Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Saturday, February 12, 2005

Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah

ISLAM HADHARI MENJANA KEMAJUAN UMMAH

Image Hosted by ImageShack.us
HIJRAH, HIJRAH, MENGAJAK KITA BERUBAH
MENUJU TAMADUN UMAT GEMILANG
WAWASAN HIDUP DIBERKATI
MAJU MEMBANGUN DI SEGALA SEGI
HIJRAH...HIJRAH......

(satu rangkap daripada sebuah lirik lagu nasyid)

agak menarik tema sambutan ma'al hijrah pada tahun ini, lain daripada yang lain, mana tidaknya kerana tema Islam Hadhari ini adalah satu perkara yang baru, tidak pernah wujud sewaktu pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad (Pak det), mahupun zaman-zaman perdana menteri sebelum ini sejak daripada zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-haj.

maka apabila paklah menyebut term ini "cemerlang, gemilang dan terbilang" maka pemimpin di bawah pimpinan beliau pun terus melonjakkan tema ini, dan sehinggalah ianya menjadi satu tema yang sentiasa meniti di bibir rakyat. seakan-akan tema ini sangat fleksibel untuk dipakai di mana-mana sahaja baik di sekolah, universiti, pejabat, warung kopi, restoran-restoran, bandar besar, kampung kecil dan di mana-mana sahaja. ia boleh menjadi satu kata perangsang, kata dorongan, tema motivasi dan sebagainya. pendek kata masyarakat boleh memahami tanpa perlu dijelaskan, kerana tema itu memang sudah jelas pun, dan boleh diterima pakai. lagipun bunyi itu pun sudah sedap didengar.

begitu juga istilah "Islam Hadhari" ... satu ketika dahulu sewaktu pak lah mula-mula menyebut istilah ini, ia merupakan satu perkataan yang agak asing dan pelik bagi masyarakat Malaysia. apa itu hadhari? Islam hadhari pula apa? ada islam yang tidak hadhari ke? ataupun islam had-hari? Islam versi baru ker? dan sebagainya.

dan sekarang ini tema Islam Hadhari ini pula yang meniti di bibir masyarakat. sedangkan masyarakat di peringkat akar umbi, ramai lagi yang masih tidak faham apa itu Islam Hadhari. di peringkat para sarjana pula, mungkin ada yang boleh menghuraikan dengan jelas apakah sebenarnya maksud di sebalik Islam hadhari ini, dan tidak kurang juga ada yang tidak bersetuju dengan penggunaannya, dan mencadangkan supaya istilah tersebut ditukar sedikit (di"modify") namun tidak lari daripada maksud asal.

penggunaan istilah Islam Hadhari ini mempunyai signifikan yang berbeza :

yang pertama ialah : ianya boleh membawa kekeliruan yang amat ketara di peringkat rakyat secara amnya. pemahaman yang salah tentang makna sebenar Islam hadhari ini akan menyebabkan penggunaan yang salah, dan boleh menjurus pula kepada ulasan yang salah.

kedua ialah : daripada sudut positif, kita boleh katakan pengenalan istilah ini adalah sebagai satu "tema perpaduan" yang mana ianya berbeza mengikut pemimpin yang memerintah, jika berakhir pemerintahan tersebut dan naik pemimpin baru maka akan lahir pula satu tema yang baru. mungkin daripada sudut positifnya begitulah,

dan di sebalik point yang kedua tadi, point yang pertama yang amat membimbangkan kerana kekeliruan yang timbul itulah boleh memecahbelahkan Islam itu walaupun niat asal ialah perpaduan bangsa melayu.

Itulah dia perpaduan Islam vs perpaduan melayu.

Hadhari itu sendiri berasal daripada perkataan Arab "Hadharah" yang bermaksud tamadun. Dalam bahasa Inggeris pula ianya merujuk kepada "civilization" juga merujuk kepada tamadun atau peradaban. Maka perkataan Islam Hadhari ini sebenarnya ialah merujuk kepada Islam yang bertamadun.

Akan tetapi walaupun ditujukan kepada ketamadunan islam itu sendiri, namun penggunaan istilah itu sendiri banyak menjadi tanda Tanya, yang sampai ke hari ini pun masih banyak lagi perdebatan tentangnya tidak kira sama ada perbincangan di peringkat ahli politik, cendekiawan ataupun ahli intelektual mahupun orang awam. Namun begitu, yang sangat menakutkan kita ialah perbincangan di peringkat politik yang melibatkan politikus-politikus daripada parti berbeza yang tentunya pendirian setiap politikus adalah mewakili parti politik. Kita sebagai rakyat biasa juga secara umum mengetahui bahawa antara sifat ahli politik ialah sanggup menegakkan benang yang basah demi mendokong dan membela perjuangan parti tidak kira parti mana sekalipun. Jadi, sudah tentu ianya akan menjurus ke arah perdebatan yang tidak sihat. Namun bagi para cendekiawan, walaupun hujah yang dikemukakan adalah hujah ilmiah sama ada hujah melalui seminar, dialog mahupun penulisan, ianya tetap menimbulkan keraguan dan kemarahan bagi pihak yang mempunyai kepentingan. Kita sebagai rakyat awam secara umumnya mengetahui bahawa ahli akademik ini hujahnya ialah hujah akademik dan tiada kepentingan dengan mana-mana pihak, namun begitu terdapat juga beberapa orang ahli akademik yang menjurus ke arah kepartian.

Kita bercakap sekarang ialah tentang tamadun, atau civilization dalam bahasa inggerisnya, atau hadharah dalam bahasa arabnya. Apakah erti tamadun itu secara amnya?

Noirkudus merujuk buku pengantar Tamadun Islam tulisan Amir Abdul Rahman. Di sini beliau mengatakan bahawa sebelum kita berbicara tentang tamadun maka adalah penting bagi kita untuk mengetahui apakah yang dikatakan dengan tamadun itu.

Daripada sudut epistimologi, perkataan civilization itu berkait rapat dengan urbanization. Civilization itu diambil daripada perkataan Latin iaitu city iaitu civitas. Itu ialah daripada perspektif barat, di mana kita mudah mendapati bahawa kebanyakan tamadun bermula daripada Bandar-bandar besar, dan ciri-ciri asas peradaban manusia lebih mudah ditemui di Bandar-bandar besar.

Dari sudut bahasa Arab beberapa istilah digunakan merujuk kepada pengertian tamadun. Di antaranya ialah perkataan madani, tamadun, hadarah dan umran. Perkataan madani ataupun madaniah ini daripada kata pokoknya mudun bermakna Bandar, seperti juga madinah yang mempunyai kata dasar yang sama iaitu mudun yang bermaksud Bandar. Sama seperti civilization di mana kata akarnya ialah city merujuk kepada Bandar. Perkataan madani ini pernah dipopularkan penggunaannya oleh bekas timbalan perdana menteri kita yang pernah dipenjarakan atas tuduhan liwat, zina dan rasuah iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim di mana istilah masyarakat madani digunakan merujuk kepada makna masyarakat bertamadun.

Masyarakat madani ini juga merujuk kepada masyarakat madinah yang dibentuk oleh Nabi Muhammad saw yang menjadi model kepada tamadun Islam itu sendiri.jadi, islam sendiri sudah ada model tamadun yang boleh dicontohi kerana disitulah bermulanya sebuah tamadun yang sangat hebat yang seterusnya mewujudkan sebuah empayar Islam yang sangat hebat lagi luas sehingga merangkumi 3/4 dunia.

Dalam bahasa arab juga disebut umran di mana Ibnu Khaldun di dalam kitabnya al-Muqaddimah telah menggunakan perkataan umran dalam kajian beliau mengenai ibu-ibu kota dengan erti "kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju". Beliau juga menggunakan perkataan hadarah sebagai lawan bagi perkataan "badi" dan "badiah"

Hadharah pula dimaksudkan sebagai satu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan. dan dalam pemakaian bahasa arab moden, perkataan tamadun membawa erti memiliki ciri-ciri hidup bandar atau bertamadun.

Prof Syed Naqib Al-Attas memberikan takrif tamadun Islam sebagai

"keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya"
Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah pula menghuraikan maksud peradaban atau tamadun Islam ini sebagai:

"pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni"
Jadi, dapatlah noirkudus simpulkan di sini bahawa, masyarakat bagi sebuah negeri yang bertamadun itu mestilah mencapai kegemilangan yang tinggi dari segi pembangunan, keintelektualan dan juga kegemilangan dari segi sahsiah iaitu dari segi kesopanan dan kesusilaan.

jadi konsep Islam Hadhari ini, jika mahu direalisasikan mestilah mencapai seperti apa yang telah dihuraikan oleh dua orang tokoh pemikir Islam iaitu Prof Syed Naquib al-Attas dan juga Ibn Khaldun tadi. cukuplah cuma dua tokoh, dan itu juga sudah jelas tentang apa yang sepatutnya dikehendaki daripada tamadun Islam itu sendiri.

noirkudus teringat ulasan Dato' Dr Mashitah Ibrahim, dahulunya seorang tokoh akademik, dan sekarang ini seorang tokoh politik pula, dan sudah menjadi ahli parlimen Baling kedah, dan sekarang setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, sewaktu pernah ditanya wartawan tentang penggunaan tema Ma'al Hijrah tahun ini iaitu Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah, kata beliau Islam Hadhari ini ialah Islam bertamadun dan tentunya merujuk kepada umatnya yang bertamadun dan di antara aspek ataupun ciri yang ada bagi umat bertamadun ialah aspek berkenaan sahsiah atau nilai-nilai diri.

noirkudus sangat tertarik tentang point ini. memang benar soal sahsiah atau nilai ataupun moral ini sangat dititik beratkan jika kita mahu mencapai taraf ketamadunan yang tinggi. tamadun Islam tentunya tidak boleh disamakan dengan tamadun barat, kerana jika kita ikut tamadun dari perspektif barat, maka mereka iaitu barat ini tidak mementingkan nilai moral dalam diri umatnya. itu sebabnya walaupun kita lihat kerosakan akhlak yang sangat teruk dalam masyarakat barat, namun mereka masih mendakwa mereka ini umat yang bertamadun. sampai sekarang juga krisis moral dalam masyarakat barat ini sudah mencapai tahap yang serius, namun apakan daya kerana inilah model masyarakat bertamadun ataupun dalam bahasa inggerisnya ialah "civilised people" di mana sehingga kini amat dibanggakan oleh barat. mereka pernah memusnahkan tamadun Islam, dan kini mereka bina model tamadun mereka akan tetapi atas landasan yang tidak bermoral.

itu daripada perspektif barat, namun bagi perspektif tamadun Islam, nilai moral inilah tunjang bagi membina masyarakat tamadun. sedangkan Rasulullah selepas diturunkan dan diangkat menjadi Rasul maka segala perangai masyarakat arab yang tidak bermoral pada waktu itu dibetulkan, penyakit masyarakat diubati dan sebagainya sehinggalah mereka itu bersih daripada pengaruh jahiliah. perbuatan seperti penzinaan, bunuh anak, judi, tilik nasib, penyembahan berhala, meminum arak, hidup berpuak-puak dan penuh dengan persengketaan dan sebagainya lagi perkara-perkara yang boleh merosakkan masyarakat diperbaiki oleh Rasulullah. hasil daripada didikan Rasulullah itulah masyarakat telah menjadi satu masyarakat yang mempunyai peribadi mulia dan seterusnya mengangkat darjat dan martabat mereka ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu mencapai ketamadunan yang gilang gemilang lagi cemerlang, gemilang dan terbilang.

namun kini penyakit masyarakat itu bukannya sudah diubati malah semakin teruk menular dalam masyarakat seperti kes samseng jalanan, kes pembunuhan, kes buang anak, penzinaan dan sebagainya. bagaimana mahu menjadi masyarakat bertamadun jika begini sifatnya. penyakit moral seperti ini patut dibasmi terlebih dahulu. perbuatan berzina misalnya, merupakan penyakit masyarakat yang meruncing. perbuatan zina adalah satu perbuatan yang keji sifatnya seperti telah diperkatakan oleh Allah dalam al-Qur'an. namun perkara ini berleluasa dilakukan oleh remaja khususnya. daripada perbuatan zina inilah lahirnya anak luar nikah, dan disebabkan malu dengan anak luar nikah ini berlakunya kes pembuangan anak. bukankah ini sifat masyarakat yang tidak bertamadun? perbuatan yang keji dan sangat hina dan sifat jahiliah. sedangkan binatang juga tahu sayangkan anak inikan pula manusia. apakah kita sedar bahawa kes pembuangan anak ini hanya terdapat pada bangsa melayu? apakah anda mendengar kes seperti ini pada masyarakat di eropah? atau apakah anda mendengar kes seperti ini pada bangsa lain seperti bangsa cina? noirkudus pernah diajukan persoalan seperti ini. kelu lidah seribu bahasa memandangkan noirkudus juga adalah orang melayu dan persoalan itu ditujukan buat bangsa melayu. orang berkata bahawa bangsa melayu kini sudah maju, bangsa melayu kini menuju ketamadunan yang tinggi namun begitu penyakit masyarakat jelas menular dalam masyarakat seperti kes buang anak ini yang tidak ada pada bangsa lain. noirkudus terfikir kembali, benarkah ini?? apakah tidak ada kes seperti ini pada bangsa cina bermakna orang cina tiada yang berzina? apakah tidak ada kes seperti ini terhadap masyarakat eropah maka ini bermakna masyarakat eropah tidak pernah berzina. maka kini noirkudus sudah mendapat jawapannya iaitu, pada masyarakat eropah atau masyarakat lainnya yang kononnya bertamadun, perbuatan zina bagi mereka satu perbuatan yang halal dan tiada dosa dilakukan oleh pasangan muda yang belum berkahwin, dan dengan bantuan teknologi juga mereka menggunakan alat seperti pil atau kondom bagi mencegah kehamilan berlaku, ataupun tanpa menggunakan peralatan seperti itu mereka juga bebas untuk berzina dan mereka sewenang-wenangnya boleh berzina dengan sesiapa yang mereka suka walaupun sehingga mengandung dan melahirkan anak, anak tersebut seolah-olah halal bagi mereka, kerana mereka tiada istilah haram dalam penzinaan dan juga tiada istilah anak haram, maka dengan itu juga tiada istilah buang anak bagi mereka kerana "anak haram" pada pandangan kita merupakan anak halal bagi pandangan mereka, dan jika keluar anak hasil penzinaan tiada apa yang perlu dimalukan kerana halal belaka. namun berbeza bagi masyarakat melayu, perbuatan zina ini sejak turun temurun adalah satu perbuatan yang sangat keji lagi memalukan bagi masyarakat dan pantang bagi orang tua-tua jika anak yang dilahirkan itu adalah anak luar nikah, dan perkara ini adalah satu perkara yang amat memalukan sejak turun temurun, dan tiada apa-apa yang lebih memalukan dalam masyarakat melainkan mendapat anak luar nikah. ini kerana nilai moral dalam masyarakat melayu amat dipandang tinggi sejak turun temurun, dan kerana itu bangsa melayu pernah mencapai satu tahap ketamadunan yang tinggi. namun kini, masalah kebejatan moral seperti ini amat meruncing dan bagaimana hendak mencapai tahap ketamadunan seperti yang diidam-idamkan.

Tokoh Ma'al Hijrah tahun ini, Ustaz Uthman el-Muhammady, dalam ucapannya sempena penganugerahan tersebut telah memperkatakan tentang budaya koboi dan brutal dalam masyarakat. ini ada kaitan dengan kebiadaban umat yang akhir sekali boleh menyebabkan kehancuran umat itu sendiri. memang benar, bagi masyarakat melayu ini, budaya koboi dan biadab ini sangat tidak sesuai kerana tidak kena dengan jiwa orang melayu memandangkan orang melayu ini sangat terkenal dengan sifat ketimuran iaitu sifat lemah lembut dan bersopan santun dan berbudi bahasa. akan tetapi kerana mencontohi tamadun barat maka bangsa melayu sejak akhir-akhir ini sudah hilang nilai akhlak ketimuran seperti yang wujud pada diri orang melayu terdahulu. contoh mudah dan simple, dulu jika ada tetamu di rumah, maka kalau hendak melintas di belakang mahupun di depan kita akan meminta laluan sambil tunduk badan tanda hormat, namun sekarang tiada lagi nilai seperti itu, kita akan lalu dengan sombong dan gah. bahasa yang digunakan juga sudah berubah, dulu kita cakap "minta maaf, tumpang lalu yer atau maaf, boleh saya lalu" sekarang ni kasar sikit bunyinya "tepi sikit". itu sekadar contoh bahasa dan perbuatan. walaupun perkara tersebut nampak sangat kecil, namun ia ada kaitan dengan adab seperti meminta izin, merendah diri, hormat tetamu, memohon maaf dan sebagainya. namun sekarang ini sudah tiada hormat baik orang muda kepada orang tua atau sebaliknya. malah bahasa juga tidak lagi menunjukkan tanda berbudi bahasa dan sopan santun melayu. contohnya perkataan bohong atau tipu itu sudah menjadi perkataan "kencing" contohnya "kau kencing aku yer" bermaksud kau tipu aku yer. begitulah contoh orang dulu dan sekarang. budaya sudah berubah.

noirkudus teringat iklan tentang BUDI BAHASA BUDAYA KITA.
sangat menarik dan sangat terkesan bagi sesiapa yang melihatnya. lakonan tersebut sangat menjadi terutama watak orang muda yang tidak sikit pun mengasihani warga tua, wanita mengandung, dan warga buta apabila lebih mementingkan diri sendiri, sedangkan budaya kita apabila kita sedang duduk, sama ada duduk menunggu giliran mahupun dalam kenderaan seperti bas, keretapi dan sebagainya maka apabila kita melihat warga seperti ini kita akan mempelawa mereka supaya duduk di tempat kita, sedangkan daripada kecil, kemudian di sekolah kita diajar bahawa keutamaan perlu diberi kepada golongan seperti ini. jika tidak diajar secara formal di sekolah pun secara logiknya kita boleh berfikir secara rasional. namun, budaya ini masih lagi diamalkan namun banyak juga ianya berlaku terutama anak-anak muda yang tidak tahu tentang budaya mereka datuk nenek moyang mereka. iklan tersebut sangat mempunyai hikmah yang tinggi kerana pendekatan yang digunakan itu sangat berhikmah bagi pengajaran dan tauladan terutama bagi generasi muda yang sudah tidak tahu menghormati orang yang sepatutnya mereka ini menghormati. lihat bagaimana lelaki itu akhirnya malu sendiri apabila akhirnya orang tua yang bertongkat itulah memulangkan paku buah keras kepadanya. lihat bagaimana orang tua dalam iklan itu sanggup mengalah dan memberikannya kepada perempuan mengandung, dan wanita mengandung tersebut sanggup pula beralah untuk memberikan kepada pakcik yang buta itu. sedangkan sepatutnya orang muda itu yang mengalah bukannya berpura-pura tidur. memang terkesan...sangat-sangat terkesan... terima kasih kepada kementerian kebudayaan dan pelancongan yang menaja iklan tersebut. moga banyak lagi iklan yang berbentuk seperti itu. selagi baik, noirkudus pasti akan sokong.

kerana mementingkan budi inilah maka banyak pantun melayu mengaitkan budi dan bangsa. dan banyak juga kisah yang menggambarkan budi dan bangsa. dan ingatlah bahawa budi itu sendi bangsa, tiada budi runtuhlah bangsa.

noirkudus sangat mendokong konsep untuk menjadikan bangsa melayu bangsa yang bertamadun melalui pelbagai pendekatan sekalipun termasuk pendekatan seperti ISLAM HADHARI MENJANA KEMAJUAN UMMAH dan sebagainya. namun, noirkudus juga sangat menitikberatkan pemilihan yang betul dalam temanya. seperti yang sudah noirkudus jelaskan di awal tadi tentang makna sebenar civilization dan hadharah, maka istilah ISLAM HADHARI sebenarnya satu istilah yang salah, kerana tamadun itu merujuk kepada umat atau masyarakatnya, maka istilah yang lebih sesuai untuk diguna pakai ialah MUSLIM HADHARI, merujuk kepada masyarakat Islam yang bertamadun.

konsep itu sudah bagus iaitu ke arah penyatuan bangsa melayu, dan juga konsep menjadikan bangsa melayu menjadi bangsa bertamadun seiring dengan pembangunan pesat bangsa. kerana itu pendekatan seperti ini diambil dan digariskan tentang 10 konsep Islam hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan. namun, apakan daya seperti menegakkan benang yang basah, istilah ini tidak boleh ditarik balik dan walau dengan apa cara sekalipun mesti dicari juga segala hujah yang boleh menyokong tentang gagasan ini. sedangkan Islam itu ialah satu, dan tidak berubah daripada dulu sehingga sekarang. kerana itu para ulama dan cendekiawan berusaha untuk menggariskan konsep-konsep Islam hadhari ini.

adalah diharapkan agar impian untuk menjadi bangsa bertamadun akan terlaksana. tidak kiralah apapun konsep, namun, apa makna yang terkandung di sebalik konsep itu bolehlah diambil intipati daripadanya supaya benar-benar dapat direalisasikan impian itu. jika hanya sedap pada konsep dengan tujuan kepentingan politik maka noirkudus sangat bersedih hati. jika benar tujuan itu adalah untuk kepentingan Islam syukur alhamdulillah. noirkudus sebagai orang awam, rakyat biasa, maka noirkudus sangat bersangka baik dengan mengharapkan satu perubahan. tapi apakan daya, sifat pemimpin hanya suka bercakap tapi tak serupa bikin. ingin menjadikan bangsa bertamadun dan bercakap di sana sini bahawa penyakit masyarakat ini perlu dibasmi, sedangkan hakikatnya merekalah yang membiak penyakit masyarakat ini. bercakap tentang sifat samseng dan kurang ajar, hakikatnya merekalah yang kurang ajar. bercakap tentang penzinaan dan anak luar nikah, sedangkan merekalah yang membiakkan perkara seperti ini dengan tidak membasmi sarang-sarang pelacuran dan tidak bertegas dalam operasi bagi mencegah kemaksiatan, mereka bercakap bahawa judi itu haram dan merupakan salah satu penyakit masyarakat dan jauhi daripada berjudi kerana boleh menggadai keluarga dan masyarakat, akan tetapi hakikatnya mereka inilah yang memberi lesen kepada syarikat judi bagi meneruskan operasi mereka, mereka berkata lagi bahawa kita iaitu kerajaan hanya memberi lesen judi kepada orang bukan Islam, akan tetapi hakikatnya ini juga secara tidak langsung memberi lesen kepada umat Islam untuk masuk ke dalam syarikat judi itu di mana tauke judi itu sebenarnya ada juga dari kalangan bangsa melayu yang beragama Islam. bercakap tentang arak, siapa lagi yang memberi lesen untuk kilang arak, dan alangkah bangganya kerana malaysia mempunyai kilang arak yang terbesar di asia, dan terbesar di asia tenggara.

itu sekadar harapan dan luahan noirkudus, namun jauh di lubuk hati ini, noirkudus sangat menyokong segala pendekatan dan juga konsep yang boleh membantu meningkatkan kemajuan bangsa dan Islam itu terutama untuk mengembalikan tamadun Islam sepertimana yang pernah kita capai sebelum ini sejak dari zaman Rasulullah dulu sehinggalah tahun 1924 iaitu tahun runtuhnya khilafah uthmaniah yang berpusat di turki. bayangkan berapa abad Islam berada di puncak dan memerintah dunia ini dan hampir 3/4 dunia adalah di bawah pemerintahan khilafah Islam.

namun, bagi mencapai tamadun yang tinggi seperti ketika zaman silam Islam, kemajuan material mestilah diiringi dengan kemajuan sahsiah dan moral umatnya. dan semoga konsep civilisational islam ini dapat mengubah bangsa melayu supaya maju dalam pelbagai segi. kita mampu untuk mempunyai bangunan tertinggi di dunia, iaitu Kuala Lumpur City Center, iaitu bangunan KLCC, kita juga mempunyai menara kuala lumpur namun begitu nilai budi masyarakat melayu harus juga tinggi lebih tinggi daripada menara yang kita bina.

jadi, moga hijrah ini dapat menjadi pemangkin perubahan dalam diri setiap individu bagi membentuk masyarakat yang bertamadun dan seterusnya menjadi ummah bertamadun...ayuh berubah!!

ISLAM HADHARI MENJANA KEMAJUAN UMMAH

Wallahu A'lam

Comments: Post a Comment
| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 11:58 AM