|
Dengan Nama Allah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
intro HakCipta Penulis
noirkudus@hotmail.com
why noirkudus
masa itu emas
October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 September 2006 May 2007 Posting Terbaru
pelawat
![]() View My Guestbook Sign My Guestbook blogs ::Akhifaizul:: ::Bahtiar:: ::Boybelantik:: ::Hakim:: ::Hilmimadani:: ::Ibnuhazam:: ::Jiwarasa:: ::Kelambu:: ::Loper:: ::Mazli Bidu:: ::Mba:: ::Muhtarsuhaili:: ::Nasa Natrah:: ::Nordin:: ::Pakdi:: ::Paklang:: ::SahalFikri:: ::Sang Awana:: ::Sis aflah:: ::Syarief:: ::Syarifah Salwa:: ::TajamFikir:: ::tokjanggut:: ::tokrimau:: ::umminida:: ::Zaiman Mansor:: Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE:: links ::Yahoo mail:: ::Google:: ::Berita Harian:: ::Harian Metro:: ::The Star:: ::TheSun:: ::NSTP:: ::harakah:: ::Sinchew:: ::BERNAMA:: ::free anwar:: ::malaysiakini:: ::Malaysia Today:: ::Jawa Post:: ::Kompas:: ::Hariansib:: ::Achehnese:: ::Achehkita:: ::Detik:: ::EraMuslim:: ::Endonesia:: ::Republika:: ::Modus:: ::Gatra:: ::Hidayatullah:: ::Sabili:: ::Economist:: ::Arab News:: ::Worldnews:: ::Far Eastern:: ::Muslim Media:: ::KavkazCenter:: ::alJazeera.com:: ::Time Magazine:: ::New York Times:: ::Arab World News:: ::The Times of India:: ::The Jerusalem Post:: ::alJazeera.net (english):: ::alJazeera.net (Arabic):: ::Albuquerque Journal:: ::Guardian Unlimited:: ::The Courier-Mail:: ::Herald Tribune:: ::Al-Quds Daily:: ::Japan Times:: ::Daily Mirror:: ::China Daily:: ::Startribune:: ::BBC News:: ::Asia Daily:: ::Reuters:: ::MSNBC:: ::CNN:: ::AFP:: ::AP:: ::Islam The Modern Religion:: ::Islamic Awareness:: ::Islamic Awakening:: ::The True Religion:: ::Islamic Academy:: ::Answering Islam:: ::Light of Life:: ::Qur'anic Studies:: ::Islam Online:: ::al-ahkam.net:: ::Load-Islam:: ::Islamway:: ::Raudhah:: ::MyQuran:: ::artislamic:: ::alajeeb.com:: ::Ummah.com:: ::ISNET:: ::JIHAD:: ::MISG-ABIM:: ::PKPIM:: ::PUM:: ::JIM:: ::JUST:: ::SISMA:: ::Wikipedia Encyclopedia:: ::GengJurnal:: ::Shitokai:: solat time search in the holy qur'an search in the hadith
Tell me about... Mencari di Google Mencari di Laman ini
hit counter tell a friend Copyrights
| Thursday, May 19, 2005 ![]() Ya Ayyuhasy Syabab.. Aisy 'Azizan Au Mut Kariman.. Pemuda Tiang bangsa, Pemudi tiang negara. Begitulah perumpamaan pemuda dan pemudi selalu dikaitkan sebagai aset sesuatu bangsa, negara, agama mahupun ummah. Seorang ahli falsafah Yunani iaitu Aristotle, menganggap pemuda sebagai "permanent intoxication" iaitu kemabukan yang kekal, satu tahap mencapai kegilaan yang terlampau, jika melakukan sesuatu perkara pasti akan melakukannya dengan bersungguh serta nekad walau apa jua risikonya, walau apa jua bahaya yang dihadapi, namun perasaan takut itu sedikit pun tiada, malah kadang-kadang mengatasi sikap rasional. kekuatan pemuda dalam membawa arus perubahan sangat hebat sehingga membolehkan tercetusnya revolusi-revolusi. Di Iran, golongan pemuda merupakan kunci kepada revolusi Iran sehingga berjaya menjatuhkan rejim Shah Iran. kekuasaan monarki di perancis berjaya ditumbangkan oleh pemuda-pemuda menerusi revolusi. di negara jiran Indonesia, pemuda mereka turut mencipta sejarah terhadap beberapa pertukaran presiden mereka sehingga Indonesia digelar the worst place to be president. Malah di Malaysia sendiri, golongan pemuda jugalah yang memainkan peranan penting dalam sejarah kebangkitan Islam di Malaysia, terutama zaman kepimpinan Anwar Ibrahim sewaktu memimpin Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Angkatan Belia Islam suatu ketika dahulu. ![]() Pemuda-pemuda german yang dikerah oleh Hitler di Stadium Nuremberg pada tahun 1934. pemuda-pemuda german inilah yang merupakan tunjang kekuatan Nazi ketika itu. di Barat, Adolf Hitler, pemimpin Nazi di German, pernah menjadi hebat sejak zaman mudanya. ketika berucap di sebuah perhimpunan Nuremberg, beliau pernah berkata : "We do not want this nation to become soft. Instead, it should be hard and you will have to harden yourselves while you are young. You must learn to accept deprivations without ever collapsing. Regardless of whatever we create and do, we shall pass away, but in you, Germany will live on and when nothing is left of us you will have to hold up the banner which some time ago we lifted out of nothingness... And I know it cannot be otherwise because you are flesh of our flesh, blood of our blood, and your young minds are filled with the same will that dominates us... You cannot be but united with us. And when the great columns of our movement march victoriously through Germany today I know that you will join these columns. And we know... that Germany is before us, within us, and behind us"hitler juga berkata : "My program for educating youth is hard. Weakness must be hammered away. In my castles of the Teutonic Order a youth will grow up before which the world will tremble. I want a brutal, domineering, fearless, cruel youth. Youth must be all that. It must bear pain. There must be nothing weak and gentle about it. The free, splendid beast of prey must once again flash from its eyes...That is how I will eradicate thousands of years of human domestication...That is how I will create the New Order"inilah watak pemuda, bukan seorang yang lembik, pengecut, tiada semangat keperwiraan dan sebagainya. Orang muda mempunyai hati yang bersemangat waja, dan kekuatan fizikal sekuat besi keluli. Lautan luas mampu direnangi, gunung tinggi mampu didaki, lurah dalam mampu dituruni. PEMUDA ISLAM QUR'ANI ![]() Pemuda Islam watak al-Qur'an tidak gentar dan takut pada musuh Allah... Kehebatan mereka ditunjangi Iman yang kukuh terhadap Allah... takut dan gentar selayaknya ditujukan kepada Allah bukan selainnya. umat Islam pada hari ini memerlukan pemuda-pemuda yang dapat membantu dalam membangunkan ummah, kerana golongan muda ini merupakan tunjang kepada kekuatan ummah yang semakin terasa kehilangannya. Al-quran pernah menceritakan watak-watak pemuda yang hebat, cuma bezanya watak qur'ani ini ialah watak pemuda yang berasaskan keimanan yang mantap terhadap Allah seterusnya keimanan inilah yang menzahirkan watak-watak al-qur'an ini kepada keberanian luar biasa dan mampu melakukan perubahan seperti kisah ashabul kahfi, kisah Nabi Ibrahim dan sebagainya. "Mereka berkata : Kami dengar ada SEORANG PEMUDA yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim" (surah al-anbiya ayat 60). persoalan yang diutarakan oleh kaum Nabi ibrahim, tatkala mendengar kewujudan seorang pemuda yang tegas, lantang serta berani. Seruan Ibrahim siang dan malam kepada kaumnya penyembah berhala ditambah lagi bapanya sendiri pembuat patung berhala yang menjadi sembahan kaumnya akhirnya keberanian itu bertukar pula kepada tindakan menghancurkan berhala-berhala tersebut dengan meninggalkan yang terbesar di kalangan berhala itu. Kisah tujuh pemuda ashabul kahfi, hidup selepas zaman Nabi Isa yang beriman kepada Allah, berani ingkar kepada pemerintah pada waktu itu yang tidak beriman, dan akhirnya demi mengekalkan keimanan kepada Allah, mereka lari bersembunyi di dalam gua disebabkan jumlah mereka hanya 7 orang, dan mereka ditidurkan Allah selama 300 tahun. Kisah al-quran mempunyai ibrah yang relevan dikenang dan disorot sepanjang zaman. Sesungguhnya mengapa selalu dipaparkan tentang semangat pemuda-pemuda ialah keupayaan golongan pemuda sebagai agen perubah. Dengan kekuatan fizikal dan mental ditambah pula keimanan sebagai asas yang paling ampuh, selamanya menjadikan golongan pemuda sebagai golongan yang paling sesuai melakukan perubahan. sebuah hadis juga pernah mengatakan "al-Mukmin Qawiyyun khayrun min al-mukmin dha'if" yang bermaksud orang mukmin yang kuat lebih baik daripada orang mukmin yang lemah. justeru, amat rugi jika pada usia muda sudah tidak mampu menggalas "title" mukmin kuat. Umat sedang memerlukan "al-Mukmin Qawiyyun" bagi menggalas tugas dakwah, bagi meneruskan kesinambungan tugas yang pernah digalas generasi terdahulu. Islam memerlukan "Mukmin Qawiyyun" sehebat Umar al-Khattab digeruni lawan dan kawan, Umat juga sedang menantikan "Mukmin Qawiyyun" sehebat Sultan Muhammad al-Fateh, yang berjaya membuka kota konstantinople. "Mukmin Qawiyyun" seperti Sultan Salahuddin al-Ayubi turut dinantikan. bilakah masanya? tayangan filem Kingdom of Heaven di pawagam ketika ini, arahan Ridley Scout, bekas pengarah filem epik sejarah popular, gladiator, menambah kerinduan kita kepada kehebatan Sultan Salahuddin al-Ayubi, lebih-lebih lagi ianya membawa kita mengimbau kembali kepada sejarah perang salib antara Muslim dan kristian. terbayang di minda kita generasi hari ini tentang keperwiraan, ketangkasan serta kekuatannya Salahuddin yang pernah menggegar seluruh pelusuk dunia suatu ketika dahulu, sehinggakan bagi sesiapa yang mendengar nama "Saladin" maka tergetarlah seluruh jiwa dan raganya, memandangkan kekuatan Sultan Salahuddin tiada tolok bandingnya beserta dengan angkatan tenteranya yang seramai dua ratus ribu tersebut. pemuda islam sekarang apa kekuatan mereka? kekuatan mereka hanya merupakan kekuatan menurut hawa nafsu yang mendorong berlakunya gejala-gejala yang tidak sihat. seks bebas yang ditaja oleh barat berleluasa, masalah dadah, AIDS dan HIV terus menghantui, jenayah-jenayah seperti bunuh, rogol terus subur dan sebagainya. gejala-gejala seperti ini semakin melemahkan umat, bukan memperkasa umat. di mesir pernah lahir seorang pemuda bernama Hassan al-Banna. ketika usianya 23 tahun sudah menubuhkan sebuah gerakan Ikhwanul Muslimin. lahir di tengah masyarakat mesir yang korupt, tersepit di tengah suasana politik yang membawa aliran menentang Islam, dikelilingi musuh-musuh yang menentang Islam, namun semangat kepemudaannya dan juga semangat cintakan Islam demi mengembalikan kemurnian dan kesucian Islam, maka segala kesulitan, kepayahan, dugaan dan rintangan mesti dilalui. akhirnya usaha ini menyebabkan gerakan Ikhwan al-Muslimin tersebar ke kebanyakan negara Arab, sehingga menimbulkan rasa gentar dan gerun di hati musuh Islam. Sultan Muhammad al-Fateh, menaiki takhta kerajaan Turki Uthmaniah pada usia 18 tahun, dan pada usia 21 tahun beliau berjaya membuka kota konstantinople. seorang pemuda yang mempunyai kekuatan lahir dan batin. pernah diceritakan bahawa, beliau tidak pernah meninggalkan solat malam sepanjang hidupnya, maka selayaknya dengan kekuatan sedemikian, kawan dan lawan merasa gentar berhadapan dengan orang seperti ini. maka benarlah kata-kata Rasulullah : "kota konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik" Barat, menyedari risiko yang bakal dihadapi jika membiarkan Islam terus menerus menjana pemuda-pemudanya, maka misi membaratkan (proses westernisasi) umat Islam dilaksanakan, dengan menyuntikkan racun-racun bisa ke dalam pemikiran generasi muda islam dan ianya berjaya menampakkan hasil. pertentangan yang berlaku bukan lagi pertentangan bagi mengangkat senjata, bahkan pertentangan yang dilakukan menerusi gelombang penjajahan fikiran. mereka iaitu kristian berjaya menipu dengan meracuni fikiran generasi muda Islam dengan memasukkan nilai-nilai yang boleh mengikis kepercayaan umat terhadap agama, mata umat islam pula ditabir dan ditutup serta dikaburi sehinggakan umat islam buta tentang gambaran agama sendiri. Islam cuma ditafsir sekadar upacara-upacara tertentu sahaja. Ruh perjuangan umat Islam pula disentak dan dicabut dari hati sanubari generasi mudanya, agar tiada lagi semangat jihad yang akan lahir bagi meneruskan jihad yang dilakukan oleh Rasulullah dan juga para sahabat baginda, tiada lagi semangat Umar al-Khattab mahupun Salahuddin al-Ayubi bagi membebaskan Tanah suci ketiga Islam yang masih lagi belum berada dalam genggaman. Tiada lagi semangat Sultan Muhammad al-Fateh yang membuka kota konstantinople yang seterusnya membuka jalan bagi penguasaan Islam di Eropah. benarlah, yang paling ditakuti oleh barat ialah semangat Jihad pemuda Islam. semuanya bermula 1400 tahun dahulu sewaktu ketika Muhammad bin Abdullah dilahirkan, kemudian diangkat menjadi Nabi ketika usia 40 tahun, yang bersama baginda bukanlah daripada golongan-golongan tua, sebaliknya golongan muda yang bersama baginda. Ali bin Abi Thalib termuda di kalangan awal bersama baginda iaitu berusia 7 tahun. "Innahum Fityatun Aamanu birabbihim wazidnaahum Huda" bermaksud sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk (surah al-kahfi ayat 13) Inilah rahsianya "Fityatun Aamanu" iaitu "pemuda-pemuda yang beriman" di mana para pemuda Islam dibekali iman yang teguh, yang tidak mudah musnah walaupun dilanda taufan. Ini jelas diperlihatkan oleh sejarah Islam. Kisah Ashabul Kahfi jelas menunjukkan bahawa mereka 7 pemuda yang tetap teguh iman dengan menolak ajaran menyembah tuhan selain Allah. Bilal Bin Rabah, kekuatan Iman kepada Allah jualah yang menyebabkannya tabah menghadapi siksaan Abu Jahal sebelum dibebaskan sebagai hamba. Ali bin Abi Thalib, seorang pemuda yang berani, keimanannya teruji ketika diarah menggantikan tempat tidur Rasulullah sewaktu peristiwa Hijrah Nabi ke madinah, namun iman itu tidak bergoyang malah menjadi semakin teguh dan banyak lagi model pemuda Islam yang berani dalam sejarah. dan seharusnya Islam tidak boleh kering dengan kewujudan pemuda-pemudanya yang kuat, gagah, berani serta mempunyai keimanan yang kuat kepada Allah. Di Tangan Pemuda letaknya urusan ummat, bila pemudanya maju maka akan majulah ummat. buat akhirnya, sebuah puisi karangan seorang pujangga Agung daripada India, Allama Muhammad Iqbal, yang berupa pengharapan beliau kepada generasi muda dalam mengembalikan keagungan Islam (harapan kepada pemuda)Sekian, Wallahu A'lam
Comments:
Post a Comment
|
|