|
Dengan Nama Allah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
intro HakCipta Penulis
noirkudus@hotmail.com
why noirkudus
masa itu emas
October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 September 2006 May 2007 Posting Terbaru
pelawat
![]() View My Guestbook Sign My Guestbook blogs ::Akhifaizul:: ::Bahtiar:: ::Boybelantik:: ::Hakim:: ::Hilmimadani:: ::Ibnuhazam:: ::Jiwarasa:: ::Kelambu:: ::Loper:: ::Mazli Bidu:: ::Mba:: ::Muhtarsuhaili:: ::Nasa Natrah:: ::Nordin:: ::Pakdi:: ::Paklang:: ::SahalFikri:: ::Sang Awana:: ::Sis aflah:: ::Syarief:: ::Syarifah Salwa:: ::TajamFikir:: ::tokjanggut:: ::tokrimau:: ::umminida:: ::Zaiman Mansor:: Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE:: links ::Yahoo mail:: ::Google:: ::Berita Harian:: ::Harian Metro:: ::The Star:: ::TheSun:: ::NSTP:: ::harakah:: ::Sinchew:: ::BERNAMA:: ::free anwar:: ::malaysiakini:: ::Malaysia Today:: ::Jawa Post:: ::Kompas:: ::Hariansib:: ::Achehnese:: ::Achehkita:: ::Detik:: ::EraMuslim:: ::Endonesia:: ::Republika:: ::Modus:: ::Gatra:: ::Hidayatullah:: ::Sabili:: ::Economist:: ::Arab News:: ::Worldnews:: ::Far Eastern:: ::Muslim Media:: ::KavkazCenter:: ::alJazeera.com:: ::Time Magazine:: ::New York Times:: ::Arab World News:: ::The Times of India:: ::The Jerusalem Post:: ::alJazeera.net (english):: ::alJazeera.net (Arabic):: ::Albuquerque Journal:: ::Guardian Unlimited:: ::The Courier-Mail:: ::Herald Tribune:: ::Al-Quds Daily:: ::Japan Times:: ::Daily Mirror:: ::China Daily:: ::Startribune:: ::BBC News:: ::Asia Daily:: ::Reuters:: ::MSNBC:: ::CNN:: ::AFP:: ::AP:: ::Islam The Modern Religion:: ::Islamic Awareness:: ::Islamic Awakening:: ::The True Religion:: ::Islamic Academy:: ::Answering Islam:: ::Light of Life:: ::Qur'anic Studies:: ::Islam Online:: ::al-ahkam.net:: ::Load-Islam:: ::Islamway:: ::Raudhah:: ::MyQuran:: ::artislamic:: ::alajeeb.com:: ::Ummah.com:: ::ISNET:: ::JIHAD:: ::MISG-ABIM:: ::PKPIM:: ::PUM:: ::JIM:: ::JUST:: ::SISMA:: ::Wikipedia Encyclopedia:: ::GengJurnal:: ::Shitokai:: solat time search in the holy qur'an search in the hadith
Tell me about... Mencari di Google Mencari di Laman ini
hit counter tell a friend Copyrights
| Friday, May 13, 2005 ![]() Gambar hiasan : manusia makhluk yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadianJika bercakap mengenai asal kejadian manusia, siapa yang mahu menafikan bahawa manusialah sebaik-baik ciptaan di muka bumi ini, melainkan Darwin serta pengikutnya yang merendahkan taraf manusia dengan mengatakan bahawa keturunan manusia itu berasal daripada monyet. jadi, kita hanya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu pilihan pertama meyakini bahawa Asal ciptaan manusia ialah Nabi Adam yang diciptakan tanpa ibu dan tanpa bapa oleh Allah swt, manakala pilihan kedua ialah mempercayai dan meyakini bahawa manusia terjadi hasil daripada kejadian atau proses evolusi sepertimana yang dipercayai Charles darwin melalui pemikirannya. manusia dicipta sempurna, diberi akal fikiran supaya kita mampu berfikir, diberi pancaindera seperti mata untuk melihat, hidung untuk menghidu, telinga untuk mendengar, lidah untuk merasa, dan tangan untuk menyentuh. walaupun ada yang kekurangan sifat namun, keistimewaan yang dimiliki makhluk bernama manusia ini yang tidak dimiliki oleh makhluk lain ialah akal fikiran. tetapi manusia tidak mahu menginsafi kejadian diri. Tuhan pencipta sudah tidak dikenali. sedangkan akal fikiran yang diberikan supaya manusia berfikir tentang penciptaan Allah. jika manusia mampu berfikir tentang penciptaan Allah maka manusia akan mengakui kekuasaan Allah seterusnya mengiktiraf kewujudan dan keesaan Allah. Akal bukan sekadar itu, ia menjadi mekanisme membuat penilaian baik dan buruk. bagi orang yang mempunyai akal yang sihat, pasti akan dapat memilih kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. akan tetapi, hakikatnya manusia jualah yang banyak melakukan kerosakan di muka bumi ini. Allah juga telah berfirman dalam al-Quran bahawa Telah berlaku kerosakan di laut dan di bumi di sebabkan tangan-tangan manusia. ketika Allah mahu melantik manusia menjadi khalifah di muka bumi ini pun, para malaikat mula bertanya, "Ataj'alu fiha man yufsidu fiha wa yasfiku ad-dimak" yang bermaksud apakah engkau (wahai Allah) mahu menjadikan mereka khalifah sedangkan mereka melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. rupa-rupanya ini realiti sikap manusia, sebagai bangsa perosak dan suka menumpah darah. jadi, di mana status manusia sebagai makhluk terbaik? jadi benarlah kata-kata Allah di dalam surah at-Tin yang disebut di atas, bahawasanya manusia ini akan turun statusnya daripada status sebaik-baik ciptaan kepada status sehina-hina dan serendah-rendah ciptaan, disebabkan perbuatan manusia sendiri. Allah sudah lebihkan manusia mengatasi yang lain, tetapi manusia tidak menggunakan kelebihan itu. ![]() gambar hiasan : monyet juga sering dikaitkan sebagai seekor binatang yang bijak. apakah sama antara status manusia dan juga monyet? monyet tidak boleh berfikir, sedangkan manusia boleh berfikir tetapi manusia tetap melakukan perkara-perkara keji melampaui sifat kemanusiaan. Fikir-fikirkan... ![]() contoh manusia yang mempunyai sifat kebinatangan lebih hina dari binatang Usah jadi seperti binatang, walau sebaik mana atau sebijak mana binatang sekalipun, mereka tidak mampu berfikir seperti manusia. mereka punya otak tetapi mereka tidak punyai akal. manusia punya otak dan juga akal untuk berfikir. jadi, jika manusia yang punyai otak dan akal ini, tetapi masih tidak mampu untuk berfikir, barangkali boleh disamakan seperti binatang. Jika binatang-binatang melakukan kerosakan sekalipun, kita tidak boleh persalahkan mereka lantaran tidak kemampuan untuk berfikir baik dan buruk, namun jika manusia yang melakukan kerosakan, pembunuhan dan sebagainya, perbuatan seperti ini yang layak dicela dan dijatuhkan hukuman, namun Islam tetap memberikan pengecualian kepada orang yang tidak ada kapasiti untuk berfikir seperti orang gila dan sebagainya. justeru itu, jika bagi orang berakal, tetap tidak mahu berfikir, mereka ini lebih teruk daripada binatang dan orang gila. manusia bukan sahaja dikurniakan dengan akal untuk berfikir, tetapi pada manusia ada 5 elemen semuanya yang saling berperanan. elemen Jasad, Ruh, Akal, Nafsu, dan kalbu iaitu hati. kesemua elemen ini saling berkaitan antara satu sama lain Ahmed M Raba, di dalam bukunya Major Personalities in al-Qur'an mengatakan : "...It is important to discuss and clarify concepts of these terms : body, soul, mind, heart and self as they are used in the quran. The researcher strongly believes that man is a unique kind created by Allah. He is a living organism who has a soul, spirit, a mind, intellectual potential, and heart, the pump in the circulatory system, which is also called "the spiritual organ" that deals with knowledge and beliefs. He has himself; one's being. These are the basis of human dimensions which make his or her personality.dinamakan "manusia" itu kerana ianya berdiri di atas 5 elemen tersebut, dan yang membentuk manusia ialah dua elemen yang penting ialah jasad (body) dah ruh (soul/spirit). jasad tidak boleh hidup tanpa ruh dan ruh juga tidak hidup tanpa jasad. jasad dan ruh ini dilengkapkan pula dengan tiga elemen pelengkap iaitu "hati" (heart/kalbu) yang merajai manusia, dan dihiasi dengan nafsu (self) yang mempunyai rasa/keinginan/kemahuan dan juga berkait dengan akal (mind) yang berkait dengan pemikiran/kefahaman/keilmuan yang berperanan penting memandu manusia ke arah kebaikan atau kebinasaan. satu pepatah menyebut, ikut hati mati, ikut nafsu lesu, ianya sangat berkaitan dengan 5 elemen ini. jasad dan ruh sahaja tidak apa-apa makna tanpa hati, nafsu dan akal. Jika hati dan nafsu berfungsi dan tanpa dipandu oleh akal (kefahaman/ilmu) maka dari situ wujudnya pepatah melayu tadi, ikut hati mati, ikut nafsu lesu hati - manusia gemar melakukan apa yang dia suka sehingga perbuatan itu sungguh mengasyikkan dan menyeronokkan. jika perkara yang dilakukan itu suatu dosa dan maksiat, manusia gemar melakukannya sehinggakan dirasainya bahawa perkara tersebut bukanlah menjadi satu dosa. itu sebab, jika perkara yang dilakukan itu satu dosa, maka setiap satu dosa itu akan menempelkan satu titik hitam pada hatinya dan jika berterusan maka hati akan menjadi hitam dipenuhi dengan dosa. sebuah hadis riwayat Ibnu Majah berbunyi : "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam.'' (Riwayat Al-Ibnu Majah).Hadis ini sesuai dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Muthaffifiin ayat 14 seperti berikut: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."hati satu elemen penting dalam diri manusia, ada hadis Rasulullah yang berbunyi : "Dalam diri manusia ada segumpal darah. apabila baik (tidak rosak), maka akan baiklah seluruhnya, tetapi apabila rosak, maka rosaklah seluruhnya, itulah hati"dorongan-dorongan hati mestilah ditempuhi oleh manusia dengan kekuatan Iman. hanya hati orang yang beriman mampu untuk menangani dorongan yang boleh menghasil titik-titik dosa. Biasanya dorongan hati disokong dan didorong oleh Nafsu. manusia yang tidak mempunyai nafsu tidak sempurna sifat kemanusiaannya kerana hanya dengan nafsu manusia mempunyai keinginan, kehendak atau kemahuan. dengan nafsu manusia mempunyai keinginan untuk makan, minum, tidur, seks dan sebagainya. hanya malaikat yang tidak dianugerah nafsu. Allah berfirman dalam surah as-Syams ayat 8 "Fa alhamaha fujuraha wa taqwaha" bermaksud, Allah mengilhamkan kepada jiwa manusia kefasikan dan ketaqwaan" maka wahai manusia, pilihlah arah mana yang mahu dituju. namun kebiasaan nafsu menyuruh manusia ke arah kejahatan ("Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu (ammarah) itu selalu menyuruh kepada kejahatan") (surah Yusuf ayat 53) terdapat tiga tingkatan nafsu iaitu nafsu Ammarah, nafsu Lawwamah dan Nafsu Mutmainnah. nafsu Ammarah ialah tingkatan nafsu yang paling buas dan sukar dikawal di mana ianya mendorong manusia ke arah kejahatan. Nafsu Lawwamah ialah nafsu di mana menyedarkan manusia atas perbuatan jahat yang dilakukannya lalu menyesalinya dan nafsu Mutmainnah ialah nafsu yang tenang dan terkawal, dan inilah yang dikatakan oleh Allah dalam al-quran surah al-Fajr ayat 27-30 "Hai nafsu (jiwa) yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan ridha dan diridhakan. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurgaku" (Ya Ayyuha an-nafsu al-Mutmainnah, Irji'i ila robbiki Radhiyatan Mardhiyyah, Fadkhuli fi 'Ibadi wa adkhuli jannati). semoga kita tergolong dalam golongan ini. Amin Akal - anugerah yang tiada tolok bandingnya. terdapat ber'trillion' neuron dalam otak manusia. semakin banyak manusia berfikir semakin aktif otak seseorang itu. dalam al-quran banyak tempat yang menyuruh manusia berfikir. berfikir juga merupakan sebahagian ibadah jika apa yang kita fikir itu membantu meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. wahyu pertama yang mengandungi 5 ayat daripada surah al-Alaq jelas meningkatkan lagi taraf manusia di mana 5 ayat inilah yang mengeluarkan manusia daripada zaman jahiliah kepada zaman yang gilang gemilang. justeru, ilmu pengetahuan merupakan asas terpenting dan merupakan santapan bagi akal. hanya akal yang disinari dengan ilmu pengetahuan membuatkan manusia lebih mengenali tuhan pencipta, lebih dekat dengan tuhan pencipta, dan lebih mahir menentukan perkara itu baik atau buruk, keji atau mulia. Jika manusia masih lagi melakukan perkara-perkara keji, maka jelaslah di situ statusnya lebih hina daripada binatang. Allah sudah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 179 : Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.Manusia makhluk terbaik, usah jatuhkan status manusia lebih rendah daripada binatang. cukuplah jika hanya dengan anugerah akal ini, sudah menjadikan manusia terbaik dari segala ciptaan. seharusnya anugerah ini dapat memandu hidup manusia menuju dunia yang sejahtera. Wallahu A'lam.
Comments:
Post a Comment
|
|