Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Thursday, May 19, 2005

Ya Ayyuha Ash-Syabab

YA AYYUHA ASY-SYABAB

Image Hosted by ImageShack.us
Ya Ayyuhasy Syabab..
Aisy 'Azizan Au Mut Kariman..

Pemuda Tiang bangsa, Pemudi tiang negara. Begitulah perumpamaan pemuda dan pemudi selalu dikaitkan sebagai aset sesuatu bangsa, negara, agama mahupun ummah.

Seorang ahli falsafah Yunani iaitu Aristotle, menganggap pemuda sebagai "permanent intoxication" iaitu kemabukan yang kekal, satu tahap mencapai kegilaan yang terlampau, jika melakukan sesuatu perkara pasti akan melakukannya dengan bersungguh serta nekad walau apa jua risikonya, walau apa jua bahaya yang dihadapi, namun perasaan takut itu sedikit pun tiada, malah kadang-kadang mengatasi sikap rasional.

kekuatan pemuda dalam membawa arus perubahan sangat hebat sehingga membolehkan tercetusnya revolusi-revolusi. Di Iran, golongan pemuda merupakan kunci kepada revolusi Iran sehingga berjaya menjatuhkan rejim Shah Iran. kekuasaan monarki di perancis berjaya ditumbangkan oleh pemuda-pemuda menerusi revolusi. di negara jiran Indonesia, pemuda mereka turut mencipta sejarah terhadap beberapa pertukaran presiden mereka sehingga Indonesia digelar the worst place to be president. Malah di Malaysia sendiri, golongan pemuda jugalah yang memainkan peranan penting dalam sejarah kebangkitan Islam di Malaysia, terutama zaman kepimpinan Anwar Ibrahim sewaktu memimpin Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Angkatan Belia Islam suatu ketika dahulu.

Image Hosted by ImageShack.us
Pemuda-pemuda german yang dikerah oleh Hitler di Stadium Nuremberg pada tahun 1934. pemuda-pemuda german inilah yang merupakan tunjang kekuatan Nazi ketika itu.

di Barat, Adolf Hitler, pemimpin Nazi di German, pernah menjadi hebat sejak zaman mudanya. ketika berucap di sebuah perhimpunan Nuremberg, beliau pernah berkata :

"We do not want this nation to become soft. Instead, it should be hard and you will have to harden yourselves while you are young. You must learn to accept deprivations without ever collapsing. Regardless of whatever we create and do, we shall pass away, but in you, Germany will live on and when nothing is left of us you will have to hold up the banner which some time ago we lifted out of nothingness... And I know it cannot be otherwise because you are flesh of our flesh, blood of our blood, and your young minds are filled with the same will that dominates us... You cannot be but united with us. And when the great columns of our movement march victoriously through Germany today I know that you will join these columns. And we know... that Germany is before us, within us, and behind us"
hitler juga berkata :

"My program for educating youth is hard. Weakness must be hammered away. In my castles of the Teutonic Order a youth will grow up before which the world will tremble. I want a brutal, domineering, fearless, cruel youth. Youth must be all that. It must bear pain. There must be nothing weak and gentle about it. The free, splendid beast of prey must once again flash from its eyes...That is how I will eradicate thousands of years of human domestication...That is how I will create the New Order"
inilah watak pemuda, bukan seorang yang lembik, pengecut, tiada semangat keperwiraan dan sebagainya.

Orang muda mempunyai hati yang bersemangat waja, dan kekuatan fizikal sekuat besi keluli. Lautan luas mampu direnangi, gunung tinggi mampu didaki, lurah dalam mampu dituruni.

PEMUDA ISLAM QUR'ANI

Image Hosted by ImageShack.us
Pemuda Islam watak al-Qur'an tidak gentar dan takut pada musuh Allah...
Kehebatan mereka ditunjangi Iman yang kukuh terhadap Allah... takut dan gentar selayaknya ditujukan kepada Allah bukan selainnya.

umat Islam pada hari ini memerlukan pemuda-pemuda yang dapat membantu dalam membangunkan ummah, kerana golongan muda ini merupakan tunjang kepada kekuatan ummah yang semakin terasa kehilangannya.

Al-quran pernah menceritakan watak-watak pemuda yang hebat, cuma bezanya watak qur'ani ini ialah watak pemuda yang berasaskan keimanan yang mantap terhadap Allah seterusnya keimanan inilah yang menzahirkan watak-watak al-qur'an ini kepada keberanian luar biasa dan mampu melakukan perubahan seperti kisah ashabul kahfi, kisah Nabi Ibrahim dan sebagainya.

"Mereka berkata : Kami dengar ada SEORANG PEMUDA yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim" (surah al-anbiya ayat 60). persoalan yang diutarakan oleh kaum Nabi ibrahim, tatkala mendengar kewujudan seorang pemuda yang tegas, lantang serta berani. Seruan Ibrahim siang dan malam kepada kaumnya penyembah berhala ditambah lagi bapanya sendiri pembuat patung berhala yang menjadi sembahan kaumnya akhirnya keberanian itu bertukar pula kepada tindakan menghancurkan berhala-berhala tersebut dengan meninggalkan yang terbesar di kalangan berhala itu.

Kisah tujuh pemuda ashabul kahfi, hidup selepas zaman Nabi Isa yang beriman kepada Allah, berani ingkar kepada pemerintah pada waktu itu yang tidak beriman, dan akhirnya demi mengekalkan keimanan kepada Allah, mereka lari bersembunyi di dalam gua disebabkan jumlah mereka hanya 7 orang, dan mereka ditidurkan Allah selama 300 tahun.

Kisah al-quran mempunyai ibrah yang relevan dikenang dan disorot sepanjang zaman. Sesungguhnya mengapa selalu dipaparkan tentang semangat pemuda-pemuda ialah keupayaan golongan pemuda sebagai agen perubah. Dengan kekuatan fizikal dan mental ditambah pula keimanan sebagai asas yang paling ampuh, selamanya menjadikan golongan pemuda sebagai golongan yang paling sesuai melakukan perubahan.

sebuah hadis juga pernah mengatakan "al-Mukmin Qawiyyun khayrun min al-mukmin dha'if" yang bermaksud orang mukmin yang kuat lebih baik daripada orang mukmin yang lemah. justeru, amat rugi jika pada usia muda sudah tidak mampu menggalas "title" mukmin kuat.

Umat sedang memerlukan "al-Mukmin Qawiyyun" bagi menggalas tugas dakwah, bagi meneruskan kesinambungan tugas yang pernah digalas generasi terdahulu. Islam memerlukan "Mukmin Qawiyyun" sehebat Umar al-Khattab digeruni lawan dan kawan, Umat juga sedang menantikan "Mukmin Qawiyyun" sehebat Sultan Muhammad al-Fateh, yang berjaya membuka kota konstantinople. "Mukmin Qawiyyun" seperti Sultan Salahuddin al-Ayubi turut dinantikan. bilakah masanya?

tayangan filem Kingdom of Heaven di pawagam ketika ini, arahan Ridley Scout, bekas pengarah filem epik sejarah popular, gladiator, menambah kerinduan kita kepada kehebatan Sultan Salahuddin al-Ayubi, lebih-lebih lagi ianya membawa kita mengimbau kembali kepada sejarah perang salib antara Muslim dan kristian. terbayang di minda kita generasi hari ini tentang keperwiraan, ketangkasan serta kekuatannya Salahuddin yang pernah menggegar seluruh pelusuk dunia suatu ketika dahulu, sehinggakan bagi sesiapa yang mendengar nama "Saladin" maka tergetarlah seluruh jiwa dan raganya, memandangkan kekuatan Sultan Salahuddin tiada tolok bandingnya beserta dengan angkatan tenteranya yang seramai dua ratus ribu tersebut.

pemuda islam sekarang apa kekuatan mereka? kekuatan mereka hanya merupakan kekuatan menurut hawa nafsu yang mendorong berlakunya gejala-gejala yang tidak sihat. seks bebas yang ditaja oleh barat berleluasa, masalah dadah, AIDS dan HIV terus menghantui, jenayah-jenayah seperti bunuh, rogol terus subur dan sebagainya. gejala-gejala seperti ini semakin melemahkan umat, bukan memperkasa umat.

di mesir pernah lahir seorang pemuda bernama Hassan al-Banna. ketika usianya 23 tahun sudah menubuhkan sebuah gerakan Ikhwanul Muslimin. lahir di tengah masyarakat mesir yang korupt, tersepit di tengah suasana politik yang membawa aliran menentang Islam, dikelilingi musuh-musuh yang menentang Islam, namun semangat kepemudaannya dan juga semangat cintakan Islam demi mengembalikan kemurnian dan kesucian Islam, maka segala kesulitan, kepayahan, dugaan dan rintangan mesti dilalui. akhirnya usaha ini menyebabkan gerakan Ikhwan al-Muslimin tersebar ke kebanyakan negara Arab, sehingga menimbulkan rasa gentar dan gerun di hati musuh Islam.

Sultan Muhammad al-Fateh, menaiki takhta kerajaan Turki Uthmaniah pada usia 18 tahun, dan pada usia 21 tahun beliau berjaya membuka kota konstantinople. seorang pemuda yang mempunyai kekuatan lahir dan batin. pernah diceritakan bahawa, beliau tidak pernah meninggalkan solat malam sepanjang hidupnya, maka selayaknya dengan kekuatan sedemikian, kawan dan lawan merasa gentar berhadapan dengan orang seperti ini. maka benarlah kata-kata Rasulullah : "kota konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik"

Barat, menyedari risiko yang bakal dihadapi jika membiarkan Islam terus menerus menjana pemuda-pemudanya, maka misi membaratkan (proses westernisasi) umat Islam dilaksanakan, dengan menyuntikkan racun-racun bisa ke dalam pemikiran generasi muda islam dan ianya berjaya menampakkan hasil. pertentangan yang berlaku bukan lagi pertentangan bagi mengangkat senjata, bahkan pertentangan yang dilakukan menerusi gelombang penjajahan fikiran. mereka iaitu kristian berjaya menipu dengan meracuni fikiran generasi muda Islam dengan memasukkan nilai-nilai yang boleh mengikis kepercayaan umat terhadap agama, mata umat islam pula ditabir dan ditutup serta dikaburi sehinggakan umat islam buta tentang gambaran agama sendiri. Islam cuma ditafsir sekadar upacara-upacara tertentu sahaja. Ruh perjuangan umat Islam pula disentak dan dicabut dari hati sanubari generasi mudanya, agar tiada lagi semangat jihad yang akan lahir bagi meneruskan jihad yang dilakukan oleh Rasulullah dan juga para sahabat baginda, tiada lagi semangat Umar al-Khattab mahupun Salahuddin al-Ayubi bagi membebaskan Tanah suci ketiga Islam yang masih lagi belum berada dalam genggaman. Tiada lagi semangat Sultan Muhammad al-Fateh yang membuka kota konstantinople yang seterusnya membuka jalan bagi penguasaan Islam di Eropah.

benarlah, yang paling ditakuti oleh barat ialah semangat Jihad pemuda Islam. semuanya bermula 1400 tahun dahulu sewaktu ketika Muhammad bin Abdullah dilahirkan, kemudian diangkat menjadi Nabi ketika usia 40 tahun, yang bersama baginda bukanlah daripada golongan-golongan tua, sebaliknya golongan muda yang bersama baginda. Ali bin Abi Thalib termuda di kalangan awal bersama baginda iaitu berusia 7 tahun.

"Innahum Fityatun Aamanu birabbihim wazidnaahum Huda" bermaksud sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk (surah al-kahfi ayat 13)

Inilah rahsianya "Fityatun Aamanu" iaitu "pemuda-pemuda yang beriman" di mana para pemuda Islam dibekali iman yang teguh, yang tidak mudah musnah walaupun dilanda taufan. Ini jelas diperlihatkan oleh sejarah Islam. Kisah Ashabul Kahfi jelas menunjukkan bahawa mereka 7 pemuda yang tetap teguh iman dengan menolak ajaran menyembah tuhan selain Allah. Bilal Bin Rabah, kekuatan Iman kepada Allah jualah yang menyebabkannya tabah menghadapi siksaan Abu Jahal sebelum dibebaskan sebagai hamba. Ali bin Abi Thalib, seorang pemuda yang berani, keimanannya teruji ketika diarah menggantikan tempat tidur Rasulullah sewaktu peristiwa Hijrah Nabi ke madinah, namun iman itu tidak bergoyang malah menjadi semakin teguh

dan banyak lagi model pemuda Islam yang berani dalam sejarah. dan seharusnya Islam tidak boleh kering dengan kewujudan pemuda-pemudanya yang kuat, gagah, berani serta mempunyai keimanan yang kuat kepada Allah.

Di Tangan Pemuda letaknya urusan ummat, bila pemudanya maju maka akan majulah ummat.

buat akhirnya, sebuah puisi karangan seorang pujangga Agung daripada India, Allama Muhammad Iqbal, yang berupa pengharapan beliau kepada generasi muda dalam mengembalikan keagungan Islam

(harapan kepada pemuda)
Aku harapkan pemuda inilah yang akan sanggup
membangunkan zaman yang baru
memperbaru kekuatan iman
menjalankan pelita hidayat
menyebarkan ajaran khatamul-anbiya'
menancapkan (menanamkan) di tengah medan pokok ajaran Ibrahim
Api ini akan hidup kembali dan membakar
jangan mengeluh jua , hai orang yang mengadu
Jangan putus asa , melihat lengang kebunmu
Cahaya pagi telah terhampar bersih
Dan kembang-kembang telah menyebar harum narwastu

Khilafatul-Ard akan diserahkan kembali ke tanganmu
Bersedialah dari sekarang
Tegaklah untuk menetapkan engkau ada
Denganmulah Nur Tauhid akan disempurnakan kembali
Engkaulah minyak atar itu , meskipun masih tersimpan dalam
kuntum yang akan mekar
Tegaklah, dan pikullah amanat ini atas pundakmu
Hembuslah panas nafasmu di atas kebun ini
Agar harum-harum narwastu meliputi segala
Dan janganlah dipilih hidup ini bagai nyanyian ombak
hanya berbunyi ketika terhempas di pantai
Tetapi jadilah kamu air-bah , mengubah dunia dengan amalmu
Kipaskan sayap mu di seluruh ufuk
Sinarilah zaman dengan nur imanmu
Kirimkan cahaya dengan kuat yakinmu
Patrikan segala dengan nama Muhammad
Sekian,
Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 1:38 AM

Friday, May 13, 2005

Manusia Sebaik-baik ciptaan

MANUSIA SEBAIK-BAIK CIPTAAN

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar hiasan :
manusia makhluk yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian.

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian
Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya
(surah at-Tin ayat 4-6)

Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari sari tanah, kemudian kami menjadikannya air mani pada tempat yang kukuh dan terpelihara (rahim) kemudian kami menjadikan air mani itu segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, lalu segumpal daging kami jadikan tulang-tulang, maka kami liputi tulang-tulang itu dengan daging, kemudian kami menjadikannya satu bentuk yang lain. Maha suci Allah sebaik-baik pencipta
(surah al-Mukminun ayat 12-15)
Jika bercakap mengenai asal kejadian manusia, siapa yang mahu menafikan bahawa manusialah sebaik-baik ciptaan di muka bumi ini, melainkan Darwin serta pengikutnya yang merendahkan taraf manusia dengan mengatakan bahawa keturunan manusia itu berasal daripada monyet.

jadi, kita hanya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu pilihan pertama meyakini bahawa Asal ciptaan manusia ialah Nabi Adam yang diciptakan tanpa ibu dan tanpa bapa oleh Allah swt, manakala pilihan kedua ialah mempercayai dan meyakini bahawa manusia terjadi hasil daripada kejadian atau proses evolusi sepertimana yang dipercayai Charles darwin melalui pemikirannya.

manusia dicipta sempurna, diberi akal fikiran supaya kita mampu berfikir, diberi pancaindera seperti mata untuk melihat, hidung untuk menghidu, telinga untuk mendengar, lidah untuk merasa, dan tangan untuk menyentuh. walaupun ada yang kekurangan sifat namun, keistimewaan yang dimiliki makhluk bernama manusia ini yang tidak dimiliki oleh makhluk lain ialah akal fikiran.

tetapi manusia tidak mahu menginsafi kejadian diri. Tuhan pencipta sudah tidak dikenali. sedangkan akal fikiran yang diberikan supaya manusia berfikir tentang penciptaan Allah. jika manusia mampu berfikir tentang penciptaan Allah maka manusia akan mengakui kekuasaan Allah seterusnya mengiktiraf kewujudan dan keesaan Allah.

Akal bukan sekadar itu, ia menjadi mekanisme membuat penilaian baik dan buruk. bagi orang yang mempunyai akal yang sihat, pasti akan dapat memilih kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. akan tetapi, hakikatnya manusia jualah yang banyak melakukan kerosakan di muka bumi ini. Allah juga telah berfirman dalam al-Quran bahawa Telah berlaku kerosakan di laut dan di bumi di sebabkan tangan-tangan manusia. ketika Allah mahu melantik manusia menjadi khalifah di muka bumi ini pun, para malaikat mula bertanya, "Ataj'alu fiha man yufsidu fiha wa yasfiku ad-dimak" yang bermaksud apakah engkau (wahai Allah) mahu menjadikan mereka khalifah sedangkan mereka melakukan kerosakan dan pertumpahan darah.

rupa-rupanya ini realiti sikap manusia, sebagai bangsa perosak dan suka menumpah darah.

jadi, di mana status manusia sebagai makhluk terbaik? jadi benarlah kata-kata Allah di dalam surah at-Tin yang disebut di atas, bahawasanya manusia ini akan turun statusnya daripada status sebaik-baik ciptaan kepada status sehina-hina dan serendah-rendah ciptaan, disebabkan perbuatan manusia sendiri. Allah sudah lebihkan manusia mengatasi yang lain, tetapi manusia tidak menggunakan kelebihan itu.

Image Hosted by ImageShack.us
gambar hiasan :
monyet juga sering dikaitkan sebagai seekor binatang yang bijak.
apakah sama antara status manusia dan juga monyet? monyet tidak boleh berfikir, sedangkan manusia boleh berfikir tetapi manusia tetap melakukan perkara-perkara keji melampaui sifat kemanusiaan. Fikir-fikirkan...

Image Hosted by ImageShack.us
contoh manusia yang mempunyai sifat kebinatangan
lebih hina dari binatang

Usah jadi seperti binatang, walau sebaik mana atau sebijak mana binatang sekalipun, mereka tidak mampu berfikir seperti manusia. mereka punya otak tetapi mereka tidak punyai akal. manusia punya otak dan juga akal untuk berfikir. jadi, jika manusia yang punyai otak dan akal ini, tetapi masih tidak mampu untuk berfikir, barangkali boleh disamakan seperti binatang. Jika binatang-binatang melakukan kerosakan sekalipun, kita tidak boleh persalahkan mereka lantaran tidak kemampuan untuk berfikir baik dan buruk, namun jika manusia yang melakukan kerosakan, pembunuhan dan sebagainya, perbuatan seperti ini yang layak dicela dan dijatuhkan hukuman, namun Islam tetap memberikan pengecualian kepada orang yang tidak ada kapasiti untuk berfikir seperti orang gila dan sebagainya. justeru itu, jika bagi orang berakal, tetap tidak mahu berfikir, mereka ini lebih teruk daripada binatang dan orang gila.

manusia bukan sahaja dikurniakan dengan akal untuk berfikir, tetapi pada manusia ada 5 elemen semuanya yang saling berperanan. elemen Jasad, Ruh, Akal, Nafsu, dan kalbu iaitu hati.

kesemua elemen ini saling berkaitan antara satu sama lain

Ahmed M Raba, di dalam bukunya Major Personalities in al-Qur'an mengatakan :

"...It is important to discuss and clarify concepts of these terms : body, soul, mind, heart and self as they are used in the quran. The researcher strongly believes that man is a unique kind created by Allah. He is a living organism who has a soul, spirit, a mind, intellectual potential, and heart, the pump in the circulatory system, which is also called "the spiritual organ" that deals with knowledge and beliefs. He has himself; one's being. These are the basis of human dimensions which make his or her personality.

The soul and the body are the foundations of the human being. The believers do not neglect the body to make the soul stronger nor do they neglect the soul in order to strengthen the body"
dinamakan "manusia" itu kerana ianya berdiri di atas 5 elemen tersebut, dan yang membentuk manusia ialah dua elemen yang penting ialah jasad (body) dah ruh (soul/spirit). jasad tidak boleh hidup tanpa ruh dan ruh juga tidak hidup tanpa jasad.

jasad dan ruh ini dilengkapkan pula dengan tiga elemen pelengkap iaitu "hati" (heart/kalbu) yang merajai manusia, dan dihiasi dengan nafsu (self) yang mempunyai rasa/keinginan/kemahuan dan juga berkait dengan akal (mind) yang berkait dengan pemikiran/kefahaman/keilmuan yang berperanan penting memandu manusia ke arah kebaikan atau kebinasaan.

satu pepatah menyebut, ikut hati mati, ikut nafsu lesu, ianya sangat berkaitan dengan 5 elemen ini. jasad dan ruh sahaja tidak apa-apa makna tanpa hati, nafsu dan akal. Jika hati dan nafsu berfungsi dan tanpa dipandu oleh akal (kefahaman/ilmu) maka dari situ wujudnya pepatah melayu tadi, ikut hati mati, ikut nafsu lesu

hati - manusia gemar melakukan apa yang dia suka sehingga perbuatan itu sungguh mengasyikkan dan menyeronokkan. jika perkara yang dilakukan itu suatu dosa dan maksiat, manusia gemar melakukannya sehinggakan dirasainya bahawa perkara tersebut bukanlah menjadi satu dosa. itu sebab, jika perkara yang dilakukan itu satu dosa, maka setiap satu dosa itu akan menempelkan satu titik hitam pada hatinya dan jika berterusan maka hati akan menjadi hitam dipenuhi dengan dosa.

sebuah hadis riwayat Ibnu Majah berbunyi :

"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam.'' (Riwayat Al-Ibnu Majah).
Hadis ini sesuai dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Muthaffifiin ayat 14 seperti berikut:

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
hati satu elemen penting dalam diri manusia, ada hadis Rasulullah yang berbunyi :

"Dalam diri manusia ada segumpal darah. apabila baik (tidak rosak), maka akan baiklah seluruhnya, tetapi apabila rosak, maka rosaklah seluruhnya, itulah hati"
dorongan-dorongan hati mestilah ditempuhi oleh manusia dengan kekuatan Iman. hanya hati orang yang beriman mampu untuk menangani dorongan yang boleh menghasil titik-titik dosa.

Biasanya dorongan hati disokong dan didorong oleh Nafsu. manusia yang tidak mempunyai nafsu tidak sempurna sifat kemanusiaannya kerana hanya dengan nafsu manusia mempunyai keinginan, kehendak atau kemahuan. dengan nafsu manusia mempunyai keinginan untuk makan, minum, tidur, seks dan sebagainya. hanya malaikat yang tidak dianugerah nafsu.

Allah berfirman dalam surah as-Syams ayat 8 "Fa alhamaha fujuraha wa taqwaha" bermaksud, Allah mengilhamkan kepada jiwa manusia kefasikan dan ketaqwaan" maka wahai manusia, pilihlah arah mana yang mahu dituju. namun kebiasaan nafsu menyuruh manusia ke arah kejahatan ("Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu (ammarah) itu selalu menyuruh kepada kejahatan") (surah Yusuf ayat 53)

terdapat tiga tingkatan nafsu iaitu nafsu Ammarah, nafsu Lawwamah dan Nafsu Mutmainnah. nafsu Ammarah ialah tingkatan nafsu yang paling buas dan sukar dikawal di mana ianya mendorong manusia ke arah kejahatan. Nafsu Lawwamah ialah nafsu di mana menyedarkan manusia atas perbuatan jahat yang dilakukannya lalu menyesalinya dan nafsu Mutmainnah ialah nafsu yang tenang dan terkawal, dan inilah yang dikatakan oleh Allah dalam al-quran surah al-Fajr ayat 27-30 "Hai nafsu (jiwa) yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan ridha dan diridhakan. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurgaku" (Ya Ayyuha an-nafsu al-Mutmainnah, Irji'i ila robbiki Radhiyatan Mardhiyyah, Fadkhuli fi 'Ibadi wa adkhuli jannati). semoga kita tergolong dalam golongan ini. Amin

Akal - anugerah yang tiada tolok bandingnya. terdapat ber'trillion' neuron dalam otak manusia. semakin banyak manusia berfikir semakin aktif otak seseorang itu. dalam al-quran banyak tempat yang menyuruh manusia berfikir. berfikir juga merupakan sebahagian ibadah jika apa yang kita fikir itu membantu meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.

wahyu pertama yang mengandungi 5 ayat daripada surah al-Alaq jelas meningkatkan lagi taraf manusia di mana 5 ayat inilah yang mengeluarkan manusia daripada zaman jahiliah kepada zaman yang gilang gemilang.

justeru, ilmu pengetahuan merupakan asas terpenting dan merupakan santapan bagi akal. hanya akal yang disinari dengan ilmu pengetahuan membuatkan manusia lebih mengenali tuhan pencipta, lebih dekat dengan tuhan pencipta, dan lebih mahir menentukan perkara itu baik atau buruk, keji atau mulia.

Jika manusia masih lagi melakukan perkara-perkara keji, maka jelaslah di situ statusnya lebih hina daripada binatang.

Allah sudah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 179 :

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
Manusia makhluk terbaik, usah jatuhkan status manusia lebih rendah daripada binatang. cukuplah jika hanya dengan anugerah akal ini, sudah menjadikan manusia terbaik dari segala ciptaan. seharusnya anugerah ini dapat memandu hidup manusia menuju dunia yang sejahtera.

Wallahu A'lam.

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 7:35 AM

Thursday, May 12, 2005

Gelora Cinta Remaja - Bagaimana Menanganinya?

GELORA CINTA REMAJA - BAGAIMANA MENANGANINYA?

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar Hiasan : poster filem "tentang Dia" filem cinta remaja arahan Rudi Soedjarwo

"CINTA...Hikayat tak bernoktah zaman berzaman, Bicaranya asyik, perasaannya pelik, Biarpun payah, pengalamannya indah. Tersirat hakikat tak terlihat. Tak terungkai pada bicara. Namun, diketahui dengan rasa. Dengan cinta manusia mulia. mampu ikhlas dalam berbakti. Tidak mengharap dalam memberi. Cinta pemula sebuah ikatan...Menjadi penyubur sebuah harapan. Mendamba kasih serta melayari bahtera. setiap dugaan ditempuhi. Setiap Langkah disungguhi. suatu naluri penuh rahsia...Sepatah kata penuh makna...Moga cinta kekal abadi...Kini hingga ke akhir nanti..."
cinta merupakan satu kalimah keramat yang menggamit sanubari setiap insan. tanpa cinta dikatakan hidup manusia tidak sempurna, sedangkan hawa diciptakan demi memenuhi naluri adam yang diciptakan dengan sifat manusiawi.

cinta merupakan satu seni yang sungguh halus tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga tidak dapat ditafsirkan dengan tafsiran yang tepat, tidak dapat disentuh mahupun dipegang namun kehadiran cinta mampu dirasai.

jika berbicara tentang cinta, terdapat beberapa tingkatan cinta. yang menduduki tangga teratas ialah cinta Allah, cinta Rasul dan akhir sekali cinta sesama manusia,

cinta sesama manusia termasuk cinta kepada ibu bapa, adik beradik, sahabat handai, dan juga rakan yang berlainan jantina.

namun yang sering diperkatakan ialah cinta remaja yang penuh dengan ranjau duri. remaja seperti diketahui ialah satu peringkat umur di mana perasaan mereka bergolak, nafsu mereka bergelora, jika tidak ada didikan agama dan bimbingan kerohanian maka gelora tersebut merupakan gelora tanpa kawalan.

cinta sering dikaitkan dengan remaja. mengapa tidak saja dikaitkan dengan orang dewasa sedangkan cinta mereka sudah terjamin dan sudah melepasi peringkat permulaan cinta.

begitulah perumpamaan cinta remaja. cinta yang masih baru adalah bagaikan api; sungguh cantik, sungguh panas dan bergelora, namun tetap hanya sebuah cahaya yang berkelap kelip. Cinta dari hati yang lebih dewasa dan berdisiplin adalah bagaikan batu bara, membara, tidak terpadamkan. (Henry Ward Beecher) (Young love is a flame, very pretty, often hot and fierce, but still only light and flickering. The love of the older and disciplined heart is as coals, deep burning, unquenchable)

dewasa ini, arus perdana turut memainkan peranan menyemarakkan lagi kisah cinta remaja. Filem Indonesia "Tentang Cinta" yang menampilkan pengarah filem Ada Apa Dengan Cinta, iaitu Rudi Soedjarwo terus menghangatkan dunia cinta remaja. sebelum ini juga dua filem malaysia turut memaparkan tema cinta iaitu "Sembilu 2005" dan "cinta Fotokopi"

Para remaja yang dikatakan sebagai sumber kekuatan negara dan ummah, rupa-rupanya terkulai layu dek asmara cinta.

remaja sering dikaitkan dengan zaman berputiknya cinta, gangguan emosi angkara cinta, kemurungan dan kekecewaan cinta, putus cinta dan sebagainya, dan kesemua ini lebih sinonim dikenali sebagai cinta monyet.

bukanlah tidak dibolehkan bercinta bagi golongan remaja, sedangkan umur remaja juga sudah layak bergelar seorang suami isteri, mahupun ibu atau bapa.

gelora yang tersimpan di dalam diri remaja kini tidak ubah seperti gelombang tsunami yang tidak dapat dihalang oleh tembok batu sekalipun.

tradisi cinta barat diapplikasikan, manakala cinta islami yang diajar oleh Allah dan Rasul dianggap kuno, tidak sesuai dipraktikkan zaman moden ini.

amalan berdating ialah perkara wajib dalam hubungan percintaan. kemudian berpegangan tangan, berpelukan dan seterusnya terjadilah perbuatan zina

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar Hiasan : daripada filem "Ada Apa Dengan Cinta"
Sudah menjadi Trend dalam percintaan remaja moden. love without date is impossible and love without sex is nothing

Love without sex is nothing, satu istilah yang popular di barat di mana ianya bermaksud bagi mana-mana pasangan yang bercinta jika tidak melakukan hubungan sex maka tidak sah percintaan tersebut.

Filem-filem barat turut mendokong trend ini, di mana wajib bagi satu-satu filem diselitkan babak-babak seks, di mana adegan-adegan seks ranjang dipaparkan untuk tontonan, ataupun sekurang-kurang adegan-adegan berbentuk cumbuan kerap dimainkan. Filem Bollywood juga sudah mengikut rentak terkini di mana aksi-aksi yang mengghairahkan dipaparkan sehingga dapat merangsang penonton.

bagi para remaja, apa yang dipertontonkan di hadapan mata tentulah dianggap sebagai suatu yang "biasa" dan "wajar" lantaran akal dan nafsu tidak dapat diseiringkan.

memiliki cinta adalah satu fitrah, kerana mencintai dan dicintai sesuatu yang dibenarkan Islam. namun, cinta yang bagaimana yang dibenarkan Islam itu?

Cinta dalam Islam meletakkan cinta kepada Allah sebagai cinta Agung diikuti cinta kepada RasulNya. dalam hadis sahih riwayat Bukhari yang telah meriwayatkan daripada Anas r.a bahawasanya Rasulullah telah bersabda : Tiga kumpulan, siapa yang berada di dalamnya akan merasakan kemanisan iman, iaitu hendaklah Allah dan RasulNya lebih dicintai dari yang lain-lain. Hendaklah dia mencintai seseorang manusia, tidak dicintainya kecuali kerana Allah semata. Dan hendaklah dia merasa benci untuk kembali kepada kekufuran, sebagaimana dia sangat benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

mengapa diletakkan cinta Allah cinta Agung, ini kerana cinta yang berpaksikan cinta kepada Allah sahajalah yang dapat memandu manusia bagi menghadapi cinta selainNya. cinta kepada manusia tanpa ada asas ini, iaitu cinta Allah, bakal menjerumuskan manusia kepada lembah kebinasaan kerana manusia mudah tergelincir dari landasan. cinta kepada Allah merupakan cinta Agung kerana itulah cinta antara makhluk iaitu yang dicipta dengan sang pencipta. Apakah ada perkara yang lebih manis lagi melainkan cinta kepada pencipta?

cinta Rasul menduduki tangga kedua selepas pencipta. Tidak beriman seseorang jika mencintai yang lain melebihi cinta Rasul walaupun diri sendiri.

kekuatan Islam zaman silam ialah umatnya meletakkan Cinta Allah dan Rasul di tingkatan teratas. Sahabat Nabi Abu Bakar as-Siddiq sanggup menggadai nyawa demi Nabi terutama kita dapat lihat dalam peristiwa Hijrah Nabi ke MAdinah, dan beliau sendiri diberi gelaran as-Siddiq iaitu yang membenarkan di kala kesemua penduduk tidak mempercayai Nabi pada peristiwa Isra' dan Mikraj.

dan cinta manusia letaknya di bawah tingkatan cinta Allah dan Rasul. manusia akan mampu mengendalikan cinta sesama manusia jika terasnya ialah Allah dan RasulNya.

Qul in kuntum Tuhibbunallaha Fa attabi'uni (katakanlah jika kamu kasihkan Allah maka ikutlah aku).Apa yang Allah larang hendaklah dijauhi dan apa yang Allah suruh hendaklah diikuti. semuanya telah diwahyukan melalui Nabi kita Muhammad saw.

jika kasihkan Allah maka lakukan perkara yang Allah redha. Jika Allah telah redha kepada kita maka cinta sesama manusia juga Allah akan redha.

cinta yang diredhoi oleh Allah itulah cinta diberkati, dirahmati dan redha Allah itulah yang akan memandu cinta manusia dalam hubungan bercinta.

tetapi mengapa cinta perlukan panduan dan peraturan?? jawapannya ialah kerana Allah sebagai tuhan pencipta mencintai hambanya. kerana sayang Allah kepada hambanya inilah digariskan panduan untuk hambanya bercinta.

maka, kerana itulah terlalu banyak amaran yang diberikan Allah jika manusia lebih mencintai selainNYa.

firman Allah di dalam surah At-Taubah ayat 24

Katakanlah, "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kaum kerabat kamu, dan harta benda yang kamu memperoleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat berpuas hati, jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya; Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq
dan akhir sekali, sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Bukhari, Bahawasanya Umar al-Khattab berkata kepada nabi s.a.w :
"wahai Rasulullah, sebenarnya engkau lebih kucintai dari segala-galanya, kecuali jiwaku yang ada di dalam diriku. Maka bersabda Rasulullah saw : Tiada beriman seseorang kamu, sehingga aku lebih dicintainya daripada dirinya sendiri. Maka umar pun berkata lagi : Demi tuhan yang telah menurunkan ke atasmu al-Quran, engkau sebenarnya lebih kucintai daripada diriku sendiri. Barulah nabi saw berkata pula : Sekarang baru betul wahai umar, yakni sekarang baru sempurna keimananmu"
Cinta Ibarat Bunga yang sedang mekar. cantik, menarik dan menawan. Sampai masanya ia akan tunduk menyembah bumi. Cinta Allah jualah yang hakiki

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 7:48 PM

Tuesday, May 10, 2005

Wanted Dead or Alive

LET'S SHOOT THEM

Image Hosted by ImageShack.us
MESTI DIPERANGI
Gambar Hiasan : North Korean children play a shooting game with a toy gun aiming at a portrait of U.S. President George W. Bush at Namjun kindergarten in Shinwiju, Pyongan-Budo, North Korea. The photo was released by Korean Central News Agency (KCNA) on May 9, 2005.
Sumber : reuters

suatu ketika dahulu Islam pernah berada di puncak keagungan. musuh-musuh Islam semuanya gerun melihat kekuatan umat Islam dan berduyun-duyun pula orang bukan Islam berminat untuk mendalami agama Islam. namun begitu berbeza suasana umat dahulu dan sekarang. Islam tidak lagi berada pada paras kedudukan tertinggi. malah tempat itu diambil alih oleh golongan kafir yang dikepalai Amerika Syarikat.

di mana umat Islam? masih tidur? masih leka? suatu ketika dahulu bukanlah kita kuat disebabkan jumlah umat yang ramai, akan tetapi kita kuat disebabkan yang sedikit itulah yang paling berkualiti, yang paling cemerlang, dan ummah menjadi gilang gemilang.

sekarang, kita berada dalam kongkongan. aqidah runtuh, akhlak hancur, umat berpecah, negara porak-peranda. Yahudi, Nasrani bermaharajalela... Allah sendiri telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 120: "Mereka YAhudi dan Nasrani sesekali tidak akan Redha kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka"

Allah juga berfirman :
"Yuriiduuna Liyutfi'u Nurallahi bi afwahihim Wallahu Mutimmu Nurihi Walau karihal kafirun

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya" (surah al-saff ayat 8)
Haibar Haibar Ya yahud...
Jaisyu Muhammad saufa Ya'ud


Amin...

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 12:40 AM

Sunday, May 08, 2005

Miss Tiffany Universe 2005


PERHATIKAN BETUL-BETUL...

LELAKI ATAU WANITA??

ANDA KELIRU??


Image Hosted by ImageShack.us
Candidates for the Miss Tiffany Universe 2005 pose on stage
Photo : AFP

USAH KELIRU...

INI IALAH PERTANDINGAN MEMILIH RATU PONDAN DAN MAKNYAH TERBAIK SELURUH DUNIA



dunia sekarang kena berhati-hati, apa yang terlihat di depan mata barangkali tidak sama seperti apa yang sebenarnya. sedangkan watak ali baba seperti saudagar minyak yang sungguh rupawan dan hebat penampilannya rupa-rupanya merupakan seorang penyamun.

dilahirkan sebagai kaum lelaki, tetapi sendiri memilih menjadi wanita?

mengapa harus mengubah ciptaan Allah?
bukankah Allah telah berfirman dalam surah at-tin ayat 4 : "sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan".

process of transsexuality, merupakan satu proses yang menarik di mana manusia boleh mengubah jenis kelamin, jika dilahirkan sebagai lelaki maka seseorang itu boleh menjadi wanita yang lengkap dengan sifat fizikal wanita seperti mempunyai alat kelamin wanita, serta keseluruhan tubuh badan seperti buah dada, muka dan sebagainya seperti wanita.

manusia yang melakukan proses ini sangat bahaya, kerana manusia biasa sering terkeliru, kerana kebiasaannya mereka yang melakukan proses ini penampilan mereka lebih cantik daripada wanita.

bagi sesiapa yang pernah mempelajari undang-undang terutama undang-undang keluarga, tentu tidak akan terlepas daripada mengetahui satu kes ini, iaitu Corbett vs Corbett, kes yang berlaku di england (lihat : All England Law Reports 1970, volume 2, page 32-51). Disangkakan lelaki rupa-rupanya wanita, dan jika berkahwin bagaimana hendak berlaku "consummation" kerana rupa-rupanya kedua-duanya adalah bersamaan jantina.

Maka, berimanlah dengan ayat 4 surat at-tin seperti yang telah disebutkan. manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. jika ada terlebih atau terkurang sekalipun, itu di bawah kekuasaan dan pengetahuan Allah, dan hanya Allah yang mengetahui hikmah di sebaliknya.

Wallahu A'lam

Bacaan Lanjut:
  • Transvestites Glitter at Thailand Pageant (yahoo news)
  • Thailand crowns 'Ms Tiffany 2005' (times of india)
  • Glitter at annual pageant (the star online)

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 11:59 PM