Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Thursday, February 10, 2005

Menggarap Ruh Perjuangan Rasulullah sempena sambutan Ma'al Hijrah 1426

MENGGARAP RUH PERJUANGAN RASULULLAH DAN PARA SAHABAT SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1426

Image Hosted by ImageShack.us
WISHING YOU 12 MONTHS OF HAPPINESS
52 WEEKS OF FUN
365 DAYS OF SUCCESS
8760 HOURS OF GOOD HEALTH
525600 MINUTES OF GOOD LUCK
3,153,600 SECONDS OF JOY!!
HAPPY NEW YEAR OF HIJRAH 1426
ISLAM HADHARI MENJANA KEMAJUAN UMMAH


1 Muharam ialah tarikh permulaan bagi kalendar Islam iaitu kalendar hijriah...namun penggunaannya dimulakan ketika zaman khalifah Umar al-Khattab...

apakah yang dimaksudkan dengan Hijrah itu?
Hijrah dari segi makna literalnya ialah berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain…manakala makna yang lain pula ialah berpindah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.

bagi umat Islam pula, Hijrah ialah satu peristiwa penghijrahan ataupun perpindahan nabi Muhammad daripada kota Mekah ke Madinah...

namun, bagi orang eropah dan juga barat... Hijrah nabi ini ialah "satu peristiwa di mana Muhammad lari meninggalkan kampung halaman baginda di Mekah"

dua perspektif yang berbeza...namun tentunya pandangan barat ini tidak boleh diterima akal oleh umat Islam kerana kita memang sudah mengetahui agenda barat dan yahudi ini mahu memburukkan Rasulullah dan umat Islam keseluruhannya...

bagaimana pula pandangan umat pada hari ini...??
pandangan masyarakat hari ini tentang makna hijrah sudah berubah, ada juga yang tidak mengetahui langsung apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan hijrah itu. hijrah itu seperti yang diketahui hanyalah satu sambutan di peringkat nasional, di mana cuti umum di seluruh negara, diadakan majlis sambutan ma'al hijrah di peringkat perdana, seperti pada tahun ini diadakan sambutan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), diadakan ucapan YDPA, ucapan perdana menteri, persembahan nasyid, persembahan gurindam, persembahan multimedia dan sebagainya. ataupun diadakan sambutan di stadium, sekolah dan sebagainya dengan mengadakan perarakan sambil menyanyikan lagu Hijrah, ataupun lagu Tola'al Badru Alaina, pasukan kompang turut mengambil bahagian, peserta memakai pakaian lengkap berbaju melayu bersampin songket, perarakan turut membawa sepanduk dengan slogan-slogan tertentu, dan kemuncak bagi sambutan ini ialah pemilihan siapakah tokoh ma'al hijrah peringkat kebangsaan dan peringkat negeri dan sebagainya.. apakah makna hijrah hanya sekadar itu??

itulah makna ma'al hijrah yang diketahui pada hari ini terutama oleh generasi muda, sedangkan ma'al hijrah ini mempunyai maksud yang lebih mendalam daripada segala jenis sambutan yang kita adakan... buatlah sambutan sehebat manapun, buatlah sambutan sebesar mana sekalipun... namun besar atau kecil, hebat atau tidak, ianya bergantung bagaimana kita hendak menyampaikan kepada masyarakat tentang apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik peristiwa ini, apakah pengajaran yang boleh kita dapati daripada peristiwa hijrah nabi dan sahabat ini, bagaimana pula untuk kita adaptasi pengajaran yang kita peroleh daripada peristiwa hijrah ini ke dalam hati umat islam dan sebagainya.

hijrah bukan hanya bermaksud "berpindah daripada satu tempat ke satu tempat yang lain" ...ataupun jika diambil daripada konteks hijrah nabi, bukanlah ianya sekadar perpindahan nabi daripada mekah ke madinah...

apabila ditanya tentang hijrah, ada juga yang memahami bahawa hijrah itu ialah berpindah daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Ini bermakna hijrah ialah satu proses perubahan daripada satu sifat kepada satu sifat yang lain, seperti berubah daripada sifat buruk kepada sifat yang lebih baik dan sebagainya. Maka, setiap orang apabila tibanya tahun baru mulalah memikirkan apakah azam tahun baru kali ini. Jika disuruh catatkan juga maka mereka boleh menulis seberapa banyak azam tahun baru yang mereka sasarkan... kebanyakan azam ialah mahu melakukan perubahan daripada sifat yang kurang baik kepada satu sifat yang lebih baik lagi daripada tahun-tahun lepas... apakah ini juga makna Hijrah??

Setiap kali tibanya tahun baru hijrah kita akan buat satu majlis membaca doa akhir tahun bagi menutup tahun sebelumnya dan kita akan membaca pula doa awal tahun bagi membuka tahun yang baru. Majlis seumpama ini diadakan di setiap masjid dan surau, malah di rumah-rumah disertai oleh pelbagai golongan, kecil besar, tua muda, lelaki ataupun wanita. Perhimpunan diadakan sebelum maghrib lagi untuk menutup tahun dengan doa, dan sembahyang maghrib berjemaah dan membuka tahun baru dengan doa juga dengan mendoakan supaya berlaku perubahan pada diri kepada yang lebih baik lagi.

Hijrah bukanlah sekadar itu, iaitu berdoa akhir tahun dan awal dan kita meletakkan azam tahun baru. Memang benar seperti yang dikatakan bahawa hijrah pada masa sekarang ini maksudnya ialah proses perubahan daripada sifat yang kurang baik kepada sifat yang lebih baik, namun begitu bagaimana applikasi kita bagi merealisasikan makna sebenar dalam hijrah itu.

Doa dan azam sahaja jika tanpa ada perancangan dan ikhtiar bukankah seperti tiada makna? Sedangkan di dalam al-Quran sendiri Allah berfirman bahawa "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri" (InnaAllaha La Yughayyiru ma bi qaumin hatta yughayyiru ma bi anfusihim)

Jadi, Hijrah dalam konteks hari ini jika kita menyorot sejarah penghijrahan nabi, ianya meliputi segala aspek seperti hijrah dalam konteks ilmu, iman, amal, akhlak, nafsu, muamalat dan sebagainya dan ianya melibatkan satu perencanaan, perancangan, doa, usaha, ikhtiar, dan tawakkal.

ini kerana Nabi sendiri pernah bersabda bahawa Tiada lagi hijrah selepas hijrahku iaitu hijrah nabi ke madinah itu.

dunia sekarang ini sudah berada dalam era globalisasi, dan amat berbeza suasana dan keadaan berbanding zaman Nabi dahulu, di mana cabaran dan rintangannya perlu dilalui dengan method atau kaedah yang berbeza, kaedah dan strategi mungkin berbeza namun hakikat perjuangan tetap sama dan tidak berubah. jika nabi memilih untuk berhijrah dari kampung kesayangan baginda iaitu makkah ke madinah, namun semua itu adalah wahyu daripada Allah semata, yang mengarahkan Rasulullah berhijrah ke madinah demi mengembangkan Islam di sana, di saat penduduk mekah sudah menolak dakwah nabi...

penghijrahan nabi bersama dengan sahabat bukanlah bermakna lari daripada medan dakwah, seperti yang diwarwarkan oleh barat. para orientalis ini tidak habis-habis menggembar gemburkan keburukan dakwah nabi demi untuk melemahkan umat islam. dakwaan mereka bahawa Rasulullah seorang yang pengecut dan penakut juga bukanlah bermakna nabi sudah tidak sanggup lagi untuk berdepan dengan orang-orang quraish pada waktu itu, dan ini tidak bermakna mereka sangat berani sehingga menyebabkan ketakutan kepada nabi dan umat Islam pada waktu itu. dakwaan mereka bahawa NAbi dan pengikutnya sangat lemah sehingga memaksa berundur daripada bumi tumpah darah sendiri juga tidak benar sama sekali dan ini tidak bermakna orang quraish itu sangat kuat sehingga memaksa nabi melarikan diri lantaran kelemahan itu. Segala dakwaan dan tuduhan mereka ini tidak bermakna sama sekali bahawa Nabi sudah menyerah kalah…tidak sama sekali,bahkan inilah tanda bahawa mereka yang akan mengalami kekalahan.

akan tetapi, penghijrahan nabi ini adalah berdasarkan wahyu, dan bukannya berdasarkan emosi, bukannya berdasarkan nafsu dan bukan berdasarkan kelemahan nabi sendiri. sedangkan Rasulullah sendiri merupakan orang yang terakhir keluar berhijrah bersama Abu Bakar, sedangkan sebelum itu Rasulullah mengarahkan beberapa pengikutnya supaya berhijrah dahulu sedikit demi sedikit dan beransur-ansur dalam kelompok yang kecil. Rasulullah orang terakhir keluar setelah benar-benar mendapat arahan daripada Allah swt.

Penghijrahan ini bolehlah kita katakan sebagai satu "strategi dakwah" di mana ia bukanlah bermakna berundur melarikan diri buat selama-lamanya dan tidak akan kembali lagi, akan tetapi kita katakan ia sebagai satu "strategi dakwah" kerana ia merupakan "pengunduran bagi merancang dan merangka strategi yang lebih berkesan dan teratur, satu pengunduran bagi membina satu tapak yang kukuh bagi umat islam iaitu di madinah, satu penghijrahan bagi menjana dan memperkasa umat dan akhirnya kekuatan umat dapat dibina bagi menuju zaman gilang gemilang" dan buktinya selepas nabi bertapak di bumi madinah, Islam mula berkembang sedikit demi sedikit, syiar Islam terus mekar di bumi madinah, kekuatan umat berjaya dibina melalui kesatuan kaum muhajirin dan ansar, dan kemuncaknya ialah penubuhan sebuah negara Islam madinah. dan akhirnya, bukti segala bukti bahawa hijrah nabi ini adalah "satu strategi menjana kekuatan" ialah apabila penduduk Islam madinah yang pada ketika itu sudah mencecah ratusan ribu orang, mereka sudah mencapai kekuatan yang amat luar biasa di bawah satu kesatuan akidah dan iman, mereka mula menuju ke mekah bagi tujuan menakluk kota mekah pula, dan akhirnya Islam mula tersebar ke seluruh alam.

Inilah yang harus dilihat secara positif bagi seluruh umat islam, bagaimana hijrah nabi ini sebenarnya ialah satu permulaan bagi pembinaan kekuatan ummat, satu permulaan bagi bermulanya satu peradaban dan satu ketamadunan.

Noirkudus teringat satu ayat ini :

KEBENARAN YANG TIDAK TERANCANG
PASTI AKAN TEWAS DENGAN KEBATILAN YANG TERANCANG.


Jadi, ini bermakna bahawa :

  • perlunya ada perancangan yang teliti bagi memastikan kejayaan
  • perancangan mesti dengan strategi yang teratur dan berkesan
  • Dan natijah bagi perancangan berstrategi ini pasti akan menewaskan segala kebatilan

    Perjalanan hijrah Rasulullah daripada mekah ke madinah harus dilihat secara halus oleh setiap kaum muslimin, bahawa ini adalah satu perancangan Allah bagi menandakan bahawa Islam itu pasti akan berjaya akan tetapi dengan satu perancangan yang teliti dan teratur. Perjalanan hijrah Nabi bukanlah suatu yang tiada erti, dan hanya sekadar menjadi tulisan sejarah, malah perjalanan hijrah nabi penuh dengan seribu satu makna yang perlu dirungkai satu demi satu oleh umat Islam.

    Sepanjang perjalanan hijrah itu, kita boleh dapati bahawa hijrah nabi penuh dengan "strategi" ataupun kita panggil "penuh dengan perencanaan dan perancangan" yang halus dan teliti sifatnya. Dr Said Ramadhan al-Buti di dalam bukunya "Sirah Nabawiyyah" ada menceritakan tentang hijrah nabi ini, hikmah dan ibrah di sebalik segala peristiwa yang berlaku. Jika kita memikirkan secara logik, adalah mudah bagi Allah untuk memberikan kemenangan mutlak kepada KekasihNya Muhammad ini, tanpa perlunya susah payah, tanpa perlunya berpenat lelah, tanpa perlunya melalui segala rintangan dan cubaan dan halangan seperti ini. Namun apa sebenarnya yang mahu ditunjukkan oleh Allah di sebalik peristiwa hijrah ini ialah bagi setiap dai'e ataupun sesiapa yang mendakwa dirinya memperjuangkan Islam, halangan seperti ini adalah wajib. Perencanaan dan perancangan bagi merangka strategi itu juga adalah wajib. Sedangkan Rasulullah itu tarafnya di sisi Allah adalah seorang Rasul, kekasih Allah namun begitu ujian yang ditimpa ke atas baginda maha dahsyat, apatah lagi bagi orang yang mengaku memperjuangkan Islam.

    jika kita meyorot sirah perjuangan nabi, perancangan nabi bagi tujuan mencari tapak yang sesuai bagi menjana kekuatan demi kesinambungan Islam itu sudahpun bermula sejak awal lagi. Hijrah ke madinah ini bukanlah yang pertama, akan tetapi sudah banyak siri percubaan rasulullah yang menemui kegagalan di antaranya ialah hijrah ke habsyah dan hijrah ke Taif, di mana Rasulullah dan umat Islam ini tidak diterima malah dihina dan dikeji, diseksa dan sebagainya. kegagalan ini tidak mencacatkan perjuangan demi meneruskan dakwah.

    kegagalan inilah merupakan satu titik tolak bagi bermulanya perancangan yang lebih baik lagi demi survival islam itu sendiri..

    tatkala, penduduk di tempat kelahiran nabi sendiri sudah menolak dakwahnya mentah-mentah, namun tiada sikitpun perasaan putus asa dalam diri nabi dan para sahabat. strategi demi strategi dirangka bagi mencari tapak yang sesuai bagi memulakan dakwah dan mengukuhkah islam sebelum boleh dilakukan pengembangan Islam itu.

    di sini noirkudus boleh membahagikan strategi Rasulullah itu kepada 3 tahap iaitu :

  • perancangan sebelum hijrah
  • perancangan ketika hijrah atau semasa hijrah
  • perancangan selepas hijrah iaitu selepas bertapak di madinah
  • tujuan hijrah Rasulullah dan para sahabat ialah bagi mencari tapak untuk menyebarkan Islam ketika ruang untuk menyebarkan dakwah Islam di Mekah sudah kelihatan seperti sangat sempit berikutan siri penindasan kaum quraisy yang sangat keterlaluan terhadap Rasulullah dan umat islam yang lain.

    selepas dakwah di Taif dan Habsyah menemui kegagalan, Rasulullah meneruskan usahanya dengan berjumpa kumpulan-kumpulan yang datang daripada luar mekah bagi menunaikan haji pada musim haji, kalau-kalau mereka ini menerima seruan dakwahnya dan kalau-kalau kaumnya menerima seruan Rasulullah ini dan dakwah Islam. dan dalam masa yang sama Rasulullah mengumpul maklumat mengenai orang-orang Tibah (iaitu orang-orang madinah)

    perhatian rasulullah kepada mereka kerana sikap orang-orang madinah terhadap seruan baginda agak berlainan. ini adalah kerana pergaulan mereka dengan masyarakat yahudi di madinah membolehkan mereka mengetahui tentang akan datangnya seorang nabi yang terakhir, seperti yang diceritakan oleh ahli kitab orang yahudi madinah.

    dan akhirnya berkat pertolongan Allah Rasulullah telah berjumpa sekumpulan orang khazraj yang sudi menerima dakwahnya, dan pulang ke madinah setelah beriman, dan mengembangkan islam di madinah. dan setahun berikutnya termetrai satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Aqabah (bai'ah al-Aqabah) antara Rasulullah dan 12 lelaki madinah yang telah memeluk Islam, dan daripada sini termetrai pula perjanjian Aqabah kedua atau perjanjian Aqabah al-Kubra, di mana di sinilah diadakan perbincangan bagi membawa nabi ke madinah.

    daripada sini kita dapati kegigihan rasulullah di dalam mengembangkan dakwah Islam itu sendiri, tanpa mengenal penat lelah dan wajar dicontohi oleh umatnya. pintu kejayaan hanya akan dibuka oleh Allah setelah kita istiqamah dalam perjuangan tanpa mengenal sifat layu di tengah perjalanan. daripada kegigihan inilah Allah menunjukkan jalan apabila mempertemukan dengan dengan satu kelompok yang boleh menerima Islam, dan diadakan bai'ah ataupun perjanjian rahsia di antara mereka dan Rasulullah, diutuskan bersama mereka Mus'ab bin Umair bagi mengajarkan al-Qur'an dan dilantik pula naqib di antara mereka

    di sini kita akan dapati beberapa hikmah, betapa sebenarnya perjuangan Rasulullah ini pernah melalui kegagalan. Apakah amat sukar bagi Allah untuk sentiasa memberikan jalan mudah bagi Rasulullah untuk mencapai kemenangan, dan apakah sukar bagi Allah untuk membolehkan Rasulullah ini sentiasa mendapat kemenangan..bukankah Rasulullah ini kekasih Allah? bukankah Rasulullah ini Rasulullah? namun, inilah sebenarnya yang patut diambil pengajaran daripadanya. Apa yang Allah mahu perlihatkan di sini ialah Sunnah perjuangan itu pasti akan ada naik dan ada turun, sunnah perjuangan itu ada ketikanya gagal dan ada ketikanya kita menang, jatuh dan bangun dalam dakwah itu adalah satu sunnah. Orang yang tidak pernah jatuh, belum tentu dia tahu tentang nikmat perjuangan. Sedangkan bayi yang sedang belajar berdiri itu pun bermula dengan jatuh, bangun, dan jatuh dan bangun kembali sebelum pandai untuk berdiri dengan betul. Itulah fitrah atau sifat semulajadi bagi perjalanan sebuah kejayaan. Kegagalan Rasulullah sebelum itu bukanlah sebagai petanda Allah tidak sayangkan perjuangannya, namun hakikat di sebaliknya Allah mahu umat terkemudian berfikir bahawa itu adalah sunnah perjuangan dakwah, dan putus asa di tengah perjalanan bukanlah jalan terbaik, kerana Allah hanya akan memberikan pertolongan bagi sesiapa yang benar-benar gigih berusaha untuk mencapai tujuan dakwah itu.

    Dan selepas itu, bermulalah perancangan Rasulullah untuk berhijrah ke madinah. apabila sampai masanya keputusan hijrah dikeluarkan oleh rasulullah, para sahabat keluar sedikit demi sedikit, dan dalam kelompok kecil. ini juga merupakan satu strategi bagi mengelakkan dapat dikesan jika berhijrah dalam kelompok yang ramai, dan juga dapat mengelakkan kebinasaan yang lebih besar jika dijumpai oleh orang kafir quraisy pada waktu itu.

    rasulullah orang terakhir berhijrah kerana menunggu arahan daripada Allah. Ketika malam bermulanya hijrah nabi, rumah baginda telah dikepung oleh pembesar quraish yang terpilih bagi menunggu saat baginda keluar rumah itu untuk meneruskan operasi pembunuhan Rasulullah . namun dari situ sudah bermula strategi Rasulullah dengan memilih Ali bin Abi Talib bagi menggantikan tempat tidur baginda dengan memakai baju dan selimut baginda. Kemudian bantuan Allah datang, apabila Allah menutup mata-mata mereka yang sedang menunggu di luar rumah Rasululllah, dan baginda dapat meloloskan diri tanpa disedari oleh orang-orang kafir itu.

    Perjalanan diteruskan apabila Rasulullah terus menuju ke rumah Abu Bakar as-Siddiq yang sudah bersedia semenjak awal lagi untuk menjadi teman Rasulullah, dan mereka meneruskan perjalanan untuk bersembunyi di gua Thur selama tiga hari.

    Daripada situ kita akan dapat lihat bagaimana strategi yang lebih teratur dan tersusun sebenarnya sudah dirangka, dengan melantik Asma' binti Abu Bakar iaitu anak perempuan Abu Bakar as-Siddiq, sebagai orang yang menghantar bekalan makanan kepada Rasulullah dan Abu Bakar pada setiap pagi. Abdullah bin Abu Bakar pula dilantik sebagai perisik supaya merisik berita yang dibincangkan oleh kaum musyrikin mekah tentang apa yang diperkatakan oleh mereka terhadap rasulullah, dan dikehendaki melaporkan berita itu kepada Rasulullah dan Abu bakar. Amir bin Fuhairah pula ialah seorang hamba ataupun khadam kepada Abu Bakar, dikehendaki mengembala kambing pada siangnya dan dikehendaki datang ke tempat persembunyian Rasulullah pada sebelah petangnya memerah susu dan membawa makanan untuk Abu Bakar dan Rasulullah di dalam gua, dan diarahkan supaya mengikuti Abdullah bin Abu Bakar ini ketika pulang pada petangnya dan mengikutinya dengan kambing-kambingnya sambil memadam tapak kaki Abdullah bin Abu Bakar supaya tidak dapat dikesan tempat persembunyian Rasulullah dan Abu Bakar di dalam gua thur itu.

    Di sini kita dapat lihat bahawa setiap orang berperanan di dalam dakwah Islam itu sendiri, tidak kira orang tua, muda, hamba, lelaki ataupun wanita. Jika orang mengatakan bahawa seorang wanita tidak berperanan di dalam dakwah dan hanya sesuai untuk duduk di rumah sahaja maka orang yang berkata demikian telah tersilap sebenarnya. Lihat sajalah bagaimana peranan Asma Binti Abu Bakar di dalam membantu hijrah nabi ini, bukankah tugas ini adalah satu tugas yang berat dan genting kerana kalau tersilap langkap boleh menghumbankan diri ke lembah kebinasaan akibat terserempak dengan musuh-musuh Rasulullah yang berada di mana-mana untuk membunuh baginda dan dakwah Islam itu sendiri. Abdullah bin Abu Bakar pula ialah seorang anak muda yang setahun jagung akan tetapi mempunyai semangat berkorban yang tinggi demi membantu agama Islam. Dan Amir bin Fuhairah pula ialah seorang budak suruhan ataupun hamba kepada Abu Bakar.

    Permulaan Hijrah ini sudah cukup menampakkan bahawa strategi yang tersusun itu sudah dirangka dan dirancang dengan sebaiknya oleh Rasulullah dan Abu Bakar.

    Dan ketika sampai di Gua Thur, kita dapati bahwa Abu Bakar lebih dahulu masuk ke dalam gua untuk melihat apakah ada ular atau kala jengking di dalamnya. Abu Bakar sanggup menggadaikan keselamatan diri sendiri demi menjaga keselamatan Rasulullah.

    Ini menunjukkan kepada umat bahawa cinta Allah dan Rasul mestilah diletakkan di tempat yang paling tinggi melebihi cinta terhadap diri sendiri dan orang lain. Rasulullah sendiri pernah bersabda : "Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia menyintai Allah dan Rasulnya lebih daripada dia menyintai orang lain dan dirinya sendiri"

    Sejarah membuktikan bahawa cinta Abu Bakar dan para sahabat hanyalah untuk Allah dan RasulNya lebih daripada cinta kepada orang lain. Begitu juga watak yang telah disebutkan sebentar tadi seperti Asma' binti Abu Bakar, Abdullah bin Abu Bakar, Amir bin Fuhairah, pengorbanan mereka adalah kerana cinta kepada Allah dan Rasulnya.

    Abu Bakar ini pengorbannya lebih daripada pengorbanan diri sendiri, malah pengorbanannya melebihi pengorbanan harta benda, sedangkan para sahabat nabi yang lain seperti umar al-khattab, usman bin affan, ali bin abi talib, abdul Rahman bin Auf juga tidak dapat menandingi pengorbanan Abu Bakar dari segi harta. Seluruh harta bendanya dinafkahkan demi perjuangan Islam, tiada lagi yang tinggal, sehinggakan apabila ditanya wahai Abu Bakar apakah yang masih ada bersama engkau: jawapannya tiada apa lagi yang tinggal pada aku melainkan hanya Allah dan RasulNya.

    Yang perlu dicontohi ialah sifat kedermawanannya demi Islam. sifat dermawan ini perlu ada dalam diri umat Islam namun haruslah mengikut kemampuan masing-masing. Seseorang itu tidak perlulah untuk menjadi seperti Abu Bakar dengan mengorbankan keseluruhan Hartanya demi Islam dan seterusnya memudaratkan diri dan keluarga, akan tetapi cukuplah dengan pengorbanan yang sedikit dan sebesar zarah namun ianya tetap penting bagi membantu Islam, pengorbanan itu adalah sekadar mengikut kemampuan masing-masing. Duit walaupun satu sen jika ianya membantu perjuangan Islam itu sendiri ianya sangat berharga daripada pengorbanan berjuta ringgit sekalipun tapi penuh sifat riya', hasad dan dengki dalam dirinya.

    Dunia sekarang ini adalah amat sukar untuk menjumpai orang yang mempunyai semangat pengorbanan seperti Abu Bakar, malah boleh dikatakan tidak ada lagi orang selepas Abu Bakar sehingga sanggup berkorban keseluruhan hartanya. Sehinggakan dikatakan dalam sejarah selepas Abu Bakar keluar berhijrah bersama Rasulullah, bapa Abu Bakar iaitu Abu Qahafah, seorang yang buta penglihatannya, datang berjumpa Asma binti Abu Bakar dan berkata bahawa : Abu Bakar telah keluar bersama Rasulullah tanpa meninggalkan apa-apa bagi kamu dan keluarga. Ini adalah kisah benar yang terjadi, kemudian Asma' demi ingin menyedapkan hatinya telah mengambil uncang duit lalu meletakkan batu di dalamnya lalu menghulurkannya kepada Abu Qahafah, iaitu Datuk Asma', seolah-olah ada lagi yang ditinggalkan Abu Bakar untuk mereka, sedangkan hakikatnya tiada apa lagi yang tinggal. Inilah maqam keimanan Abu Bakar yang tiada siapa dapat menandinginya.

    Begitulah perjuangan Abu Bakar ini, namun apakah kita juga masih teringat kisah apabila Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud, ketika Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup api yang menjulang-julang tinggi sampai begitu menakutkan dan semua yang menyaksikan pembakaran itu pasti akan menyangka bahawa Nabi Ibrahim akan mati. Tatkala melihat kekasih Allah ini dibakar hidup-hidup maka datang seekor burung pipit, cuba menyelamatkan Nabi Ibrahim, maka, burung pipit itu mengambil air dengan paruhnya yang kecil itu dan menyemburkannya ke atas api itu dengan harapan bahawa api itu akan padam, namun apakan daya, kemampuannya hanyalah terbatas jika hendak dibandingkan dengan api yang marak menyala yang menjulang-julang itu.

    Begitulah semangat burung pipit dalam kisah nabi ibrahim ini. Sekurang-kurangnya apabila ditanya oleh Allah nanti apakah yang kamu lakukan sewaktu melihat nabi ibrahim ini dibakar, sekurang-kurangnya adalah sedikit jasa dan sumbangannya untuk membantu memadamkan kebakaran itu. Allah tidak akan melihat apakah pengorbanan kita itu akan dapat menyelesaikan masalah itu atau tidak, akan tetapi Allah akan melihat apakah kita ada mengambil jalan bagi menyelesaikan masalah itu. Jadi di sini pengorbanan yang kecil atau besar bukanlah perkiraan bagi Allah, akan tetapi persoalan yang akan menjadi perkiraan di hadapan Allah ialah apakah kita ada melakukan pengorbanan?? Jadi pengorbanan sebesar Abu Bakar as-Siddiq juga boleh kita contohi kalau kita mampu, akan tetapi jika kemampuan kita hanyalah sekadar pengorbanan yang telah dilakukan oleh burung pipit terhadap nabi ibrahim itu pun, sudah cukup baik, jika niat itu ikhlas semata-mata kerana Allah.

    hakikat zaman sekarang ini, bukan setakat susah hendak mencari orang seperti Abu Bakar, malah amat susah juga mahu mencari orang yang mempunyai semangat pengorbanan seperti burung pipit ini. mana satu pilihan?? terpulanglah... walaupun sesetengah meriwayatkan bahawa kisah pengorbanan burung pipit terhadap nabi ibrahim ini adalah kisah israiliat, namun sedikit sebanyak terkandung pengajaran yang kita boleh pelajari daripadanya.

    Di Dalam Gua Thur ini, ketika Rasulullah dan Abu Bakar sedang bersembunyi, kaum musyrikin mekah sudah hampir menghampiri tempat persembunyian mereka. Di kala itulah Abu Bakar sangat-sangat risau kalau-kalau orang musyrikin ini menjumpai mereka. Saiz gua Thur ini bukanlah besar sangat, jika ditaqdirkan Allah kaum musyrikin ini tunduk untuk melihat ke dalam gua, maka mereka akan dapat melihat ada orang sedang bersembunyi di dalam itu. Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya, maka mereka meninggalkan tempat tersebut tanpa usul periksa, kerana menyangka tiada siapa di dalamnya kerana di pintu gua tersebut kelihatan sarang labah-labah seperti tidak disentuh.

    Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran, surah at-taubah ayat 40 yang bermaksud :

    "kalau kamu tidak menolongnya (muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir mengeluarkannya sedang ia salah seorang dari dua sahabat semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya : "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah maha kuasa, Lagi Maha bijaksana"

    inilah natijah yang Allah kurniakan berkat pengorbanan yang ikhlas kerana Allah, berkat kesabaran yang menebal di dalam hati, berkat segala usaha dan ikhtiar yang dilakukan daripada awal lagi dengan pelbagai perancangan dan perencanaan, maka natijahnya ialah Allah memuliakan mereka dan Allah menghinakan kebatilan. Dan berkat kesabaran itu Allah telah menurunkan As-Sakinah iaitu ketenangan kepada Rasulullah dan Abu Bakar. Hanya Allah berkuasa untuk menurunkan rasa takut atau rasa tenang dalam hati hambanya.

    Maka selepas tiga malam di dalam gua Thur, dan yakin bahawa orang musyrikin sudah jauh meninggalkan mereka, barulah Rasulullah dan Abu Bakar keluar gua, dan pada waktu itu seorang yahudi bernama Abdullah bin Uraiqath yang telah diupah oleh Rasulullah dan Abu Bakar telah bersedia untuk menjadi pemandu jalan kepada Rasulullah dan Abu Bakar ke madinah, kenderaan dan persiapan lain sudahpun disediakan oleh Abdullah bin Uraiqat ini. Mereka menuju ke madinah menerusi jalan pantai, yang agak jauh dan jarang dilalui oleh orang untuk menuju ke madinah, dan satu tindakan yang berani dan bijak yang diambil oleh Rasulullah.

    Peristiwa ini juga mempunyai beberapa ibrah. Kita lihat bahawa Rasulullah melantik seorang yahudi iaitu seorang musyrik sebagai penunjuk jalan. Ini menunjukkan kepada kita dalam beberapa perkara dibolehkan kita bekerjasama dengan orang bukan islam jika kita pasti ianya membawa kemaslahatan dengan syarat mestilah pemilihan itu dengan usul periksa dan berhati-hati agar tidak membahayakan gerakan dakwah, dan menunjukkan kepada kita bahawa kita boleh mengambil idea daripada seseorang itu walaupun kafir jika ianya membawa kebaikan. Dan pengajaran lain yang boleh diambil ialah, jalan untuk kita mencapai sesuatu itu ada pelbagai dan kita mesti bijak memilih jalan mana yang boleh membawa kebaikan. Dalam kisah ini, ianya merupakan satu strategi yang unik dan bijak apabila Rasulullah memilih jalan yang tidak bisa dilalui orang untuk ke madinah, yang tentunya merupakan pilihan yang selamat. Inilah yang dikatakan "Abwabun Mutafarriqah" yang bermaksud pintu yang berbeza-beza. Dan akhirnya Rasulullah memilih jalan pantai yang lebih selamat.

    Dan ketika perjalanan itu, Rasulullah telah diekori oleh seorang musyrik yang bernama Suraqah dengan menaiki kuda setelah mendapat perkhabaran daripada orang yang mendakwa terserempak dengan nabi. Akan tetapi, kuasa Allah bagi memastikan hijrah nabi berjaya, maka setiap kali kuda suraqah berjaya menghampiri nabi, kuda yang dipacunya tersungkur dan menyebabkannya terjatuh, dan ianya berlaku beberapa kali sehinggalah Allah menurunkan perasaan takut kepadanya, dan akhirnya suraqah pulang menemui kaumnya dan menasihati kaumnya supaya tidak terus mengekori nabi. ini juga satu mu'jizat Allah untuk memelihara nabi...

    Inilah halangan terakhir nabi sebelum baginda sampai ke madinah. Lihatlah betapa banyak halangan-halangan yang telah disediakan oleh Allah sepanjang perjalanan Nabi ke Madinah. Sunnatullah seorang pejuang, mesti melalui halangan dan rintangan seperti ini sebelum Allah mengurniakan kemenangan yang hakiki. Dan memang benar, dengan perancangan yang teliti, dan dengan strategi yang betul, kemenangan pasti memihak kepada umat islam dan akan menggulingkan segala kebatilan

    Dan ketika sampai di Madinah dan sampai di satu tempat yang bernama Quba', perkara pertama yang dibina oleh Rasulullah ialah membina sebuah masjid iaitu masjid Quba'

    "Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba') sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. (surah at-taubah ayat 108)
    Inilah masjid yang pertama sekali dibina dalam sejarah di atas muka bumi ini, iaitu masjid Quba' dan juga ianya merupakan masjid keempat paling mulia selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan masjid al-Aqsa di palestin. Jika kita sebut masjid Qubaa' maka lawan bagi masjid Quba' ini ialah masjid Dhiraar yang dibina berhampiran dengan masjid Quba' ini oleh orang munafiq dengan tujuan mahu memecahkan jemaah orang Islam.

    Ini menunjukkan secara jelas bahawa asas bagi pembentukan sebuah negara itu ialah kesatuan aqidah dan juga kesatuan taqwa dan iman. Pembinaan masjid ini ialah supaya umat Islam dapat bersatu di bawah satu akidah dan membebaskan diri di bawah pengaruh penyembahan berhala, dan di dalam masjid inilah semua jemaah disatukan buat menyembah Allah.

    sebab itu kalau kita lihat, di mana-mana jua akan wujud orang yang dengki pada kesatuan islam ini, dan mereka menubuhkan sebuah masjid Dhirar semata-mata mahu melihat perpecahan umat Islam. Golongan ini bukan setakat golongan kafir, malah golongan munafiq dan lebih berbahaya daripada orang kafir tulen kerana orang munafiq ini selalu menyelinap di kalangan orang Islam, kononnya sama akidahnya dengan umat islam dan kononnya pengikut setia kepada Rasulullah, akan tetapi mereka inilah pemecah belah umat Islam yang sebenar, yang memecah dari dalam. Golongan inilah yang kita panggil "musuh dalam selimut" yang mempunyai agenda tersembunyi, ataupun kita selalu memanggil "ada udang di sebalik batu" atau "ada udang di sebalik mee"

    Golongan seperti ini berada di mana-mana di seluruh pelusuk dunia, walau di Malaysia sekalipun. Kita mungkin tidak akan nampak sifat ini melalui pandangan mata kasar, hanya Allah yang mengetahui hati mereka. Kepala orang munafiq bagi kisah masjid Dhirar ini ialah Abu Amir ar-Rahib, dan pembinaan masjid dhirar ini diberitahu secara langsung oleh Allah kepada Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibril.

    Di Malaysia banyak wujud kejadian seperti ini, akan tetapi amat sukar untuk dipastikan siapakah sebenarnya yang munafiq. Hanya Allah sahaja yang tahu, dan peranan orang munafiq ini ialah untuk memecah belahkan umat Islam. orang munafik ini siangnya Islam dan malamnya menjadi kafir, di depan orang Islam mentauhidkan dan mengesakan Allah tetapi di belakang umat Islam mendustakan Allah, pendek kata mereka ini golongan talam dua muka. Di zaman Rasulullah dulu, ketua munafiq yang terkenal ialah Abdullah bin Ubai bin Salul. Abdullah bin ubayy ini adalah bapak segala munafiq dalam sejarah. Sedangkan Abdullah bin ubayy ini seorang yang pernah bersembahyang di belakang nabi, bagaimana pula orang seperti ini pada hari ini, tentunya berlonggok dan ianya mungkin juga berada di sekitar. sedangkan orang yang pernah bersembahyang di belakang nabi pun merupakan seorang pendusta yang maha hebat.

    Rasulullah membina masjid Quba' ini di mana asasnya adalah taqwa merupakan lambang bagi kesatuan umat.secara logiknya memang betul ianya lambang kesatuan, akan tetapi hakikat di Malaysia ini agak berlainan apabila masjid-masjid ini hanya diimarahkan seminggu sekali iaitu pada hari Jumaat sahaja iaitu ketika sembahyang jumaat, ada juga yang bersembahyang dua kali sahaja setahun iaitu solat sunat aidilfitri dan solat sunat aidiladha. Jadi, tujuan kesatuan itu tidak kesampaian. Lebih daripada itu, kebanyakan masjid-masjid pada masa sekarang ini bukanlah dibina atas dasar taqwa, seperti mana sejarah pembinaan masjid quba' ini, iaitu dibina atas dasar taqwa, akan tetapi masjid pada masa kini dibina atas dasar politik demi kepentingan parti politik yang diwakili. Itulah sebabnya kita dapat melihat pergaduhan dan perpecahan disebabkan oleh perebutan jawatankuasa masjid, perebutan hak milik masjid dan sebagainya. Semua ini adalah disebabkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.

    Di dalam surah As-Saf ayat 4 Alllah berfirman : "Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang berjihad di jalan Allah di dalam satu barisan yang lurus"

    Solat yang didirikan secara berjamaah itu adalah merupakan satu kekuatan bagi umat Islam sebenarnya, ia dapat digambarkan sebagai satu benteng atau tembok yang kuat lagi kukuh seolah-olah tidak dapat ditembusi oleh musuh. Barisan ataupun saf sembahyang itu sebenarnya boleh menggerunkan pihak musuh Islam, kerana ianya benar-benar melambangkan perpaduan. Akan tetapi hakikat masa kini, saf-saf tidak penuh kerana budaya imarah masjid sudah tiada, malah masyarakat pada hari ini mungkin sudah bosan dengan isu pergaduhan bagi merebut hak milik masjid dan sebagainya, sedangkan sifat inilah yang merupakan satu penyakit yang boleh memecah belahkan umat Islam dan sangat berbahaya demi survival islam itu sendiri.

    dan masjid pada masa kini bukan sahaja digunakan untuk kepentingan politik, malah hanya dibina sekadar mementingkan keindahan pada senibinanya. memang benar seni bina masjid juga memainkan peranan dalam dakwah kepada bukan Islam, namun itu bukanlah matlamat utama asal usul penubuhan masjid iaitu atas dasar takwa. dan noirkudus teringat satu hadis ini, namun tidak dapat dipastikan bagaimanakah kesahihan tentangnya. hadis ini berbunyi begini : "La Taqumu as-sa'ah hatta yatabaha an-Nas fil Masajid" yang bermaksud : "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah manusia berbangga-bangga ataupun bermegah-megah dengan masjid". namun, sekarang ini budaya membina masjid ini sudah berubah, kita seolah-olah dapat melihat bahawa manusia kini berlumba-lumba membina masjid yang mempunyai keindahan seni bina yang tinggi mutu dan nilainya. tatkala manusia berlumba-lumba dari segi keindahan, kita juga lupa untuk mengajak manusia ke arah mengimarahkan masjid. cinta manusia untuk melakukan ibadah di masjid sudah berkurangan sedangkan masjid inilah pusat bagi membina kesatuan umat.

    Dan seterusnya selepas singgah di Quba' dan membina masjid Quba sebagai asas kepada umat Islam, Rasulullah meneruskan lagi perjalanan ke kota madinah. Penduduk madinah yang sudah mengetahui dari awal lagi berita keberangkatan Rasulullah ke madinah dan akan tiba bila-bila masa sahaja, menyebabkan mereka tidak senang duduk dan tidak sabar-sabar menanti kedatangan Rasulullah. Ketibaan Rasulullah memang sangat ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti oleh penduduk.

    Rupa-rupanya penduduk madinah sudahpun membuat persiapan bagi menyambut bakal pemimpin mereka ini, dan apabila sampainya Rasulullah, baginda disambut dengan penuh gembira oleh sekalian penduduk madinah tidak kira kecil atau besar, tua atau muda, lelaki ataupun wanita. Semuanya menyambut kehadiran Rasulullah dengan perasaan yang sangat bahagia dan gembira sambil menyanyikan lagu "Tala'al Badru Alaina, Mi Thaniyyatil Wada'i, Wajabasy Syukru Alaina, Ma Da'a Lillahi Da'i'" "Sallallahu Ala Muhammad Sallallahu Alaihi wasallam, Sallallahu Ala Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam"

    Telah datang (terbit) kepada kami bulan purnama
    dari sisi Tsaniatul Wada'
    Wajib bagi kami bersyukur
    dengan ajakan nabi kepada Jalan Allah
    Wahai Rasul yang diutus kepada kami,
    engkau telah datang dengan urusan yang ditaati agama
    Setiap kali sambutan Ma'al Hijrah di Malaysia kita akan menyanyikan lagu nasyid ini, jika kita menyanyikan lagu ini mengikut rentak asli, kita akan rasa seolah-olah satu kegembiraan yang tidak terhingga, apatah lagi bagi orang yang menyambut sendiri ketibaan Rasulullah di bumi Madinah. Imam Malik pernah pernah melihat sendiri sambutan ini sedangkan pada waktu itu beliau masih kecil, maka kata Imam Malik "aku tidak pernah melihat satu hari yang lebih cemerlang pun melainkan hari kedatangan nabi ke madinah"

    Ini menunjukkan betapa mereka menghargai ajakan dakwah Rasulullah yang mengajak mereka kepada Islam, sedangkan di pihak kaum musyrikin quraisy di mekah menghalang dakwah nabi. Cinta mereka kepada Rasulullah lebih daripada cinta mereka kepada diri sendiri. Untuk lebih menunjukkan rasa kasih itu ialah, setibanya Rasulullah kaum Ansar ini berebut-rebut untuk menjemput Rasulullah singgah di rumah mereka sehingga Rasulullah terpaksa menyerahkan keputusan tersebut kepada untanya dan di mana unta baginda berhenti maka di situlah tempat persinggahan Rasulullah dan akhirnya unta tersebut berhenti berhampiran rumah Abu Ayub Al-Ansori.

    Dan langkah Rasulullah seterusnya selepas kebanyakan kaum Muhajirin sudah berada di madinah, Rasulullah telah mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar ini. noirkudus teringat apabila kita menyanyikan lagi hijrah, di mana ada satu rangkap daripada lagu itu berbunyi begini : HIJRAH ITU PENGORBANAN, HIJRAH ITU PERJUANGAN, HIJRAH ITU PERSAUDARAAN, HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN

    Tahap yang telah noirkudus ceritakan sebelum ini ialah tahap Perjuangan dan Pengorbanan.

    dan tahap sekarang ini ialah tahap PERSAUDARAAN di mana Rasulullah mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansar. mereka diikat dengan perasaan kasih dan sayang. mereka diikat dengan perasaan cinta dan kasihkan sahabat mereka lebih daripada kasih dan cinta kepada diri mereka sendiri, terutama sekali pada kaum Ansar, di mana kasih mereka pada saudara mereka yang berhijrah ini lebih daripada segala-galanya. inilah satu MODEL MASYARAKAT yang dibina oleh Rasulullah dalam tahapan ini iaitu tahapan membentuk persaudaraan. Model seperti ini tidak akan kita jumpa dalam mana-mana masyarakat dalam mana-mana tamadun sekalipun, akan tetapi masyarakat yang hampir menyamai model seperti ini mungkin ada di dunia ini atau mana-mana masyarakat dalam mana-mana tamadun sebelum ini.

    sifat kesatuan mereka dalam perasaan cinta dan kasih sayang diumpamakan seperti satu perumpamaan badan yang satu. seperti yang telah rasulullah bersabda:

    "contoh orang-orang yang beriman di dalam mereka berkasih sayang dan saling bersimpati antara satu sama lain ialah seperti jasad, apabila salah satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh jasad akan turut berjaga malam dan demam"
    Model Masyarakat Madinah yang dibina oleh rasulullah ini telah dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran surah al-Hasyr ayat 9 :

    "Dan orang-orang (Anshar) yang mendiami negeri (madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya"
    mereka inilah model contoh umat selepas zaman mereka, sejarah memang mencatatkan bagaimana sikap kasih dan sayang golongan ansar ini dalam menerima sahabat mereka kaum muhajirin yang telah dipertautkan hati di antara mereka dengan tali Allah (bi hablillah). kaum muhajirin ini kita memang maklum bahawa mereka golongan yang berhijrah, jadi kebanyakan mereka bukan hanya meninggalkan tanah air tercinta, bahkan meninggalkan harta benda, meninggalkan pekerjaan mereka dan sebagainya. jadi, atas persaudaraan Islam yang telah dibina oleh rasulullah ini, perasaan sayang dan kasih ke atas saudara mereka kerana Allah melebihi daripada kasih terhadap diri sendiri.

    sejarah merakamkan bagaimana, kasihnya mereka ini sehingga sanggup menyediakan tempat perlindungan seperti rumah dan sebagainya bagi mereka dan terdapat juga dalam sejarah di mana dicatatkan bahawa golongan ansar yang mempunyai isteri lebih daripada seorang sanggup menceraikan isteri mereka untuk diberikan kepada golongan muhajirin yang berseorang ini. begitulah kisah persaudaraan di antara golongan Muhajirin dan ansar ini. Bagaimana umat sekarang, mahu menceraikan isteri juga kita akan fikir dua tiga kali, namun begitu hijrah zaman sekarang tidak pula diwajibkan supaya kita menceraikan isteri.

    jika ada sekalipun model seperti itu, ianya tidak akan sama cuma mungkin ada yang menghampiri kepada model contoh tadi.

    dan akhir sekali ialah TAHAP PERPADUAN yang merupakan kemuncak hampir sempurna pembentukan sebuah negara, iaitu negara Islam madinah yang dibina oleh Rasulullah.

    Dalam Buku Riwayat Hidup Rasulullah saw karangan Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy, terdapat satu bab yang menerangkan tentang gambaran madinah (termasuk penduduknya) sebelum hijrah Rasulullah dan para sahabat , iaitu di bawah bab "Gambaran Kota Madinah menjelang hijrah Nabi". buku yang sedang berada di tangan noirkudus ini ialah duku edisi lama, iaitu buku terjemahan yang sudah dialih bahasa oleh Bey Arifin dan Yunus Ali Muhdhar. boleh rujuk muka surat 151-171.

    keadaan penduduk di madinah ini sebelum kedatangan Rasulullah terdiri daripada dua bangsa yang besar iaitu bangsa Arab dan bangsa Yahudi. bangsa Arab inilah penduduk asli kota madinah, yang terdiri daripada dua suku yang besar iaitu suku Aus dan suku Khazraj, yang masing-masing pula terbahagi kepada beberapa suku kecil. suku Khazraj misalnya terdiri daripada empat suku kecil iaitu banu Malik, Banu Adi, Banu Mazin dan Banu Dinar dan keempat mereka lebih terkenal dengan sebutan Banu Najjar.

    manakala bangsa Yahudi merupakan satu bangsa pendatang, yang akhirnya menguasai hampir keseluruhan madinah disebabkan mereka maju dalam bidang ekonomi, pertanian dan sebagainya. bangsa yahudi ini terbahagi kepada tiga suku atau kabilah, iaitu Banu Qainuqa' , banu Quraizah dan Banu Nadhir.

    dan yang paling penting di sini ialah semua mereka ini hidup bukan dalam suasana yang aman dan harmoni kerana sering terjadi pergaduhan dan persengketaan di antara mereka. Suku-suku kecil di kalangan bangsa Arab bergaduh sesama sendiri, suku-suku kecil di kalangan bangsa yahudi juga bergaduh sesama sendiri, dan bangsa Yahudi dan bangsa Arab juga bergaduh sesama mereka. pendek kata di sini, pergaduhan itu berlaku di mana-mana sahaja dan di antara sesiapa sahaja.

    namun begitu, dalam TAHAPAN TERAKHIR INI, Rasulullah berjaya membina kesatuan di antara semua penduduk di madinah, termasuk antara Yahudi dan Islam.

    dan akhirnya sebuah undang-undang bertulis diwujudkan yang dinamakan sebagai "PIAGAM MADINAH" ataupun dikenali sebagai "SAHIFAH MADINAH" iaitu THE FIRST WRITTEN CONSTITUTION IN THE WORLD atau di dalam bahasa melayu berbunyi begini PERLEMBAGAAN BERTULIS YANG PERTAMA DI DUNIA.

    dengan wujudnya undang-undang ini maka kesemua kaum yang ada di madinah tunduk di bawah pimpinan rasulullah sebagai ketua negara, tidak kira kaum itu daripada bangsa yahudi ataupun bangsa Arab. dan dengan itu juga wujudnya sebuah negara Islam yang pertama di dunia.

    Piagam Madinah ini mempunyai 47 fasal kesemuanya dan fasalnya dimulai "dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyanyang. Inilah kitab (Piagam bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah yang dimetrikan di antara orang-orang yang beriman dan orang-orang Islam dari kaum Quraisy dengan penduduk-penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka". fasal 2 pula mengatakan bahawa "bahawa mereka adalah SATU UMMAT berbeza dari manusia-manusia lain"

    manakala fasal 3-11 pula memfokuskan kepada kesatuan kaum yang berada di madinah iaitu golongan Muhajirin dari Quraisy, bani Auf dari Yathrib, Banu al-Harith bin Khazraj, Banu Sa'idah dari Yathrib, Banu Jusyam dari yathrib, Banu al-Najjar dari Yathrib, Banu Amru bin Auf, Banu al-Nabit dari Yathrib, dan Banu Aus dari yathrib.

    lahirnya piagam bertulis ini, maka wujudlah sudah sebuah negara Islam madinah.

    dan daripada sini kita dapati bahawa, jika tertubuhnya sebuah negara, beserta dengan wujudnya satu perlembagaan yang mengatur kehidupan penduduknya, maka kita boleh katakan bahawa politik dan Islam itu adalah dalam satu sistem. politik adalah sebahagian daripada Islam, dan Islam pula mengandungi sistem politik di dalamnya. politik berjalan seiringan di dalam Islam. kerana sistem politik inilah yang mengatur sistem sesebuah negara.

    maka, jika sesebuah negara itu memisahkan di antara agama dan politik maka negara tersebut mengamalkan konsep sekularisme iaitu satu konsep di mana agama dipisahkan daripada politik, dan jadilah negara tersebut sebagai negara sekular. bagi sesiapa yang mendakwa bahawa agama itu terpisah daripada politik, maka orang itu ialah orang sekular yang berfahaman sekularisme.

    politik dipisahkan dengan agama ini bukanlah ajaran Islam yang sebenar, kerana Islam tidak pernah memisahkan politik dengan agama. akan tetapi konsep pemisahan ini adalah daripada ajaran agama Kristian, di mana ianya mula diperkenalkan oleh gereja pada zaman renaissance dahulu.

    jadi, mana satu pilihan kita? mahu memilih sistem islam ataupun sistem barat yang memisahkan agama dengan politik?

    jika noirkudus, maka noirkudus sendiri pastilah menyokong sistem islam yang tentunya daripada ajaran Rasulullah.

    Rasulullah adalah contoh terbaik sepanjang zaman tidak ada tolok bandingnya di dunia ini, contoh terbaik dalam semua bidang dan lapangan, yang dicontohi baik oleh orang Islam sendiri mahupun oleh orang bukan Islam.

    sedangkan Michael H Hart, seorang barat telah meletakkan Muhammad Rasulullah itu di tempat teratas dalam senarai orang-orang yang paling berpengaruh di dalam sejarah dunia, bagaimana pula kita orang Islam. cuba lihat buku karangan Michael H Hart ini di dalam bukunya " THE 100 : A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY" dan Muhammad diletakkan di kedudukan nombor satu. (Muhammad is the number one).

    sedangkan majority orientalis mengatakan bahawa Muhammad melarikan diri ketika hijrah itu sendiri, akan tetapi Michael H Hart ini menghormati Muhammad kerana Muhammad inilah satu-satunya manusia di dunia ini yang berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan..."HE WAS THE ONLY MAN IN HISTORY WHO WAS SUPREMELY SUCCESSFUL ON BOTH THE RELIGIOUS AND SECULAR LEVELS"

    dalam konteks kehidupan kita seharian ini, Rasulullah sendiri seharusnya menjadi contoh ikutan bagi umat Islam, pada Rasulullah itu Allah telah sediakan pelbagai teladan untuk umatnya ikuti, dan pada segala tindakan Rasulullah itu juga terdapatnya teladan yang baik juga untuk umatnya ikuti.

    segala liku-liku berduri yang dilalui oleh Rasulullah dan sahabatnya sepanjang perjalanan hijrah ke madinah, bukanlah hanya sekadar untuk menjadi peninggalan sejarah, malah itulah sebenarnya hikmah Ilahiah disebalik apa yang telah allah pertontonkan kepada umat ini iaitu untuk diambil intipatinya .

    kalaulah segala tindakan Rasulullah itu bukan untuk dijadikan ikutan oleh umatnya, nescaya tentu sia-sia jugalah peristiwa seperti ini kerana memang hakikat Rasulullah sebagai Rasul akhir zaman ini sebagai ikutan umatnya. jikalau tiada hikmah yang boleh kita ambil daripada peristiwa hijrah nabi ini, maka adalah lebih baik Allah anugerahkan saja sebuah negara Islam di Madinah kepada nabi dengan mudah tanpa perlunya melalui proses penghijrahan fizikal seperti itu yang terlalu banyak rintangannya.

    namun umat hari ini, bukanlah perlu untuk melakukan penghijrahan secara fizikal, dan penghijrahan dari segi geografi seperti dalam hijrah nabi tersebut, namun hijrah pada hari boleh dilakukan dalam konteks yang sangat luas seiring dengan zaman yang tiada batasan ini. hijrah boleh dilakukan dalam konteks hijrah dalam diri individu, hijrah dalam masyarakat dan akhirnya hijrah dalam konteks yang lebih luas iaitu dalam konteks negara, seiring degan hikmah yang telah kita peroleh daripada peristiwa hijrah nabi yang telah kita bincang seperti di atas, di mana peristiwa hijrah nimbi merangkup strategi dalam pelbagai aspek, baik aspek individu sehinggalah kepada aspek kenegaraan iaitu penubuhan negara Islam madinah

    yang paling mudah ialah setiap individu melakukan hijrah dalam diri sendiri. melakukan Islah iaitu memperbaiki diri sendiri untuk mengikis sifat-sifat yang tidak baik dan menggantikannya dengan sifat yang baik. kita lihat dalam sejarah Islam itu sendiri individu-individulah yang membentuk satu komuniti yang lebih besar. daripada individu membentuk keluarga, daripada keluarga membentuk masyarakat, dan masyarakat membentuk negara. jika hebat individu tersebut maka hebatlah sebuah negara itu. kita lihat contoh sahabat nabi ini, apabila datangnya Islam mereka melakukan penghijrahan total dengan membuang segala sifat-sifat jahiliah yang berada dalam diri mereka, contohnya ialah Umar al-Khattab, seorang yang hebat di zaman jahiliahnya, dan selepas Islam terus menjadi hebat dan ditakuti. jadi, bagi menyahut seruan hijrah, umat Islam pada hari ini terutamanya rakyat malaysia ini seharusnya melakukan perubahan dalam diri, jika tidak dapat secara total, maka pendekatan secara beransur-ansur juga memadai.

    akhirnya, sebagai orang Islam banyak pengajaran yang boleh didapati daripada peristiwa hijrah ini.

    bagi umat islam di malaysia ini, sambutan Ma'al hijrah yang diraikan di peringkat kebangsaan dan negeri ini bukanlah sekadar satu "upacara sambutan" yang tiada erti, yang sekadar dijadikan "upacara tahunan" demi memenuhi "taqwim hijrah".

    umat Islam harus mendalami dan menyelami makna sebenar ma'al hijrah itu, agar ruh perjuangan Rasulullah dan para sahabat akan meresap masuk ke dalam hati umat Islam yang benar-benar menghayatinya.

    sambutan Ma'al hijrah ini boleh dijadikan sebagai satu titik permulaan bagi mempelajari dan mendalami sirah perjuangan Nabi Muhammad beserta dengan sahabat baginda terutamanya peristiwa Hijrah nabi dari mekah ke madinah ini.

    sambutan Ma'al Hijrah ini seharusnya dijadikan satu titik tolak perubahan diri setiap individu bagi menyediakan kemampuan menghadapi tahun-tahun mendatang ini terutama dunia masa kini yang sudah mencapai tahap post-modernism, dunia era globalisasi yang memerlukan kita supaya memperkasakan diri bagi menghadapi segala cabaran, rintangan dan halangan agar kita tetap menjadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang, walau di mana saja dan kita tidak akan hanyut dibawa arus walau ribut dan badai menerpa. umat pada hari ini, seharusnya berubah dengan melakukan anjakan paradigma demi menjadi umat yang maju dan dapat menuju ke satu ketamadunan yang gilang-gemilang

    dan akhirnya, SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1426

    SEMOGA SIRAH PERJUANGAN RASULULLAH INI SENTIASA MEKAR DALAM HATI UMAT ISLAM

    AYUH LAKUKAN PERUBAHAN. INDIVIDU CEMERLANG AKAN MEMBENTUK KELUARGA CEMERLANG, KELUARGA CEMERLANG AKAN MEMBENTUK MASYARAKAT CEMERLANG, MASYARAKAT CEMERLANG AKAN MEMBENTUK NEGARA CEMERLANG, DAN SETERUSNYA NEGARA CEMERLANG MEMBENTUK UMMAH CEMERLANG


    HIDUP ISLAM

    Sekian.

    Wallahu A'lam

    (tulisan yang panjang ini telah ditulis selama dua hari, dengan mengambil kesempatan cuti Hari raya Cina dan juga cuti Ma'al Hijrah 1426. dalam tulisan ini sempat dibuat beberapa rujukan terhadap kitab sejarab Nabi Muhammad saw di antaranya ialah kitab Fiqh al-Sirah karangan Dr Said Ramadhan al-Buti, Buku Riwayat Hidup Rasulullah saw karangan Abul Hasan Ali Al-Hasany an-Nadwy, kitab sirah terkenal iaitu sirah nabawiyyah karangan Ibn Hisyam dan buku koleksi sirah Ustaz mohd nakhaie Ahmad : beberapa suntingan Manhaj Haraki dari Hijrah Generasi islam awalan dan beberapa buku lain seperti buku Dr Yusuf al-Qardhawi : ciri-ciri unggul masyarakat islam yang kita idam-idamkan dan sebagainya. Semoga tulisan ini ada manfaatnya. Wallahu A'lam)

    Comments: Post a Comment
    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 8:15 PM