|
Dengan Nama Allah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
intro HakCipta Penulis
noirkudus@hotmail.com
why noirkudus
masa itu emas
October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 September 2006 May 2007 Posting Terbaru
pelawat
![]() View My Guestbook Sign My Guestbook blogs ::Akhifaizul:: ::Bahtiar:: ::Boybelantik:: ::Hakim:: ::Hilmimadani:: ::Ibnuhazam:: ::Jiwarasa:: ::Kelambu:: ::Loper:: ::Mazli Bidu:: ::Mba:: ::Muhtarsuhaili:: ::Nasa Natrah:: ::Nordin:: ::Pakdi:: ::Paklang:: ::SahalFikri:: ::Sang Awana:: ::Sis aflah:: ::Syarief:: ::Syarifah Salwa:: ::TajamFikir:: ::tokjanggut:: ::tokrimau:: ::umminida:: ::Zaiman Mansor:: Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE:: links ::Yahoo mail:: ::Google:: ::Berita Harian:: ::Harian Metro:: ::The Star:: ::TheSun:: ::NSTP:: ::harakah:: ::Sinchew:: ::BERNAMA:: ::free anwar:: ::malaysiakini:: ::Malaysia Today:: ::Jawa Post:: ::Kompas:: ::Hariansib:: ::Achehnese:: ::Achehkita:: ::Detik:: ::EraMuslim:: ::Endonesia:: ::Republika:: ::Modus:: ::Gatra:: ::Hidayatullah:: ::Sabili:: ::Economist:: ::Arab News:: ::Worldnews:: ::Far Eastern:: ::Muslim Media:: ::KavkazCenter:: ::alJazeera.com:: ::Time Magazine:: ::New York Times:: ::Arab World News:: ::The Times of India:: ::The Jerusalem Post:: ::alJazeera.net (english):: ::alJazeera.net (Arabic):: ::Albuquerque Journal:: ::Guardian Unlimited:: ::The Courier-Mail:: ::Herald Tribune:: ::Al-Quds Daily:: ::Japan Times:: ::Daily Mirror:: ::China Daily:: ::Startribune:: ::BBC News:: ::Asia Daily:: ::Reuters:: ::MSNBC:: ::CNN:: ::AFP:: ::AP:: ::Islam The Modern Religion:: ::Islamic Awareness:: ::Islamic Awakening:: ::The True Religion:: ::Islamic Academy:: ::Answering Islam:: ::Light of Life:: ::Qur'anic Studies:: ::Islam Online:: ::al-ahkam.net:: ::Load-Islam:: ::Islamway:: ::Raudhah:: ::MyQuran:: ::artislamic:: ::alajeeb.com:: ::Ummah.com:: ::ISNET:: ::JIHAD:: ::MISG-ABIM:: ::PKPIM:: ::PUM:: ::JIM:: ::JUST:: ::SISMA:: ::Wikipedia Encyclopedia:: ::GengJurnal:: ::Shitokai:: solat time search in the holy qur'an search in the hadith
Tell me about... Mencari di Google Mencari di Laman ini
hit counter tell a friend Copyrights
| Wednesday, August 03, 2005 Berbumbungkan angkasa kelabu, Lantainya bumi retak seribu, Setiap langkah perjalananmu, Beronak berlikuBerikut ialah dua rangkap lagu "WAJAH" yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor, yang menggambarkan betapa dalam dunia yang serba moden ini masih ada yang menanggung derita akibat kemiskinan dan sebagainya. ![]() Di saat kita bergembira dan bergelak ketawa, ada insan lain yang bersedih dan bermuram durja ![]() Di saat kita sedang menikmati kehidupan, ada insan lain yang dihambat meninggalkan tanahair akibat penindasan puak durjana Inilah realiti dunia yang digambarkan dengan pelbagai corak warna kehidupan. Ketika ada manusia yang sedang bersuka ria, ada antara kita yang sedang bermuram durja. ketika ada manusia yang sedang bergelak ketawa, ada antara kita yang sedang berduka, ketika ada manusia yang sedang berfoya-foya, ada antara kita yang sedang sengsara. Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling bertentangan. seperti Allah menciptakan lelaki dan perempuan, siang dan malam, langit dan bumi, hidup dan mati, panas dan sejuk, hujan dan kemarau dan sebagainya dan begitu juga Allah mengkehendaki adanya baik dan buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagian dengan kesedihan dan sebagainya. Hikmah Ilahiyyah, Allah akan mengumpulkan semua yang baik itu di syurga dan segala yang buruk, kerosakan dan kesedihan pula akan dikumpulkan di neraka. Namun hakikat dunia ini, umat Islam sering dikaitkan dengan nasib yang kurang bernasib baik. Umat ini selalu sahaja ditimpa kesusahan, kecelakaan, kemiskinan dan sebagainya. Umat ini juga selalu dicaci, dicerca, dihina, dilanyak, dibantai sehingga ada yang dibunuh. Akan tetapi, orang-orang kafir pula berleluasa di sana sini. Mereka bermaharajalela. Mereka berkuasa melakukan apa sahaja sehinggakan sanggup membunuh umat Islam. Lihat sahaja yang berlaku di Palestin, Iraq dan sebagainya. sudah lama umat Islam ditindas, diseksa, diusir dari kampung halaman, malah dibunuh. mereka mempunyai tanah, tempat tinggal dan akhirnya terpaksa menjadi pelarian. Mereka mempunyai sumber kekayaan dan akhirnya terpaksa mengemis simpati. Contoh lain seperti umat Islam di Afrika, mereka bukan sahaja menanggung derita lantaran dasar apartheid yang diperkenalkan semasa penjajahan British dahulu yang membezakan darjat orang berkulit hitam dan berkulit putih, malah sehingga hari ini mereka hidup dalam keadaan dhaif akibat kemiskinan, kekurangan zat makanan, dan akhirnya mengundang pelbagai jenis penyakit dan seterusnya menyumbang jumlah kematian yang tinggi. Benar seperti Firman Allah dalam surah az-Zukhruf ayat 33-35 yang bermaksud "Dan sekiranya bukan kerana hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), tentulah kami buatkan bagi orang-orang kafir kepada tuhan yang maha pemurah loteng-loteng perak bagi rumah mereka dan (juga) tangga-tangga (perak) yang mereka menaikinya. Dan (Kami buatkan pula) pintu-pintu (perak) bagi rumah-rumah mereka dan (begitu pula) dipan-dipan yang mereka bertelekan atasnya. dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari emas untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa"Ini bukan bermakna Allah itu bersifat prejudis terhadap hambanya yang beriman kepadaNya. Akan tetapi ini adalah makna kasih Allah kepada hambanya yang beriman, kerana apa yang tersirat di sebalik Firman Allah tersebut ialah, kesenangan di dunia berbentuk emas dan perak, dan segala kemewahan itulah kehinaan dunia dan itulah yang diberikan kepada orang-orang kafir. Mereka bersenang lenang di dunia ini, dan menyangka mereka dikasihi tuhan. Manakala kasih Allah kepada orang beriman ialah kemuliaan di syurga kelak. Baru-baru ini di Malaysia, beberapa siri program Bersamamu yang disiarkan stesen TV3 mencetus satu perasaan kasih sayang kepada rakyat negara ini. Namun kita dapat lihat juga semua yang dipaparkan ialah kemiskinan orang melayu yang juga beragama Islam. Daripada segala paparan tersebut, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa mereka yang dikatakan miskin ini sebenarnya adalah mereka yang paling berbahagia (dalam konteks Malaysia) kerana tiada apa yang perlu difikirkan, tiada bebanan hutang dan sebagainya, sedangkan majoriti rakyat kota yang kehidupan mereka lebih mewah, mereka inilah yang sering menghadapi masalah berkaitan mental dan sebagainya, ini kerana jiwa mereka miskin walaupun kaya harta. Kebahagian bukan terletak pada harta, namun kebahagiaan itu terletak pada iman di dada. Contoh terbaik kita dapat lihat pada sirah Nabawiyyah, di mana Rasulullah dan pengikut baginda bukanlah hidup dalam kemewahan. Ada di kalangan mereka merupakan hamba, kanak-kanak dan wanita. Ada juga di kalangan sahabat Rasulullah yang kaya raya seperti Abu Bakar as-Siddiq, Abdul Rahman bin Auf, mereka tidak berkira dalam soal harta, Abu Bakar misalnya menginfakkan seluruh hartanya demi membantu Islam dan pengikutnya, dan begitu juga para sahabat yang lain. Namun, siapa yang dapat menyangkal bahawa mereka ialah orang-orang yang sangat tenang dan bahagia, kerana hati mereka sentiasa dekat dengan Allah. Kehidupan mereka kerana Allah, perjuangan mereka kerana Allah. Usah jadi seperti Qarun dan Haman, di mana akhirnya mereka mati ditimbus bumi beserta dengan harta kekayaan mereka lantaran sifat ego dan sombong terhadap harta kekayaan yang dianugerah Allah. Dan sehingga hari ini juga kita dapat lihat betapa ramai orang yang pada mulanya kaya, akhirnya jatuh miskin dan menderita lantaran kemiskinannya, dan akhirnya lahirlah bait-bait syair seperti di bawah ini daripada mulut mereka : Tidak adakah kematian yang diperjualbelikan sehingga aku boleh membelinya,Wallahu A'lam
Comments:
Post a Comment
|
|