Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Monday, January 31, 2005

Siapakah Bill Gates?




Microsoft Corp., the world's largest software maker, said on January 27, 2005 its quarterly profit and revenue rose on stronger demand for personal computers as well as healthy sales in its video games business. The company, based in Redmond, Washington, reported a net profit of $3.46 billion, or 32 cents per share, for its fiscal second quarter ended in December, compared with a profit of $1.55 billion, or 14 cents per share, a year earlier. Microsoft CEO Bill Gates is seen in this November 19 file photo (Photo : Reuters)

"SETIAP KOMPUTER DI ATAS SETIAP MEJA DALAM SETIAP RUMAH"...... "DAN MICROSOFT DI DALAM SETIAP KOMPUTER"
Ini adalah wawasan dan juga Impian Bill Gates...

SIAPAKAH BILL GATES??

Bagi mereka yang tidak mengenalinya...beliau adalah seorang yang amat hebat dan menakjubkan dan menjadi jutawan dalam tempoh yang singkat dan menjadi orang paling kaya di amerika syarikat dan juga dunia juga dalam usia yang muda...

Clik di bawah ini : ranking manusia terkaya di dunia...bukan jutawan (millionaire)... tapi billionaire semuanya :
1)::http://www.forbes.com/billionaires/::
2)::http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_billionaires::

dan untuk lebih mengenalinya, dan tentunya ada orang yang telah pun mengenalinya... beliau merupakan seorang yang bijak sejak kecil dan pernah memasuki Universiti Harvard... akan tetapi pengajiannya di universiti tidak ditamatkan kerana cintanya kepada perniagaan dan sanggup mengambil risiko untuk berhenti daripada universiti yang mana bagi fikiran kebanyakan orang segulung ijazah itulah yang selalunya menjamin kehidupan kita.

"Microsoft adalah segala-galanya"... mungkin begitulah tanggapan diri beliau... dan mungkin juga "Microsoft adalah jiwanya".

siapa sangka dengan wawasannya itu membolehkan revolusi komputer berkembang pesat..
siapa sangka dengan wawasannya itu hampir setiap orang mempunyai komputer peribadi...
siapa sangka dengan wawasannya itu hampir setiap komputer perisiannya ialah MICROSOFT.
dan siapa sangka dengan wawasannya itu Gates berjaya menjadi orang yang paling berjaya dan terkaya di dunia...

bagi tokoh motivasi seantero dunia, Bill Gates ini sudah sangat sinonim bagi mereka kerana kejayaan Bill Gates inilah yang diambil intipati daripada dirinya untuk diadun menjadi kisah-kisah motivasi kejayaaan...

kejayaan itu maksudnya sangat subjektif....
ia boleh diinterpret dalam pelbagai interpretasi dan kita akan mendapat pelbagai variasi jawapan...dan setiap orang pastinya mempunyai ramuan tersendiri bagi mencapai kejayaan yang diidamkannya...Begitu juga Bill GAtes...

pelbagai pengajaran yang dapat diambil daripada kejayaan Bill Gates ini...
mungkin yang paling Jelas ialah... orang yang tidak mempunyai ijazah tidak semestinya tidak boleh berjaya dalam hidup ...mungkin jika diikutkan perkembangan dunia sekarang ini ijazah merupakan sebahagian daripada aspek kejayaan tetapi faktor lain juga boleh dijadikan sebahagian daripada aspek kejayaan.

jadi tidak hairanlah jika generasi datuk nenek moyang kita dulu memandang anak cucu mereka ini walaupun mempunyai ijazah, tetapi selagi belum benar-benar berjaya di dunia luar selepas "graduate", anak cucu mereka ini belum benar-benar berjaya... itu sebabnya mereka mengatakan bahawa first degree ini setaraf dengan orang dulu-dulu yang mempunyai sijil SRP ataupun SPM...

memang benar hakikat kejayaan itu sukar untuk dirungkai... lebih-lebih lagi dunia sekarang ini yang memerlukan persaingan yang sangat hebat... Bill Gates contohnya, walaupun pernah dianggap "bodoh" kerana tindakan "bodohnya" itu yang keluar daripada university harvard, dan membuat keputusan tidak akan menyambung pelajaran buat selama-lamanya, namun beliau mampu membuktikan bahawa beliau boleh berjaya di dunia lain walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik...

tindakannya itu "bodoh" bagi orang yang berada di sekitarnya...akan tetapi tidak "bodoh" bagi dirinya yang berani menanggung risiko...

noirkudus sempat membeli buku kecil, siri kejayaan tokoh perniagaan di dunia, Bill Gates dan Microsoft terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka... salah seorang kawan Gates di Harvard pernah mengatakan bahawa "saya masih ingat memikirkan bahawa dia tidak akan mencapai apa pun. dia kelihatan seperti penggodam, nerd... dengan cermin mata, kelumumurnya, tidur atas meja...saya tidak nampak langsung masa hadapannya sejelas yang dilihatnya"

agak menarik kenyataan seorang kawannya ini... di sini noirkudus dapat simpulkan "Don't judge a book by it's cover"...

Dalam buku tersebut ada juga diceritakan bagaimana revolusi komputer peribadi bermula... di mana ianya melibatkan keterlibatan Gates...sejarah komputer bermula sejak 1742 lagi...ketika itu Blaise Pascal, ahli matematik telah mencipta mesin kira...kemudian diperhalus dan dikembangkan pertengahan abad ke 17 oleh Charles Babbage (dikenali sebagai Datuk komputer) yang mencipta "enjin analitical" yang besar tahun 1823. mesin ini boleh diprogramkan. tahun 1948 komputer peribadi sebenar baru dicipta.

hanya tahun 1975 (umur gates 20)...Altair - komputer peribadi atas meja yang pertama yang digunakan di rumah dan pejabat. Di sinilah Bill Gates mula memainkan peranan mencipta bahasa komputer untuk Altair bersama seorang lagi sahabatnya Paul Allen. Bahasa komputer ini dinamakan BASIC - (Beginner All purpose symbolic Instrument Code)

selepas kejayaan BASIC, kejayaan MS-DOS pula (Microsoft Disk Operating System)... akan tetapi ialah apa yang menarik di sebalik nama MS-DOS itu... iaitu (Microsoft Seeks Domination Over Society) yang bermaksud Microsoft Mahukan Penguasaan Terhadap Masyarakat...

kemudian banyak lagi kejayaan Microsoft seperti yang wujud pada ketika ini microsoft sudah mempunyai banyak produk seperti Microsoft word, microsoft Excel, Microsoft Windows, Microsoft Internet Explorer dan sebagainya.

selepas kejayaan Microsoft masuk dalam Bursa Saham New York kekayaan Gates terus berlipat kali ganda...

inilah kejayaan bagi seorang yang berani...seperti Gates

kata-kata seperti ini biasa kita dengar "kejayaan yang kita impikan tidak akan bermula jika kita tidak memulakan tapaknya, selepas satu tapak ia akan terus melangkah sehinggalah kejayaan itu berada hampir dengan diri kita, dan setiap tapak yang kita lalui itu hendaklah kita laluinya dengan penuh keyakinan" ...ini merupakan kata-kata motivasi yang biasa kita dengar daripada bangku sekolah lagi...

noirkudus minat dengan seorang tokoh di Malaysia ini... beliau pernah hidup susah sebelum ini, sebelum beliau menjadi antara orang yang terkaya di Malaysia ini

Lihat di sini ranking orang yang terkaya di Malaysia : Jutawan Malaysia :
(::http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Malaysian_people::)
cuti aidiladha minggu lepas noirkudus berkesempatan melihat rumah beliau di sebelah MAsjid Sultanah Bahiyah, Jalan Sultanah, Alor Setar. namun betul belaka kata pepatah ini "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan" ... dan satu lagi "berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian"

tokoh ini namanya ialah Tan Sri Syed Mohktar al-Bukhary... namanya sangat sinonim bagi rakyat Malaysia ini... pernah diadakah satu ketika dulu wawancara bersama beliau dan antara soalannya ialah berkaitan dengan kejayaan yang dicapainya sehingga ke hari ini... namun adat orang yang berjaya, ramuan kejayaan itu tidak lari ke mana, lebih kurang sama sahaja... mesti usaha gigih, ada keyakinan, tabah, doa dan tawakkal.... maka jadilah kita seorang yang berjaya...

cuma bezanya Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari ini dan juga Bill Gates ialah Tan Sri Mokhtar ini merupakan seorang ahli perniagaan ISLAM yang berjaya......mana satu yang nak ikut? pilihlah yang lebih ISLAMI... ini pilihan yang lebih baik.

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 4:52 AM

Sunday, January 30, 2005

Kapal Terbang semakin Besar

TRANSPORT REVOLUTION
KAPAL TERBANG SEMAKIN BESAR





The world's biggest ever passenger plane, the Airbus A380, is unveiled in Toulouse, France (Gambar : Reuters)

JIKA Orville wright dan abangnya Wilbur Wright masih hidup sehingga ke hari ini (pereka kapal terbang yang pertama di dunia), pasti mereka akan terkejut apabila mendapati kapal terbang pertama ciptaan mereka telah mengalami revolusi yang sungguh pesat sekali... 17 Disember 1903 ialah tarikh di mana kapal terbang buatan wringt bersaudara ini mula diterbangkan...

daripada bentuknya yang "simple" itu kemudiannya telah berevolusi menjadi semakin canggih seiringan dengan kecanggihan zaman...

kini muncul pesawat terbang yang boleh menampung kapasiti penumpang yang lebih besar...iaitu sebanyak 555 orang sekali penerbangan... Airbus A380... ini bermakna Airbus A380 ini menjadi kapal terbang terbesar di dunia...

tahun 1969 pernah menyaksikan kapal terbang concorde, milik air france mula diterbangkan, yang mana kelajuannya setaraf ataupun menyamai kelajuan bunyi, iaitu 1200 km per jam... namun pesawat supersonik ini mula bersara disebabkan syarikat penerbangan Air france mengalami kerugian disebabkan kos penggunaannya terlalu tinggi.

Akibat concorde sudahpun bersara dan dihentikan perkhidmatannya, Perancis sekali lagi maju ke hadapan memperkenalkan kapal terbang yang lebih besar...... beberapa negara sudahpun menyatakan minatnya dengan menempah Airbus A380 ini... bagaimana Malaysia...??

mungkin kita hanya menunggu untuk membeli kapal terbang terpakai sahaja... tunggu dan lihat.... apakah Malaysia yang menuju negara maju ini akan turut maju dalam sistem penerbangan??


| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 11:50 PM

Saturday, January 29, 2005

Apabila Bush Bertemu Osama Bin Laden

APABILA BUSH BERTEMU OSAMA BIN LADEN

Carnival of Viareggio 2005 (Carnevale di Viareggio) mempertemukan George W Bush (Presiden Amerika Syarikat) dengan Osama bin Laden...



Carnival politics : A giant carnival mask representing US president George W. Bush embracing Al Qaeda leader Osama bin Laden parades through the streets of Viareggio during the traditional carnival parade (Sumber : AFP Photo)

Viareggio merupakan resort tepi laut yang famous terletak di Versilia, Tuscany, utara Pisa Itali. di sini diadakan "viareggio carnival" satu festival atau karnival yang agak terkenal di Itali dan juga Eropah. karnival ini memaparkan patung-patung gergasi yang memakai topeng watak-watak tertentu seperti ahli-ahli politik, atis-artis, ahli sukan dan sebagainya sama ada dalam atau luar negara. daripada karnival ini pengunjung dapat melihat patung gergasi Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang diarak sepanjang streets of viareggio, dan berbagai-bagai lagi.

"Killing Osama bin Laden is not enough"..... mengikut Akhbar Daily Times...

kalau nak bunuh Osama pun tidak memadai dan tidak mencukupi... apa lagi yang boleh Amerika buat untuk menghentikan semangat perjuangannya yang sudah pun meresap ke dalam orang-orang yang berjihad menentang amerika terutama sekali negara yang benar-benar berdepan dengan Amerika seperti Afghanistan, Iraq, Palestin, Iran dan sebagainya.

Amerika tidak akan mampu untuk melenyapkan terus ruh jihad daripada hati umat islam...
Barangkali amerika boleh memilih pilihan lain iaitu bunuh saja seluruh umat Islam di dunia ini atau berdamai sahaja...... kerana hakikat agama islam ini ialah agama yang membawa kesejahteraan.

Akan tetapi, selagi Bush dan Amerika menekan umat Islam...ruh jihad akan terus terpancar di atas muka bumi ini......

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 9:59 PM

Friday, January 28, 2005

Jom Pecah Rekod!!

JOM PECAH REKOD!!!
TALLEST LIVING MAN IN THE WORLD




Gambar Kanan : Xi Shun sedang diukur ketinggiannya...dengan ketinggian 240 cm...calon untuk meraih anugerah world's tallest man... Gambar Kiri : berdiri bersama calon untuk "title" wanita rambut terpanjang di dunia...bersempena - presentation for the Guinness World Records in Beijing JANUARY 28, 2005 (Sumber : Reuters)

Siapa Manusia Paling Tinggi di dunia setakat ini?? (Tallest Man)
Jawapannya ialah : Robert Pershing Wadlow... yang dilahirkan di Alton, illionis USA
Ketinggiannya ialah : 272 cm/2.72 m ...meninggal dunia 15 Julai 1940.

Manusia Tertinggi Di Dunia yang masih hidup setakat hari ini. (Tallest Living Man)
Jawapan : Radhouane Charbib daripada Tunisia
Ketinggian : 2 m 35.9 cm

Dan Gambar atas : Xi Shun cuba untuk mengambil alih takhta manusia tertinggi di dunia menggantikan Radhouane Charbib daripada Tunisia...

China merupakan salah sebuah negara yang menyandang pelbagai rekod di dunia... sehinggakan ada yang mengatakan China LOVE RECORDS... tidak kira dalam bidang apa sekalipun...

Malaysia yang memakai slogan MALAYSIA BOLEH... jom join sekali...AYUH!!

tapi kalau Allah sudah anugerahkan badan kita yang sudah sedia ada ini syukur sudahlah... kecil molek...cantik jugak rupanya...usahlah meminta mahu menjadi tinggi seperti Menara Berkembar Petronas pula...tapi kalau sudah dapat kena terima juga...semuanya anugerah Allah...

"LaQad Kholaqnal Insana fi Ahsani Taqwin"...Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian... kalau macam noirkudus ni yang memang sudah sedia kecil tapi molek dan hensem sikit, itulah sebaik-baik kejadian... kalau orang yang lebih tinggi daripada noirkudus pun itu juga sebaik-baik kejadian... Jadi untuk diri noirkudus ini syukurlah apa yang ada...:)

Wallahu 'Alam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 5:03 PM

Thursday, January 27, 2005

Menggarap Ruh AidilAdha dalam Jiwa Mukmin

MENGGARAP RUH AIDILADHA DALAM JIWA MUKMIN




baru seminggu umat islam seluruh dunia merayakan hari raya aidiladha...satu lagi hari kebesaran umat islam selepas hari raya puasa... jika mengikut taraf kemeriahan, sebenarnya aidiladha ini lebih meriah berbanding dengan aidilfitri, di mana terdapatnya sembelihan binatang korban seperti lembu, kambing dan unta dan sebagainya... dan takbir aidiladha berkumandang selama 4 hari berbanding hari raya aidilfitri selama satu hari sahaja... namun suasana di malaysia ini mungkin agak berbeza...

jika diperkatakan tentang Qurban...apakah yang dimaksudkan dengan qurban itu? apakah korban itu sekadar suatu upacara sahaja... jika tibanya hari raya korban maka akan diadakan upacara sembelihan binatang korban...

Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 37 yang berbunyi:

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan TAKWA dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.

pengorbanan yang dilakukan dengan melakukan sembelihan binatang korban memang mudah... sesiapa sahaja boleh berkorban dengan cara begini... orang kaya lebih mempunyai kelebihan kerana dengan kekayaannya boleh membeli seberapa banyak ekor lembu yang mampu, dengan kekayaannya juga boleh memberi sedekah beberapa ekor unta yang dimahukan, namun itu bukan ukuran pengorbanan...

Allah sudah berfirman dalam surah al-Hajj di atas, bahawa daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah... akan tetapi NILAI TAQWA yang berada dalam hati seseorang itu yang akan menentukan sampainya amalan kita yang ikhlas itu melalui pengorbanan yang kita lakukan...

buatlah pengorbanan seberapa banyak ekor lembu, unta atau kambing sekalipun, namun jika pengorbanan itu atas dasar riya', mahu menunjuk-nunjuk, sombong, takabbur dan sebagainya, pengorbanan itu tidak akan diterima oleh Allah...dan akan menjadi satu pengorbanan yang sia-sia...tidak ada gunanya...

berbeza pula jika pengorbanan yang sedikit yang dilakukan dengan hati yang penuh ikhlas, walaupun 1/100 bahagian daging lembu, unta atau kambing itu...namun, pengorbanan inilah yang diterima oleh Allah berbanding perumpamaan sebelum ini yang mana pengorbanannya atas dasar riya', sombong dan takabbur...



Gambar Yusuf Islam atau nama glamour beliau sebelum islam ialah Cat Steven... gambar sewaktu persidangan akhbar di Jakarta, Indonesia... beliau akan mengadakan satu konsert amal 31 januari ini bagi meraih dana untuk mangsa-mangsa tsunami... aidiladha benar-benar menuntuk umat islam melakukan pengorbanan bagi membantu saudara kita sesama islam yang sedang dilanda kesusahan...semoga umat islam mengambil iktibar.

semalam genap sebulan berlalunya peristiwa bencana terbesar dalam sejarah, iaitu bencana tsunami yang meragut lebih 250,000 nyawa...

kedatangan eidiladha ini benar-benar membawa seribu satu makna kepada umat islam dan juga kepada mangsa-mangsa bencana tsunami...ianya membawa seribu satu keinsafan supaya manusia lebih mengagungkan kehebatan dan kebesaran allah tuhan pencipta alam...

kehadiran aidiladha kali ini menuntut pengorbanan yang lebih besar berbanding sebelum ini, ramai saudara kita seislam yang terkorban akibat dirempuh ombak besar tsunami... jadi sebagai umat islam...hal ehwal yang berkaitan dengan umat islam perlu diambil kita...

dalam hadis rasulullah bersabda "Man La Yahtam bi amrilMuslimin fa laisa minhum" yang bermaksud : "Sesiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang-orang Islam, maka dia bukan daripada kalangan mereka"... dan tentunya bukan juga daripada umat muhammad..

agak sebak jika kita menonton sambutan aidiladha di acheh, terutama sekali di banda acheh yang teruk musnah akibat bencana ini... namun, sambutan tetap diadakan juga...solat sunat aidiladha yang dilakukan di masjid Baitul Rahman banda acheh sungguh menggamit perasaan bagaimana kuasa Allah mengatasi segalanya... ketika suasana sekitar sudah menjadi padang jarak, namun rumah Allah ini yang menjadi tempat ibadah, tempat untuk manusia sujud dan ruku' menyembah Allah masih utuh lagi... berdiri kukuh tersergam indah...

peristiwa ini benar-benar menyentuh perasaan umat islam di seluruh dunia, ramai yang cuba untuk meringankan penderitaan mangsa dengan berkorban apa sahaja yang termampu... ada yang berkorban wang ringgit, berkorban harta benda seperti pakaian, makanan dan sebagainya, pengorbanan diri dengan berkhidmat di tempat-tempat yang dilanda bencana... hanya Allah yang mengetahui hati mereka... apakah pengorbanan itu sia-sia atau TAQWA yang terhasil daripada pengorbanan itu...

jika pengorbanan yang dilakukan benar-benar ikhlas kerana Allah...maka pengorbanan itu pasti akan diterima oleh Allah...

satu contoh yang menarik ialah pengorbanan dua orang anak Nabi Adam a.s... HABIL dan QABIL... kedua-dua mereka diperintah oleh Allah untuk melakukan korban, maka HABIL seorang pengembala telah memilih binatang peliharaannya yang sihat wal'afiat untuk dipersembahkan kehadapan Allah sebagai pengorbanannya...manakala abangnya Qabil seorang petani, telah memilih hasil pertaniannya yang kurang baik untuk dipersembahkan sebagai korban...

apa yang terjadi ialah...korban Habil diterima oleh Allah manakala korban Qabil tidak diterima oleh Allah... ini kerana korban Habil adalah korban yang berasaskan TAQWA kepada Allah swt... dan korban Qabil bukanlah berasaskan taqwa...maka Allah memilih korban yang ikhlas keranaNya itu...

akibat perasaan bencinya itu qabil sanggup membunuh adik kandungnya sendiri... kerana tidak ada sifat taqwa dalam dirinya maka tarafnya menjadi lebih rendah dan hina daripada binatang...tatkala qabil bingung tidak tahu apa yang hendak dilakukan, maka Allah turunkan dua ekor gagak hitam, sejenis binatang pemakan bangkai yang hina supaya memberi pengajaran kepada qabil yang telah membunuh saudara kandungnya sendiri...seekor gagak tersebut telah membunuh yang seekor lagi lalu yang seekor itupun mengorek lubang dan menanam bangkai saudaranya yang seekor itu, bagi memberi ilham kepada qabil.

kisah ini dirakamkan oleh Allah di dalam al-quran...surah al-Maidah ayat 27-31 :

[27] Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.

[28] Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam

[28] Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam.

[29] Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli Neraka dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim.

[30] Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.

[31] Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.


demikianlah apa yang tersirat di sebalik ibadah qurban... hanya orang yang mempunyai nilai taqwa di dalam hatinya yang diterima oleh Allah...

dan ibadah korban juga menuntut setiap umat islam supaya memikirkan nasib saudara mereka yang lebih susah dari mereka... orang kaya membantu orang miskin, orang senang membantu orang susah dan sebagainya... itulah sebabnya ibadah korban yang diadakan setahun sekali ini supaya mengingatkan kita kepada saudara kita sesama muslim yang lain, perbuatan sembelihan dan pengagihan daging korban hanyalah simbolik sahaja.

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 5:04 PM

Wednesday, January 26, 2005

Gajah pun tahu "berak" betul

GAJAH PUN TAHU "BERAK" BETUL



Diew, a five year-old Thai elephant, demonstrates how to use and flush a toilet at an elephant camp in Chiang Mai province, in northern Thailand. Having taught Thailand's elephants to paint, dance and play musical instruments, their Thai handlers are now toilet-training the beasts, media reported.(SUMBER : AFP)

Umat akhir zaman ini kebanyakannya umat perosak...itu sebab wujudnya vandalisme...
vandalisme ini ialah satu budaya yang suka merosak seperti merosakkan tandas awam, merosakkan telefon awam dan sebagainya.. walaupun ada kempen "free vandalisme" namun, ianya masih terus berleluasa.

tapi ada juga perkara pelik yang berkaitan manusia...TAHUKAH ANDA??
siapa yang pernah pergi ke tandas awam...lalu mendapati pada lubang mangkuk tandas tersebut, tahi berciciran?? hahaha...ianya memang berlaku...dan di mana-mana ianya berlaku...

berbagai presumption boleh dibuat, mungkin orang itu tidak sengaja barangkali. mungkin juga orang itu sengaja mencicirkan bahan buangannya, dan sengaja membiarkannya tanpa di"flush"...atau memang orang itu tidak tahu menggunakan tandas moden, itu sebab tidak di"flush"....itu sekadar anggapan...

namun, mudah rupanya mengajar binatang supaya berak dengan betul... cuba lihat gambar gajah di atas...gajah merupakan salah satu binatang yang senang dididik... apakah gajah lebih baik daripada manusia?? Fikir-fikirkan......

Wallahu 'Alam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 1:02 PM

Wednesday, January 05, 2005

Satu Lagi Kebenaran!!!

SATU LAGI BUKTI KEKUASAAN ALLAH
BUKTINYA DI DALAM AL-QUR'AN...SURAH MARYAM AYAT 88-91 (TENTANG BENCANA TSUNAMI)...SIAPA LAGI YANG MENURUNKAN AL-QURAN SELAIN DARIPADA ALLAH.


Masih teringat peristiwa Menara Berkembar World Trade Centre (WTC) yang runtuh akibat rempuhan dua buah pesawat penumpang?? peristiwa itu juga terdapat di dalam al-Qur'anul Karim... (RUJUK NOIRKUDUS PUNYER TULISAN POST DECEMBER)

sekarang ini peristiwa bencana tsunami pula di dalam al-Quran

Benar... Allah menciptakan Alam dan Allah juga mengaturkan Alam ini... seperti juga bom jangka... kita boleh set masa bila ianya akan meletup, kerana kita yang menciptanya kita juga berhak menentukan peraturan atasnya... begitu juga Allah... Allah pencipta dan segala kehidupan ini di bawah aturannya...

Manusia juga Allah sudah menentukan bila lahir dan matinya, bumi juga bila ianya akan berakhir iaitu kiamat... itulah pencipta...

Image Hosted by ImageShack.us

88) Dan mereka yang kafir berkata: (Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.

89) Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!

90) Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.

91) Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.

92) Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak.

93) Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan dia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba.

94) Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu
ayat ini jika ditafsirkan maknanya ianya boleh dikaitkan dengan peristiwa tsunami ini yang mengorbankan ratusan ribu manusia dan menyebabkan kemusnahan terbesar dalam sejarah... sedangkan peperangan juga tidak membawa kemusnahan seteruk ini dalam sekelip mata sahaja. malah gelombangnya lebih dahsyat daripada pengeboman hiroshima dan nagasaki oleh amerika.

cuba lihat ayat 90 surah maryam di atas... dikatakan di situ "BUMI NYARIS-NYARIS TERBELAH" ataupun dalam bahasa inggerisnya disebut "SPLIT" yang mana kita boleh mengaitkannya dengan bencana tsunami ini yang berpunca daripada kepingan kerak bumi di bawah dasar laut yang bertembung sesama sendiri dan menyebabkan berlakunya gelinciran dan menyebabkan satu daripada kerak bumi itu terbenam di bawah yang satu lagi yang menggegarkan bumi.

ini kuasa Allah... bagi orang yang berfikir dan mengkaji al-Qur'an kebenaran sebenarnya berada dekat dengan mereka, dan peristiwa ini menyerlahkan lagi kebenaran yang sememangnya daripada Allah.

dan ayat sebelum itu, ayat 80 yang mana orang kafir mendakwa Allah mempunyai anak.... ayat ini dikaitkan dengan sambutan krismas (25 December) yang mana sambutan krismas ini diadakan untuk meraikan kelahiran jesus christ... bagi orang Islam yang menyambutnya ini bermakna kita juga mengiktiraf tentang dakwaan mereka bahawa nabi Isa lahir pada waktu ini.

dan ayat 89 Allah telah menzahirkan kemarahanNya di mana Allah menyatakan bahawa mereka ini (yang mendakwa Allah mempunyai anak- iaitu Isa bin Maryam itu anak Allah) maka di dalam ayat 91 itulah allah menurunkan bencana kepada mereka (bumi hampir terbelah) dan terjadilah tsunami yang paling hebat dalam lipatan sejarah dunia ini diciptakan.

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar ini menunjukkan bagaimana tsunami berlaku...nampak tak bumi hampir terbelah yang menyebabkan gelinciran kerak bumi yang menyebabkan gempa bumi dan menyebabkan pula tsunami.... Allah yang menciptanya... (sumber: Reuters)

sekarang sedikit demi sedikit kebenaran terzahir... terpulang pada manusia sama ada mahu menerima kebenaran ini ataupun menolaknya...

bagi yang tidak mahu menerima kebenaran yang sudah terang-terang ini mereka pasti tetap akan melakukan kemaksiatan dan hati mereka akan menjadi semakin jauh dari kebenaran.

bagi yang sedar tentang kebenaran ini mereka akan semakin dekat dengan pencipta yang menciptakan Alam ini.

WAllahu A'lam...semoga kita tergolong dalam golongan yang menerima kebenaran ini dan semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT dan semoga manusia akan semakin menginsafi tentang kelemahan diri ini. siapalah manusia ini jika hendak dibandingkan dengan Allah tuhan pencipta alam.

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 1:00 PM

Tuesday, January 04, 2005

Kesan Tsunami Melanda Bukit Jalil

"TSUNAMI EFFECT" ATAU KESAN TSUNAMI DI BUKIT JALIL
MALAYSIA REBAH DILANDA TSUNAMI



Image Hosted by ImageShack.us
para pemain pasukan kebangsaan bermuram durja akibat kekalahan 1-4 di tangan indonesia... apa boleh buat salah sendiri... terima ajelah...

Bagaikan ombak ganas yang boleh memusnahkan apa sahaja...
itulah ibarat bagi pasukan bola sepak Indonesia yang melangkah ke final Piala Tiger 2004...selepas menewaskan pasukan bola sepak Malaysia dengan 4-1 dan melangkah ke akhir dengan aggregat 5-3.

sambutan tahun baru 2005 yang malang bagi kem malaysia selepas menutup tahun 2004 dengan kemenangan di jakarta tempoh hari...

pasukan bola sepak kita hanya syok sendiri sahaja selama ini kononnya selepas berjaya menewaskan thailand di peringkat kumpulan sebelum ini dan keupayaan skuad negara menewaskan Indonesia di stadium Indonesia pada peringkat separuh akhir pertama, mereka menyangka dapat melangkah ke peringkat akhir dengan mudah.

nampaknya rakyat malaysia kecewa lagi...
dan memang benar kita dibohongi dengan aksi pasukan malaysia.

pemain kita hanya gah di liga tempatan tetapi tidak dapat menterjemahkannya di peringkat antarabangsa. kehadiran liga super tidak menunjukkan peningkatan kualiti pemain malaysia. Istilah "SUPER" itu sendiri seolah-olah menunjukkan sesuatu yang sangat hebat. akan tetapi pemainnya tidak dapat menunjukkan kualiti yang membayangkan "SUPER" itu.

jika SUPER dalam kamus oxford bermakna "very large or powerful" ataupun "extremely powerful" bukankah ianya bermaksud "sangat hebat"... jika bom ataom kita memanggilnya "atomic atom"...namun kita akan memanggilnya "super atomic bom" merujuk betapa berkuasanya atom tersebut, ataupun betapa SUPERnya bom atom itu jika ianya meledak.

akan tetapi hakikat LIGA SUPER di malaysia ini tiada ledakan berlaku yang boleh membayangkan satu kuasa yang boleh memusnahkan.... sekurang-kurangnya berlaku peningkatan kualiti permainan hasil SUPERnya LIGA bola sepak di malaysia.

cuba lihat liga perdana english (english premier league)...... liga england ini yang paling berprestij di dunia... walaupun tiada istilah "SUPER" itu... mereka tetap SUPER ketika bermain bola.... begitu juga liga sepanyol (spanish premiera la liga) , liga Serie A itali, german bundesliga dan sebagainya... di malaysia harapkan nama sahaja yang POWER..... sedangkan kita pernah kalah kepada pasukan LOAS pada sukan sea dahulu yang mana loas ini langsung tiada liga tempatan seperti kita...

masihkan anda semua ingat pasukan negara pernah tewas kepada pasukan MPPJ dua tahun lepas?? satu pasukan negara tewas kepada pasukan kelab... jika orang yang tahu malu dia akan merasa malu... tahun lepas pasukan negara tewas pula kepada pasukan yang berstatus negeri iaitu tewas kepada pasukan perak... mungkin kualitinya tinggi sedikit berbanding kelab... namun tetap memalukan kerana pasukan berstatus negara boleh tewas kepada pasukan berstatus negeri dan kelab...jika ini kualiti pasukan MALAYSIA...lebih baik bagi peluang kepada pasukan MPPJ atau pasukan PERAK atau PAHANG mewakili negara sebagai satu pasukan negara.

Indonesia masih lagi meratapi berikutan gempa bumi yang mengakibatkan ombak besar tsunami memusnahkan kesuluruhan banda acheh, dan mengakibatkan 80% kemusnahan seluruh acheh. dan mereka membawa sekali ombak tsunami yang telah menghancurkan banda acheh itu ke Bukit Jalil...

malaysia mungkin lemah hendak dibandingkan dengan ombak tsunami akan tetapi dalam permainan bola sepak semuanya boleh berlaku... jika kita mempunyai semangat yang sangat tinggi tentunya kita mampu untuk menghasilkan satu TENAGA SUPER untuk melawan...tambahan pula perlawanan ini melibatkan nama dan maruah negara... berbekalkan semangat nasionalisme maruah negara diletakkan nombor satu.

mungkin semangat pemain negara tinggi tetapi tidak mampu untuk melawan pemain Indonesia yang mungkin semangat mereka yang lebih tinggi sedikit berbanding pasukan negara.

Wallahu A'lam

P/S: kasihan peminat yang ke stadium... semuanya bagai tidak percaya... ini ialah "tsunami effect" ataupun kesan tsunami yang melanda bukit jalil... nasib baik stadium bukit jalil yang menjadi kebanggaan malaysia tidak musnah...

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 11:58 PM

Monday, January 03, 2005

Tirai 2005 Dibuka : Muhasabah Diri

TAHUN 2004 SUDAH MELABUHKAN TIRAINYA, MANAKALA TAHUN 2005 MEMBUKA SATU LEMBARAN BARU TERUTAMA BAGI UMAT ISLAM

Tahun 2004 sudah pun melabuhkan tirainya dan tahun 2005 pula yang membuka tirai.

namun tahun 2004 ditutup dengan satu peristiwa yang sangat menyanyat hati berikutan peristiwa tsunami yang dahsyat melanda beberapa negara di asia.



ombak tsunami menyebabkan kehancuran dan kemusnahan...akan tetapi Gambar ini... gambar sebuah masjid yang masih berdiri utuh di Keude Teunom Acheh walaupun kawasan sekitarnya musnah menjadi padang jarak



Gambar masjid ar-rahman yang terletak di banda acheh ini juga masih berdiri tegak sedangkan ke semua bangunan di sekitarnya hancur musnah dilanda ombak tsunami. Allah memelihara rumah ibadahnya. dan di beberapa tempat lagi yang dilanda kemusnahan seperti di meulaboh, sigli dan sebagainya

gempa bumi yang berukuran 9.0 skala ritcher yang berlaku di bahagian barat daya acheh telah memusnahkan beberapa kawasan dan menyebabkan lebih 150,000 terkorban.

kejadian ini menuntut supaya kita sebagai umat islam mengambil pengajaran daripadanya kerana Allah tidak menurunkan sesuatu bala itu tanpa ada sebab di sebaliknya.

maka tahun 2005 ini diharapkan kita dapat melakukan satu perubahan... iaitu kembali kepada Islam... peristiwa yang dipertunjukkan oleh Allah ini supaya kita mengambil pengajaran di sebaliknya bukan setakat menyesali, meratapi... akan tetapi kembali kepada Islam yang sebenar...

tindakan Pak Lah membatalkan kesemua konsert untuk menyambut tahun baru merupakan satu langkah yang baik. syabas pak lah...namun begitu ramai juga anak-anak muda yang tidak menginsafi peristiwa ini dengan mengadakan perayaan mereka sendiri.

Allah hanya menghantar beberapa ombak sahaja sudah cukup untuk menyebabkan kehancuran dan kemusnahan... namun manusia masih lagi tidak sedar diri.

dan pelbagai keajaiban juga yang telah Allah tunjukkan untuk manusia terus memikirkan kekuasaan Allah.

bagaimana yang berlaku di pantai batu ferringi pulau pinang, seorang ibu yang kehilangan seorang anaknya akibat ombak besar tsunami beliau mendakwa melihat seorang pemuda yang sedang bersembahyang di atas sebuah batu tidak tergugat dengan kehadiran ombak ganas yang membunuh ini. sedangkan ombak ini berupaya untuk menghancurkan bangunan dua tiga tingkat. lihatlah bagaimana Allah memelihara hambanya yang sedang sujud dan rukuk kepadanya.

bagaimana kekuasaan allah mengatasi kekuasaan manusia apabila kecanggihan teknologi tidak dapat meramalkan kehadiran gempa bumi ini yang menyebabkan berlakunya tsunami sehingga menyebabkan kehancuran besar terutamanya di Banda Acheh yang berhampiran dengan pusat gempa bumi. kini banda acheh sudah menjadi padang jarak padang tekukur.

begitu juga dengan manusia, walau pandai mana sekalipun manusia ini berenang, namun mati juga dilanda ombak tsunami, akan tetapi dengan kekuasaan Allah, bayi yang tidak boleh merangkak dan berjalan boleh terselamat. Allah berkuasa untuk memelihara sesiapa yang Allah kehendaki. ini kerana bayi ini tiada dosa disebabkan hatinya yang bersih suci daripada segala kekotoran dan noda dosa.

kompleks membeli belah yang berdiri tegak dengan binaan batu boleh hancur, akan tetapi Allah berhak juga memelihara rumah ibadah iaitu masjid-masjid daripada hancur dilanda ombak tsunami. Apakah manusia tidak melihat dan berfikir?

begitulah, kehadiran tahun 2005...ditutup dengan peristiwa yang begitu menginsafkan.

jika dahulu kehadiran 2005 disambut dengan pesta, konsert dan sebagainya... tetapi kali ini kehadirannya disambut dengan penuh keinsafan dan penyesalan. tiada lagi konsert mega seperti yang diarahkan oleh Pak Lah. itu situasi di malaysia. batal konsert dan digantikan dengan majlis kerohanian.

begitu juga kehadiran tahun baru di beberapa negara lain di seluruh dunia, paling kurang pun bagi negara yang tidak dilanda bencana tsunami ini mereka akan bertafakur seketika.

cuba kita fikir...mengapa bencana ini dilanda kepada negara Islam dan kebanyakan orang Islam yang mati?? Acheh sebuah negara Islam... Islam mula-mula tersebar di nusantara ini berpusat di Acheh yang pernah dikenali sebagai serambi mekah pada suatu ketika dahulu...

Sri Lanka... siapa yang tahu bahawa Sri Lanka ini majoritinya ialah penduduk melayu yang beragama Islam... namun sri Lanka merupakan negara kedua tertinggi dari segi jumlah kematian dan kemusnahan akibat bencana tsunami ini...

Kepulauan Maldives, juga kebanyakannya orang melayu yang beragama Islam, dan maldives adalah antara negara yang melaksanakan undang-undang Islam. siapa yang tahu fakta ini? namun, maldives juga dilanda dengan ombak tsunami walaupun negaranya jauh daripada banda acheh. Maldives sebagai sebuah negara yang amat cantik dengan pesisir pantai yang cantik sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, namun bala Allah tidak mengira semua ini...itu adalah kurniaan Allah dan Allah berhak untuk menghancurkannya...

Malaysia pula...bukankah kita sebuah negara Islam dan penduduknya penduduk Islam... sekali Allah menghantar ombak tsunami kota kuala muda kedah musnah dan ranap sekelip mata... ini di malaysia yang hanya menerima tempiasnya sahaja, bagaimana pula di banda acheh yang betul-betul bersebelahan dengan pusat gempa bumi

alahai umat islam...ini bermakna ratusan ribu yang mati disebabkan bencana yang memang dihantar oleh Allah ini. di Malaysia walaupun Pak Lah mengarahkan supaya batal pesta dan konsert-konsert, namun terdapat ramai juga anak-anak muda yang menyambutnya dengan melakukan maksiat di tengah bandaraya. kondom-kondom, botol arak boleh juga didapati. ini orang melayu islam yang melakukannya.

di melaka baru-baru ini terdapat juga konsert yang diadakan, alasannya diadakan secara tertutup. ini semuanya bakal mengundang kemarahan Allah. apakah manusia tidak mengambil iktibar atau pengajaran daripada setiap bencana yang Allah turunkan??

sememangnya ada hikmah di sebalik peristiwa ini. mungkin Islam akan kembali bangkit selepas ini selepas generasi bencana tsunami ini? Wallahu 'Alam

semoga kehadiran tahun baru 2005 akan memberi sinar baru kepada umat islam. walau bagaimanapun peristiwa tsunami 26 Disember 2004 yang kebetulan berlaku selepas sambutan krismas 25 disember, tetap akan terpahat dalam sejarah sebagai satu bencana yang paling dahsyat dan satu bencana yang memberi kemusnahan terbesar dalam sejarah.

tsunami yang memusnahkan Acheh, Maldives, Sri Lanka, India, Malaysia, Selatan Thailand dan beberapa negara lain di asia menjadi penutup tirai 2005 yang disambut dengan tangisan, ratapan, penyesalan dan sebagainya. akan tetapi kita sebagai muslim mesti menyambutnya dengan penuh Redha sebagai sebahagian daripada ketentuan Ilahi.

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 7:35 PM