Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Thursday, January 27, 2005

Menggarap Ruh AidilAdha dalam Jiwa Mukmin

MENGGARAP RUH AIDILADHA DALAM JIWA MUKMIN




baru seminggu umat islam seluruh dunia merayakan hari raya aidiladha...satu lagi hari kebesaran umat islam selepas hari raya puasa... jika mengikut taraf kemeriahan, sebenarnya aidiladha ini lebih meriah berbanding dengan aidilfitri, di mana terdapatnya sembelihan binatang korban seperti lembu, kambing dan unta dan sebagainya... dan takbir aidiladha berkumandang selama 4 hari berbanding hari raya aidilfitri selama satu hari sahaja... namun suasana di malaysia ini mungkin agak berbeza...

jika diperkatakan tentang Qurban...apakah yang dimaksudkan dengan qurban itu? apakah korban itu sekadar suatu upacara sahaja... jika tibanya hari raya korban maka akan diadakan upacara sembelihan binatang korban...

Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 37 yang berbunyi:

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan TAKWA dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.

pengorbanan yang dilakukan dengan melakukan sembelihan binatang korban memang mudah... sesiapa sahaja boleh berkorban dengan cara begini... orang kaya lebih mempunyai kelebihan kerana dengan kekayaannya boleh membeli seberapa banyak ekor lembu yang mampu, dengan kekayaannya juga boleh memberi sedekah beberapa ekor unta yang dimahukan, namun itu bukan ukuran pengorbanan...

Allah sudah berfirman dalam surah al-Hajj di atas, bahawa daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah... akan tetapi NILAI TAQWA yang berada dalam hati seseorang itu yang akan menentukan sampainya amalan kita yang ikhlas itu melalui pengorbanan yang kita lakukan...

buatlah pengorbanan seberapa banyak ekor lembu, unta atau kambing sekalipun, namun jika pengorbanan itu atas dasar riya', mahu menunjuk-nunjuk, sombong, takabbur dan sebagainya, pengorbanan itu tidak akan diterima oleh Allah...dan akan menjadi satu pengorbanan yang sia-sia...tidak ada gunanya...

berbeza pula jika pengorbanan yang sedikit yang dilakukan dengan hati yang penuh ikhlas, walaupun 1/100 bahagian daging lembu, unta atau kambing itu...namun, pengorbanan inilah yang diterima oleh Allah berbanding perumpamaan sebelum ini yang mana pengorbanannya atas dasar riya', sombong dan takabbur...



Gambar Yusuf Islam atau nama glamour beliau sebelum islam ialah Cat Steven... gambar sewaktu persidangan akhbar di Jakarta, Indonesia... beliau akan mengadakan satu konsert amal 31 januari ini bagi meraih dana untuk mangsa-mangsa tsunami... aidiladha benar-benar menuntuk umat islam melakukan pengorbanan bagi membantu saudara kita sesama islam yang sedang dilanda kesusahan...semoga umat islam mengambil iktibar.

semalam genap sebulan berlalunya peristiwa bencana terbesar dalam sejarah, iaitu bencana tsunami yang meragut lebih 250,000 nyawa...

kedatangan eidiladha ini benar-benar membawa seribu satu makna kepada umat islam dan juga kepada mangsa-mangsa bencana tsunami...ianya membawa seribu satu keinsafan supaya manusia lebih mengagungkan kehebatan dan kebesaran allah tuhan pencipta alam...

kehadiran aidiladha kali ini menuntut pengorbanan yang lebih besar berbanding sebelum ini, ramai saudara kita seislam yang terkorban akibat dirempuh ombak besar tsunami... jadi sebagai umat islam...hal ehwal yang berkaitan dengan umat islam perlu diambil kita...

dalam hadis rasulullah bersabda "Man La Yahtam bi amrilMuslimin fa laisa minhum" yang bermaksud : "Sesiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang-orang Islam, maka dia bukan daripada kalangan mereka"... dan tentunya bukan juga daripada umat muhammad..

agak sebak jika kita menonton sambutan aidiladha di acheh, terutama sekali di banda acheh yang teruk musnah akibat bencana ini... namun, sambutan tetap diadakan juga...solat sunat aidiladha yang dilakukan di masjid Baitul Rahman banda acheh sungguh menggamit perasaan bagaimana kuasa Allah mengatasi segalanya... ketika suasana sekitar sudah menjadi padang jarak, namun rumah Allah ini yang menjadi tempat ibadah, tempat untuk manusia sujud dan ruku' menyembah Allah masih utuh lagi... berdiri kukuh tersergam indah...

peristiwa ini benar-benar menyentuh perasaan umat islam di seluruh dunia, ramai yang cuba untuk meringankan penderitaan mangsa dengan berkorban apa sahaja yang termampu... ada yang berkorban wang ringgit, berkorban harta benda seperti pakaian, makanan dan sebagainya, pengorbanan diri dengan berkhidmat di tempat-tempat yang dilanda bencana... hanya Allah yang mengetahui hati mereka... apakah pengorbanan itu sia-sia atau TAQWA yang terhasil daripada pengorbanan itu...

jika pengorbanan yang dilakukan benar-benar ikhlas kerana Allah...maka pengorbanan itu pasti akan diterima oleh Allah...

satu contoh yang menarik ialah pengorbanan dua orang anak Nabi Adam a.s... HABIL dan QABIL... kedua-dua mereka diperintah oleh Allah untuk melakukan korban, maka HABIL seorang pengembala telah memilih binatang peliharaannya yang sihat wal'afiat untuk dipersembahkan kehadapan Allah sebagai pengorbanannya...manakala abangnya Qabil seorang petani, telah memilih hasil pertaniannya yang kurang baik untuk dipersembahkan sebagai korban...

apa yang terjadi ialah...korban Habil diterima oleh Allah manakala korban Qabil tidak diterima oleh Allah... ini kerana korban Habil adalah korban yang berasaskan TAQWA kepada Allah swt... dan korban Qabil bukanlah berasaskan taqwa...maka Allah memilih korban yang ikhlas keranaNya itu...

akibat perasaan bencinya itu qabil sanggup membunuh adik kandungnya sendiri... kerana tidak ada sifat taqwa dalam dirinya maka tarafnya menjadi lebih rendah dan hina daripada binatang...tatkala qabil bingung tidak tahu apa yang hendak dilakukan, maka Allah turunkan dua ekor gagak hitam, sejenis binatang pemakan bangkai yang hina supaya memberi pengajaran kepada qabil yang telah membunuh saudara kandungnya sendiri...seekor gagak tersebut telah membunuh yang seekor lagi lalu yang seekor itupun mengorek lubang dan menanam bangkai saudaranya yang seekor itu, bagi memberi ilham kepada qabil.

kisah ini dirakamkan oleh Allah di dalam al-quran...surah al-Maidah ayat 27-31 :

[27] Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.

[28] Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam

[28] Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam.

[29] Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli Neraka dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim.

[30] Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.

[31] Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.


demikianlah apa yang tersirat di sebalik ibadah qurban... hanya orang yang mempunyai nilai taqwa di dalam hatinya yang diterima oleh Allah...

dan ibadah korban juga menuntut setiap umat islam supaya memikirkan nasib saudara mereka yang lebih susah dari mereka... orang kaya membantu orang miskin, orang senang membantu orang susah dan sebagainya... itulah sebabnya ibadah korban yang diadakan setahun sekali ini supaya mengingatkan kita kepada saudara kita sesama muslim yang lain, perbuatan sembelihan dan pengagihan daging korban hanyalah simbolik sahaja.

Wallahu A'lam

Comments: Post a Comment
| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 5:04 PM