Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Wednesday, April 27, 2005

Menyorot Sirah Rasul : Kelahiran Muhammad Membawa Rahmat

RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar:
Poster Filem Animasi Islam yang pertama bertajuk "Muhammad The Last Prophet"

Wa Ma Arsalnaka Illa Rahmatan Lil 'Alamin

Tidak aku utuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk membawa Rahmat ke seluruh Alam.


betapa kita ini sebenarnya sangat bertuah kerana dilahirkan sebagai umat nabi Muhammad saw. seorang nabi Agung akhir zaman yang sangat pengasih dan penyanyang yang benar-benar sayangkan umatnya sehinggakan di akhir hayat baginda baginda masih terkenangkan umatnya...ummati ummati ummati (umatku umatku umatku)

sambutan maulidur Rasul baru diadakan bersempena kelahiran baginda pada 12 Rabiul Awwal tahun Gajah, dengan tujuan mengingati lahirnya junjungan besar kita dengan membawa misi besar "Rahmatan Lil Alamin"

namun, jika hanya sambutan rasmi di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, universiti, sekolah sahaja, tanpa ada penghayatan tentang semangat perjuangan Rasulullah ianya hanya sekadar sambutan sahaja tidak lebih dari itu.

"Misi Rahmatan Lil 'Alamin" mesti diteruskan sehinggalah hari kiamat nanti. tugas dan tanggungjawab ini mesti dipikul oleh setiap orang demi memastikan kesinambungan misi junjungan besar kita Muhammad saw.

Wafatnya Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bukan bermakna berakhir sudah Misi Rahmatan Lil Alamin.

Abu Bakar As-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Muawwiyah bin Abi Sufian, Umar Abdul Aziz, Salahuddin al-Ayubi, Muhammad al-Fateh malah semuanya bertanggungjawab meneruskan misi ini demi menyebarkan dakwah Islam ke serata Alam umatlah kita umat terkemudian ini.


MENGAPA MUHAMMAD PEMBAWA RAHMAT?

Image Hosted by ImageShack.us

sejarah membuktikan bahawa, Masyarakat Arab pernah melalui satu tempoh zaman gelap yang dipanggil zaman jahiliah, di mana Masyarakat Arab pada waktu itu benar-benar berada dalam kegelapan, menyembah banyak tuhan, mempunyai sifat kebinatangan dengan membunuh anak, meminum arak, berjudi, dan sebagainya.

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar Hiasan:
daripada filem animasi "Muhammad The Last Prophet"
Kaabah pernah dijadikan pusat penyembahan berhala oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Muhammad. pada peristiwa Fathu Makkah kesemua berhala ini telah dimusnahkan bagi mengangkat kembali kesuciannya.

Kemudian diutus Muhammad untuk memperbetulkan akidah mereka yang berfahaman animisme kepada akidah hanya Allah sebagai tuhan sekalian alam, memperbetulkan akhlak mereka daripada akhlak kebinatangan kepada akhlaqul karimah iaitu akhlak yang mulia, dan juga menyinari minda mereka dengan sinaran al-Quranul Karim sehinggalah lahir generasi sahabat pada waktu itu sebagai generasi terbaik dalam sejarah dunia (khayra ummah).

"Kuntum Khayra ummatin Ukhrijat Linnas, Ta'muruna bil Ma'ruf wa tanhauna 'anil Munkar watukminuna billah" . firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110 ini yang bermaksud "Kamu adalah umat terbaik yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah" adalah ditujukan khas kepada generasi awal sahabat ini, di mana Allah mengiktiraf mereka dengan gelaran generasi terbaik.


namun, secara umumnya Generasi terbaik itu ditujukan kepada umat Muhammad seluruhnya, selagi mana kita berpegang kepada 3 ciri tersebut iaitu :
Menyeru kepada Kebaikan, mencegah kemungkaran dan juga beriman kepada Allah.

ketika wahyu pertama diturunkan iaitu 5 ayat pertama surah al-alaq. yang berbunyi :

Bacalah
Dengan Nama Allah yang menciptakan kamu
Yang menciptakan daripada segumpal darah
Bacalah dengan Nama Tuhanmu yang maha pemurah
Yang mengajar insan dengan pena
Mengajar Insan perkara yang tidak diketahuinya.
Maka, di sinilah bermulanya proses transformasi masyarakat daripada zaman jahiliah kepada zaman yang gilang gemilang, sehingga akhirnya Islam itu tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

sejarah perjuangan Rasulullah dan para sahabat demi menyebarkan agama Islam patut dicontohi dan diteladani oleh seluruh umat terkemudian, bagi mengambil semangat tersebut demi meneruskan dakwah Islam.

bermula dakwah secara bersendirian, dakwah bersembunyi sehinggalah dakwah secara terang-terangan, sejak dari mekah sehingga ke madinah dan sehinggalah peristiwa fathu Makkah iaitu pembukaan kota Mekah, Islam mesti disebarkan bagi membawa Misi Rahmatan Lil 'Alamin.

HAKIKAT UMAT PADA HARI INI

Image Hosted by ImageShack.us
Apakah demi menyambut ulangtahun kelahiran nabi, dengan hanya mengadakan perbarisan, membawa sepanduk, kompang, bacaan al-Quran, nasyid, penyampaian anugerah kepada tokoh dan sebagainya??

sudah lebih 14 abad kita ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w bersamaan dengan 1400 tahun, namun ruh perjuangan baginda dan para sahabat mana mungkin untuk dilupakan atau dilenyapkan sama sekali.

Ketika Islam dibawa oleh Rasulullah untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang benderang (Tukhrijunahum Min az-Zulumati ila an-Nur) pelbagai dugaan, rintangan, halangan, cercaan, makian, namun Islam mesti disebarkan tanpa menghiraukan apa yang berlaku walau maut menanti di depan mata.

Islam yang dibawa oleh Rasulullah bermula dengan dagang iaitu Asing, aneh, ganjil, ajaib dan sebagainya. seperti yang dimaksudkan oleh sebuah hadis rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud :

islam bermula dengan dagang (asing), dan akan kembali menjadi asing seperti seperti bermulanya, dan beruntunglah orang-orang yang asing"
memang benar Islam datang dalam keadaan asing. ketika dakwah untuk menyembah Tuhan yang satu dengan mengiktiraf keesaan Allah, keadaan masyarakat arab menyembah banyak Tuhan, ketika Islam melarang membunuh anak perempuan, kebiasaan mereka menanam anak perempuan hidup-hidup, ketika Islam menyeru berhenti daripada perjudian atau tilik nasib, keadaan masyarakat pada waktu itu memang kaki judi dan tilik nasib, ketika Islam mengharamkan minum arak, menjadi tabiat mereka meminum arak. begitulah Islam ketika permulaan dakwah Rasulullah sungguh ASING

begitu juga zaman sekarang, selepas 1400 tahun ditinggalkan Rasulullah dunia sudah berubah, Islam kembali menjadi asing disebabkan umat tidak lagi menyedari kepentingan dakwah, dan akhirnya Islam itu tidak lagi diamalkan dalam kehidupan seharian.

Islam sudah menjadi asing, cuba lihat akhlak-akhlak masyarakat Islam terutama yang muda-mudi, akhlaqul karimah sudah kembali digantikan dengan akhlak jahiliah iaitu akhlak kebinatangan, anak boleh dibuang hidup-hidup lantaran malu atas keterlanjuran melakukan zina, apakah ini lahir daripada hati seorang manusia yang dianugerahkan Allah sifat kemanusiaan? kegiatan perjudian sudah berleluasa, di sana sini kasino wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan, malah kita juga punyai kasino antara yang terbesar di dunia. dan pelbagai lagi amalan jahiliah hidup mekar di zaman serba canggih dan moden ini iaitu zaman globalisasi.

Solat lima waktu disyariatkan untuk menyembah Allah yang esa, namun pekerjaan solat lima waktu sudah menjadi dagang, malah berapa ramai umat Islam sendiri sudah tidak pernah mengerjakan sembahyang. tujuan disyariatkan solat ialah untuk tujuan pengabdian kepada Allah, namun hari ini pengabdian kepada Allah telah digantikan dengan pengabdian kepada bintang-bintang hiburan. penyanyi, pelakon, pelawak dijadikan idol, malah tumbuhnya idol-idol ini bagai cendawan selepas hujan menyemarakkan lagi dunia hiburan zaman sekarang sehinggakan menjadi ramai pula umat sejak dari kecil lagi sudah bercita-cita mahu menjadi artis.

masjid-masjid di zaman Rasulullah dibina sebagai tempat pertemuan kaum muslimin untuk mengabdikan diri kepada Allah dan juga tujuan lain, namun masjid hari ini sudah menjadi dagang. masjid-masjid sudah terkunci pintunya tidak dapat diimarahkan, maka umat sudah beralih daripada masjid sebagai rumah ibadah kepada tempat-tempat lain.kini rumah-rumah ibadah kaum muslimin ialah kasino, disko, modestos, pusat permainan video, pusat membeli belah, stadium, dan sebagainya.

sambutan maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun lebih kepada acara formal. Rasulullah tidak pernah menyuruh menyambut hari lahir baginda jika apa yang kita amalkan tidak mengikut ajaran baginda.

tiada dalil baik daripada al-quran dan hadis Rasulullah sendiri yang menyuruh kita mengadakan sambutan hari lahir baginda, akan tetapi yang pastinya banyak dalil yang menyeru supaya kita mengikut ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah melalui wahyu yang disampaikan oleh Allah.

"Wa Ma Arsalnaka Illa Rahmatan Lil Alamin". Risalah Nubuwwah mesti diteruskan. Ketika Wahyu ketiga yang diturunkan iaitu surah al-Muddatthir (orang yang berselimut), sahabat mendengar ayat Qum Fa Anzir (bangunlah dan berilah peringatan) maka berbondong-bondong para sahabat keluar menyampaikan dakwah Islam ke serata alam membawa misi kenabian iaitu Rahmatan Lil Alamin.

sambutan maulidur Rasul, kita disajikan dengan perbarisan, membawa sepanduk, nasyid dan sebagainya, tanpa ada rasa kasihkan nabi maka ditakuti ianya akan mengundang kemurkaan nabi. Lagu-lagu yang mendayu-dayu yang dimainkan bersempena hari itu juga, tidaklah membantu menaikkan semangat cintakan nabi, walaupun kita menyanyikan "Kami sambung perjuanganmu, walau kita tidak pernah bersua, tapi kami tidak pernah kecewa, Allah dan rasul sebagai pembela (rangkap akhir lagu hijjaz Ya Rasulullah)"

dan akhir sekali, buat sekalian pencipta Allah dan Rasulnya, Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 31 :

"Qul In Kuntum TuhibbunaAllaha Fattabi'uni Yuhbibkumullahu Fa Yaghfirlakum zunubakum Wallahu ghafuru al-Rahim"

Katakanlah: `Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.` Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang


Moga Ada Manfaatnya

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 6:58 PM

Tuesday, April 05, 2005

Khaliq dan Makhluk (Part 2)

KHALIQ DAN MAKHLUK (BAHAGIAN 2)

sekitar bulan Desember lepas noirkudus sudah membincangkan tentang "perbezaan antara khaliq dan makhluq". siapa khaliq dan siapa pula makhluq. kedua-duanya daripada perkataan Arab dan sudah dimelayukan istilah tersebut. Khaliq bermaksud "pencipta" manakala makhluk pula bermaksud "yang dicipta"

Image Hosted by ImageShack.us
KENALI TOKOH
BADI'UZZAMAN SA'ID AL-NURSI

di sini noirkudus berkenan untuk memperturunkan satu kisah yang diceritakan oleh SAID BEDIUZZAMAN AL-NURSI, seorang ulama' silam kelahiran Turki, di mana kisah ini telah dirakamkan oleh seorang lagi Ulama' tersohor Ikhwan al-Muslimin iaitu SAID HAWWA di dalam kitab beliau ALLAH JALLA JALALUH. (rujuk kitab beliau yang sudah di-alih bahasa ke dalam bahasa Indonesia, keluaran pustaka Nasional Pte Ltd Singapura, tahun 1988, muka 236-238)

Image Hosted by ImageShack.us
gambar hiasan
Roman Amphitheatre (panggung teater Rom)

Di sebuah kawasan pedalaman padang pasir, terdapat satu bangunan yang indah dan menarik, yang dihiasi dengan gambar mirip bordir paling artistik dan ukiran yang halus dan menarik. secara kebetulan bertemulah dengan orang Badwi yang liar yang memasuki pintu gerbang, dan orang Badwi itu belum pernah melihat seumur hidupnya pintu gerbang seperti itu selain pintu khemahnya.

Lalu ia memperhatikan dengan penuh perhatian tentang keunggulan buatannya, ukiran dan kenyataan kesempurnaannya tanpa cacat. kemudian BAdwi itu berkata kepada dirinya sendiri, tidak ada di seluruh padang pasir orang yang mampu membangun gedung seperti ini, kerana itu tentu arkiteknya berada di pelataran tengah bangunan sendirian. Lantas ia bergegas memperhatikan dan memeriksa ruangan-ruangan di sekitarnya, tetapi ia tidak melihat sesiapapun, hanya secara kebetulan ia menemukan beberapa kertas. Di dalamnya termuat peta disain (blue print) gedung, material-material yang dipergunakan dan uraian-uraian secara mendetail tentang arsitekturnya. Maka badwi itu berfikir sebentar, sungguh bahawa lembaran-lembaran kertas ini tidak punya tangan dan mata, menilik keadaannya bukan kertas-kertas itu yang telah membangun gedung ini.

Tidak lama setelah ia kembali ke tempat semula dan mencuba memecahkan rahsia dengan lembaran-lembaran kertas tersebut seraya berkata : adakah kertas-kertas ini memiliki cara untuk menganalisa tentang rumus-rumus tentang mendirikan bangunannya dan teknik pelaksanaannya. Jika begitu, maka bukanlah alat perlengkapan lainnya yang menjadi pembuat dan arsiteknya.

Demikianlah akal orang Badwi liar itu belum mampu memecahkan rahasia bangunan yang menakjubkannya itu, kecuali secara lugu menurut alamiah ia sampai kepada bangunan yang megah ini, maka ia menjadi hairan ketika melihatnya, yang belum pernah ia temukan di lingkungannya, kerana akalnya pendek tentang bangunan seperti itu. dia memperhatikan semua ruangan dan sudut-sudutnya, maka sekonyong-konyong ia menemukan di atas papan tulis (atau batu tulis) yang berisi tulisan tentang ketentuan fitri ketuhanan dan kaedah-kaedah ciptaannya yang indah - faktor-faktor kekeliruan tentang teori alamiah - maka menjadi jelaslah baginya tentang tabiat alam itu. Lalu berbicara pada dirinya sendiri - dan dia dalam keadaan tidak sadar sama sekali - tak boleh tidak bahawa papan ini dengan daftar rumusan-rumusannya inilah yang menciptakan dan membuat gedung ini.

untuk itu kami berkata : Wahai orang mabuk bodoh! Angkatlah tinggi-tinggi kepalamu dari kancah (paham) alamiah! lihatlah ke belakangmu, kepada pembuat alam semesta. sesungguhnya yang membuat gedung ini dan meletakkan di depan dua matamu, di dekatmu, rumus-rumus pembikinannya, dan peraturan ciptaannya, tidak lain hanyalah pencipta yang azali, tuhan semesta alam yang maha perkasa, bukan alamiah yang anda pertahankan teorinya secara dungu. tabiat alami itu hanyalah buatan semata-mata, bukan pembuat, bukan pencipta! tabiat alami itu hanyalah lukisan dan ukiran, bukan pelukis dan seniman ukir. tabiat alamiah itu hanyalah hukum, bukan hakim, syariat bukan yang membuat syariat, hanya makhluk bukan khalik, hanya sekadar hasil pelaksanaan bukan pelaksana, hanya sekadar permunculan bukan yang memunculkan.
agak mudah difahami analogi ini. satu riwayat tentang kebodohan seorang Badwi untuk menemukan siapakah pencipta sebuah bangunan yang sangat indah dan menarik yang terletak di tengah-tengah padang pasir, sedangkan si badwi ini belum pernah melihat satu ciptaan yang indah seumpama ini.

Secara logik, apakah ianya tercipta dengan sendiri? apakah tidak ada pencipta? persoalan ini yang kerap diperbincangkan mungkin sejak manusia zaman awal lagi.

orang barat sejak dari dulu lagi berfahaman bahawa segala benda di dunia ini terjadi dengan sendirinya. tiada pencipta, tiada tujuan penciptaan, sehingga manusia ini mereka juga kata tercipta secara kebetulan, tiada matlamat penciptaan, bila mati manusia maka maka berakhir juga kehidupan, tiada hari akhirat, tiada hisab, tiada syurga dan neraka dan sebagainya.

itulah dalam akhir kisah di atas, Said al-Nursi mengatakan "Wahai orang mabuk bodoh, angkatlah tinggi-tinggi kepalamu dari faham alamiah" menunjukkan bahawa begitu bodoh sekali orang badwi ini, kerana mempercayai rumusan-rumusan yang ditemuinya itulah pencipta bangunan indah yang ditemuinya itu.

inilah dalam istilah barat dipanggil "COINCIDENCE", atau dipanggil "Coincidence theory".

kita ambil contoh kisah penciptaan bumi. Barat mengatakan bahawa "this universe coming into existence by coincidence"

sedangkan al-Qur'an sendiri sudah jelas mengatakan bahawa

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: 'Kun fa yakun' 'Jadilah!' Lalu jadilah ia" (al-baqarah ayat 117)

Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka (surah sad ayat 27)

Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakan segala sesuatu, dan Dia mengetahui segala sesuatu (surah al-An'am ayat 101)

alam itu bukanlah ada dengan sendirinya. ada "khaliq" iaitu penciptanya Allah azza wajalla.

Image Hosted by ImageShack.us
THE BIG BANG THEORY

berkenaan terjadinya cakerawala ini, Allah juga telah berfirman dalam al-quran :

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (surah al-anbiya' ayat 30)

inilah yang dikatakan "the big bang theory" yang bermaksud teori ledakan besar yang membuktikan bahawa alam jagat ini tercipta daripada satu atom yang padu kemudian ianya meledak sehinggalah membentuk seluruh alam semesta termasuklah langit dan bumi. Ini Allah yang berfirman. apakah kita tidak beriman dengan firman Allah??

Afala Tatazakkarun, Afala Ta'qilun, Afala Tatadabbarun, Afala Tubsirun... Apakah manusia tidak berfikir? Apakah manusia tidak melihat? semua ini merupakan satu persoalan supaya manusia ini memerhatikan kekuasaan Allah dan memikirkannya.

Usah jadi seperti orang badwi dalam kisah di atas, jadilah seorang yang mampu berfikir, kerana Allah kurniakan akal kepada manusia supaya manusia berfikir.

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 8:17 AM

Monday, April 04, 2005

Kematian Ketua Umat Kristian Seluruh Dunia

KEMATIAN KETUA UMAT KRISTIAN SELURUH DUNIA

Image Hosted by ImageShack.us

John Paul II, 84, atau nama sebenar beliau Karol Jozef Wojtyla menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.37 malam (3.37 pagi waktu Malaysia) beliau merupakan ketua Gereja Roman Katolik, yang dilahirkan di poland dan merupakan orang yang pertama bukan rakyat Itali dipilih mengetuai Gereja Roman Katolik sejak 455 tahun.

"mesej beliau mengenai toleransi agama, dialog dan perdamaian memberi makna serta menyumbang kepada usaha menggalakkan persefahaman lebih baik antara penganut Kristian dan penganut agama lain termasuk Islam" -Perdana Menteri PakLah

"Pemergiannya bermakna satu lagi suara yang berkesan dan mempunyai pengaruh sudah hilang. Suara yang boleh mempengaruhi dan mengurangkan tekanan yang kita lihat sekarang ini dilakukan oleh kuasa besar" -Tun Mahathir Mohamad, pernah bertemu mendiang di vatican tahun 2002 atas undangan Rasmi

"Gereja Katolik telah kehilangan penjaganya. Dunia telah kehilangan seorang jaguh kebebasan manusia" George W Bush, presiden Amerika

"John Paul sebagai seorang tokoh agama yang hebat yang menumpukan seluruh kehidupannya untuk mempertahankan nilai-nilai keamanan, kebebasan, keadilan dan persamaan semua kaum dan agama dan juga hak rakyat kita untuk meningkat kebebasan" -Mahmoud Abbas, presiden Palestin

sebahagian daripada kata-kata beberapa tokoh sempena kematian beliau.

SEJAUH MANA RAMALAN ST MALACHY BERKENAAN DENGAN USIA DUNIA INI YANG DIKAITKAN DENGAN POPE

Image Hosted by ImageShack.us
buku ramalan st Malachy yang dianggap nabi

noirkudus pernah menulis bulan lepas ketika pope john paul II ini dimasukkan ke hospital akibat jangkitan selsema yang menular di itali tentang ramalan st malachy ini.

orang kristian percaya kepada kenabian st malachy. sebelum mati paderi ini ada meninggalkan wasiat dengan menuliskan kesemua nama pope selepasnya iaitu berjumlah 112 kesemuanya beserta dengan gelaran masing-masing. dan pope yang ke 112 inilah merupakan pope yang terakhir dan selepas itu dunia ini akan kiamat.

pope john paul II ini merupakan pope yang ke 110. beliau diberi gelar De Labore Solis (of the eclipse of the sun, or from the labour of the sun) dan kelahiran beliau pada 18 mei 1920, berlaku ketika gerhana matahari.begitu juga kesemua pope sebelum beliau kesemuanya seperti ramalan St Malachy.::Rujuk::


bagi umat Islam, benar atau tidak, Islam tidak pernah menyuruh kita mempercayainya.
cukuplah AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai sumber rujukan utama untuk umat ini, malah rujukan kepada seluruh manusia.

MATINYA SEORANG AHLI KITAB.

apabila kita berbicara tentang paderi, kita akan merujuk mereka ini sebagai seorang ahli kitab.

apakah anda masih ingat kepada paderi Bahira atau Buhaira? paderi inilah yang meramalkan kenabian dan kerasulan Muhammad saw. ingat ketika Rasulullah berniaga di syam bersama bapa saudaranya Abi Talib, mereka bertemu paderi ini, dan paderi ini menasihati Abu TAlib supaya memelihara Muhammad, yang pada ketika itu baru berusia 12 tahun, kerana kata paderi itu, Muhammad akan menjadi nabi akhir zaman, seperti yang terkandung dalam kitab Injil, iaitu kitab terakhir sebelum al-quran.

paderi-paderi kristian, mereka mengetahui kebenaran. mereka mengetahui bahawa Islam adalah agama yang sebenar. mereka mengetahui bahawa Nabi Muhammad itulah nabi akhir zaman, sepertimana yang sudah diperkatakan di dalam kitab injil, dan akhirnya disebabkan Muhammad yang lahir ini bukan daripada bangsa yahudi maka mereka sampai mati pun mereka tidak dapat menerima hakikat ini.

paderi-paderi ini mereka mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri

Allah berfirman di dalam al-quran, surah al-baqarah ayat 146, yang bermaksud :

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri . Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui
mereka mengetahui kebenaran, cuma mereka menyembunyikan kebenaran tersebut, sedangkan mereka mengetahui sebenar-benarnya bahawa Muhammad itulah Rasulullah, Muhammad itulah Nabi akhir zaman.

apakah pope john paul II ini sempat mengucap kalimah syahadah?? atau sengaja untuk terus menyembunyikan kebenaran. dan ramai juga paderi yang akhirnya mati tidak beriman, di kala mereka terus menyembunyikan kebenaran.
itu urusan mereka dengan Allah.

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 8:14 AM

Friday, April 01, 2005

Salam Takziah : InnaLillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un

ALLAZINA IZA ASOBATHUM MUSIBATUN QOLU INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN

SALAM TAKZIAH


Image Hosted by ImageShack.us

salam takziah buat saudaraku sesama Islam yang ditimpa musibah berikutan gempa bumi yang melanda di sumatera, di mana sehingga kini lebih seribu nyawa menjadi korban.

baru tiga bulan berlalu bencana yang paling pahit dalam sejarah dunia, di mana gelombang tsunami gergasi melanda beberapa negara di Asia. namun, gempa baru pula yang berlaku di garisan yang sama sepertimana pernah berlaku berhampiran Banda Acheh dulu.

malaysia yang bersempadan dengan Indonesia turut merasai kesan gempa bumi, di mana kita berada di antara dua kawasan pertembungan lingkaran api (Ring of Fire) iaitu antara sempadan pertembungan plat Indon-Australia dan Eurasian di sebelah barat dan sempadan pertembungan antara plat Eurasian dan plet (kecil) Laut Filipina di sebelah timur

beberapa sahabat dari Indonesia pernah menyatakan kekesalan, berikutan musibah yang menimpa mereka, lepas satu ditimpa satu lagi, dan begitulah seterusnya.

Image Hosted by ImageShack.us
KENALI TOKOH :
Allahyarham Tan Sri Dr Muhammad M. Abdul Rauf (1917-2004)
bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang pertama (1983-1988)
meninggal dunia pada 15 Disember 2004

di sini noirkudus teringat tentang satu soal jawab antara seorang warga amerika dengan bekas rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, iaitu Allahyarham Tan Sri Professor Dr Muhammad Abdul Rauf. Rujuk buku yang ditulis beliau "UMMAH : THE MUSLIM NATION", di mana soal jawab itu diselitkan di bahagian Apendix di belakang buku tersebut "Question - Answer session on aspects of Islam" di muka surat 181, keluaran tahun 1991, dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ten years ago when I was teaching in a small desert town in Iran, one of the phrases that I found particularly difficult to understand was the phrase insha'allah, which essentially translates "if God wills". one would say, for example, "class will meet tomorrow, in sha'a 'llah". as an American, it seemed strange to me to have the future so consciously dependant upon God.

A few month later, a severe earthquake destroyed a neighbouring town, and 10 000 people were killed - as we say in the west - "by an act of God". then I realized a certain ethnocentricity in my not understanding the phrase.

I'm beginning to think that a prime motivation of the capitalistic spirit to assure or guarantee one's future. That is, instead of recalling that one's future is dependant on God, one relies on the accumulation of capital, investment, planning, and insurance, to control the future. From the Islamic perspective, isn't this considered blasphemous?
Beginilah lebih kurang maksud persoalan tersebut :
"10 tahun lepas, ketika saya mengajar di sebuah bandar kecil di Iran, satu frasa di mana saya mendapati amat sukar sekali untuk saya memahaminya iaitu kalimah "Insya Allah", di mana secara dasarnya ia bermaksud "Dengan Izin Allah" ataupun "jika diizinkan Allah". seseorang itu akan berkata, contohnya "kelas akan bersambung esok, insya Allah". sebagai seorang bangsa Amerika, ia kelihatan seperti amat ganjil kepada saya untuk mempunyai masa hadapan yang bergantung kepada Tuhan.

Beberapa bulan berikutnya, gempa bumi yang kuat telah memusnahkan bandar jiran, menyebabkan 10 000 terbunuh, seperti apa yang kami katakan di barat "ianya perbuatan tuhan". kemudian saya tersedar bahawa disebabkan oleh sikap etnosentris saya tidak memahami istilah tersebut

saya mula terfikir bahawa motivasi utama bagi jiwa kapitalis ini ialah untuk memastikan ataupun menjamin masa hadapan seseorang. oleh itu, selain untuk mengatakan bahawa masa hadapan seseorang itu bergantung kepada tuhan, seseorang juga bergantung pada pengumpulan modal, pelaburan, perancangan, dan jaminan, untuk menguasai masa hadapan. Apakah dari perspektif islam ini dikira kufur?

apa pula jawapan Dr Muhammad Abd Rauf...

The phrase insha'allah is a polite statement that is on the tounge of all muslim. it is an indication of our believe in our dependence upon God, eventhough we have some power to determine our future. it give a muslim assurance and helps him to accept calamities, such as the one you mentioned. However, it does not mean that one should not plan or work for the future. in fact, there is a saying : "prepare for this world as if you are living forever, but work for the next world as if you are dying tomorrow". In other words, we depend on God but do not make this an excuse for not doing or planning. In this sense, the spirit of capitalism would agree, to a great degree, with the Islamic spirit. muslim are amazed, however, when westerners speak in merely economic terms, as if mankind were made only to succeed economically. for a muslim, wealth is a means, not an end, as a vehicle for survival it has only a temporal function. the fundamental goal is to avoid evoking the displeasure of God

kalimah "insyaAllah ialah satu kalimah yang mulia dan sopan yang diucapkan oleh lidah kaum muslim. ini adalah sesuatu yang menunjukkan bahawa, kita percaya tentang kebergantungan terhadap tuhan, walaupun kita mempunyai kuasa untuk menentukan masa hadapan. Ianya menjamin dan membantu kita umat islam untuk menerima segala bala bencana dan malapetaka. walau bagaimanapun, ianya tidak bermaksud bahawa seseorang itu tidak perlu untuk merancang dan bekerja untuk masa hadapan. Malah, terdapat kata-kata : "bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup di dunia ini selama-lamanya, dan beribadahlah seolah-olah kamu akan mati esok hari. di dalam kata-kata lain, kita bergantung kepada tuhan, iaitu menerima segala ketentuannya, tetapi kita tidak terlepas daripada melakukan kerja dan merancang kerja......
noirkudus pernah menulis pada bulan Disember lepas selepas berlakunya peristiwa tsunami, bertajuk "peringatan daripada pencipta buat yang memerhati : supaya manusia sedar siapa yang berkuasa..pencipta atau yang dicipta"

zaman moden sebegini, ramai yang sudah melupakan tentang kewujudan Tuhan sebagai satu kuasa Agung. segala peristiwa dianggap sebagai satu kebetulan (coincidence), namun lantaran kelemahan manusia secara semulajadi, apabila dihimpit perkara sebegini, barulah timbul persoalan "Oh Tuhan...Di mana Tuhan" , "Oh Tuhan...tolonglah hambamu ini tuhan" dan sebagainya...

Namun, sebagai orang Islam, kita sudah diajar sejak kecil lagi bahawa, alam ini ada penciptanya iaitu Allah Azza Wajalla. kita juga sudah diajar bahawa alam ini sudah diatur aturannya oleh tuhan penciptanya iaitu Allah Azza Wajalla. kita juga sudah diajar untuk menerima dengan redha segala ketetapan atas aturan tersebut, kerana diri kita sendiri diciptakan atas aturan Allah Azza Wajalla.

Itulah bezanya antara orang Islam dengan orang kafir. seperti persoalan seorang "american" diatas yang ditujukan kepada Prof Muhammad Abdul Rauf, kita akan dapati persoalan itu menonjolkan ketidakfahaman tentang ajaran Islam itu sendiri, yang mana akhirnya dijelaskan oleh Prof Muhamad Abd Rauf.

kalimah seperti "Insya Allah", "Innalillah Wa Inna ilaihi Rajiun", "Allahu Akbar", "Subhanallah", "Alhamdulillah", kesemuanya mungkin merupakan kalimah yang asing dan tidak difahami maknanya oleh orang bukan Islam, tetapi sinonim bagi umat Islam.

ketika kita mengadakan temu janji, kita mengakhiri kata-kata kita dengan Insya Allah bermaksud dengan izin Allah... ini kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari, apakah ada halangan dan rintangan, apakah besok lusa kita akan mati dan sebagainya. semuanya di bawah perancangan dan pengetahuan Allah. manusia merancang tetapi Allah yang akan menentukan.

ketika kita sedang berjalan-jalan di atas bumi Allah ini, kita akan menyebut "Subhanallah" bermaksud maha suci Allah, lantaran kita melihat keindahan yang tiada taranya ini yang tiada orang lain boleh menciptanya melainkan Allah penciptanya. bukit bukau, gunung ganang, lautan daratan, langit bumi, bulan, bintang, matahari, planet-planet, dan sebagainya, apakah semua tercipta secara kebetulan?. hakikatnya penciptanya ialah Allah, tiada siapa boleh menandinginya.

apabila kita mendapat sesuatu kebaikan, kita akan melafazkan dengan lafaz "alhamdulillah" bermaksud segala pujian hanya untuk Allah. walaupun kebaikan itu kita peroleh lantaran pertolongan manusia, namun hakikatnya kebaikan itu mesti dikembalikan kesyukurannya ke hadrat Ilahi iaitu Allah yang mengaturkannya.

itulah amalan bagi yang bergelar MUSLIM.

buat sahabat-sahabat sepertalian darah denganku atas nama Islam, salam takziah sekali lagi, kerana itulah yang selayaknya ketika situasi seperti ini berlaku.

Allah berfirman di dalam al-quran, surah al-baqarah ayat 156 :

Allazina iza Asobathum Musibatun, Qolu Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un

bermaksud : Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan "Sesungguhnya Daripada Allah kita datang, dan sesungguhnya kepada Allah kita akan kembali"
kemudian Allah menyambung dalam firmannya :

Ula'ika Alaihim Solawatun min rabbihim Warahmah, Wa Ula'ika Humul Muhtadun

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna, dan rahmat dari tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"
gempa bumi yang berlaku pada ukuran 8.5 skala ritcher, bersamaan kekuatan letupan lima bilion tan bahan peledak TNT, yang berpusat di satu kawasan di antara Pulau Nias dan Simeulue, benar-benar menguji iman terutama bagi yang merasai sendiri.

usahkan penduduk kepulauan Nias, penduduk pesisir pantai di Malaysia juga merasakan satu ketakutan, bimbang akan datang ombak besar yang bernama "tsunami" itu akan kembali mengganas dan melanda dan meranapkan apa sahaja tanpa boleh lagi disekat. ombak bila kecil memang boleh dibuat kawan, namun jika besar nak lawan pun tidak terlawan, apatah lagi jika menggulung-gulung persis seperti akan berlakunya kiamat, memang trauma yang mengambil masa untuk diubati

namun, di sebalik kekesalan yang diluahkan oleh penduduk Indonesia, namun ada rahmah dan hikmah di sebalik peristiwa ini. kadang-kadang perkara yang kita tidak sukai, namun sebenarnya perkara itu baik untuk kita.

bala atau ujian...dua istilah yang selalu meniti di bibir orang yang melihat tragedi ini.
namun, bukanlah itu yang patut kita persoalkan dan perdebatkan, jika tiada kehadiran sedikitpun rasa keinsafan dalam hati sanubari kita.

yang penting bagi umat ini ialah, peristiwa seperti ini menjelaskan lagi kepada kita bahawa kuasa Allah mengatasi segala-galanya. walaupun manusia pernah mendakwa lebih berkuasa daripada Allah, namun hakikatnya, kekuasaan Allah tiada tolok bandingnya.

dan umat ini sepatutnya lebih menginsafi dan menyesali bahawa, terlalu kerdil diri ini, jika hendak dibandingkan dengan Tuhan pencipta.

dan daripada peristiwa ini, kita akan lihat peranan umat Islam, tidak kira apa jua warna kulit, bangsa mahupun keturunan, juga tidak mengira perbezaan negara, namun atas dasar ukhuwwah persaudaraan sesama Islam, jika seorang pun yang bergelar "muslim" ditimpa kesengsaraan, maka wajiblah kita hulurkan bantuan, tidak kira bantuan dalam bentuk apapun, janji ianya mampu untuk meringankan penderitaan saudara kita sesama Islam.

orang yang tidak ada agama, mereka akan meronta-ronta, meraung-raung meratapi bencana yang menimpa, meratapi kematian orang tersayang lagi tercinta, namun Umat Islam, kita harus menerima dengan hati yang redha, Sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita akan kembali, jika dunia ini mahu diambil oleh Allah beserta dengan isi-isinya, kita juga redha, dan mulai saat inilah persediaan ke arah itu perlu dipersiapkan. Ingatlah, tidak semua peristiwa menunjukkan murka Allah, namun hakikatnya Allah sayangkan hambanya, dan ini mungkin sebahagian kecil daripada tanda Allah sayang hambanya.

kepada yang ditimpa musibah, semoga rahmat Allah itu diturunkan kepada kalian dengan syarat sabar dan redha dengan ketentuan Allah. (Al-Baqarah ayat 156-157)

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 4:55 AM