Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Wednesday, November 24, 2004

Duit Raya

DUIT RAYA




Bulan syawal dikenali sebagai bulan raya bagi masyarakat kita.
pada hari raya, perkara yang sinonim dengan kita ialah baju raya, kuih raya dan sebagainya.

Duit raya juga sangat sinonim di bulan raya.

bercakap tentang duit raya semua golongan juga tidak terkecuali dengan istilah duit raya.

yang paling gembira mendapat duit raya ialah GOLONGAN KANAK-KANAK...walaupun hakikatnya orang dewasa juga mendapat duit raya cuma mereka tidak mengaku itu duit raya kerana malu dianggap kanak-kanak.

bercakap tentang duit raya...POLIS DI RAJA MALAYSIA juga mengaut keuntungan berlipat ganda sebagai duit raya mereka sempena bulan raya ini, kerana menjelangnya musim balik kampung banyak saman dikeluarkan terutama sekali speed trap

dan yang paling penting PENCURI@PEROMPAK@PENYAMUN juga beroperasi untuk mendapatkan duit raya mereka.

kelmarin, di pagi hari, ketika baru sampai rumah daripada kenyir terengganu...tiba-tiba ramai orang berkumpul di depan rumah jiran...rupa-rupanya Honda CRV milik seorang jiran telah dipecah masuk untuk mendapatkan duit atau apa-apa sahaja yang boleh dijual.

kalau orang balik kampung pula mereka pecah masuk dalam rumah. sungguh bijak...pandai... geliga... tapi salah guna otak...

jangan sangka graduan universiti sahaja yang bergeliga otaknya... malah perompak juga ada kategori perompak yang berjaya... jika tidak masakan ada yang berjaya merompak bank dengan nilai hasil rompakan mereka berjuta-juta ringgit dengan sekali rompakan.

mereka juga merancang sepertimana orang lain merancang... mereka juga mempunyai strategi yang hebat dan canggih belaka...tapi...orang lain yang menanggung susah.

Ketika di terengganu, ramai juga budak-budak yang tiba-tiba baik ngan noirkudus meminta pitih raya... pitih raya=duit raya. bagi RM1 tak cukup... depa kata sekarang tak main dah RM1@RM2 tapi sekarang main RM5... waduh...duit raya juga ikut trend... dulu ketika duit dua ringgit kertas baru dikeluarkan, semua duit raya berwarna pink seperti warna duit RM2... tapi sekarang trend duit raya mesti warna hijau... sebab wang kertas polimer RM5 baru dikeluarkan...

tapi tak mengapa...rakyat malaysia zaman sekarang ini ramai yang kaya-raya tetapi pemurah dan baik hati mereka. beruntunglah sesiapa yang kaya dan pemurah kerana boleh banyak membuat sedekah. dan beruntung juga orang miskin@tidak berapa kaya kerana orang-orang kaya di sekeliling mereka ramai yang pemurah dan baik hati.

dan akhir sekali, ingat firman Allah ini

Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan harta-harta pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas (rahmat) kurniaanNya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya (al-Baqarah : 261)
bersedekahlah...walaupun satu sen dengan hati ikhlas... duit raya ini juga sebahagian dari sedekah...bukannya adat semata-mata...adat dan ibadah berbeza...adat tiada pahala tapi ibadat ada pahala...

pahala bersedekah jika mengikut ayat di atas ialah : 700 kali ganda ganjaran.
jadikah ia amalan walaupun bukan namanya duit raya...

wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 1:29 AM

Tuesday, November 23, 2004

Isu serban dan Ops Sikap VII

I) ISU SERBAN



GAMBAR 3 ORANG PELAJAR YANG DIBUANG SEKOLAH KERANA MEMAKAI SERBAN
GAMBAR INI DIAMBIL DARIPADA MUKA DEPAN AKHBAR KOSMO!

Kalau di PERANCIS isu tudung memang tidak berkesudahan. ini kerana memang jelas seperti yang termaktub di dalam undang-undang sekolah perancis yang mana mengharamkan memakai apa sahaja lambang keagamaan di sekolah-sekolah awam seluruh perancis. Itu apa yang berlaku di Perancis yang mana kita semua maklum bahawa perancis bukanlah sebuah negara Islam malah penduduk islamnya merupakan umat minoriti di sana.

sekarang situasi di MALAYSIA pula. Dr Mahathir dulu pernah menggelarkan malaysia sebuah negara islam sehinggakan timbulnya kontroversi malaysia ni betul ke negara islam, ke malaysia ni bukan negara islam, ke separuh-separuh jer islam?? mulalah diadakan forum negara islam, perdebatan sana sini, penerangan dari umno, penerangan dari PAS, DAP juga nak join sekali... akhir sekali boleh buat forum yang menjadi panelnya wakil umno sorang, wakil pas sorang, wakil DAP sorang... akhirnya Lim Kit Siang (wakil DAP) tersenyum sorang-sorang kat atas pentas tu... orang Islam sama-sama bergaduh...

zaman paklah pulak malaysia ini melaksanakan Islam Hadhari, maka orang pun berkata lagi ada ker islam yang tidak hadhari?? ker islam yang terbatas kerana had-hari, di hadkan harinya, tak syumul ker?? syumul ker?? nabi buat dulu islam apa? umar al-khattab pula islam bagaimana?? mahathir pula?? dan sebagainya...

kalau di PERANCIS, sudah jelas tiada kelebihan bagi umat Islam.
di MALAYSIA pula bagaimana... apakah status undang-undang yang berkaitan dengan Islam???

mari kita lihat apa yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. pelajar undang-undang atau semua rakyat perlu tahu malah menghafal perlembagaan negara kita ini.

PERKARA 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN : Undang-undang persekutuan : Islam adalah agama rasmi persekutuan akan tetapi agama lain selain agama islam boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di dalam mana-mana persekutuan.

PERKARA 11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN : Kebebasan beragama : setiap orang berhak untuk mengakui dan mengamalkan agama masing-masing

ini adalah undang-undang yang jelas menunjukkan Islam ialah agama persekutuan.
malah dalam konteks yang lebih luas lagi makna islam itu sendiri mencakup pelbagai konteks dalam kehidupan seharian. atau mudah bahasanya Islam is the way of life @ islam ialah cara hidup

baca tajuk berita hari ini.
Berita Harian : Mahkamah tidak campur masalah disiplin sekolah
NST : Serban issue : Court allows appeal
KOSMO! : Serban tak boleh

Mahkamah Rayuan telah mengetepikan dengan kos keputusan Mahkamah tinggi seremban yang mengisytiharkan sebagai tidak sah dan batal pembuangan tiga murid sekolah rendah yang memakai serban ke sekolah. Berita utama di Muka hadapan Kosmo!

Mahkamah Rayuan di sini, memutuskan ia tidak perlu campur tangan dalam hal disiplin sekolah, sebaliknya menyerahkan kepada guru besar, sekolah dan pihak yang berkaitan (Berita Harian)

ini kes lama...kes tahun 1997 ketika mereka dibuang...pernah hangat suatu ketika dulu..nampak gaya kembali hangat sekarang...

noirkudus pernah membentangkan kes ini di dalam kuliah tahun lepas : kalau pelajar undang-undang rujuk kepada kes Meor Atiqulrahman & Ors vs Fatimah Sihi Abdullah & ors. teringin sekali lagi merespon terhadap kes ini.

pelantar bagi kes ini sudah jelas :

1) mereka dibuang sekolah bertentangan dengan kebebasan beragama
2) membeza-bezakan antara agama, kaum, keturunan dan tempat lahir
3) dibuang sekolah tanpa diberi peluang untuk didengar bertentangan dengan prinsip keadilan semulajadi
4) dan dengan demikian dinafikan peluang untuk merayu
5) dibuang sekolah kerana didorong oleh niat jahat (mala fide) tanpa menimbangkan hukuman yang lebih ringan seperti menggantung sekolah.
peruntukan pakaian seragam sekolah (sekolah tempat mereka belajar, Serting) :
pelajar lelaki : peruntukan memakai seluar pendek dan diberi pilihan memakai seluar panjang
pelajar perempuan : peruntukan memakai pinafore tunic dan blouse tetapi diberi pilihan memakai baju kurung dan kain sarung atau tudung@mini telekung

ini bercanggah dengan Artikel 3 Perlembagaan persekutuan kerana membelakangkan agama Islam di mana yang dahulu dikemudiankan manakala yang kemudian didahulukan

kerana sepatutnya berbunyi begini :
pelajar lelaki : seluar panjang dengan memberi pilihan memakai seluar pendek
pelajar perempuan : baju kurung, kain sarung dan tudung@mini telekung dengan memberi pilihan memakai pinafore tunic dan blouse

bukan sahaja bercanggah dengan perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, tetapi bercanggah juga dengan perkara 5 dan perkara 8 perlembagaan persekutuan

jika mengikut logiknya...apakah salah bagi sesiapa yang mahu mengamalkan ajaran agama yang dianutinya??

perlembagaan persekutuan juga membenarkan bagi sesiapa yang mahu mengamalkan ajaran agama masing-masing selagi mana tidak mengganggu ketenteraman negara.

begitu juga bagi orang sikh...mereka bebas memakai turban di kepala tetapi mengapa orang islam tidak boleh memakai serban. kedua-duanya berkaitan dengan ajaran agama. jika begitu, pemakain turban bagi orang sikh juga tidak boleh dibenarkan.

jika masalahnya sekarang ini ialah masalah disiplin sekolah MAKA, disebabkan itu mahkamah tidak boleh campurtangan kerana hal ini perlu diserahkan kepada pihak sekolah... tentunya banyak perkara lagi yang mahkamah tidak boleh campur tangan.

Kes Muhammad Farid yang dipukul sampai mati oleh 15 pelajar itu juga boleh disabitkan di bawah disiplin sekolah jika mahu.

kes guru merotan murid juga boleh diserahkan kepada pihak sekolah atas alasan ianya di bawah hal disiplin sekolah.

Nik Adli anak kepada Nik Aziz juga sampai dimasukkan dalam ISA.

jika ianya hanya perlu diserahkan kepada pihak sekolah kerana melibatkan disiplin sekolah seolah-olah perkara yang berkaitan dengan agama islam yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan merupakan perkara remeh dan kecil sahaja

ini bukannya perancis, german, australia, amerika syarikat ataupun mana-mana negara lain yang bukan islam...tetapi ini malaysia sebuah negara Islam. tapi sayang... umat islam sendiri yang berada di sebuah negara islam tidak dapat mempraktikkan apa yang dibenarkan dalam agama sedangkan ianya tidak mengganggu keselamatan negara.

undang-undang buatan manusia sering memberi ketidakadilan kepada manusia...contohnya ada manusia yang memperjuangkan nasib orang yang dirogol tetapi disumbatkan ke dalam penjara, akan tetapi perogol itu sendiri bebas dan boleh pergi ke mana jua. akan tetapi undang-undang islam selalu memberi keadilan kepada sesiapa jua

dan undang-undang buatan manusia mungkin boleh berubah-ubah...mungkin hari ini lain keputusannya tetapi esok hari berubah pula keputusannya... hari ini boleh memakai serban di sekolah tapi mungkin esok lusa diharamkan terus. begitulah seperti kes meor atiqurrahman ini...jika dulu keputusan seolah-olah memihak kepadanya tetapi mahkamah rayuan yang lebih tinggi daripada mahkamah tinggi boleh pula membatalkan keputusan terdahulu.

apa boleh buat?? isu ini dari dulu sehingga sekarang tiada penghujungnya di Malaysia. status undang-undang Islam di Malaysia dari dulu hingga sekarang masih juga tidak jelas. sejak kedatangan Inggeris lagi hinggalah ke hari ini. jika dahulu Prof Ahmad Ibrahim selalu memperjuangkan undang-undang Islam, sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir masih belum juga selesai isu ini, tidak sempat beliau hendak melihat perubahan dalam sistem perundangan negara yang diperjuangkannya.

dan akhir sekali...Ingatlah

Islam itu mencakup segala keperluan manusia, islam itu meliputi segala aktiviti harian manusia, itulah dia islam - ISLAM IS THE WAY OF LIFE, baik dalam bidang ekonomi, pengurusan, politik, perundangan dan sebagainya.

dan Ingat....
AL ISLAM YA'LU WA LA YU'LA ALAIHI
Islam itu tinggi tiada yang lebih tinggi daripada Islam.


II) OPS SIKAP



STATISTIK OPS SIKAP VII 2004

>
STATISTIK OPS SIKAP V 2003

Ops sikap sudah berakhir semalam...bagaimana dengan sikap-sikap pemandu Malaysia??
Apakah sikap mereka sudah berubah dengan memandu mengikut peraturan yang ditetapkan, memandu dengan sopan santun, berbudi bahasa???

berbagai-bagai langkah diambil untuk mengurangkan kemalangan...

terbaru cadangan perbaharui lesen memandu setiap tahun...

ops sikap dah sampai VII... tapi sikap pemandu tak berubah-ubah juga yer... buatlah macam mana pun..ops akhlak ker, ops sopan santun ker, tapi begitulah manusia...

kemalangan maut tahun ni menurun- mungkin sebab ramai tak balik kampung kot... yelaa ramai ibu bapa anak mereka ambil SPM...sian calon SPM, orang lain beraya sakan, tapi mereka beraya sambil memegang buku...raya tak tenang hati sebab lepas raya kena sambung balik peksa...

mungkin untuk mengubah sikap kena bina mereka dengan akhlaq al-Quran. Aisyah pernah mengatakan bahawa akhlak nabi ialah akhlak al-qur'an (kaana khuluquhu khuluquhu al-qur'an)

qur'an kata wa la tulqu bi aidikum ila at-tahlukah (jangan campakkan diri kamu ke arah kebinasaan) tapi kita cari pasal di atas jalan raya untuk mencampakkan diri dalam kebinasaan. dan banyak lagi...

wallahu a'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 1:26 PM

Monday, November 22, 2004

Catatan perjalanan ke kenyir

CATATAN PERJALANAN KE KENYIR



::http://www.kenyirlake.com/home::


sehari di Kenyir Terengganu. 2 malam berada di dalam kereta sepanjang perjalanan pergi dan balik...

sangat keletihan dan agak berbahaya di jalanan...betul kata orang : buka sahaja pintu kereta kemudian mula memandu, maka di situlah kita berada di antara hidup dan mati...jika selamat sampai ke destinasi maka haruslah sujud syukur kepada Allah kerana kita masih lagi dipanjangkan usia untuk menikmati segala nikmat yang masih diberi oleh Allah. ramai juga yang tidak berkesempatan untuk sampai ke destinasi yang dituju kerana nyawa berakhir dengan tragedi.

perjalanan menaiki kereta memang tidak dirancang kerana perancangan awal ingin menaiki bas, namun begitu akibat kelewatan seorang sahabat maka bas ekspres tasik kenyir yang sepatutnya kami naiki telah meninggalkan kami. maka terpaksa menaiki kereta bermula lewat malam dan sampai waktu subuh 20/11/04

segalanya adalah ingin memenuhi jemputan kahwin seorang cikgu yang sangat dihormati iaitu sikgu saadah. semoga berbahagia selalu.

sepanjang hari raya tahun ini, banyak kemalangan maut yang berlaku di terengganu yang menyebabkan tidak sedap hati ini untuk berangkat. berita di pagi sebelum berangkat yang melibatkan satu rombongan pertunangan yang mana salah satu van rombongan bertembung dengan sebuah kereta kemudian terhumban pula ke dalam gaung yang menyebabkan 4 orang maut. gerun dan menyanyat hati apabila membaca berita kematian. setiap hari ada sahaja berita kematian.

hujan yang renyai-renyai tidak menyukarkan perjalanan tambahan pula LPT begitu lengang seolah-olah tiada kereta melaluinya mungkin kerana semua sudah pulang ke tempat-masing-masing untuk bertugas. cuma jalan selepas keluar daripada plaza tol sungai lembing itulah yang mencabar kerana banyak bas-bas yang memandu laju walaupun jalan tidak selebar di LPT

apa yang tidak boleh diterima akal ialah, apabila 2 buah bas ekspres yang berada di belakang kereta noirkudus seolah-olah mahu berlumba, satu bas CEPAT EKSPRES dan satu lagi bas MUTIARA. bas cepat ekspres tersebut sudah memberi isyarat untuk memotong akan tetapi noirkudus tidak mengendahkannya, akan tetapi apabila memikirkan tentang keselamatan maka noirkudus membenarkannya untuk memotong. selepas sahaja bas cepat ekspres itu memotong kemudian bas mutiara tersebut dengan selambanya memotong sebelah kiri noirkudus. akhirnya kedua-dua bas tersebut berhenti bersebelahan di lampu isyarat di depan sana, yang menyebabkan noirkudus terpaksa mem'brek' emergency. waduh...jalan cuma satu lorong, kalau nak berlumba macam mana???

begitulah karenah manusia apabila berada di atas jalan. mahu buat bagaimana lagi?? kadang-kadang kita sudah memandu dengan dengan berhati-hati akan tetapi disebabkan kesalahan orang lain, maka orang lain pula yang menjadi mangsa.

20 November 2004 : kenduri kahwin cikgu saadah...agak sibuk juga walaupun takdelah sibuk mana sangat sebenarnya... sempat juga lari ke pekan kuala berang, tapi tidak pula jumpa keropok lekor. mungkin banyak di bandar kot...nak ke kuala terengganu tapi tidak sempat...kerana mahu pulang semula ke rumah cikgu saadah.

ada juga lawak yang menarik... iyelah kita ni biasa dok KL manalah biasa dengar cakap orang terengganu... cuba dengar ayat ni... lepas makang basuh pinggang, ada paham?? noirkudus mula-mula ingatkan pinggang mana? sebab orang lepas makan basuh tangan, takkan nak basuh pinggang kot... rupa-rupanya basuh pinggan makan. ni selingan aje yer:)



MENAIKI BOT MENGELILINGI TASIK BUATAN INI

waktu petang...pengalaman menarik kerana berjalan ke tasik kenyir resort... nak ke empangan kenyir tapi orang kata selepas pukul 6 sudah tutup. di resort dapat juga naik bot mengelilingi tasik kenyir, tasik buatan yang menarik juga berlatar gunung dan pulau yang cantik. setengah jam berada atas tasik dengan menyewa bot...

Subhanallah maha suci Allah yang menciptakan alam ini...walaupun manusia mendakwa mampu membuat tasik buatan sendiri akan tetapi dapatkah manusia menandingi tasik semulajadi buatan Allah, dapatkah manusia mencipta gunung ganang?? begitu juga ada manusia yang mendakwa mampu mencipta komputer yang berperanan seperti otak manusia akan tetapi mampukah manusia mencipta otak manusia seperti yang dianugerahkan Allah?? Subhanallah... Allah pencipta sekalian Alam

Firman Allah dalam surah ali-imran ayat 189-191 :
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi, dan Allah maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang berakal

Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan semasa mereka duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : wahai tuhan kami! Tidaklah engkau jadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka
malam bertolak ke KL pukul 12 tengah malam... hujan sangat lebat menyebabkan risau hati ini. tidak dapat memandu dengan laju. kemudian keadaan kabus yang sangat tebal menyebabkan pandangan sangat terbatas. terpaksa membawa 50 km/j. pandangan sangat kabur walaupun sudah membuka lampu tinggi (high beam). lori-lori dari arah bertentangan membawa dengan laju...kadang-kadang makan jalan...agak geram juga...ada bas yang cuba memotong dari arah berlawanan tapi dapat mengelak... wahai pemandu...sila berhati-hati demi kesejahteraan dan keselamatan diri sendiri dan orang lain. anda mampu mengubahnya

21 november 2004...sampai KL...seharian tidur kerana kepenatan...

sempena syawal ini banyak undangan ke majlis perkahwinan... jika menurut hukum maka wajib menghadiri jemputan ke walimatul urus ini jika tiada perkara-perkara yang tidak mengizinkan dan jika tiada perkara-perkara yang doharamkan untuk menghadirinya.

selamat pengantin bari kepada semua yang baru melangsungkan perkahwinan, semoga kekal hingga ke anak cucu.

Allah berfirman dalam surah ar-rum ayat 21 :
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih saying dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir
Rasulullah bersabda :
Apabila seorang hamba Allah telah beristeri/bersuami ia telah menyempurnakan separuh agamanya. pada separuh yang lain hendaklah ia bertaqwa kepada Allah. (hadis riwayat al-Baihaqi)

that's all

Allahu A'lam

P/S : berita sedih di akhir perjalanan...seorang sahabat ter'delete' segala memori dalam kamera digital...nasib baik ada kamera bukan digital milik seorang sahabat yang lain...alahai teknologi

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 10:58 AM

Friday, November 19, 2004

Rumahku Syurgaku




INILAH SYURGA DUNIA...PENCAKAR LANGIT TERSERGAM INDAH


KEMUDIAN...BEGINI PULA JADINYA...APA AKAN JADI SETERUSNYA

Siapa yang tidak kenal Amerika?? merekalah raja di dunia ini...mereka paling berkuasa... merekalah yang mengawal keamanan... pendek kata semua perkara terletak di tangan amerika...

amerika negara termaju di dunia...ekonomi dunia bergantung kepada ekonomi amerika... keamanan dunia bergantung kepada amerika...merudum ekonomi amerika bermakna merudum juga ekonomi dunia...jika amerika diserang...habis jugalah dunia mereka serang...

amerika juga begitu indah bagaikan syurga di dunia...kepentingan amerika melebihi kepentingan yang lain...rakyat amerika mesti hidup aman dan damai...tidak aman amerika bermakna dunia juga tidak aman...

akan tetapi peristiwa 11 september 2001 menceritakan betapa kononnya pertahanan amerika yang dianggap paling kebal di dunia berjaya dicerobohi... ada orang menceroboh rumahku...rumahku ialah syurgaku

siapa yang menceroboh rumahku maut padahnya...siapa yang menimbulkan kekecohan dan kekacauan di rumahku buruk akibatnya...sesiapa yang mengganggu gugat keamanan di rumahku mencari nahas maknanya...

rumah aku sudah diserang...apa maknanya??
rumah aku sudah diceroboh...apa maknanya??



INILAH MAKNANYA...TENTERA SUDAH BERSIAP SEDIA UNTUK DIKERAHKAN MENENTANG SEMUA PENGGANAS YANG SELALU MENGGANGGU GUGAT KEAMANAN DUNIA


HAH...AMBIK KAU...HANCUR MUSNAHKAN SEGALANYA...INILAH KESAN ORANG YANG MENEMPAH NERAKA


ADA RUMAH SEPERTI TIADA RUMAH...ADA TANAH SEPERTI TIADA TANAH...INILAH DIA SEBUAH BANDAR YANG MENJADI BANDAR USANG AKIBAT BEDILAN TENTERA AMERIKA...RUMAHKU IALAH RUMAHKU...RUMAHMU AKAN KUJADIKAN NERAKA BAGIMU

Inilah akibatnya...amerika berkuasa...George W Bush semakin berkuasa...George W Bush semakin Gila...George W Bush semakin membabi buta...

Bandar Fallujah di Iraq menuju kehancuran...sekarang di puncak kehancuran... ratusan ribu telah lari ke sempadan Iraq-Jordan, manakala beribu lagi telah ditahan dan beribu-ribu lagi mati dibunuh.

anak kehilangan ayah dan ibu menjadi yatim, ibu kehilangan anak, isteri menjadi janda... begitulah situasi di Fallujah dan juga Iraq.

anak-anak kecil menangis, ibu-ibu merintih...mereka ini lemah, mereka ini tidak berdaya...

tetapi tentera-tentera amerika membutakan mata...mereka memekakkan telinga... malah mereka membabi buta...

jenis manusia bagaimanakah mereka ini?? memang betul agaknya mereka ini ialah babi-babi yang dikerahkan oleh bapak segala babi untuk menyondol seranap-ranapnya orang Islam...mereka inilah babi-babi yang lebih hina daripada babi (baca post noirkudus sebelum ini : babi dengan bush siapa lebih babi)

babi bila jumpa manusia pun dia takut lalu melarikan diri tanpa mahu menanggung risiko berjumpa manusia... tapi babi-babi bush ini tanpa segan silu menembak sesiapa sahaja yang mereka berjumpa di jalanan... mereka juga tanpa segan silu merempuh masuk kediaman malah masjid juga dirempuhnya lalu membunuh sesiapa yang sedang beribadat di masjid... mereka juga sanggup meletupkan bangunan-bangunan... dan berbagai-bagai lagi yang tidak pernah dilakukan oleh babi-babi...kecuali hanya dilakukan oleh babi-babi bush...

marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menghancurkan babi-babi ini yang berleluasa di Fallujah...Fallujah sudah pun menjadi bandar yang hancur lebur dan menjadi bandar usang...akan tetapi jangan lenyapkan terus bumi anbia' ini daripada genggaman Islam...

ALAHUMMA YAHAZIMAL AHZAB
IHZIM AMERIKA BIQUDRATIKA YA ALLAH
WANSHUR IKHWANANA MUJAHIDIN FI FALLUJAH WA FI KULLI MAKAN
ALLAHUMMA TSABBIT QULUBUHUM
ALLAHUMMA TSABBIT QULUBUHUM
ALLAHUMMA TSABBIT QULUBUHUM YA ALLAH
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN


| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 8:04 AM

Thursday, November 18, 2004

Sms vs Kad Raya





ANAK AYAM BERLARI-LARI
HAMPIR SAJE DILANDA TAUFAN
INGIN SAMPAIKAN SALAM AIDILFITRI
SAMBIL MEMOHON SERIBU KEMAAFAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

JAMBANGAN INDAH LAGI BERSERI
MENJADI HIASAN DI AIDILFITRI
SMS DIKIRIM PENGGANTI DIRI
TANDA INGATAN TAK LAYU DI HATI
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

KETUPAT PULUT DI ATAS PARA
HENDAK DIREBUS DI TEPI PERIGI
SMS DIHANTAR PENGGANTI KAD RAYA
TANDA INGATAN DI AIDILFITRI
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

ANAK JAWS MAIN GITAR
ANAK SOTONG MAIN TABLA
KAD RAYA MALAS NAK HANTAR
SEND SMS JE UDAH LA
SEMOGA INGATAN TAKKAN PUDAR
TERIMALAH UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

HALI LAYA SULA MALI
BAJU LAYA SATU LOLI
SATU TAWUN SATU KALI
KALU WA ADA MIKIN SILAP WA VELY SOLI
SILAMAT HALI LAYA


pantun-pantun raya menjadi penyeri menjelangnya aidilfitri...
meriah juga kedengaran message berbunyi menjelangnya syawal...tit tit...tut tut.. dan berbagai-bagailah...kalau hari lain handphone tiada kredit tetapi hari-hari terakhir ramadhan menjelangnya syawal wajib top up supaya sms boleh dikirim bagi menggantikan kad raya...

penggunaan sms secara meluas dan menyeluruh menyebabkan kurangnya terasa kehadiran kad raya... walaupun secara zahirnya kad raya lebih membawa erti yang mendalam dan bermakna kerana ada simbolik di sebaliknya...namun, sms tetap digemari kerana jimat, mudah, dan pantas.

kalau dulu kad raya boleh digantung dan dijadikan perhiasan di dinding, tetapi sekarang sudah tidak cukup lagi kad raya untuk digantung di dinding...kalau nak gantung jugak...beli sendiri kad raya dan gantunglah sendiri di dinding sebagai penyeri sempena sambutan hari raya.

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 10:33 AM

Wednesday, November 17, 2004

Muhasabah Aidilfitri

MUHASABAH AIDILFITRI

1) hari raya bulan berkunjung-kunjungan... noirkudus juga tidak
terlepas daripada tradisi ini...jadi, agak keletihan sehingga mengganggu masa meng'update' blog ini. teruskan tradisi kunjung-mengunjung ini supaya ukhuwwah sesama islam dapat diteruskan

2) selamat pulang kepada warga kota dan selamat kembali bertugas...alamak, sesak balik laa KL ni kalau macam ni.

3) yang baru nak pulang tu...berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang:)

4) suasana aman damai dan sentosa, membolehkan kita rakyat malaysia merayakan aidilfitri juga dalam suasana bahagia...berlawanan pula dengan saudara-saudara kita seagama di luar sana seperti di tak bai, iraq, palestin dan saudara seislam di seluruh dunia.

5) Ramadhan jika tercapai objektifnya, pasti akan melahirkan insan muttaqun, iaitu insan yang dapat membentuk dirinya mempunyai peribadi taqwa... akan tetapi, bagaimana watak aidilfitri kali ini??

apakah watak muttaqun atau watak peribadi hancur?? fikir-fikirkan...renung-renungkan... muhasabah diri?? bagaimana hari-hari yang telah kita lalui... apakah kita orang yang berjaya atau orang yang gagal atau orang yang celaka... renung-renung.. fikir-fikir...muhasabah diri

kalau kita orang berjaya...bekalan dan juga kesan tarbiyyah ramadhan pasti akan mempunyai kesan ke atas diri kita sehinggalah berjumpa lagi ramadhan tahun hadapan.

wallahu a'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 5:45 PM

Monday, November 15, 2004

Hari cuti 1 Syawal






CAKKK!!! HAHAHA KEMUNCULANKU MENANDAKAN HARI KEMENANGAN MELAHIRKAN INSAN MUTTAQUN SEPANJANG 30 HARI BERPUASA. IBU BULAN DAH PERGI SEMENTARA...DALAM PANTANG:)

Inilah dia anak bulan yang bernama Syawal yang baru dilahirkan manakala ibu bulan ini meninggalkannya untuk muncul kembali 11 bulan lagi. munculnya anak bulan ini bermakna tibanya 1 syawal yang dinantikan. ibu bulan tinggalkan anak dia untuk kita sambut meraikannya

oleh itu, bersempena meraikan kehadiran bulan ini umat Islam menyambut perayaan kebesaran umat Islam bernama Aidilfitri.

maka dengan ini 1 syawal diishtiharkan cuti.
PUASA juga cuti...itulah sebabnya DIHARAMKAN BERPUASA pada hari ini

akan tetapi ada juga mereka yang tidak dapat cuti seperti polis, anggota traffic, bomba, anggota tnb, DJ-DJ radio, TV3, RTM dan sebagainya kerana menjalankan tugas, terima kasih kerana bertugas untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

dan termasuk juga PEROMPAK@PENCURI@PENYAMUN yang tidak bercuti menjalankan operasi mereka bersempena syawal ini. ooopps jangan marah yer...

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 11:33 PM

Saturday, November 13, 2004

Selamat Hari Raya Aidilfitri


ANAK CIPAN MAIN GITAR
ANAK BERUANG MAIN TABLA
KAD RAYA TAK BOLEH NAK HANTAR
TENGOK KAT BAWAH NI PUN JADI LA :)




::Islamic card center::


KAD RAYA BUAT SEMUA PENGUNJUNG NOIRKUDUS

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 8:16 AM

Friday, November 12, 2004

Pulanglah Berhari-raya dengan Selamat

PULANGLAH BERHARI-RAYA DENGAN SELAMAT

di sini ada dua perkara yang unik mengenai rakyat malaysia mengikut kaca mata noirkudus:

PERTAMA : rakyat Malaysia ini memang terkenal dengan sifat lemah lembut, sopan santun, berbudi bahasa, berbudi pekerti tinggi dan sebagainya. seluruh dunia kenal apa sifat orang melayu malaysia. jika kita ke arab saudi atau tanah arab, orang arab pun berkenan dengan orang malaysia. jika kita pergi ke europe, orang eropah pula yang berkenan dengan sifat orang malaysia, jika kita pergi ke amerika juga mereka cukup berkenan dengan orang malaysia. memang di mana-mana juga orang melayu ini dikenali sebagai bangsa yang lemah lembuh, sopan santun dan berbudi pekerti.

dan KEDUANYA : selain daripada sifat yang pertama tadi, rakyat malaysia juga terkenal kerana sikap kita ketika berada di atas jalan raya. siapa yang tidak hairan, bagaimana kita boleh menjadi di antara jaguh yang mendahului jumlah kematian maut di dunia melibatkan kecelakaan@kemalangan jalan raya. hairan bukan?? jika diikutkan logik sepatutnya segala kelembutan dan baiknya sifat orang malaysia ini khususnya orang melayu ini patut juga dapat diterjemahkan di atas jalan raya. akan tetapi ia berlaku di sebaliknya. hairan bukan??




cuba lihat gambar di atas...11 kereta berlanggar sebegitu teruk sekali...
hairan...hairan...hairan...sungguh menghairankan.

mengikut laporan yang pernah dikeluarkan..malaysia menduduki tangga ke 2 kemalangan maut tertinggi di dunia. wahhh...hebat bukan, daripada bangsa yang dikenali dengan bangsa yang sangat lemah lembut rupa-rupanya kita ini jaguh di atas jalan.

jika nak kata jalan raya di malaysia ini teruk sangat...berlubang sana sini ker? rasanya elok juga jalan raya@lebuh raya di malaysia ini. kecualilah ada beberapa lebuhraya yang mengikut laporan tidak berapa elok@tidak rata seperti yang berlaku di LPT (lebuhraya pantai timur) yang dilaporkan banyak kemalangan disebabkan jalan tidak rata. tapi rasa-rasanya jalan raya kita eloklah jugak.

jika nak kata jalan raya kita ini tidak berapa lebar...entahlah...tak tau nak cakap... ada orang kata sudah cukup lebar tapi ada orang kata tidak cukup lebar... wallahu a'lam. mungkin tidak cukup lebar untuk dipecut sana sini kot.

jika nak kata kempen keselamatan kurang... rasanya banyak kempen tentang keselamatan jalan raya oleh banyak pihak tidak kiralah di tv ker radio ker media massa ker dan mana-mana pun ada kempen. siap PAk Lah juga dah tak tahan sampai nak meleleh-leleh air mata dia kesedihan

jika nak kata pihak-pihak tertentu tidak mengambil langkah-langkah sewajarnya...tapi rasa-rasanya banyak langkah-langkah pencegahan diambil... tengoklah berapa juta habis semata-semata untuk kempen keselamatan jalan raya... tengoklah berapa banyak polis ditempatkan..sian polis-polis trafik tu tak cuti depa...

hairan...hairan...
kita tak dapat jadi jaguh di sukan olimpik mahupun sukan komanwel...kita jadi jaguh di jalan raya di kampung sendiripun jadilah yer...

jadi Ingat-ingatlah orang tersayang...siapa yang mahu orang yang dikasihi meninggalkan kita...lebih-lebih lagi meninggalkan kita dalam keadaan tragis... siapa sanggup melihat mayat terkepit di bawah lori, siapa yang sanggup melihat jasad digilis hingga putus kepala, pecah perut, terburai usus, siapa yang sanggup melihat bagaimana jasad hancur berkecai disebabkan kelajuan yang terlampau... siapa yang sanggup... jadi ingatlah orang yang tersayang...yang paling penting ingat ALLAH banyak-banyak... mungkin kemalangan ini sedikit sebanyak berpunca daripada sikap pemandu sendiri.

wallahu A'lam...

bersempena dengan hari perayaan ini, ada satu benda yang menarik perhatian noirkudus, yang diambil daripada majalah ujang bumper raya super dodol, di bawah tajuk segmen gear 8 bersama pak cik din :

punca eksiden di hari raya:

1) menunggang motor tanpa menggunakan helmet kerana nak beraya dengan songkok baru
2) ibu bapa membenarkan anak-anak menunggang motosikal walaupun takde lesen dengan alasan nak beraya
3) tidak memberi tumpuan sepenuhnya ketika memandu kerana sibuk mengesan rumah yang ingin diziarahi
4) memandu secara melulu kerana sakit perut akibat terlebih makan atau tersilap makan
5) membawa penumpang secara berlebihan sehingga hendak menukar gear pun terkial-kial
6) memandu atau menunggang dengan perasaan riyak kerana mahu menayang kenderaan yang mahu dibeli.


alahai pak cik din...kelakar pulak dibuatnya di musim perayaan ini...

apapun beraya tu beraya jugak keselamatan pun jaga juga... tak lari gunung dikejar... berhati-hatilah di jalan raya.

dan Allah juga berfirman di dalam Al-Qur'an :

Wala tulqu bi aidikum ilattahlukah yang bermaksud janganlah campakkan diri kamu ke arah kebinasaan.

wallahu A'lam

P/S : kasihanilah Dato' samy vellu menteri kerjaraya kita ni...hehehe :)
P/S : sayangi juga pak Lah...menangis pak lah nanti :)

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 9:23 AM

Kongsi Raya

cuba lihat beberapa ucapan bersempena hari deepavali ini seperti di bawah :

UCAPAN 1 : nama saya Siti Aminah (bukan nama sebenar) yang kini sedang berada di negeri sembilan. saya ingin mengucapkan selamat hari deepavali kepada kedua ibu bapa saya yang berada di pahang, kepada kakak saya yang berada di johor, kepada semua adik-adik saya dan semua sahabat-sahabat saya terutama yang beragama hindu. selamat Hari Deepavali

UCAPAN 2 : nama saya intan aminah (bukan nama sebenar). saya ingin mengucapkan selamat hari deepavali kepada semua yang MENGANUT DEEPAVALI (ada ker yang menganut deepavali??)...happy deepavali

UCAPAN 3 : bersempena dengan hari deepavali ini, saya Nur Aminah (bukan nama sebenar) ingin mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia selamat hari deepavali terutama yang beragama hindu. dan tidak lupa juga kepada umat islam yang lain, happy deepavali dan selamat hari raya aidilfitri

UCAPAN 4 : esok deepavali...lusa or tulat hari raya aidilfitri pula...semoga kita dapat berkongsi raya...daripada saya mohd...

PERSOALANNYA:

1) siapa yang memberi ucapan? muslim? muslimah?
2) apa status agama lain dengan Islam? setara?
3) apakah status hari kebesaran Islam dengan hari kebesaran agama lain?
4) ......
5) ......

hairan...
bagaimana boleh berlaku begini??
apakah umat ini jahil? bodoh? atau tidak tahu (hakikatnya sama saja maknanya)

kita seolah-olah mengiktiraf akan kebenaran agama lain. sedangkan kebenaran yang hakiki ialah pada agama Islam.
hari kebesaran agama Islam ialah untuk umat Islam sahaja... Allah menyediakannya bersempena dengan menyambut kemenangan selepas mengharungi ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadhan.

toleransi agama tentunya berbeza dengan toleransi antara kaum.

di malaysia ini dengan masyarakatnya yang majmuk memang perlunya ada kesatuan antara kaum bagi mewujudkan sebuah negara yang harmoni. akan tetapi itu tidak menghalalkan supaya perlunya juga kesatuan dalam agama. yes memang betul semua kaum perlu bersatu tidak kira melayu, cina, india, iban, kadazan, dayak, dusun, bajau, murut dan sebagainya walaupun hakikatnya kesemua kaum ini juga terdiri daripada pelbagai agama, tetapi ini adalah kesatuan di bawah satu bendera malaysia jalur gemilang.

misalkata di dalam kes perayaan ini. Aidilfitri ialah hari kebesaran dalam Islam. jika hari kebesaran agama lain juga boleh dikongsi bersama dengan hari kebesaran Islam, MAKA...TARAFNYA SAMA SAHAJA antara dua hari kebesaran ini.

mungkin di dalam masyarakat yang majmuk seperti malaysia ini, ada caranya untuk menyantuni kaum lain menyambut hari kebesaran mereka.

hairan juga...tidak cukup dengan aidilfitri, nak ditambah ucapan deepavali kepada sanak saudara pula...boleh ke nak ucap mama, hari ni deepavali...happy deepavali mama. papa...happy deepavali!! boleh ke sedangkan kita Islam. kalau dulu nadanya seolah-olah gurau senda, sekarang dah boleh serius pula. cukuplah sekadar kita meraikan mereka sahaja. kalau bukan deepavali, ada juga yang menyambut krismas sekali. pernah juga noirkudus dapat sms : merry christmas. ini pun sama juga...kita celebrate perayaan kristian pula.

Allah berfirman dalam surah al-kafirun ayat 1-6 :
qul ya aiyuhal kafirun, La A'budu Ma ta'budun, wa la antum a'biduuna ma a'bud, wa la ana a'bidun ma a'badtum, wa la antum a'biduuna ma a'bud, lakum dinukum wa liya din.

wahai orang-orang kafir, aku tidak menyembah apa yang engkau sembah, dan engkau pula tidak sembah apa yang aku sembah, dan aku tidak beribadah cara engkau beribadah, dan engkau tidak beribadah cara aku beribadah. untuk kamu agama kamu dan untuk aku agama aku.

mereka yang raya kita pula yang lebih-lebih sambut raya depa...cukuplah sekadarnya kita menghormati tanpa merayakan perayaan mereka dan menyantuni mereka dengan niat berdakwah...Allah berfirman :

wa man ahsanu qaulan mimman da'a ilallah wa a'mila sholihan wa qola innani minal muslimin.

apakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang mengajak kepada Allah dan ber'amal soleh dan mereka berkata sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam.

kalau tahun lepas kongsi raya juga tapi aidilfitri dengan tahun baru cina... itu tidak mengapa kerana bukannya berkongsi 2 perayaan keagamaan kerana tahun baru cina itu bukanlah sambutan kebesaran keagamaan... tetapi ianya macam sambutan tahun baru bagi kaum cina...

walaupun kebebasan beragama itu diberikan tetapi ini tidak bermakna kita mesti menyambut perayaan mereka...kerana ini bersangkutan dengan kepercayaan yang mana ianya melibatkan aqidah...

pada masa sekarang ini pula sedang menular satu fahaman pluralisme agama... yang mana pluralisme agama ini dapat difahami sebagai menyamakan semua agama dalam erti kata kebenaran ada dalam semua agama dan keselamatan boleh dicapai menerusi mana-mana agama.

mungkin dalam kes kongsi raya ini boleh dibezakan dengan pluralisme agama kerana mungkin ianya hanya bertujuan untuk meraikan agama dan bangsa yang pelbagai di malaysia. tetapi harus juga berhati-hati di dalam menyambutnya.

kita sebagai rakyat malaysia yang unik yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik juga agama... memang seharusnya kita berkongsi segala macam kebudayaan dan keunikan... akan tetapi, jika ianya bersangkutan dengan aqidah Islam tidak semuanya boleh dikongsi.

INGAT sekali lagi...jika ianya bersangkutan@berkaitan dengan akidah maka tidak semua boleh dikongsi... mungkin kita boleh berkongsi ketupat dan lemang... mungkin kita boleh berkongsi dodol dan sebagainya... akan tetapi bolehkah kita berkongsi takbir??? dan sebagainya...ISLAM ITU AGAMA YANG SEBENARNYA DI SISI ALLAH. PELIHARALAH ISLAM. TIADA AGAMA YANG LEBIH TINGGI DARIPADA ISLAM MELAINKAN HANYA ISLAM AGAMA YANG PALING TINGGI DAN AGUNG.

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 9:18 AM

Al-Fatihah









AL-FATIHAH...

PEMERGIAN PRESIDEN PALESTIN, YASSER ARAFAT KE RAHMATULLAH PADA JAM 10.30 PAGI SEMALAM 11/11/04...

YANG HIDUP PASTI AKAN MATI...WALAU SETINGGI MANA KITA DUDUK JUGA PASTI AKAN MATI JUGA

SEORANG PEMIMPIN SUDAH PERGI...PALESTIN KEHILANGAN SEORANG PEMIMPIN YANG MERUPAKAN SIMBOL PERJUANGAN PEMBEBASAN PALESTIN.

SEMOGA DATANG LAGI PEMIMPIN YANG LEBIH BAIK LAGI...
ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI NASIB RAKYAT PALESTIN SELEPAS INI.

YA ALLAH BERIKAN KEMENANGAN KEPADA UMAT ISLAM YA ALLAH
AMINN

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 8:50 AM

Thursday, November 11, 2004

Menjana Generasi Qur'ani

MENJANA GENERASI QUR'AN YANG ISTIMEWA (JIL AL-QUR'AN AL-FARID) SEPERTI GENERASI PERTAMA ISLAM YANG DIBENTUK OLEH RASULULLAH





Ramadhan berada di penghujungnya...jika sehari di bulan Ramadhan ini kita membaca satu juzu' al-Qur'an, bukankah dalam masa satu bulan akan khatam al-qur'an itu. itu mengikut logik jikalau perkiraannya begitu.

mungkin ramai yang mencapai perkiraan seperti di atas dan mampu untuk khatam sekali dalam bulan Ramadhan... inilah satu-satunya bulan dalam setahun yang mana kebanyakan umat Islam mampu mencapainya...kerana dalam bulan lain susah juga hendak membaca al-Qur'an...

akan tetapi ianya hanya baca sekadar dibaca yang mana tiada penghayatan dan pemahaman tentang isi al-qur'an itu sendiri.

al-qur'an ialah mukjizat nabi muhammad saw yang akan kekal sehingga hari qiamat yang diturunkan kepada umat muhammad sebagai petunjuk@pedoman kepada umatnya.

Inna Nahnu Nazzalnazzikra wa inna lahu lahafizun

Maksudnya : sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Qur'an dan sesungguhnya kamilah yang menjaganya. (al-Hijr : 9)

malam akhir ramadhan ini biasa diadakan majlis khatam quran sama ada dilakukan di masjid, surau, sekolah, rumah dan di mana-mana sahaja. ianya mungkin juga bagus kerana kebiasaannya keterlibatan adalah daripada golongan muda. ini boleh merupakan pendedahan bagi mereka mendekati al-qur'an. tetapi sejauh mana pendedahan itu diberikan??

telah kita ketahui bahawa GENERASI TERBAIK IALAH GENERASI PARA SAHABAT yang telah dididik oleh Rasulullah. kemudian generasi tabi' dan kemudian tabi' tabi'in dan seterusnya.

generasi sahabat ini dipanggil sebagai GENERASI QURAN YANG ISTIMEWA (JIL AL-QUR'AN AL FARID)

bagaimana kehebatan generasi sahabat terserlah??sehingga dipanggil generasi terbaik, generasi istimewa??
kehebatan mereka terserlah disebabkan mereka membaca al-Quran bukan setakat membaca, bukan juga sekadar menelitinya, dan bukan juga sekadar merasai dan menikmatinya akan tetapi mereka membaca al-Qur'an untuk melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung di dalamnya.

dahsyat bagi kita yang berada di dalam dunia sekarang ini yang mana kita rasa tidak mampu untuk melakukan seperti itu. usah dikatakan dibaca untuk melaksanakan perintah al-quran bahkan untuk merasai dan menikmatinya juga belum lagi tercapai maqam itu.

itulah sebabnya kita tidak perlu lagi untuk merasa hairan bagaimana Islam dapat mengubah mereka daripada zaman jahiliah kepada zaman kegemilangan, daripada kesesatan kepada kebenaran, daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah. begitulah al-quran yang membina peradaban umat.

tidak hairan jugalah jika pada waktu generasi sahabat dulu apabila turunnya ayat al-quran yang memerintahkan pengharaman arak, mereka boleh terus meninggalkan arak.

wahai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya arak, judi, berhala, dan undian adalah kotor dari perbuatan syaitan (al-Maidah 90-91)

bagaimana mereka boleh meninggalkan arak sedangkan ketika zaman jahiliah mereka inilah kaki minum yang sangat kuat. satu hari berapa tempayan arak yang mesti dihabiskan. saidina umar al-khattab juga merupakan salah seorang daripada mereka.

pengharaman arak dilakukan secara berperingkat (al-isra': 106) sehinggalah pada peringkat pengharaman secara total (al-maidah 90-91) mereka meninggalkannya secara total juga termasuk Umar al-khattab yang akhirnya memecahkan tempayan-tempayan arak miliknya.

tidak hairan juga jika diperintahkan solat 5 waktu mereka boleh mengerjakannya, malah jika dalam peristiwa Isra' Mi'raj nabi Muhammad menerima pensyariatan awal sebanyak 50 rakaat pun, tidak mustahil juga mereka akan melaksanakannya. ini kerana al-quran dibaca untuk melaksanakan perintah yang terkandung di dalamnya.

tidak hairan juga apabila jihad menentang golongan kuffar diperintahkan mereka terus mengangkat pedang melawan tentera kafir walaupun bilangan mereka sangat sedikit dan kurangnya kelengkapan perang.

tidak hairan juga apabila ayat tentang sedekah diturunkan, mereka terus berlumba-lumba menginfakkan segala harta yang mereka sayangi.

itu baru sebahagian daripada contoh...cuba fikirkan, bagaimana sampai begitu hebat sekali generasi sahabat menerima al-quran dan melaksanakan perintahnya.

cuba dibandingkan dengan ZAMAN SEKARANG PULA.

amat hairan sekali ramai yang tidak mengerjakan sembahyang sedangkan di dalam al-quran terang-terangan mengatakan sembahyang itu wajib, malah pensyariatannya hanya 5 KALI SEHARI SEMALAM, susah sangat ker?? hairan bukan??.

amat hairan sekali apabila ramai yang tidak mengeluarkan zakat sedangkan perintah al-quran mengatakan zakat itu wajib. zakat hanya diperintahkan serendah 2.5% daripada harta. banyak sangat ker?? hairan bukan??

amat hairan sekali ramai yang mempercayai kata-kata ASTORA JABAT apabila ramai tidak memakai tudung sedangkan al-Quran mengatakan memakai tudung itu wajib (surah an-Nur ayat 31), malah ramai yang mendedahkan aurat, terbuka sana sini, terdedah sana sini. orang miskin yang menutup aurat lebih kaya daripada orang kaya yang tidak menutup aurat. susah sangat ke?? hairan bukan??

amat hairan sekali kerana umat Islam sanggup bersekongkol dengan orang kafir sehinggakan membawa kepada porak-perandanya umat Islam sedangkan al-quran menyuruh kita menentang orang kafir untuk mempertahankan agama Allah ini.

amat hairan sekali kerana ramai yang meminum arak, malah di negara Islam yang berkonsepkan Islam hadhari ini mempunyai kilang arak terbesar di asia tenggara sedangkan al-quran mengharamkan arak.

malah bukan setakat orang yang meminum arak diharamkan bahkan 10 golongan lain yang berkaitan arak juga diharamkan (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya,(3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya,(10) yang minta dibelikannya (riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

ini bermakna yang memberikan lesen juga termasuk dalam kategori...
siapa yang memberi lesen kepada kilang-kilang arak???

dan amat hairan sekali terdapat umat Islam yang berjudi dan lebih menghairankan di negara Islam Hadhari ini terdapatnya tempat perjudian judi yang terbesar di asia tenggara, sedangkan al-quran mengharamkan segala bentuk perjudian.

wahai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya arak, judi, berhala, dan undian adalah kotor dari perbuatan syaitan (al-Maidah 90-91)

begitulah banyak perbezaan antara generasi sahabat dengan generasi sekarang. generasi sahabat al-qur'an itu sebati dengan jiwa mereka, bukan setakat difahami maknanya bahkan segala arahannya dijunjung.

begitulah generasi sahabat, merupakan generasi yang sangat hebat sehinggakan Allah mengiktiraf kehebatan mereka di dalam alquran. mereka inilah yang dikenali sebagai JILUL QURANUL FARID (GENERASI AL-QUR'AN YANG ISTIMEWA)

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada manusia, menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran, serta beriman kepada Allah (ali-imran: 110)

ayat ini ditujukan kepada umat Muhammad sebagai sebaik-baik umat tetapi lebih khusus lagi generasi sahabat.

andaikata jika generasi sekarang dapat dibentuk menjadi GENERASI QUR'ANI seperti generasi sahabat...alangkah KECILNYA GEORGE W BUSH DAN AMERIKA ITU UNTUK DITENTANG DAN DIPERANGI atas nama Islam di bawah kalimah La ilaha illallah. akan tetapi hakikat zaman sekarang, umat islam itu sendiri yang tidak mengamalkan isi al-quran itu sendiri yang mana di situlah terkandungnya ajaran Islam, yang akhirnya Islam itu kelihatan lemah.

rahsianya cukup mudah...baca al-quran, hayati serta fahami isinya, kemudian laksanakan perintah yang terkandung di dalamnya, maka kita akan menjadi generasi qur'ani yang hebat sepertimana generasi sahabat.

sedangkan generasi sekarang tidak lagi menjadikan al-quran sebagai panduan@pedoman malah kebanyakannya sudah jauh dari al-quran.

malah...apa yang lebih dirisaukan ialah, apakah generasi yang akan datang ini akan mengenali al-quran?? jika al-quran itupun sudah tidak dikenali, apatah lagi mahu menjadi GENERASI QUR'ANI.

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 8:31 AM

Wednesday, November 10, 2004

Lagi isu PTPTN







ini kali kedua noirkudus menyentuh isu ini...kali pertama pada post 8/11/04 terdahulu ketika isu ini mula ditimbulkan oleh cadangan pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail agar peminjam perlu membayar balik pinjaman selepas dua bulan ia dikeluarkan.

jikalau isu ini remeh temeh, mana mungkin ianya menjadi berita utama di semua akhbar...jikalau isu ini remeh temeh masakan ianya mendapat perhatian perdana menteri...

PENDIDIKAN dengan ISLAM sebenarnya begitu sinonim...apatah lagi Islam mengangkat martabat umatnya daripada zaman jahiliah kepada zaman yang terang benderang bermula dengan proses mengangkat martabat akal.

PENDIDIKAN merupakan KEPERLUAN ASAS yang perlu disediakan oleh sesebuah kerajaan. justeru itu, setiap orang berhak merespon berkenaan isu ini. cuba lihat surat pembaca berita harian di atas...bukan sahaja pelajar yang mengulas isu ini, malah Dr Ahmad Zaki itu mungkin noirkudus boleh menganggapnya sebagai academician@ahli akademik, yang mana turut serta respon terhadap isu ini.

pendek kata :

1) cadangan tersebut tidak munasabah

2) bercanggah dengan seksyen 26(1) akta perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997(akta 566)

3) jika masalah yang dihadapi ialah hanya 19% sahaja yang membayar balik... maka sepatutnya baki 81% tersebut yang perlu diberikan perhatian dan diburu...bukannya melaksanakan cadangan baru yang membebankan banyak pihak lain.

pelajar-pelajar yang mendapat tajaan lain seperti Petronas, JPA, TNB, Telekom dan sebagainya tidak seharusnya ketawa... kerana isu PENDIDIKAN ialah isu nasional.

bidang PENDIDIKAN ini sepatutnya diberi percuma seperti yang telah dilakukan oleh banyak negara seperti arab saudi, dan juga negara maju lain...ini kerana PENDIDIKAN asas sebuah negara.

malaysia ni dah laa kena bayar...membebankan pulak tu...patutpun masih ada lagi ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak ke sekolah walaupun ke sekolah rendah...

nak daftar anak ke sekolah rendah kena jual kambing, nak daftar ke sekolah menengah jual lembu...nak daftar anak ke universiti kena jual tanah...kalau anak 15 macam mana???

bila laa agaknya pendidikan di malaysia akan mendapat tajaan sepenuhnya?? tunggu dah ada cucu nanti kot...

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 11:05 PM

Malam Qadar

MALAM QADAR JATUH 27??

Sesungguhnya kami telah menurunkan ia (al-Qur'an) pada malam Lailatul Qadr. Dan tahukah kamu apakah itu malam Qadar. Malam Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Diturunkan pada malam itu para malaikat dengan izin tuhan membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar.
(surah al-Qadr ayat 1-5)


pendek bukan surah al-Qadr ini...cuma 5 ayat...
tapi banyak yang tidak memahaminya...

dan juga terdapat hadis...

Barangsiapa yang beribadah pada malam Lailatul Qadr nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (Hadis Bukhari Muslim)


memang cukup pendek dan ringkas...
untuk manusia menyelaminya...
apa itu Lailatul Qadr?? (wa ma adraaka ma Lailatul Qadr)
ia lebih baik dari seribu bulan...

malam tadi malam ke 27 bukan?? ada riwayat mengatakan malam ke 27... dan ada yang mengatakan 10 terakhir... dan pendek kata kita kena beribadah setiap malam agar tidak terlepas apa yang dicari..

malam tadi di masjid ramai yang mengerjakan Qiamullail berjamaah..
ada juga yang mengerjakannya di rumah saja..
tidak terlepas ada yang mengerjakan qiamullail di kelab malam..
ada yang menyambutnya di tepi-tepi jalan...

dan ada juga yang menunggu-nunggu petanda-petanda yang pelik@ganjil barulah mahu mengerjakan ibadah malam qiamullail. noirkudus pernah menyatakannya pada post terdahulu...dan di sini ada yang menariknya berkenaan dengan satu kisah daripada sahabat noirkudus bernama akhifaizul yang dimasukkan dalam ruangan komen. ini kisahnya :


teringat citer ust Mohd Farid Ravi Abdullah hari tu tentang apa yg org melayu kita katakan malam kemuliaan nie. Ada yang kata air perigi bakal melimpah lah. Dan macam-macamlah lagi. Dan bila toeri perigi nie digunakan, maka adalah sekumpulan org akan tunggu di perigi. Bila tengok perigi tu melimpah si kawan yg tunggu tadi nie pon calling lah kawan-kawan yg lain. "ok gang malam nie malam al-qadar, air perigi dah melimpah.Mari kita beribadat." Antara cerita ust yg membuat audience tersenyum sinis


Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 3:09 AM

Monday, November 08, 2004

Noirkudus risau

PERKARA SATU

AMERIKA MENGGILA BUSH MEMBABI BUTA
sejak kelmarin bertalu sms sampai kepada noirudus meminta didoakan keselamatan FAllujah. dan pagi tadi juga pukul 9.04 am, msg dari ibnu hazam berbunyi :


Jgn lupa doakan saudara2 kita di FALLUJAH Iraq, yang sedang dikepung oleh 12,000 tentera salib dan akan dibumi hanguskan hari selasa 9/11/04 ini. Ya Ikhwan! Demi ALLAH kita akan ditanya ALLAH tentang keselamatan mereka. apapun yang mampu kita lakukan harus ditempuh walaupun seminima doa.manfaatkan bulan barakah ini. ALAHUMMA YAHAZIMAL AHZAB IHZIM AMERIKA BIQUDRATIKA WANSHUR IKHWANANA MUJAHIDIN FI FALLUJAH ALLAHUMMA TSABBIT QULUBUHUM. Amin (sebarkan seluas mungkin)


ini menunjukkan Bush semakin ego selepas dapat mengekalkan Kuasa untuk 2 penggal. sama macam Fir'aun...lagi lama berkuasa lagi ego...

tapi berita akhbar hari ini mengatakan lebih 20,000 bersedia membedil Fallujah.
Wallahu A'lam...sama-sama kita berdoa...

BACA : 20,000 tentera Amerika Syarikat sedia serang Fallujah


PERKARA DUA

nampaknya banjir yang melanda ibu negara berikutan hujan lebat semakin banyak menyebabkan berlakunya tanah runtuh...

macam-macam usaha dilakukan bagi mengawal masalah banjir ini... tapi maklumlah, manusia ini bukannya tuhan, kita sudah pandai merosakkan bumi tuhan ini mungkin inilah balasannya. tapi bagi sesiapa yang percaya kepada Dato' Seri Samy Vellu kita ini- percayalah bahawa ini sesungguhnya sudah ditaqdirkan... semua taqdir belaka apa mau buat- dengar cakap samy vellu tu...



(LUKISAN NUDIN YANG DI SCAN DARI BERITA HARIAN)
AIYAA...TAPI...SAMY VELLU KATA INI SEMUA TAKDIR??

noirkudus ketika berbuka semalam sedih juga mengenangkan satu keluarga yang mana banglo setingkat mereka runtuh di Gombak yang mengorbankan seorang anak berusia 8 tahun. sayu rasanya bila memikirkan kita berada dalam situasi tersebut. cuba bayangkan kita dalam situasi itu, kematian orang tersayang, dalam menyambut Ramadhan, menuju kepada kemeriahan menyambut syawal, sebak rasanya, berbuka puasa juga tidak macam orang lain, ramadhan juga tidak seperti orang lain...apatah lagi syawal...

PERKARA TIGA

PTPTN dibayar balik 2 bulan selepas menerima pinjaman tersebut. Adilkah? tajuk utama utusan Malaysia hari ini.

bagi para pelajar yang menerima PTPTN...kalau rasa tak adil bangunlah mengutarakan kepentingan anda...ibu bapa kepada pelajar tersebut juga perlu segera bangkit kerana ini juga melibatkan anda...

Wallahu A'lam...noirkudus pun tidak tahu...janganlah disebabkan kurang 20% orang yang membayar balik pinjaman tersebut, yang lain juga menjadi mangsa. tidak semua ibu bapa yang mampu menanggung anak mereka ke universiti. ada yang jual lembu di kampung semata nak daftar anak ke universiti. anak yang jual tanah, ada yang gadai tanah semata-mata kerana anak nak masuk universiti.

inilah dia balasan menjual lembu dan balasan menjual tanah... jika dalam masa dua bulan pelajar tidak dapat membayar maka ibu bapa yang tanggung membayar balik... maka noirkudus pun tidak tahu apa lagi yang nak dikorek-korek daripada poket ibu bapa untuk melihat anak berjaya...

ini baru di peringkat cadangan katanya...
Wallahu A'lam...noirkudus pun tak tahulah...kita tengok aje... sepatutnya pendidikan sebagai perkara asas patut pelajar-pelajar ditaja pembelajarannya... Wallahu A'lam

BACA : Bayar balik PTPTN selepas 2 bulan menerimanya


PERKARA EMPAT

Kesihatan Presiden Palestin Yasser Arafat.

di kala seorang tengah berjuang untuk hidup dan mati...di sana jugalah berlaku perebutan kuasa dan di sana jugalah berlakunya perebutan harta... sedih bukan??
siapa yang untung??? YAHUDI...YAHUDI... siapa pula yang rugi?? UMAT ISLAM terutama sekali rakyat palestin...



HMM...SENYUM JER YEK SHARON...SUKA YER???

tentunya ini amat menyedihkan... kita semua sebagai saudara sesama Islam...hanya mampu berdoa...semoga dengan usaha yang sedikit @ sekecil ini akan diterima Allah juga bersempena dengan bulan yang mulia ini.

BACA : Saha tuntut harta suami

BACA : hati Arafat gagal berfungsi


Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 10:54 PM

Orang Kaya Semakin Kaya Yang Miskin Papa Kedana (2)

ORANG KAYA SEMAKIN KAYA YANG MISKIN PAPA KEDANA (2)

Di sana sini tergantung kain rentang INGAT RAMADHAN INGAT ZAKAT... di masjid-masjid juga begitu... begitu juga di sana sini kain rentang ZAKAT BUKAN SEKADAR ZAKAT FITRAH...

jadi, apakah maknanya semua ini...barangkali masyarakat kita ini perlu disedarkan tentang perlunya dikeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ini... dan masyarakat kita juga perlu disedarkan bahawa terdapat juga zakat lain selain daripada zakat fitah seperti zakat harta benda, binatang ternak dan sebagainya.

itu semua di selangor... di luar selangor tak tahulah...sebab noirkudus ramadhan ni tak keluar lagi daripada wilayah selangor ni...

Allah berfirman di dalam surah at-Taubah ayat 103 :

Huz min amwalihim sodaqatan tutohhiruhum wa tuzakkihim biha

bermaksud : ambillah zakat dari sebahagian harta mereka dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka


inilah yang berbezanya Islam dan agama lain...tanggungjawab sosial begitu diambil berat...ini menunjukkan Islam begitu prihatin tentang masalah umatnya.

siapa yang betul-betul mendapat jaminan Islam ini?

sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dijinakkan hatinya, untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah, dan orang-orang musafir dalam perjalanan, sebagai satu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah maha mengetahui dan maha bijaksana.
(surah at-taubah ayat 60)


ayat di atas menyatakan 8 golongan orang-orang yang layak menerima zakat.

akan tetapi, apa yang sinonim dengan umat Islam di seluruh dunia ialah kemiskinan. ramai yang tidak dapat keluar daripada kepompong kemiskinan. malah umat islam menjadi terus miskin.



KANAK-KANAK INI SEDANG BERATUR MENUNGGU GILIRAN UNTUK MENERIMA MAKANAN. KEADAAN DI MALAYSIA MASIH LAGI BAIK DAN AGAK KAYA BERBANDING DENGAN NEGARA-NEGARA LAIN YANG LEBIH MISKIN

Dr Yusuf al-Qardhawi di dalam bukunya Peranan Nilai dan Akhlak dalam Ekonomi Islam (Dawru al-Qiyam wa al-Akhlaq fi al-Iqtisad al-Islamiy) memberikan 6 keistimewaan jaminan sosial dalam Islam, dan mengapa ia lebih istimewa daripada jaminan sosial pada masyarakat barat

1) Islam jauh lebih awal dalam memperkenalkan sistem jaminan sosial, iaitu selama lebih dari 14 abad.

2) sifat jaminan sosial dalam Islam sangat menyeluruh, mencakupi seluruh golongan yang memerlukan seperti orang-orang fakir, miskin, orang yang dibebani hutang, orang yang kehabisan bekal dalam perjalanan, para janda, anak-anak yatim dan lain-lain

3) sifat jaminan sosial dalam Islam MENCAKUP SEMUA JENIS KEPERLUAN, sama ada yang bersifat kebendaan atau kerohanian

4) pengumpulan dana untuk keperluan sosial merupakan kewajipan Islam. malah ia merupakan salah satu rukun Islam yang disebutkan beserta solat dan Iman kepada Allah yang maha agung

5) Rasa tanggungjawab sosial yang menyeluruh, sama ada terhadap diri sendiri, keluarga, unit sosial kecil (jiran dan sahabat dekat), terhadap masyarakat, ataupun negara.

6) wawasan sistem jaminan sosial dalam Islam meliputi pelbagai masa dan tempat, melibatkan pelbagai generasi dan pelbagai wawasan

tapi hairan bukan, HAKIKAT sekarang, yang kaya semakin kaya raya tapi yang miskin papa kedana.

mungkin kita boleh renungi sebetul-betulnya kata-kata khalifah Muawwiyah ini yang ditujukan kepada para penguasa ; Abu Bakar tidak mahukan dunia, dan dunia tidak datang kepadanya. Umar dikehendaki oleh dunia tapi beliau tidak menghendakinya. manakala kami bergelumang dengan dunia secara zahir dan batin.

dan satu lagi kata-kata yang sangat masyhur : Jika umat Islam sedang memerlukan, maka tidak ada seorang pun yang mempunyai harta

jadi, apakah sistem ekonomi Islam tidak sempurna?? atau apakah orang kaya hanya tahu mengumpul harta tetapi tidak mahu mengeluarkan zakat?? atau berlaku corruption atau penyelewengan mengendalikan harta zakat??

Wallahu A'lam

::baca post sebelum ini: Orang Kaya Semakin Kaya, Yang Miskin Papa Kedana::


| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 9:46 AM

Sunday, November 07, 2004

Lambaian Kampung Menggamit Perasaan


LAMBAIAN KAMPUNG MENGGAMIT PERASAAN



Gambar model jer: kampung tradisional di melaka ::thingsasian::


LAGU BALIK KAMPUNG SUDIRMAN

Perjalanan Jauh Tak Kurasa
Kerna Hatiku Melonjak Sama
Ingin Berjumpa Sanak Saudara
Yang Selalu Bermain Di Mata

Nun Menghijau Gunung Ladang Dan Rimba
Langit Yang Tinggi Bertambah Birunya
Deru Angin Turut Sama Berlagu
Semuanya Bagaikan Turut Gembira

O-Ho-Ho..Balik Kampung..!!
O-Ho-Ho..Balik Kampung..!!
O-Ho-Ho..Balik Kampung..!!
Hati Girang...!! (2x)

Terbayang Wajah-Wajah Yang Kusayang
Satu-Satu Tersemat Di Kalbu
Pasti Terubat Rindu Dihati
Menyambut Kepulangan Ku Nanti

lagu Balik kampung dendangan Allahyarham sudirman ini sudah mula kedengaran di corong-corong radio...balik kampung...balik kampung...seronok bukan??

semua orang mengaku balik kampung...orang kuala Lumpur pun ngaku juga mereka balik kampung... bila tanya balik mana?? aku balik kampung kat KL... hehehe KL pun kampung juga... jangan main-main:)

sikit-sikit orang balik kampung...
esok lusa mula lengang...kuang...kuang...nak dok KL ajelah...
orang kata bila raya boleh tidur atas jalan di KL...

Wallahu A'lam...

P/s : nak cuba tidur atas jalan...

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 1:01 AM

Saturday, November 06, 2004

US Presidential Election 2004 (Bhgn 4)


PILIHANRAYA PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT 2004

KEMENANGAN GEORGE W BUSH




YAHOO...HOOREY...HOOREYYY...4 TAHUN LAGI...4 TAHUN LAGI...



BUSH DAN BABI-BABINYA SEDANG MENYAMBUT KEMENANGAN UNTUK MEMERINTAH SELAMA EMPAT TAHUN LAGI...BERSEDIALAH WAHAI TENTERA-TENTERA BABIKU...



NI BABI YANG BETUL-BETUL BABI, ADA RUPA BUSH KER?? KER BUSH ADA RUPA DIA??

BUSH DAN BABI, SIAPA YANG LEBIH BABI?

gambar di atas itu bukan noirkudus yang buat yer...
itu seorang pelukis cartoon humour yang lukis namanya HUFFAKER..
::CLICK DI SINI UNTUK KE LAMAN POLITICALHUMOUR...LUKISAN HUFFAKER::

mungkin itulah luahan daripada hatinya yang mana ingin mengatakan bahawa bush itu sebagai kepala babi, dan tentera-tentera bush itu ialah tentera-tentera babi.

agak-agak siapa yang babi??
mungkin babi tak sama dengan George w bush...
tapi mungkin bush sama dengan babi...kihkihkih...
yelah kan...sondol sana sondol sini...
yang disondolkannya ialah negara-negara islam dan umat-umat Islam...

nampaknya rakyat Amerika memang menyokong perjuangan Bush...

Wallahu A'lam

P/S : noirkudus tidak mengatakan bush itu babi...
P/s : noirkudus sangat hairan bagaimana john kerry boleh mengaku kalah...ingatkan sejarah Bush vs Al-Gore akan berulang...dulu bukan main kata dah sediakan peguam takut kes Florida berulang kembali...sekarang kes Ohio tak sempat nak mengulang sejarah florida dulu.

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 8:47 PM

Friday, November 05, 2004

Beras Sumber Bagi Perut

BERAS SUMBER BAGI PERUT

daripada padi menjadi beras...
daripada beras menjadi nasi...
NASI itulah yang menjadi makanan bagi perut manusia.

ada orang kata tanpa nasi aku tak boleh hidup...
ada orang kata tanpa nasi aku tak senang duduk...
ada orang kata tanpa nasi aku sakit perut...

pendek kata, apa orang kata NASI IS LIFE

tapi orang amerika tak makan nasi...diorang makan burger, pizza dan apa-apalah yang seangkatan dengannya...
itu sebab mereka rasa lebih mulia...
bukankah itu makanan elit...

akan tetapi nasi daripada beras,
beras daripada padi,
padi dihasilkan oleh petani,
petani ini kebanyakannya adalah yang miskin di asia.
sebab itu mereka pandang orang asia macam kuman.

inilah makanan ruji bagi kebanyakan orang asia...
kecuali bagi orang yang dah lama kat oversea...
lama dok arab balik sini biasa makan roti jer..
lama dok amerika balik sini makan McD jer...



PESAWAH DAN SAWAH PADI MEREKA BERSAHABAT BAIK
ITULAH SEBABNYA MEREKA CUKUP SERASI

Allah berfirman di dalam Al-Qur'an dalam surah Nuh ayat 19-20:

Wallahu ja'ala lakum al-ardho bisatho, Litaskunu minha subulan fijaja

Allah menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, supaya kamu menjalani jalan-jalan yang luas padanya


itulah sawah padi ciptaan Allah yang indah terbentang...orang yang lahir, membesar dan menetap di Kuala Lumpur ni mungkin kurang merasai keindahan sawah padi. akan tetapi bagi orang yang lahir di sawah padi, membesar di sawah padi...sawah padi itulah kehidupan mereka.

bagi orang kampung...sawah padi itu lebih sinonim dipanggil bendang.
noirkudus ini memang asal keturunan orang yang mengusahakan bendang. datuk dan nenek sebelah mak dan ayah mengusahakan bendang.
alangkah manisnya kenangan pertama kali turun ke bendang ini...dengan perasaan takutnya pun ada...nak tangkap belut pun takut...akan tetapi itulah kehidupan... orang yang sudah biasa bergelumang dengan bendang, inilah kehidupan mereka.



TENGOK-TENGOK...INILAH PADI

Ahaaa...itulah padi...yang sudah pun masak...dan belum diproses..
kita ni tahu beli yang sudah siap...mak pergi beli beras, si anak atau suami yang junjung bawak masuk rumah...

itulah hakikat, nak makan senang...tapi nak menghasilkannya??...petani jugaklah... itulah sebabnya jasa mereka sangat dihargai... mereka ada persatuan sendiri... dan lebih khusus adanya lembaga padi negara (LPN).

cuba bayangkan kalaulah kesemua orang yang mengusahakan bendang mogok lapar, nampak gayanya semua rakyat kebuluran tak makan nasi... kena makan McDonalds pulak ker, KFC ker, Pizza ker...

tapi kalau pekerja KFC mogok lapar, hahaha biarkan ajelah...boleh makan pizza pulak...McD pun ada...

tapi beras sebenarnya bukan sekadar beras untuk dimakan, ia sudah hidup bersama-sama masyarakat sehinggakan berkongsi segala macam kebudayaan, tradisi, dan sebagainya. sehinggakan di sesetengah kawasan ia menjadi sebahagian daripada festival keagamaan, majlis perkahwinan dan sebagainya.

di sabah terdapatnya Pesta Keamatan, atau pesta menuai yang disambut kaum kadazan dan dusun sebagai meraikan hari tuaian yang baik. di sarawak pula disambut hari Gawai oleh masyarakat Iban dan Bidayuh untuk meraikan tamatnya musim menuai padi.

begitulah dahsyatnya pengaruh padi ini...sehinggakan muncul formula 'tiada padi, tiadalah kehidupan'...maknanya bukan setakat untuk dimakan sahaja.

akan tetapi dalam Islam, itulah dia kurniaan Allah yang mana Allah telah menghamparkan hamparan yang luas ini sebagai sumber rezeki kepada manusia dan juga menjadi makanan kepada manusia, supaya manusia bersyukur.




INILAH TANGAN YANG MENGHASILKAN BERAS UNTUK MANUSIA

ada sekali bulan puasa ni tengah traffic jam tak sempat berbuka, maka berkatalah seorang kawan, kita beli aje murtabak di tepi jalan ni. lepas makan murtabak, maka berkata pula : 'aku tak boleh laa kalau tak makan makanan berasaskan beras ni, lepas ni kita cari ajelah nasi'. begitulah hakikat beras dalam masyarakat.

hahaha...tak sampai pun sehari tak makan nasi... tapi lebih bersyukur kerana kita masih lagi boleh lagi boleh makan apa sahaja yang kita mampu...berbanding sesetengah daripada masyarakat di tempat lain di seluruh dunia walaupun sebutir nasi pun mereka berebut. ada juga yang namanya petani, menghasilkan beras untuk orang lain, tetapi mereka dan keluarga mereka hidup sengsara...

mungkin kerana memikirkan nasib petani, dan juga kepentingan mereka, anwar Ibrahim dulu sanggup ditahan di bawah ISA selama 2 tahun, kerana memimpin demonstrasi untuk menangani isu kemiskinan di Baling pada tahun 1974.

siapa lagi nak jadi macam Anwar Ibrahim??
mungkin kita kena berterima kasih kepada petani, yang mengusahakan satu anugerah Allah yang tidak terhingga ini untuk manusia seluruhnya.

Wallahu A'lam

P/S: ada orang suruh boikot beras siam...tapi risau juga ntah-ntah yang menghasilkannya orang Islam di selatan thailand tu... tapi boikotlah barang lain, seperti shampoo diorang ker, apa-apa lagilah... hahaha:)

P/S: satu lagi...orang kata hidup untuk makan, bukan makan untuk hidup... tapi MAKANLAH UNTUK HIDUP bukannya hidup ni untuk makan jerr...

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 7:58 PM

Thursday, November 04, 2004

US Presidential Election 2004 (Bhgn 3)


PILIHANRAYA PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT 2004

GEORGE W BUSH 51%
JOHN KERRY 49%




DIAMBIL DARIPADA MINICLIP.COM
GAME BERSEMPENA PILIHANRAYA PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT 2004

alahai...
dok bertumbuk dok bertinju...bush menang sekali lagi...
habislah dunia...tak aman-aman lagi walaupun hakikatnya kalau kerry menang pun belum tentu dunia ni aman..

EMPAT TAHUN LAGI BUSH MEMEGANG TAMPUK DUNIA



GAMBAR TERBARU SELEPAS BERJAYA MENGEKALKAN KERUSI PRESIDEN

nampaknya Bush pegang mandat lagi 4 tahun lah yer.
nak buat macam mana kita ni...

MISI PASTI AKAN DITERUSKAN
SESUNGGUHNYA PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI




BAPA BOREK ANAK RINTIK
INI DIA GEORGE H W BUSH DENGAN GEORGE W BUSH
BUSH SENIOR DAN BUSH JUNIOR
2 KALI 5 = 10
5 KALI 2 PUN 10

either you are with us, or you are with terrorist.
kata-kata Bush sebagai bapa pengaman dunia.
habislah umat Islam...semua terrorist belaka...

::BACA : GEORGE W BUSH IS PRESIDENT AGAIN::


| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 1:09 PM

Muhasabah Hari-hari Akhir Ramadhan

MUHASABAH HARI-HARI AKHIR RAMADHAN

Ramadhan sudah masuk hari ke 20..
sedar atau tidak...ianya hampir melangkah pergi..

10 yang terakhir inilah merupakan kemuncaknya...
10 yang terakhir inilah tentunya tidak mahu dipersiakan..

kerana hari-hari akhir inilah terasa seperti kehilangannya..
terasa seperti kita tidak dapat bertemu lagi dengannya..

tapi di Malaysia ni suasananya sangat menghairankan.
entah kenapa semakin berlalu ramadhan semakin kurang orang di Masjid.
mungkin mereka semuanya beribadah di rumah saja kot.
tak pun sibuk membeli belah untuk raya tak??

Ramadhan adalah madrasah tarbiyyah bagi orang islam..
di dalamnya ada kita diwajibkan berpuasa...mendidik kita supaya menjadi insan SABAR dan TAQWA.
di dalamnya juga terkandung qiamullail...madrasah untuk mendidik rohani atau dikenali dengan tarbiyyah Ruhiyyah.
dan bagi 10 malam terakhir ini nabi menjadikannya sebagai Madrasah I'tikaf... iaitu satu madrasah khusus bagi orang yang beriman.

sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

Dari Aisyah ra, bahawa Nabi saw selalu beriktikaf pada sepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan hingga beliau diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf sesudahnya oleh para isterinya.


dan satu lagi hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

Dari Shafiyah ra bahawa Nabi saw selalu beriktikaf di masjid pada 10 terakhir dari bulan Ramadhan. aku datang menziarahinya pada waktu malam, dan di sisinya ada bebeapa orang isterinya.





daripada hadis di atas jelas bahawa iktikaf merupakan salah satu sunnah nabi,
tetapi pada hari ini sunnah ini telah dilupakan.

mungkin salah satu sebab kita tidak merasai suasana ini kerana, masjid-masjid sekarang ini sudah tidak macam dulu yang mana dikunci pagarnya dan pintunya selepas sahaja selesai solat Isya'.

kalau di masjid UIA tu pernah juga rasa imarahnya bila 10 akhir ramadhan, tapi itu pun pak arab tu lah yang bawak anak-anak dia, siap anak-anak diorang boleh main lari-lari lagi dalam masjid tu. orang melayu iktikaf di bilik aje kot :)

sekarang ni masjid-masjid pun dah bagus juga...dah boleh anjurkan program qiamullail.

tahun lepas kementerian belia dan sukan (KBS) pernah menganjurkan program ihya' ramadhan di seluruh negara... lepas ni boleh laa buat kempen iktikaf di masjid pula.. dulu boleh habis budget berjuta-juta ringgit... buatlaa kempen pulak supaya generasi muda terutamanya dapat mengimarahkan masjid...perkenalkan kempen iktikaf pula...

jangan buat kempen kunci pintu-pintu masjid sudahlaa yer.. noirkudus pernah pergi satu masjid, bukan setakat pintu dikunci, malah tandas juga dikunci...waduh waduh tak tahan den...

yang tak tahannya raya tahun lepas, lepas pergi satu rumah terbuka, singgah solat zohor di sebuah masjid di kajang, lepas tu kawan noirkudus ke tandas jap...sedar...sedar dia menjerit sebab terkunci di tandas...

waduh...susah laa macam ni...




selain beriktikaf, telah menjadi kebiasaan bagi umat Islam yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah di Baitullah al-haram.

ini bersesuaian juga dengan sebuah riwayat bukhari

Rasulullah bersabda : Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji


itu bagi yang berkemampuanlah...
orang yang biasa-biasa ni mana mampu nak pergi dua tiga kali, malah sekali pun tak semuanya mampu..iktikaf di masjid pun jadilah...sunnah juga

buatlah mana mampu...jangan bila balik jer daripada umrah, menyakitkan hati orang lain pula terutama orang yang tidak mampu, susahlah macam ni.

noirkudus teringat apa yang diperkatakan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya memahami keutamaan (Fiqh Aulawiyat)...bahawa daripada pergi berulang kali mengerjakan ibadah haji dan juga berulang kali mengerjakan umrah, lebih baik wang yang digunakan itu disalurkan untuk perjuangan rakyat palestin menentang Israel...

bila direnung kembali...
macam ada betul kata Yusuf Qardhawi itu... haji dan umrah yang berulang termasuk sunat kerana telah melakukannya berulang kali, akan tetapi melawan kekufuran adalah kewajipan.

itu apa yang noirkudus terfikirlah daripada pembacaan Qardhawi tersebut.

tetapi jika dapat buat kesemuanya, lebih bagus lagi.

MALAM QADAR (LAILATUL QADR)

ini hanya keistimewaan yang diturunkan kepada umat nabi Muhammad saw.
yang jelas fadhilatnya ialah lebih baik daripada seribu bulan

nabi Musa juga pernah meminta untuk menjadi umat Muhammad ini kerana bagi umat Muhammad ini ada satu hari yang mana jika kita beribadah di malamnya, maka ganjarannya seperti kita beribadah selama seribu bulan atau 83 tahun..

mungkin ini kebaikan yang Allah turunkan hanya untuk umat Muhammad kerana umat ini semuanya pendek umur jika hendak dibandingkan umat terdahulu yang boleh menjangkau ratusan tahun.

tapi berapa ramai yang mengambil manfaat daripadanya.

dulu waktu kecil-kecil, selalu orang mengatakan kalau kita nak tahu malam qadar ini air akan membeku menjadi ais, pokok akan sujud, udara menjadi sejuk dan sebagainya. itu belum lagi diambil kira pelbagai lagi cerita yang pelbagai versi.

tapi hakikatnya, bukan itu yang kita cari...nak cari ais membekulah, pokok sujudlah... akan tetapi beribadahlah setiap malam ramadhan, jika kita sentiasa beribadah insyaAllah akan dapat berjumpa LailatulQadr. walaupun nabi pernah mengatakan malam qadar itu jatuh malam ganjil sepuluh terakhir ramadhan, tetapi sebaik-baiknya beribadah setiap malam.

orang kita ni nak semua mudah....
dah laa puasa pun ntah macam mana ajer... tiba-tiba nak dapat malam qadar punya pasal mula laa pilih hari ganjil... ada yang bijak sikit, dia pun tak tidur malam waktu malam ganjil tuh...buat apa?? hehehe ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya main game...tanya dia sebab apa?? ni tengah qiam laa ni, mana tahu terkena malam qadar ker... mungkin dia bergurau agaknya...

hai...banyak juga lawak kalau teringat kisah kecik-kecik dulu..
lailatul qadar juga banyak boleh dibuat lawak rupanya...

tapi itu hal kecik-kecik dulu...sekarang dah besar...dah faham konsep...kenalah buat betul-betul...kalau nak kejar barakah Ramadhan kenalah kejar betul-betul.
dulu kecik-kecik bolehlaa buat bodoh-bodoh jer:)

Wallahu A'lam

P/s : malam-malam akhir ni, noirkudus dapati generasi muda di masjid tidak ramai... mana yer mereka semua?

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 9:22 AM

Wednesday, November 03, 2004

Ramadhan Bulan Menjana Kekuatan Mencapai Kemenangan

RAMADHAN BULAN MENJANA KEKUATAN MENCAPAI KEMENANGAN

Ramadhan Bulan kemenangan
kerana Ramadhan melatih sifat SABAR dan TAQWA
SABAR dan TAQWA ialah dua pintu untuk mencapai kemenangan...

Ramadhan mengingatkan kita tentang kejayaan silam yang dicapai umat Islam...
hati ini sungguh sedih mengenangkan nasib umat Islam hari ini yang saban hari ditimpa musibah seolah-olah satu malapetaka untuk umat Islam.
apakah ini bala atau ujian daripada Allah.

zaman Rasulullah umat Islam pernah pernah tewas,
juga pernah mencapai kemenangan besar..
akan tetapi tewasnya umat ISlam ketika peperangan uhud itu pun bukannya kerana kelemahan umat ISlam akan tetapi cuma dengan sedikit kelalaian yang mana Allah membalasnya dengan sedikit kekalahan mungkin sebagai pengajaran supaya manusia ini berfikir.

peristiwa kemenangan Islam yang sinonim dengan Ramadhan ialah kemenangan peperangan Badar dan peristiwa Fathu Makkah (pembukaan kota mekah)

Dalam surah Ali Imran ayat 123 Allah berfirman:

wa laqad nasharakumullahu bi badrin wa antum azillah

bermaksud: dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedangkan kamu dalam keadaan lemah (sedikit bilangan dan kekurangan kelengkapan perang)


dalam ayat ini Allah memberitahu bahawa Allah telah memberi pertolongannya kepada tentera Islam, sehinggakan kemenangan dapat dicapai pada peperangan badar tersebut.

sebab apa pertolongan diberikan??
kerana dua perkara tadi : SABAR dan TAQWA

kerana sebab TAQWA tadilah, maka Allah telah menyambung firmannya dalam ayat 123 surah ali-imran tadi :

..........Fattaqullaha La'allakum Tasykurun

..........oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (kemenangan itu)


bagaimana kita?
mungkin kerana Ramadhan yang kita harungi tidak menghasilkan dua sifat ini.
iaitu SABAR dan TAQWA



(GAMBAR LATAR DOME OF THE ROCK)
BILAKAH KEMENANGAN AKAN KEMBALI BERPIHAK KEPADA UMAT ISLAM???
APAKAH UMAT ISLAM KINI LEMAH??
ATAU MUSUH TERLALU KUAT??
ATAU UMAT ISLAM SEDANG TERTIDUR DIBUAI MIMPI??
MASJIDIL AQSA MASIH LAGI BELUM MENJADI MILIK UMAT ISLAM
SAMPAI BILA IA AKAN TERUS MENJADI MILIK ORANG KAFIR LANTARAN TIDURNYA ORANG ISLAM?
SIAPAKAH PENGGANTI UMAR AL-KHATTAB YANG PERNAH MENAWAN MASJIDIL AQSA
SIAPA PULA PENGGANTI SALAHUDIN AL-AYUBI YANG PERNAH MEMBEBASKAN MASJIDIL AQSA INI

alahai...
bagaimanalah diri ini...mungkin kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi..
sehinggakan terlupa tentang matlamat membentuk peribadi SABAR dan TAQWA.

manusia memang begitu...
asyik lalai...dan leka...suka mengelamun...
bukankah zaman nabi zaman terbaik...
akan tetapi kerana sedikit kelalaian pada peperangan uhud untuk mengejar harta yang ditinggalkan musuh menyebabkan Allah mengubah skrip drama itu kepada kekalahan yang mana pada awalnya kemenangan seolah-olah berpihak kepada tentera Islam.

mungkin manusia ini sekali sekala perlukan tamparan.
jika tidak diberikan tamparan umat islam akan terus leka...
jadi, MUNGKIN TAMPARAN itu ADA BAIKNYA...
SUPAYA UMAT ISLAM TERSEDAR DARIPADA LAMUNAN

TAMPARAN zaman Rasulullah ialah peperangan uhud...
kemudian selepas itu...kemenangan demi kemenangan dicapai...

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 8:39 AM

Tuesday, November 02, 2004

Orang Kaya Semakin Kaya Yang Miskin Papa Kedana

ORANG KAYA SEMAKIN KAYA, YANG MISKIN PAPA KEDANA

sana sini orang kaya sedang bersenang gembira
sana sini orang miskin hidup sengsara

MAKA,
berkatalah orang...
kehidupan ini tidak adil...
kerana hidup ini hanya milik sesetengah orang.

tetapi...hakikatnya...
ALLAH ITU MAHA ADIL.
Allah memberikan kekayaan yang melimpah ruah kepada penduduk bumi ini.
segala hasil bumi ini adalah milik semua manusia..
akan tetapi, mengapa jauh sekali jurang perbezaan antara manusia?

AKU KETURUNAN BANGSAWAN...ENGKAU KETURUNAN HINA...NYAH KAU DARI SINI..
begitulah dialognya jika menonton drama melibatkan perbezaan darjat.

siapa yang mengklasifikasikan darjat manusia??
kerana, dalam Islam tiada perbezaan darjat...



NELSON MANDELA
PERNAH MENJADI MANGSA ANGKARA MANUSIA YANG MEMBEZAKAN DARJAT MANUSIA...BERJUANG UNTUK MENGHAPUSKAN DASAR APARTHEID YANG MENGHINA DAN MERENDAHKAN TARAF ORANG KULIT HITAM.
BEGITU JUGA MANUSIA INI SUKA MEMBEZAKAN ANTARA ORANG MISKIN DAN KAYA.
AKAN TETAPI KLASIFIKASI INI TIDAK BERGUNA DI SISI ALLAH KERANA HAKIKATNYA MANUSIA ADALAH SAMA DI SISI ALLAH

begitulah, pernah terjadi DASAR APARTHEID...
perbezaan antara orang kulit putih dan orang kulit hitam.
siapa yang mengklasifikasikannya??
orang-orang kulit putih inilah yang memberikan title itu semata-mata mahu meninggikan darjat mereka.

ORANG KAYA...ORANG MISKIN
manusia jugalah yang membezakannya...
akan tetapi di sisi Allah tiada kaya...tiada miskin...

SIAPA ORANG KAYA??
ORANG KAYA dalam Islam ialah mereka yang memperoleh kekayaan hasil daripada jerih payah, hasil kerja keras, hasil titik peluh mereka sendiri untuk memperoleh kekayaan melalui rezeki yang halal dan diredhai Allah.

ISLAM MENGIKTIRAF KEWUJUDAN perbezaan antara manusia ini, sepertimana Allah pernah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 71

Wallahu Faddhola Ba'dhokum 'Ala Ba'din fi ar-Rizki

maksudnya : allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki.


Allah juga berfirman dalam surah az-Zukhruf ayat 32

Nahnu Qasamna bainahum Ma'isyatahum Fil hayatidDunya, wa Rafa'na ba'dhohum Fauqa Ba'din Darajat

bermaksud : kami telah menentukan di antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat


UNTUK APA PERBEZAAN INI??

Supaya manusia dapat tolong-menolong antara satu sama lain, orang yang lebih tadi membantu yang kurang, seperti mana firman Allah daripada sambungan ayat yang ke 32 surat az-Zukhruf tadi.

...........Li Yattahiza Ba'duhum Ba'dhan sukhriyya

bermaksud: .........agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain


maksudnya di sini, pasti tiada jurang yang besar antara umat kerana memang sengaja Allah wujudkan perbezaan ini, supaya yang kaya membantu yang miskin. kekayaan itu milik Allah.



SALAH SATU CONTOH NEGARA MAJU
SANA SINI BANGUNAN PENCAKAR LANGIT
SEMUANYA PROJEK BERJUTA-JUTA MALAH BERBILLION RINGGIT
BAGAIMANA KEADAAN RAKYATNYA???
APAKAH PENCAPAIANNYA DAPAT MENYAMAI PENCAPAIAN ZAMAN SAIDINA UMAR ABDUL AZIZ YANG MANA SUDAH TIADA LAGI ORANG YANG LAYAK UNTUK MENERIMA ZAKAT???



ANTARA DUA DARJAT
BEGITULAH BOLEH DISIMPULKAN
MEWAHKAH KEHIDUPAN MEREKA?? SIAPA YANG MEMANDANG MEREKA?
TETAPI...ISLAM TIDAK MENGUKUR DENGAN UKURAN TINGGINYA BANGUNAN TETAPI TAQWA UKURANNYA

HAKIKAT ZAMAN SEKARANG : YANG KAYA SEMAKIN KAYA YANG MISKIN PAPA KEDANA

mengapa yer??
susah hendak menjawab soalan sebegini...

jika mengikut KONSEP ISLAM, kekayaan itu pasti akan dibahagikan sama rata antara kaya dan miskin. jika wujud perbezaan pasti jurangnya tidak besar.

Islam itu agama yang sangat sempurna. sejak turunnya ayat terakhir ayat 3 surah al-Ma'idah maka lengkaplah sudah agama Islam ini untuk umat merangkumi segala aspek sama ada aqidah, ibadah, muamalah dan sebagainya.

Alyauma Akmaltu lakum dinakum wa atmamtu 'alaikum Ni'mati wa Radhitu Lakum al-Islama Dina

maksudnya : Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan Nikmatku kepada kamu, dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.


PERBEZAAN DARJAT

kalau senang...betul-betul senang
manakala kalau susah...betul-betul susah

orang kaya...duit sampai suatu tahap, tidak tahu untuk dibuat apa lagi...
dicampak di lautan juga tidak habis-habis..

manakala orang susah sampai ada yang terpaksa mengemis...
Ramadhan kali ini juga timbul isu pengemis
cuba untuk dibanteras...tetapi semakin bertambah...
negara semakin kaya tetapi rakyat semakin miskin.

APA YANG TIDAK KENA?

negara miskin?? atau...
orang kaya yang kedekut?? atau...
sistem ekonomi negara yang tidak baik?? atau ..........

Jika benar terdapat ruang perbezaan yang luas antara kaya dan miskin, MAKA ini bererti BAHAWA, tiada keadilan dalam masyarakat.

Allah memberikan keadilan dengan menciptakan perbezaan antara manusia, dengan memberikan ruang yang luas kepada orang miskin untuk bekerja, dan mengarahkan orang yang kaya (yang mempunyai lebihan rezeki) untuk membantu yang miskin.

JAMINAN SOSIAL

FAKTA SEJARAH membuktikan bahawa Islamlah SATU-SATUNYA agama yang pernah berperang demi membela hak golongan Miskin.

SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ sewaktu zaman pemerintahannya, berhadapan dengan orang-orang yang enggan membayar zakat kerana mereka mengatakan zakat tidak lagi wajib selepas kewafatan Rasulullah.

maka berkata Abu Bakar:

Demi Allah, aku akan memerangi orang yang memisahkan antara solat dan zakat. Demi Allah, seandainya mereka enggan menyerahkan 'iqaal (tali pengikat leher binatang ternak) yang pernah dulu mereka serahkan kepada Rasulullah saw, aku pasti akan memerangi mereka


TAK BAYAR ZAKAT SAMPAI KENA PERANG...
APA MAKNANYA JIKA TIDAK BAYAR ZAKAT BOLEH DIPERANGI???
DAHSYAT TUH!!!!!!

Ini menunjukkan Islam betul-betul mengambil berat tentang tanggungjawab sosial.
Mana ada agama lain dalam sejarah yang memerangi orang yang tidak menjaga hak sosial.
Islamlah agama yang menitikberatkan keadilan sosial.

sesiapa yang tidak menyempurnakan tanggunggungjawab ini,
WAJIB UNTUK DIAMBIL DARIPADA MEREKA SECARA PAKSA (PERANG)

Alahai...
nak bayar zakat sikit pun nak berkira..
paling kurang pun setahun sekali...itupun zakat fitrah...
pastu, kalau kata Islam perangi orang tak bayar zakat, depa kata Islam ini extreme laa, islam ini itulah...inilah...macam-macamlah

jika setiap orang sedar akan kepetingan tanggungjawab sosial ini (zakat)
nescaya tidak akan ada lagi orang yang miskin...
kerana apa?
kerana selagi ada orang yang miskin, selagi itulah orang-orang kaya tidak akan senang untuk duduk diam...panas ajer punggung jika tidak membantu... itupun jika kesemuanya memahami konsep tanggungjawab sosial yang dibawa oleh Islam.

Itulah dia Islam...
sangat mudah... tidak menyusahkan...
tidak menyusahkan orang kaya kerana nisbah zakat hanya 2.5% sahaja dan dalam masa yang sama membantu orang miskin.
itulah dia konsep saling melengkapi...

akan tetapi, apa yang menyebabkan berlakunya ORANG KAYA TERUS MENJADI SEMAKIN KAYA RAYA MANAKALA ORANG MISKIN TERUS MENERUS MENJADI SEMAKIN MISKIN ialah tiada kesedaran ataupun tidak faham tentang konsep tanggungjwab sosial yang islam bawa ini.

contoh yang terbaik yang dapat kita perhatikan ialah:
ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ, dikatakan dalam sejarah bahawa masyarakat pada waktu itu semuanya sudah tidak layak lagi untuk menerima zakat.

Ini sebenarnya konsep yang dibawa oleh Islam.



BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA. SENGAJA DIJADIKAN HIASAN DI WEBLOG NOIRKUDUS INI.
ENTAH-ENTAH DUIT YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA BANGUNAN INIPUN DIAMBIL DARIPADA DUIT ORANG YANG MEMERLUKAN??
WALLAHU A'LAM
SENGAJA UNTUK DIUTARAKAN



LIHATLAH SUASANA GAMBAR DI ATAS
TENANG BUKAN?? SUASANA YANG CANTIK?? SAWAH PADI INILAH YANG MENGHASILKAN BERAS UNTUK DIMAKAN UNTUK SETIAP RAKYAT MALAYSIA.
SEPATUTNYA ORANG SEPERTI MEREKA YANG MENJADI JUTAWAN DI MALAYSIA

Nabi pernah bersabda tentang sifat zakat:

Diambil dari orang-orang kaya mereka dan diserahkan kepada orang-orang miskin mereka


diambil daripada orang-orang kaya kerana di sana terdapatnya hak-hak orang miskin. ini kerana kekayaan yang diturunkan Allah ke atas muka bumi ini HAKIKATNYA ADALAH MILIK ALLAH. allah berkuasa untuk mengambilnya balik jika Allah mahu seperti mana yang pernah berlaku kepada QARUN dan SHA'LABAH suatu ketika dulu. segala harta di dunia ini adalah pinjaman dari Allah, manakala kekayaan yang diberikan kepada orang kaya itu adalah sebagai amanah untuk menjaganya untuk kepentingan masyarakat.

begitulah sedikit sebanyak...

dan akhir sekali, amaran daripada Allah kepada penyimpan harta tetapi tidak menafkahkannya:

Wallazina yaknizuna az-zahaba walfiddhota wa la yunfiqunaha fi sabilillahi Fabassyirhum bi 'azabin alim

maksudnya : Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat seksa yang pedih.


DAN AKHIRNYA TUJUAN ZAKAT IALAH:

Huz min amwalihim sodaqatan tutohhiruhum wa tuzakkihim biha

bermaksud : ambillah zakat dari sebahagian harta mereka dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka.


P/S : noirkudus takut ada yang jadi macam SHA'LABAH... bila miskin mintak Rasulullah doakan supaya jadi kaya, BILA DAH KAYA, sebab Allah makbulkan doa nabi...dia pulak tak nak bayar zakat...

P/S : KALAU SEMUA FAHAM TENTANG KONSEP TENGGUNGJAWAB SOSIAL, TAKKAN JADI KAYA SEMAKIN KAYA, MISKIN PAPA KEDANA.

Wallahu A'lam
Daripada Noirkudus

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 2:03 PM