Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Thursday, May 12, 2005

Gelora Cinta Remaja - Bagaimana Menanganinya?

GELORA CINTA REMAJA - BAGAIMANA MENANGANINYA?

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar Hiasan : poster filem "tentang Dia" filem cinta remaja arahan Rudi Soedjarwo

"CINTA...Hikayat tak bernoktah zaman berzaman, Bicaranya asyik, perasaannya pelik, Biarpun payah, pengalamannya indah. Tersirat hakikat tak terlihat. Tak terungkai pada bicara. Namun, diketahui dengan rasa. Dengan cinta manusia mulia. mampu ikhlas dalam berbakti. Tidak mengharap dalam memberi. Cinta pemula sebuah ikatan...Menjadi penyubur sebuah harapan. Mendamba kasih serta melayari bahtera. setiap dugaan ditempuhi. Setiap Langkah disungguhi. suatu naluri penuh rahsia...Sepatah kata penuh makna...Moga cinta kekal abadi...Kini hingga ke akhir nanti..."
cinta merupakan satu kalimah keramat yang menggamit sanubari setiap insan. tanpa cinta dikatakan hidup manusia tidak sempurna, sedangkan hawa diciptakan demi memenuhi naluri adam yang diciptakan dengan sifat manusiawi.

cinta merupakan satu seni yang sungguh halus tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga tidak dapat ditafsirkan dengan tafsiran yang tepat, tidak dapat disentuh mahupun dipegang namun kehadiran cinta mampu dirasai.

jika berbicara tentang cinta, terdapat beberapa tingkatan cinta. yang menduduki tangga teratas ialah cinta Allah, cinta Rasul dan akhir sekali cinta sesama manusia,

cinta sesama manusia termasuk cinta kepada ibu bapa, adik beradik, sahabat handai, dan juga rakan yang berlainan jantina.

namun yang sering diperkatakan ialah cinta remaja yang penuh dengan ranjau duri. remaja seperti diketahui ialah satu peringkat umur di mana perasaan mereka bergolak, nafsu mereka bergelora, jika tidak ada didikan agama dan bimbingan kerohanian maka gelora tersebut merupakan gelora tanpa kawalan.

cinta sering dikaitkan dengan remaja. mengapa tidak saja dikaitkan dengan orang dewasa sedangkan cinta mereka sudah terjamin dan sudah melepasi peringkat permulaan cinta.

begitulah perumpamaan cinta remaja. cinta yang masih baru adalah bagaikan api; sungguh cantik, sungguh panas dan bergelora, namun tetap hanya sebuah cahaya yang berkelap kelip. Cinta dari hati yang lebih dewasa dan berdisiplin adalah bagaikan batu bara, membara, tidak terpadamkan. (Henry Ward Beecher) (Young love is a flame, very pretty, often hot and fierce, but still only light and flickering. The love of the older and disciplined heart is as coals, deep burning, unquenchable)

dewasa ini, arus perdana turut memainkan peranan menyemarakkan lagi kisah cinta remaja. Filem Indonesia "Tentang Cinta" yang menampilkan pengarah filem Ada Apa Dengan Cinta, iaitu Rudi Soedjarwo terus menghangatkan dunia cinta remaja. sebelum ini juga dua filem malaysia turut memaparkan tema cinta iaitu "Sembilu 2005" dan "cinta Fotokopi"

Para remaja yang dikatakan sebagai sumber kekuatan negara dan ummah, rupa-rupanya terkulai layu dek asmara cinta.

remaja sering dikaitkan dengan zaman berputiknya cinta, gangguan emosi angkara cinta, kemurungan dan kekecewaan cinta, putus cinta dan sebagainya, dan kesemua ini lebih sinonim dikenali sebagai cinta monyet.

bukanlah tidak dibolehkan bercinta bagi golongan remaja, sedangkan umur remaja juga sudah layak bergelar seorang suami isteri, mahupun ibu atau bapa.

gelora yang tersimpan di dalam diri remaja kini tidak ubah seperti gelombang tsunami yang tidak dapat dihalang oleh tembok batu sekalipun.

tradisi cinta barat diapplikasikan, manakala cinta islami yang diajar oleh Allah dan Rasul dianggap kuno, tidak sesuai dipraktikkan zaman moden ini.

amalan berdating ialah perkara wajib dalam hubungan percintaan. kemudian berpegangan tangan, berpelukan dan seterusnya terjadilah perbuatan zina

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar Hiasan : daripada filem "Ada Apa Dengan Cinta"
Sudah menjadi Trend dalam percintaan remaja moden. love without date is impossible and love without sex is nothing

Love without sex is nothing, satu istilah yang popular di barat di mana ianya bermaksud bagi mana-mana pasangan yang bercinta jika tidak melakukan hubungan sex maka tidak sah percintaan tersebut.

Filem-filem barat turut mendokong trend ini, di mana wajib bagi satu-satu filem diselitkan babak-babak seks, di mana adegan-adegan seks ranjang dipaparkan untuk tontonan, ataupun sekurang-kurang adegan-adegan berbentuk cumbuan kerap dimainkan. Filem Bollywood juga sudah mengikut rentak terkini di mana aksi-aksi yang mengghairahkan dipaparkan sehingga dapat merangsang penonton.

bagi para remaja, apa yang dipertontonkan di hadapan mata tentulah dianggap sebagai suatu yang "biasa" dan "wajar" lantaran akal dan nafsu tidak dapat diseiringkan.

memiliki cinta adalah satu fitrah, kerana mencintai dan dicintai sesuatu yang dibenarkan Islam. namun, cinta yang bagaimana yang dibenarkan Islam itu?

Cinta dalam Islam meletakkan cinta kepada Allah sebagai cinta Agung diikuti cinta kepada RasulNya. dalam hadis sahih riwayat Bukhari yang telah meriwayatkan daripada Anas r.a bahawasanya Rasulullah telah bersabda : Tiga kumpulan, siapa yang berada di dalamnya akan merasakan kemanisan iman, iaitu hendaklah Allah dan RasulNya lebih dicintai dari yang lain-lain. Hendaklah dia mencintai seseorang manusia, tidak dicintainya kecuali kerana Allah semata. Dan hendaklah dia merasa benci untuk kembali kepada kekufuran, sebagaimana dia sangat benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

mengapa diletakkan cinta Allah cinta Agung, ini kerana cinta yang berpaksikan cinta kepada Allah sahajalah yang dapat memandu manusia bagi menghadapi cinta selainNya. cinta kepada manusia tanpa ada asas ini, iaitu cinta Allah, bakal menjerumuskan manusia kepada lembah kebinasaan kerana manusia mudah tergelincir dari landasan. cinta kepada Allah merupakan cinta Agung kerana itulah cinta antara makhluk iaitu yang dicipta dengan sang pencipta. Apakah ada perkara yang lebih manis lagi melainkan cinta kepada pencipta?

cinta Rasul menduduki tangga kedua selepas pencipta. Tidak beriman seseorang jika mencintai yang lain melebihi cinta Rasul walaupun diri sendiri.

kekuatan Islam zaman silam ialah umatnya meletakkan Cinta Allah dan Rasul di tingkatan teratas. Sahabat Nabi Abu Bakar as-Siddiq sanggup menggadai nyawa demi Nabi terutama kita dapat lihat dalam peristiwa Hijrah Nabi ke MAdinah, dan beliau sendiri diberi gelaran as-Siddiq iaitu yang membenarkan di kala kesemua penduduk tidak mempercayai Nabi pada peristiwa Isra' dan Mikraj.

dan cinta manusia letaknya di bawah tingkatan cinta Allah dan Rasul. manusia akan mampu mengendalikan cinta sesama manusia jika terasnya ialah Allah dan RasulNya.

Qul in kuntum Tuhibbunallaha Fa attabi'uni (katakanlah jika kamu kasihkan Allah maka ikutlah aku).Apa yang Allah larang hendaklah dijauhi dan apa yang Allah suruh hendaklah diikuti. semuanya telah diwahyukan melalui Nabi kita Muhammad saw.

jika kasihkan Allah maka lakukan perkara yang Allah redha. Jika Allah telah redha kepada kita maka cinta sesama manusia juga Allah akan redha.

cinta yang diredhoi oleh Allah itulah cinta diberkati, dirahmati dan redha Allah itulah yang akan memandu cinta manusia dalam hubungan bercinta.

tetapi mengapa cinta perlukan panduan dan peraturan?? jawapannya ialah kerana Allah sebagai tuhan pencipta mencintai hambanya. kerana sayang Allah kepada hambanya inilah digariskan panduan untuk hambanya bercinta.

maka, kerana itulah terlalu banyak amaran yang diberikan Allah jika manusia lebih mencintai selainNYa.

firman Allah di dalam surah At-Taubah ayat 24

Katakanlah, "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kaum kerabat kamu, dan harta benda yang kamu memperoleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat berpuas hati, jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya; Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq
dan akhir sekali, sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Bukhari, Bahawasanya Umar al-Khattab berkata kepada nabi s.a.w :
"wahai Rasulullah, sebenarnya engkau lebih kucintai dari segala-galanya, kecuali jiwaku yang ada di dalam diriku. Maka bersabda Rasulullah saw : Tiada beriman seseorang kamu, sehingga aku lebih dicintainya daripada dirinya sendiri. Maka umar pun berkata lagi : Demi tuhan yang telah menurunkan ke atasmu al-Quran, engkau sebenarnya lebih kucintai daripada diriku sendiri. Barulah nabi saw berkata pula : Sekarang baru betul wahai umar, yakni sekarang baru sempurna keimananmu"
Cinta Ibarat Bunga yang sedang mekar. cantik, menarik dan menawan. Sampai masanya ia akan tunduk menyembah bumi. Cinta Allah jualah yang hakiki

Wallahu A'lam

Comments: Post a Comment
| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 7:48 PM