Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Thursday, February 24, 2005

Bermula Satu Lagi Agenda

BERMULA SATU LAGI AGENDA......

Image Hosted by ImageShack.us
20-25 Februari 2005 : Jadual perjalanan Bush ke Eropah bagi mendapat sokongan menyerang Iran. Lawatan pertama beliau bagi penggal kedua menjadi presiden.


PAKATAN JAHAT (gambar daripada kiri dan ke bawah)
Bush berjabat tangan dengan presiden perancis
German chancellor, Gerhard Schroeder
Setiausaha Agung NATO, Jaap de Hoop Scheffer
Bersama Perdana Menteri Belgium, Guy Verhofstadt
Bush bersama presiden slovakia Ivan Gasparovic
bersama perdana menteri Republik Slovakia Mikulas Dzurinda
dan akhir sekali bush akan bertemu presiden Rusia Vladimir Putin


Iraq sudah tewas, Afghanistan sudah ditawan... giliran siapa pula??

Bush dalam rangka lawatan ke Eropah bagi mendapatkan sokongan bagi meneruskan agendanya... lawatan rasmi yang pertama beliau sejak memenangi pilihanraya presiden amerika syarikat yang lalu... agenda Bush untuk penggal kedua sebagai presiden.

"Europe is America's closest ally" ini kata-kata bush mengharapkan bantuan dan sokongan daripada eropah

Iran atau Syria?? sasaran seterusnya...

nak serang Syria bush tidak ada alasan yang kuat lagi kukuh. mungkin bush boleh kaitkan dengan kes pembunuhan bekas presiden lubnan Rafik Hariri dan sebagainya...

nak serang Iran, mungkin alasan bush lebih kukuh, alasan sama juga seperti yang didakwa terhadap iraq dahulu iaitu kononnya Iran membangunkan program senjata pemusnah besar-besaran, dan kononnya US menjumpai kawasan nuklear Iran.

barangkali apa yang berlaku terhadap Iraq juga akan berlaku terhadap Iran.

sebenarnya Bush hanya dahagakan darah umat Islam. namun umat Islam hanya mampu melihat sahaja.

apakah ini petanda kehancuran umat atau apakah ini merupakan petanda awal umat islam akan bangkit?

apakah umat Islam sangat lemah sehingga orang kafir boleh memijak dan melanyak umat islam selanyak-lanyaknya. Atau apakah orang kafir terlalu kuat sehingga umat ISlam tidak dapat menyaingi kehebatan mereka??

Oh Tidak...bukan sebab orang kafir terlalu kuat, akan tetapi kita umat Islam tidak bersatu untuk menentang mereka. Jika umat Islam bersatu, pasti Allah akan turunkan rasa gerun pada hati Bush dan pakatan-pakatan jahat beliau.

umat Islam ramai, namun kita berpecah belah. namun orang kafir ini walaupun mereka boleh berbalah sesama mereka namun mereka bersatu bagi menghancurkan Islam. ISLAM bagi pandangan mereka adalah SATU. islam itu SATU... umat islam itu BAHAYA... umat islam TERRORIST... umat islam itu FUNDAMENTALIST... dan sebagainya...

Wallahu A'lam.

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 5:29 AM

Tuesday, February 22, 2005

Hayati Pesanan Seorang Guru



Ustaz Uthman el-Muhammady

ada satu pesanan mudah yang menarik minat noirkudus semasa wawancara ahad lepas, terhadap tokoh Ma'al Hijrah tahun ini iaitu Ustaz Uthman el-Muhammady;

APA YANG BAIK KAMU BUAT KEPADA ORANG JANGAN INGAT
APA YANG BURUK KAMU TERSALAH BUAT KEPADA ORANG MESTI INGAT

APA YANG JAHAT ORANG BUAT KAMU JANGAN INGAT
APA YANG BAIK ORANG BUAT MESTI INGAT
mendalam makna bagi satu pesanan ini, pesanan seorang guru kepada anak muridnya, yang akhirnya menjadi tokoh maal hijrah... akan tetapi itu hanyalah sekadar pesanan, juga bermaksud general di mana maksudnya boleh ditujukan kepada sesiapa pun. namun dari segi praktikalnya, manusia tidak mampu melakukannya. sekadar teori

ini ada kena juga dengan budaya masyarakat iaitu budaya mengungkit, budaya memperbesarkan kebaikan diri sendiri, budaya menunjuk-nunjuk, budaya tidak ikhlas, budaya riya', sombong, dan takabbur dan sebagainya. ini perkara biasa dalam masyarakat.

contohnya, kita pernah tengok dalam drama melayu tentang seorang yang pernah membantu seorang lain, namun perkara sebesar kuman ini pun diungkit dan dijaja serata kampung bagi menggambarkan kebaikan diri dan kemurahan hatinya... sedangkan jika kita memilih untuk berdiam diri ikhlas semata-mata kerana Allah, bukannya Allah tidak mengetahui apa yang sudah kita kerjakan... di kiri dan kanan manusia juga sudah ditugaskan dua malaikat buat mencatit kebaikan dan keburukan kita iaitu malaikat atit dan malaikat raqib...

manusia lebih suka membiarkan segala pahala kebaikan terhakis sendiri akibat budaya riya', sombong, dan takabbur ini?? fikir sendiri...

namun ada ketika tertentu yang dibolehkan...kalau istilah undang-undang dipanggil "exception to the general rule"... contohnya apabila seorang itu menghulurkan derma, tetapi diwarwarkan budi baiknya itu, namun jauh di sudut hatinya ikhlas kerana Allah Ta'ala dan tujuan dihebahkan adalah kerana niat suci untuk menggalakkan orang lain supaya turut mencontohi amalan seperti itu. ini exception...

berkenaan perkara jahat yang orang buat pada kita, kita jangan ingat. tapi bolehkah dilupakan begitu sahaja?? Wahh...inilah yang paling sukar bagi yang bernama manusia. kalau boleh mesti diceritakan sehingga tujuh keturunan.

noirkudus teringat seorang saudara kita sesama islam yang pernah dizalimi...nama beliau ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim. sewaktu ucapan beliau selepas bebas daripada tuduhan dan selepas keluar daripada penjara, sewaktu pernah ditanya berkaitan hubungan beliau dengan Dr Mahathir Muhammad, yang sudahpun menjadi bekas perdana Menteri pada ketika itu... jawapan Anwar mudah...... "I am Forgive but not forget" "Saya memaafkan tetapi saya tidak akan lupa"

lihat disini, "not forget" bukanlah bermaksud "tidak lupa" dengan kata lain masih menyimpan dendam.. namun begitu "tidak lupa" di sini sekadar diabadikan sebagai satu sejarah diri bagi dijadikan pengajaran supaya tidak akan berulang lagi di kemudian hari baik kepada sesiapapun

namun masyarakat bukanlah sekadar menjadikan sejarah dalam diri, namun dijadikan sebagai DEMDAM kesumat turun temurun. jawapan Anwar ibrahim itu, noirkudus mengambil dari sudut positif, noirkudus tidak tahu apakah jawapan anwar itu bernada dendam atau sebaliknya...itu urusan beliau dengan Allah...

semoga masyarakat malaysia ini masyarakat yang berhati mulia lagi tinggi budi pekerti...
mungkin sifat seperti disebut di atas tadi bukan pada masyarakat malaysia tapi masyarakat lain...

masyarakat malaysia ialah masyarakat penyanyang dan berbudi pekerti tinggi

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 5:09 PM

Sunday, February 20, 2005

Bukit Cahaya Berubah Wajah

APA SUDAH JADI? BUKIT CAHAYA SUDAH HILANG SERI??

Image Hosted by ImageShack.us
AWAS, TAPIR MELINTAS!!!
Namun habitatnya di sebelah kiri itu sudah musnah, Di manakah Tapir-tapir ini berhijrah kini??

Image Hosted by ImageShack.us
HUTAN KAYU SUDAH BERTUKAR MENJADI HUTAN BATU

MAUT TIBA DI HUJUNG GIGI GERGAJI
DENGAN DURI JERIT YANG MENYEREMPANG ANGKASA DAN MERAH MATAHARI
MEMBENAM KE PADAT ISI KAYU
YANG TERSENTAK OLEH SAKIT DAN BISING ASING
DUNIANYA MEMULAS KEBIASAAN, ANEH SEPERTI PITAM
GETAH MENGALIR, ZATNYA MENIADAKAN WAJA
TERGETAR PERDU DAN AKAR PENDIRI
DI PUNCAKNYA BURUNG MASIH BERTERBANGAN
UDARANYA DIHARUMKAN OLEH WANGIAN SEHUTAN
LANGIT BERSAKSI DENGAN MATA BENING


REBAH CENGAL
REBAH MERANTI
REBAH MERBAU
REBAH PULAI
REBAH SERAYA
REBAH NYATUH
REBAH SESAK
REBAH HALBAN
REBAH NIBUNG
REBAH ROTAN
REBAH SENDUDUK

RUNTUH SEKELUARGA POHON, YANG BERUSIAKAN KOMA YANG INDAH DAN YANG BESAR DALAM BAYANG
SETELAH BERKAMPUNG SEJUTA TAHUN DI LEMBAH DAUN DAN SUNGAI HUJAN

EDARAN ALAM BERPUTAR PERLAHAN
DENGAN PEKA PADA RENTAK MUSIM DAN MATAHARI
DENGAN RASA HADIR DI URAT AKAR DAN GOYANG PUCUK
SETELAH LETUPAN MAUT DAN GELIMPANGAN KAYU
PANAS MENIUP KE LUBANG UDARA
TERSIATLAH KEWUJUDAN

GUGUR BUNGA SEUNGU PAGI
SEMERAH TEBING SEPUTIH AWAN DAN SEPERANG BATANG
GUGUR PUTIK DAN BUAH DI JULAIAN
BERTITIK PADA PUSAT BUNGA ATAU PENUH SEMUSIM
GUGUR SECAKERAWALA WARNA
SERATUS JALUR HIJAU YANG MENJADI PERIBADI DAUN
GUGUR JUGA BULAN YANG TERSANGKUT DI DAHAN
CAHAYA YANG MELUKISKAN PERBEDAAN
GUGURLAH PAGI, GUGURLAH PETANG, DAN GUGURLAH MALAM

GUGUR BERDESIR KELEMBUTAN YANG MELELEH DARI PUCUK
MELAYANG MENIPIS KABUS RAHSIA ALAM
PATAH RUYUNG IMBANGAN, SEJAK HUTAN MERESAP KE TANAH
LUNTURLAH KEINDAHAN SENYAP YANG DITAYANGKAN OLEH SIANG
BISU DAUN, BISU RANTING TIADA NYANYIAN DAN SAHUTAN
TIADA RUSA ATAU UNGKA, TIADA GAJAH BERKAWAH
TIADA DENYUT SUARA PELANDUK
TIADA PERNYATAAN
HIKAYAT PENUH HUTAN
DITAMATKAN OLEH SEPASUKAN LORI YANG BERTAYARKAN ANGKUH
SEKUMPULAN PEMOTONG GAJIAN YANG MEMAKAI KESEDIHAN DI MATANG
DAN SEORANG PEMBALAK GEMUK
YANG BERDIRI DI GURUN MERAH KONTANG
DUNIA AKAN DATANG


Sajak ini dibuat oleh MUHAMMAD HAJI SALLEH, noirkudus petik daripada buku "PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA : Isu dan Pengurusannya. (Editor : Sham Sani dan Abdul Samad Hadi) Keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka
Sajak ini noirkudus terjumpa ketika noirkudus sedang menelaah buku "Pembangunan Dan Alam Sekitar di Malaysia' tersebut.

akan tetapi izinkan noirkudus 'quote' sajak tersebut di sini tanpa melupakan nama asal pengarang tersebut iaitu MUHAMMAD HAJI SALLEH. biasanya sajak ataupun puisi ini ditulis berikutan daripada rasa hati sanubari yang mendalam yang diterjemahkan melalui sajak ataupun puisi. dan noirkudus yakin sajak di atas itu merupakan satu luahan rasa pengarangnya "MUHAMMAD HAJI SALLEH", dan noirkudus mahu turut berkongsi rasa sepertimana yang beliau rasa ketika mengarang sajak tersebut.

tulisan noirkudus kali ini adalah respon terhadap pendedahan UTUSAN MALAYSIA semalam, berkaitan dengan aktiviti penerokaan TAMAN PERTANIAN MALAYSIA BUKIT CAHAYA SERI ALAM, antara hutan dara di Malaysia dan akan menjadi Taman Botani Negara, taman agro perhutanan terbesar di dunia menjelang 2007.

kini hutan dara "sudah tiada dara" lagi, daranya sudah ditebuk oleh pemaju yang hanya mementingkan keuntungan semata tanpa memikirkan apakah ada kesan di sebaliknya.

apakah pemaju yang bersalah?? atau apakah badan yang memberikan lesen kepada pemaju itu yang bersalah?? susah untuk hanya menuding jari kepada satu-satu pihak tertentu sahaja. namun yang pastinya, Dato' Seri Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor sudah mengeluarkan nada kecewa, tanda marah barangkali terhadap penerokaan tersebut.

posting noirkudus sebelum ini bertarikh 18 Februari 2005, noirkudus baru sahaja mengatakan mengenai pemanasan global dan perubahan iklim, namun sehari selepas posting noirkudus bertarikh 18 hb tersebut, iaitu 19 hb Februari keluar pula pendedahan tentang penerokaan besar-besaran taman pertanian bukit cahaya seri alam ini. bukannya sedikit hutan yang ditebang, malah lebih daripada 1,200 hektar (3,000 ekar) kawasan yang sudah mula ditebang. FIKIR-FIKIRKANLAH wahai sekalian umat malaysia... apakah tidak ada kesan yang berlaku??

di malaysia ini, budak sekolah rendah lagi sudah diajar bahawa hutan-hutan inilah merupakan "TANGKI OKSIGEN" bagi manusia, dan manusia pula mengeluarkan karbon dioksida bagi tumbuh-tumbuhan. namun begitu, TANGKI OKSIGEN ini semakin lama semakin banyak terhapus, dan semakin kurang TANGKI-TANGKI OKSIGEN yang boleh mengeluarkan oksigen, malah gas karbon dioksida pula yang semakin banyak dikeluarkan dan akhirnya menyebabkan kesan pemanasan global dan perubahan iklim dunia lebih pantas berlaku.

dan yang menariknya di Taman cahaya seri alam ini ialah terdapatnya satu papan tanda yang berbunyi begini :

AWAS...TAPIR MELINTAS DI HADAPAN

di sinilah satu-satunya kawasan di malaysia ini yang mempunyai papan tanda khusus berkenaan haiwan ini. namun begitu persoalan yang dikemukan sekarang ialah...

DI MANAKAH TAPIR-TAPIR TERSEBUT SEKARANG?? SETELAH HABITAT HAIWAN INI DITEROKA DENGAN SEDEMIKIAN RUPA??

mungkin tapir ini berhijrah lagi ke tempat lain, dan barangkali kita belum menjumpai habitat baru haiwan itu sekarang. mungkin nanti setelah dijumpai habitat baru tersebut maka papan tanda itu akan dipindahkan ke tempat barunya. atau barangkali juga kesemuanya sudah mati akibat tindakan pemaju itu, maka bermakna pupus sudah generasi tapir yang berada di malaysia ini melainkan yang tinggal di beberapa zoo di negara kita sahaja.

barangkali manusia itu lupa bahawa bumi ini dan segala isinya telah diciptakan Allah dengan sistem yang tersendiri sejak azali lagi.

kesemua hidupan di muka bumi ini saling ada kaitan antara satu sama lain baik antara manusia, haiwan dan tumbuhan. ini di dalam istilah sains dipanggil sistem ekologi. jika satu elemen hidup ini musnah maka satu sistem ekologi ini akan terkesan. contohnya seperti tadi iaitu jika berlaku penebangan berleluasa kawasan hutan di mana sistem kitaran oksigen dan karbon dioksida akan terjejas.

dan di antara haiwan itu pun Allah sudah menetapkan sistemnya yang tersendiri. tikus, ular, kucing, belalang, dan sebagainya semuanya ada peranan atau fungsi masing-masing.

noirkudus tertarik dengan satu contoh yang dikemukakan oleh seorang sarjana daripada universiti harvard, amerika syarikat, Edward O Wilson, yang diulas oleh Zaini Hassan (yang membuat liputan perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di persidangan Antarabangsa biodiversiti : sains dan urus tadbir di paris, 24 januari 2005), kata beliau (edward o wilson) : "di dalam mulut kita sahaja ada 600 spesies bakteria (kuman baik dan kuman jahat). kuman-kuman ini hidup bersatu padu sejak daripada jasad kita dibentuk hinggalah kita mati" dan beliau memberi andaian bahawa, jika ada di antara 600 spesies ini mati ataupun pupus secara sengaja ataupun tidak sengaja maka apa akan jadi kepada sistem mulut kita?

cuba lihat, sungguh kompleks sistem ciptaan Allah ini, itu baru satu contoh sistem mulut kita. bagaimana pula dengan sistem yang lebih besar lagi. tentunya lebih kompleks lagi.

di perancis, pendidikan mengenai alam sekitar akan dimasukkan dalam kurikulum sekolah. di malaysia pula bagaimana? bukannya tidak ada pendidikan mengenai alam sekitar ini di sekolah malaysia, rasanya banyak sudah kesedaran tentang pentingnya alam sekitar ini diterapkan baik di sekolah rendah mahupun sekolah menengah, terutama di dalam subjek sains. namun begitu, bukan pelajar sekolah ini yang tidak memahami tentang peranan alam sekitar dalam sistem hidupan, akan tetapi pemaju-pemaju yang tamak pada keuntungan ini yang selalunya buat-buat tidak faham tentang kepentingan alam sekitar.

jadi, selain dimulakan daripada sekolah, fokus juga hendaklah ditujukan kepada pemaju-pemaju supaya tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri. malah di dalam kes seperti ini bukan setakat pemaju yang patut dipersalahkan, kerana orang di belakang mereka ialah ahli politik yang memberikan geran kelulusan tersebut, di mana mungkin juga mempunyai kepentingan tersendiri.

sistem hidupan ini perlu dipelihara. usah hanya mengikut hawa nafsu maka segalanya tergadai. jika hutan di malaysia ini habis diteroka dan dimusnahkan, bayangkan apa akan jadi pada masa hadapan. namun manusia sebenarnya tidak menyedari tentang kesan-kesan yang akan berlaku.

Istilah biodiversiti ataupun kepelbagaian biologi ini harus difahami oleh rakyat. biologi ialah pengajian berkaitan dengan organisma dan perkara-perkara hidup. sekarang ini bukan setakat hutan-hutan dimusnahkan, malah gunung-ganang sudah habis ditarah dan diratakan, sungai-sungai dan laut juga mengalami pencemaran yang merosakkan banyak habitat hidupan. udara sudah tidak lagi mempunyai udara yang tulen di banyak kawasan dan sebagainya.

jika semua sistem ini rosak dan musnah maka sungguh banyak sekali spesies hidupan yang akan musnah. malah pada masa sekarang ini pun banyak sekali bilangan spesies yang sudah pupus yang tidak dapat diselamatkan. kebanyakan yang berlaku ini adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri.

spesies-spesies yang banyak ini dilihat oleh manusia tidak mendatangkan faedah, tapi manusia juga tidak sedar bahawa manusialah yang banyak mengambil faedah daripada mereka.

contohnya cacing kita lihat sebagai satu organisma yang menggelikan, namun begitu cacing-cacing inilah yang membantu menyuburkan tanah bagi kegunaan manusia. sebahagian manusia juga menggunakan cacing sebagai tujuan lain contohnya sebagai umpan untuk memancing ikan.

contoh yang lain pula, kita lihat belalang, beluncas ataupun tikus, kesemuanya dianggap sebagai perosak kepada tanaman manusia, namun Allah menciptakan pula ular sebagai pemangsa bagi mereka, kemudian burung pula sebagai pemangsa bagi ular. inilah dikenali sebagai satu sistem rantai makanan ataupun siratan makanan.

itu sebab kita boleh dapati ada yang membela burung hantu di ladang kelapa sawit bagi mengurangkan bilangan tikus yang memakan kelapa sawit.

lihatlah sistem seperti ini lebih banyak memberi faedah kepada manusia, jika dimusnahkan sistem hidupan ini maka kita juga telah mengubah sistem yang telah ditetapkan oleh Allah, maka siapa yang akan rugi? Apakah Allah sebagai tuhan pencipta akan kerugian? Tidak...manusia yang rugi sebenarnya.

manusia sudah memusnahkan sistem ekologi...Bukit cahaya seri alam juga sudah musnah. dulunya kawasan hijau yang tenang, kini sudah menjadi kawasan penempatan.

dahulunya kawasan ini menjadi habitat bagi tapir dan tenggiling, namun sekarang tapir dan tenggiling sudah tidak nampak, hanya nampak papan tanda.

mungkin benar suatu hari nanti tapir-tapir dan tenggiling-tenggiling yang kehilangan habitat ini akan berkongsi rumah dengan penduduk taman yang mengambil alih habitat mereka.

apakah menghairankan?? sedangkan di bandar-bandar berumah batu sekalipun ular-ular baik ular tedung, ular sawa mahupun ular kapak boleh berkongsi dapur dengan penghuni rumah, boleh juga berkongsi bilik air, boleh berkongsi bilik tidur...lantaran habitat mereka telah dimusnahkan oleh manusia. maka di sinilah berfungsi salah satu daripada sekian banyak kerja ahli bomba iaitu untuk menangkap haiwan yang kehilangan habitat ini cuma di atas satu kesalahan iaitu menumpang premis manusia seketika.

barangkali selepas ini, di kawasan baru bukit cahaya seri alam yang salah satu kawasan yang dimusnahkan yang kini dikenali sebagai SEKSYEN U10 SHAH ALAM, barangkali akan ada kes-kes tenggiling yang menetap di dalam rumah. barangkali ada tapir-tapir yang melintas di hadapan rumah mahupun di belakang rumah... sesuai dengan papan tanda AWAS TAPIR MELINTAS yang memang sudah sedia ada di situ.

dan yang lebih penting selain daripada itu, malaysia akan kehilangan satu kilang memproses oksigen yang penting di negara ini. jika di negara maju yang lain, kebanyakan kilang oksigen ini sudah musnah diratakan atas nama pembangunan, apakah malaysia ini yang statusnya sebuah negara membangun menuju negara maju turut mahu mengikut jejak langkah seperti itu??

Sementara hutan kita masih banyak dan tebal...maka HARGAILAH HUTAN KITA...

Allah menurunkan manusia sebagai khalifah untuk mentadbir alam ini. jadi, hutan belantara, gunung ganang, bukit bukau, udara, sungai dan laut adalah merupakan satu khazanah bagi manusia di bawah pentadbiran manusia supaya manusia menjaganya.

memang benar telahan malaikat sewaktu Nabi Adam mula-mula diciptakan bahawa manusia ini ialah satu kaum yang suka melakukan kerosakan dan suka menumpahkan darah.

Wallahu A'lam

jika di atas noirkudus membuka dengan satu puisi oleh MUHAMMAD HAJI SALLEH, di bawah ini noirkudus sangat berminat pula dengan satu puisi oleh Sasterawan Negara USMAN AWANG. puisi ini ditulis pada tahun 1979 bertajuk SURAT DARI MASYARAKAT BURUNG KEPADA DATUK BANDAR.

Tuan Datuk Bandar
kami masyarakat burung telah mengadakan mesyuarat agung
pada suatu pagi yang manis dan ranum
di atas bangunan parlimen yang kosong

seluruh kaum burung telah diwakili
oleh para cerdik pandai, kecuali
perwakilan burung gagak yang sibuk dengan urusan kematian
penembakan, bangkai hanyut di sungai kelang.

sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati undangan
kupu-kupu yang ada kepentingan
dengan persoalan yang kami bincangkan

Tuan Datuk Bandar,
meski kami tidak pernah mengangkat tuan sebagai datuk kami
kerana perbezaan fahaman taraf 'Datuk' dan 'cucu'
kerana kelainan pendapat antara rambut dan bulu
(tuan-tuan telah mempermaniskan gelaran
menyebut rambut pada diri tuan-tuan, sedangkan
untuk kami tuan namakan perkataan 'bulu')
kami tetap menghormati tuan yang pernah menjanjikan untuk
MENGHIJAUKAN SELURUH WILAYAH

Tapi manusia kota ini telah membunuh KEHIJAUAN ALAM
semata-mata untuk mengejar KEHIJAUAN ringgit
sejak lumpur kota ini menjadi batu-batu
kami masyarakat burung menjadi mangsa yang bisu
mendiang burung belatuk menjadi korban punggur rebah
burung merbuk telah ditipu dengan nama padang merbuk
sedang mereka dipenjarakan di tempat yang tuan namakan sangkar.

perwakilan burung pipit telah mengemukakan protes
kerana menuduhnya sebagai
"pipit pekak makan berhujan"

ia disokong kuat oleh perwakilan burung punai
bahawa tuan telah menghina kaum jenis mereka
datuk menamakan benda-benda rahsia di tempat rahsia tubuh datuk
dengan nama 'pipit' dan 'punai', sedangkan kami tahu
'pipit' dan 'punai' datuk tak pandai terbang.

Tuan Datuk Bandar,
surat ini merayu kebijaksanaan tuan,
PELIHARALAH tiap pucuk dan akar tumbuh-tumbuhan
tiap helai daun, tiap kelopak bunga, tiap kerimbunan
itulah rumah kami, kediaman kami turun temurun
malah demi kesejahteraan manusia
kesihatannya, kebahagiannya, kedamaiannya
alam semula jadi seribu keindahan mekar
di bawah matahari bersinar

itu adalah kisah daripada masyarakat burung yang terkesan akibat tindakan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri.

barangkali selepas ini mungkin ada SURAT DARIPADA MASYARAKAT TAPIR UNTUK MENTERI BESAR DATUK SERI KHIR TOYO.

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 12:58 PM

Friday, February 18, 2005

Dunia Oh Dunia!!

POPE DAN AKHIR ZAMAN

Image Hosted by ImageShack.us

BACA : Flu epidemic hits Italy putting pope and the prime minister in bed

Itali diserang virus selsema sejak dua minggu lepas dan menyebabkan lebih 800,000 dijangkiti.

yang menarik di sini dua pemimpin tertinggi dunia turut dijangkiti. pertamanya perdana menteri Itali iaitu berlusconi dan kedua ialah ketua umat kristian dunia iaitu Pope John paul II.

dalam usia sudah mencecah 84 tahun, tentu ramai sudah membuat ramalan tentang hayat beliau, dan barangkali sudah siap surat wasiat daripada pope ini.

jika posting noirkudus sebelum ini iaitu berkaitan dengan kenabian nostradamus yang selalu dikaitkan dengan ramalannya yang dikatakan bertepatan. antaranya ramalan nostradamus ini ialah berkaitan runtuhan WTC dan juga ramalan berlaku kiamat.

dan berkaitan dengan pope ini noirkudus teringat pula tentang ramalan seorang paderi kristian bernama Saint Malacy.

pelik bin ajaib, orang seperti nostradamus dan st malacy ini dikaitkan dengan kenabian apabila ramalan mereka sentiasa tepat belaka.

dan yang menariknya, sebelum kematian beliau, beliau telah menyenaraikan kesemua nama pope beserta dengan nama samaran sehinggalah berlakunya "the end of the world" iaitu kiamat. mengikut ramalan beliau, pope John Paul II ini ialah pope yang ke 110 daripada 112 pope yang disenaraikan, dan ini bermakna hanya tinggal 2 orang pope sahaja sebelum berlakunya kiamat. jadi seluruh umat kristian agak risau memikirkan keadaan ini. mereka mahu menunggu kedatangan jesus christ mereka lagi.

Wallahu A'lam...noirkudus tidak pasti

namun, kita sebagai umat Islam sendiri sudah mengetahui daripada ajaran nabi Muhammad sendiri bahawa dunia ini sudah pun menuju akhir zaman, dan kita sekarang ini sebenarnya memang berada di akhir zaman.

dan di sini agak menarik berkenaan dengan gelaran yang dimiliki oleh pope ini:

HIS HOLINESS THE POPE, BISHOP OF ROME AND VICAR OF JESUS CHRIST, SUCCESSOR OF ST PETER, PRINCE OF THE APOSTLES, SUPREME PONTIFF OF THE UNIVERSAL CHURCH, PATRIARCH OF THE WEST, PRIMATE OF ITALY, ARCHBISHOP AND METROPOLITAN OF THE ROMAN PROVINCE AND SOVEREIGN OF VATICAN CITY JOHN PAUL THE SECOND. (noirkudus petik daripada buku KONSPIRASI BARAT TERHADAP ISLAM DAN DUNIA : Sosial, budaya, Pendidikan, Ekonomi, Teknologi dan ketenteraan karangan DR ILYAS HARUN)

lihatlah betapa panjangnya gelaran pope John paul II ini, ketua umat kristian seluruh dunia, itu belum lagi diberi gelaran Profesor Emiritus Tun Tan Sri Datuk Sri... dan sebagainya...

DUNIA OH DUNIA...

Image Hosted by ImageShack.us
KLIK UNTUK BACA DI SINI


berita mengenai pemanasan global dan perubahan iklim...

apakah benar terdapat perubahan cuaca yang sungguh dramatik yang boleh menyebabkan perubahan global?

kerosakan yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia ini akan menyebabkan lebih banyak lagi kerosakan di laut dan bumi. Allah juga telah berfirman di dalam al-Qur'an yang berbunyi : "Zaharal fasaada fil barri wal bahri bi ma kasabat aidin Nas" yang membawa maksud telah jelas bahawa segala kerosakan yang berlaku di laut dan bumi adalah disebabkan tangan-tangan manusia sendiri.

ini bermakna bahawa, ais di kutub utara dan kutub selatan akan mengalami pencairan dengan lebih pesat lagi daripada waktu yang dijangka. jadi, ramalan berkaitan bahawa bumi ini akan tenggelam akan menjadi kenyataan lebih cepat daripada sepatutnya. jadi, kawasan yang mempunyai paras yang rendah harus bersedia lebih awal.

di malaysia pula, berita kelmarin mengatakan bahawa, kedudukan peta malaysia sudah berubah akibat daripada peristiwa tsunami. ini adalah menurut kajian beberapa pensyarah di USM. barangkali bumi ini semakin mengecil, akibat daripada pertindihan kerak bumi di barat daya banda acheh yang menyebabkan tsunami berlaku akhir tahun lepas. sebenarnya bukan setakat peta malaysia berubah malah, peta dunia turut berubah.

bumi ini sudah tua. barangkali tanda-tanda akhir kiamat sudah semakin menggamit kita.

dalam minggu lepas pula, noirkudus mendapat berita mengatakan bahawa bumi akan dilanda oleh satu tahi bintang yang agak besar dalam tahun ini, namun begitu noirkudus masih belum menjumpai sumber-sumber sahih mengenai berita ini.

mengikut daripada apa yang noirkudus terima, komet yang bakal melanda bumi itu akan menyebabkan kehancuran bumi yang membawa kepada "the end of the world", ataupun jika ianya tidak menghancurkan bumi sekalipun, ia akan membawa kerosakan yang luar biasa kepada bumi ini. Wallahu A'lam. noirkudus masih mahu mencari sumber sahih lagi benar, kerana tiap-tiap tahun banyak ramalan seperti ini, seperti juga tahun 2004, dikatakan akan berlaku kiamat. tahun 2003 juga dikatakan begitu, pendek kata tiap-tiap tahun. namun semuanya hanyalah dalam pengetahuan Allah sahaja.

jadi, mungkin benar seperti yang telah dikatakan oleh seorang kawan noirkudus, katanya : "kita tidak wajib mempercayai dengan ramalan-ramalan seperti ini, tapi agak bagus juga jika manusia akan sentiasa mempertingkatkan amalan-amalan harian mereka, kerana jika kiamat tidak berlaku dalam masa terdekat ini sekalipun, akan tetapi manusia ini sentiasa dalam perjalanan menuju kematian, jadi setiap saat adalah waktu untuk manusia bersedia"

Rasulullah sendiri sudah memberi amaran kepada umatnya bahawa umur dunia ini sudah sangat pendek. Rasulullah sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan jari hantu, dan jarak beza antara keduanya itulah dianggarkan jarak usia dunia ini sehingga kiamat. kita tidak tahu bila, namun banyak tanda-tanda yang dihantar oleh Allah ini sepatutnya sudah cukup menginsafkan.

Peristiwa tsunami ini merupakan pengajaran yang sudah cukup besar bagi umat ini menginsafi kejadian. peristiwa tsunami ini pun sudah dianggap sebagai kiamat kecil kerana Allah baru menghantar air dalam bentuk ombak besar, namun sudah banyak kerosakan dan kematian yang berlaku.

usah tunggu matahari terbit di barat baru manusia ini mahu bertaubat kerana sesungguhnya apabila tiba waktu itu segala taubat manusia sudah tidak diterima Allah. jadi, persoalan bilakah kiamat akan berlaku tidaklah menjadi persoalan bagi manusia terutama kepada umat Islam, namun begitu persoalan tentang setakat mana amalan kita inilah yang sepatutnya dirisaukan. bertaubatlah setiap masa kerana barangkali kita akan mati dulu sebelum kiamat akan berlaku.

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 8:40 PM

Tuesday, February 15, 2005

Ummati Ummati Ummati

UMMATI UMMATI UMMATI




Andai kata Rasulullah dapat melihat apa yang telah berlaku dunia hari ini, pasti Rasulullah akan menangis kesedihan kerana manusia seolah-olah seperti tiada pedoman.

Rasulullah seorang Nabi yang sangat sayang pada umatnya. kasih dan sayang baginda kepada umat sungguh tidak terperi lagi, sehingga diriwayatkan bahawa apabila Rasulullah hampir wafat pun baginda masih menyeru "UMMATI UMMATI UMMATI" yang bermaksud umatku umatku umatku...

gambaran kasih sayang Rasulullah kepada umatnya dirakamkan dalam al-Qur'an, surah at-taubah ayat 128

"Sesungguhnya telah datang seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyanyang terhadap orang-orang mukmin"
dan satu doa Rasulullah juga telah dirakam oleh Allah dalam al-Qur'an surah al-maidah ayat 118:

"Ya Allah, jika engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka ialah daripada hambamu. dan jika engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya engkaulah lagi maha perkasa lagi maha bijaksana"
di dalam bahasa arabnya berbunyi begini : "In Tu'azzibhum fa innahum ibaduka, fa in taghfirlahum fa innaka anta al-aziz al-hakim"

kasihnya Rasulullah, sayangnya pada ummat ini tidak terperi lagi. Rasulullah sangat takut jika umatnya ini mati dalam keadaan kafir dan menyekutukan Allah. Rasulullah benar-benar mengharapkan umat ini mati dalam Islam, cahaya iman. Agama inilah yang diwahyukan oleh Allah kepada baginda untuk disampaikan kepada sekalian alam. bukankah kita tahu bahawa Rasulullah ini diturunkan untuk sekalian alam, manusia daripada segenap pelusuk dunia ini kesemuanya umat Muhammad, baik yang berada di benua Arab, benua Amerika, benua eropah, benua asia, baik yang berada di antartika dan sebagainya. baik orang itu rakyat Malaysia, indonesia, singapura, thailand, cina, india dan sebagainya. baik orang itu berkulit hitam mahupun kulit putih, semuanya umat Muhammad. "Wa Ma Arsalnaka illa Rahmatan Lil Alamin" yang bermaksud "Tidak kami turunkan engkau wahai Muhammad melainkan untuk memberi rahmat ke seluruh alam."

gambaran kasih kasih Rasulullah kepada umat juga dirakamkan dalam ayat ini : surah an-Nisa' ayat 41

Maka, bagaimanakah (halnya orang-orang kafir itu nanti), apabila kami datangkan seorang saksi (rasul) dati tiap-tiap umat dan kami datangkan kamu Muhammad sebagai saksi atas mereka itu sebagai (umatmu)
berlinang air mata Rasulullah apabila mendengar ayat ini.

sambutan hari kekasih ini bukan sambutan umat Islam, malah sambutan bagi orang kristian, bagi memperingati saint valentine.

mujurlah malaysia tiada sambutan khas seperti itu...jika tidak sedih dan menangis pak lah apabila melihat rakyatnya seperti tidak bermoral sedangkan baru sahaja sambutan ma'al hijrah sempena dengan awal muharam dengan tema "Islam Hadhari menjana Kemajuan ummah"

agak jijik juga sesekali memandang sambutan yang diadakan khasnya di luar malaysia ini.
di Filipina (seperti dalam gambar bahagian bawah) , acara yang dikenali sebagai LAVAPALOOZA di manila, filipina itu berjaya mengumpulkan 5300 pasangan kekasih dalam acara mega, seperti pesta dengan ciuman bibir paling kurang 10 saat secara serentak, demi memecahkan rekod dunia, yang tercatat dalam Guinness world book of record yang kini disandang oleh chile dengan rekod 4445.

di thailand pula diadakan acara hug marathon. negara jiran kita juga. di sweden seperti noirkudus telah katakan sebelum ini kissathon diadakan. jadi di mana-mana ialah hari berkasih sayang. segenap lapisan masyarakat daripada kanal-kanak, remaja, dewasa, malah orang tua juga menyambutnya. akan tetapi sasarannya ialah remaja yang belum berkahwin.

UMMATI UMMATI UMMATI......kata-kata Rasulullah sehinggalah ketika nazak hendak menghembuskan nafas terakhir. masih teringat pada umat.

bukanlah islam itu melarang umatnya untuk berkasih sayang. fitrah manusia itu diciptakan mahu berkasih sayang. cinta itu anugerah Allah. Allah yang menganugerahkan kepada manusia dan melimpahkan perasaan sayang itu dalam hati manusia. namun Allah juga menggariskan beberapa panduan bagi manusia itu bercinta.

Allah telah menggariskan panduan bercinta ini kerana Allah sayang pada hambanya. bagi sesiapa yang tidak mengikut garis panduan ini maka mereka menjerumuskan diri ke arah kebinasaan. dalam islam ada tiga tahap cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul dan cinta sesama manusia. cinta Allah dan Rasul tahap tertinggi, manakala cinta sesama manusia mestilah berlandaskan cinta Allah dan Rasulnya.

dan bukanlah Islam melarang umatnya bagi meluahkan rasa cinta. cinta itu boleh diluahkan, kerana memang sifat semulajadi manusia tidak dapat memendam segala-galanya. namun ia ada juga batasan dan tempatnya. bukanlah untuk mengadakan pesta seks dan sebagainya untuk meluahkan rasa cinta.

namun cinta valentine ini merosakkan, ciptaan barat dan kristian untuk merosakkan akhlak umat Islam. ingat ayat ini :
orang yahudi dan nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti jejak langkah mereka. (wa lan tardho anka al-yahud wa lan nashara hatta tattabi'a millatahum) al-Baqarah

dan hadis ini Daripada Abu Sa'id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".
UMMATI UMMATI UMMATI... Rasulullah ingat umatnya, bagaimana pula umatnya??

hakikatnya umat Muhammad lupa pada Allah dan Rasulnya. sedangkan cinta yang diajar Rasulullah ialah cintakan Allah dan Rasulnya melebihi cinta selain keduanya. hadis bermaksud : "Tidak beriman seorang kamu sehinggalah Allah dan rasulnya dicintai melebihi selainnya"

Jadi, mahu ikut teori cinta Islam atau teori cinta st valentine??

ISLAM HADHARI MENJANA KEMAJUAN UMMAH...... malaysia kini sedang mencipta umat bertamadun. malaysia kini sedang menuju ke arah tamadun. model tamadun barat bukanlah pilihan tamadun untuk dicontohi. model tamadun barat merupakan model tamadun yang musnah lagi hancur. Model tamadun Islam ialah model yang gemilang dari segenap segi, baik dari segi kemajuan, keilmuan, sahsiah dan sebagainya.

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 6:33 AM

Saturday, February 12, 2005

Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah

ISLAM HADHARI MENJANA KEMAJUAN UMMAH

Image Hosted by ImageShack.us
HIJRAH, HIJRAH, MENGAJAK KITA BERUBAH
MENUJU TAMADUN UMAT GEMILANG
WAWASAN HIDUP DIBERKATI
MAJU MEMBANGUN DI SEGALA SEGI
HIJRAH...HIJRAH......

(satu rangkap daripada sebuah lirik lagu nasyid)

agak menarik tema sambutan ma'al hijrah pada tahun ini, lain daripada yang lain, mana tidaknya kerana tema Islam Hadhari ini adalah satu perkara yang baru, tidak pernah wujud sewaktu pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad (Pak det), mahupun zaman-zaman perdana menteri sebelum ini sejak daripada zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-haj.

maka apabila paklah menyebut term ini "cemerlang, gemilang dan terbilang" maka pemimpin di bawah pimpinan beliau pun terus melonjakkan tema ini, dan sehinggalah ianya menjadi satu tema yang sentiasa meniti di bibir rakyat. seakan-akan tema ini sangat fleksibel untuk dipakai di mana-mana sahaja baik di sekolah, universiti, pejabat, warung kopi, restoran-restoran, bandar besar, kampung kecil dan di mana-mana sahaja. ia boleh menjadi satu kata perangsang, kata dorongan, tema motivasi dan sebagainya. pendek kata masyarakat boleh memahami tanpa perlu dijelaskan, kerana tema itu memang sudah jelas pun, dan boleh diterima pakai. lagipun bunyi itu pun sudah sedap didengar.

begitu juga istilah "Islam Hadhari" ... satu ketika dahulu sewaktu pak lah mula-mula menyebut istilah ini, ia merupakan satu perkataan yang agak asing dan pelik bagi masyarakat Malaysia. apa itu hadhari? Islam hadhari pula apa? ada islam yang tidak hadhari ke? ataupun islam had-hari? Islam versi baru ker? dan sebagainya.

dan sekarang ini tema Islam Hadhari ini pula yang meniti di bibir masyarakat. sedangkan masyarakat di peringkat akar umbi, ramai lagi yang masih tidak faham apa itu Islam Hadhari. di peringkat para sarjana pula, mungkin ada yang boleh menghuraikan dengan jelas apakah sebenarnya maksud di sebalik Islam hadhari ini, dan tidak kurang juga ada yang tidak bersetuju dengan penggunaannya, dan mencadangkan supaya istilah tersebut ditukar sedikit (di"modify") namun tidak lari daripada maksud asal.

penggunaan istilah Islam Hadhari ini mempunyai signifikan yang berbeza :

yang pertama ialah : ianya boleh membawa kekeliruan yang amat ketara di peringkat rakyat secara amnya. pemahaman yang salah tentang makna sebenar Islam hadhari ini akan menyebabkan penggunaan yang salah, dan boleh menjurus pula kepada ulasan yang salah.

kedua ialah : daripada sudut positif, kita boleh katakan pengenalan istilah ini adalah sebagai satu "tema perpaduan" yang mana ianya berbeza mengikut pemimpin yang memerintah, jika berakhir pemerintahan tersebut dan naik pemimpin baru maka akan lahir pula satu tema yang baru. mungkin daripada sudut positifnya begitulah,

dan di sebalik point yang kedua tadi, point yang pertama yang amat membimbangkan kerana kekeliruan yang timbul itulah boleh memecahbelahkan Islam itu walaupun niat asal ialah perpaduan bangsa melayu.

Itulah dia perpaduan Islam vs perpaduan melayu.

Hadhari itu sendiri berasal daripada perkataan Arab "Hadharah" yang bermaksud tamadun. Dalam bahasa Inggeris pula ianya merujuk kepada "civilization" juga merujuk kepada tamadun atau peradaban. Maka perkataan Islam Hadhari ini sebenarnya ialah merujuk kepada Islam yang bertamadun.

Akan tetapi walaupun ditujukan kepada ketamadunan islam itu sendiri, namun penggunaan istilah itu sendiri banyak menjadi tanda Tanya, yang sampai ke hari ini pun masih banyak lagi perdebatan tentangnya tidak kira sama ada perbincangan di peringkat ahli politik, cendekiawan ataupun ahli intelektual mahupun orang awam. Namun begitu, yang sangat menakutkan kita ialah perbincangan di peringkat politik yang melibatkan politikus-politikus daripada parti berbeza yang tentunya pendirian setiap politikus adalah mewakili parti politik. Kita sebagai rakyat biasa juga secara umum mengetahui bahawa antara sifat ahli politik ialah sanggup menegakkan benang yang basah demi mendokong dan membela perjuangan parti tidak kira parti mana sekalipun. Jadi, sudah tentu ianya akan menjurus ke arah perdebatan yang tidak sihat. Namun bagi para cendekiawan, walaupun hujah yang dikemukakan adalah hujah ilmiah sama ada hujah melalui seminar, dialog mahupun penulisan, ianya tetap menimbulkan keraguan dan kemarahan bagi pihak yang mempunyai kepentingan. Kita sebagai rakyat awam secara umumnya mengetahui bahawa ahli akademik ini hujahnya ialah hujah akademik dan tiada kepentingan dengan mana-mana pihak, namun begitu terdapat juga beberapa orang ahli akademik yang menjurus ke arah kepartian.

Kita bercakap sekarang ialah tentang tamadun, atau civilization dalam bahasa inggerisnya, atau hadharah dalam bahasa arabnya. Apakah erti tamadun itu secara amnya?

Noirkudus merujuk buku pengantar Tamadun Islam tulisan Amir Abdul Rahman. Di sini beliau mengatakan bahawa sebelum kita berbicara tentang tamadun maka adalah penting bagi kita untuk mengetahui apakah yang dikatakan dengan tamadun itu.

Daripada sudut epistimologi, perkataan civilization itu berkait rapat dengan urbanization. Civilization itu diambil daripada perkataan Latin iaitu city iaitu civitas. Itu ialah daripada perspektif barat, di mana kita mudah mendapati bahawa kebanyakan tamadun bermula daripada Bandar-bandar besar, dan ciri-ciri asas peradaban manusia lebih mudah ditemui di Bandar-bandar besar.

Dari sudut bahasa Arab beberapa istilah digunakan merujuk kepada pengertian tamadun. Di antaranya ialah perkataan madani, tamadun, hadarah dan umran. Perkataan madani ataupun madaniah ini daripada kata pokoknya mudun bermakna Bandar, seperti juga madinah yang mempunyai kata dasar yang sama iaitu mudun yang bermaksud Bandar. Sama seperti civilization di mana kata akarnya ialah city merujuk kepada Bandar. Perkataan madani ini pernah dipopularkan penggunaannya oleh bekas timbalan perdana menteri kita yang pernah dipenjarakan atas tuduhan liwat, zina dan rasuah iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim di mana istilah masyarakat madani digunakan merujuk kepada makna masyarakat bertamadun.

Masyarakat madani ini juga merujuk kepada masyarakat madinah yang dibentuk oleh Nabi Muhammad saw yang menjadi model kepada tamadun Islam itu sendiri.jadi, islam sendiri sudah ada model tamadun yang boleh dicontohi kerana disitulah bermulanya sebuah tamadun yang sangat hebat yang seterusnya mewujudkan sebuah empayar Islam yang sangat hebat lagi luas sehingga merangkumi 3/4 dunia.

Dalam bahasa arab juga disebut umran di mana Ibnu Khaldun di dalam kitabnya al-Muqaddimah telah menggunakan perkataan umran dalam kajian beliau mengenai ibu-ibu kota dengan erti "kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju". Beliau juga menggunakan perkataan hadarah sebagai lawan bagi perkataan "badi" dan "badiah"

Hadharah pula dimaksudkan sebagai satu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan. dan dalam pemakaian bahasa arab moden, perkataan tamadun membawa erti memiliki ciri-ciri hidup bandar atau bertamadun.

Prof Syed Naqib Al-Attas memberikan takrif tamadun Islam sebagai

"keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya"
Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah pula menghuraikan maksud peradaban atau tamadun Islam ini sebagai:

"pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni"
Jadi, dapatlah noirkudus simpulkan di sini bahawa, masyarakat bagi sebuah negeri yang bertamadun itu mestilah mencapai kegemilangan yang tinggi dari segi pembangunan, keintelektualan dan juga kegemilangan dari segi sahsiah iaitu dari segi kesopanan dan kesusilaan.

jadi konsep Islam Hadhari ini, jika mahu direalisasikan mestilah mencapai seperti apa yang telah dihuraikan oleh dua orang tokoh pemikir Islam iaitu Prof Syed Naquib al-Attas dan juga Ibn Khaldun tadi. cukuplah cuma dua tokoh, dan itu juga sudah jelas tentang apa yang sepatutnya dikehendaki daripada tamadun Islam itu sendiri.

noirkudus teringat ulasan Dato' Dr Mashitah Ibrahim, dahulunya seorang tokoh akademik, dan sekarang ini seorang tokoh politik pula, dan sudah menjadi ahli parlimen Baling kedah, dan sekarang setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, sewaktu pernah ditanya wartawan tentang penggunaan tema Ma'al Hijrah tahun ini iaitu Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah, kata beliau Islam Hadhari ini ialah Islam bertamadun dan tentunya merujuk kepada umatnya yang bertamadun dan di antara aspek ataupun ciri yang ada bagi umat bertamadun ialah aspek berkenaan sahsiah atau nilai-nilai diri.

noirkudus sangat tertarik tentang point ini. memang benar soal sahsiah atau nilai ataupun moral ini sangat dititik beratkan jika kita mahu mencapai taraf ketamadunan yang tinggi. tamadun Islam tentunya tidak boleh disamakan dengan tamadun barat, kerana jika kita ikut tamadun dari perspektif barat, maka mereka iaitu barat ini tidak mementingkan nilai moral dalam diri umatnya. itu sebabnya walaupun kita lihat kerosakan akhlak yang sangat teruk dalam masyarakat barat, namun mereka masih mendakwa mereka ini umat yang bertamadun. sampai sekarang juga krisis moral dalam masyarakat barat ini sudah mencapai tahap yang serius, namun apakan daya kerana inilah model masyarakat bertamadun ataupun dalam bahasa inggerisnya ialah "civilised people" di mana sehingga kini amat dibanggakan oleh barat. mereka pernah memusnahkan tamadun Islam, dan kini mereka bina model tamadun mereka akan tetapi atas landasan yang tidak bermoral.

itu daripada perspektif barat, namun bagi perspektif tamadun Islam, nilai moral inilah tunjang bagi membina masyarakat tamadun. sedangkan Rasulullah selepas diturunkan dan diangkat menjadi Rasul maka segala perangai masyarakat arab yang tidak bermoral pada waktu itu dibetulkan, penyakit masyarakat diubati dan sebagainya sehinggalah mereka itu bersih daripada pengaruh jahiliah. perbuatan seperti penzinaan, bunuh anak, judi, tilik nasib, penyembahan berhala, meminum arak, hidup berpuak-puak dan penuh dengan persengketaan dan sebagainya lagi perkara-perkara yang boleh merosakkan masyarakat diperbaiki oleh Rasulullah. hasil daripada didikan Rasulullah itulah masyarakat telah menjadi satu masyarakat yang mempunyai peribadi mulia dan seterusnya mengangkat darjat dan martabat mereka ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu mencapai ketamadunan yang gilang gemilang lagi cemerlang, gemilang dan terbilang.

namun kini penyakit masyarakat itu bukannya sudah diubati malah semakin teruk menular dalam masyarakat seperti kes samseng jalanan, kes pembunuhan, kes buang anak, penzinaan dan sebagainya. bagaimana mahu menjadi masyarakat bertamadun jika begini sifatnya. penyakit moral seperti ini patut dibasmi terlebih dahulu. perbuatan berzina misalnya, merupakan penyakit masyarakat yang meruncing. perbuatan zina adalah satu perbuatan yang keji sifatnya seperti telah diperkatakan oleh Allah dalam al-Qur'an. namun perkara ini berleluasa dilakukan oleh remaja khususnya. daripada perbuatan zina inilah lahirnya anak luar nikah, dan disebabkan malu dengan anak luar nikah ini berlakunya kes pembuangan anak. bukankah ini sifat masyarakat yang tidak bertamadun? perbuatan yang keji dan sangat hina dan sifat jahiliah. sedangkan binatang juga tahu sayangkan anak inikan pula manusia. apakah kita sedar bahawa kes pembuangan anak ini hanya terdapat pada bangsa melayu? apakah anda mendengar kes seperti ini pada masyarakat di eropah? atau apakah anda mendengar kes seperti ini pada bangsa lain seperti bangsa cina? noirkudus pernah diajukan persoalan seperti ini. kelu lidah seribu bahasa memandangkan noirkudus juga adalah orang melayu dan persoalan itu ditujukan buat bangsa melayu. orang berkata bahawa bangsa melayu kini sudah maju, bangsa melayu kini menuju ketamadunan yang tinggi namun begitu penyakit masyarakat jelas menular dalam masyarakat seperti kes buang anak ini yang tidak ada pada bangsa lain. noirkudus terfikir kembali, benarkah ini?? apakah tidak ada kes seperti ini pada bangsa cina bermakna orang cina tiada yang berzina? apakah tidak ada kes seperti ini terhadap masyarakat eropah maka ini bermakna masyarakat eropah tidak pernah berzina. maka kini noirkudus sudah mendapat jawapannya iaitu, pada masyarakat eropah atau masyarakat lainnya yang kononnya bertamadun, perbuatan zina bagi mereka satu perbuatan yang halal dan tiada dosa dilakukan oleh pasangan muda yang belum berkahwin, dan dengan bantuan teknologi juga mereka menggunakan alat seperti pil atau kondom bagi mencegah kehamilan berlaku, ataupun tanpa menggunakan peralatan seperti itu mereka juga bebas untuk berzina dan mereka sewenang-wenangnya boleh berzina dengan sesiapa yang mereka suka walaupun sehingga mengandung dan melahirkan anak, anak tersebut seolah-olah halal bagi mereka, kerana mereka tiada istilah haram dalam penzinaan dan juga tiada istilah anak haram, maka dengan itu juga tiada istilah buang anak bagi mereka kerana "anak haram" pada pandangan kita merupakan anak halal bagi pandangan mereka, dan jika keluar anak hasil penzinaan tiada apa yang perlu dimalukan kerana halal belaka. namun berbeza bagi masyarakat melayu, perbuatan zina ini sejak turun temurun adalah satu perbuatan yang sangat keji lagi memalukan bagi masyarakat dan pantang bagi orang tua-tua jika anak yang dilahirkan itu adalah anak luar nikah, dan perkara ini adalah satu perkara yang amat memalukan sejak turun temurun, dan tiada apa-apa yang lebih memalukan dalam masyarakat melainkan mendapat anak luar nikah. ini kerana nilai moral dalam masyarakat melayu amat dipandang tinggi sejak turun temurun, dan kerana itu bangsa melayu pernah mencapai satu tahap ketamadunan yang tinggi. namun kini, masalah kebejatan moral seperti ini amat meruncing dan bagaimana hendak mencapai tahap ketamadunan seperti yang diidam-idamkan.

Tokoh Ma'al Hijrah tahun ini, Ustaz Uthman el-Muhammady, dalam ucapannya sempena penganugerahan tersebut telah memperkatakan tentang budaya koboi dan brutal dalam masyarakat. ini ada kaitan dengan kebiadaban umat yang akhir sekali boleh menyebabkan kehancuran umat itu sendiri. memang benar, bagi masyarakat melayu ini, budaya koboi dan biadab ini sangat tidak sesuai kerana tidak kena dengan jiwa orang melayu memandangkan orang melayu ini sangat terkenal dengan sifat ketimuran iaitu sifat lemah lembut dan bersopan santun dan berbudi bahasa. akan tetapi kerana mencontohi tamadun barat maka bangsa melayu sejak akhir-akhir ini sudah hilang nilai akhlak ketimuran seperti yang wujud pada diri orang melayu terdahulu. contoh mudah dan simple, dulu jika ada tetamu di rumah, maka kalau hendak melintas di belakang mahupun di depan kita akan meminta laluan sambil tunduk badan tanda hormat, namun sekarang tiada lagi nilai seperti itu, kita akan lalu dengan sombong dan gah. bahasa yang digunakan juga sudah berubah, dulu kita cakap "minta maaf, tumpang lalu yer atau maaf, boleh saya lalu" sekarang ni kasar sikit bunyinya "tepi sikit". itu sekadar contoh bahasa dan perbuatan. walaupun perkara tersebut nampak sangat kecil, namun ia ada kaitan dengan adab seperti meminta izin, merendah diri, hormat tetamu, memohon maaf dan sebagainya. namun sekarang ini sudah tiada hormat baik orang muda kepada orang tua atau sebaliknya. malah bahasa juga tidak lagi menunjukkan tanda berbudi bahasa dan sopan santun melayu. contohnya perkataan bohong atau tipu itu sudah menjadi perkataan "kencing" contohnya "kau kencing aku yer" bermaksud kau tipu aku yer. begitulah contoh orang dulu dan sekarang. budaya sudah berubah.

noirkudus teringat iklan tentang BUDI BAHASA BUDAYA KITA.
sangat menarik dan sangat terkesan bagi sesiapa yang melihatnya. lakonan tersebut sangat menjadi terutama watak orang muda yang tidak sikit pun mengasihani warga tua, wanita mengandung, dan warga buta apabila lebih mementingkan diri sendiri, sedangkan budaya kita apabila kita sedang duduk, sama ada duduk menunggu giliran mahupun dalam kenderaan seperti bas, keretapi dan sebagainya maka apabila kita melihat warga seperti ini kita akan mempelawa mereka supaya duduk di tempat kita, sedangkan daripada kecil, kemudian di sekolah kita diajar bahawa keutamaan perlu diberi kepada golongan seperti ini. jika tidak diajar secara formal di sekolah pun secara logiknya kita boleh berfikir secara rasional. namun, budaya ini masih lagi diamalkan namun banyak juga ianya berlaku terutama anak-anak muda yang tidak tahu tentang budaya mereka datuk nenek moyang mereka. iklan tersebut sangat mempunyai hikmah yang tinggi kerana pendekatan yang digunakan itu sangat berhikmah bagi pengajaran dan tauladan terutama bagi generasi muda yang sudah tidak tahu menghormati orang yang sepatutnya mereka ini menghormati. lihat bagaimana lelaki itu akhirnya malu sendiri apabila akhirnya orang tua yang bertongkat itulah memulangkan paku buah keras kepadanya. lihat bagaimana orang tua dalam iklan itu sanggup mengalah dan memberikannya kepada perempuan mengandung, dan wanita mengandung tersebut sanggup pula beralah untuk memberikan kepada pakcik yang buta itu. sedangkan sepatutnya orang muda itu yang mengalah bukannya berpura-pura tidur. memang terkesan...sangat-sangat terkesan... terima kasih kepada kementerian kebudayaan dan pelancongan yang menaja iklan tersebut. moga banyak lagi iklan yang berbentuk seperti itu. selagi baik, noirkudus pasti akan sokong.

kerana mementingkan budi inilah maka banyak pantun melayu mengaitkan budi dan bangsa. dan banyak juga kisah yang menggambarkan budi dan bangsa. dan ingatlah bahawa budi itu sendi bangsa, tiada budi runtuhlah bangsa.

noirkudus sangat mendokong konsep untuk menjadikan bangsa melayu bangsa yang bertamadun melalui pelbagai pendekatan sekalipun termasuk pendekatan seperti ISLAM HADHARI MENJANA KEMAJUAN UMMAH dan sebagainya. namun, noirkudus juga sangat menitikberatkan pemilihan yang betul dalam temanya. seperti yang sudah noirkudus jelaskan di awal tadi tentang makna sebenar civilization dan hadharah, maka istilah ISLAM HADHARI sebenarnya satu istilah yang salah, kerana tamadun itu merujuk kepada umat atau masyarakatnya, maka istilah yang lebih sesuai untuk diguna pakai ialah MUSLIM HADHARI, merujuk kepada masyarakat Islam yang bertamadun.

konsep itu sudah bagus iaitu ke arah penyatuan bangsa melayu, dan juga konsep menjadikan bangsa melayu menjadi bangsa bertamadun seiring dengan pembangunan pesat bangsa. kerana itu pendekatan seperti ini diambil dan digariskan tentang 10 konsep Islam hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan. namun, apakan daya seperti menegakkan benang yang basah, istilah ini tidak boleh ditarik balik dan walau dengan apa cara sekalipun mesti dicari juga segala hujah yang boleh menyokong tentang gagasan ini. sedangkan Islam itu ialah satu, dan tidak berubah daripada dulu sehingga sekarang. kerana itu para ulama dan cendekiawan berusaha untuk menggariskan konsep-konsep Islam hadhari ini.

adalah diharapkan agar impian untuk menjadi bangsa bertamadun akan terlaksana. tidak kiralah apapun konsep, namun, apa makna yang terkandung di sebalik konsep itu bolehlah diambil intipati daripadanya supaya benar-benar dapat direalisasikan impian itu. jika hanya sedap pada konsep dengan tujuan kepentingan politik maka noirkudus sangat bersedih hati. jika benar tujuan itu adalah untuk kepentingan Islam syukur alhamdulillah. noirkudus sebagai orang awam, rakyat biasa, maka noirkudus sangat bersangka baik dengan mengharapkan satu perubahan. tapi apakan daya, sifat pemimpin hanya suka bercakap tapi tak serupa bikin. ingin menjadikan bangsa bertamadun dan bercakap di sana sini bahawa penyakit masyarakat ini perlu dibasmi, sedangkan hakikatnya merekalah yang membiak penyakit masyarakat ini. bercakap tentang sifat samseng dan kurang ajar, hakikatnya merekalah yang kurang ajar. bercakap tentang penzinaan dan anak luar nikah, sedangkan merekalah yang membiakkan perkara seperti ini dengan tidak membasmi sarang-sarang pelacuran dan tidak bertegas dalam operasi bagi mencegah kemaksiatan, mereka bercakap bahawa judi itu haram dan merupakan salah satu penyakit masyarakat dan jauhi daripada berjudi kerana boleh menggadai keluarga dan masyarakat, akan tetapi hakikatnya mereka inilah yang memberi lesen kepada syarikat judi bagi meneruskan operasi mereka, mereka berkata lagi bahawa kita iaitu kerajaan hanya memberi lesen judi kepada orang bukan Islam, akan tetapi hakikatnya ini juga secara tidak langsung memberi lesen kepada umat Islam untuk masuk ke dalam syarikat judi itu di mana tauke judi itu sebenarnya ada juga dari kalangan bangsa melayu yang beragama Islam. bercakap tentang arak, siapa lagi yang memberi lesen untuk kilang arak, dan alangkah bangganya kerana malaysia mempunyai kilang arak yang terbesar di asia, dan terbesar di asia tenggara.

itu sekadar harapan dan luahan noirkudus, namun jauh di lubuk hati ini, noirkudus sangat menyokong segala pendekatan dan juga konsep yang boleh membantu meningkatkan kemajuan bangsa dan Islam itu terutama untuk mengembalikan tamadun Islam sepertimana yang pernah kita capai sebelum ini sejak dari zaman Rasulullah dulu sehinggalah tahun 1924 iaitu tahun runtuhnya khilafah uthmaniah yang berpusat di turki. bayangkan berapa abad Islam berada di puncak dan memerintah dunia ini dan hampir 3/4 dunia adalah di bawah pemerintahan khilafah Islam.

namun, bagi mencapai tamadun yang tinggi seperti ketika zaman silam Islam, kemajuan material mestilah diiringi dengan kemajuan sahsiah dan moral umatnya. dan semoga konsep civilisational islam ini dapat mengubah bangsa melayu supaya maju dalam pelbagai segi. kita mampu untuk mempunyai bangunan tertinggi di dunia, iaitu Kuala Lumpur City Center, iaitu bangunan KLCC, kita juga mempunyai menara kuala lumpur namun begitu nilai budi masyarakat melayu harus juga tinggi lebih tinggi daripada menara yang kita bina.

jadi, moga hijrah ini dapat menjadi pemangkin perubahan dalam diri setiap individu bagi membentuk masyarakat yang bertamadun dan seterusnya menjadi ummah bertamadun...ayuh berubah!!

ISLAM HADHARI MENJANA KEMAJUAN UMMAH

Wallahu A'lam

| Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 11:58 AM

Thursday, February 10, 2005

Menggarap Ruh Perjuangan Rasulullah sempena sambutan Ma'al Hijrah 1426

MENGGARAP RUH PERJUANGAN RASULULLAH DAN PARA SAHABAT SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1426

Image Hosted by ImageShack.us
WISHING YOU 12 MONTHS OF HAPPINESS
52 WEEKS OF FUN
365 DAYS OF SUCCESS
8760 HOURS OF GOOD HEALTH
525600 MINUTES OF GOOD LUCK
3,153,600 SECONDS OF JOY!!
HAPPY NEW YEAR OF HIJRAH 1426
ISLAM HADHARI MENJANA KEMAJUAN UMMAH


1 Muharam ialah tarikh permulaan bagi kalendar Islam iaitu kalendar hijriah...namun penggunaannya dimulakan ketika zaman khalifah Umar al-Khattab...

apakah yang dimaksudkan dengan Hijrah itu?
Hijrah dari segi makna literalnya ialah berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain…manakala makna yang lain pula ialah berpindah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.

bagi umat Islam pula, Hijrah ialah satu peristiwa penghijrahan ataupun perpindahan nabi Muhammad daripada kota Mekah ke Madinah...

namun, bagi orang eropah dan juga barat... Hijrah nabi ini ialah "satu peristiwa di mana Muhammad lari meninggalkan kampung halaman baginda di Mekah"

dua perspektif yang berbeza...namun tentunya pandangan barat ini tidak boleh diterima akal oleh umat Islam kerana kita memang sudah mengetahui agenda barat dan yahudi ini mahu memburukkan Rasulullah dan umat Islam keseluruhannya...

bagaimana pula pandangan umat pada hari ini...??
pandangan masyarakat hari ini tentang makna hijrah sudah berubah, ada juga yang tidak mengetahui langsung apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan hijrah itu. hijrah itu seperti yang diketahui hanyalah satu sambutan di peringkat nasional, di mana cuti umum di seluruh negara, diadakan majlis sambutan ma'al hijrah di peringkat perdana, seperti pada tahun ini diadakan sambutan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), diadakan ucapan YDPA, ucapan perdana menteri, persembahan nasyid, persembahan gurindam, persembahan multimedia dan sebagainya. ataupun diadakan sambutan di stadium, sekolah dan sebagainya dengan mengadakan perarakan sambil menyanyikan lagu Hijrah, ataupun lagu Tola'al Badru Alaina, pasukan kompang turut mengambil bahagian, peserta memakai pakaian lengkap berbaju melayu bersampin songket, perarakan turut membawa sepanduk dengan slogan-slogan tertentu, dan kemuncak bagi sambutan ini ialah pemilihan siapakah tokoh ma'al hijrah peringkat kebangsaan dan peringkat negeri dan sebagainya.. apakah makna hijrah hanya sekadar itu??

itulah makna ma'al hijrah yang diketahui pada hari ini terutama oleh generasi muda, sedangkan ma'al hijrah ini mempunyai maksud yang lebih mendalam daripada segala jenis sambutan yang kita adakan... buatlah sambutan sehebat manapun, buatlah sambutan sebesar mana sekalipun... namun besar atau kecil, hebat atau tidak, ianya bergantung bagaimana kita hendak menyampaikan kepada masyarakat tentang apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik peristiwa ini, apakah pengajaran yang boleh kita dapati daripada peristiwa hijrah nabi dan sahabat ini, bagaimana pula untuk kita adaptasi pengajaran yang kita peroleh daripada peristiwa hijrah ini ke dalam hati umat islam dan sebagainya.

hijrah bukan hanya bermaksud "berpindah daripada satu tempat ke satu tempat yang lain" ...ataupun jika diambil daripada konteks hijrah nabi, bukanlah ianya sekadar perpindahan nabi daripada mekah ke madinah...

apabila ditanya tentang hijrah, ada juga yang memahami bahawa hijrah itu ialah berpindah daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Ini bermakna hijrah ialah satu proses perubahan daripada satu sifat kepada satu sifat yang lain, seperti berubah daripada sifat buruk kepada sifat yang lebih baik dan sebagainya. Maka, setiap orang apabila tibanya tahun baru mulalah memikirkan apakah azam tahun baru kali ini. Jika disuruh catatkan juga maka mereka boleh menulis seberapa banyak azam tahun baru yang mereka sasarkan... kebanyakan azam ialah mahu melakukan perubahan daripada sifat yang kurang baik kepada satu sifat yang lebih baik lagi daripada tahun-tahun lepas... apakah ini juga makna Hijrah??

Setiap kali tibanya tahun baru hijrah kita akan buat satu majlis membaca doa akhir tahun bagi menutup tahun sebelumnya dan kita akan membaca pula doa awal tahun bagi membuka tahun yang baru. Majlis seumpama ini diadakan di setiap masjid dan surau, malah di rumah-rumah disertai oleh pelbagai golongan, kecil besar, tua muda, lelaki ataupun wanita. Perhimpunan diadakan sebelum maghrib lagi untuk menutup tahun dengan doa, dan sembahyang maghrib berjemaah dan membuka tahun baru dengan doa juga dengan mendoakan supaya berlaku perubahan pada diri kepada yang lebih baik lagi.

Hijrah bukanlah sekadar itu, iaitu berdoa akhir tahun dan awal dan kita meletakkan azam tahun baru. Memang benar seperti yang dikatakan bahawa hijrah pada masa sekarang ini maksudnya ialah proses perubahan daripada sifat yang kurang baik kepada sifat yang lebih baik, namun begitu bagaimana applikasi kita bagi merealisasikan makna sebenar dalam hijrah itu.

Doa dan azam sahaja jika tanpa ada perancangan dan ikhtiar bukankah seperti tiada makna? Sedangkan di dalam al-Quran sendiri Allah berfirman bahawa "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri" (InnaAllaha La Yughayyiru ma bi qaumin hatta yughayyiru ma bi anfusihim)

Jadi, Hijrah dalam konteks hari ini jika kita menyorot sejarah penghijrahan nabi, ianya meliputi segala aspek seperti hijrah dalam konteks ilmu, iman, amal, akhlak, nafsu, muamalat dan sebagainya dan ianya melibatkan satu perencanaan, perancangan, doa, usaha, ikhtiar, dan tawakkal.

ini kerana Nabi sendiri pernah bersabda bahawa Tiada lagi hijrah selepas hijrahku iaitu hijrah nabi ke madinah itu.

dunia sekarang ini sudah berada dalam era globalisasi, dan amat berbeza suasana dan keadaan berbanding zaman Nabi dahulu, di mana cabaran dan rintangannya perlu dilalui dengan method atau kaedah yang berbeza, kaedah dan strategi mungkin berbeza namun hakikat perjuangan tetap sama dan tidak berubah. jika nabi memilih untuk berhijrah dari kampung kesayangan baginda iaitu makkah ke madinah, namun semua itu adalah wahyu daripada Allah semata, yang mengarahkan Rasulullah berhijrah ke madinah demi mengembangkan Islam di sana, di saat penduduk mekah sudah menolak dakwah nabi...

penghijrahan nabi bersama dengan sahabat bukanlah bermakna lari daripada medan dakwah, seperti yang diwarwarkan oleh barat. para orientalis ini tidak habis-habis menggembar gemburkan keburukan dakwah nabi demi untuk melemahkan umat islam. dakwaan mereka bahawa Rasulullah seorang yang pengecut dan penakut juga bukanlah bermakna nabi sudah tidak sanggup lagi untuk berdepan dengan orang-orang quraish pada waktu itu, dan ini tidak bermakna mereka sangat berani sehingga menyebabkan ketakutan kepada nabi dan umat Islam pada waktu itu. dakwaan mereka bahawa NAbi dan pengikutnya sangat lemah sehingga memaksa berundur daripada bumi tumpah darah sendiri juga tidak benar sama sekali dan ini tidak bermakna orang quraish itu sangat kuat sehingga memaksa nabi melarikan diri lantaran kelemahan itu. Segala dakwaan dan tuduhan mereka ini tidak bermakna sama sekali bahawa Nabi sudah menyerah kalah…tidak sama sekali,bahkan inilah tanda bahawa mereka yang akan mengalami kekalahan.

akan tetapi, penghijrahan nabi ini adalah berdasarkan wahyu, dan bukannya berdasarkan emosi, bukannya berdasarkan nafsu dan bukan berdasarkan kelemahan nabi sendiri. sedangkan Rasulullah sendiri merupakan orang yang terakhir keluar berhijrah bersama Abu Bakar, sedangkan sebelum itu Rasulullah mengarahkan beberapa pengikutnya supaya berhijrah dahulu sedikit demi sedikit dan beransur-ansur dalam kelompok yang kecil. Rasulullah orang terakhir keluar setelah benar-benar mendapat arahan daripada Allah swt.

Penghijrahan ini bolehlah kita katakan sebagai satu "strategi dakwah" di mana ia bukanlah bermakna berundur melarikan diri buat selama-lamanya dan tidak akan kembali lagi, akan tetapi kita katakan ia sebagai satu "strategi dakwah" kerana ia merupakan "pengunduran bagi merancang dan merangka strategi yang lebih berkesan dan teratur, satu pengunduran bagi membina satu tapak yang kukuh bagi umat islam iaitu di madinah, satu penghijrahan bagi menjana dan memperkasa umat dan akhirnya kekuatan umat dapat dibina bagi menuju zaman gilang gemilang" dan buktinya selepas nabi bertapak di bumi madinah, Islam mula berkembang sedikit demi sedikit, syiar Islam terus mekar di bumi madinah, kekuatan umat berjaya dibina melalui kesatuan kaum muhajirin dan ansar, dan kemuncaknya ialah penubuhan sebuah negara Islam madinah. dan akhirnya, bukti segala bukti bahawa hijrah nabi ini adalah "satu strategi menjana kekuatan" ialah apabila penduduk Islam madinah yang pada ketika itu sudah mencecah ratusan ribu orang, mereka sudah mencapai kekuatan yang amat luar biasa di bawah satu kesatuan akidah dan iman, mereka mula menuju ke mekah bagi tujuan menakluk kota mekah pula, dan akhirnya Islam mula tersebar ke seluruh alam.

Inilah yang harus dilihat secara positif bagi seluruh umat islam, bagaimana hijrah nabi ini sebenarnya ialah satu permulaan bagi pembinaan kekuatan ummat, satu permulaan bagi bermulanya satu peradaban dan satu ketamadunan.

Noirkudus teringat satu ayat ini :

KEBENARAN YANG TIDAK TERANCANG
PASTI AKAN TEWAS DENGAN KEBATILAN YANG TERANCANG.


Jadi, ini bermakna bahawa :

  • perlunya ada perancangan yang teliti bagi memastikan kejayaan
  • perancangan mesti dengan strategi yang teratur dan berkesan
  • Dan natijah bagi perancangan berstrategi ini pasti akan menewaskan segala kebatilan

    Perjalanan hijrah Rasulullah daripada mekah ke madinah harus dilihat secara halus oleh setiap kaum muslimin, bahawa ini adalah satu perancangan Allah bagi menandakan bahawa Islam itu pasti akan berjaya akan tetapi dengan satu perancangan yang teliti dan teratur. Perjalanan hijrah Nabi bukanlah suatu yang tiada erti, dan hanya sekadar menjadi tulisan sejarah, malah perjalanan hijrah nabi penuh dengan seribu satu makna yang perlu dirungkai satu demi satu oleh umat Islam.

    Sepanjang perjalanan hijrah itu, kita boleh dapati bahawa hijrah nabi penuh dengan "strategi" ataupun kita panggil "penuh dengan perencanaan dan perancangan" yang halus dan teliti sifatnya. Dr Said Ramadhan al-Buti di dalam bukunya "Sirah Nabawiyyah" ada menceritakan tentang hijrah nabi ini, hikmah dan ibrah di sebalik segala peristiwa yang berlaku. Jika kita memikirkan secara logik, adalah mudah bagi Allah untuk memberikan kemenangan mutlak kepada KekasihNya Muhammad ini, tanpa perlunya susah payah, tanpa perlunya berpenat lelah, tanpa perlunya melalui segala rintangan dan cubaan dan halangan seperti ini. Namun apa sebenarnya yang mahu ditunjukkan oleh Allah di sebalik peristiwa hijrah ini ialah bagi setiap dai'e ataupun sesiapa yang mendakwa dirinya memperjuangkan Islam, halangan seperti ini adalah wajib. Perencanaan dan perancangan bagi merangka strategi itu juga adalah wajib. Sedangkan Rasulullah itu tarafnya di sisi Allah adalah seorang Rasul, kekasih Allah namun begitu ujian yang ditimpa ke atas baginda maha dahsyat, apatah lagi bagi orang yang mengaku memperjuangkan Islam.

    jika kita meyorot sirah perjuangan nabi, perancangan nabi bagi tujuan mencari tapak yang sesuai bagi menjana kekuatan demi kesinambungan Islam itu sudahpun bermula sejak awal lagi. Hijrah ke madinah ini bukanlah yang pertama, akan tetapi sudah banyak siri percubaan rasulullah yang menemui kegagalan di antaranya ialah hijrah ke habsyah dan hijrah ke Taif, di mana Rasulullah dan umat Islam ini tidak diterima malah dihina dan dikeji, diseksa dan sebagainya. kegagalan ini tidak mencacatkan perjuangan demi meneruskan dakwah.

    kegagalan inilah merupakan satu titik tolak bagi bermulanya perancangan yang lebih baik lagi demi survival islam itu sendiri..

    tatkala, penduduk di tempat kelahiran nabi sendiri sudah menolak dakwahnya mentah-mentah, namun tiada sikitpun perasaan putus asa dalam diri nabi dan para sahabat. strategi demi strategi dirangka bagi mencari tapak yang sesuai bagi memulakan dakwah dan mengukuhkah islam sebelum boleh dilakukan pengembangan Islam itu.

    di sini noirkudus boleh membahagikan strategi Rasulullah itu kepada 3 tahap iaitu :

  • perancangan sebelum hijrah
  • perancangan ketika hijrah atau semasa hijrah
  • perancangan selepas hijrah iaitu selepas bertapak di madinah
  • tujuan hijrah Rasulullah dan para sahabat ialah bagi mencari tapak untuk menyebarkan Islam ketika ruang untuk menyebarkan dakwah Islam di Mekah sudah kelihatan seperti sangat sempit berikutan siri penindasan kaum quraisy yang sangat keterlaluan terhadap Rasulullah dan umat islam yang lain.

    selepas dakwah di Taif dan Habsyah menemui kegagalan, Rasulullah meneruskan usahanya dengan berjumpa kumpulan-kumpulan yang datang daripada luar mekah bagi menunaikan haji pada musim haji, kalau-kalau mereka ini menerima seruan dakwahnya dan kalau-kalau kaumnya menerima seruan Rasulullah ini dan dakwah Islam. dan dalam masa yang sama Rasulullah mengumpul maklumat mengenai orang-orang Tibah (iaitu orang-orang madinah)

    perhatian rasulullah kepada mereka kerana sikap orang-orang madinah terhadap seruan baginda agak berlainan. ini adalah kerana pergaulan mereka dengan masyarakat yahudi di madinah membolehkan mereka mengetahui tentang akan datangnya seorang nabi yang terakhir, seperti yang diceritakan oleh ahli kitab orang yahudi madinah.

    dan akhirnya berkat pertolongan Allah Rasulullah telah berjumpa sekumpulan orang khazraj yang sudi menerima dakwahnya, dan pulang ke madinah setelah beriman, dan mengembangkan islam di madinah. dan setahun berikutnya termetrai satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Aqabah (bai'ah al-Aqabah) antara Rasulullah dan 12 lelaki madinah yang telah memeluk Islam, dan daripada sini termetrai pula perjanjian Aqabah kedua atau perjanjian Aqabah al-Kubra, di mana di sinilah diadakan perbincangan bagi membawa nabi ke madinah.

    daripada sini kita dapati kegigihan rasulullah di dalam mengembangkan dakwah Islam itu sendiri, tanpa mengenal penat lelah dan wajar dicontohi oleh umatnya. pintu kejayaan hanya akan dibuka oleh Allah setelah kita istiqamah dalam perjuangan tanpa mengenal sifat layu di tengah perjalanan. daripada kegigihan inilah Allah menunjukkan jalan apabila mempertemukan dengan dengan satu kelompok yang boleh menerima Islam, dan diadakan bai'ah ataupun perjanjian rahsia di antara mereka dan Rasulullah, diutuskan bersama mereka Mus'ab bin Umair bagi mengajarkan al-Qur'an dan dilantik pula naqib di antara mereka

    di sini kita akan dapati beberapa hikmah, betapa sebenarnya perjuangan Rasulullah ini pernah melalui kegagalan. Apakah amat sukar bagi Allah untuk sentiasa memberikan jalan mudah bagi Rasulullah untuk mencapai kemenangan, dan apakah sukar bagi Allah untuk membolehkan Rasulullah ini sentiasa mendapat kemenangan..bukankah Rasulullah ini kekasih Allah? bukankah Rasulullah ini Rasulullah? namun, inilah sebenarnya yang patut diambil pengajaran daripadanya. Apa yang Allah mahu perlihatkan di sini ialah Sunnah perjuangan itu pasti akan ada naik dan ada turun, sunnah perjuangan itu ada ketikanya gagal dan ada ketikanya kita menang, jatuh dan bangun dalam dakwah itu adalah satu sunnah. Orang yang tidak pernah jatuh, belum tentu dia tahu tentang nikmat perjuangan. Sedangkan bayi yang sedang belajar berdiri itu pun bermula dengan jatuh, bangun, dan jatuh dan bangun kembali sebelum pandai untuk berdiri dengan betul. Itulah fitrah atau sifat semulajadi bagi perjalanan sebuah kejayaan. Kegagalan Rasulullah sebelum itu bukanlah sebagai petanda Allah tidak sayangkan perjuangannya, namun hakikat di sebaliknya Allah mahu umat terkemudian berfikir bahawa itu adalah sunnah perjuangan dakwah, dan putus asa di tengah perjalanan bukanlah jalan terbaik, kerana Allah hanya akan memberikan pertolongan bagi sesiapa yang benar-benar gigih berusaha untuk mencapai tujuan dakwah itu.

    Dan selepas itu, bermulalah perancangan Rasulullah untuk berhijrah ke madinah. apabila sampai masanya keputusan hijrah dikeluarkan oleh rasulullah, para sahabat keluar sedikit demi sedikit, dan dalam kelompok kecil. ini juga merupakan satu strategi bagi mengelakkan dapat dikesan jika berhijrah dalam kelompok yang ramai, dan juga dapat mengelakkan kebinasaan yang lebih besar jika dijumpai oleh orang kafir quraisy pada waktu itu.

    rasulullah orang terakhir berhijrah kerana menunggu arahan daripada Allah. Ketika malam bermulanya hijrah nabi, rumah baginda telah dikepung oleh pembesar quraish yang terpilih bagi menunggu saat baginda keluar rumah itu untuk meneruskan operasi pembunuhan Rasulullah . namun dari situ sudah bermula strategi Rasulullah dengan memilih Ali bin Abi Talib bagi menggantikan tempat tidur baginda dengan memakai baju dan selimut baginda. Kemudian bantuan Allah datang, apabila Allah menutup mata-mata mereka yang sedang menunggu di luar rumah Rasululllah, dan baginda dapat meloloskan diri tanpa disedari oleh orang-orang kafir itu.

    Perjalanan diteruskan apabila Rasulullah terus menuju ke rumah Abu Bakar as-Siddiq yang sudah bersedia semenjak awal lagi untuk menjadi teman Rasulullah, dan mereka meneruskan perjalanan untuk bersembunyi di gua Thur selama tiga hari.

    Daripada situ kita akan dapat lihat bagaimana strategi yang lebih teratur dan tersusun sebenarnya sudah dirangka, dengan melantik Asma' binti Abu Bakar iaitu anak perempuan Abu Bakar as-Siddiq, sebagai orang yang menghantar bekalan makanan kepada Rasulullah dan Abu Bakar pada setiap pagi. Abdullah bin Abu Bakar pula dilantik sebagai perisik supaya merisik berita yang dibincangkan oleh kaum musyrikin mekah tentang apa yang diperkatakan oleh mereka terhadap rasulullah, dan dikehendaki melaporkan berita itu kepada Rasulullah dan Abu bakar. Amir bin Fuhairah pula ialah seorang hamba ataupun khadam kepada Abu Bakar, dikehendaki mengembala kambing pada siangnya dan dikehendaki datang ke tempat persembunyian Rasulullah pada sebelah petangnya memerah susu dan membawa makanan untuk Abu Bakar dan Rasulullah di dalam gua, dan diarahkan supaya mengikuti Abdullah bin Abu Bakar ini ketika pulang pada petangnya dan mengikutinya dengan kambing-kambingnya sambil memadam tapak kaki Abdullah bin Abu Bakar supaya tidak dapat dikesan tempat persembunyian Rasulullah dan Abu Bakar di dalam gua thur itu.

    Di sini kita dapat lihat bahawa setiap orang berperanan di dalam dakwah Islam itu sendiri, tidak kira orang tua, muda, hamba, lelaki ataupun wanita. Jika orang mengatakan bahawa seorang wanita tidak berperanan di dalam dakwah dan hanya sesuai untuk duduk di rumah sahaja maka orang yang berkata demikian telah tersilap sebenarnya. Lihat sajalah bagaimana peranan Asma Binti Abu Bakar di dalam membantu hijrah nabi ini, bukankah tugas ini adalah satu tugas yang berat dan genting kerana kalau tersilap langkap boleh menghumbankan diri ke lembah kebinasaan akibat terserempak dengan musuh-musuh Rasulullah yang berada di mana-mana untuk membunuh baginda dan dakwah Islam itu sendiri. Abdullah bin Abu Bakar pula ialah seorang anak muda yang setahun jagung akan tetapi mempunyai semangat berkorban yang tinggi demi membantu agama Islam. Dan Amir bin Fuhairah pula ialah seorang budak suruhan ataupun hamba kepada Abu Bakar.

    Permulaan Hijrah ini sudah cukup menampakkan bahawa strategi yang tersusun itu sudah dirangka dan dirancang dengan sebaiknya oleh Rasulullah dan Abu Bakar.

    Dan ketika sampai di Gua Thur, kita dapati bahwa Abu Bakar lebih dahulu masuk ke dalam gua untuk melihat apakah ada ular atau kala jengking di dalamnya. Abu Bakar sanggup menggadaikan keselamatan diri sendiri demi menjaga keselamatan Rasulullah.

    Ini menunjukkan kepada umat bahawa cinta Allah dan Rasul mestilah diletakkan di tempat yang paling tinggi melebihi cinta terhadap diri sendiri dan orang lain. Rasulullah sendiri pernah bersabda : "Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia menyintai Allah dan Rasulnya lebih daripada dia menyintai orang lain dan dirinya sendiri"

    Sejarah membuktikan bahawa cinta Abu Bakar dan para sahabat hanyalah untuk Allah dan RasulNya lebih daripada cinta kepada orang lain. Begitu juga watak yang telah disebutkan sebentar tadi seperti Asma' binti Abu Bakar, Abdullah bin Abu Bakar, Amir bin Fuhairah, pengorbanan mereka adalah kerana cinta kepada Allah dan Rasulnya.

    Abu Bakar ini pengorbannya lebih daripada pengorbanan diri sendiri, malah pengorbanannya melebihi pengorbanan harta benda, sedangkan para sahabat nabi yang lain seperti umar al-khattab, usman bin affan, ali bin abi talib, abdul Rahman bin Auf juga tidak dapat menandingi pengorbanan Abu Bakar dari segi harta. Seluruh harta bendanya dinafkahkan demi perjuangan Islam, tiada lagi yang tinggal, sehinggakan apabila ditanya wahai Abu Bakar apakah yang masih ada bersama engkau: jawapannya tiada apa lagi yang tinggal pada aku melainkan hanya Allah dan RasulNya.

    Yang perlu dicontohi ialah sifat kedermawanannya demi Islam. sifat dermawan ini perlu ada dalam diri umat Islam namun haruslah mengikut kemampuan masing-masing. Seseorang itu tidak perlulah untuk menjadi seperti Abu Bakar dengan mengorbankan keseluruhan Hartanya demi Islam dan seterusnya memudaratkan diri dan keluarga, akan tetapi cukuplah dengan pengorbanan yang sedikit dan sebesar zarah namun ianya tetap penting bagi membantu Islam, pengorbanan itu adalah sekadar mengikut kemampuan masing-masing. Duit walaupun satu sen jika ianya membantu perjuangan Islam itu sendiri ianya sangat berharga daripada pengorbanan berjuta ringgit sekalipun tapi penuh sifat riya', hasad dan dengki dalam dirinya.

    Dunia sekarang ini adalah amat sukar untuk menjumpai orang yang mempunyai semangat pengorbanan seperti Abu Bakar, malah boleh dikatakan tidak ada lagi orang selepas Abu Bakar sehingga sanggup berkorban keseluruhan hartanya. Sehinggakan dikatakan dalam sejarah selepas Abu Bakar keluar berhijrah bersama Rasulullah, bapa Abu Bakar iaitu Abu Qahafah, seorang yang buta penglihatannya, datang berjumpa Asma binti Abu Bakar dan berkata bahawa : Abu Bakar telah keluar bersama Rasulullah tanpa meninggalkan apa-apa bagi kamu dan keluarga. Ini adalah kisah benar yang terjadi, kemudian Asma' demi ingin menyedapkan hatinya telah mengambil uncang duit lalu meletakkan batu di dalamnya lalu menghulurkannya kepada Abu Qahafah, iaitu Datuk Asma', seolah-olah ada lagi yang ditinggalkan Abu Bakar untuk mereka, sedangkan hakikatnya tiada apa lagi yang tinggal. Inilah maqam keimanan Abu Bakar yang tiada siapa dapat menandinginya.

    Begitulah perjuangan Abu Bakar ini, namun apakah kita juga masih teringat kisah apabila Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud, ketika Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup api yang menjulang-julang tinggi sampai begitu menakutkan dan semua yang menyaksikan pembakaran itu pasti akan menyangka bahawa Nabi Ibrahim akan mati. Tatkala melihat kekasih Allah ini dibakar hidup-hidup maka datang seekor burung pipit, cuba menyelamatkan Nabi Ibrahim, maka, burung pipit itu mengambil air dengan paruhnya yang kecil itu dan menyemburkannya ke atas api itu dengan harapan bahawa api itu akan padam, namun apakan daya, kemampuannya hanyalah terbatas jika hendak dibandingkan dengan api yang marak menyala yang menjulang-julang itu.

    Begitulah semangat burung pipit dalam kisah nabi ibrahim ini. Sekurang-kurangnya apabila ditanya oleh Allah nanti apakah yang kamu lakukan sewaktu melihat nabi ibrahim ini dibakar, sekurang-kurangnya adalah sedikit jasa dan sumbangannya untuk membantu memadamkan kebakaran itu. Allah tidak akan melihat apakah pengorbanan kita itu akan dapat menyelesaikan masalah itu atau tidak, akan tetapi Allah akan melihat apakah kita ada mengambil jalan bagi menyelesaikan masalah itu. Jadi di sini pengorbanan yang kecil atau besar bukanlah perkiraan bagi Allah, akan tetapi persoalan yang akan menjadi perkiraan di hadapan Allah ialah apakah kita ada melakukan pengorbanan?? Jadi pengorbanan sebesar Abu Bakar as-Siddiq juga boleh kita contohi kalau kita mampu, akan tetapi jika kemampuan kita hanyalah sekadar pengorbanan yang telah dilakukan oleh burung pipit terhadap nabi ibrahim itu pun, sudah cukup baik, jika niat itu ikhlas semata-mata kerana Allah.

    hakikat zaman sekarang ini, bukan setakat susah hendak mencari orang seperti Abu Bakar, malah amat susah juga mahu mencari orang yang mempunyai semangat pengorbanan seperti burung pipit ini. mana satu pilihan?? terpulanglah... walaupun sesetengah meriwayatkan bahawa kisah pengorbanan burung pipit terhadap nabi ibrahim ini adalah kisah israiliat, namun sedikit sebanyak terkandung pengajaran yang kita boleh pelajari daripadanya.

    Di Dalam Gua Thur ini, ketika Rasulullah dan Abu Bakar sedang bersembunyi, kaum musyrikin mekah sudah hampir menghampiri tempat persembunyian mereka. Di kala itulah Abu Bakar sangat-sangat risau kalau-kalau orang musyrikin ini menjumpai mereka. Saiz gua Thur ini bukanlah besar sangat, jika ditaqdirkan Allah kaum musyrikin ini tunduk untuk melihat ke dalam gua, maka mereka akan dapat melihat ada orang sedang bersembunyi di dalam itu. Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya, maka mereka meninggalkan tempat tersebut tanpa usul periksa, kerana menyangka tiada siapa di dalamnya kerana di pintu gua tersebut kelihatan sarang labah-labah seperti tidak disentuh.

    Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran, surah at-taubah ayat 40 yang bermaksud :

    "kalau kamu tidak menolongnya (muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir mengeluarkannya sedang ia salah seorang dari dua sahabat semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya : "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah maha kuasa, Lagi Maha bijaksana"

    inilah natijah yang Allah kurniakan berkat pengorbanan yang ikhlas kerana Allah, berkat kesabaran yang menebal di dalam hati, berkat segala usaha dan ikhtiar yang dilakukan daripada awal lagi dengan pelbagai perancangan dan perencanaan, maka natijahnya ialah Allah memuliakan mereka dan Allah menghinakan kebatilan. Dan berkat kesabaran itu Allah telah menurunkan As-Sakinah iaitu ketenangan kepada Rasulullah dan Abu Bakar. Hanya Allah berkuasa untuk menurunkan rasa takut atau rasa tenang dalam hati hambanya.

    Maka selepas tiga malam di dalam gua Thur, dan yakin bahawa orang musyrikin sudah jauh meninggalkan mereka, barulah Rasulullah dan Abu Bakar keluar gua, dan pada waktu itu seorang yahudi bernama Abdullah bin Uraiqath yang telah diupah oleh Rasulullah dan Abu Bakar telah bersedia untuk menjadi pemandu jalan kepada Rasulullah dan Abu Bakar ke madinah, kenderaan dan persiapan lain sudahpun disediakan oleh Abdullah bin Uraiqat ini. Mereka menuju ke madinah menerusi jalan pantai, yang agak jauh dan jarang dilalui oleh orang untuk menuju ke madinah, dan satu tindakan yang berani dan bijak yang diambil oleh Rasulullah.

    Peristiwa ini juga mempunyai beberapa ibrah. Kita lihat bahawa Rasulullah melantik seorang yahudi iaitu seorang musyrik sebagai penunjuk jalan. Ini menunjukkan kepada kita dalam beberapa perkara dibolehkan kita bekerjasama dengan orang bukan islam jika kita pasti ianya membawa kemaslahatan dengan syarat mestilah pemilihan itu dengan usul periksa dan berhati-hati agar tidak membahayakan gerakan dakwah, dan menunjukkan kepada kita bahawa kita boleh mengambil idea daripada seseorang itu walaupun kafir jika ianya membawa kebaikan. Dan pengajaran lain yang boleh diambil ialah, jalan untuk kita mencapai sesuatu itu ada pelbagai dan kita mesti bijak memilih jalan mana yang boleh membawa kebaikan. Dalam kisah ini, ianya merupakan satu strategi yang unik dan bijak apabila Rasulullah memilih jalan yang tidak bisa dilalui orang untuk ke madinah, yang tentunya merupakan pilihan yang selamat. Inilah yang dikatakan "Abwabun Mutafarriqah" yang bermaksud pintu yang berbeza-beza. Dan akhirnya Rasulullah memilih jalan pantai yang lebih selamat.

    Dan ketika perjalanan itu, Rasulullah telah diekori oleh seorang musyrik yang bernama Suraqah dengan menaiki kuda setelah mendapat perkhabaran daripada orang yang mendakwa terserempak dengan nabi. Akan tetapi, kuasa Allah bagi memastikan hijrah nabi berjaya, maka setiap kali kuda suraqah berjaya menghampiri nabi, kuda yang dipacunya tersungkur dan menyebabkannya terjatuh, dan ianya berlaku beberapa kali sehinggalah Allah menurunkan perasaan takut kepadanya, dan akhirnya suraqah pulang menemui kaumnya dan menasihati kaumnya supaya tidak terus mengekori nabi. ini juga satu mu'jizat Allah untuk memelihara nabi...

    Inilah halangan terakhir nabi sebelum baginda sampai ke madinah. Lihatlah betapa banyak halangan-halangan yang telah disediakan oleh Allah sepanjang perjalanan Nabi ke Madinah. Sunnatullah seorang pejuang, mesti melalui halangan dan rintangan seperti ini sebelum Allah mengurniakan kemenangan yang hakiki. Dan memang benar, dengan perancangan yang teliti, dan dengan strategi yang betul, kemenangan pasti memihak kepada umat islam dan akan menggulingkan segala kebatilan

    Dan ketika sampai di Madinah dan sampai di satu tempat yang bernama Quba', perkara pertama yang dibina oleh Rasulullah ialah membina sebuah masjid iaitu masjid Quba'

    "Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba') sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. (surah at-taubah ayat 108)
    Inilah masjid yang pertama sekali dibina dalam sejarah di atas muka bumi ini, iaitu masjid Quba' dan juga ianya merupakan masjid keempat paling mulia selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan masjid al-Aqsa di palestin. Jika kita sebut masjid Qubaa' maka lawan bagi masjid Quba' ini ialah masjid Dhiraar yang dibina berhampiran dengan masjid Quba' ini oleh orang munafiq dengan tujuan mahu memecahkan jemaah orang Islam.

    Ini menunjukkan secara jelas bahawa asas bagi pembentukan sebuah negara itu ialah kesatuan aqidah dan juga kesatuan taqwa dan iman. Pembinaan masjid ini ialah supaya umat Islam dapat bersatu di bawah satu akidah dan membebaskan diri di bawah pengaruh penyembahan berhala, dan di dalam masjid inilah semua jemaah disatukan buat menyembah Allah.

    sebab itu kalau kita lihat, di mana-mana jua akan wujud orang yang dengki pada kesatuan islam ini, dan mereka menubuhkan sebuah masjid Dhirar semata-mata mahu melihat perpecahan umat Islam. Golongan ini bukan setakat golongan kafir, malah golongan munafiq dan lebih berbahaya daripada orang kafir tulen kerana orang munafiq ini selalu menyelinap di kalangan orang Islam, kononnya sama akidahnya dengan umat islam dan kononnya pengikut setia kepada Rasulullah, akan tetapi mereka inilah pemecah belah umat Islam yang sebenar, yang memecah dari dalam. Golongan inilah yang kita panggil "musuh dalam selimut" yang mempunyai agenda tersembunyi, ataupun kita selalu memanggil "ada udang di sebalik batu" atau "ada udang di sebalik mee"

    Golongan seperti ini berada di mana-mana di seluruh pelusuk dunia, walau di Malaysia sekalipun. Kita mungkin tidak akan nampak sifat ini melalui pandangan mata kasar, hanya Allah yang mengetahui hati mereka. Kepala orang munafiq bagi kisah masjid Dhirar ini ialah Abu Amir ar-Rahib, dan pembinaan masjid dhirar ini diberitahu secara langsung oleh Allah kepada Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibril.

    Di Malaysia banyak wujud kejadian seperti ini, akan tetapi amat sukar untuk dipastikan siapakah sebenarnya yang munafiq. Hanya Allah sahaja yang tahu, dan peranan orang munafiq ini ialah untuk memecah belahkan umat Islam. orang munafik ini siangnya Islam dan malamnya menjadi kafir, di depan orang Islam mentauhidkan dan mengesakan Allah tetapi di belakang umat Islam mendustakan Allah, pendek kata mereka ini golongan talam dua muka. Di zaman Rasulullah dulu, ketua munafiq yang terkenal ialah Abdullah bin Ubai bin Salul. Abdullah bin ubayy ini adalah bapak segala munafiq dalam sejarah. Sedangkan Abdullah bin ubayy ini seorang yang pernah bersembahyang di belakang nabi, bagaimana pula orang seperti ini pada hari ini, tentunya berlonggok dan ianya mungkin juga berada di sekitar. sedangkan orang yang pernah bersembahyang di belakang nabi pun merupakan seorang pendusta yang maha hebat.

    Rasulullah membina masjid Quba' ini di mana asasnya adalah taqwa merupakan lambang bagi kesatuan umat.secara logiknya memang betul ianya lambang kesatuan, akan tetapi hakikat di Malaysia ini agak berlainan apabila masjid-masjid ini hanya diimarahkan seminggu sekali iaitu pada hari Jumaat sahaja iaitu ketika sembahyang jumaat, ada juga yang bersembahyang dua kali sahaja setahun iaitu solat sunat aidilfitri dan solat sunat aidiladha. Jadi, tujuan kesatuan itu tidak kesampaian. Lebih daripada itu, kebanyakan masjid-masjid pada masa sekarang ini bukanlah dibina atas dasar taqwa, seperti mana sejarah pembinaan masjid quba' ini, iaitu dibina atas dasar taqwa, akan tetapi masjid pada masa kini dibina atas dasar politik demi kepentingan parti politik yang diwakili. Itulah sebabnya kita dapat melihat pergaduhan dan perpecahan disebabkan oleh perebutan jawatankuasa masjid, perebutan hak milik masjid dan sebagainya. Semua ini adalah disebabkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.

    Di dalam surah As-Saf ayat 4 Alllah berfirman : "Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang berjihad di jalan Allah di dalam satu barisan yang lurus"

    Solat yang didirikan secara berjamaah itu adalah merupakan satu kekuatan bagi umat Islam sebenarnya, ia dapat digambarkan sebagai satu benteng atau tembok yang kuat lagi kukuh seolah-olah tidak dapat ditembusi oleh musuh. Barisan ataupun saf sembahyang itu sebenarnya boleh menggerunkan pihak musuh Islam, kerana ianya benar-benar melambangkan perpaduan. Akan tetapi hakikat masa kini, saf-saf tidak penuh kerana budaya imarah masjid sudah tiada, malah masyarakat pada hari ini mungkin sudah bosan dengan isu pergaduhan bagi merebut hak milik masjid dan sebagainya, sedangkan sifat inilah yang merupakan satu penyakit yang boleh memecah belahkan umat Islam dan sangat berbahaya demi survival islam itu sendiri.

    dan masjid pada masa kini bukan sahaja digunakan untuk kepentingan politik, malah hanya dibina sekadar mementingkan keindahan pada senibinanya. memang benar seni bina masjid juga memainkan peranan dalam dakwah kepada bukan Islam, namun itu bukanlah matlamat utama asal usul penubuhan masjid iaitu atas dasar takwa. dan noirkudus teringat satu hadis ini, namun tidak dapat dipastikan bagaimanakah kesahihan tentangnya. hadis ini berbunyi begini : "La Taqumu as-sa'ah hatta yatabaha an-Nas fil Masajid" yang bermaksud : "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah manusia berbangga-bangga ataupun bermegah-megah dengan masjid". namun, sekarang ini budaya membina masjid ini sudah berubah, kita seolah-olah dapat melihat bahawa manusia kini berlumba-lumba membina masjid yang mempunyai keindahan seni bina yang tinggi mutu dan nilainya. tatkala manusia berlumba-lumba dari segi keindahan, kita juga lupa untuk mengajak manusia ke arah mengimarahkan masjid. cinta manusia untuk melakukan ibadah di masjid sudah berkurangan sedangkan masjid inilah pusat bagi membina kesatuan umat.

    Dan seterusnya selepas singgah di Quba' dan membina masjid Quba sebagai asas kepada umat Islam, Rasulullah meneruskan lagi perjalanan ke kota madinah. Penduduk madinah yang sudah mengetahui dari awal lagi berita keberangkatan Rasulullah ke madinah dan akan tiba bila-bila masa sahaja, menyebabkan mereka tidak senang duduk dan tidak sabar-sabar menanti kedatangan Rasulullah. Ketibaan Rasulullah memang sangat ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti oleh penduduk.

    Rupa-rupanya penduduk madinah sudahpun membuat persiapan bagi menyambut bakal pemimpin mereka ini, dan apabila sampainya Rasulullah, baginda disambut dengan penuh gembira oleh sekalian penduduk madinah tidak kira kecil atau besar, tua atau muda, lelaki ataupun wanita. Semuanya menyambut kehadiran Rasulullah dengan perasaan yang sangat bahagia dan gembira sambil menyanyikan lagu "Tala'al Badru Alaina, Mi Thaniyyatil Wada'i, Wajabasy Syukru Alaina, Ma Da'a Lillahi Da'i'" "Sallallahu Ala Muhammad Sallallahu Alaihi wasallam, Sallallahu Ala Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam"

    Telah datang (terbit) kepada kami bulan purnama
    dari sisi Tsaniatul Wada'
    Wajib bagi kami bersyukur
    dengan ajakan nabi kepada Jalan Allah
    Wahai Rasul yang diutus kepada kami,
    engkau telah datang dengan urusan yang ditaati agama
    Setiap kali sambutan Ma'al Hijrah di Malaysia kita akan menyanyikan lagu nasyid ini, jika kita menyanyikan lagu ini mengikut rentak asli, kita akan rasa seolah-olah satu kegembiraan yang tidak terhingga, apatah lagi bagi orang yang menyambut sendiri ketibaan Rasulullah di bumi Madinah. Imam Malik pernah pernah melihat sendiri sambutan ini sedangkan pada waktu itu beliau masih kecil, maka kata Imam Malik "aku tidak pernah melihat satu hari yang lebih cemerlang pun melainkan hari kedatangan nabi ke madinah"

    Ini menunjukkan betapa mereka menghargai ajakan dakwah Rasulullah yang mengajak mereka kepada Islam, sedangkan di pihak kaum musyrikin quraisy di mekah menghalang dakwah nabi. Cinta mereka kepada Rasulullah lebih daripada cinta mereka kepada diri sendiri. Untuk lebih menunjukkan rasa kasih itu ialah, setibanya Rasulullah kaum Ansar ini berebut-rebut untuk menjemput Rasulullah singgah di rumah mereka sehingga Rasulullah terpaksa menyerahkan keputusan tersebut kepada untanya dan di mana unta baginda berhenti maka di situlah tempat persinggahan Rasulullah dan akhirnya unta tersebut berhenti berhampiran rumah Abu Ayub Al-Ansori.

    Dan langkah Rasulullah seterusnya selepas kebanyakan kaum Muhajirin sudah berada di madinah, Rasulullah telah mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar ini. noirkudus teringat apabila kita menyanyikan lagi hijrah, di mana ada satu rangkap daripada lagu itu berbunyi begini : HIJRAH ITU PENGORBANAN, HIJRAH ITU PERJUANGAN, HIJRAH ITU PERSAUDARAAN, HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN

    Tahap yang telah noirkudus ceritakan sebelum ini ialah tahap Perjuangan dan Pengorbanan.

    dan tahap sekarang ini ialah tahap PERSAUDARAAN di mana Rasulullah mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansar. mereka diikat dengan perasaan kasih dan sayang. mereka diikat dengan perasaan cinta dan kasihkan sahabat mereka lebih daripada kasih dan cinta kepada diri mereka sendiri, terutama sekali pada kaum Ansar, di mana kasih mereka pada saudara mereka yang berhijrah ini lebih daripada segala-galanya. inilah satu MODEL MASYARAKAT yang dibina oleh Rasulullah dalam tahapan ini iaitu tahapan membentuk persaudaraan. Model seperti ini tidak akan kita jumpa dalam mana-mana masyarakat dalam mana-mana tamadun sekalipun, akan tetapi masyarakat yang hampir menyamai model seperti ini mungkin ada di dunia ini atau mana-mana masyarakat dalam mana-mana tamadun sebelum ini.

    sifat kesatuan mereka dalam perasaan cinta dan kasih sayang diumpamakan seperti satu perumpamaan badan yang satu. seperti yang telah rasulullah bersabda:

    "contoh orang-orang yang beriman di dalam mereka berkasih sayang dan saling bersimpati antara satu sama lain ialah seperti jasad, apabila salah satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh jasad akan turut berjaga malam dan demam"
    Model Masyarakat Madinah yang dibina oleh rasulullah ini telah dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran surah al-Hasyr ayat 9 :

    "Dan orang-orang (Anshar) yang mendiami negeri (madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya"
    mereka inilah model contoh umat selepas zaman mereka, sejarah memang mencatatkan bagaimana sikap kasih dan sayang golongan ansar ini dalam menerima sahabat mereka kaum muhajirin yang telah dipertautkan hati di antara mereka dengan tali Allah (bi hablillah). kaum muhajirin ini kita memang maklum bahawa mereka golongan yang berhijrah, jadi kebanyakan mereka bukan hanya meninggalkan tanah air tercinta, bahkan meninggalkan harta benda, meninggalkan pekerjaan mereka dan sebagainya. jadi, atas persaudaraan Islam yang telah dibina oleh rasulullah ini, perasaan sayang dan kasih ke atas saudara mereka kerana Allah melebihi daripada kasih terhadap diri sendiri.

    sejarah merakamkan bagaimana, kasihnya mereka ini sehingga sanggup menyediakan tempat perlindungan seperti rumah dan sebagainya bagi mereka dan terdapat juga dalam sejarah di mana dicatatkan bahawa golongan ansar yang mempunyai isteri lebih daripada seorang sanggup menceraikan isteri mereka untuk diberikan kepada golongan muhajirin yang berseorang ini. begitulah kisah persaudaraan di antara golongan Muhajirin dan ansar ini. Bagaimana umat sekarang, mahu menceraikan isteri juga kita akan fikir dua tiga kali, namun begitu hijrah zaman sekarang tidak pula diwajibkan supaya kita menceraikan isteri.

    jika ada sekalipun model seperti itu, ianya tidak akan sama cuma mungkin ada yang menghampiri kepada model contoh tadi.

    dan akhir sekali ialah TAHAP PERPADUAN yang merupakan kemuncak hampir sempurna pembentukan sebuah negara, iaitu negara Islam madinah yang dibina oleh Rasulullah.

    Dalam Buku Riwayat Hidup Rasulullah saw karangan Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy, terdapat satu bab yang menerangkan tentang gambaran madinah (termasuk penduduknya) sebelum hijrah Rasulullah dan para sahabat , iaitu di bawah bab "Gambaran Kota Madinah menjelang hijrah Nabi". buku yang sedang berada di tangan noirkudus ini ialah duku edisi lama, iaitu buku terjemahan yang sudah dialih bahasa oleh Bey Arifin dan Yunus Ali Muhdhar. boleh rujuk muka surat 151-171.

    keadaan penduduk di madinah ini sebelum kedatangan Rasulullah terdiri daripada dua bangsa yang besar iaitu bangsa Arab dan bangsa Yahudi. bangsa Arab inilah penduduk asli kota madinah, yang terdiri daripada dua suku yang besar iaitu suku Aus dan suku Khazraj, yang masing-masing pula terbahagi kepada beberapa suku kecil. suku Khazraj misalnya terdiri daripada empat suku kecil iaitu banu Malik, Banu Adi, Banu Mazin dan Banu Dinar dan keempat mereka lebih terkenal dengan sebutan Banu Najjar.

    manakala bangsa Yahudi merupakan satu bangsa pendatang, yang akhirnya menguasai hampir keseluruhan madinah disebabkan mereka maju dalam bidang ekonomi, pertanian dan sebagainya. bangsa yahudi ini terbahagi kepada tiga suku atau kabilah, iaitu Banu Qainuqa' , banu Quraizah dan Banu Nadhir.

    dan yang paling penting di sini ialah semua mereka ini hidup bukan dalam suasana yang aman dan harmoni kerana sering terjadi pergaduhan dan persengketaan di antara mereka. Suku-suku kecil di kalangan bangsa Arab bergaduh sesama sendiri, suku-suku kecil di kalangan bangsa yahudi juga bergaduh sesama sendiri, dan bangsa Yahudi dan bangsa Arab juga bergaduh sesama mereka. pendek kata di sini, pergaduhan itu berlaku di mana-mana sahaja dan di antara sesiapa sahaja.

    namun begitu, dalam TAHAPAN TERAKHIR INI, Rasulullah berjaya membina kesatuan di antara semua penduduk di madinah, termasuk antara Yahudi dan Islam.

    dan akhirnya sebuah undang-undang bertulis diwujudkan yang dinamakan sebagai "PIAGAM MADINAH" ataupun dikenali sebagai "SAHIFAH MADINAH" iaitu THE FIRST WRITTEN CONSTITUTION IN THE WORLD atau di dalam bahasa melayu berbunyi begini PERLEMBAGAAN BERTULIS YANG PERTAMA DI DUNIA.

    dengan wujudnya undang-undang ini maka kesemua kaum yang ada di madinah tunduk di bawah pimpinan rasulullah sebagai ketua negara, tidak kira kaum itu daripada bangsa yahudi ataupun bangsa Arab. dan dengan itu juga wujudnya sebuah negara Islam yang pertama di dunia.

    Piagam Madinah ini mempunyai 47 fasal kesemuanya dan fasalnya dimulai "dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyanyang. Inilah kitab (Piagam bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah yang dimetrikan di antara orang-orang yang beriman dan orang-orang Islam dari kaum Quraisy dengan penduduk-penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka". fasal 2 pula mengatakan bahawa "bahawa mereka adalah SATU UMMAT berbeza dari manusia-manusia lain"

    manakala fasal 3-11 pula memfokuskan kepada kesatuan kaum yang berada di madinah iaitu golongan Muhajirin dari Quraisy, bani Auf dari Yathrib, Banu al-Harith bin Khazraj, Banu Sa'idah dari Yathrib, Banu Jusyam dari yathrib, Banu al-Najjar dari Yathrib, Banu Amru bin Auf, Banu al-Nabit dari Yathrib, dan Banu Aus dari yathrib.

    lahirnya piagam bertulis ini, maka wujudlah sudah sebuah negara Islam madinah.

    dan daripada sini kita dapati bahawa, jika tertubuhnya sebuah negara, beserta dengan wujudnya satu perlembagaan yang mengatur kehidupan penduduknya, maka kita boleh katakan bahawa politik dan Islam itu adalah dalam satu sistem. politik adalah sebahagian daripada Islam, dan Islam pula mengandungi sistem politik di dalamnya. politik berjalan seiringan di dalam Islam. kerana sistem politik inilah yang mengatur sistem sesebuah negara.

    maka, jika sesebuah negara itu memisahkan di antara agama dan politik maka negara tersebut mengamalkan konsep sekularisme iaitu satu konsep di mana agama dipisahkan daripada politik, dan jadilah negara tersebut sebagai negara sekular. bagi sesiapa yang mendakwa bahawa agama itu terpisah daripada politik, maka orang itu ialah orang sekular yang berfahaman sekularisme.

    politik dipisahkan dengan agama ini bukanlah ajaran Islam yang sebenar, kerana Islam tidak pernah memisahkan politik dengan agama. akan tetapi konsep pemisahan ini adalah daripada ajaran agama Kristian, di mana ianya mula diperkenalkan oleh gereja pada zaman renaissance dahulu.

    jadi, mana satu pilihan kita? mahu memilih sistem islam ataupun sistem barat yang memisahkan agama dengan politik?

    jika noirkudus, maka noirkudus sendiri pastilah menyokong sistem islam yang tentunya daripada ajaran Rasulullah.

    Rasulullah adalah contoh terbaik sepanjang zaman tidak ada tolok bandingnya di dunia ini, contoh terbaik dalam semua bidang dan lapangan, yang dicontohi baik oleh orang Islam sendiri mahupun oleh orang bukan Islam.

    sedangkan Michael H Hart, seorang barat telah meletakkan Muhammad Rasulullah itu di tempat teratas dalam senarai orang-orang yang paling berpengaruh di dalam sejarah dunia, bagaimana pula kita orang Islam. cuba lihat buku karangan Michael H Hart ini di dalam bukunya " THE 100 : A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY" dan Muhammad diletakkan di kedudukan nombor satu. (Muhammad is the number one).

    sedangkan majority orientalis mengatakan bahawa Muhammad melarikan diri ketika hijrah itu sendiri, akan tetapi Michael H Hart ini menghormati Muhammad kerana Muhammad inilah satu-satunya manusia di dunia ini yang berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan..."HE WAS THE ONLY MAN IN HISTORY WHO WAS SUPREMELY SUCCESSFUL ON BOTH THE RELIGIOUS AND SECULAR LEVELS"

    dalam konteks kehidupan kita seharian ini, Rasulullah sendiri seharusnya menjadi contoh ikutan bagi umat Islam, pada Rasulullah itu Allah telah sediakan pelbagai teladan untuk umatnya ikuti, dan pada segala tindakan Rasulullah itu juga terdapatnya teladan yang baik juga untuk umatnya ikuti.

    segala liku-liku berduri yang dilalui oleh Rasulullah dan sahabatnya sepanjang perjalanan hijrah ke madinah, bukanlah hanya sekadar untuk menjadi peninggalan sejarah, malah itulah sebenarnya hikmah Ilahiah disebalik apa yang telah allah pertontonkan kepada umat ini iaitu untuk diambil intipatinya .

    kalaulah segala tindakan Rasulullah itu bukan untuk dijadikan ikutan oleh umatnya, nescaya tentu sia-sia jugalah peristiwa seperti ini kerana memang hakikat Rasulullah sebagai Rasul akhir zaman ini sebagai ikutan umatnya. jikalau tiada hikmah yang boleh kita ambil daripada peristiwa hijrah nabi ini, maka adalah lebih baik Allah anugerahkan saja sebuah negara Islam di Madinah kepada nabi dengan mudah tanpa perlunya melalui proses penghijrahan fizikal seperti itu yang terlalu banyak rintangannya.

    namun umat hari ini, bukanlah perlu untuk melakukan penghijrahan secara fizikal, dan penghijrahan dari segi geografi seperti dalam hijrah nabi tersebut, namun hijrah pada hari boleh dilakukan dalam konteks yang sangat luas seiring dengan zaman yang tiada batasan ini. hijrah boleh dilakukan dalam konteks hijrah dalam diri individu, hijrah dalam masyarakat dan akhirnya hijrah dalam konteks yang lebih luas iaitu dalam konteks negara, seiring degan hikmah yang telah kita peroleh daripada peristiwa hijrah nabi yang telah kita bincang seperti di atas, di mana peristiwa hijrah nimbi merangkup strategi dalam pelbagai aspek, baik aspek individu sehinggalah kepada aspek kenegaraan iaitu penubuhan negara Islam madinah

    yang paling mudah ialah setiap individu melakukan hijrah dalam diri sendiri. melakukan Islah iaitu memperbaiki diri sendiri untuk mengikis sifat-sifat yang tidak baik dan menggantikannya dengan sifat yang baik. kita lihat dalam sejarah Islam itu sendiri individu-individulah yang membentuk satu komuniti yang lebih besar. daripada individu membentuk keluarga, daripada keluarga membentuk masyarakat, dan masyarakat membentuk negara. jika hebat individu tersebut maka hebatlah sebuah negara itu. kita lihat contoh sahabat nabi ini, apabila datangnya Islam mereka melakukan penghijrahan total dengan membuang segala sifat-sifat jahiliah yang berada dalam diri mereka, contohnya ialah Umar al-Khattab, seorang yang hebat di zaman jahiliahnya, dan selepas Islam terus menjadi hebat dan ditakuti. jadi, bagi menyahut seruan hijrah, umat Islam pada hari ini terutamanya rakyat malaysia ini seharusnya melakukan perubahan dalam diri, jika tidak dapat secara total, maka pendekatan secara beransur-ansur juga memadai.

    akhirnya, sebagai orang Islam banyak pengajaran yang boleh didapati daripada peristiwa hijrah ini.

    bagi umat islam di malaysia ini, sambutan Ma'al hijrah yang diraikan di peringkat kebangsaan dan negeri ini bukanlah sekadar satu "upacara sambutan" yang tiada erti, yang sekadar dijadikan "upacara tahunan" demi memenuhi "taqwim hijrah".

    umat Islam harus mendalami dan menyelami makna sebenar ma'al hijrah itu, agar ruh perjuangan Rasulullah dan para sahabat akan meresap masuk ke dalam hati umat Islam yang benar-benar menghayatinya.

    sambutan Ma'al hijrah ini boleh dijadikan sebagai satu titik permulaan bagi mempelajari dan mendalami sirah perjuangan Nabi Muhammad beserta dengan sahabat baginda terutamanya peristiwa Hijrah nabi dari mekah ke madinah ini.

    sambutan Ma'al Hijrah ini seharusnya dijadikan satu titik tolak perubahan diri setiap individu bagi menyediakan kemampuan menghadapi tahun-tahun mendatang ini terutama dunia masa kini yang sudah mencapai tahap post-modernism, dunia era globalisasi yang memerlukan kita supaya memperkasakan diri bagi menghadapi segala cabaran, rintangan dan halangan agar kita tetap menjadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang, walau di mana saja dan kita tidak akan hanyut dibawa arus walau ribut dan badai menerpa. umat pada hari ini, seharusnya berubah dengan melakukan anjakan paradigma demi menjadi umat yang maju dan dapat menuju ke satu ketamadunan yang gilang-gemilang

    dan akhirnya, SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1426

    SEMOGA SIRAH PERJUANGAN RASULULLAH INI SENTIASA MEKAR DALAM HATI UMAT ISLAM

    AYUH LAKUKAN PERUBAHAN. INDIVIDU CEMERLANG AKAN MEMBENTUK KELUARGA CEMERLANG, KELUARGA CEMERLANG AKAN MEMBENTUK MASYARAKAT CEMERLANG, MASYARAKAT CEMERLANG AKAN MEMBENTUK NEGARA CEMERLANG, DAN SETERUSNYA NEGARA CEMERLANG MEMBENTUK UMMAH CEMERLANG


    HIDUP ISLAM

    Sekian.

    Wallahu A'lam

    (tulisan yang panjang ini telah ditulis selama dua hari, dengan mengambil kesempatan cuti Hari raya Cina dan juga cuti Ma'al Hijrah 1426. dalam tulisan ini sempat dibuat beberapa rujukan terhadap kitab sejarab Nabi Muhammad saw di antaranya ialah kitab Fiqh al-Sirah karangan Dr Said Ramadhan al-Buti, Buku Riwayat Hidup Rasulullah saw karangan Abul Hasan Ali Al-Hasany an-Nadwy, kitab sirah terkenal iaitu sirah nabawiyyah karangan Ibn Hisyam dan buku koleksi sirah Ustaz mohd nakhaie Ahmad : beberapa suntingan Manhaj Haraki dari Hijrah Generasi islam awalan dan beberapa buku lain seperti buku Dr Yusuf al-Qardhawi : ciri-ciri unggul masyarakat islam yang kita idam-idamkan dan sebagainya. Semoga tulisan ini ada manfaatnya. Wallahu A'lam)

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 8:15 PM