|
Dengan Nama Allah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
intro HakCipta Penulis
noirkudus@hotmail.com
why noirkudus
masa itu emas
October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 September 2006 May 2007 Posting Terbaru
pelawat
![]() View My Guestbook Sign My Guestbook blogs ::Akhifaizul:: ::Bahtiar:: ::Boybelantik:: ::Hakim:: ::Hilmimadani:: ::Ibnuhazam:: ::Jiwarasa:: ::Kelambu:: ::Loper:: ::Mazli Bidu:: ::Mba:: ::Muhtarsuhaili:: ::Nasa Natrah:: ::Nordin:: ::Pakdi:: ::Paklang:: ::SahalFikri:: ::Sang Awana:: ::Sis aflah:: ::Syarief:: ::Syarifah Salwa:: ::TajamFikir:: ::tokjanggut:: ::tokrimau:: ::umminida:: ::Zaiman Mansor:: Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE:: links ::Yahoo mail:: ::Google:: ::Berita Harian:: ::Harian Metro:: ::The Star:: ::TheSun:: ::NSTP:: ::harakah:: ::Sinchew:: ::BERNAMA:: ::free anwar:: ::malaysiakini:: ::Malaysia Today:: ::Jawa Post:: ::Kompas:: ::Hariansib:: ::Achehnese:: ::Achehkita:: ::Detik:: ::EraMuslim:: ::Endonesia:: ::Republika:: ::Modus:: ::Gatra:: ::Hidayatullah:: ::Sabili:: ::Economist:: ::Arab News:: ::Worldnews:: ::Far Eastern:: ::Muslim Media:: ::KavkazCenter:: ::alJazeera.com:: ::Time Magazine:: ::New York Times:: ::Arab World News:: ::The Times of India:: ::The Jerusalem Post:: ::alJazeera.net (english):: ::alJazeera.net (Arabic):: ::Albuquerque Journal:: ::Guardian Unlimited:: ::The Courier-Mail:: ::Herald Tribune:: ::Al-Quds Daily:: ::Japan Times:: ::Daily Mirror:: ::China Daily:: ::Startribune:: ::BBC News:: ::Asia Daily:: ::Reuters:: ::MSNBC:: ::CNN:: ::AFP:: ::AP:: ::Islam The Modern Religion:: ::Islamic Awareness:: ::Islamic Awakening:: ::The True Religion:: ::Islamic Academy:: ::Answering Islam:: ::Light of Life:: ::Qur'anic Studies:: ::Islam Online:: ::al-ahkam.net:: ::Load-Islam:: ::Islamway:: ::Raudhah:: ::MyQuran:: ::artislamic:: ::alajeeb.com:: ::Ummah.com:: ::ISNET:: ::JIHAD:: ::MISG-ABIM:: ::PKPIM:: ::PUM:: ::JIM:: ::JUST:: ::SISMA:: ::Wikipedia Encyclopedia:: ::GengJurnal:: ::Shitokai:: solat time search in the holy qur'an search in the hadith
Tell me about... Mencari di Google Mencari di Laman ini
hit counter tell a friend Copyrights
| Friday, August 05, 2005 ![]() Gambar hiasan : Letusan bom Nuklear yang boleh memusnahkan apa sahaja. 6 Ogos 2005 : Ulangtahun ke 60 peristiwa pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki yang mengakhiri Perang Dunia kedua. "Kita harus belajar daripada sejarah kerana sejarah akan mengajar kita untuk mengenal dan mengelak daripada jalan-jalan yang membawa kepada peperangan"Ini adalah kata-kata yang tertera pada dinding di Muzium Peringatan Keamanan Hiroshima (Hiroshima Memorial Peace Museum) sempena mengingati kesan pengeboman Amerika Syarikat ke atas dua bandar di Jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki. 6 Ogos 1945, detik hitam yang amat pahit ditelah oleh Masyarakat Jepun dan juga seluruh dunia yang mencintai keamanan, di mana lebih 200,000 jiwa terkorban akibat nafsu rakus Amerika Syarikat menjadikan kedua-dua bandar itu padang jarak padang tekukur, semata-mata mahu menamatkan Perang Dunia tanpa mengambil kira nyawa yang akan terkorban. 6 Ogos 2005, sudah 60 tahun berlalu namun manusia masih lagi rakus untuk bermain-main dan berlumba-lumba untuk menyaingi kekuatan masing-masing walaupun sekali lagi kuasa nuklear akan digunakan. ![]() WHETHER YOU ARE WITH US OR AGAINST US Orang ini tidak mengenal erti kemanusiaan, juga tidak mengenal erti keamanan. Apa yang dia tahu ialah terus melakukan kerosakan. Hanya satu kata dua, "with us or against us", maka dengan kata ini, Presiden Afghanistan berada di dalam genggamannya, Arab Saudi juga mengikut telunjuknya, dan Saddam Hussein menderita juga adalah akibat menentangnya. Dunia harus berada dalam genggamannya, dunia harus mengikut telunjuknya, jika putih katanya maka putihlah, dan jika hitam maka hitamlah ia. Kerana itu, sesiapa yang dilabel pengganas maka seluruh dunia terpaksa akui itulah pengganas, sedangkan dirinya pencipta keamanan. Sejarah adalah untuk dikenang, ditatap, dihayati, dan akhirnya dijadikan iktibar agar ianya tidak berulang kembali. Begitu juga Quran sebagai kitab suci umat Islam yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad tidak lari dari elemen sejarah. Sejarah di dalam al-Quran menceritakan tentang kisah para Nabi dan rasul, kisah kaum-kaum terdahulu dimusnahkan Allah, kisah tokoh-tokoh dan sebagainya. Allah dalam beberapa tempat menyebutkan kepada Nabi Muhammad "Nahnu Naqussu 'alaika naba ahum bil haq" bermaksud "Kami (Allah) menceritakan kepada kamu kisah-kisah dengan sebenar-benarnya", ditekankan di situ bahawa hanya kisah yang benar-benar dikisahkan kepada Nabi Muhammad untuk tatapan umatnya yang merupakan umat akhir zaman ini. Dan biasa diakhiri dengan "La'ibratan Li ulil Albab" yang bermaksud "sebagai iktibar kepada orang-orang yang berfikir". Namun begitu hakikat manusia ada yang baik dan ada yang jahat, ada muslim ada kafir, ada syurga dan ada neraka. Begitu juga berkenaan perintah dan larangan Allah, ada yang patuh dan ada yang ingkar dan sebagainya. Allah menyuruh manusia agar tidak melakukan kerosakan di muka bumi ini, namun manusia juga yang melakukan kerosakan di muka bumi ini. Allah sudah berfirman dalam al-Quran dalam surah ar-Rum ayat 41, yang bermaksud : "telah nampak kerosakan yang berlaku di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).Namun, kerosakan akan terus berlaku sehinggalah Allah memberikan balasan kepada umat ini sepertimana yang telah Allah timpakan kepada umat terdahulu. Maka, peringatan sekadar peringatan, kerana manusia tetap dengan hakikatnya, iaitu sentiasa terlupa mahupun sengaja buat-buat lupa. Maka sejarah hanya tinggal sejarah, tidak lebih dari itu. Wallahu A'lam.
Comments:
|
This is very interesting site... Mobile home canvas awnings Vida guerrara phone pics Adware download remover North carolina voip Ginuwine answering machine
Post a Comment
|