Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Friday, February 18, 2005

Dunia Oh Dunia!!

POPE DAN AKHIR ZAMAN

Image Hosted by ImageShack.us

BACA : Flu epidemic hits Italy putting pope and the prime minister in bed

Itali diserang virus selsema sejak dua minggu lepas dan menyebabkan lebih 800,000 dijangkiti.

yang menarik di sini dua pemimpin tertinggi dunia turut dijangkiti. pertamanya perdana menteri Itali iaitu berlusconi dan kedua ialah ketua umat kristian dunia iaitu Pope John paul II.

dalam usia sudah mencecah 84 tahun, tentu ramai sudah membuat ramalan tentang hayat beliau, dan barangkali sudah siap surat wasiat daripada pope ini.

jika posting noirkudus sebelum ini iaitu berkaitan dengan kenabian nostradamus yang selalu dikaitkan dengan ramalannya yang dikatakan bertepatan. antaranya ramalan nostradamus ini ialah berkaitan runtuhan WTC dan juga ramalan berlaku kiamat.

dan berkaitan dengan pope ini noirkudus teringat pula tentang ramalan seorang paderi kristian bernama Saint Malacy.

pelik bin ajaib, orang seperti nostradamus dan st malacy ini dikaitkan dengan kenabian apabila ramalan mereka sentiasa tepat belaka.

dan yang menariknya, sebelum kematian beliau, beliau telah menyenaraikan kesemua nama pope beserta dengan nama samaran sehinggalah berlakunya "the end of the world" iaitu kiamat. mengikut ramalan beliau, pope John Paul II ini ialah pope yang ke 110 daripada 112 pope yang disenaraikan, dan ini bermakna hanya tinggal 2 orang pope sahaja sebelum berlakunya kiamat. jadi seluruh umat kristian agak risau memikirkan keadaan ini. mereka mahu menunggu kedatangan jesus christ mereka lagi.

Wallahu A'lam...noirkudus tidak pasti

namun, kita sebagai umat Islam sendiri sudah mengetahui daripada ajaran nabi Muhammad sendiri bahawa dunia ini sudah pun menuju akhir zaman, dan kita sekarang ini sebenarnya memang berada di akhir zaman.

dan di sini agak menarik berkenaan dengan gelaran yang dimiliki oleh pope ini:

HIS HOLINESS THE POPE, BISHOP OF ROME AND VICAR OF JESUS CHRIST, SUCCESSOR OF ST PETER, PRINCE OF THE APOSTLES, SUPREME PONTIFF OF THE UNIVERSAL CHURCH, PATRIARCH OF THE WEST, PRIMATE OF ITALY, ARCHBISHOP AND METROPOLITAN OF THE ROMAN PROVINCE AND SOVEREIGN OF VATICAN CITY JOHN PAUL THE SECOND. (noirkudus petik daripada buku KONSPIRASI BARAT TERHADAP ISLAM DAN DUNIA : Sosial, budaya, Pendidikan, Ekonomi, Teknologi dan ketenteraan karangan DR ILYAS HARUN)

lihatlah betapa panjangnya gelaran pope John paul II ini, ketua umat kristian seluruh dunia, itu belum lagi diberi gelaran Profesor Emiritus Tun Tan Sri Datuk Sri... dan sebagainya...

DUNIA OH DUNIA...

Image Hosted by ImageShack.us
KLIK UNTUK BACA DI SINI


berita mengenai pemanasan global dan perubahan iklim...

apakah benar terdapat perubahan cuaca yang sungguh dramatik yang boleh menyebabkan perubahan global?

kerosakan yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia ini akan menyebabkan lebih banyak lagi kerosakan di laut dan bumi. Allah juga telah berfirman di dalam al-Qur'an yang berbunyi : "Zaharal fasaada fil barri wal bahri bi ma kasabat aidin Nas" yang membawa maksud telah jelas bahawa segala kerosakan yang berlaku di laut dan bumi adalah disebabkan tangan-tangan manusia sendiri.

ini bermakna bahawa, ais di kutub utara dan kutub selatan akan mengalami pencairan dengan lebih pesat lagi daripada waktu yang dijangka. jadi, ramalan berkaitan bahawa bumi ini akan tenggelam akan menjadi kenyataan lebih cepat daripada sepatutnya. jadi, kawasan yang mempunyai paras yang rendah harus bersedia lebih awal.

di malaysia pula, berita kelmarin mengatakan bahawa, kedudukan peta malaysia sudah berubah akibat daripada peristiwa tsunami. ini adalah menurut kajian beberapa pensyarah di USM. barangkali bumi ini semakin mengecil, akibat daripada pertindihan kerak bumi di barat daya banda acheh yang menyebabkan tsunami berlaku akhir tahun lepas. sebenarnya bukan setakat peta malaysia berubah malah, peta dunia turut berubah.

bumi ini sudah tua. barangkali tanda-tanda akhir kiamat sudah semakin menggamit kita.

dalam minggu lepas pula, noirkudus mendapat berita mengatakan bahawa bumi akan dilanda oleh satu tahi bintang yang agak besar dalam tahun ini, namun begitu noirkudus masih belum menjumpai sumber-sumber sahih mengenai berita ini.

mengikut daripada apa yang noirkudus terima, komet yang bakal melanda bumi itu akan menyebabkan kehancuran bumi yang membawa kepada "the end of the world", ataupun jika ianya tidak menghancurkan bumi sekalipun, ia akan membawa kerosakan yang luar biasa kepada bumi ini. Wallahu A'lam. noirkudus masih mahu mencari sumber sahih lagi benar, kerana tiap-tiap tahun banyak ramalan seperti ini, seperti juga tahun 2004, dikatakan akan berlaku kiamat. tahun 2003 juga dikatakan begitu, pendek kata tiap-tiap tahun. namun semuanya hanyalah dalam pengetahuan Allah sahaja.

jadi, mungkin benar seperti yang telah dikatakan oleh seorang kawan noirkudus, katanya : "kita tidak wajib mempercayai dengan ramalan-ramalan seperti ini, tapi agak bagus juga jika manusia akan sentiasa mempertingkatkan amalan-amalan harian mereka, kerana jika kiamat tidak berlaku dalam masa terdekat ini sekalipun, akan tetapi manusia ini sentiasa dalam perjalanan menuju kematian, jadi setiap saat adalah waktu untuk manusia bersedia"

Rasulullah sendiri sudah memberi amaran kepada umatnya bahawa umur dunia ini sudah sangat pendek. Rasulullah sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan jari hantu, dan jarak beza antara keduanya itulah dianggarkan jarak usia dunia ini sehingga kiamat. kita tidak tahu bila, namun banyak tanda-tanda yang dihantar oleh Allah ini sepatutnya sudah cukup menginsafkan.

Peristiwa tsunami ini merupakan pengajaran yang sudah cukup besar bagi umat ini menginsafi kejadian. peristiwa tsunami ini pun sudah dianggap sebagai kiamat kecil kerana Allah baru menghantar air dalam bentuk ombak besar, namun sudah banyak kerosakan dan kematian yang berlaku.

usah tunggu matahari terbit di barat baru manusia ini mahu bertaubat kerana sesungguhnya apabila tiba waktu itu segala taubat manusia sudah tidak diterima Allah. jadi, persoalan bilakah kiamat akan berlaku tidaklah menjadi persoalan bagi manusia terutama kepada umat Islam, namun begitu persoalan tentang setakat mana amalan kita inilah yang sepatutnya dirisaukan. bertaubatlah setiap masa kerana barangkali kita akan mati dulu sebelum kiamat akan berlaku.

Wallahu A'lam

Comments: Post a Comment
| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 8:40 PM