Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Monday, January 03, 2005

Tirai 2005 Dibuka : Muhasabah Diri

TAHUN 2004 SUDAH MELABUHKAN TIRAINYA, MANAKALA TAHUN 2005 MEMBUKA SATU LEMBARAN BARU TERUTAMA BAGI UMAT ISLAM

Tahun 2004 sudah pun melabuhkan tirainya dan tahun 2005 pula yang membuka tirai.

namun tahun 2004 ditutup dengan satu peristiwa yang sangat menyanyat hati berikutan peristiwa tsunami yang dahsyat melanda beberapa negara di asia.



ombak tsunami menyebabkan kehancuran dan kemusnahan...akan tetapi Gambar ini... gambar sebuah masjid yang masih berdiri utuh di Keude Teunom Acheh walaupun kawasan sekitarnya musnah menjadi padang jarak



Gambar masjid ar-rahman yang terletak di banda acheh ini juga masih berdiri tegak sedangkan ke semua bangunan di sekitarnya hancur musnah dilanda ombak tsunami. Allah memelihara rumah ibadahnya. dan di beberapa tempat lagi yang dilanda kemusnahan seperti di meulaboh, sigli dan sebagainya

gempa bumi yang berukuran 9.0 skala ritcher yang berlaku di bahagian barat daya acheh telah memusnahkan beberapa kawasan dan menyebabkan lebih 150,000 terkorban.

kejadian ini menuntut supaya kita sebagai umat islam mengambil pengajaran daripadanya kerana Allah tidak menurunkan sesuatu bala itu tanpa ada sebab di sebaliknya.

maka tahun 2005 ini diharapkan kita dapat melakukan satu perubahan... iaitu kembali kepada Islam... peristiwa yang dipertunjukkan oleh Allah ini supaya kita mengambil pengajaran di sebaliknya bukan setakat menyesali, meratapi... akan tetapi kembali kepada Islam yang sebenar...

tindakan Pak Lah membatalkan kesemua konsert untuk menyambut tahun baru merupakan satu langkah yang baik. syabas pak lah...namun begitu ramai juga anak-anak muda yang tidak menginsafi peristiwa ini dengan mengadakan perayaan mereka sendiri.

Allah hanya menghantar beberapa ombak sahaja sudah cukup untuk menyebabkan kehancuran dan kemusnahan... namun manusia masih lagi tidak sedar diri.

dan pelbagai keajaiban juga yang telah Allah tunjukkan untuk manusia terus memikirkan kekuasaan Allah.

bagaimana yang berlaku di pantai batu ferringi pulau pinang, seorang ibu yang kehilangan seorang anaknya akibat ombak besar tsunami beliau mendakwa melihat seorang pemuda yang sedang bersembahyang di atas sebuah batu tidak tergugat dengan kehadiran ombak ganas yang membunuh ini. sedangkan ombak ini berupaya untuk menghancurkan bangunan dua tiga tingkat. lihatlah bagaimana Allah memelihara hambanya yang sedang sujud dan rukuk kepadanya.

bagaimana kekuasaan allah mengatasi kekuasaan manusia apabila kecanggihan teknologi tidak dapat meramalkan kehadiran gempa bumi ini yang menyebabkan berlakunya tsunami sehingga menyebabkan kehancuran besar terutamanya di Banda Acheh yang berhampiran dengan pusat gempa bumi. kini banda acheh sudah menjadi padang jarak padang tekukur.

begitu juga dengan manusia, walau pandai mana sekalipun manusia ini berenang, namun mati juga dilanda ombak tsunami, akan tetapi dengan kekuasaan Allah, bayi yang tidak boleh merangkak dan berjalan boleh terselamat. Allah berkuasa untuk memelihara sesiapa yang Allah kehendaki. ini kerana bayi ini tiada dosa disebabkan hatinya yang bersih suci daripada segala kekotoran dan noda dosa.

kompleks membeli belah yang berdiri tegak dengan binaan batu boleh hancur, akan tetapi Allah berhak juga memelihara rumah ibadah iaitu masjid-masjid daripada hancur dilanda ombak tsunami. Apakah manusia tidak melihat dan berfikir?

begitulah, kehadiran tahun 2005...ditutup dengan peristiwa yang begitu menginsafkan.

jika dahulu kehadiran 2005 disambut dengan pesta, konsert dan sebagainya... tetapi kali ini kehadirannya disambut dengan penuh keinsafan dan penyesalan. tiada lagi konsert mega seperti yang diarahkan oleh Pak Lah. itu situasi di malaysia. batal konsert dan digantikan dengan majlis kerohanian.

begitu juga kehadiran tahun baru di beberapa negara lain di seluruh dunia, paling kurang pun bagi negara yang tidak dilanda bencana tsunami ini mereka akan bertafakur seketika.

cuba kita fikir...mengapa bencana ini dilanda kepada negara Islam dan kebanyakan orang Islam yang mati?? Acheh sebuah negara Islam... Islam mula-mula tersebar di nusantara ini berpusat di Acheh yang pernah dikenali sebagai serambi mekah pada suatu ketika dahulu...

Sri Lanka... siapa yang tahu bahawa Sri Lanka ini majoritinya ialah penduduk melayu yang beragama Islam... namun sri Lanka merupakan negara kedua tertinggi dari segi jumlah kematian dan kemusnahan akibat bencana tsunami ini...

Kepulauan Maldives, juga kebanyakannya orang melayu yang beragama Islam, dan maldives adalah antara negara yang melaksanakan undang-undang Islam. siapa yang tahu fakta ini? namun, maldives juga dilanda dengan ombak tsunami walaupun negaranya jauh daripada banda acheh. Maldives sebagai sebuah negara yang amat cantik dengan pesisir pantai yang cantik sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, namun bala Allah tidak mengira semua ini...itu adalah kurniaan Allah dan Allah berhak untuk menghancurkannya...

Malaysia pula...bukankah kita sebuah negara Islam dan penduduknya penduduk Islam... sekali Allah menghantar ombak tsunami kota kuala muda kedah musnah dan ranap sekelip mata... ini di malaysia yang hanya menerima tempiasnya sahaja, bagaimana pula di banda acheh yang betul-betul bersebelahan dengan pusat gempa bumi

alahai umat islam...ini bermakna ratusan ribu yang mati disebabkan bencana yang memang dihantar oleh Allah ini. di Malaysia walaupun Pak Lah mengarahkan supaya batal pesta dan konsert-konsert, namun terdapat ramai juga anak-anak muda yang menyambutnya dengan melakukan maksiat di tengah bandaraya. kondom-kondom, botol arak boleh juga didapati. ini orang melayu islam yang melakukannya.

di melaka baru-baru ini terdapat juga konsert yang diadakan, alasannya diadakan secara tertutup. ini semuanya bakal mengundang kemarahan Allah. apakah manusia tidak mengambil iktibar atau pengajaran daripada setiap bencana yang Allah turunkan??

sememangnya ada hikmah di sebalik peristiwa ini. mungkin Islam akan kembali bangkit selepas ini selepas generasi bencana tsunami ini? Wallahu 'Alam

semoga kehadiran tahun baru 2005 akan memberi sinar baru kepada umat islam. walau bagaimanapun peristiwa tsunami 26 Disember 2004 yang kebetulan berlaku selepas sambutan krismas 25 disember, tetap akan terpahat dalam sejarah sebagai satu bencana yang paling dahsyat dan satu bencana yang memberi kemusnahan terbesar dalam sejarah.

tsunami yang memusnahkan Acheh, Maldives, Sri Lanka, India, Malaysia, Selatan Thailand dan beberapa negara lain di asia menjadi penutup tirai 2005 yang disambut dengan tangisan, ratapan, penyesalan dan sebagainya. akan tetapi kita sebagai muslim mesti menyambutnya dengan penuh Redha sebagai sebahagian daripada ketentuan Ilahi.

Comments: Post a Comment
| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 7:35 PM