nafsunya

maka jalan yang selamat ialah melalui perkahwinan...inilah jalan yang dihalalkan Allah untuk pasangan suami isteri...para isteri merupakan pakaian bagi suami dan suami pula merupakan pakaian bagi isteri (hunna libasun lakum, wa antum libasun lahunna)

jika tidak mampu berkahwin...islam menyuruh supaya berpuasa supaya dapat menahan gelora hawa nafsu, Rasulullah bersabda :

"Wahai para pemuda, barang siapa di antara kamu ada yang telah sanggup berkahwin, maka berkahwinlah, kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat , menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab berpuasa itu sebagai benteng (dapat menahan nafsu)"

oleh itu, jika dikatakan 'lap pillow' ini dicipta untuk "single men" atau "lonely men"...it is irrelevant...tidak relevan...mungkin relevan untuk rakyat jepun...tapi islam tidak memberi pilihan seperti itu walaupun lelaki itu masih lagi bujang.

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 1:27 PM

Monday, December 20, 2004

Person Of The Year

TIME'S MAGAZINE : PERSON OF THE YEAR





After winning reelection and "reshaping the rules of politics to fit his 10-gallon-hat leadership style," President Bush for the second time was chosen as Time magazine's Person of the Year. (Sumber : Associated Press : 20 December 2004)
kali kedua bush terpilih sebagai "person of the year" anjuran majalah times... kali pertama tahun 2000 dan ini kali kedua 2004. antara ciri-ciri yang menyebabkannya terpilih (mengikut kacamata noirkudus) :

i) dapat mengekalkan kuasa di atas muka bumi ini.
ii) bapa segala pembunuh di dunia.
iii) haiwan paling hina di muka bumi ini.
iv) raja segala jenis syaitan yang bertopengkan manusia
v) ketua persatuan samseng dunia
vi) pencinta keamanan (ikut kacamatanya)
vii) ...............
viii) ................
viiii) dan lain-lain (tambah sendiri)

"The magazine gives the title to the person who it says had the greatest effect, good or bad, over the year"
jadi...tidak mustahil terpilih...sebab dia babi, beruk, syaitan, iblis, jin, samseng, sampah dan semua yang seangkatan dengannya...

sebab kriteria bagi "title" ini ialah... person who had the greatest effect...GOOD or BAD...OVER THE YEAR...

Usamah bin Laden juga layak...Almarhum Syeikh Ahmad Yassin juga layak...

Ayatollah Khomeini, pemimpin Iran juga pernah terpilih sebagai "men of the year" pada tahun 1979...

noirkudus masih lagi teringat apabila George W Bush dan juga Tony Blair dicalonkan sebagai calon untuk anugerah nobel untuk keamanan 2004 baru-baru ini... satu dunia melenting memprotes pencalonan tersebut...dan akhirnya dimenangi oleh Wangari Maathai daripada kenya...

tapi semuanya di dunia boleh berlaku... kerana Yitzhak Rabin, bekas perdana menteri negara haram Israel (yang mati dibunuh oleh pelampau yahudi sendiri) dan menteri luarnya, Shimon Peres pernah mendapat anugerah nobel keamanan ini bersama-bersama dengan bekas Presiden Palestin, Almarhum YAsser Arafat.

Anugerah atau gelaran di dunia ini belum tentu menjamin kesejahteraan di akhirat... itu bukan ukuran syurga atau neraka...

walaupun bush dianugerahkan lelaki terbaik di dunia sekalipun... jika ini perangainya maka tempatnya bersama firaun di neraka nanti...

tiada sedikitpun kesan sampingan dengan "title" ini...dunia...dunia...

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 2:10 AM

Wednesday, December 15, 2004

New Species of Monkey : Bush Monkey

WELCOME TO THE NEW SPECIES OF MONKEY ON THIS EARTH....
NOW THE NEW SPECIES OF MONKEY IS NAMED BUSH MONKEY




POTRAIT "BUSH MONKEY"


CHRIS SAVIDO BERSAMA POTRAIT CIPTAANNYA "BUSH MONKEY"

THE LATEST NEWS : 13 DECEMBER 2004

READ : MONKEY PAINTING OF BUSH EVICTED AT NYC MARKET

READ : BUSH MONKEY POTRAIT SPARKS PROTESTS


READ : NEW YORK ART SHUTTERED AFTER BUSH MONKEY POTRAIT


READ : EXHIBITION CLOSED OVER BUSH POTRAIT


siapa yang masih ingat teori darwin? bukankah katanya manusia ini berasal daripada beruk... ini bermakna nabi adam juga bukan manusia pertama dicipta oleh Allah, malah nabi Adam juga hasil evolusi manusia daripada beruk...

jika mengikut kata para evolusionis juga terdapat lebih daripada 6000 spesies beruk di atas muka bumi ini, akan tetapi kebanyakan daripada mereka telah pupus dan yang tinggal sekarang hanyalah sekitar 120 spesies beruk.

itu mengikut kata mereka...noirkudus juga tidak berapa tahu kesemua jenis beruk tersebut... tapi apa yang diketahui di sini, ialah di antara keluarga beruk ialah...monyet, kera, beruk, orang utan, babun, cimpanze, lutung dan sebagainya... itu yang lazimnya diketahui.

akan tetapi, seperti tidak percaya bahawa seekor lagi spesies haiwan@binatang sejenis kera yang baru muncul dua hari lepas yang bernama BUSH MONKEY.

spesies ini sedang dipamerkan di New York City's Chelsea Market... namun, kerana seekor beruk ini maka pameran itu terpaksa ditutup...apa boleh buat beruk spesies ini sangat ditakuti kerana ianya boleh dikategorikan sebagai spesies yang memang berbahaya kepada umat manusia seluruhnya.

Chris Savido, pencipta bush monkey... mempunyai niat yang agak baik...katanya "This is much deeper than art. This is fundamental American rights, freedom of speech" kata beliau ini sebenarnya mempunyai erti yang lebih mendalam daripada kesenian itu sendiri. ini ialah hak asasi amerika iaitu kebebasan bersuara

agak menarik jika spesies ini dapat dipamerkan di setiap muzium di seluruh dunia, dan jika ada kesempatan menarik juga jika dapat dipamerkan di muzium negara malaysia.

jika spesies ini dapat ditangkap atau ditawan dan dijinakkan, lebih bagus diletakkan saja dalam zoo untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. di malaysia juga banyak zoo yang boleh menerima penghormatan ini untuk dikosongkan...zoo negara, zoo melaka, zoo taiping, zoo sarawak, apa lagi?... patut sahaja dipertontonkan di seluruh dunia. supaya masyarakat dapat mendekati spesies yang berbahaya ini, malah boleh dikatakan spesies paling berbahaya di dunia.

Bush Monkey ini tersenarai di dalam katalog dengan harga 3500 (dolar amerika) bersamaan dengan 1820 (pound sterling)... siapa rakyat malaysia mahu memilikinya??... ianya berharga 13,300 (ringgit malaysia)



CLICK : Bush & Monkey Like their faces, their thinkings are also same


lihat gambar di atas...mungkin ada persamaan antara "bush and monkey"......
belum tengok tertanya-tanya...sudah tengok baru tahu...

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 5:25 AM

Tuesday, December 14, 2004

Drama Ilahi

DRAMA ILAHI :
GULF WAR : EPISODE II






DRAMA TERHEBAT DI ALAF INI DIPERSEMBAHKAN OLEH :
George W Bush dan juga pentadbirannya

TAJUK DRAMA : GULF WAR EPISODE II
kesinambungan daripada drama episod 1 yang dipersembahkan oleh ayahanda George W Bush iaitu George H W Bush atau Bush senior

BINTANG UTAMA :
  • George W Bush (Presiden Amerika Syarikat)
    mewarisi bakat daripada ayahnya...watak yang sangat-sangat penting kerana tanpa beliau filem ini tidak akan menjadi.

  • Dick Cheney (Timbalan Bush)
    juga watak utama sejak Episode I lagi

  • Donald Rumsfeld (Setiausaha Pertahanan Amerika)
    watak penting melibatkan hubungan amerika dengan asia barat

  • Condoleeza Rice (menggantikan powell sebagai setiausaha negara Amerika)
    disayangi oleh Bush...penasihat dasar luar amerika yang amat penting...beliau berkhidmat sejak pentadbiran bapa Bush lagi...Bush kata : "all asian like rice" tak tahulah apa maksud bush...

  • Colin Powell (setiausaha Negara Amerika) (sudah meletak jawatan 15 November 2004)
    pun sudah lama berkhidmat, itu sebab meletak jawatan...agaknyalah...

    PENJENAYAH
  • Osama Bin Laden (FBI's Most wanted)
  • Saddam Hussein (Presiden Iraq) (sudah ditumbangkan)

    PELAKON PEMBANTU @ WATAK SOKONGAN
  • Ariel Sharon (perdana menteri negara haram Israel)
  • Tony Blair (Perdana Menteri Britain)
  • John Howard (Perdana Menteri Australia)
    dan ramai lagi...termasuk bala tentera mereka...

    WATAK-WATAK LAIN
  • Mujahidin Iraq
  • Ulama'-ulama' Iraq
  • rakyat biasa Iraq termasuk orang tua, kanak-kanak dan wanita

    TEMA : WAR ON TERRORISM

    OBJEKTIF @ MATLAMAT : menghapuskan segala bentuk keganasan, menangkap@membunuh penjenayah yang dikehendaki walaupun terpaksa mengejar sehingga ke lubang cacing sekalipun

    JURUKAMERA :
    CNN International
    Al-Jazeera

    AGEN PERISIKAN :
    FBI (Federal Investigation Bureau)
    CIA (central Investigation Agency)
    Mossad (agen perisikan Israel)

    LOKASI :
    Tanah Iraq yang kaya dengan minyak
    asalkan jangan buat di amerika

    PENAJA-PENAJA UTAMA :
    kononnya terdapat 45 buah negara. list seperti berikut :

    Afghanistan, Albania, Australia, Azerbaijan, Bulgaria, Colombia, the Czech Republic, Denmark, El Salvador, Eritrea, Estonia, Ethiopia, Georgia, Hungary, Italy, Japan, Latvia, Lithuania, Macedonia, the Netherlands, Nicaragua, the Philippines, Poland, Romania, Slovakia, South Korea, Spain, Turkey, the United Kingdom and Uzbekistan

    dan termasuk juga beberapa negara arab

    READ : US Claims 45 Nations in 'coalition of Willing'

    BENTUK TAJAAN :
    Tajaan Tentera, kelengkapan perang, pangkalan tentera, ruang udara, tajaan wang

    PERBELANJAAN @ KOS PEPERANGAN
    pelbagai jenis pelbelanjaan diperuntukkan...ianya meliputi kos kelengkapan perang, peluru berpandu dan sebagainya...




    Wahai saudara-saudaraku...lihatlah setiap saat berapa wang yang mengalir semata-mata hendak mengalirkan darah umat islam...dan setiap saat juga pasti ada satu nyawa umat islam yang terkorban.


    KERUGIAN
    melibatkan kerugian harta benda...nyawa...wang ringgit

    KEUNTUNGAN
    hanya keuntungan di pihak Amerika

    **********************************************************

    Image Hosted by ImageShack.us
    ANTARA BABAK YANG MENCETUSKAN PEPERANGAN...INI IALAH BABAK YANG ASLI...TIADA MENGGUNAKAN APA-APA "EFFECT" YANG BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI.

    dulu apabila orang cuba mengaitkannya dengan Ramalan Nostradamus (prophet Nostradamus)(Michel de Nostradame)...mungkin kelihatan agak tepat apabila tafsiran bahawa "perang panjang akan berlaku"...ini bermakna drama ini akan berterusan...

    Ramalan Nostradamus ditulis dalam beberapa bab (chapter) yang mana terdiri daripada beberapa baik empat baris (Quatrain). antara quatrain yang menceritakan tentang kehancuran kota baru (difahami di sini New York City) ialah :

    Earthshaking fire from the center of the earth
    will cause tremors around the New City.
    Two great rocks will war for a long time,
    then Arethusa will redden a new river. (Quatrain 1:87)

    Ledakan besar akan menggetarkan Kota Baru. (ditafsir New York City)
    Dua karang besar akan berperang dalam waktu lama,
    dan Dewa Perang akan mengakibatkan sungai dialiri darah

    **************

    The sky will burn at forty five degrees,
    fire approaches the great new city,
    immediately a huge scattered flame leaps up,
    when they want to have proof of the normans. (Quatrain 6:97)

    Langit akan terbakar pada 450,
    api mendekati Kota Baru.
    Seketika jilatannya menyambar,
    sebagai pertanda mereka ingin menunjukkan bukti kepada Normans
    maka, kembali semuala kita kepada al-Quran...sumber rujukan buat manusia sekalian alam
    Di dalam al-quran ayat 110, Surah at-taubah (surah ke 9) Allah berfirman :



    fakta ini dijumpai oleh Dr Zaghlul Najjar, seorang ulamak Mesir yang bijak di bidang sains, pernah mengajar di Amerika. Kini bertugas di Saudi

    Fakta dalam al-Quran :
    Ayat yang ke : 110 (Bangunan WTC 110 tingkat)
    Juzuk ke : 11 (Tarikh kejadian 11 haribulan)
    Surah ke : 9 (kejadian berlaku dalam bulan 9)
    Huruf terakhir adalah huruf yang ke : 2001
    (kejadian berlaku dalam tahun 2001)

    Fakta kejadian :
    Ketinggian bangunan WTC: 110 tingkat
    Tarikh kejadian: 11 haribulan
    Bulan: 9
    Tahun: 2001

    di sini prophet Nostradamus (orang barat kata dia nabi nostradamus) VS prophet Muhammad (pada baginda diturunkan al-Quran)

    bukankah al-Quran sudah menyatakannya lebih awal...1400 tahun dahulu... cuba lihat ayat di atas... apakah tepat apa yang diturunkan oleh Allah sendiri...

    sedangkan Allah pernah menyatakan di dalam al-Qur'an tentang kemenangan Rom dan kemudian ramalan kekalahan empayar Rom pula seperti yang difirmankan oleh Allah sendiri di dalam surah Ar-Rum ayat 1-5



    "Alif, Laam, Miim.
    Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya;

    Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira;

    Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

    Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"
    bukankah benar apa yang terjadi seperti ramalan tuhan...Allah pencipta alam...

    siapa dahulu?? nostradamus lahir 14 december 1503, maknanya sudah 500 tahun dahulu... sedangkan al-qur'an itu 1400 tahun dahulu...

    jika selama ini kita cuma melihat filem peperangan yang dilakonkan di layar perak, kita melihat bagaimana pesawat merempuh bangunan pencakar langit di layar perak...akan tetapi ini adalah filem yang original... kenapa noirkudus mengatakannya original? kerana ini adalah percaturan ILAHI...

    ini adalah DRAMA ILAHI...segala-galanya sudah dicaturkan oleh Allah tuhan pencipta alam... jika ada yang mengatakan ianya secara kebetulan sahaja... maka sebenarnya ianya telah pun DIATURKAN MENJADI KEBETULAN...

    Islam datang ketika masyarakat berada dalam keadaan jahiliah... tahap masyarakat pada waktu itu sangat rendah serendah-rendahnya...

    islam juga pernah berada di puncak... perluasan empayar islam berterusan sehinggalah islam berjaya menguasai 3/4 dunia sehinggalah ke sepanyol.

    mungkin detik jatuhnya khilafah turki uthmaniyyah merupakan detik permulaan bahawa islam itu berada kembali di bawah.

    empayar turki uthmaniyyah jatuh tahun 1924, ini bermakna sudah 80 tahun islam sudah kehilangan taring...

    ini semua ada HIKMAH ILAHIAH di sebalik peristiwa ini... Islam tidak akan sentiasa berada di atas@puncak jika umat islam sentiasa lalai dan leka... memang benar kita ibarat roda... ada ketika kita berada di atas dan ada ketika kita berada di bawah... dan Islam akan sampai satu tahap nanti Allah akan kembalikan Islam ke puncak...

    George W Bush......Osama bin Laden... antara watak pilihan Allah...
    mereka ini terpilih di dalam DRAMA ILAHI ini.

    George W Bush... watak jahat yang dipilih oleh Allah... sebagaimana Allah pernah memilih Fir'aun, Qarun, Haman, Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab dan sebagainya yang mana pernah juga mewarnai DRAMA ILAHI ini.

    Osama bin Laden (jika benar ianya mujahid dan bukan agen CIA)... maka ianya juga adalah watak pilihan Allah untuk mewarnai drama ilahi ini.
    ini semua SUNNATULLAH...ketentuan Allah. jalan yang mesti dilalui seperti yang telah dilalui oleh para Nabi, Rasul, sahabat-sahabat Nabi, para syuhada', ulama', mujahid dakwah, dan orang-orang yang bersama dengan kebenaran yang memperjuangkan agama Allah.

    kejatuhan empayar Turki Uthmaniah juga adalah ketentuan Allah... Mustafa Kamal Attarturk bapa pemodenan turki adalah watak pilihan Allah

    kemenangan Islam dalam peperangan Badar juga merupakan ketentuan Allah...Allah mengkehendaki kemenangan di pihak orang-orang Islam maka Allah menghantar beribu-ribu malaikat sebagai bala tentera...

    kekalahan di medan uhud juga merupakan ketentuan Allah...Allah mengkehendaki kekalahan kaum muslimin dalam peperangan uhud ini...sedangkan ianya bukanlah merupakan satu kekalahan...kerana Allah menurunkan perasaan takut yang amat sangat kepada kaum musyrikin...

    Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 140 :

    Jikalau kamu dalam peperangan Uhud mendapat luka, maka sesungguhnya kaum musyrik itu juga telah mendapat luka yang sama dalam peperangan Badar. Dan keadaan hari-hari itu kami tukar gantikan di antara manusia"
    ayat terakhir itu "wa tilkal ayyaamu nudaawiluhaa bainannas" yang bermaksud keadaan hari-hari itu kami pergilirkan giliran antara manusia Allah menjelaskan bahawa ada ketika kita kalah dan ada ketika menang... dan semuanya dalam ketentuan Allah...

    dan yang pastinya...Islam pasti akan berada di puncak kembali...percayalah... ini semua di bawah perancangan Allah. Allah berfirman dalam surah as-saff ayat 8 yang berbunyi :

    Yureedoona liyutfioo noora Allahi biafwahihim waAllahu mutimmu noorihi walaw kariha alkafiroona

    "Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya"
    ketika Islam mula-mula diturunkan, dan Rasulullah diperintah supaya berdakwah secara terang-terangan... berbagai rintangan dan halangan yang terpaksa dihadapi...

    Allah tidak memberikan jalan yang mudah kepada Rasulullah dan sahabat baginda walaupun baginda ini kekasih Allah, walaupun baginda seorang nabi dan seorang Rasul...

    jika hendak diikutkan perkiraan Allah itu sebagai tuhan yang Maha berkuasa...tentunya sangat mudah jika Allah hendak memberikan kemenangan kepada Rasulnya merangkap kekasihnya (habibullah)... tentunya amat mudah untuk Allah menghancurkan musuh-musuh kekasihnya...

    akan tetapi inilah SUNNATULLAH...... ketetapan Allah bahawa untuk mencapai kemenangan memerlukan perjuangan...kena berjuang walaupun badai terpaksa ditempuhi, walaupun lautan luas terpaksa direnangi, walaupun lautan api terpaksa dilalui, walaupun lurah dalam terpaksa dituruni... inilah SUNNATULLAH...

    tragedi di Iraq, Palestin, Afghanistan, Tak bai... dan yang pernah terjadi di Ambon, Bosnia, Chechnya dan berbagai tempai lagi di dunia Islam adalah merupakan BABAK-BABAK DRAMA ILAHI...

    umat Islam sangat leka dan alpa...sehingga Allah memberi balasan yang setimpalnya... maka untuk mencapai kemenangan umat Islam harus bangun kembali... dunia arab dan dunia Islam yang lain harus bersatu....

    cuba lihat apa yang berlaku sekarang...dunia arab sendiri sudah berpecah belah... masakan kemenangan dapat dicapai sedangkan negara kafir yang lain mereka semua bersatu menentang Islam... itu sebabnya mereka boleh mengalahkan Islam...

    jika di malaysia sendiri kita sudah dapat melihat perpecahan yang agak kecil...jika berterusan begini maka tidak mustahil kita boleh dijajah kembali oleh bangsa lain...mungkin bukan lagi penjajahan fizikal...akan tetapi mungkin penjajahan dalam bentuk lain seperti penjajahan minda (fikr), penjajahan ekonomi dan sebagainya.

    Wallahu A'lam

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 7:54 PM

    Friday, December 10, 2004

    Anjing Peliharaan George W Bush?

    ANJING OH ANJING!!





    "Tony Blair is no more than George Bush's poodle."

    Tony Blair bagi penduduk Britain ialah ANJING PELIHARAAN BUSH..
    apakah kita juga bersetuju??

    YES AMERICA...YES BUSH...

    SAYA MENJUNJUNG PERINTAH TUAN!!!

    SAYA FAHAM TUAN!!

    Demi keamanan sejagat...saya akan menyokong segala tindakan Amerika dan sayalah orang yang pertama sekali menyokong segala tindakan memerangi keganasan ini.

    HIDUP BUSH!! HIDUP BUSH!! HIDUP BUSH!!

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 2:52 PM

    Thursday, December 09, 2004

    Awasi sekitar anda!

    BELIEVE IT OR NOT BUT YOU MUST BELIEVE IT.....BAHAWASANYA

    di sekitar anda mungkin terdapatnya seorang pencuri, perompak, peragut, pencopet, penyamun, penyangak, pembunuh, perogol (mungkin juga perogol bersiri), penzina, penipu (ramai), pendusta, pemfitnah, pelesit dan sebagainya.
    begitulah dunia ini yang didiami di dalamnya pelbagai watak insan.

    noirkudus mengatakan begini kerana telah tertimpa di atas diri ini satu malapetaka yang mana dompet noirkudus telah dicuri yang mana di dalamnya terkandung RM200 beserta dengan dokumen lain seperti kad pengenalan, lesen memandu dan juga kad ATM maybank dan bank Muamalat.

    dompet noirkudus cuma tercicir sahaja di tempat tertutup yang tidak siapa pun di situ cuma orang tertentu yang dikenali identitinya. tapi apakan daya, manusia ini bila ada peluang di depan mata begitu pantas sekali disentapnya kononnya tiada siapa pun yang melihatnya. wahai si pencuri......mengapalah begitu ikhlas hati engkau melakukan kerja terkutuk ini......kurangkan sedikit keikhlasan tu dengan memulangkan semula dompet dengan dokumen lain pun apa salahnya.

    Dato Dr Fadzilah Kamsah di dalam kasetnya "Petua untuk menjadi ceria" ada mengatakan berkenaan dengan ini.

    apa kata beliau : kita ni sekali sekala kalau tidak kehilangan barang tidak bagus.

    sebab apa beliau mengatakan begitu? sambungnya lagi : Nabi Allah Isa alaihissalam pernah berdoa kepada Allah : aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana engkau telah jadikan manusia di sekitarku sebagai aset dan penolongku.

    rupa-rupanya manusia di sekitar kita ini adalah merupakan satu aset.
    iyelah...pencuri merupakan aset bagi orang yang dicuri, pembunuh merupakan aset bagi orang yang dibunuh, pemfitnah merupakan aset bagi orang yang difitnah, pengumpat merupakan aset bagi orang yang diumpatnya dan begitulah seterusnya.

    contohnya, apabila si A ni mengumpat si B, maka pahala si A ni B akan dapat...betul tak?? jika si A ni tadi pahalanya sudah habis atau sudah tiada lagi untuk diberi pada si B maka dosa si B ni pulak akan diambik oleh oleh si A.

    haha...faham ker?? begitulah analoginya... kita pun selalu kata...kalau kau nak mengumpat aku pun tak mengapa, aku tak kisah, lagi kau mengumpat aku lagi banyak pahala aku dapat.... ada paham???

    samalah macam si pencuri... kalau dia mencuri kasut noirkudus pula, noirkudus tidak kisah sebab mungkin ini caranya untuk pahala noirkudus bertambah kerana bersabar, dan mungkin allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik lagi. kalau dompet juga dicuri apa boleh buat?? pencuri aset bagi orang yang dicuri.

    kerana mungkin itu cara untuk allah mengangkat martabat kita.




    cuba lihat gambar di atas, ianya mungkin boleh berlaku kepada sesiapa jua kerana anda tidak mengetahuinya barangkali ianya berada di sekitar anda. MUNGKIN JUGA ANDA!!!

    seperti yang noirkudus katakan di permulaan tadi, di sekitar anda mungkin terdapat pelbagai jenis manusia... mungkin itu syaitan atau lebih glamour lagi ialah setan, mungkin juga iblis, mungkin juga keparat, mungkin juga silaknat atau cilaka.... dan barangkali mungkin juga ada alim ulama', fuqaha', dan sebagainya.

    gambar di atas ialah apa yang berlaku di bangkok thailand 2 hari lepas yang mana seorang lelaki telah menahan seorang budak berusia 9 tahun sebagai tebusan. lelaki ini dipercayai sedang mabuk.

    siapa sangka? di sebelah anda...depan anda...belakang anda...
    siapa sangka? boleh berlaku kepada diri anda...adik anda...abang anda...kakak anda...ibu atau ayah anda... sahabat-sahabat dan siapa saja.

    mengapa berlaku begini?? kejadian mencuri...merompak...berzina...meragut...dsb...
    kerana begitulah manusia..perasaan takutkan allah sudah terlepas daripada hatinya...

    perasaan takut di dalam hatinya hanya takutkan selain Allah... takutkan hukuman di dunia, takut kepada orang yang boleh melaksanakan hukuman, takut kepada orang yang lebih berkuasa, takutkan kepada hantu syaitan, takutkan kepada bunian, benda-benda ghaib yang lain dan sebagainya. malah yang kononnya maqam@taraf lebih tinggi lagi sehinggakan manusia, hantu, jin, syaitan, iblis pun mereka tidak takut apa lagi undang-undang.

    di mana rasa takut manusia kepada Allah...sedangkan Allah sentiasa memerhatikan apa yang kita lakukan...Allah pencipta sekalian manusia dan Allah juga tahu gerak geri hati manusia dan sudah tentu Allah mengetahui apa yang manusia sedang lakukan.

    di dalam hadis riwayat muslim dan baihaqi ada mengatakan:

    beribadahlah kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, kerana sesungguhnya Allah melihat kamu
    ini adalah sifat IHSAN seperti yang diterangkan dalam hadis tersebut iaitu allah melihat kita walaupun kita tidak merasai allah melihat kita. hadis ini sangat popular yang mana dalam hadis 40 imam nawawi hadis ini berada di kedudukan nombor 2 selepas hadis berkenaan dengan niat.

    jika kita hendak berbicara soal takut, noirkudus ingin memberikan 2 situasi yang mana jawapan bagi persoalan ini mempunyai 2 versi jawapan:

    SITUASI 1 : jika sahabat yang anda kenali, beliau mempunyai duit sebanyak RM satu juta (beliau seorang jutawan), dan pada suatu hari duit sejumlah itu telah tercicir di hadapan anda tanpa beliau sedari. anda telah mengambilnya dengan sengaja dengan keyakinan yang kuat bahawa tiada siapa pun yang melihat perbuatan anda itu. sahabat anda ini menyedari tentang kehilangan tersebut dan menyedari hanya anda seorang sahaja yang bersama dengannya sepanjang hari itu dan memang sepanjang hari itu anda dan kawan anda itu tidak pergi ke mana-mana tempat lain. anda masih tidak mengakunya.

    SITUASI 2 : sahabat anda ini tercicir duitnya sebanyak sejuta ringgit bersama dengan segala dokumennya yang lain. anda tidak mengambilnya bukannya hendak berlagak diri anda jujur di hadapannya, akan tetapi atas kesedaran diri sendiri dan atas kesedaran bahawa Islam melarang keras perbuatan mencuri.

    2 situasi yang berbeza. jika ianya benar-benar terjadi mana satu pilihan anda?? tentunya pilihan anda seperti situasi yang pertama tadi bukan? kerana yakin tiada siapa pun yang melihat anda. jika anda mengambilnya sekalipun siapa berani mendakwa anda kerana tiada siapa pun yang melihat anda? mahkamah dan undang-undang tidak dapat mensabitkan diri anda bersalah kerana tiada bukti. melainkan di situ terdapatnya CCTV yang boleh merakam gerak geri anda.

    jika didakwa sekalipun, manusia ini tetap tidak takut kerana undang-undang yang ada di dunia ini ialah undang-undang sivil yang diambil daripada undang-undang british yang mana undang-undang ini ialah undang-undang perbuatan manusia (man made law). jika didakwa sekalipun, apa susah sangat kerana boleh diambil seorang peguam yang pandai memutarbelitkan fakta semata-mata untuk mempertahankan kesalahan yang dilakukannya. apa mahu takut kerana bukannya mahkamah tuhan, jadi bolehlah menipu di dalam mahkamah dan kemudian dibebaskan daripada tuduhan. kenapa terjadi begini??? KERANA TIADANYA NILAI ISLAM @ KESEDARAN ISLAM DI DALAM DIRINYA DAN TIADANYA IMAN DI DALAM HATINYA DAN TIADA PERASAAN TAKUTKAN ALLAH

    ini merupakan fenomena biasa yang berlaku di dunia. manusia hanya takutkan undang-undang tetapi tiada kesedaran tentang nilai-nilai agama. agama melarang keras perbuatan zina, tetapi manusia tetap melakukan penzinaan. agama melarang keras meminum arak, tetapi manusia tetap meminum arak. agama melarang keras perbuatan judi, tetapi manusia tetap berkecimpung dalam perjudian. agama melarang keras mencuri, tetapi manusia tetap mahu mencuri.

    ajaran agama sudah lengkap...ajaran agama yang disuruh manusia tidak ikut tetapi larangan agama manusia pula kerjakan.

    Ingat Hadis Riwayat Abu Hurairah ra:

    Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada dalam keimanan. seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika dia berada dalam keimanan.
    Ini bermakna dengan adanya iman di dalam hati...manusia tidak akan tergamak untuk melakukan perkara-perkara yang terkutuk@tercela yang sememangnya dilarang oleh agama Islam.

    dan seperkara lagi...TAKUTLAH ALLAH...bagi si pencuri apabila hendak mencuri maka hendaklah dia berkata "Inni Akhofullah" SESUNGGUHNYA AKU TAKUTKAN ALLAH" bagi si penzina, apabila hendak berzina maka hendaklah dia berkata "Inni Akhafullah" SESUNGGUHNYA AKU TAKUTKAN ALLAH>

    P/S: semoga pencuri dompet noirkudus dilimpahi hidayah daripada Allah

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 2:09 AM

    Wednesday, December 08, 2004

    The Best Place To Live

    THE WORLD IN 2005
    MALAYSIA AMONGST THE BEST COUNTRY IN THE WORLD








    The Best Place to live in 2005 is Ireland (No 1). ini mengikut index "quality of life" yang dikeluarkan the Economist Intelligence Unit.

    malaysia berada di tangga ke 36 mengikut ranking tersebut manakala di Asia malaysia berada di tangga ke 6 jauh ditinggalkan oleh Singapore.

    mungkin boleh juga untuk berbangga. "proud to be malaysian" . jika dikira faktor ekonomi, sosial, kestabilan politik dan sebagainya.

    akan tetapi beberapa faktor seperti masalah sosial, pengangguran, kebersihan, dan sebagainya juga belum memuaskan. sedangkan malaysia ialah negara islam yang mana sepatutnya penduduknya mempunyai akhlak islam.

    ada sahabat berkata kepada noirkudus, cuba lihat singapura, pesat sekali kemajuan dan pembangunan mereka, purata gaji bulanan setiap kepala sangat tinggi, sistem pengangkutan sistematik mendahului malaysia, tahap disiplin juga tinggi, kebersihan sangat terjaga sehinggakan negara mereka sangat kemas. begitu juga contohnya negara jepun - ranking kedua asia selepas singapore.

    noirkudus tak tahu nak menjawap bagaimana lagi. cuma menjawab begini sahaja . nak buat macam mana...kita negara islam tetapi nilai islam itu sendiri tiada dalam diri umat islam. manakala mereka-mereka itu (penduduk negara bukan islam) walaupun mereka bukan islam akan tetapi nilai-nilai islam itu seolah-olah berada dalam diri mereka. terbalik bukan??

    sebagai contoh : Islam menganjurkan kebersihan. dalam hadis mengatakan "An-nazhafatu minal Iman" kebersihan itu sebahagian daripada iman. akan tetapi sifat ini yang lebih wujud dalam diri orang bukan islam (bezakan singapore-Kuala Lumpur)

    kalau daripada segi akhlak biarkan saja akhlak mereka teruk, akan tetapi sebagai umat islam usah mengikut contoh akhlak yang dibawa oleh barat kerana masyarakat tamadun yang dibawa oleh barat tidaklah mementingkan akhlak.

    akan tetapi, pembangunan yang dibawa oleh islam, tamadun yang dibawa oleh islam sangat mementingkan akhlak.

    lihat saja apa yang dikatakan oleh Rasulullah "bu'ishtu li utammima makarimal akhlaq" yang bermaksud aku diutus untuk melengkapkan kemuliaan akhlak.

    begitulah. walau apapun bangga juga menjadi rakyat malaysia. tidak salah untuk berbangga menjadi warganegara. ada satu pepatah (rasanya ini bukan hadis rasulullah) yang berbunyi "hubbul wathon minal iman" cintakan negara sebahagian Iman.

    akan tetapi dalam kecintaan terhadap negara malaysia ini kerana keamanan yang kita rasai terutama selepas kemerdekaan daripada penjajahan fizikal, kemajuan negara, kestabilan ekonomi, kestabilan politik, peluang pekerjaan yang baik (walaupun hakikatnya ramai lagi yang menganggur), peluang pendidikan yang baik, peningkatan taraf kesihatan dan sebagainya, namun masih lagi sedih memikirkan nasib negara Islam yang lain.

    cuba lihat dalam ranking tersebut. bukankah negara islam majoritinya berada pada kedudukan paling bawah dalam pelbagai lapangan baik dari segi pembangunan, ekonomi, sosial, politik, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

    sedih bukan?? sedangkan Israel yang tidak pernah dunia mengiktiraf kewujudannya sebagai sebuah negara berada dalam situasi yang selesa. rakyat mereka iaitu yahudi meraih pelbagai kesenangan dan kemewahan akibat penindasan mereka terhadap palestin, yang mana tanah-tanah di palestin dirampas secara haram.

    mana keadilan?? dunia memang tidak adil. yang lemah ditindas. yang kuat terus berleluasa. negara islam yang lain tidak dapat berbuat apa-apa. umat islam hanya memerhati sahaja.

    kita cintakan negara. mereka (rakyat palestin, iraq dan sebagainya) mereka juga cintakan negara. ini adalah fitrah (hubbul watan minal iman). tapi yang paling penting sekali kita cintakan ISLAM.

    THE BEST PLACE TO LIVE. setiap warganegara impikan ini. keamanan, kemakmuran, kestabilan, kemerdekaan dan sebagainya.

    THE BEST PLACE TO LIVE...rakyat Ireland menikmatinya kerana negaranya terbaik

    THE BEST PLACE TO LIVE...rakyat Amerika Syarikat paling mengimpikannya

    THE BEST PLACE TO LIVE...rakyat Malaysia juga mengimpikannya

    namun begitu
    THE BEST PLACE TO LIVE...Rakyat PALESTIN juga mengimpikannya

    THE BEST PLACE TO LIVE...Rakyat IRAQ juga mengimpikannya

    THE BEST PLACE TO LIVE...IMPIAN SETIAP INSAN

    BUKAN HANYA LAYAK DINIKMATI OLEH RAKYAT AMERIKA, BRITAIN, IRELAND, AUSTRALIA, SINGAPORE, JAPAN DSB


    P/S : worldwide quality of life index itu diambil daripada world in 2005's section mengikut Economist Intelligence Unit. (www.economist.com)

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 11:51 PM

    Saturday, December 04, 2004

    Apakah Benar Engkau Pejuang?

    APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG?

    tajuk di atas APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG noirkudus mengambilnya daripada sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Qatrunnada, liriknya agak simple dan slow tapi boleh diperhatikan

    Engkau ingin berjuang...tapi tidak mampu menerima ujian
    Engkau ingin berjuang...tapi rosak oleh ujian
    Engkau ingin berjuang...tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

    Engkau ingin berjuang...tapi tidak begitu setia dengan kawan
    Engkau ingin berjuang...tapi tidak sanggup berkorban
    Engkau ingin berjuang...tapi tidak ingin jadi pemimpin
    Engkau ingin berjuang...tapi jadi pengikut agak segan

    Engkau ingin berjuang...tapi tolak ansur tidak engkau amalkan
    Engkau ingin berjuang...tapi tidak sanggup menerima cabaran
    Engkau ingin berjuang...tapi kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

    Engkau ingin berjuang...masa tidak sanggup engkau luangkan
    Engkau ingin berjuang...kerenah wanita tidak kau tahan

    Engkau ingin berjuang...keluarga lintang pukang
    Engkau ingin berjuang...diri engkau tidak kau tingkatkan

    Engkau ingin berjuang...disiplin diri engkau abaikan
    Engkau ingin berjuang...janji kurang engkau tunaikan
    Engkau ingin berjuang...ukhwah engkau cuaikan
    Engkau ingin berjuang...tetamu engkau abaikan

    Engkau ingin berjuang...keluarga engkau abaikan
    Engkau ingin berjuang...ilmu berjuang engkau tinggalkan
    Engkau ingin berjuang...kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

    Engkau ingin berjuang...pandangan engkau tidak diselaraskan
    Engkau ingin berjuang...rasa bertuhan engkau abaikan
    Engkau ingin berjuang...iman dan taqwa engkau lupakan
    dunia, tempat lakonan pelbagai drama dan pelbagai watak.
    pening kepala apabila kita memerhati dan memikirkannya.

    cuba lihat konflik di asia barat, tidak pernah berakhir, perjanjian damai sering menemui kegagalan, malah Yahudi-Israel-Amerika terus mengganas. umat Islam terus dinodai. begitu juga di Iraq, penjajahan Amerika ke atas Iraq berterusan.

    kita selalu melihat drama yang 'real' ini walaupun berlaku nun jauh daripada pandangan mata, tetapi dunia moden hari ini dengan adanya satelit, internet, televisyen ianya sentiasa dekat dengan kita.

    Apabila kita melihat situasi begini, maka sangat remuk hati melihat penindasan yang berlaku. siapa yang tidak renyuk remuk hati melihat situasi begini, ada yang menangis, dan sebagainya lantaran sifat kemanusian yang dianugerahkan Allah kepada setiap manusia.

    celaka Israel, celaka yahudi, celaka amerika
    jahanam israel, jahanam yahudi, jahanam amerika,
    bangsat, bullshit, binatang amerika, yahudi, israel
    begitu nadanya, apa yang boleh dibuat lagi. untuk seluruh umat yang ditindas pula kita sering berdoa :

    Ya Allah, berilah pertolongan kepada pejuang-pejuang di palestin, iraq dan seluruh pejuang-pejuang islam di serata dunia.
    Ya Allah tetapkan hati mereka terhadap perjuangan.
    Berilah kemenangan kepada mereka
    hancur musnahkan musuh-musuh mereka
    kita melihat situasi seperti ini, maka kita mengatakan mereka sedang berjuang, mereka-mereka itu semuanya pejuang.

    bagaimana kita?? pejuangkah kita?

    jika berbicara tentang perjuangan, semua orang mengaku sedang berjuang.

    jika berbicara soal perjuangan...orang sedang berjudi juga mengatakan bahawa mereka sedang berjuang...

    jika berbicara soal perjuangan...ahli sukan juga boleh mendakwa mereka berjuang siang dan malam untuk mengharumkan nama negara.

    jika berbicara soal perjuangan, geng skinhead juga sedang berjuang demi martabat skinhead, geng hip hop juga sedang berjuang demi martabat hiphop, group punk, grunge dan sebagainya semuanya berjuang mengikut kacamata masing-masing

    jika berbicara soal perjuangan...bapok@pondan@maknyah juga mendakwa mereka berjuang memartabatkan kaum mereka iaitu kaum bapok@pondan@maknyah.

    jika berbicara soal perjuangan...Noraniza Idris juga sedang berjuang bermati-matian memartabatkan irama malaysia atau etnik kreatif

    baru-baru ini 1 December hari AIDS sedunia (world Aids Day)...di malaysia ini orang yang paling sibuk sekali tentunya Marina Dr Mahathir sebagai pengerusi AIDS di malaysia...beliau berjuang juga...

    jika begitu, semuanya ialah perjuangan, baik di meja judi, di atas padang bola sepak, di kelab-kelab malam, di lorong-lorong maksiat, perjuangan menentang kebenaran, perjuangan menyokong kebatilan@kemungkaran... semuanya perjuangan belaka.

    APAKAH BENAR ENGKAU SEORANG PEJUANG??

    jika berbicara tentang perjuangan...Nelson Mandela juga pernah berjuang...beliau berjuang menentang dasar apartheid yang sangat kejam dan zalim...dasar yang membezakan antara orang kulit hitam dan kulit putih... dasar yang memuliakan orang kulit putih dan menghina orang kulit hitam...Nelson Mandela pernah dipenjara... tetapi selepas itu beliau disanjung...inikah pejuang?? jadi, apakah benar engkau pejuang??

    jika berbicara tentang perjuangan Puteri diana (princess of wales) juga pernah berjuang...perjuangan beliau terhadap mangsa-mangsa periuk api, AIDS, yatim dan miskin...Mother Teresa juga pernah berjuang seperti puteri diana... apakah benar engkau berjuang?

    jika berbicara soal perjuangan...George W Bush juga mendakwa bahawa beliau sedang berjuang menentang keganasan yang ditaja oleh Amerika sendiri. perjuangannya menghapus pengganas.

    jika berbicara soal perjuangan, Yahudi dan Israel juga mendakwa bahawa mereka sedang berjuang untuk mendapatkan hak ke atas tanah palestin.

    APAKAH BENAR ENGKAU SEORANG PEJUANG?

    Jika benar George W Bush seorang Pejuang...mengapa kita harus menentangnya?
    Jika benar yahudi dan Israel sedang berjuang...mengapa kita harus menentang?
    Jika benar orang berjudi sedang berjuang...mengapa kita harus menyekatnya?

    itulah dia versi-versi perjuangan...perjuangan mempunyai pelbagai makna mengikut kaca mata orang yang memperjuangkannya.



    Inilah dia GEORGE W BUSH...APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG???

    jika benar engkau pejuang...sungguh mulia engkau George W Bush wahai seorang pejuang...Jika benar engkau pejuang, sungguh tabah engkau menghadapi segala rintangan dan halangan demi mencapai cita-cita murni engkau wahai George W Bush seorang pejuang.

    tetapi itu semua adalah perjuangan mengikut kacamatanya sendiri. perjuangan mengikut George W Bush ialah "either you are with us, or with terrorist" sesiapa yang bersamanya ialah pejuang... sedangkan jika mengikut kacamata penduduk dunia Bush ialah seorang pengganas...you are the terrorist

    .
    tokoh di atas ialah DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, bekas timbalan perdana menteri malaysia yang pernah dipecat oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.

    APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG??, sejak muda lagi engkau berjuang... sewaktu di universiti lagi sudah memimpin persatuan pelajar, sebagai presiden Kelab Bahasa Melayu Universti Malaya (KBMUM)... sejak universiti lagi sudah memimpin pelajar Islam...sebagai Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam malaysia (PKPIM), sejak muda lagi memimpin persatuan belia, sebagai Presiden Angkatan belia Islam Malaysia (ABIM)

    apakah benar engkau pejuang?? sejak zaman pelajar lagi engkau sudah memperjuangkan nasib orang-orang miskin, sejak zaman muda lagi engkau pernah di'ISA'kan kerana berdemonstrasi memperjuangkan nasib petani di Baling, sejak muda lagi engkau sudah pandai menegur dasar-dasar kerajaan, sejak muda lagi engkau sudah menentang isu-isu rasuah. apakah benar engkau pejuang??

    ketika muda lagi engkau menentang dasar-dasar kerajaan, kemudian berani pula masuk dalam kerajaan UMNO, engkau berjuang memperkenalkan dasar-dasar yang lebih islamik, engkau naik dengan begitu pantas dalam kerajaan, engkau terus menerus menentang rasuah, engkau terus memperjuangkan golongan miskin dan golongan bawahan, engkau juga menentang kronisme, apakah benar engkau pejuang?

    engkau mempunyai cita-cita murni mahu memartabatkan Islam melalui wadah parti politik iaitu melalui UMNO, tapi akhirnya engkau dipecat dengan tidak berperikemanusiaan dan zalim sekali...engkau difitnah melakukan zina dan liwat, engkau difitnah terlibat dengan rasuah, engkau terpenjara selama 6 tahun, akhirnya engkau dibebaskan tidak bersalah...apakah benar engkau pejuang?

    sekarang ini engkau digelar pemimpin agung...agung yer bukan agong...berhati-hati sikit...pemimpin agung ialah pemimpin terunggul...siapa yang memberi gelaran ini?? diri sendiri?? ini bukannya gelaran yang diberi oleh diri sendiri terhadap diri sendiri akan tetapi gelaran yang diberi oleh orang lain berdasarkan kriteria yang menepati kelayakan bagi gelaran tertentu. dan ketika engkau masih memegang jawatan timbalan perdana menteri, tidak pernah lagi orang menggelar dengan gelaran ini...jadi, apakah benar engkau seorang pejuang??

    bagi kebanyakan rakyat malaysia dan dunia mengatakan bahawa engkau adalah seorang pejuang, engkau memperjuangkan keadilan bagi semua. akan tetapi, bagi pihak yang lain (UMNO) engkau bukanlah seorang pejuang akan tetapi engkau merupakan pengkhianat bangsa melayu. benarkah engkau pengkhianat bangsa?? mana satu yang mesti dipercayai?? seorang pejuang atau seorang pengkhianat??

    akan tetapi, walaupun engkau pernah terpenjara, pernah terseksa, pernah dizalimi... namun, perjalanan engkau masih jauh... selagi hayat dikandung badan, selagi ajal belum menjelma...selagi itulah perjalanan seorang pejuang mesti diteruskan... jika mati dalam perjuangan barulah boleh engkau dikatakan sebagai pejuang...




    ini pula ALMARHUM YASSER ARAFAT namanya...siapa yang tidak kenal bekas pemimpin palestin ini...presiden yang menjadi simbol pembebasan palestin dari cengkaman dan pencerobohan yahudi. beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir bukannya akibat dibom atau ditembak musuh, akan tetapi beliau mati tanpa didedahkan punca kematiannya, sungguh misteri penyakit beliau??

    apakah benar engkau pejuang?? bagi rakyat palestin dan juga majoriti penduduk dunia menganggapnya sebagai seorang pejuang, berjuang ingin membebaskan palestin, demi kemerdekaan palestin, berjuang menentang keganasan yahudi terhadap penduduk palestin, menceroboh wilayah palestin tanpa kebenaran....

    akan tetapi bagi kaca mata George W Bush, Ariel Sharon dan juga Tony Blair beliau bukanlah seorang pejuang. pada kaca mata mereka beliaulah penghalang kepada proses damai. cuma atas alasan beliau adalah penghalang kepada Amerika dan Israel maka beliau didakwa sebagai pengganas... kematian bermakna keamanan akan dapat dicapai dengan lebih mudah. itu pada kaca mata George W bush, Tony Blair dan Sharon. but for the palestinian and all the world you are the warrior




    Masih lagi ingat SYEIKH AHMAD YASIN...Pengerusi HAMAS... seorang yang lumpuh anggota badan yang hanya bergerak dengan bantuan kerusi roda...

    apakah benar engkau pejuang?? ini juga seorang pejuang pada kaca mata rakyat palestin, arab dan majoriti penduduk dunia...seorang yang lumpuh tetapi dapat memimpin dan menggerakkan HAMAS untuk menentang Yahudi dan Israel. akhirnya beliau syahid akibat dibom dengan kejam oleh Israel.

    pada kaca mata amerika inilah pengganas...seorang yang lumpuh dan bergerak hanya menggunakan kerusi roda tetapi dapat menakutkan Bush dan juga Ariel Sharon...
    sungguh dahsyat ketakutan mereka terhadap as-syahid syeikh ahmad yasin ini.amerika and Israel...u are very coward...membunuh orang yang lumpuh kerana takutkan perjuangannya...Syeikh Ahmad YAsin inilah pejuang...bukannya Amerika dan Israel boleh dianggap pejuang tetapi pengecut...penakut pada pejuang tulen.

    begitulah 2 versi pejuang...jika dilihat dari sudut berbeza

    pejuang tulen ialah pejuang yang berjuang di jalan Allah dengan seluruh jiwa dan raga demi menegakkan Islam yang tercinta. mereka berjuang dengan diri mereka, harta mereka sehinggalah terhapusnya fitnah yang boleh menghancurkan Islam.

    bagi mereka yang tidak mampu berjuang dengan diri sendiri, juga boleh berjuang dengan harta benda...kekayaan boleh disumbangkan demi kepentingan Islam malah ia juga tidak kurang tarafnya dengan berjihad mengangkat pedang.

    bagi sesiapa yang tidak memiliki kuasa, tenaga mahupun harta, doanya lebih penting daripada orang yang hanya mampu melihat tanpa ada perasaan dengan hanya duduk diam sahaja.

    Jika diberi pilihan bagaimana anda semua? ramai yang melihat dari jauh dengan rasa simpati... maka berkatalah di hati setiap orang...aku jika diberi pilihan akan aku bunuh tentera-tentera israel laknatullah itu... akan aku bakar jasad-jasad mereka...akan aku hancur-hancurkan jasad mereka... tidak kurang juga terdapat orang yang hanya tahu memerhati tanpa ada perasaan belas.

    dalam al-qur'an juga Allah pernah berfirman dalam surah al-ankabut ayat 1-2

    Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

    Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui
    orang-orang yang dusta.
    Allah juga berfirman dalam surah Ali Imran ayat 142

    Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.
    memang manusia ini tidak mampu menerima ujian...manusia rela memilih option-option lain daripada memilih option untuk terus pergi berjuang...

    pejuang tulen pasti akan menghadapi segala ujian dan rintangan dan halangan... pejuang tulen pasti wajib mengharungi semua mehnah dan tribulasi...
    pejuang tulen pasti akan melepasi segala ujian ini..

    inilah dia yang dikatakan SUNNATULLAH DALAM BERJUANG,
    selagi belum diuji dengan pelbagai rintangan belum lagi dia dinamakan seorang pejuang, belum boleh lagi seseorang itu dipanggil pejuang tulen

    jika seorang pejuang tulen itu diberikan pilihan mati atau memilih kesenangan dunia yang boleh menyebabkan maruah agama tercemar, maka seorang pejuang tulen itu pasti rela mati memperjuangkan kebenaran daripada bersenang lenang mempermainkan agama Allah.




    ASY-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA, pengasas kepada gerakan Ikhwan al-Muslimin berjuang di dalam masyarakat mesir pada ketika itu yang mana terdedah kepada parti-parti politik dan aliran-aliran yang menentang Islam, aliran-aliran yang berniat untuk melemahkan Islam, menghancurkan Islam.

    akan tetapi ini pejuang tulen. mana mungkin seorang pejuang tulen mendiamkan diri tatkala Islam yang sepatutnya dijunjung telah diperkotak-katikkan dan cuba dihancurkan.

    siang dan malam sangat 'buzy' memikirkan masalah ummah, apa akan jadi kepada ummah jika dibiarkan musuh-musuh yang cuba menghancurkan Islam.

    Imam Hassan al-Banna ketika pernah ditanya oleh journalist barat "tell me who are you?" BERITAHU AKU SIAPA KAMU? maka apa kata beliau. katanya "I am a tourist who is seeking the truth". saya adalah pelancong yang ingin mencari kebenaran "and a human who is searching for the meaning of his humanity amongst people" dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia "and a citizen who wants dignity, freedom, stability, and a good life for his nation, in the shade of the Upright Islam" dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam

    Ibadahku, perjuanganku, hidupku, matiku semuanya kerana Allah, tuhan pencipta Alam. tiada tuhan melainkan Allah...inilah apa yang telah diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang islam yang pertama sekali mematuhi perintahNya. this is who am I, and who are you? INI IALAH AKU, DAN SIAPA PULA KAMU?

    inilah dia pejuang. memilih satu pilihan yang mengundang bahaya kepada diri sendiri, memilih option yang boleh menyebabkan beliau sendiri ditembak dan dibunuh. sedangkan ada lagi option yang lain yang lebih selesa dan selamat iaitu duduk duduk saja di rumah bersama keluarga, sedangkan ada saja option yang lain iaitu bersenang-senang dengan hiburan duniawi.

    akhir sekali ketika kemuncaknya, beliau mati akibat konspirasi jahat pihak regim mesir ketika itu yang memang sengaja hendak membunuh beliau.

    memang wujud konspirasi peringkat tertinggi. pakatan-pakatan jahat ini dirancang begitu rapi sehinggalah kepada pengkebumian beliau. jenazahnya diuruskan berseorangan oleh ayahnya, daripada saat dimandikan, dikafankan, disembahyangkan sehinggalah dikebumikan tanpa dibenarkan diberitahu kepada yang lain.

    tetapi, seorang pejuang matinya ditangisi seluruh penduduk bumi dan langit. berjuta-juta penduduk bumi bersembahyang ghaib untuk beliau di serata dunia. ini seorang pejuang tulen.

    situasi yang sama juga terjadi kepada IBNU TAIMIYYAH...beliau dipenjarakan... akhirnya beliau mati dipenjara... memang matinya dipenjara akan tetapi memang takdirnya beliau mati sebagai seorang pejuang dan jenazahnya disambut dengan berjuta-juta rakyat yang menunggu di luar pintu penjara.

    di Malaysia juga bagi sesiapa yang masih ingat ALMARHUM USTAZ DATO HJ FADZIL NOOR. bekas presiden PAS...inilah pejuang...matinya juga dalam perjuangan... berjuta rakyat menunggu jenazahnya sehinggalah di perkuburan...jutaan rakyat menyembahyangkan solat jenazah, jutaan rakyat mendoakan ruhnya, jutaan rakyat mengiringi jenazahnya ke perkuburan. inilah pejuang...

    ASY-SYAHID SYED QUTB juga seorang pejuang yang akhirnya mati di tali gantung Regim Jamal Abdul Nasir. beliau berjuang untuk menegakkan Islam di tengah masyarakat mesir yang "corrupt" pada ketika itu. berbagai pakatan dan rancangan penguasa untuk mensabitkan beliau dengan kesalahan yang boleh membunuh sahaja beliau.

    akhirnya beliau disabitkan hukuman mati di tali gantung atas alasan membahayakan keselamatan negara dan diberi pilihan untuk memohon ampun kepada penguasa. apa kata beliau :

    Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya
    satu lagi contoh pejuang ikhwan al-muslimin yang mati ialah SYEIKH ABDUL QADIR AUDAH. beliau mati dalam penjara. beliau sempat menulis buku "Fiqh al-Jina'i al-Islami" yang mana buku ini ditulis berkenaan dengan undang-undang islam ketika beliau melihat sistem perundangan sangat "corrupt" ketika waktu itu.

    Di Nusantara ini juga apa kurangnya. daripada zaman Malaya dahulu, Indonesia, Filipina, Thailand banyak melahirkan pejuang-pejuang...daripada pejuang menentang penjajahan, pejuang kemerdekaan, pejuang menentang sekularisme dan berbagai lagi.

    jika di tanah melayu siapa yang tidak kenal tok janggut, tok gajah, dato bahaman, haji abdul Rahman Limbong, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Kasturi, Leftenan Adnan...semuanya pejuang menentang penjajah yang bertapak di bumi malaya ini.

    Hang Tuah...siapa tahu bahawa beliau merupakan seorang ulama'... bukan sahaja mahir dalam bahasa arab, malah mahir juga dalam berbelas lagi bahasa dunia. tapi ini hakikat yang disembunyi penjajah. kegagahannya ditakuti musuh...tapi silap taksubnya pada sultan sanggup membunuh saudara sendiri...

    di Indonesia...siapa yang tidak kenal PAK NATSIR dan BUYA HAMKA.
    Pak Hamka...seorang pujangga... juga seorang agamawan...juga ditakuti oleh pemerintah... beliau pernah dipenjara dan kerana terpenjara itulah lahirnya karya beliau yang termasyhur di nusantara ini "Tafsir Al-Azhar"

    perjuangannya sangat ditakuti...cuma melalui mata pena...dan beliau juga memberi ceramah-ceramah...kuliah-kuliah sebagai seorang agamawan...ahli agama...orang yang mendalami ilmu agama...pernah terpenjara...ada sahabat mengajak kepada perjuangan di medah politik pula... apa kata Hamka :

    lapangan siasah bukan medanku
    Dikenal orang aku pujangga
    Yang bersayap terbanglah laju
    Alat juangku tetaplah pena
    Pak Hamka..ketika tengah sakit di penghujung hayatnya pernah dinasihati untuk berehat saja...akan tetapi perjuangan tetap mahu diteruskan juga selagi nyawa dikandung badan.

    Pak Natsir misalnya pernah digelar "hati nurani umat". perjuangannya bukan setakat pernah menentang penjajahan...memartabatkan bangsa...perjuangan beliau juga ialah memartabatkan Islam di bumi sendiri...beliau juga di antara yang digelar nasionalis islami yang menentang nasionalis sekular...

    noirkudus menjumpai sajak yang memang ditujukan khas buat Almarhum Pak Natsir:

    Ayah,
    pada hari dasa-windumu ini,
    Tiada persembahan kecuali doaku padaNya:

    Semoga kau tetap bersama kami membimbing, mengayomi kami.
    semoga sentiasa berada di tengah kami dengan senyumanmu yang sejuk,
    dengan nasihatmu yang bijak, dengan segala kesederhanaanmu,
    dengan semangat juanganmu nan tak pernah padam.

    Ayah,
    pada hari yang penuh kesyukuran ini,
    kuingat ungkapan sahabatmu yang telah tiada
    ia sebut kau sebagai "hati nurani umat"
    Ya...benar kau adalah hati nurani kami!
    kau adalah mata hati kami!

    Ayah,
    tidak kau sukai segala gelaran tanda jasa
    semua atribut fana terbungkus rapi
    dalam ikhlas amal-juanganmu kau niatkan semuanya sebagai amal ibadahmu

    tapi ayah,
    kau mesti terima yang satu ini
    kerana bukan kami yang memberi
    bukan umatmu yang meminta
    tapi kau sendirilah yang membina
    binaan teguh akidah, khusyu' ibadah, mulia akhlak
    kau sendiri yang mengukir dalam sejarah
    ukiran juang nan istiqamah
    ukiran kepemimpinanmu
    gagasan keperjuanganmu
    dan ketulusikhlasanmu
    Yaa...kaulah si "hati nurani umat"

    Ayah,
    di hari dasa-windumu ini,
    tiada janjiku kecuali pintaku
    kerana betapa kecil kami
    di selebar kepakan sayapmu:
    hati nurani umat
    mata hati umat!

    pintaku adalah doamu:
    agar kepakan sayapku
    mengarah ke tongkatmu
    menggenggam kilau sejarahmu:
    hati nurani umat
    mata hati umat!
    sajak ini noirkudus petik daripada buku PERCAKAPAN ANTARA GENERASI: PESANAN PERJUANGAN SEORANG BAPAK. bacalah buku ini...mungkin sangat bagus juga. buku ini adalah hasil wawancara 5 orang muda yang mewawancara Pak Natsir sekitar tahun 1986-1987 sebelum kematian beliau. anak-anak muda ini terdiri daripada Mohammad Amien Rais, Ahmad Watik Pratiknya, Kuntowijoyo, Yahya A Muhaimin dan Endang Saifuddin Anshari. mungkin kerana mereka anak muda yang berbeza generasi ingin menimba pengalaman Pak Natsir, maka mereka memberi nama kepada buku tersebut Percakapan antara Generasi: Pesanan Perjuangan Seorang Bapak. noirkudus kira sajak di atas juga dikarang oleh hati mereka sendiri.

    APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG

    apakah benar engkau pejuang?? perjuangan memerlukan ujian, perjuangan memerlukan cubaan, perjuangan memerlukan rintangan. apakah engkau tidak malu mengaku seorang pejuang sedangkan pengecut untuk menghadapi rintangan, cubaan dan halangan.

    itulah SUNNATULLAH SEORANG PEJUANG.

    seorang pejuang tulen, walaupun di dunia ditindas, dikeji, dihina akan tetapi selagi mana perjuangannya adalah kerana mencari redha Allah, matinya pastinya mati dalam kemuliaan dan akan disanjung seluruh penduduk langit.

    apa yang noirkudus katakan di sini ialah perjuangan dalam konteks 'dakwah ilallah'.

    Ingatlah firman Allah dalam surah ali-imran ayat 193:

    wa qatiluhum hatta la takuna fitnatun wa yakuna ad-Dinu lillah

    dan berjuanglah kamu sehingga terhapusnya fitnah, dan menjadilah agama itu semata-mata kerana allah
    dan contohilah perjuangan Nabi dan juga Sahabat...Abu Bakar as-Siddiq, umar al-Khattab, Uthman ibnu Affan, Ali bin Abi Talib, bilal bin Rabah, Yassir, Sumayyah, Ammar bin Yassir, Hamzah Abdul Mutalib, Khalid al-walid, Muaz bin Jabal, Hanzalah, Abdullah bin Abi Maktum dan ramai lagi...

    mereka semua ini berpegang pada janji Allah dalam surah at-taubah ayat 111:

    Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh syurga, disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah. maka di antara mereka ada yang membunuh dan terbunuh. sebagai janji yang benar yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Taurat, injil serta al-Qur'an, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan sesungguhnya itulah kemenangan yang besar.
    dan satu lagi ayat dalam surah as-saff ayat 10-11:

    wahai orang-orang yang beriman! mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

    iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu. yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu hendak mengetahui.
    ini adalah perjanjian jual-beli di antara allah dan juga sekalian manusia...tetapi manusia lupa dan mengingkarinya...jiwa kita dibeli oleh Allah untuk Allah gantikan dengan syurganya...dengan syarat kita beriman kepada Allah dan Rasul dan berjuang dengan diri dan harta. inilah kunci kemenangan sahabat-sahabat Rasulullah dan generasi terdahulu.

    Maaf jika artikel noirkudus kali ini terlalu panjang...mungkin sudah 10 hari tidak meng'update'kan blog ini banyak kerunsingan yang terpendan dalam jiwa ini. hati ini selalu bergelora...hati ini sering bergelodak...di sini juga tempat noirkudus ingin menumpahkan segalanya.

    aku ingin berjuang tidak mampu ke palestin...tetapi di sinilah tempatku berjuang...tidak melalui mata pena tetapi melalui keyboard ini...

    semua orang yang ingin berjuang juga mampu berjuang... noirkudus pernah terjumpah seorang pemain skateboard yang berpengaruh di Mid Valley, selepas sahaja bermain skateboard beliau membawa teamnya ke surau bersembahyang...yang tidak mahu sembahyang lantak mereka mudah-mudahan akan terbuka juga... bukankah ini juga berjuang "al-amru bil ma'ruf wan nahyu 'anil munkar"

    jika engkau kaya dan tidak mampu ke palestin...tapi engkau ingin berjuang wang ringgit boleh digunakan untuk bekalan makan, senjata dan sebagainya dengan syarat patuh pada perintah Allah dan mengerjakan amar ma'ruf mahi munkar. bukankah mudah begitu.

    sungguh panjang rupanya apa yang dilepaskan di atas keyboard ini.

    dan akhirnya...ingat...

    Inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi rabbil 'alamin. la syarika lahu wa bi zalika umirtu wa ana awwalul muslimin


    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 4:09 PM