Image Hosted by ImageShack.us

Dengan Nama Allah

Image Hosted by ImageShack.us Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

intro

Segala tulisan yang terdapat di laman ini ditulis oleh noirkudus sendiri. ianya ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. jadi, bagi para SARJANA mungkin akan menganggap tulisan noirkudus ini tidak mempunyai nilai ilmiah @ nilai keintelektualan yang tinggi, akan tetapi bagi golongan yang lain mungkin ada manfaatnya insyaAllah. apa yang disampaikan di laman ini adalah daripada hati sanubari noirkudus sendiri akibat jiwa ini yang selalu bergelora untuk diluahkan segalanya LiLLaHi Taala

HakCipta

Segala tulisan dalam laman ini hakmilik peribadi Mohd Khairul Anwar Ismail untuk laman noirkudus.blogspot.com. tindakan copy paste dari laman ini perlu dikreditkan atas nama Noirkudus.blogspot.com

Penulis

NOIRKUDUS
Image Hosted by ImageShack.us noirkudus@hotmail.com
noirkudus@yahoo.co.uk

(gambar Hiasan : Allama Muhammad Iqbal)
---

why noirkudus


NOIR(FRANCE) sebutan=Nua
KUDUS(ARABIC) sebutan=Kudus
N0IR+KUDUS = Nua Kudus

masa itu emas

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-0rang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah Al-Asr:1-3)

calendar

archives


Image Hosted by ImageShack.us
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
September 2006
May 2007

Posting Terbaru

pelawat


Kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman ini, anda bolehlah MENANDATANGAN BUKU PELAWAT yang telah disediakan tanda kita pernah bertemu, semoga pertemuan pertama ini akan membuahkan pertemuan yang seterusnya.

View My Guestbook
Sign My Guestbook

blogs

::Adli Arifin::
::Akhifaizul::
::Bahtiar::
::Boybelantik::
::Hakim::
::Hilmimadani::
::Ibnuhazam::
::Jiwarasa::
::Kelambu::
::Loper::
::Mazli Bidu::
::Mba::
::Muhtarsuhaili::
::Nasa Natrah::
::Nordin::
::Pakdi::
::Paklang::
::SahalFikri::
::Sang Awana::
::Sis aflah::
::Syarief::
::Syarifah Salwa::
::TajamFikir::
::tokjanggut::
::tokrimau::
::umminida::
::Zaiman Mansor::
Untuk tambahkan link anda : ::CLICK HERE::

links

EMEL
::Hotmail::
::Yahoo mail::
---
ENJIN CARIAN
::Yahoo::
::Google::
---
BERITA MALAYSIA
::Utusan Malaysia::
::Berita Harian::
::Harian Metro::
::The Star::
::TheSun::
::NSTP::
::harakah::
::Sinchew::
::BERNAMA::
::free anwar::
::malaysiakini::
::Malaysia Today::
---
BERITA INDONESIA
::Jakarta Post::
::Jawa Post::
::Kompas::
::Hariansib::
::Achehnese::
::Achehkita::
::Detik::
::EraMuslim::
::Endonesia::
::Republika::
::Modus::
::Gatra::
::Hidayatullah::
::Sabili::
---
BERITA ANTARABANGSA
::Al-Ayyam::
::Economist::
::Arab News::
::Worldnews::
::Far Eastern::
::Muslim Media::
::KavkazCenter::
::alJazeera.com::
::Time Magazine::
::New York Times::
::Arab World News::
::The Times of India::
::The Jerusalem Post::
::alJazeera.net (english)::
::alJazeera.net (Arabic)::
::Albuquerque Journal::
::Guardian Unlimited::
::The Courier-Mail::
::Herald Tribune::
::Al-Quds Daily::
::Japan Times::
::Daily Mirror::
::China Daily::
::Startribune::
::BBC News::
::Asia Daily::
::Reuters::
::MSNBC::
::CNN::
::AFP::
::AP::
---
ISLAM
::Pusat Informasi Palestin::
::Islam The Modern Religion::
::Islamic Awareness::
::Islamic Awakening::
::The True Religion::
::Islamic Academy::
::Answering Islam::
::Light of Life::
::Qur'anic Studies::
::Islam Online::
::al-ahkam.net::
::Load-Islam::
::Islamway::
::Raudhah::
::MyQuran::
::artislamic::
::alajeeb.com::
::Ummah.com::
::ISNET::
::JIHAD::
---
NGO/Institusi
::ABIM::
::MISG-ABIM::
::PKPIM::
::PUM::
::JIM::
::JUST::
::SISMA::
---
LAIN-LAIN
::Merriam-Webster Dictionary::
::Wikipedia Encyclopedia::
::GengJurnal::
::Shitokai::

solat time

search in the holy qur'an

Search in the Holy Quran
Search keyword:
in

search in the hadith

Search in the Hadith
Search keyword:
in

Tell me about...


Answers, not links

Mencari di Google

Mencari di Laman ini

SEARCH THIS SITE
OR
THE WEB
powered by FreeFind

Site search Web search

hit counter


VISITORS SINCE
21 SEPTEMBER 2004
free hit counter
online

tell a friend

Free Tell A Friend from Bravenet.com Free Tell A Friend from Bravenet.com

Copyrights

(C) Copyright Reserved
(C) Hakcipta terpelihara
noirkudus 2004-2005

Wednesday, March 23, 2005

Nasihat Untuk Orang Muda

MENDARAH DAGINGKAN BUDAYA ILMU DALAM DIRI GENERASI MUDA:
SATU SOROTAN MENUJU KEGEMILANGAN BESERTA ADAB DAN TATACARA MENUNTUT ILMU






warna-warni sebuah kejayaan. anak-anak muda sedang meraikan kejayaan mereka selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di peringkat sekolah dan bakal meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.


KLIK UNTUK BACA:
  • Multiple injuries at school shooting
  • Eight dead in US school shooting
    sekolah bukan sekadar medan melahirkan pelajar berjaya.
    malah, sebagai sarang pelajar samseng yang mencacatkan sistem pendidikan.
    22 MAC 2005 : Amerika Syarikat : satu lagi kes pelajar menembak secara rawak menyebabkan 10 maut, di sebuah sekolah di kawasan tanah rizab orang asli Minnesota Amerika Syarikat.
    Amerika terkenal dengan masalah disiplin dan akhlak pelajar yang teruk.
    statistik jenayah pelajar sekolah yang sangat tinggi cukup memberangsangkan
    (Sumber : AP)



  • jika post noirkudus sebelum ini, noirkudus pernah memetik satu kata-kata prof Dr Hamka, seorang ulama' tersohor Indonesia, ini kata-kata Buya Hamka :

    PEMUDA TIANG BANGSA
    PEMUDI TIANG NEGARA


    anak-anak muda yang terdiri daripada lelaki dan wanita inilah yang dikatakan aset bagi sesuatu bangsa, aset bagi negara dan juga aset bagi agama.

    jika baik aset tersebut maka baiklah bangsa, negara dan agama. Jika buruk aset tersebut maka buruk jugalah bangsa, negara dan juga agama. merekalah yang mencorakkan negara, bangsa dan agama.

    saban hari kita mendengar tentang kejayaan anak-anak muda...ada yang berjaya menjadi idola di akademi fantasia, mereka menyertai malaysian idol, ada yang berjaya dalam bidang seni lakonan selain dari nyanyian, mereka juga mencorakkan bidang sukan negara, mereka juga terlibat dalam kancah jenayah, mereka juga memenuhi lorong-lorong kemaksiatan. di mana-mana bukankah semuanya itu orang muda??

    ya...di mana-mana jua anak muda...

    dan kebanyakan kejayaan dikaitkan dengan orang-orang muda,
    orang-orang muda, mereka ini ghairah dalam mengejar sesuatu.
    jika diletakkan gunung everest di hadapan mereka, mereka mampu mendaki.
    jika diletakkan lautan api sekalipun mereka tetap mampu redahi,
    jika di hadapan mereka lurah yang dalam, mereka tetap juga mampu turuni.

    begitulah kekuatan bagi orang-orang muda.
    di mana-mana sahaja jika diberi peluang mereka tetap mahukan kejayaan.
    siapa yang tidak mahukan kejayaan, dan yang paling penting semua mahukan kejayaan di dunia dan akhirat
    walaupun definisi kejayaan dunia sangat subjektif, kerana setiap orang mempunyai interpretasi yang berbeza tentang kejayaan, namun ianya menjadi impian yang sudah disemat dalam kalbu.

    namun dunia sekarang ini, tidak ramai anak muda yang mengimpikan kejayaan dalam mengejar ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan sudah berapa pada paras yang terkebawah selepas hiburan dan sebagainya.

    di sini noirkudus ingin membawa semua pembaca menyorot tentang kecemerlangan bangsa jepun sehingga mereka berjaya membawa negara jepun jauh ke hadapan menyaingi negara-negara di barat, malah dalam bidang-bidang tertentu mereka pula yang meninggalkan negara-negara barat terutama kemajuan dan kejayaan dalam bidang sains dan teknologi.

    Prof Dr Wan Nor Wan Daud, di dalam bukunya "Penjelasan Budaya Ilmu", membicarakan satu pokok dan asas dalam pembangunan diri insan, masyarakat dan tamadun. Di dalam bab pertama, di bawah tajuk "Budaya Ilmu dan tamadun" beliau menghuraikan tentang budaya ilmu bagi setiap tamadun termasuk Budaya Ilmu Yunani, budaya Ilmu yahudi, budaya ilmu di china dan India, budaya Ilmu di barat, budaya Ilmu Islam, dan juga budaya Ilmu di Jepun.

    Jepun sebagai satu model negara yang berjaya, satu ketika dulu semasa perang Dunia kedua pernah ditewaskan oleh Amerika Syarikat. masih ingat lagi kisah pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, di mana kedua bandaraya tersebut hancur dibom oleh Amerika, namun apa yang menghairankan orang Amerika sendiri ialah bagaimana Jepun boleh tetap bangun sebagai satu negara yang berjaya.

    seperti yang diceritakan oleh Dr Wan Nor di dalam bukunya tersebut, seorang Professor dari universiti Harvard Amerika syarikat, yang bernama Professor Ezra Vogel sanggup untuk melakukan kajian menyeluruh bagi memahami fenomena ini, dan akhirnya beliau merumuskan bahawa satu faktor yang boleh menjelaskan kejayaan jepun ialah kepekaan pemimpin, institusi dan rakyat jepun terhadap ilmu dan maklumat dan kesungguhan mereka mengumpulkan dan menggunakan ilmu untuk faedah mereka.

    contoh yang kita boleh ambil ialah, kejayaan mereka bukanlah satu kejayaan yang singkat, akan tetapi dikatakan bahawa kejayaan jepun sudah bermula seawal zaman pemerintahan Meiji lagi (antara tahun 1860-an hingga 1880-an). pada akhir tahun 1888, dikatakan terdapat hampir 30,000 pelajar yang menghadiri hampir 90 buah sekolah swasta di tokyo. ini antara rahsia kejayaan bangsa jepun, bermula sejak Pemerintahan maharaja meiji lagi.



    Original Japanese ninomiya Kinjiro
    ::Japan Today::

    dalam pendidikan Jepun, terdapat satu kisah motivasi pelajar seperti yang diceritakan oleh Dr Wan Nor Wan Daud. manusia ini bernama Kinjiro Ninomiya. kisahnya bukan sahaja terkandung dalam buku-buku teks sekolah rendah, ianya turut diabadikan dalam bentuk nyanyian dan tugu. satu senikata lagu yang popular, bunyinya seperti ini :

    Pada awal pagi
    dia mendaki gunung mencari kayu api
    sehingga larut malam,
    dia menganyam selipar (daripada jerami padi),
    sambil berjalan
    Dia tidak pernah berhenti membaca.
    siapa gerangan remaja ini?
    Dengan kerajinan dan kesederhanaan
    Berjaya dia di dalam pertanian.
    dia menyebar ilmu akhlak dan ekonomi
    Dia bertani di tanah terbiar
    Demi membela anak bangsa
    Di sini, Tugu ninomiya
    Bakti dan namanya kekal abadi.
    Ninomiya, satu model yang menjadi motivasi merangsang semangat cintakan ilmu, budayakan ilmu. walau hidupnya mencari kayu api di siang hari, dan menganyam selipar daripada jerami padi di malamnya, namun, hidupnya tetap boleh dikongsi dengan ilmu, budaya membaca dibudayakan agar sebati dengan diri.

    "manusia tidak dilahirkan hina, kaya atau miskin, tetapi dilahirkan sama dengan yang lain. sesiapa yang gigih belajar dan menguasai ilmu dengan baik akan menjadi mulia dan kaya, tetapi mereka yang jahil akan menjadi papa dan hina"
    itu adalah kata-kata daripada buku "Galakan Pelajaran" yang ditulis oleh "Yukushi Fukuzawa" di mana buku tersebut terjual sebanyak 600 000 naskah pada tahun 1882 (Rujuk buku Dr Wan Nor Wan Daud)

    jadi, sudah jelas bahawa bagi tujuan pembangunan bangsa dan negara, pendidikan merupakan faktor terpenting. jika bukan daripada awal lagi pendidikan tidak menjadi dasar dan tidak mendarah daging dalam kehidupan rakyat, masakan jepun boleh bangun kembali dengan pesat selepas pernah jatuh terduduk.

    orang menjangkakan bahawa serangan bom ke atas Hiroshima dan Nagasaki itu akan melemahkan bangsa Jepun sebagai satu bangsa yang kecil, namun hakikat tersebut meleset, kerana satu bangsa kecil boleh bangun menjadi satu kuasa besar di dunia.

    dari segi perspektif Islam pula, jika kita imbau wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw, kita akan dapati bahawa ayat pertama yang diturunkan Allah ialah IQRA (bacalah) (surah al-Alaq ayah 1-5)

    Bacalah (wahai Muhammad)
    Dengan nama Tuhanmu yang menjadikan,
    Menjadikan insan daripada segumpal darah,
    Bacalah : dengan nama tuhanmu yang maha pemurah
    Yang mengajar insan dengan pena
    mengajar insan perkara yang tidak diketahuinya
    inilah ayat yang menjadi faktor terbesar perubahan umat menuju kegemilangan, iaitu ayat BACALAH. islam mementingkan Ilmu pengetahuan, kerana dengan Ilmu sesuatu bangsa itu akan menjadi celik, bagaimana celiknya masyarakat arab pada waktu itu daripada suasana jahiliah yang sekian lama menyelubungi mereka sehinggalah mereka bangun tidak duduk-duduk lagi untuk menjadi pelita menerangi alam buana ini.

    cukup dengan dimulai 5 ayat... tetapi dengan lima ayat yang dimulai dengan IQRA inilah yang membawa impak yang besar di dalam membawa perubahan untuk mengubah dunia.

    jadi, sememangnya perkataan "ilmu pengetahuan" itu bukanlah satu istilah yang asing bagi umat ini, dengan istilah ini kita pernah menerajui ketamadunan dunia dengan meninggalkan ketamadunan lain jauh di belakang.

    Ilmu itu pelita, ilmu itu cahaya...ianya mampu menerangi kegelapan.

    buat adik-adik, sahabat-sahabat...... keghairahan mencari ilmu umat di kala ini belum mendarah dan mendaging dalam diri. malah, sememangnya dunia di waktu ini jika kita dihantar ke sekolah sejak dari kecil lagi pun, bila dewasa nanti belum juga timbul kesedaran bagi menuntut ilmu kerana "ilmu" itu sendiri.

    dalam menuntut ilmu ada beberapa perkara perlu dipatuhi. iaitu menuntut ilmu kerana Allah swt, hormat pada ibu bapa, hormat pada guru, hormat pada kawan-kawan dan hormat pada orang yang lebih rendah daripada kita.

    Ilmu itu sememangnya menjadi kewajipan untuk dituntuk sepertimana Rasulullah bersabda "Tolabul Ilmi faridotun Ala kulli Muslim" yang bermaksud menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang muslim (lelaki dan wanita). namun begitu jika niat itu bukanlah didasarkan kepada Allah ia tidaklah menjadi ibadah.

    jika belajar hanya bercita-cita untuk menggenggam segulung ijazah bagi mendapatkan pekerjaan di luar sana, maka jika kita berjaya kita akan dapat peroleh seperti yang kita mahu namun, jika tidak, kita akan menangis kecewa. jika perjalanan kita menuntut ilmu diikhlaskan kerana Allah, maka kita akan mendapat serampang dua mata, ganjaran di dunia dan juga ganjaran di akhirat. Jika kita mati di pertengahan jalan menuntut ilmu, maka mati tidak sia-sia kerana ganjarannya di akhirat kelak.

    ilmu itu sebenarnya juga pinjaman, pemiliknya yang abadi ialah Allah s.w.t. kita mungkin boleh cuba sedaya untuk menuntut ilmu, tetapi jika jalan bagi mencapai ilmu itu tidak diberkati Allah, maka Allah akan menarik balik ilmu yang diberi pinjam kepada hambanya, bukan ditarik balik maka dengan itu orang yang memiliki ilmu itu akan menjadi bodoh dan dungu, akan tetapi diberi orang tersebut "keliru" dengan ilmu yang diperolehnya, lalu akhirnya perbezaan di antara yang hak dan batil juga mereka tidak akan dapat bezakan, lantaran sifat kebathilan menyelubungi hati mereka.



    hari ini dalam sejarah : 18 MAC 2005 : Aminah Wadud, sedang menjadi Imam solat jumaat kepada hampir 100 makmum lelaki dan wanita di sebuah gereja Manhattan, Amerika Syarikat

    Lihatlah gambar di atas, Dr Amina Wadud, seorang professor pengajian Islam di Virginia Commonwealth University, barangkali adalah contoh seorang yang "keliru". walaupun bergelar dengan gelaran doktor falsafah, dan dianggap mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang agama, kita juga masih ragu untuk memanggil orang seperti ini dengan nama ulama'.

    kontroversi yang dicetuskannya dengan menjadi imam sembahyang jumaat di di sebuah dewan dipanggil Synod House di gereja St. John the Divine di Manhattan, New York, Amerika Syarikat, yang bermakmumkan lelaki dan wanita ini benar-benar mencabar kewibaan agama Islam. perjuangannya menuntut kesamaan hak antara lelaki dan wanita barangkali satu perjuangan yang keliru, lebih-lebih lagi apabila beliau memilih untuk menzahirkan bahawa wanita juga boleh untuk menjadi Imam solat jumaat yang disertai golongan lelaki sebagai makmum, bahkan lebih dari itu boleh juga menyampaikan khutbah jumaat.

    mengapa noirkudus mengambil Dr Amina ini sebagai satu contoh orang yang keliru, sedangkan bagi pendokong gerakan feminisme antarabangsa beliau layak untuk diberi anugerah tokoh gerakan pembaharuan bagi meninggikan darjat dan taraf wanita. beliau mungkin boleh memberi justifikasi tentang tindakannya ini, namun apakah justifikasinya itu boleh diterima akal lantaran tidak pernah terjadi perkara sedemikian sejak dari zaman Rasulullah dan para sahabat baginda lagi.

    mungkin beliau boleh memberikan alasan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, namun begitu alasan beliau tersebut adalah berdasarkan interpretasi berlandaskan akal lantaran akalnya yang keliru akibat pertindihan kefahamannya dan juga perjuangan feminismenya. Hak dan batil, dua perkara yang saling bertentangan, dan akhirnya kerana kekeliruannya itu, terserlahlah kebatilan daripada tindakannya.

    Jika persamaan hak dalam menjadi imam sembahyang jumaat itu yang dituntut sebagai satu simbol menaikkan taraf wanita dalam menjadi ketua bidang dalam bidang agama terutama cabang ibadah, alangkah silap seorang professor wanita bernama Amina Wadud ini, kerana Aisyah Radiallahu Anha, sebagai Ummahat al-Mukminin, isteri kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w, juga merangkap orang yang paling banyak merawi hadis daripada rasulullah, seorang Guru ataupun Ulama yang sangat dihormati di kalangan Sahabat nabi, juga adalah seorang wanita. Namun Aishah ra tidak pernah pula menuntut untuk menjadi Imam di kalangan sahabat Nabi lelaki dan wanita, sedangkan kalau hendak dibezakan dari segi Ilmu Aishah r.a lebih layak lagi menjadi imam kepada sahabat-sahabat nabi.

    dan contoh lain, usahlah jadi seperti socrates, seorang ahli falsafah awal Yunani, di mana beliau merupakan seorang pendokong kuat sistem nilai, yang berpegang kepada sistem nilai baik dan buruk yang mutlak, akan tetapi akhirnya beliau juga mati dengan memilih jalan meminum racun (hemlock), ketika diarahkan oleh pemerintah Athens ketika itu, sebagai hukuman atas tuduhan bahawa, beliau telah merosakkan pemikiran golongan muda pada waktu itu. beliau juga contoh orang yang keliru, pernah dianggap sebagai manusia mulia, yang mempunyai nilai yang luhur, sanggup memilih jalan meminim racun, kerana kata beliau taat pada pemerintah juga merupakan satu nilai yang mulia dan luhur.

    Ilmu itu cahaya, ia boleh menerangi manusia tatkala dalam kegelapan, namun ilmu itu juga boleh menyesatkan.

    Yang kedua, adab untuk menuntut ilmu ialah hormat pada ibu bapa. dunia pada hari ini agak mudah kita melihat seorang anak menjadi raja kepada ibu dan bapanya, manakala seorang ibu pula menjadi hamba abdi kepada anak-anaknya. ini adalah salah satu contoh dunia akhir zaman. tanda-tanda akhir zaman sudah semakin menghampiri kita, cuma kita sedar atau tidak sahaja.

    seorang anak sudah tidak lagi menghormati ibu dan bapanya atas alasan seorang anak itu berpendidikan tinggi, manakala ibu dan bapanya hanyalah orang kampung yang mana pekerjaan mereka barangkali cuma turun ke bendang sahaja.

    Usah jadi seperti Si Tanggang, apabila sudah berjaya, hidup sudah kaya-raya, berkahwin dengan anak raja, maka ibunya sudah dilupakan lantaran sikapnya yang sudah berubah kerana rasa malu mempunyai seorang ibu yang miskin lagi hina, sedangkan dirinya sebelum menjadi kaya juga sebahagian ibunya, juga miskin hina. kisah anakku Sazali pula mungkin satu contoh watak anak derhaka dalam filem melayu arahan seniman agung negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

    apakah sudah tiada nilai jasa seorang ibu dan juga bapa selepas kita berjaya? apakah jasa mereka selama membesarkan kita tiada tidak perlu dihargai lantaran kita sudah menjadi manusia berilmu, mahupun kita sudah menjadi seorang yang kaya dan mulia seperti si Tanggang?? sejak dari mengandungkan kita, melahirkan, menyusukan, mengasuh, mendidik, menafkahi kita dengan memberi makan, memberi minum, memberi pelajaran, dan sehingga berjaya, tentunya sampai mati pun tidak akan terbalas jasa ini.

    daripada lahir lagi impian ibu bapa melihat anaknya menjadi orang pandai lagi berguna. ingat beberapa "dodoi" melayu klasik yang dinyayikan dalam bentuk lagu untuk anak-anak, yang diperturunkan turun-temurun sejak zaman Datuk Nenek moyang kita lagi, di mana di dalamnya terkandung unsur-unsur nasihat, dan pengharapan, dari seorang ibu kepada seorang anak :

    timang tinggi-tinggi, sampai cucur atap,
    Belum tumbuh gigi, sudah pandai baca kitab

    Lompat si katak lompat, lompat di tepi pagar,
    sekolah lekas dapat, dan mesti rajin belajar.

    Lompat si katak lompat, lompat di rumput muda,
    Belajar kuat-kuat, buat ilmu di hari tua.
    namun hakikat sekarang, anak-anak sudah biadab, sudah tidak tahu menghormati dan sebagainya. memang layak jugalah orang mengubah senikata lagu di atas.

    timang tinggi-tinggi sampai cucur atap,
    belum tumbuh gigi, sudah pandai biadab
    mungkin benar ini adalah antara tanda-tanda akhir zaman. terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan juga Muslim, yang berkaitan dengan tanda-tanda kecil kiamat, yang berbunyi :

    "Hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba membuat binaan"
    mungkin ada yang tidak memahami, mungkin juga yang pura-pura tidak memahami.

    hadis ini ditujukan kepada si anak yang menjadi raja kepada ibu yang melahirkannya, menjadi raja di rumah yang dimiliki bapanya. "Hamba" yang dimaksudkan itu ialah "ibu" manakala "tuannya" dirujuk kepada anak-anak kepada ibu yang melahirkannya tersebut.

    apakah tidak benar? namun inilah hakikat. cuba lihat di sekitar kita, apakah kita tidak mendapati anak-anak sudah semakin kurang ajar, bukankah model derhaka ini sentiasa berada di sekitar kita?? kononnya mereka ini sudah "cukup ajaran" lantaran banyaknya ilmu yang dimilikinya. anak-anak sudah boleh menyuruh ibu dan bapanya untuk dibuat itu dan dibuat ini, kemudian memaki hamun kedua ibu bapanya, mengherdik, mencaci maki, memukul . bukankah perihal ini seolah-olah antara seorang Tuan dan juga seorang Hamba? memang persis Tuan @ Raja dan Hamba. benar hadis tersebut, dan ianya memang benar-benar berlaku. dunia ini menuju akhirnya... daripada tanda-tanda kecil akan menuju kepada tanda-tanda besar sehinggalah akhir dunia nanti matahari akan timbul dari barat, tidak lagi dari timur...

    Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari syarah hadis Imam bukhari, beliau mentafsirkan hadis tersebut dengan beberapa tafsiran, merujuk tentang perkara yang bakal terjadi menandakan hampir kiamat, dan beliau menyatakan pendapat "anak derhaka yang menjadi tuan kepada ibu bapanya" ialah satu pendapat yang paling tepat. semoga kita dijauhkan daripada sifat ini...

    Yang ketiga ialah adab kepada guru. jika zaman dahulu, sang guru boleh dianggap sebagai dewa lantaran sifat pendidik yang dimilikinya, demi untuk memajukan anak bangsa dan seagama dengannya. ilmu dicurah tanpa ada rasa kikir lagi kedekut. jika tidak kerana guru masakan sang murid tadi mampu berjaya lebih jauh, jika tidak kerana ilmu yang diperturunkan kepadanya dengan ikhlas tadi.

    noirkudus sangat minat dengan satu puisi berkenaan GURU yang ditulis oleh seorang sasterawan negara malaysia, yang bernama Usman Awang.

    Dialah pemberi paling setia
    Tiap akar ilmu miliknya
    pelita dan lampu segala
    untuk manusia sebelum menjadi dewasa

    dialah ibu dialah bapa juga sahabat
    alur kesetiaan mengalirkan nasihat
    Pemimpin ditauliahkan segala umat
    seribu tahun katanya menjadi hikmat

    Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
    Jika hari ini seorang ulama yang mulia
    Jika hari ini seorang peguam menang bicara
    Jika hari ini seorang penulis terkemuka
    Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
    sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
    dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

    Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
    Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
    Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
    Dia adalah guru mewakili seribu buku
    semakin terpencil duduknya di ceruk desa
    semakin bererti tugasnya kepada negara

    Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
    Budi yang diapungkan di dulang ilmu
    Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
    menjadi kenangan ke akhir hayat.
    memang benar apa yang diutarakan Usman Awang melalui puisinya.

    namun apakah daya, pelajar zaman sekarang sudah tidak lagi ada perasaan hormat pada guru. mereka sudah boleh memijak kepala guru, meninggi diri hanya kerana mungkin bapanya adalah seorang yang berpangkat Dato', sedangkan dia terlupa bahawa bapanya dulu sebelum menjadi seorang yang berjaya tentunya pernah menuntut ilmu dengan orang yang bernama guru.

    Profesion perguruan juga sudah diberi klasifikasi tertentu, pekerjaan guru sekarang ini juga dianggap sebagai satu profesion kelas kedua, sedangkan mereka yang bertanggapan begini mungkin mereka juga terlupa bahawa orang-orang yang kononnya bekerja di dalam profession pekerjaan kelas pertama yang mereka klasifikasikan itu juga adalah hasil didikan dan ajaran insan yang bernama guru.

    Syeikh az-Zarnuji, seorang tokoh pemikir Islam zaman silam telah menulis di dalam kitabnya "Ta'limul Muta'allim Thariqut Ta'allum" atau biasa disebut "Ta'limul Muta'allim" di mana di dalam bahasa melayunya ialah "Bimbingan bagi Penuntut Ilmu Pengetahuan", beliau menyatakan secara jelas tentang panduan bagi "penuntut ilmu" untuk "menuntut ilmu".

    Di dalam bab "Mengagungkan Ilmu dan Ahli Ilmu" beliau ada menjelaskan tentang hak mengagungkan guru. kata beliau :

    "termasuk erti mengagungkan ilmu, iaitu menghormati pada sang guru. Ali r.a berkata : "sayalah menjadi hamba sahaya orang yang telah mengajarku satu huruf. Terserah padanya, saya mahu dijual, dimerdekakan ataupun tetap dijadikan hamba sahayanya"
    dan satu lagi kisah yang menyentuh hati diceritakan oleh az-Zarnujiy :

    "suatu hikayat : khalifah Harun ar-Rasyid mengirim puteranya kepada al-Asma'iy agar diajar ilmu dan adab. Pada suatu hari, Khalifah melihat al-Ashma'iy berwudu' dan membasuh sendiri kakinya, sedang putera khalifah cukup menuang air pada kaki tersebut. Maka, khalifah pun menegur dan ujarnya : "Puteraku saya kirim ke mari agar engkau ajar dan didik, tapi mengapa tidak kau perintahkan agar satu tangannya menuang air dan tangan satunya lagi membasuh kakimu?"
    apakah kita dapat bertemu contoh seperti ini zaman kita pada hari ini?

    jika ada seorang anak kepada pemerintah ataupun penguasa pada zaman sekarang, di mana anaknya memperlakukan gurunya sepertimana arahan khalifah Harun ar-Rasyid kepada guru kepada puteranya itu, maka kita sendiri pun sudah menjangkakan apakah respon ataupun tindakbalas pemerintah tersebut : "kurang ajar, anak aku kau perlakukan seperti hamba, sedangkan bapanya adalah seorang penguasa". barangkali begitulah, tapi tidak Harun ar-Rasyid.

    cukuplah dua contoh daripada kitab az-zarnuji ini untuk kita fahami dan insafi. ini menunjukkan betapa Guru sebenarnya seorang insan yang perlu disanjung atas jasanya mendidik dan mengajar ilmu kepada kita, sehinggalah kita menjadi insan berjaya. benar kata Usman Awang, seorang Perdana Menteri, Presiden, Raja, Ulama', Peguam, Doktor, Arkitek, Jurutera, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

    dan yang terakhirnya ialah, orang yang berilmu biasanya akan mengikut resmi padi. Jika mengikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

    namun kebanyakan kita tidak mengikut resmi padi, jika mengikut resmi padi, semakin berilmu maka semakin tunduk lagi tawadduk. namun kita suka memilih lawan resmi padi iaitu semakin berilmu semakin meninggi diri, semakin berilmu semakin bongkak, dan sebagainya.

    kawan, lawan, ibu, bapa, adik beradik, guru, semuanya boleh dipandang rendah. malah Tuhan pencipta Alam ini juga mahu dilawannya. itu sebab kita lihat, contohnya seorang Ahli sains yang tiada acuan agama yang siang malam membuat kajian saintifik, mengkaji alam, membuat penemuan dan penciptaan baru dan sebagainya, dan akhirnya beliau mendakwa "Science is God", sains itulah Tuhan, maka inilah orang yang semakin keliru....dan terus keliru, maka selayaknya kita panggil orang ini gila.

    dalam al-Quran Allah ada berfirman dalam surah al-Fatir ayat 28, bahawa

    "Innama Yahsyallahu min Ibadihi al-Ulama" yang bermaksud "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama"
    dan akhir sekali, noirkudus ambil kata-kata az-zarnuji tentang kepentingan ilmu :

    "cukup menunjukkan kemuliaan ilmu, dengan adanya menjadi wasilah (perantaraan) taqwa kepada Allah, di mana dengan takwa itu pula orang bisa menduduki keramat kemuliaan di sisi Allah dan kebahagiaan yang kekal abadi. Gubahan Sya'ir yang dikemukakan oleh Muhammad Ibnu al-Hasan bin Abdullah, sebagai berikut :
    (Syair di bawah ini noirkudus perturunkan dalam versi asal terjemahannya iaitu terjemahan bahasa indonesia demi memelihara maksudnya, kerana buku az-Zarnuji ini diterjemahkan ke bahasa Indonesia daripada versi asal bahasa arab, diimpot dan diedar oleh Pustaka Indonesia, Kuala Lumpur. Jadi, izinkan noirkudus tuliskannya mengikut bahasa asal agar terpelihara mutu syair di dalam bahasa indonesia ini)

    tuntutlah ilmu, sungguh dia kan menghias dirimu
    dia perlebihan, dan pertanda segala pujaan

    Jadilah dirimu, ditiap hari tumbuh berilmu
    ayo renangkan, ke tengah samodera artian

    Pelajari Fiqh agama, sesungguhnya ia termulya
    penuntun kebagusan dan taqwa, tujuan paling mengena

    ia bendera penunjuk, ke jalan petunjuk
    ia benteng penyelamat, dari segala keparat

    Faqih Waro' satu, sungguh-sungguh
    lebih berat syetan mengganggu, katimbang abid seribu
    semoga tulisan ini ada manfaatnya.

    Wallahu A'lam

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 7:24 AM

    Monday, March 14, 2005

    Salam Satu Benua Satu Bangsa Satu Agama

    SALAM SATU BENUA, SATU BANGSA, SATU AGAMA




    menemui sahabatku daripada Indonesia, terutama bagi sahabat seagama dan serumpun bangsa denganku, tulisan noirkudus pada kali ini adalah respon daripada hasil penulisan noirkudus bertarikh 7 Mac 2005 yang bertajuk "Malaysia Besar kepala?" alhamdulillah, rupa-rupanya pembaca blog noirkudus ini bukanlah orang yang rendah emosinya, bukanlah orang yang rendah standardnya kerana walaupun emosi tetap membelenggu seluruh dirinya, namun ia tetap mampu dikawal demi kebaikan bersama.

    noirkudus yakin dengan tulisan noirkudus "Malaysia besar kepala??" tersebut bukanlah berlandaskan emosi, seperti mana rakyat indonesia telah zahirkan dengan mengadakan reformasi, demonstrasi dan sebagainya. cuma sedikit penyataan kekesalan akibat tindakan seperti itu yang mengeruhkan imej negara dan agama.

    ya...memang noirkudus bukanlah seorang emosional, noirkudus tidak pernah memikirkan jalan mengadakan tunjuk perasaan semata-mata ingin meluahkan perasaan tidak berpuas hati tersebut. tapi ada jalan penyelesaian yang lain.

    buat sahabatku terutama yang telah mencatatkan beberapa komen di dalam ruangan komen di bawah : buat BAHTIAR, buat LOPER (noirkudus tidak tahu apakah ini namamu?), buat TRIA, buat DONI HAN (tolong tinggalkan email atau website) dan juga MUHAMMAD RIVAI ANDARGINI. tahniah kerana penyataanmu menunjukkan kamu semua memang mempunyai sensitiviti yang mendalam terhadap masalah seperti ini apatah lagi ia melibatkan dua buah negara sama bangsa dan sama majoriti agama atau dalam bahasa indonesianya kalian semua sebut "dua buah negara moyaritas muslim"

    noirkudus teringat satu hadis yang berbunyi "Hubbul Wathon minal Iman" yang bermaksud "Cintakan Negara adalah sebahagian Iman"... ya... memang benar cintakan negara adalah sebahagian daripada fitrah ataupun naluri semulajadi manusia, sejak zaman berzaman lagi. tapi jika bertembung dua buah negara yang benar-benar dua buah negara Islam, terjadinya perselisihan, apakah kita boleh berperang, bersengketa membuta, saling berbunuhan semata-mata kerana negara yang kita dokong, semata-mata negara yang kita taksub dengan membelakangkan agama.

    Oh tidak, kemaslahatan agama itu lebih tinggi nilainya berbanding negara. manusia memang boleh menentukan sempadan negara atau wilayah, namun agama tiada sempadan, muslim di kutub utara dengan muslim di kutub selatan walaupun jauh seorang di hujung dunia belah utara dan seorang lagi juga berada jauh nun di sana, di hujung dunia sebelah selatan pula, kita tetap bersaudara, tetap satu darah, tetap satu daging, darah yang mengalir ini ialah darah Islam. walaupun kita berbeza negara mahupun bangsa, agama tetap tidak berbeza.... "Oh aku darah Jawa engkau darah melayu melaka, haram bagi engkau menjejak kaki di tanah jawa ini, sekali berbeza tetap berbeza, sehingga kiamat berbeza"... tidak, bukan begini.

    noirkudus teringat beberapa rangkap puisi sasterawan Negara Usman awang, yang bertajuk "SALAM BENUA"

    mereka memisahkan kita
    pasport
    visa
    wilayah
    segala tembok nama
    mereka merompak kita dengan undang-undangnya
    peluru dikirim dalam bungkusan dollarnya
    kita dipaksa memilih salah satu
    dan kita mesti memilihnya
    tiada jalan lain

    telah saudara pilih senapang dan peluru
    banyak pemimpin memilih dollarnya
    untuk ini saudara membasahi baju
    rumput-darah sungai-darah
    tangis anak-anak
    darah rakyat tertindas


    sebelum kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah pada tahun 1924, semua negara islam dan umat Islam berada di bawah satu wilayah kekhalifahan, umat islam walau di mana negara sekalipun tetap di bawah satu khalifah islam, tiada sempadan negara, tapi hanyalah sebagai "SATU UMAT"

    tapi sekarang ini, proses penyempadanan negara merupakan satu strategi melemahkan umat Islam dan memecahkan orang Islam daripada "satu umat @ umat yang satu" kepada "beberapa umat". aku umat Indonesia engkau umat malaysia, aku umat syria engkau umat Lubnan, aku umat Iraq engkau umat kuwait, aku umat Jordan engkau umat Mesir dan sebagainya. malah dalam satu-satu umat itu pula terpecah lagi kepada beberapa golongan, aku puak syiah engkau puak sunnah, aku puak ali engkau puak muawiyah, aku puak kurdis, engkau puak apa pulak? dan apa kurangnya di tanah melayu ini, aku bangsa banjar, engkau bangsa jawa, aku orang kelantan engkau orang kuala lumpur...dan seterusnya begitulah.

    kita berada dalam satu wilayah yang sempit. kita tidak memandang dalam dimensi yang lebih luas. kita hanya memandang hanya satu kepentingan, tetapi kita tidak memandang dalam konteks kepentingan yang lebih meluas yang membawa lebih banyak kemaslahatan.

    umat Islam zaman mutakhir ini adalah umat yang paling hina, ya... memang benar Islam pernah berada di puncak dan kita pernah jatuh terduduk di bawah, namun kita tidak pernah menjadi umat yang sehina seperti sekarang ini. umat islam zaman mutakhir ini sudah boleh disembelih seperti kita menyembelih binatang sembelihan. cuba lihat kes negara jiran kita di selatan Thailand, mereka juga serumpun dan seagama dengan kita tetapi mereka diperlakukan seperti tiada nilai kemanusiaan, sedangkan perbuatan kejam yang diperlakukan kepada mereka hanya layak diperlakukan ke atas binatang, sedangkan dalam Islam sendiri Islam juga menggariskan peraturan dan adab tertentu untuk diperlakukan ke atas binatang.

    noirkudus membaca satu buku yang ditulis oleh seorang wartawan muslim indonesia, yang merupakan wartawan Harian terbit jakarta iaitu Lukman hakim gayo. buku yang ditulis beliau pada tahun 1992 itu bertajuk "Saksi Mata kekejaman Perang Salib Bosnia Herzegovina" seorang wartawan muslim yang tinggal selama 20 hari di bosnia herzegovina untuk melihat sendiri dari dekat penderitaan kaum muslimin di sana. bacalah buku tersebut, mungkin ada sedikit penyesalan dan keinsafan, walaupun tahun 1992 tulisannya, namun sejarah perang paling hina itu tetap mempunyai tempatnya di dalam sejarah.

    dan yang lebih menarik, di muka surat belakang buku beliau diselitkan sebuah puisi yang ditulis oleh TAUFIQ ISMAIL. wahai sahabatku dari Indonesia, siapa yang tidak kenal dengan TAUFIQ ISMAIL ini. noirkudus daripada malaysia juga amat mengkagumi tokoh indonesia ini yang bernama TAUFIQ ISMAIL. seorang sasterawan Indonesia yang memang layak meraih gelar tokoh sasterawan negara Indonesia dan sememangnya layak diberi anugerah doktor honoris causa daripada universitas Negeri Yogyakarta. bagi rakyat Indonesia yang tidak mengenali Taufiq Ismail, samalah seperti rakyat malaysia yang tidak mengenali sasterawan Usman Awang mahupun Tan Sri A Samad Said.

    di dalam puisinya yang ditulis pada tahun 1992 itu sangat menyentuh hati apabila dibandingkan kehidupan rakyat Indonesia dengan penderitaan rakyat Bosnia Herzegovina pada tahun itu. puisi yang bertajuk "PADA SAAT" yang ditulis beliau :

    Pada saat tiang-tiang elektrik larut malam di tepi jalan
    diketuki dan kita mulai sahur dengan mata terkantuk-kantuk mengepung meja
    20,000 kereta kebal dan pesawat tempur serbia menderu menyapu Bosnia Herzegovina

    (kalendar menunjukkan muka surat April 1992)
    Pada saat kita merayakan ulang tahun kemerdekaan
    menjelang musim hujan dengan tenang dan aman,
    Lapan puluh peratus negeri Bosnia Herzegovina telah hancur
    80,000 orang dibantai, 30,000 ditangkapi, sebahagian masuk ke tempat tahanan, tapi banyak tak jelas nasib namanya.

    (kalender menunjuk Ogos 1992)
    Pada saat nenek bercanda dengan cucunya, isteri-isteri di pasar
    berbelanja sayur untuk gado-gado dan anak-anak perempuan kita
    melompat-lompat main tali, senang dan tertawa-tawa,
    50,000 muslimah bosnia diperkosa tentera serbia, 500 hamil, mereka tertunduk pilu dan menangis tersedu-sedu.

    Pada saat anak-anak Indonesia main petak-umpet dan berlarian di perkarangan sekolah dengan gembira, baju seragam mereka basah kerana keringat panas,
    Ribuan anak-anak Bosnia dipotongi tangan dan kaki, hidup tanpa ibu tanpa bapak, yang telah dibunuhi orang-orang serbia.
    Pada saat kita semua negeri, bila saja meletakkan kening ke sajadah dengan tenteram di bawah lingkaran kubah,
    400 masjid Bosnia telah habis dihujani bom dan 500 lainnya rosak berat, tak dapat digunakan lagi.

    Pada saat kita enak-enak menonton pertandingan bola atau mengamati acara televisyen sambil mengunyah makanan kecil yang secara gizi tak bernilai penting,
    Berpuluh ribu saudara kita di Bosnia, bentuk mereka seperti kerangka berlapis kulit, mata mereka redup dan sayu, berdiri goyah atau mencangkung kelaparan di belakang pagar kawat berduri di tempat tahanan, buatan serbia yang serupa meniru Nazi.

    Pada saat bumi bosnia telah becek kerana darah, udara pengap asap mesiu, rumah-rumah dibakari serta dihancurkan di desa dan kota, 2 juta pelarian terusir dan terlunta-lunta, diancam cuaca musim sangat sejuknya.

    Kita di indonesia sibuk mencari peta Eropah, di mana gerangan itu Bosnia, Wah...ya.. ada di sana negeri orang-orang yang bertuhan satu sahaja, lalu kita hentikan pertengkaran di dalam rumah, dan sebagai ganti mengirim badan sebagai jihad kita bergegas menghitung titipan, sumbangan kita dalam beberapa rupiah.

    saudara-saudara kami di Bosnia Herzegovina, maafkan kami yang memang dalam banyak hal selalu terlambat, tangan kami serasa begitu terikat, tapi ketahuilah bahawa deritamu adalah derita kami jua, pedih nyerimu jelas pedih kami jua.

    Rabbana, ampuni kejahilan informasi dan kelambatan gerak kami,
    ampuni kami yang lalai memanjatkan qunut nazilah tak henti-henti dalam keadaan perang begini, dan pada hari-hari ini mohon kurniakan pada kami kecergasan masyarakat Makkah dan Madinah dahulu zaman Rasulullah. Amin


    Ya...memang benar, situasi ini berbeza antara dua negara. kita boleh bekerja, kita boleh beribadah. kerja kita tanpa gangguan, ibadah kita boleh sempurna. puasa kita aman, puasa mereka dalam bedilan dan kesengsaraan. kita boleh berhari raya dengan gembira, mereka berhari raya dengan air mata. kita boleh ziarah menziarahi, mereka pula diziarahi secara percuma puluhan ribu kereta kebal, pesawat tempur, panahan peluru dan sebagainya. ini tamsilan dua negara, satu agama. jika melihat peristiwa dalam negara Indonesia sendiri pun sudah cukup memadai, tanggal 1 syawal 1419 Hijrah bersamaan 19 Januari 1999, masih ingat tragedi AMBON BERDARAH, di mana di saat umat Islam Ambon ingin menyambut hari raya pertama, mereka telah diserang oleh golongan musuh Islam golongan kafir. umat Islam Ambon bermandi darah akibat dihujani panahan api, panah beracun, pedang, senapang, bom, sehinggalah senjata paling moden...

    rupa-rupanya Tragedi Bosnia yang berlaku nun jauh di sana berulang di negeri yang paling dekat dengan kita iaitu di Ambon Indonesia. noirkudus sempat menonton CD yang dihantar di Malaysia, bagaimana noirkudus melihat rumah-rumah dibakar, kompleks masjid Raya al-fatah juga hampir hangus dibakar, umat Islam di dalamnya ramai yang rentung mati berpelukan, mereka dikebumikan di dalam satu liang lahad bersebelahan masjid. malah tragedi penyembelihan di bosnia juga berlaku di Ambon, ibu-ibu hamil dibelah perut mereka lalu anak itu dilambung dan dicincang dengan hancur dengan mata pedang mereka, kemudian ada ibu hamil dibelah perut mereka lalu dimasukkan anak kucing ke dalam perut kemudian dijahit kembali, mereka diperkosa tanpa kerelaan dan sebagainya. di mana 200 juta rakyat Indonesia?? jika kesemua rakyat Indonesia berjuang membela mereka bukankah musuh islam di Ambon boleh dihancur lumatkan?

    kita juga bisa menyambut hari ulang tahun kemerdekaan apabila sampainya tarikh keramat yang ditunggu-tunggu... hari keramat kemerdekaan indonesia ialah pada tanggal 17 Ogos 1945 apabila Indonesia menyambut kemerdekaan daripada cengkaman penjajahan belanda, walaupun sepanjang tempoh 1945-1950 bukanlah lagi merupakan kemerdekaan mutlak Indonesia kerana masih ada lagi campur tangan tentera belanda. di malaysia pula tarikh keramat bagi ulang tahun kemerdekaan ialah 31 Ogos 1957, apabila British melepaskan Malaya ini di bawah pemerintahan sendiri.

    Ya...di saat kita menyambut kemerdekaan, ada juga yang belum merdeka akibat ancaman dan pencerobohan pihak musuh ke atas negara mereka. akan tetapi kebanyakan mereka ialah negara Islam bukan?? Bosnia mungkin sudah merdeka sekarang, namun negara mereka sudah kecil akibat dipecahkan kepada serbia. Chechnya sehingga sekarang masih lagi dibelenggu akibat pencerobohan tentera russia begitu juga Palestin yang diperkosa tentera yahudi laknatullah dan sebagainya. kita fikir kita sudah merdeka sepenuhnya, sedangkan kita ini dijajah minda oleh penjajah sebelum kita. mereka menguasai minda kita. jiwa kita sudah merdeka tapi minda kita sempit,

    TAUFIQ ISMAIL ketika menulis puisi di atas, sangat jauh jiwanya mengembara sehingga ke Bosnia Herzegovina dalam menbandingkan suasana negaranya. barangkali banyak lagi puisi-puisi beliau yang belum noirkudus temui yang tentunya lebih jauh lagi pengembaraannya dalam meluahkan isi hatinya. memang benar, sekarang ini bukannya masa untuk berkonfrontasi? bukan masa untuk bergaduh sesama sendiri, bukan masa untuk menghantar kelengkapan perang bagi berperang sesama sendiri. alangkah bagusnya jika semua rakyat Malaysia dan Indonesia mempunyai jiwa seperti TAUFIQ ISMAIL ini.

    slogan "Ganyang Malaysia Ganyang" dan "Go to Hell Malaysia" yang bermaksud pergilah ke neraka oleh beberapa pemuda Indonesia sangat keterlaluan dari segi emosi. ya...kita boleh memilih untuk konfrontasi, reformasi, demonstrasi, mahupun diplomasi. tapi tindakan beberapa pemuda Indonesia dan juga media indonesia sudah jauh daripada diplomasi. siapakah yang mahu dihantar ke neraka? Go To hell ini kata-kata lazim bagi orang barat, tapi tidak lazim bagi orang Islam. Islam itu maknanya "sejahtera". kita berjumpa sesama Islam kita bagi ucapan "as-salamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh" yang bermaksud "selamat sejahtera ke atas kamu dan dirahmati allah serta diberkatiNya" ucapan Salam ini merentasi sempadan negara, tidak kira bangsa, warna kulit asalkan sama-sama berdiri atas satu kalimah Islam "La ilaha illallah Muhammad Rasulullah"... "tiada tuhan melainkan Allah Muhammad itu pesuruh Allah"... jadi tidaklah layak digunakan kata-kata kesat ini "pergilah ke neraka" dan juga seangkatan dengannya, kerana kata-kata yang lebih layak untuk sesama Islam "marilah bersama-sama menuju syurga Allah kerana kita sesama Islam"...bukankah begitu??

    "Diplomasi" mungkin satu istilah yang sudah tidak dipercayai lagi oleh rakyat Indonesia mahupun pemimpin Indonesia... kerana Trauma kehilangan 2 buah pulau yakni pulau ligitan dan sipadan benar-benar menghantui jiwa. memang benar, penyempadanan wilayah memberi kesan ketaksuban yang tinggi ke dalam hati setiap rakyat.

    Istilah "DIPLOMASI TOTAL" pernah dinyatakan oleh seorang tokoh Indonesia iaitu Bapak Mohammad Hatta. Bung Hatta dalam pidatonya di Jakarta tanggal 15 Desember 1945 menyatakan:

    "Diplomasi adalah muslihat yang bijaksana dengan perundingan untuk mencapai cita-cita bangsa. Diplomasi adalah tindakan politik internasional. Tapi nyatalah, untuk mencapai hasil yang sebaiknya dengan jalan diplomasi, perlu ada gerakan yang kuat dalam negeri yang menjadi sendi tindakan diplomasi itu. Jadinya tenaga perjuangan rakyat yang kuat perlu sekali untuk menyokong usaha diplomasi yang dijalankan pemerintah. Diplomasi yang tidak disokong oleh tenaga perjuangan yang kuat tidak akan berhasil"
    diplomasi asas pendiri sebuah republik. ini kata Bung Hatta. namun asasnya perlu kuat bagi gerakan ini. untuk membina sebuah menara berkembar petronas misalnya, pembinaannya bukan sahaja memerlukan batu bata yang hanya perlu disusun sehingga menjadi ketinggian setinggi 88 tingkat, namun begitu ianya memerlukan pembinaan "sistem struktur" yang sangat baik bagi menampung bebannya yang setinggi 88 tingkat itu. pembinaan "sistem struktur" ini pula berbeza mengikut jenis bangunan yang akan dibina. "sistem struktur" bagi menara berkembar petronas dan "sistem struktur" bagi menara kuala Lumpur dan juga "sistem struktur" bagi rumah banglo dua tingkat tentunya berbeza, mengikut saiz lebar, tinggi dan berat. sedangkan World Trade Center (WTC) (Pusat Dagangan Dunia, di New York City) yang dikatakan bangunan paling kukuh di dunia juga boleh runtuh akibat pelanggaran dua buah kapal terbang penumpang

    ICJ (international court Justice) sebagai sebuah mahkamah antarabangsa, bidang kuasanya terbatas hanya kepada kes yang dipersetujui oleh negara yang bersengketa untuk membenarkan mahkamah antarabangsa ini untuk membuat keputusan. jika sengketa tidak berlanjutan, dan kedua negara bersengketa bersetuju untuk menyelesaikan sesama sendiri maka tidak timbul perbalahan yang berlarutan akibat tidak berpuas hati terhadap keputusan yang dibuat oleh mahkamah keadilan internasional.

    Sun Tzu dalam buku Seni berperangnya "sun Tzus Art of War" beliau menulis :
    "Kirimlah diplomat-diplomat yang terbaik ke tengah konflik, ,jika itu tidak menghasilkan hal yang memuaskan. Serangan pertama harus ditujukan kepada apa yang musuh perkirakan tidak akan terjangkau oleh kita."
    sun tzu yang terkenal inipun melalui buku seni perangnya, menyatakan bahawa keputusan untuk melancarkan peperangan bukan pilihan utama yang mutlak

    ada juga warga indonesia yang mengatakan bahawa : "Malaysia sangat jahat. malaysia sebuah negara kaya sanggup mencuri pulau, sedangkan kami indonesia sebuah negara yang miskin tidak pernah bisa untuk mencuri walau sebuah pulau. malaysia terlebih jahat, bukan setakat sudah mencuri dua biji pulau, malah mahu merampas satu lagi pulau ambalat yang sudah memang terkenal kaya dengan minyak. malaysia sudah kaya tapi mahu lebih terus kaya"

    di sini, mungkin agak relevan jika kita memakai kaedah "reasonable man test" atau "reasonable man thinking" di dalam bahawa melayunya bermaksud, "ujian pemikiran manusia waras" (biasalah jika diterjemah bahasanya kurang sedap didengar)

    memanglah sangat difahami jika mengikut perkiraan kewarasan akal bahawa, rakyat negara mana yang tidak melatah akibat tanah negara tumpah darah dicuri oleh negara lain. inilah akibat adanya perasaan "cintakan negara"

    seperti kata DONI HAN (yang menulis di ruangan komen post bertajuk "malaysia besar kepala?) :

    Indonesia rasanya tidak "membesar-besarkan masalah". Sempadan Ambalat menjadi "harga mati" bukan karena minyaknya, tetapi "kedaulatannya". Jika semeter persegi tanah di belakang rumah kita diklaim tetangga, saya akan pertahankan bukan karena pohon pisang yang berdiri di atasnya, tapi tentu saja sebagaimana girik yang kita pegang, bagian yang disebut satu meter persegi itu, sah milik kita" (girik = geran tanah)

    memang benar apa yang diperkatakan oleh DONI HAN (terima kasih atas komen anda, noirkudus sangat hargainya dan noirkudus sangat memahami sensitiviti anda).

    "as a reasonable man" siapa yang tidak tahu tentang peraturan ini, "as a reasonable man thinkhing" memanglah isu kedaulatan merupakan "harga mati" tiada lagi tawar menawar. noirkudus juga sebagai seorang yang mengambil ilmu undang-undang sebagai jurusan, noirkudus juga arif tentang isu ini, sedangkan dari segi undang-undang, bukan setakat satu meter persegi tanah yang sudah sah lagi jelas menjadi milik seseorang boleh diklaim kedaulatannya, malah satu meter persegi orang menceroboh bahagian udara di atas bahagian tanahnya juga boleh diklaim menceroboh kedaulatannya. yes, I know about this rule.

    tapi cuba lihat, imej sebuah negara Islam tercemar akibat perbuatan umatnya. jika baik umatnya, maka baiklah imej agamanya. Isu tanah ini sejak daripada zaman khalifah islam sudah banyak timbul terutama semasa zaman khalifah uthman ibnu Affan.

    cuba lihat negara sebelah kita, singapura. pemimpin mereka yang bukan Islam boleh bergelak ketawa. ingat, isu seperti ini boleh mengakibatkan campurtangan pihak ketiga yang memang sukakan tercetusnya huru hara. jika perkara yang boleh diselesaikan melalui cara diplomasi, silap-silap haribulan, akibat dicucuk oleh Amerika, yahudi, nasrani, jalan peperangan yang amat kita takuti barangkali boleh menjadi kenyataan. lihat sahaja tragedi ambon, siapa di belakang yang merupakan dalang menumpahkan darah umat Islam di sana?? tragedi di Tak Bai di selatan Thailand...siapa di belakang thaksin? peristiwa pengeboman hotel marriot di bali...siapa dalang yang menghumban Abu Bakar Bachir ke dalam kancah politik indonesia? tragedi di Palestin, sudah terang lagi bersuluh siapa dalang... tidak percaya lagi?? krisis di timur tengah, Syria dan Lubnan.. siapa dalang yang mencetusnya? fikir-fikirkan...

    musuh-musuh islam sentiasa memerhati kita. indonesia negara yang paling ramai penduduk islam. malaysia juga negara majoriti Islam. jika berperang memang sangat rugi bagi imej kedua negara juga Islam. Islam juga menggariskan supaya jalan damai diambil keutamaan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. dalam al-quran Surah al-Hujurat, ayat 9 yang berbunyai : "Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya!" di mana di dalam ayat ini Allah berfirman menggunakan ayat "Fa Ashlihu baina ahowaikum" damaikan antara keduanya. jadi, dalam isu pertindihan tuntutan terhadap wilayah ini, pasti ada jalan lain yang lebih "enak" berbanding dengan jalan peperangan. wahai orang yang beriman, berimanlah kamu dengan ayat 9 surah al-hujurat ini.

    wahai sahabatku serumpun bangsa dan seagama daripada indonesia, usah beremosi dengan menunjuk-nunjuk perasaan yang kurang faedahnya. wahai sahabatku senegara, seagama dan sebangsa dari malaysia, usahlah mengutuk tindakan saudara kita di seberang sana kerana memang itu hasil tindakan emosi yang semulajadi lantaran kelemahan sifat manusia. kita juga barangkali tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

    Wallahu A'lam

    (Terima kasih kepada pembaca dari Indonesia atas sikap anda dan komen anda, tulisan ini noirkudus cuba sedaya upaya untuk publishkan dalam kesuntukan waktu lantaran kesibukan atas urusan rasmi sehingga 30/3/2005, namun begitu, masalah umat juga masalahku, apakan daya, jika ada keperluan lain noirkudus akan terus menulis)

    salam damai dari malaysia, salam dua negara, salam satu benua, satu rumpun bangsa, satu agama. Al-Islam Ya'lu Wa La Yu'la Alaihi.

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 11:18 PM

    Thursday, March 10, 2005

    Al-Fatihah

    AL-FATIHAH
    atas kematian komander pejuang chechen Aslan Maskhadov



    ASLAN MASKHADOV

    BACA :
  • President Aslan Maskhadov : Shaheed InsyaAllah (kavkazcenter.com)
  • Aslan Maskhadov killed (newsfromrussia.com)
  • Aslan Maskhadov destroyed in chechnya (Russian news and Information Agency)
  • Aslan Maskhadov killed in chechnya (Azertac)
  • Aslan Maskhadov killed (turks.us)
  • Aslan Maskhadov killed in a special operation (pravda.ru)
  • Aslan Maskhadov killed, boost for putin (reuters)
  • Chechen leader Maskhadov killed(Berita BBC)
  • Chechen separatist leader maskhadov killed during Russian Raid(Bloomberg.com)
  • Chechen rebel leader killed(CNN.com)
  • Chechen leader maskhadov killed(chinadaily)
  • Russian forces kill chechen leader maskhadov(Al-jazeera)

    siapa tahu chechnya masih bergolak?? siapa tahu mereka belum aman?? siapa tahu mereka memperjuangkan kebenaran?? mereka didakwa pengganas...mereka didakwa pemberontak...mereka didakwa pejuang pemisah... sedangkan mereka berjuang kerana kemerdekaan chechya demi kedaulatan Islam...

    orang yang mahu melihat kemerdekaan chechnya menganggap beliau sebagai seorang pejuang, dan kematiannya ialah sebagai syuhadak menentang tentera kuffar.

    bagi orang yang menentang beliau, inilah pengganas yang sangat dikehendaki hidup dan mati. orang yang bertanggapan begini ialah orang yang takutkan kebenaran. Inilah presiden Putin dan kuncu-kuncunya. kesemua akhbar perdana russia melaporkan bahawa beliau ialah terrorist.

    Aslan Maskhadov...jika beliau sangat ditakuti kerana kepimpinan beliau, maka kematiannya bukan bermakna mati semangat orang yang berada di belakangnya. mati beliau meninggalkan semangat perjuangan bagi yang hidup.

    orang kafir sangat takut... mereka pernah membunuh Syeikh Ahmad Yassin dan Syeikh Rantisi yang memimpin gerakan HAMAS di palestin. mereka juga pernah membunuh Hassan al-Banna, Syed Qutb, Abdul Qadir Audah di mesir kerana takutkan gerakan Ikhwanul Muslimin, mereka juga pernah membunuh Marwan Hadid, Abdul Satar al-Za'im, ahmad al-Faisal, salim al-Hamid di syria, mereka membunuh pejuang-pejuang di lubnan, bosnia, dan di serata dunia. jika kita menoleh ke sempadan negara pun seudah cukup dekat, amat dekat dengan kita rakyat malaysia di mana ulama' di selatan thailand sejak dari dulu lagi murah nyawa mereka untuk dibunuh oleh penguasa.

    orang yang berjuang kerana Islam dan sanggup mati kerana Islam, jiwa mereka sangat sukar untuk difahami oleh musuh. mengapa mereka tidak akan faham? kerana orang yang berjuang kerana Agama Allah ini sanggup meninggalkan keseronokan dunia kerana perjuangan, bukankah dunia ini tempat untuk berseronok.

    jika kebenaran yang dijunjung, pasti Allah akan membalas dengan balasan yang setimpal.
    jika mati memperjuangkan Islam, matinya ialah mati syahid menentang kuffar.

    Rusia belum menang, kerana mati seorang Aslan Maskhadov, akan muncul lagi beribu Aslan Malkadov selepas kematian beliau. barangkali sebab itu ketakutan Rusia tidak akan reda.

    Wallahu A'lam

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 7:20 AM

    Wednesday, March 09, 2005

    Hakikat Kejayaan

    HAKIKAT KEJAYAAN



    dua orang anak muda harapan bangsa dan negara. semoga terus melangkah maju demi kejayaan seterusnya, bukan hanya berjaya sehingga pertengahan jalan

    mendapat keputusan 17A1 dalam peperiksaan SPM tentulah satu kejayaan yang cemerlang, siapa boleh nafikan hakikat ini. malah ia turut menaikkan imej dan maruah orang melayu di mana selama ini kejayaan akademik mahupun kejayaan lain sering dikaitkan dengan bangsa lain terutama bangsa cina. adik Nur Amalina (gambar atas) merupakan pelajar melayu pertama memperoleh kecemerlangan tertinggi di peringkat SPM.

    masih ingat tahun 2002, apabila seorang pelajar bernama Yap Sui Lin (gambar atas : tahun 2002) juga memecah rekod pada waktu itu apabila diumum pelajar terbaik spm 2002 dengan mendapat keputusan 16A1. itu jika kita bicara tentang kejayaan akademik, terutama sekali diumumkan keputusan peperiksaan.



  • CLICK DI SINI : MICROSOF TYCOON GATES AWARDED HONORARY KNIGHTHOOD
    Baru-Baru ini 2 Mac 2005, Bill Gates telah dianugerahkan "an honorary knighthood" dengan gelaran KBE ( Knight Commander of the Most Excellent Order of the British Empire) daripada Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham London disaksikan oleh Isteri Gates Melinda.
    (gambar AFP)

  • dan harus diingat, noirkudus pernah menulis dalam posting bulan Januari bahawa seorang bilionair yang bernama Bill Gates menjadi orang terkaya di dunia, tanpa mempunyai sebarang ijazah, apabila beliau mengambil keputusan menarik diri daripada meneruskan pengajian di universiti harvard, Massachusetts USA. sebuah universiti ternama dalam bidang perniagaan dan bisnes. namun begitu, ini model yang berjaya apabila beliau menjadi kaya dengan mengasaskan sebuah syarikat perisian komputer yang terkenal iaitu 'MICROSOFT'

    sekarang kita beralih ke cerita baru. anda tentu tahu filem harry potter, ataupun buku harry potter yang terdiri daripada 7 siri. inilah dia penulisnya, Joanne Kathleen Rowling, seorang wanita berusia 38 tahun. beliau bukanlah contoh orang yang kaya, tetapi beliau merupakan model orang berjaya. sebelum menjadi terkenal, beliau hanyalah seorang ibu tunggal yang menyara kehidupan dengan bantuan kebajikan sebanyak 70 pound (RM 420) seminggu dan tinggal di sebuah rumah pangsa yang kurang selesa di edinburgh.namun ilham menulis cerita kanak-kanak sakti yang mempunyai kuasa sihir yang diberi nama Harry Potter itulah yang melonjakkan namanya sehingga menjadi bilionair pertama melalui bidang penulisan.



    Kenali tokoh
    Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari :
    Gambar yang dirakam tahun lalu selepas perasmian Albukhary tuition programme 2005 oleh Perdana menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi di Museum kesenian Islam Kuala Lumpur
    (Gambar utusan)

    dan antara orang yang boleh dibanggakan di malaysia jika hendak dibandingkan dengan Bill Gates ialah Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari. seorang jutawan melayu yang tersohor di malaysia di mana beliau mampu untuk menyaingi kejayaan bisnesman lain di negara ini seperti Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Francis Yeoh dan juga mampu mengatasi tokoh korporat melayu lain seperti Tun Daim Zainudin, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, mahupun Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dari MK Land Holding. bukankah ini model kejayaan orang melayu dan beragama Islam. beliau mengasaskan yayasan Al-bukhary (AlBukhary foundation) yang mana antara tujuannya ialah membantu pelajar bumiputera aliran sains yang miskin apabila membimbing lebih 15,000 daripada mereka menerusi pusat tuisyen Albukhary. beliau menubuhkan yayasan al-bukhary, pusat tuisyen al-bukhary dan akan menubuhkan kompleks al-bukhary. satu contoh yang baik buat orang melayu.



    kenali Lim Goh Tong : Tauke Genting Highlands

    sudah baca buku "MY STORY" yang ditulis oleh Tan Sri Lim Goh Tong, yang menceritakan kisah diri beliau sehingga boleh membangunkan sebuah tempat peranginan yang terkemuka Genting Highlands, di sanalah kasino, sebuah tempat perjudian terbesar di malaysia dan asia. bukan hendak disuruh umat Islam agar menjadi orang berjaya dengan menubuhkan tempat perjudian seperti itu, akan tetapi kita akan dapati untuk menubuhkan tempat haram pun susah sebenarnya, paling kurang pun pengorbanan wang ringgit dan tenaga. kata Lim Goh Tong "Cerita ini sungguh mengilhamkan, bermula tanpa memiliki sesen pun, mengubah kesusahan menjadi kesempatan, bertindak menurut gerak minda, mengambil risiko terancang dan menumpaskan para pengkritik dengan pandangan jauh dan hati yang cekal" .

    nak berjaya macam Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari juga susah likunya, nak memilih jalan macam Lim Goh Tong juga ada liku yang perlu diharungi. sedangkan jika mahu menjadi perompak yang berjaya juga banyak cabaran dan halangan, malah nak jadi perompak silap langkah boleh mengundang maut. itu juga halangan dan rintangan. mungkin anda masih teringat di sekitar minggu lepas apabila "Man Power" yang sangat dikehendaki oleh polis akibat aktiviti jenayah yang dilakukan semenjak dua tahun lepas akhirnya diberkas hanya kerana tertidur di dalam kereta. bukankah ada kesusahan dan rintangan di situ sehinggakan tertidur juga mengundang bahaya.

    dalam posting noirkudus oktober tahun lepas, noirkudus pernah catatkan tentang kejayaan seorang peguam buta yang bernama Mah Hassan, di mana di sebalik cacat penglihatan beliau mampu memperoleh ijazah sarjana muda undang-undang di UM, dan juga ijazah sarjana undang-undang maritime di university southampton, United Kingdom (UK) dan mempunyai firma guaman sendiri, dan pernah mencatat rekod dalam Malaysian Book of records.

    noirkudus juga berkenan mengambil contoh penyanyi popular negara, Siti Nurhaliza Tarudin, suatu ketika dulu hanyalah seorang insan biasa, juga anak seorang insan biasa kelahiran kuala lipis pahang, namun begitu berjaya mencapai tahap tertinggi dunia seni di malaysia, dan bakal membawa nama malaysia di london 1 April nanti apabila beliau membuat konsert solo di Royal Albert Hall london. tidak cukup dengan itu, Siti juga mahu menjadi usahawan yang berjaya dengan meneroka pasaran teh, dengan melancarkan produk CTea berperisa pandan dan geranium dan mempunyai ladang teh di ranau sabah. beliau turut mempunyai syarikat sendiri Siti Nurhaliza Marketing Sdn Bhd selain mempunyai syarikat rakaman sendiri, Siti Nurhaliza Production (SNP). ini juga model orang berjaya?? seorang penyanyi dalam masa yang sama seorang usahawan...dan menjadi jutawan muda dalam usia yang singkat...

    noirkudus bukanlah mahu mengikut jejak langkah seorang ulama' indonesia, Abdullah Gymnastiar, dengan memuji siti nurhaliza sebagai penghibur contoh. cuma bezanya di sini noirkudus cuma memberikan contoh model-model yang diperkatakan sebagai orang yang berjaya. jangan salah faham... selepas ini noirkudus akan bincangkan tentang hakikat kejayaan itu.

    Dalam bidang seni, selain Siti Nurhaliza, mungkin seorang lagi bintang kelahiran Ipoh, malaysia yang beraksi di hollywood, Dato' Michelle Yeoh boleh turut dibanggakan. pernah bergandingan dengan pierce brosnan (james bond) sebagai heroin filem Tomorrow never dies, pernah bergandingan dengan chow yun fat dalam filem 'Crouching Tiger, Hidden Dragon' , juga pernah bergandingan dengan Jackie chan dan Maggie cheung dalam filem 'police story 3 or supercop' dan terbaru beliau membintangi filem 'silverhawk' tahun lalu.. ini juga model insan berjaya??

    jika januari lepas, pesawat penumpang terbesar di dunia iaitu Airbus A380 berjaya dilancarkan di perancis, tentunya ini hasil kejayaan wright bersaudara iaitu Orville wright and wilbur wright yang merupakan pencipta pertama kapal terbang di dunia. dan jika sekarang ini terdapat berbagai-bagai model kereta yang dikeluarkan oleh berbagai pengeluar kereta di seluruh dunia, tentunya kejayaan ini adalah hasil penerusan kejayaan Henry Ford yang mengasaskan penciptaan model kenderaan beroda empat ini.

    namun, di sebalik semua itu... segala-galanya bermula dengan satu impian...
    dan impian tersebut bukanlah sekadar impian... ia hendaklah cuba direalisasikan dalam bentuk tindakan, barulah kita akan dapat hasilnya...

    cuba kita fikir, kita membina sebuah model kereta yang kita berikan roda empat biji. mungkin pada masa sekarang model seperti itu bukanlah satu benda yang kelakar. akan tetapi pada satu ketika dahulu, di saat waktu manusia tidak pernah melihat malah tidak pernah membayangkan bentuk kereta seperti sekarang ini yang pelbagai, maka tentu tindakan Henry Ford itu dikatakan sebagai GILA. begitu juga di zaman wright bersaudara, mana ada orang pernah terfikir akan wujud kapal terbang penumpang seperti Airbus A380 ini, apatah lagi mahu membayangkan jet concorde yang boleh terbang sepantas kelajuan bunyi iaitu 1200 km/j. maka pada waktu itu mereka mengatakan wright adik-beradik ini sebagai gila.

    Rasulullah ketika peristiwa Isra' dan Mi'raj dulu juga pernah dikatakan gila. usah kata nak naik ke langit menuju ke sidratul muntaha, Rasulullah kata bahawa baginda pergi ke Masjidil Aqsa di palestin dan pulang kembali ke Mekah dengan hanya satu malam sahaja pun sudah cukup untuk orang-orang quraish mendakwa Rasulullah sebagai gila. sebab apa mereka kata gila, sebab apa yang dialami oleh Rasulullah itu tidak dapat diterima oleh mereka lantaran di luar kemampuan akal mereka. cuma bezanya Rasulullah dengan kita itu cuma mukjizat.

    manusia ini walau bijak macam mana sekalipun tidak akan mampu mencipta alat yang boleh naik ke langit dan turun ke bumi dalam masa satu malam sepertimana kejadian rasulullah naik ke sidratul muntaha. kita nak bina roket untuk ke planet marikh pun mengambil masa berapa lama untuk sampai.

    Dr HM Tuah Iskandar al-Haj di dalam bukunya, Nak Ke Tak Nak, beliau ada menceritakan bagaimana pada satu ketika dahulu di zaman beliau bersekolah, beliau pernah memberikan pidato berkenaan bagaimana untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya. dan di kala beliau sedang menyampaikan pidatonya, para audien ketawa dan ketawa lagi, sehinggakan beliau menjadi hairan mengapa para hadirin mentertawakan beliau. akan tetapi di akhir pertandingan beliau memenangi pidato tersebut. rupa-rupanya, apa yang membuatkan para hadirin ketawa ialah kerana isi pidatonya menyentuh tentang langkah bagi membendung kemalangan jalan raya ialah dengan mengadakan lampu isyarat di setiap persimpangan jalan raya. mengapa hadirin tergelak? kerana mereka tidak dapat membayangkan bagaimanakah lampu isyarat seperti mana yang kita biasa lihat pada hari ini. barangkali orang yang pertama sekali memberikan idea pembinaan lampu isyarat ini sudah kaya raya sekarang...nanti noirkudus cari siapa yang menciptanya...

    ini bermakna semuanya bermula dengan imaginasi. kisah di atas itu juga Dr HM Tuah ada menceritakannya di dalam buku beliau "Membina Imaginasi Cemerlang". dapatkan buku Dr HM Tuah... tidak rugi membelinya...

    Dalam buku beliau "Nak Ke tak Nak" dalam bab terakhir, beliau memberikan 7 langkah menuju kejayaan iaitu Hasrat, Kehendak, sasaran, kemahuan, azam, target dan cita-cita.

    Adik Nur Amalina Che Bakri ini apabila ditanya tentang kejayaannya beliau menjawab "Ramai rakan yang tidak percaya dan kata saya gila kerana hendak ambil 17 subjek tetapi saya tetapkan impian saya. Mahatma Ghandi pernah berkata "kepuasan terletak pada usaha, bukan pencapaian" "Kalau gagal, tidak perlu takut dan kegagalan banyak mengajar mengenai kehidupan ini" dan beliau juga mengatakan : "Saya bercita-cita tinggi, Saya pernah menonton televisyen pelajar dapat 15A dan 16A (dalam SPM), Jadi, saya ingin cabar diri sendiri untuk dapat 17A. Saya mahu catat rekod baru. Saya memang suka kepada cabaran dan berusaha sedaya upaya untuk mencapainya"

    daripada kata-kata ini kita tahu di situ sudah ada kesemua elemen yang telah diperkatakan oleh Dr Tuah... Hasrat, Kehendak, Sasaran, Kemahuan, Azam, Target dan cita-cita.

    cuba tanya kepada sesiapa lagi contoh orang yang berjaya... jawapannya tentu sama kerana resipi untuk menuju kejayaan ialah benda yang sama cuma cara untuk kita mencapai sahaja berbeza.

    dan noirkudus teringat kata Prof Dr Hamka, seorang ulama' tersohor Indonesia, menulis di dalam bukunya "Lembaga Hidup" di bawah satu tajuk kecil "Hak Kemauan", kata beliau :

    "orang yang kurang akal dinamai bodoh, orang yang tidak ada rasa kasihan dinamai kejam. tetapi orang yang tidak mempunyai kemahuan, tidak patut diberi nama manusia lagi. banyak orang yang jatuh sengsara, melarat, hina dan papa. bila diselidiki ternyata bahawa sebab yang paling besar atas bencana yang menimpa dirinya ialah lantaran tidak mempunyai kemahuan (iradah). mereka tidak tahu bagaimana hendak berdiri tegak dalam perjuangan. bukan dia kekurangan pertolongan, bukan dia kekurangan kekuatan. pertolongan cukup, kekuatan penuh, lapangan perjuangan maha luas, cuma dia tidak mahu menempuh, sehingga akhir perjalanannya menuju lubang yang digalinya sendiri"

    hamka juga menulis : DESCARTES, ahli falsafah barat pernah berkata "tidak ada satu kejayaan yang lebih dekat kepada diri manusia melebihi kemahuan". SCHOPENHAUER juga pernah berkata "bahawa seluruh hidup itu hakikatnya ialah kemahuan"

    kemahuan ini sebenarnya satu perkara yang amat sukar dibentuk. barangkali sebab itulah Dr HM Tuah memilih tema bukunya "Di Mana ada kemahuan...... NaK Ke TaK NaK?" menarik bukan??

    cuba bayangkan orang seperti Henry Ford jika beliau pasrah di pertengahan jalan, barangkali tidak wujud kereta pertama yang diberi nama ford hasil nama beliau. bayangkan jika adik-beradik wright pasrah di pertengahan jalan, pasti kapal terbang pertama yang diterbangkan bukan oleh orang yang bernama Orville wright dan wilbur wright.

    dengan kemahuan juga kita boleh capai apa yang kita cuba kehendaki. itulah sebabnya ada kata-kata seperti ini "Gunung yang tinggi akan mampu didaki, lurah yang dalam boleh dituruni, lautan luas boleh direnangi, lautan api boleh diredahi, dan langit yang tinggi boleh juga digapai"

    namun, jika membicarakan tentang hakikat kejayaan, kejayaan yang kita pernah peroleh dalam hidup bukanlah bererti kejayaan selama-lamanya. ini sebenarnya yang noirkudus mahu tekankan dalam penulisan ini sebenarnya. perjalanan bagi kehidupan seorang manusia itu sangat panjang sebenarnya. banyak perkara yang akan kita akan lalui sehinggalah manusia akan merasai tempoh rehat yang abadi iaitu kematian.

    dan hakikat kejayaan dan selain daripada ramuan yang diberi di atas, satu lagi unsur terpenting ialah konsistensi. orang yang tidak konsisten kejayaannya terumbang-ambing. sekejap berjaya sekejap jatuh, dan barangkali boleh jatuh terus lantaran tiada keazaman yang kuat untuk terus istiqamah.

    jika hari ini kita pernah berjaya tidak semestinya esok kita akan berjaya. kecuali bagi sesiapa yang tabah dan sabar dan selalu berusaha demi memastikan kejayaan dalam hidupnya.

    contohnya, dalam satu perlawanan lari pecut 200 meter. walaupun kita sudah satu tahap mendahului, namun barangkali kita akan terjatuh, barangkali juga kita akan semput. mungkin juga dalam satu perlawanan liga perdana inggeris, sedang pasukan chelsea mendahului kesemua pasukan lain sehingga ke akhir musim, tiba-tiba lima perlawanan terakhir kalah kesemua perlawanan, dan mungkin juga boleh dipintas pasukan manchester united, arsenal mahupun liverpool, walaupun diberi status pasukan pilihan kerana sudah memenangi banyak piala lain seperti piala FA, piala eropah dan sebagainya. kerana, kejayaan mendahului bukanlah kejayaan hakiki. mungkin nanti kita akan jatuh dan tidak bangun-bangun, dan mungkin juga kita akan bangun lagi...ini sekadar contoh...

    kejayaan yang kita lalui mempunyai beberapa tahap sehinggalah kita mati kelak. jika baik amalan kita dan berat amalan yang menjurus ke syurga Allah di akhirat nanti itulah sebenarnya kejayaan yang hakiki.

    akan tetapi tempoh menuju ke arah kejayaan yang hakiki itulah tempoh di mana kita mesti melalui tahap-tahap kehidupan yang penuh dengan ranjau.

    dan kejayaan yang kita mesti capai tidak bermakna kejayaan akademik semata. jika kejayaan akademik semata-mata akan tetapi gagal dari segi sahsiah samalah dengan gagal kehidupan (cemerlang akademik + gagal sahsiah atau moral = gagal hidup)

    seperti adik amalina ini, memang sangat membanggakan dengan mendapat 17A1 tertinggi dalam sejarah kejayaan di peringkat SPM, namun itu adalah sebahagian daripada tahap-tahap kejayaan yang mana banyak lagi tahapan yang perlu dilalui.

    kita lihat orang yang tidak punya ijazah... barangkali hidupnya lebih berjaya berbanding orang yang punyai PhD sekalipun. sedangkan orang yang punyai PhD jika hidupnya tidak ada iman, tidak tenang, barangkali boleh juga terjebak di dalam kes bunuh diri lantaran tidak mampu untuk menanggung derita yang dialami lantaran krisis diri yang tidak dapat diselesaikan.

    percayalah, cuba kita perhatikan kehidupan ini sejak dari kecil lagi, bukankah ada orang seperti ini. tentu ada...

    kita berbalik kepada contoh yang noirkudus telah misalkan di atas seperti Bill Gates itu, walaupun menjadi buah mulut mana-mana pakar motivasi di seluruh dunia lantaran kejayaannya sehinggakan menjadi model motivasi bagi anak-anak muda, namun begitu kita belum tahu lagi apa akan terjadi pada hari yang mendatang. barangkali tidak mustahil, jika suatu hari nanti terpampang di dada akhbar bahawa Bill Gates mati menggantung diri. ini sekadar contoh...

    orang yang berjaya dalam perniagaan seperti Lim Goh Tong juga belum tentu lagi bagaimana kejayaan beliau pada masa akan datang. lihat sahaja bagaimana banyaknya jutawan pernah menjadi bankrap lantaran kejatuhan nilai mata wang serantau akibat permainan jahat perancang mata wang antarabangsa berketurunan yahudi, iaitu george soros apabila beliau mudah memanipulasi mata wang dunia.

    orang yang berjaya dalam dunia seni baik penyanyi, pelakon, penghibur, pelawak dan sebagainya, apabila berada di peringkat yang tertinggi belum tentu akan berjaya selamanya. vokalis kumpulan grup nirvana yang pernah menjadi pujaan satu ketika dulu mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri akibat tekanan diri.

    begitulah kejayaan hari ini belum tentu kita akan mampu menghadapi dugaan mendatang. kekuatan hari ini belum tentu menandakan kita kuat hari esok.

    noirkudus teringat kisah sebuah kapal yang bernama KAPAL TITANIC. tentu semua orang mengetahui akan hal ini. siapa yang tidak tahu tragedi titanic karam...

    kapal Titanic yang dicipta pada 10 April 1912, pada suatu ketika dahulu dikatakan sebuah kapal yang tidak akan tenggelam. akan tetapi pada 15 April, pelayaran pertamanya berakhir dengan tragedi apabila ia terlanggar bongkah ais batu dan menyebabkannya pecah dua dan tenggelam sehingga menyebabkan 1498 orang maut. 15 April 2005 nanti, genap 93 tahun bagi menyambut ulang tahun tragedi malang ini yang sungguh tragis lagi menyanyat hati, yang diratapi di seluruh dunia.

    usah jadi seperti tragedi kapal titanic ini. disangka hebat rupanya boleh karam disebabkan bongkah batu di dasar lautan pasifik.

    namun kita mampu untuk menjadi seperti pencipta filem titanic, mungkin suatu ketika dulu hanya lekeh orangnya, pergi berjoging pun hanya memakai singlet cap pagoda cina yang hanya berharga RM3, namun siapa sangka beliau mampu mengubah sejarah daripada sebuah tragedi untuk menjadi sebuah filem box-office yang pertama memperoleh kutipan kasar melebihi US$ 1.8 billion, dan memenangi 11 anugerah academy pada tahun 1998

    dan akhirnya, ingat manusia boleh berubah dalam beberapa saat sahaja. ubatnya ialah Istiqamah dalam segala perkara. Islam memerlukan umatnya sentiasa menuju kejayaan, dan terus juga istiqamah di dalam mengejar kejayaan. kejayaan itu sejak dari dulu lagi sudah milik Islam, cuma sikap orang Islam sahaja yang menyebabkan kita sentiasa gagal untuk menempa kejayaan. dan akhirnya noirkudus teringat satu pesan Rasulullah apabila ditanya oleh sahabat tentang amalan terbaik. jawab Rasulullah "Aaminu billah thumma istaqimu" ... berimanlah kepada Allah dan kemudian ISTIQAMAHlah kamu...

    Wallahu A'lam
    semoga kejayaan sentiasa menjadi milik umat Islam

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 6:39 PM

    Tuesday, March 08, 2005

    8 Mac : Hari Wanita Antarabangsa

    8 MAC : HARI WANITA ANTARABANGSA (INTERNATIONAL WOMEN'S DAY)
    KESAKSAMAAN GENDER : 2005 MEMBINA MASA DEPAN LEBIH SELAMAT





    di peringkat internasional, 8 Mac ialah tarikh keramat kaum wanita.
    diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
    malah sesetengah negara mengisytihar sebagai cuti umum.
    di malaysia, kita tidak memasukkan hari ini di dalam kalendar sebagai cuti umum, akan tetapi dalam kalendar antarabangsa, hari ini sangat penting bagi kaum wanita ataupun kaum hawa.

    sebelum barat mengiktiraf tentang hak wanita, Islam terlebih dahulu datang bagi memberi pembelaan kepada kaum wanita. Islam datang dengan memberikan status yang tinggi kepada kaum wanita. Islam datang mengangkat darjat kaum wanita.

    ketika zaman jahiliah dahulu, jelas sekali betapa taraf wanita ini sangat hina lagi rendah kedudukan malah lebih hina daripada binatang. jika seseorang ibu melahirkan seorang anak lelaki maka anak itu melambangkan kemuliaan dan kegagahan, dan jika anak yang dilahirkan itu ialah anak perempuan maka anak itu akan ditanam hidup-hidup kerana anak perempuan melambangkan kehinaan dan kepapaan. Allah juga berfirman dalam al-quran surah at-takwir ayat 8-9 (ketika bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah mereka dibunuh?)

    wanita zaman jahiliah juga nilai mereka seperti barang dagangan, boleh diperdagangkan. seolah-olah tiada lagi kehormatan. kehormatan wanita boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja walaupun wanita tersebut sudah bersuami. wanita juga boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja walaupun tanpa kerelaan. wanita sekadar dijadikan alat bagi kaum lelaki memuaskan hawa nafsu mereka yang buas, tidak lebih dari itu. itulah nilai wanita zaman jahiliah.

    namun datangnya Islam, nilai-nilai kemanusiaan itu disama ratakan antara kaum lelaki dan wanita.

    "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain" (at-taubah : ayat 71)

    lelaki dan wanita sebenarnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
    walaupun dunia sekarang ini, telah membuktikan bahawa kaum wanita mampu menyaingi kehebatan kaum lelaki dari segi kekuatan intelek, apabila peratusan kaum hawa yang terdapat di institusi pengajian tinggi lebih ramai daripada kaum lelaki, apabila kaum wanita juga pada masa sekarang ini sudah mampu menyaingi lelaki dalam bidang kerjaya yang pada suatu ketika dahulu tidak pernah terfikir untuk diceburi oleh kaum hawa, namun sifat semulajadi wanita yang Allah ciptakan, tetap membezakan wanita daripada lelaki dari segi tertentu.

    lelaki diciptakan Allah daripada tanah, manakala hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri nabi adam. sifat tulang rusuk itu ialah bengkok maka kaum wanita walau sekuat mana sekalipun ia tetap bengkok dan tetap masih perlukan bimbingan daripada lelaki. manakala orang lelaki ini tidaklah sempurna, walaupun secar zahirnya nampak kuat dan gagah akan tetapi lelaki juga memerlukan belaian hasil kelembutan seorang wanita.

    PERSAMAAN GENDER... tidak mungkin misi ini akan tercapai... lelaki tetap lelaki dan wanita tetap wanita... Allah ciptakan lelaki dengan kekuatan tertentu, dan Allah juga menciptakan wanita dengan kekuatan tertentu, dan masing-masing ada kelemahan yang mana kelemahan tersebut masing-masing saling ditampung antara satu sama lain jika ada kelompongan.

    namun begitu, kesemua makhluk di bumi ini tidak boleh untuk menafikan bahawa kaum wanita inilah sebenarnya adalah merupakan satu kaum yang sangat istimewa lagi unik di atas muka bumi ini.

    kaum hawa inilah merupakan orang yang non-stop pekerjaannya pagi, petang, siang dan malam. mereka bertindak sebagai isteri kepada suami, ibu kepada anak-anak, dan sebagai anak kepada kedua ibu bapanya. di luar mereka mungkin bertindak sebagai wanita yang memegang watak tertentu dalam profesion pilihannya, manakala di rumah pula bertindak sebagai pengurus rumahtangga iaitu untuk menguruskan suami dan anak-anak.

    maka hargailah wanita. contoh yang terbaik dan terdekat boleh kita lihat ialah ibu kita, kita dibesarkan sehingga menjadi 'manusia' adalah hasil kesabaran seorang ibu. bukankah ibu itu seorang wanita.

    selepas datangnya Islam, setiap hari ialah hari yang Allah muliakan kaum wanita.
    bukan hanya datangnya 8 Mac setiap tahun. dan setiap hari juga kita kena hargai wanita.

    Wallahu A'lam

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 7:19 AM

    Monday, March 07, 2005

    Malaysia Besar Kepala?




    "GO TO HELL MALAYSIA"

    Malaysia Besar Kepala??

    kes kedaulatan pulau sipadan dan pulau litigan pernah satu ketika hampir merenggangkan hubungan malaysia - indonesia... isu pertikaian milik siapa pulau sipadan dan pulau ligitan... sengketa berpanjangan dan akhirnya dibawa ke pengadilan antarabangsa. dan akhirnya Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menganugerahkan kedua-dua pulau tersebut kepada malaysia di atas justifikasi bahawa malaysia lebih baik mentadbir demi kesejahteraan rakyatnya.

    apakah sengketa malaysia dan indonesia berterusan??

    kali ini berkaitan konsesi minyak, di laut sulawesi...

    minyak...
    satu istilah yang boleh membawa persengketaan internasional.
    amerika menceroboh Iraq juga kerana Minyak.
    kerana minyak juga harga barangan lain boleh berubah di pasaran dunia.
    semuanya kerana minyak...
    sedangkan ianya satu anugerah Allah untuk manusia.

    7 mac 2005, satu demonstrasi aman di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta Indonesia oleh Satu kumpulan yang menggelar diri mereka Forum Studi Demokrasi (FOSAD)

    mungkin bagi Indonesia malaysia besar kepala? dah bagi pulau ligitan dan sipadan pun masih lagi belum berpuas hati....

    semuanya adalah kerana petronas memberi hak mencari gali sumber minyak di ND6 dan ND7 yang terletak berhampiran kepulauan Sipadan dan Ligitan kepada Shell, yang mana Indonesia mendakwa blok tersebuk (blok Ambalat dan blok ambalat timur) yang terletak di perairan timur kalimantan adalah dalam kawasan wilayahnya. wilayah malaysia hanyalah 19 kilometer daripada pulau sipadan dan ligitan. mungkin selepas ini perlu diperjelaskan had sempadan wilayah.

    Indonesia - Malaysia... kita serumpun bangsa, dan agama...
    namun kita kerap bergaduh sesama sendiri.
    siapa yang rugi??

    daripada mengambil tindakan ketenteraan lebih baik berunding cara diplomasi.
    kes ini bukanlah sama seperti kes Palestin vs Israel.
    Israel dan Palestin ialah perjuangan Islam menentang Yahudi yang sudah terang-terangan merupakan satu pencerobohan haram dan secara terang-terangan juga mereka membunuh umat Islam palestin tanpa ada belas kasihan.

    ayuh bangsaku bangsa melayu...
    kita sebangsa... kita seagama... mengapa mahu angkat senapang??... mengapa mahu hantar jet pejuang?? bukankah lebih baik hantar misi ketenteraan itu bagi membantu rakyat palestin? mereka lebih memerlukan bantuan...

    Wallahu A'lam

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 12:50 AM

    Sunday, March 06, 2005

    Ummati Ummati Ummati



    "One World, One Music, One Tribe, One Dance" - That is ZOUK
    mengenali zoukfest dengan lebih dekat CLICK HERE : KELAB ZOUK MALAYSIA


    Pak Hamka pernah berkata :

    PEMUDA TIANG BANGSA
    PEMUDI TIANG NEGARA


    bagaimana pula hakikat sekarang??

    baru-baru ini peristiwa serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadap sebuah kelab zouk di kuala lumpur, menimbulkan kontroversi yang menghangatkan suasana politik negara.

    tidak cukup dengan itu, 5 March 2005, sekali lagi kelab zouk ini mengadakan satu lagi pesta di Genting Highland, mungkin sebagai satu cabaran pula kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

    pemuda dan pemudi inilah harapan bangsa dan negara. jika rosak tiang ini maka runtuhlah bangsa dan negara.

    walaupun perkara sebegini tidak melibatkan majoriti umat Islam, namun mereka juga sebahagian umat Islam. dan kita takuti mungkin kerana virus yang kecil sebegini ianya tetap mampu untuk merosakkan umat keseluruhannya, lantaran sikap sebahagian umat yang lain hanya melihat dan membiarkan perkara sebegini berterusan.

    JAWI mungkin satu jabatan yang mendokong perintah Allah di dalam al-Quran "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma'aruf dan mencegah kepada kemungkaran, merekalah orang-orang yang beruntung" (surah ali-Imran ayat 104) dan juga mendokong ayat Allah ini "kamu adalah sebaik-baik umat (khaira ummah) yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah" (ali-imrah : 110)

    namun, sebagai sunnatullah (ketetapan Allah), jika ada satu pihak yang ingin menyeru kepada kebaikan, ada juga pihak yang lain yang menyeru kepada kemungkaran.

    inilah virus yang membahayakan islam dan umat Islam.

    dan peristiwa serbuan Jawi yang melibatkan tangkapan artis terkenal negara, Jeslina Hashim dan juga melibatkan tangkapan beratus pemuda pemudi, ada suara-suara yang melatah yang tidak menyokong tindakan ini. kononnya serbuan itu tidak selari dengan konsep Islam Hadhari, kononnya juga serbuan itu tidak memberi ruang dan peluang kepada orang-orang muda untuk berhibur dan sebagainya.

    Inilah dia masalah umat. masalah ini harus dibendung, bukan dibiarkan berleluasa. jika tidak ianya benar-benar akan menjadi virus yang boleh meruntuhkan agama, bangsa dan negara.

    Ingat...PEMUDA TIANG BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA.
    Selamatkan Pemuda dan Pemudi maka selamatlah bangsa dan negara dan terpenting ialah Agama

    Wallahu A'lam

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 7:26 PM

    Friday, March 04, 2005

    Selangor 2020

    MENARIK!!




    BACA :
  • Bukit Cherakah : Kabinet cuba menyelamatkan Khir Toyo


    Noirkudus pinjam kartun ini hasil lukisan zunar...
    lihat dalam ruangan cartoonkini dalam laman web malaysiakini.com

    Kes Bukit Cherakah...
    kemudian Hutan Rimba Templer...

    Ini pula pendedahan berita daripada kedah...

    "Angkatan Sahabat Alam Sekitar (Asas) Merbok - sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kedah - kecewa dengan penerokaan dan kemusnahan hutan simpanan yang menjadi kawasan tadahan yang sedang berlaku di negeri tersebut"

    ini baru yang didedahkan media...
    yang tidak didedahkan mungkin banyak lagi yang berleluasa.
    apa lagi yer lepas ni?

    MUNUJU SELANGOR MAJU
    Barangkali beginilah gambarannya Negeri Selangor ini menjelang 2020.
    dan mungkin juga gambaran Malaysia menjelang 2020.
    gondol dengan hutan, dan kaya dengan bangunan

    Wallahu A'lam

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 2:13 AM

    Thursday, March 03, 2005

    Hari Landskap Kebangsaan (3 MAC)

    3 MAC : HARI LANDSKAP KEBANGSAAN



    Laman Web Jabatan Landskap Negara ::Jabatan Landskap Negara:: <----KLIK bagi melihat misi, visi dan juga objektif jabatan landskap


    Malaysia Negara Taman menjelang tahun 2005

    kempen menanam pokok seluruh negara...
    bagi meningkatkan tahap kehijauan negara...
    bagi meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar dan sebagainya.

    namun siapa pula yang melakukan penebangan hutan secara berleluasa?

    Apakah agenda bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar hanya untuk golongan tertentu??

    "tanamlah pokok", kemudian kami akan tebang... "tanam lagi" kemudian kami tebang lagi... mungkin itu yang sesuai untuk diperkatakan??

    Tidak dinafikan bahawa pembangunan di Malaysia ini banyak membawa kebaikan kepada Rakyat, dan tidak dinafikan bahawa pembangunan di Malaysia ini adalah terancang bentuknya, Seperti Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur dan sebagainya.

    namun kes seperti penerokaan secara besar-besaran terhadap Taman Pertanian Cahaya seri alam bagi membangunkan kawasan perumahan adalah antara contoh kes yang tidak patut berlaku.

    memang pembangunan perlu, namun jika kesemua kawasan mahu ditarah, apakah akhirnya nanti kita akan terus mempunyai kawasan hutan simpan? apakah nanti kita akan mempunyai khazanah hutan yang sememangnya kaya di malaysia ini??

    kita mahu mewujudkan konsep "bandar dalam taman" ataupun "bandar dalam hutan". namun apakah perlu kita tarah kesemua hutan di malaysia ini bagi mewujudkan bandar-bandar, kemudian kita hiasi dengan landskap-landskap yang menarik bagi menggantikan hutan-hutan yang kita sudah tebang itu?

    eloklah juga apabila kita mahu mewujudkan bandar dalam taman, kemudian spesies-spesies tertentu kita telah musnahkan. siapa rugi??

    kita terlalu ghairah...
    bukan tidak boleh supaya dijadikan "bandar berhutan"... akan tetapi pembangunan di malaysia ini telah menyebabkan pokok dipotong dan dibuang terlebih dahulu, kemudian tanah diratakan.... jadi apakah ia akan menjadi bandar "berhutan"... kalau yer pun, spesies tertentu hendaklah diselamatkan terlebih dahulu, supaya kita boleh menanam kembali.

    kita patut mencontohi beberapa model bandar dalam hutan di beberapa tempat di dunia seperti yang telah dilakukan di beberapa tempat di china dan sebagainya.

    di malaysia, pemberian lesen yang berleluasa juga menyebabkan kegiatan seperti ini tidak dapat dikawal.

    di Lembah kelang sahaja, masalah penebangan hutan sangat kritikal. sebelum ini kecoh di bukit cherakah, dan baru-baru ini di kawasan hutan rimba templer pula... apa sudah jadi?? penarahan, pembalakan masih terus berlaku... mungkin juga nilai pembangunan di sekitar lembah kelang ini lebih mahal harganya daripada harga sebatang pokok??

    malaysia mahu menuju pembangunan alam sekitar yang seimbang dan mapan, jadi semua pihak harus bersama menjayakan wawasan landskap negara bagi menuju sebuah negara maju menjelang 2020.

    semua orang sedar tentang kepentingan ini, cuma manusia ini mudah lupa, leka dan alpa, dan yang paling penting sekali manusia ini terlalu ghairah dengan sesuatu aspek dan melupakan satu lagi aspek yang lain...

    Kabinet pada hari ini yang mengambil langkah drastik menyelamatkan Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam dengan mengarahkan tanah seluas 886 hektar diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan buat selama-lamanya, adalah satu langkah yang baik...dan kita harus sokong langkah sebegini...

    hutan-hutan yang sudah sedia ada hendaklah dipelihara terutama sekali hutan yang memang sudahpun digazetkan menjadi hutan simpan.

    manakala bandar-bandar yang sudah dibangunkan hendaklah dicantikkan dan diperindahkan dengan menanam pokok-pokok supaya wawasan kerajaan tercapai mahu menjadikan malaysia sebuah "negara dalam taman", atau "negara dalam hutan"

    hutan atau pokok-pokok yang hijau menggambarkan suasana semulajadi dan diperlukan untuk menenangkan fikiran, takkan mahu sepanjang masa duduk dalam suasana kesibukan kota. hijau itu tenang... jadi, kekalkanlah kehijauan kota kita. jadikan malaysia sebuah negara hijau...

    taman itu diibaratkan seperti syurga dunia.
    siapa yang tidak mahu tinggal di dalam syurga... bukankah kehidupan akan menjadi lebih indah? bukankah kehidupan akan menjadi lebih tenang? bukankah kehidupan akan menjadi lebih bahagia?

    jadi, jika semua kita mahu tinggal dalam syurga, jadikanlah bumi ini syurga dunia. jangan jadikan seperti neraka akibat kepanasan dek tiada lagi hutan yang berfungsi menyejukkan udara...

    jadi, hargailah hutan yang sedia ada, hijaukan bandar yang sudah sedia ada, dan berhati-hatilah merancang pembangunan demi mencapai negara maju yang seimbang.

    Wallahu A'lam

    P/s: blog noirkudus ni pun noirkudus memilih warna hijau dan putih bagi menggambarkan ketenangan... :)

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com Noirkudus dreamt at 10:04 PM