Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Tuesday, February 15, 2005

Ummati Ummati Ummati

UMMATI UMMATI UMMATI




Andai kata Rasulullah dapat melihat apa yang telah berlaku dunia hari ini, pasti Rasulullah akan menangis kesedihan kerana manusia seolah-olah seperti tiada pedoman.

Rasulullah seorang Nabi yang sangat sayang pada umatnya. kasih dan sayang baginda kepada umat sungguh tidak terperi lagi, sehingga diriwayatkan bahawa apabila Rasulullah hampir wafat pun baginda masih menyeru "UMMATI UMMATI UMMATI" yang bermaksud umatku umatku umatku...

gambaran kasih sayang Rasulullah kepada umatnya dirakamkan dalam al-Qur'an, surah at-taubah ayat 128

"Sesungguhnya telah datang seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyanyang terhadap orang-orang mukmin"
dan satu doa Rasulullah juga telah dirakam oleh Allah dalam al-Qur'an surah al-maidah ayat 118:

"Ya Allah, jika engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka ialah daripada hambamu. dan jika engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya engkaulah lagi maha perkasa lagi maha bijaksana"
di dalam bahasa arabnya berbunyi begini : "In Tu'azzibhum fa innahum ibaduka, fa in taghfirlahum fa innaka anta al-aziz al-hakim"

kasihnya Rasulullah, sayangnya pada ummat ini tidak terperi lagi. Rasulullah sangat takut jika umatnya ini mati dalam keadaan kafir dan menyekutukan Allah. Rasulullah benar-benar mengharapkan umat ini mati dalam Islam, cahaya iman. Agama inilah yang diwahyukan oleh Allah kepada baginda untuk disampaikan kepada sekalian alam. bukankah kita tahu bahawa Rasulullah ini diturunkan untuk sekalian alam, manusia daripada segenap pelusuk dunia ini kesemuanya umat Muhammad, baik yang berada di benua Arab, benua Amerika, benua eropah, benua asia, baik yang berada di antartika dan sebagainya. baik orang itu rakyat Malaysia, indonesia, singapura, thailand, cina, india dan sebagainya. baik orang itu berkulit hitam mahupun kulit putih, semuanya umat Muhammad. "Wa Ma Arsalnaka illa Rahmatan Lil Alamin" yang bermaksud "Tidak kami turunkan engkau wahai Muhammad melainkan untuk memberi rahmat ke seluruh alam."

gambaran kasih kasih Rasulullah kepada umat juga dirakamkan dalam ayat ini : surah an-Nisa' ayat 41

Maka, bagaimanakah (halnya orang-orang kafir itu nanti), apabila kami datangkan seorang saksi (rasul) dati tiap-tiap umat dan kami datangkan kamu Muhammad sebagai saksi atas mereka itu sebagai (umatmu)
berlinang air mata Rasulullah apabila mendengar ayat ini.

sambutan hari kekasih ini bukan sambutan umat Islam, malah sambutan bagi orang kristian, bagi memperingati saint valentine.

mujurlah malaysia tiada sambutan khas seperti itu...jika tidak sedih dan menangis pak lah apabila melihat rakyatnya seperti tidak bermoral sedangkan baru sahaja sambutan ma'al hijrah sempena dengan awal muharam dengan tema "Islam Hadhari menjana Kemajuan ummah"

agak jijik juga sesekali memandang sambutan yang diadakan khasnya di luar malaysia ini.
di Filipina (seperti dalam gambar bahagian bawah) , acara yang dikenali sebagai LAVAPALOOZA di manila, filipina itu berjaya mengumpulkan 5300 pasangan kekasih dalam acara mega, seperti pesta dengan ciuman bibir paling kurang 10 saat secara serentak, demi memecahkan rekod dunia, yang tercatat dalam Guinness world book of record yang kini disandang oleh chile dengan rekod 4445.

di thailand pula diadakan acara hug marathon. negara jiran kita juga. di sweden seperti noirkudus telah katakan sebelum ini kissathon diadakan. jadi di mana-mana ialah hari berkasih sayang. segenap lapisan masyarakat daripada kanal-kanak, remaja, dewasa, malah orang tua juga menyambutnya. akan tetapi sasarannya ialah remaja yang belum berkahwin.

UMMATI UMMATI UMMATI......kata-kata Rasulullah sehinggalah ketika nazak hendak menghembuskan nafas terakhir. masih teringat pada umat.

bukanlah islam itu melarang umatnya untuk berkasih sayang. fitrah manusia itu diciptakan mahu berkasih sayang. cinta itu anugerah Allah. Allah yang menganugerahkan kepada manusia dan melimpahkan perasaan sayang itu dalam hati manusia. namun Allah juga menggariskan beberapa panduan bagi manusia itu bercinta.

Allah telah menggariskan panduan bercinta ini kerana Allah sayang pada hambanya. bagi sesiapa yang tidak mengikut garis panduan ini maka mereka menjerumuskan diri ke arah kebinasaan. dalam islam ada tiga tahap cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul dan cinta sesama manusia. cinta Allah dan Rasul tahap tertinggi, manakala cinta sesama manusia mestilah berlandaskan cinta Allah dan Rasulnya.

dan bukanlah Islam melarang umatnya bagi meluahkan rasa cinta. cinta itu boleh diluahkan, kerana memang sifat semulajadi manusia tidak dapat memendam segala-galanya. namun ia ada juga batasan dan tempatnya. bukanlah untuk mengadakan pesta seks dan sebagainya untuk meluahkan rasa cinta.

namun cinta valentine ini merosakkan, ciptaan barat dan kristian untuk merosakkan akhlak umat Islam. ingat ayat ini :
orang yahudi dan nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti jejak langkah mereka. (wa lan tardho anka al-yahud wa lan nashara hatta tattabi'a millatahum) al-Baqarah

dan hadis ini Daripada Abu Sa'id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".
UMMATI UMMATI UMMATI... Rasulullah ingat umatnya, bagaimana pula umatnya??

hakikatnya umat Muhammad lupa pada Allah dan Rasulnya. sedangkan cinta yang diajar Rasulullah ialah cintakan Allah dan Rasulnya melebihi cinta selain keduanya. hadis bermaksud : "Tidak beriman seorang kamu sehinggalah Allah dan rasulnya dicintai melebihi selainnya"

Jadi, mahu ikut teori cinta Islam atau teori cinta st valentine??

ISLAM HADHARI MENJANA KEMAJUAN UMMAH...... malaysia kini sedang mencipta umat bertamadun. malaysia kini sedang menuju ke arah tamadun. model tamadun barat bukanlah pilihan tamadun untuk dicontohi. model tamadun barat merupakan model tamadun yang musnah lagi hancur. Model tamadun Islam ialah model yang gemilang dari segenap segi, baik dari segi kemajuan, keilmuan, sahsiah dan sebagainya.

Wallahu A'lam

Comments: Post a Comment
| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 6:33 AM